BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, Disember 05, 2008
Cerpen : Sambungan atas nama cinta
Nama Pena : wirna ibtiraz

Awan memutih mewarnai segenap kehidupanku. Aku miliknya dan dia milikku. Dalam mencari keikhlasan dan kejujuran, akhirnya aku menemuinya di sini. Dalam kepasrahan menerima takdir demi takdir. Khalif akhirnya menjadi insan yang halal buatku. Cintanya menyerikan semula kehidupan yang kurasakan kian menghitam suatu ketika dahulu.

Insan itu bersifat lemah. Makhluk yang sentiasa melakukan kesilapan dan tega memilih jalan yang sukar kerana terhijab itulah jalan terbaik. Awan putih yang kusangka cerah menyinari segenap sudut ruang hidupku, kembali berbalam. Kelam yang menutupi tabir perkahwinanku rupanya masih setia menemaniku melayari bahtera pernikahanku.

"Awak lapar?" Tanyaku. Sejak pagi lagi sebutir makanan pun langsung tidak dijamahnya. Khalif hanya berdiam. Pinggan nasi masih ditanganku. Pandangannya hanya pada kocakan air dari kolam ikan dihadapannya. Langsung tidak memandangku. Khalif membuai perasaannya sendiri. Seolah-olah aku tiada di situ. Hancur hatiku mengenangkan keadaan Khalif. Tragedi hitam yang telah meragut ingatan Khalif pada kenangan silam sekaligus merubah lakaran yang belum bisa kuukir di kanvas perkahwinan ini. Khalif masih bisa membuka matanya biarpun sebulan terlantar koma. Namun, realiti ini terlalu perit untukku telan. 'Khalif, benarkah diriku telah kau lupakan? Apakah notismu bersama jambangan bunga itu hanyalah mimpi buatku? Sedarlah Khalif. Aku isterimu.'
"Awak makanlah sikit. Dari pagi awak tak makan. Nanti perut awak sakit." Pujukanku masih tidak diendahkannya. Aku duduk dibangku disisinya. Raut wajahnya menggambarkan betapa kosong jiwanya ketika ini. Tidak mampu kutembusi kotak fikirannya yang jauh meninggalkan aku di sini.
"Mama…" Tiba-tiba Khalif bersuara. "Mama…"
"Awak, kenapa ni?" Tangannya cuba mencapai sesuatu. Dihadapannya hanyalah udara yang cuba digenggamnya. Namun tidak berjaya. Aku menjadi kalut. Tidak tenteram.
"Mama… tunggu…"
"Awak…" Khalif cuba bangun dari kerusi roda yang didudukinya. Kedua-dua kakinya yang masih lemah tidak mampu digerakkan. Hatiku cemas. 'Awak nak ke mana ni?' Khalif terus cuba untuk bangun. Tiba-tiba tubuhnya menyembah ke tanah. Tenaga wanitaku tidak mampu untuk memimpinnya bangun. Seluruh tubuh Khalif menggigil. Tangisannya bagai si anak kecil yang mengharapkan simpati seorang ibu. Setitik demi setitik airmatanya menitis ditanganku. Seraya, airmataku jua bergenang meniti dipipiku. Sukar untukku menerima keadaan ini. Khalif kulihat amat terseksa.

"Sabarlah, Nia. Nenek pasti Khalif akan sembuh." Nenek Odah cuba menenangkan hatiku. Tubuh lesu Khalif terlantar di atas katil sejak tengah hari tadi. Lama dia pengsan.
"Yelah, nek. Nenek pun pergilah berehat. Badan nenek pun tak sihat."
"Kamu tu pun. Jangan sampai kamu pula jatuh sakit. Nenek keluar dulu." Aku mengangguk lemah. Khalif masih tidur. Matanya terpejam rapat. Butiran jernih terus mengalir deras dipipiku. 'Aku hanya mampu memandang kau. Bagaimana harus aku lakukan supaya kau sembuh seperti dulu? Ya ALLAH, berilah aku kekuatan-Mu.' Aku membaringkan tubuhku disisi Khalif. Terasa nafasnya begitu lemah. Selemah semangatku untuk mengharungi penderitaan ini.

