BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Disember 05, 2008
Cerpen : Suatu Kebangkitan
Nama Pena : Ilham Sina

Petang. Amny pening. Keputusan final examnya kandas! Tak mungkin ini satu noktah yang sekaligus menghancurkan cita-citanya? Ireland,makin menjauh…Tiadakah harapan baginya lagi? Menyusur onak menyemai cita-cita, tungkus-lumus selama ini tiada gunanya! Fikirannya bercelaru. Perasaannya rusuh. Ya Tuhan, aku tidak tegar menerima dugaan seberat ini. Ampunkan hamba-Mu ini, ya Allah.

Dari kecil, aku belajar bersungguh-sungguh. Tempat pertama, kedua dan ketiga menjadi mainan, hingga melangkah ke tingkatan lima, aku top ranker! Apa dah jadi sekarang? Dua tahun mengikuti kursus persediaan, aku jatuh. Dan sekarang, requirement universiti pun tak lepas? Amny! Apa yang berlaku?

Penuh persoalan menyelirati benaknya. Semua saudara mara menanyakan soalan yang sama. Aku tak betah berdiri lagi di sini! Apa harus kukatakan pada mereka? Soalnya, aku terlalu main-mainkah? Tak! Aku berusaha lebih dari segala-galanya!Argh! Aku tak boleh menjadi selemah ini. Amny Fadheelah bukan begini.

Ayah, di mana kata-kata dan ucapan motivasimu? Amny jenuh menyelongkar kotak ingatan, yang ada hanya memori pahit tinggalan ayah. Amny terganggu emosikah atas pemergian ayah tika hari peperiksaan sedang mendekat? Amny tak tegar mengaku! Amny tahu semangat yang ayah tinggalkan masih kuat dalam diri Amny saat itu. Kerana itu, Amny tetap bisa meneruskan perjuangan sebelum menginjakkan kaki pulang ke kampung laman kita.

Ironisnya kehidupan kita, ya ayah. Usaha kita kadang kala tak dibalas. Jerih payah yang diberi pun tidak memberi erti. Dan, kadang kala...kasih kita pun selalu dibenci. Amny dah bungkam. Usaha selama ini dibuang ke mana? Ditiup taufankah? Atau dibom sia-sia? Atau mungkin juga disabotaj oleh bajingan tak bertanggungjawab (exam board)?

Amny! Mustahil benar, selusuh inikah hatimu? Sependek itu sahajakah akalmu? Amny, marilah pulang ke pangkal keimanan. Lenyapkan derita hatimu. Kembalilah kepada Allah! Suara halus berbisik nyaring di benak Amny. Amny memerhati seluruh sudut di masjid itu, dia tersandar lesu. Ketenangan yang dicarinya masih belum muncul. Masjid itu tiada aura yang sepatutnya diimarahkan manusia. Semuanya sibuk dengan harta dunia agaknya. Akhirnya dia tertidur, mindanya sudah letih menarikan dansa mengikut gendang emosi.



Amny kehilangan arah. Jalan yang dilaluinya makin gelap. Baru sebentar tadi dia melihat cahaya di penghujung jalan itu. Ke mana hilangnya cahaya tadi? Berpusing-pusing Amny mencari titik cahaya tadi. Tiada! Meskipun sedikit, tiada sinar, walau sirna sekalipun, hilang dimamah kegelapan. Senyap. Sunyi memenuhi ruang. Seketika kemudian, kedengaran ayat al-Quran dialun merdu tapi sayup-sayup sekali. Amny mengikut suara itu. Makin lama, makin jelas.

Iyyaaka na’budu wa iyyaka nasta’ieen. Kepada-Mu kami sembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. Ihdinassirotol-mustaqeem. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Amny terjaga. Astaghfirullah. Dia meraup muka. Amny mengingat kembali mimpi siangnya. Sinar itu hilang untuk membawanya kepada suara yang mengalunkan ayatullah tadi. Surah Al-Fatihah? Pembuka?

Inikah kuncinya? YA! Itulah kuncinya. Itulah miftahnya. Ya Allah, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ampunkan hamba-Mu ini. Terlalu lalai daripada kasih-Mu. Terlalu sombong daripada meminta daripada-Mu. Sedangkan Engkau sahaja yang layak untukku meminta pertolongan. Selayaknya, ya Allah. Astaghfirullahal 'azeem...Senandung al-Fatihah terus berlagu di bibirnya. La ilaha illallah. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah!


