Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku melangkah masuk ke dalam pintu pagar sekolah yang telah menjadi tempat aku menimba ilmu sejak aku mula memasuki alam remajaku. Di sekelilingku, kelihatan ramai pelajar sibuk dengan ragam masing-masing. Ada yang berbual-bual sesama rakan mereka dan ada yang sekadar memandang kenderaan yang lalu-lalang di hadapan kawasan sekolah.
Aku meneruskan perjalanan ke tempat duduk yang telah menjadi tempat aku menunggu loceng berbunyi yang menandakan pukul 7.30 pagi. Dari jauh, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang khusyuk membaca buku di tempatku itu. Ah...siapa lagi kalau bukan kawan baikku, Zahid. Kami telah menjalin ikatan persahabatan sejak dari tingkatan satu lagi. Kini, kami berada di tingkatan empat. Meskipun kami belajar dalam kelas yang berlainan, namun persahabatan kami masih utuh. Sebelum ini, aku jarang bergaul dengan pelajar berbangsa Melayu, lebih-lebih lagi seorang lelaki. Persahabatanku dengan Zahid telah merubah segalanya.
Lamunanku terhenti apabila Zahid menyapaku sambil menguntumkan senyumannya yang manis sekali. Aku membalas, "Ko tau tak, kalo ko senyum camtu...mesti dapat tawan kalbu mana-mana perempuan.." Dia tertawa lalu mengajakku duduk. Aku mengambil tempat di sebelahnya dan dia terus bercerita tentang lagu-lagu Inggeris terbaru yang telah didengarinya. Sedang kami rancak berbual, beberapa orang rakan kami lalu di hadapan kami dan mengusik seraya memerli kami berdua.
"Ehem, ehem...pagi-pagi buta pun dah mula dating ke?"
Perbualan kami terhenti. Kami berpaling ke arah mereka dan Zahid, yang terkenal dengan mulut lasernya, terus menjawab usikan mereka.
"Mana ada...borak jela. Korang ni takde benda lain nak buat ke? Suke sangat jage tepi kain orang!"
Mereka menjeling ke arah Zahid lalu beredar. Sigh. Senario seperti inilah antara perkara yang terpaksa aku hadapi sejak berkawan dengan Zahid. Aku sendiri tidak mengerti...adakah mereka tidak suka kami berkawan disebabkan oleh jurang perbezaan yang ketara antara kami berdua? Ataupun mereka sekadar cemburu akan keakraban aku dengan Zahid?
"By the way, Kim...I've got good news!" ujar Zahid. Dia mengeluarkan sekeping surat dari begnya dan menghulurkannya kepadaku. Sebelum aku sempat mengatakan sesuatu, dia berkata terlebih dahulu..
"Aku dapat tawaran gi sekolah asrama penuh kat Seremban!!!"
Aku tergamam. Pada raut wajah Zahid jelas terpancar kegembiraannya. Aku bertanya sama ada dia akan menerima tawaran itu atau tidak. Dia mengangguk. "When are you leaving?" tanyaku lagi. Zahid berkata, "Lebih kurang dua minggu dari sekarang.." Aku ingin mengatakan sesuatu namun hasratku terhalang kerana loceng telah berbunyi. Kami mengatur langkah ke barisan kelas masing-masing.
Di dalam kelas, aku asyik terpkir akan "good news" Zahid tadi. Dia nak pindah? Asal dia nak tinggalkan aku keseorangan kat sini? Persoalan-persoalan ini berlegar di dalam fikiranku. Perasaanku ketika ini bagaikan kaca terhempas ke batu. Namun, aku pendamkan sahaja perasaanku itu agar tidak disedari oleh rakan-rakan sekelasku yang lain. Pemikiranku terganggu memikirkan perkara tersebut sehingga aku tidak dapat fokus terhadap pengajaran cikgu dalam kelas. Aku melihat jam tanganku berulang kali seraya menunggu bunyi loceng yang menandakan waktu rehat.