Azan Subuh yang berkumandang mengejutkanku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Sejurus itu aku terkejut apabila terlihat Khalif duduk bersandar disebelahku.
"Awak dah bangun?" Tanyaku. Khalif memandangku. Sinar matanya begitu sayu. Dia membisu. Matanya terus merenungku. Aku mengelap peluh dingin yang mengalir diwajahnya.
"Awak mimpi lagi? Pasal mama?"
"Saya…dah kahwin?" Khalif bersuara. Agak perlahan. "Awak…isteri saya?"
Aku mengangguk.
"Ya, kita. Kita dah kahwin. Kita adalah suami isteri. Awak ingat saya?" Khalif menggeleng sambil kedua-dua tangan menutupi telinganya.
"Tak tahu! Saya tak tahu! Awak pergi! Pergi…!" Khalif menepis tanganku.
"Awak jangan macam ni…"
"Saya tak tahu… Pergi…!"
"Khalif…"
"Keluar! Keluar dari sini…pergi! Pergi…!" Melihatkan keadaan Khalif, aku terpaksa menuruti kehendaknya. Melangkah keluar dari kamar itu.
"Nia, kenapa?" Soal Nenek Odah. Mungkin tengkingan Khalif dapat didengarinya. Aku memeluk Nenek Odah. Melepaskan airmata yang tidak tertahan lagi. "Nia…jangan nangis. Beritahu nenek, kenapa dengan Khalif?"
"Dia mengamuk tiba-tiba. Dia marah Nia, nek. Khalif dah betul-betul tak ingat Nia."
"Astaghfirullah…"

Setengah jam telah berlalu. Doctor peribadi keluarga Nenek Odah, Doktor Ruhaya sedang merawat Khalif. Aku menjadi semakin tidak mengerti dengan permainan takdir ini. Khalif seakan-akan membenciku. Aku bingung. Bagaimana sanggup Khalif menghalauku. Adakah aku benar-benar tiada dihatinya lagi? Atau, adakah aku akan terus hilang dari ingatannya?
"Doktor, bagaimana dengan dia?" Soal Nenek Odah sejurus Doktor Ruhaya menguak daun pintu kamarku. Wanita itu diam seketika. Memikirkan sesuatu. Kemudian memandang ke arahku.
"Bersabar ye, puan. Saya pasti Encik Khalif boleh sembuh. Tapi mungkin memerlukan masa yang agak panjang."
"Sampai bila doctor? Sampai bila dia perlu berterusan macam ni?" Soalku, cuba mendesak.
"Nia, sabar… Doktor, berapa lama lagi? Bila dia akan sembuh?"
"Sukar untuk menjangka. Sesetengah pesakit mengambil masa sekejap sahaja, sesetengahnya pula mengambil masa bertahun-tahun. Saya pun tak berani jamin dia akan sembuh sepenuhnya. Encik Khalif memerlukan semangat dan kekuatan dari orang yang rapat dengannya. Terutama orang yang disayanginya." Doktor Ruhaya menggenggam tanganku. "Puan Dania. Puan kena berusaha. Jangan putus asa. Jangan biarkan dia dengan perasaannya sendiri. Keadaan dia sekarang memerlukan sokongan orang disisinya. Supaya dia tak rasa lemah semangat. Puan mesti kuat. Walau macam mana sekalipun, jangan biarkan dia berasa berseorangan."
"Maksud doctor?" Soalku. Keliru dengan kata-kata Doktor Ruhaya.
"Ingat nasihat saya. Apa yang paling penting adalah sokongan puan dan semangat Encik Khalif untuk dirinya sembuh." Doktor Ruhaya cuba meyakinkan aku. Aku benar-benar keliru. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Doktor Ruhaya? "Saya minta diri dulu."

"Nia, masuklah. Jangan takut." Nenek Odah menolak daun pintu. Aku memandang Khalif. Wajahnya sugul. "Pergilah…" Aku duduk disisi katil. Khalif diam.
"Khalif…" Aku memberanikan diri untuk bersuara. Khalif masih membisu. 'Aku mesti kuat. Betul kata Doktor Ruhaya, aku mesti berusaha. Biarlah Khalif membenciku sekalipun. Aku takkan putus asa.' Biarpun aku masih tidak mengerti akan maksud kata-kata Doktor Ruhaya, namun aku sedar, akulah sahaja yang dapat membantu Khalif ketika ini. Semangatku adalah kekuatan untuk Khalif bangkit semula. "Mari, saya tolong. Awak mesti mandi. Lepas ni saya bawakan breakfast untuk awak." Tegasku memberi arahan. Khalif menepis tanganku. 'Aku mesti kuat…' Aku memegang tangannya semula. Kali ini lebih kuat. Pergerakan kakinya yang masih belum kuat membataskannya untuk melepaskan tangannya dari genggaman tanganku. Akhirnya dia akur. Aku menyorongnya ke bilik air. Menjalankan tugasku sebagai seorang isteri terhadap suami yang tidak berdaya. Aku mencapai tuala yang disangkut dibirai. Mengelap tubuh Khalif.
"Saya buat sendiri." Khalif merampas tuala dari peganganku.
"Awak pakai baju ni ye?" Cadangku sambil menunjukkan t-shirt berwarna biru yang lazim dipakainya. "Awak diam. Maknanya awak setuju." Aku memakaikan pakaian tersebut kepadanya.
"Saya boleh pakai sendiri. Awak keluarlah." 'Keluar?'
"Saya takkan keluar. Saya isteri awak. Adalah wajib untuk seorang isteri menjaga suaminya. Kalau saya keluar, bermakna saya dah melanggar hukum sebagai seorang isteri. Dan hukumnya adalah berdosa." Aku mengambil semula baju tersebut dari tangan Khalif. Memakaikan pada badannya. Lama dia berdiam.