Angin bertiup lembut. Bayu laut menampar-nampar pipi gebu Amny, memanggilnya menikmati suara alam. Pantai Teluk Ketapang menjadi destinasi Amny seusai solat Asar. Tak ramai manusia menghabiskan masa mereka di pantai pada hari bukan hujung minggu. Amny berdiri menghadap laut. Dibiarkan sahaja seluarnya basah apabila air masin menerjah kakinya yang tidak bersepatu. Fikirannya masih tenggelam dengan zikir alam, deru ombak yang berzikir kepada Allah, tapi alunan surah Pembuka masih kuat bermain-main di ingatannya.

Iyya ka na’budu..
Kepada-Mu kami menyembah..
Wa iyya ka nasta’een…
Dan kepada-Mu kami memohon pertolongan..

La ilaaha illallah!
Ya 'Azim, segala kudrat adalah milik-Mu. Hanya dengan iradat-Mu, sesuatu boleh terjadi. Kun fayakun kata-Mu. Ya Tuhanku, ampunkan hamba-Mu yang hina ini. Ampunkanlah aku, ya Allah atas kelalaian hati ini. Sujudku dulu, hanya pada zahirnya. Namun, hatiku tak pernah hadir di sana. Ya Ghafur, kurniakanlah maghfirah-Mu yang tak bertepi itu. Kau kuatkanlah pula imanku. Kau teguhkanlah imanku. Benarkanlah aku melunaskan imanku dengan mati syahid di jalan-Mu, ya Allah…

Ombak terus menghempas pantainya. Ikan-ikan di lautan mengaminkan doa hamba-hamba Allah yang ikhlas. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Anugerah-Mu tetap tak tertulis, meski seluruh lautan ini menjadi dakwatnya. Hamba-Mu ini memang pelupa, ya Tuhan. Astaghfirullah! Amny membuang pandang jauh ke tengah laut, bermuhasabah menginsafi diri.

"Assalamualaikum..", tegur satu suara lelaki, membantutkan lamunan Amny. Langkahannya terhenti tidak jauh dari sisi Amny yang terleka menikmati bayu laut.

" Waalaikumussalam warahmatullah..", salam segera disambut. Amny berpaling, memerhati wajah di sebelahnya. Ingatannya diselongkar sederasnya, wajah ini pernah hadir dalam sejarah hidupnya. Amny tersenyum, berbalas.

" Doktor Izham…", sapa Amny, jelas di ingatannya, doktor ini yang telah merawat ayahnya hingga ke penghujung umurnya beberapa bulan lepas.

" Amny…Alhamdulillah, ingat lagi saya. Apa Amny buat kat sini? Sorang je?", soal doktor Izham. Ceria, seperti dulu. Meski hari-hari yang dilalui lelaki itu penuh masalah orang lain, tapi sebagai seorang doktor, itu sememangnya tanggungjawabnya. Dan kerana itu, dia sanggup menghadapinya tanpa seulit keluhan pun.

" Alhamdulillah, ingat lagi. Tak sangka doktor pun masih ingat saya, ye..Saya ke sini seorang je. Saya kat sini pun nak rehat-rehatkan minda sikit. Nak buang angin-angin panas, sekali-sekala datang. Dulu selalu datang dengan arwah ayah, sekarang ayah dah takde, seoranglah jalan-jalan. Doktor? Seorang ke? Tak kerja petang ni?", ramah berbahasa walaupun terasa sedikit kekok atas perbualan dengan lelaki tanpa urusan penting kerana bakal mengundang fitnah. Meskipun berlaku secara kebetulan dan di tempat terbuka sebegini pula. Malangnya, bila-bila masa sahaja fitnah boleh tersebar. Manusia, berbagai andaian akan dibuat. Mulut pula, bukan macam mulut tempayan, yang masih boleh ditutup.

" Saya dah habis waktu kerja, esok oncall. Tadi rasa terpanggil benar nak jalan-jalan kat sini. Walaupun rumah tak jauh dari sini, tapi kadang-kadang je pijak pasir putih ni. Sibuk memanjang…ni pun, kejap lagi nak jumpa kawan, minum sama-sama lepas tu nak buat research sikit pasal patients’ cases", jelas lelaki berjawatan doktor itu. Aku cuba berlagak selamba. Menganggukkan kepala mendengar patah bicara lelaki itu.