Bunyi loceng yang kunanti-nantikan tiba jua. Aku ternampak kelibat Zahid yang sedang menunggu di luar kelasku. Lantas, aku mengemaskan mejaku dan keluar untuk berjumpa dengannya. Aku berasa agak janggal apabila berjalan bersama-sama dengan Zahid mengenangkan dia akan meninggalkanku tidak lama lagi. Kami membisu buat seketika sebelum aku memecahkan kesunyian tersebut.
"Kang ko kasi ar address sekolah asrama ko tuh..leh keep in touch."
"OK..no problem.." balas Zahid. "Eh..kang on my last day, kita kuar minum after school nak? Aku belanja."
Aku tersenyum tawar menandakan persetujuanku.
Dua minggu telah berlalu dan hari yang ditunggu-tunggu Zahid akhirnya tiba. Hari terakhir persekolahannya di sini. Sigh. Bagiku, ini adalah hari terakhir aku bersama-sama dengan my beloved buddy. Aku menuju ke tempat perjumpaanku dengan Zahid. Seperti biasa, dia menyambutku dengan senyumannya yang menawan.
"Nampak gayanya that's the last time I'll ever get to see that smile, huh?" kataku.
"Ha'ah..memang pon. Mesti aku rindu rutin harian aku nih..HAHAHAA!" gurau Zahid.
Aku tersenyum, walaupun pada hakikatnya, akulah yang akan merinduinya. Aku merasakan masa pada hari itu berlalu dengan pantas sekali apabila kedengaran bunyi loceng menandakan waktu tamat persekolahan bagi sesi pagi. Kami berjalan bersama-sama ke pintu pagar sekolah buat kali terakhir. "Kim, jangan lupe outing kite tau petang kang.."
Aku berjumpa dengan Zahid di Starbucks. Aku tersenyum memikirkan tempat pilihannya itu, kerana kafe itulah yang sering menjadi tempat kami melepaskan stress selepas peperiksaan. Bertemankan Venti Iced Chocolate, aku dan Zahid berbual-bual selama beberapa jam di situ. Sebelum kami berpisah, aku menghulurkan sekeping kad kepadanya. Dia mengukir senyuman dan berkata,
"I'll keep in touch..don't worry.."
Aku mengangguk lalu berjabat tangan dengannya sebelum aku berjalan pulang. Mahu sahaja aku memeluk Zahid tetapi aku sedar akan batasan kami. Aku menoleh ke belakang dan terlihat Zahid sudah berada jauh dari pandanganku. Tanpa kusedari, air mata mula membasahi pipiku. I'll miss you dearly, Zahid...
Sudah hampir 2 bulan berlalu. Aku masih meniti hariku walaupun tanpa kehadiran Zahid. Aku telah mengirim surat kepadanya untuk bertanya khabar, namun dia tidak membalasnya. Mungkin dia sibuk dengan kerja sekolah atau aktiviti kokurikulum, bisik hatiku dalam diam. Beberapa minggu kemudian, aku menghantar surat yang kedua sambil mengharapkan balasannya. Saban hari, aku setia menunggu suratnya tetapi tidak pernah tiba. Ibuku sering membebel kerana aku asyik bertanya mengenai surat.
Adakah Zahid telah melupakan aku? Soalan ini sering terngiang-ngiang dalam benak fikiranku. Aku mula berputus asa untuk menunggu warkahnya.
Pada suatu hari, sebaik sahaja aku pulang dari sekolah, aku ternampak sekeping surat di atas meja yang tertulis namaku di atas sampulnya. Hatiku melonjak keriangan apabila aku terlihat cop pada setemnya tertera perkataan SEREMBAN.
aku paling nyampah kalu baca citer yg tergtg nie..br nak layanzz..dah abisss... ape nie???
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam
hmp..bgos cite...
mls nk komen pjg2 ..ni je la
~freze~