Hati terusik. Memikirkan cita-cita yang masih tergantung di awangan. Akan tercapaikah olehnya harapan itu? Air mata mula bertakung di birai mata. Sensitifnya perasaan ini. Tidak kuatkah aku menghadapi ujian-Nya? Pantas aku menyeka. Harap-harap doktor Izham tidak meyedari apa yang kulakukan tadi. Kebiasaannya, doktor Izham sangat peka, apatah Amny sendiri pernah rapat dengannya dulu. Sedari bibit perkenalan dahulu, doktor Izham banyak membimbing Amny, mungkin sudah tercatit dalam Hippocratic Oath yang diikrarnya dulu.

Dr. Izham memandang jauh ke tengah laut. Mengisi ruang peparunya dengan udara segar dan lembap. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Amny, menyertai Amny bermain ombak yang setia menemani pantai. Bayu yang bertiup membawa bau perfume milik doktor Izham ke rongga hidung Amny. 'Wanginya…’. Rupanya syaitan sedang memainkan peranannya. Lepaskan Amny dari dosa, ya Allah.

" Sekarang cuti?", Dr. Izham mencari kepastian.

" Atau sedang menunggu offer?".

" Dua-duanya sekali…", balasku, pendek. Membenteng ombak di dada. Situasi kini benar-benar rumit. Bagaimana harus diterangkan situasi sekarang? Tak mungkin aku mahu meluahkan masalah kepada lelaki di hadapan ini? Janggal pula kedengarannya. Yalah, orang jauh, tak pernah ada kena-mengena antara kehidupan kami berdua. Janganlah dia tanya lagi. Bisik hati Amny.

Dr. Izham hanya menganggukkan kepala. Sepi. Amny pantas mencari jawapan, sebagai persiapan menghadapi soalan seterusnya daripada doktor Izham. Apa pun harapnya, biarlah lelaki itu cepat pergi.

Handphonenya berdering tiba-tiba. Melihat sahaja skrin handphone, doktor muda itu terus minta mengundur diri,"Hrm..saya kena beransur dululah, ye…Maaflah. Tak sempat kita nak berbual panjang". Dr. Izham melangkah, memakai sepatu yang dipegangnya sedari perbualan mereka bermula tadi. Amny membiarkan, tidak menghantar dengan pandangannya sekalipun. 'Fuh, selamat.’

" oh ya, saya ada sesuatu untuk Amny. Apa pun, jangan lupa inform berita Amny kepada saya. Assalamualaikum warahmatullah.", entah bila Dr Izham datang semula, menyerahkan sepucuk surat biru, sempat berpesan lagi. 'Tak akan punya!’, tekad hatiku.

Tanpa sempat Amny mengucapkan terima kasih, Dr Izham terlebih dahulu berlalu.

"waalaikumussalam warahmatullah..", Amny terkejut, menganggukkan kepala. Dia tahu, doktor itu tak dapat melihatnya.

Apakah isi surat ini? Sampul biru itu dibuka, sekeping kad ditarik keluar. Bersamanya bauan semerbak. Sama seperti wanginya bau tadi. Jantungnya berdebar. Adrenalin yang tersebar ke salur darah, pantas menyemarakkan pergerakan otot-otot jantung. Sepertinya kad walimatul-urus? Doktor Izham empunyakah?

Soalan itu mengganggu fikiran. Pantas, Amny membalik-balikkan kad itu. Tiada tertulis 'walimatul urus’ pun. Sebaliknya tertulis 'Tahniah!’. Apakah maksudnya ini? Dia pantas mencari kelibat doktor Izham. Tiada. Kemudiannya, dia hanya merenung kad biru lembut itu.

Argh! Lupakan saja. Ucapan ini tak layak bagiku! Kemudian, disimpannya sahaja. Fikirannya berputar ligat. Musibah dan masalah memang tak terpisahkan. Tribulasi pula tak henti-henti mencarinya. Perasaan sedihnya sudah hampir surut. Tapi, masalahnya sekarang, bagaimana berita itu harus sampai kepada ibu? Bagaimana pula mesti dikhabarkan kepada saudara mara lain yang pastinya akan bertanya tentang keputusan itu? Eric? Janjinya pada dirinya sendiri untuk mengatasi lelaki itu pula bagaimana? Pasti Eric ketawa padanya. Eric tidak seharusnya tahu tentang ini! Amny dapat membayangkan senyum sinis lelaki yang dia pernah jatuh cinta dulu.


Cinta dua hala tapi tak bertemu titik persilangannya. Agaknya, cinta yang disemai terbentang selari, walaupun terbit dari dua hati berlainan, tapi tiada dimensi yang membenarkan ikatan ini bertaut. Eric cintai Amny. Amny tidak. Selepas bertahun lamanya, cinta Amny baru berputik. Eric pula tidak tegar menunggu lagi. Argh!Aku tak bisa mengingatinya lagi. Terbanglah dikau wahai memori! Masalah lain masih berat untuk kutanggung.

Nanti dulu! Bagaimana pula jika doktor Izham mahu aku menghubunginya? Aku tidak mahu dia tahu. Aku malu! Walaupun tiada gunanya lagi. Tapi itulah realitinya. Aku masih tidak dapat membuangnya. Memang aku takkan dapat membuangnya. Semua orang tahu aku seharusnya menyambung pengajian ke Ireland. Aku bakal doktor! Walaupun baru sahaja sekadar melepasi kursus persediaan. Tapi, sekarang...Oh kehidupan, ironiknya dirimu!

Amny cuba berdiri setegaknya. Direnungnya lautan luas. Pandangan melebar ke seluruh ruang yang terbentang di depannya. Perlahan-lahan ditariknya nafas, dalam-dalam agar semua masalah keluar bersama udara yang akan dihembusnya. Alunan al-Fatihah datang lagi. Bermain-main di gegendang telinganya. Terus bersatu dengan kalimah tauhid 'La ilaaha illallah’.

Tenangnya fikiran tika ini. Senja mula berlabuh. Rewang petang beransur pergi apabila malam rancak meniti waktu. Amny melangkah pulang. Ditinggalkan pantai Teluk Ketapang, lokasi memorinya terbina bersama arwah ayahnya awal tahun ini. Amny singgah di masjid At Taqwa, menanti azan maghrib berkumandang. Masjid ini juga sama keadaannya seperti masjid dia bersolat Asar tadi, mungkin bezanya jemaah besar sedikit. Malangnya, itupun hanya kelibat warga emas yang memenuhi saf tunggal. Sedih dia melihat keadaan itu. Di manakah lenyapnya gemilang Islam zaman nubuwwah dan sahabat dulu? Silap siapa masjid hilang imarahnya?

Seusai solat fardhu, diiringi pula solat rawatib ba’diah. Lantas disambung solat hajat sebelum memandu pulang. Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’een. Berpadu kalimah itu lagi di dalam hatinya, disemat kemas di ingatannya.

Setibanya di rumah, ummi menanti di ruang tamu. Salam bersambut.

" Ummi dah makan? Jom makan sekali.", ujarnya tenang, agar ibunya tidak menghidu masalahnya.

" Boleh juga... Amny dari mana? Malam baru balik. Anak dara tak baik balik malam. Keluar pula sorang-sorang. Amny tahu kan, tak baik perempuan keluar berseorangan tanpa ada muhrim menemani?", umminya menegur, mengiaskan kerisauan yang melanda nurani. Selepas zohor tadi Amny keluar, katanya mahu melihat keputusan memalui emel di cybercafe. Entah apalah dunia sekarang, banyak sangat benda baru. Dia sendiri tak faham. Kalau dulu, surat kertas terus sampai ke tangan. Kini, dah lain.

Itu satu hal, yang penting sekarang, Amny menghilang berjam-jam lamanya, hingga maghrib. Bimbang benar dia. Apa lagi sekarang jenayah makin menjadi-jadi. Nyawa macam mainan, situ bunuh, sini bunuh. Yalah, hidup pun hanya sekali. Lepas tu, terus dihisab amalan untuk ke destinasi seterusnya yang abadi. Kalau nyawa terbang sia-sia tanpa sempat beramal bertaubat, apa gunanya hidup berpuluh tahun di dunia? Hish..manusia sekarang suka merugikan diri sendiri. Entah apa nak jadi.

" Amny ke pantai petang tadi, ummi. Lepas tu terus solat maghrib kat masjid. Ada ceramah, ingatkan nak tunggu juga. Tapi bila nak call ummi, baru sedar handphone tertinggal. Tu baru balik. Maaf ye, ummi..buat ummi risau...", Amny memujuk. Dia semakin bersedia menyampaikan beritanya kepada ummi.

" Lain kali jangan buat lagi. Nak keluar, berteman. Macam mana keputusan? Dah tengok?", soalan cepu emas yang dinantikan terlontar jua dari mulut ibunya.

" Dah...Tapi, bukan rezeki Amny lagi, ummi. Ini ujian Allah agaknya, mi...Amny yakin pasti ada hikmahnya nanti.", balas Amny tenang. Cuba memberi pengertian terbaik kepada umminya. Dia tahu, ummi pasti kecewa kerana harapan melihat anaknya belajar ke luar negara dalam bidang perubatan tak menjadi.

Ibunya memandang dalam ke dalam matanya. Mencari kepastian di sebalik ketenangan kata-kata Amny. Dia tak percaya. Amny main-mainkah? Tenang Amny tidak menggambarkan sikapnya dulu yang tergopoh-gapah, kelam-kabut, pemarah.

Amny hanya mengangguk, tersenyum hambar, terselit kekecewaan dalam cara anggukannya tapi matanya penuh pengharapan. Pengharapan baru yang lebih baik.

" Hrmm...kalau macam tu...tak mengapalah, Amny. Walaupun ummi masih ada rasa terkilan, tapi ummi tak mahu Amny mengalah dalam ujian-Nya yang baru secubit ini. Allah Maha Berkuasa atas sesuatu, apabila Dia berkehendak, maka itulah yang terjadi. Ummi tahu, Amny dah mencuba yang terbaik untuk exam itu, kan. Dia pastinya lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Yang penting, Amny bermuhasabah, jangan ulangi kesilapan dulu, walau apapun ia. Perbaikilah sebaiknya ya...", ujar ibunya menasihati. Ibunya membelai ubun-ubun Amny. Membuang resah, memberi sokongan dan semangat untuk anak yang sedang belajar memahami masalah dunia.

Amny dapat merasakan hadirnya semangat baru. Amny menganggukkan kepalanya. Patuh berserta tekad baru. Ya! Aku berjanji, aku akan membaiki kelemahanku. Aku akan berbaris dengan orang terbilang kerana aku akan berusaha lebih lagi. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya. Aku akan pastikan janji ini tidak tinggal janji!

"Terima kasih ummi kerana memahami. Amny sayang ummi...", kata Amny penuh perasaan, bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu yang sangat penyayang, memahami dan penuh nasihat. Amny terbayangkan kehadiran ayahnya tika ini. Pasti itu juga yang akan dilafaz ayah. Amny tersenyum lega.

Dengan nama-Mu yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ya 'Alim, Kau Maha Mengetahui segala yang terbaik buatku. Aku redha segalanya atas apa yang telah Engkau takdirkan buat hamba-mu yang lemah ini.




Hari terus berlalu. Bacaan Al-Fatihah terus dialun, tujuh belas kali sehari semalam, extra lagi dua, mengiringi solat hajat. Dan dua lagi untuk solat istikharah pada saban malam. Ramadhan makin mendekat, menjenguk umat Islam seantero dunia. Meski seketika, namun penuh kerahmatan dari-Nya.

Fajar sadiq.
Seusai solat subuh, seperti biasa Amny membaca ma’thurat sebelum menghafaz Al-Qur’an. Telefon di atas meja tiba-tiba sahaja berdering. Siapa yang call pagi-pagi ni? Syuruk pun masih jauh lagi. Amny bermalasan mencapai telefon tangannya. Nombor yang tidak dikenali. Siapa?

"Hello", hujung talian mula berbicara, tiada lafaz salam sebagai pemula bicara. 'Muslim ke tak ni?’

"Hello, assalamualaikum", ujar Amny. Gamble je menyebarkan salam, andai pemilik suara itu muslim, alhamdulillah. Jika tidak, semoga Allah memberinya hidayah. Ameen.

"Waalaikumussalam, boleh saya bercakap dengan Amny Fadheelah?", soal suara tadi.

" Ya , saya Amny Fadheelah. Boleh saya tau siapa yang bercakap?", Amny terkejut. Suara tak dikenali, mencari dirinya. Menelefon dirinya waktu begini pula? Ish, pelik ni. Amny berdebar menanti. Kejap. Suara ni macam pernah dengar. Tapi, di mana ya?

" Alhamdulillah, dapat pun saya bercakap dengan Amny. Saya ni, Doktor Izham. Amny sihat?", Doktor Izham? Mana dia dapat nombor aku ni?

"Alhamdulillah", sepatah saja bicara terkeluar.

" Maaf mengganggu pada waktu sebegini. Mengganggu tidur Amny agaknya saya ni", berbasa-basi.

"Oh, tak. Dah lama bangun"

"Begini saja ya, Amny. Saya tak boleh nak berbicara panjang, sebab saya masih on duty. Oncall. Saya nak mintak Amny datang ke hospital hari ini pukul 10 pagi? Ada beberapa perkara saya ingin bicarakan, personally.", ujar doktor Izham menimbulkan persoalan besar di benak Amny.

"Pasal apa ya, doktor?", ringkas soalan Amny.

"Surprise, but you will never regret after you decide to come", kenapa ya? Bagaimana ni? Boleh tak pergi tak?

Sunyi.

"Amny? Senyap je. Saya tak boleh lama-lama ni. Jika Amny datang nanti, terus cari saya kat wad 8A. Ok ye. Assalamualaikum.", talian diputuskan. Alamak. Doktor ni, taulah busy, tapi tunggulah kejap. Orang nak bagitahu taknak pergi ni. Amny memberontak. Dia tak jadi menghafaz Qur’an. Tapi, sekadar membasahkan ingatan dengan surah-surah yang telah dihafaz. Selalunya, dia melakukan tasmi’ di hadapan ummi selepas maghrib.

Pagi makin pantas berlalu. Berkali-kali Amny berfikir kewajaran tindakannya selepas ini. Dr. Izham. Kenapa mesti dia pergi hari ini? Masalah satu dah tambah lagi. Jam sudah 9.51 pagi. Sembilan minit lagi. Amny bertindak. Pergi je lah! Mungkin ada manfaatnya.

Tepat 10.15 pagi. Wad 8A.
Amny melintasi bed menempatkan arwah ayahnya beberapa bulan lepas. Basah di ingatan saat sakaratul-maut menjemput roh ayah pulang ke pangkuan-Nya. Alunan surah Yaasin berlagu di corong telinga.

Hatinya sudah berderai tangis. Sebak masih tegar dibentengi. Namun berapa lama sajalah dapat dipertahankan. Rindu Amny pada ayah membuak-buak. Seminggu menemani ayah di sisi, seketika kemudian sudah dijemput Ilahi. Memori Amny berputar pada cerita yang sama. Diolah dengan cara yang sama. Ciuman terakhir singgah di dahi ayah. Genggaman terakhir ayah sebulan sebelum itu. Rindu berlagu sendu. Sendu mengoyak ceria wajahnya.

Tanpa mencari Dr Izham, Amny berjalan keluar daripada wad. Langsung dituju ke kawasan perkuburan bersebelahan hospital, bersemadinya jasad arwah ayah di situ. Doanya roh ayah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ameen.

Dr Izham menyedari kedatangan Amny, namun tidak sempat menemuinya. Dia masih sibuk menyediakan preskripsi ubat kepada pesakit yang terakhir tadi. Dia ternampak kelibat Amny, termenung jauh memerhatikan bed di sebelah kaunter. Bed yang pernah didiami ayahnya Amny. Silapnya juga, tak patut mengajak Amny ke wad ini. Pasti kenangan sedih berputar kembali dalam kepalanya.

Selesai saja kerjanya, Amny sudah berjalan keluar. Dia mengejar Amny secara senyap-senyap. Rupanya, Amny ke pusara allahyarham. Dia hanya berdiri dan memerhati dari jauh. Terlalu dramatis kisah gadis ini. Dia membuang pandang. Jauh. Cuba mencari rasionaliti diri.

Dia menjejak Amny hingga ke rumahnya.Dia pasti melakukan sesuatu. Lantas dia berlalu pergi, kembali ke hospital. Tanggungjawab prioriti didahulukan.



Dr Izham langsung tidak menghubungi Amny. Seminggu sudah berlalu. Tiga hari lepas, ada berita baik, Amny terkejut sangat, dia mendapat tawaran MBBS dari Indonesia. Seingatnya dia tidak pernah memohon ke sana. Tapi, itulah..rezeki Allah. Kata orang kalau niat baik, walau macam mana sekalipun, Allah akan tolong. Bezanya mungkin cepat dan lambat sahaja.

Dan hari ini pun, Amny terkejut lagi. Entah nak dikategorikan berita baik atau buruk? Dia sendiri tak tahu. Kata ummi, ada orang datang siang tadi, kebetulan pula Amny keluar membeli barang sebagai persediaan di perantauan nanti. Ummi cakap lagi, mereka datang berhajat. Amny tak ambil pusing.

Ummi sambung lagi... mereka datang merisik Amny. Haaa??? Amny dah menggigil. Siapa pula yang berhajat mengambilnya jadi menantu? Apa sangat yang ada pada dirinya? Masak pun tak pandai? Maggi bolehlah. Hish... "Siapa ummi?", Amny risau. Dia tiada hubungan dengan sesiapa selama ini. Takkan tiba-tiba ada orang merisik. Haih! Jangan kata jadi dalam cerita kat tv..kahwin dengan orang tua manalah pulak nanti. Lagipun, usiaku masih muda. Kalau boleh Amny mahu menjerit, membangkang. Tapi, haram bagi seorang anak meninggikan suara dengan ibunya. Amny menghentikan niatnya. Sekadar terdiam dengan wajah terkejut masih bersisa.

"Amny kenal orangnya. Kalau Amny setuju, insyaAllah minggu depan mereka datang hantar rombongan. Ummi bukan nak mempengaruhi Amny, tapi jika memang orang yang bakal jadi suami Amny memang bagus, ummi pun tak tolak. Orangnya pun beragama, kerja pun stabil, bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya Amny terjaga sikit masa kat luar negara nanti. Taklah bimbang sangat hati ummi."

Soalan masih tak terjawab. Siapa gerangan orangnya? Tak mungkin pelajar sama universiti dengan aku kot? Tapi, dah kerja, ummi cakap.

Ummi menghulurkan gambar. Amny mengecam. Terkedu, campur terharu. Inikah gerangan orangnya? Wajah Amny merah merona tatkala dibasahi sinaran lampu pendarflour biliknya. Ummi semakin pasti dengan tindakannya.
posted by Penulisan2u @ 2:05 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 5/12/08 8:45 PG, Blogger MmP said…

    alaaa....sambung la lagi, syok ar...ni barulah yg lain ckit, ada roh dlm citer, dpt rasa citer ni mcm real...tahniah penulis, gud job!

     

  • At 5/12/08 10:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyer citer nie,,,
    continue la lg...
    jdknnyer lbh menarik,,
    that's a good job..

     

  • At 5/12/08 12:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    info: kt indonesia takde MBBS..yg ade MD jer..=D

     

  • At 5/12/08 1:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST... d same thing3happen 2 me.. but diffrnt course n bab merisik tu x ado... nice stiry... rite now i hav 2 stat all over again... but it's ok...

     

  • At 5/12/08 1:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    BEST... d same thing3happen 2 me.. but diffrnt course n bab merisik tu x ado... nice stiry... rite now i hav 2 stat all over again... but it's ok...

     

  • At 5/12/08 3:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SALAM

    wwowwww...bgos la ats tu soo islamic..
    anyway ..gud stori

    ~freze~

     

  • At 5/12/08 3:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum...

    alhamdulillah...lebih bagus dri yg dulu...kali ni dia tahu b'dosa walaupun d tempat awam...fitnah dan syaitan sentiasa d mana2...bagus...

    wassalam...

     

  • At 5/12/08 3:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum,
    salam,

    siapa gerangan bakal suami amnah..? i think,Dr. Izham lah..btol x..?

     

  • At 5/12/08 10:16 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Alhamdulillah~ hopefully mmberi manfaat pd yg mmbaca...insyaAllah..

    TERIMA KASIH atas sokongan jua!!

    to puteri diana: i leave the answer to the reader...:)
    p/s: nama dia amny tau...;)

    -ilham_sina@ymail.com-

     

  • At 6/12/08 2:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam ilham_sina..
    tahniah..ada perkembangan dlm cerpen kedua kamu..
    moga terus berkarya...
    tapi..seperti ku kenal siapa amny n dr.izham tu..hehehe..
    apa-apa pun best of luck k..
    chaiyok!!!

     

  • At 8/12/08 12:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum,
    salam,

    ok2..sorry2..sy tersilap taip nama.. erm,awk nak wat sambungannya ker..? atau awk nak biar kan pembace membuat andaian yg Dr. Izham adalah calon suami amny ker..?

    p/s:maaf kalau ade tersilap tulis atau terkasar bahasa...

    wassalam

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group