"Sampai bila? Sampai bila awak nak jaga orang yang…orang yang cacat macam saya ni? Awak tak sedar ke saya dah cacat? Saya takkan boleh menjadi suami sesiapa lagi. Kudrat saya dah tiada. Saya bukan lagi seperti dulu…" 'Seperti dulu?' Aku tercengang mendengar kata-kata Khalif. 'Adakah ini bermaksud…'
"Awak. Apa maksud awak? Seperti dulu…? Awak dah…"
"Ya, saya dah ingat semuanya. Saya dah tahu apa yang berlaku. Sekarang saya nak awak faham sesuatu. Saya tak mahu menyusahkan awak. Awak boleh pergi. Saya…" Sekelip mata aku menutup mulutnya. Dari meneruskan kata-kata. 'Janganlah cerai yang kau lafazkan kepadaku. Aku tidak merelakannya…'
"Baguslah awak dah sembuh. Senang hati saya mendengarnya." Aku memeluknya. Kurasakan saat-saat indah akan mekar semula di taman kasihku. Taman yang telah lama kusemai benih-benihnya, menanti subur semula setelah kelayuan untuk seketika. Betapa aku bersyukur ke atas Ilahi. Keajaiban ini bagaikan hikmat untukku meneruskan apa yang telah dimulakan. "Saya bawakan sarapan. Dari semalam awak tak makan. Tentu awak lapar." Aku mencium dahinya. Sentuhan hangat yang acap kali kuberikan kepadanya ketika dirinya masih dalam koma. 'Harap kau dapat merasai kasih sayang ini, suamiku…'
"Kan saya dah kata, jangan pedulikan saya lagi. Saya takkan dapat berikan apa-apa kepada awak. Tolonglah faham…" Langkahku terhenti. Aku menarik nafas panjang. Mencari kekuatan didalam diri.
"Saya faham. Tapi awak pun mesti faham sesuatu. Saya tetap takkan tinggalkan awak, walau apa keadaan sekalipun. Khalif…saya dah jatuh cinta pada awak. Inilah saja kudrat yang saya ada. Tolonglah jangan minta saya pergi…" Khalif mengalihkan pandangannya ke arah lain. Aku melutut dihadapannya. Menyentuh pipinya. Kurenung dalam-dalam pandangan matanya. 'Tolonglah jangan lafazkan perpisahan itu…' Khalif membatu. Kulihat air jernih bergenang dikelopak matanya. 'Kau masih menyayangiku Khalif. Tentu kau juga memahami perasaanku.' Aku mengalihkan wajahnya memandangku. Mataku. Khalif memberikan pandangan yang kosong. Yang hanya tersimpan penderitaan. Kekecewaan. Seribu keperitan.
"Saya tak mahu awak menderita. Bersama saya. Keadaan saya, akan menyusahkan awak. Awak boleh dapat yang lebih baik dari ini. Awak boleh memiliki kebahagiaan awak sendiri. Bukannya hidup susah bersama saya." Aku menggenggam erat tangannya yang sejuk. Sesejuk hatinya yang dingin menginginkan aku pergi meninggalkannya. Insan yang kucintai sejak dahulu.
"Tidak…itu bukan jalannya. Saya takkan pilih jalan itu. Biarlah. Saya rela…" Khalif memejamkan matanya. Aku mencium tangannya. 'Saya janji. Awak akan sembuh. Awak mesti sembuh.'

Khalif hanya mendiamkan diri. Membisu. Melihat telatah kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan itu. Aku mendekatinya. Duduk dibangku berdekatan dengannya. Melihat air mukanya yang kuyu dan lesu. Sekali sekala beberapa kanak-kanak memerhatikannya dari jauh. Kemudian salah seorang darinya melambaikan tangan. Khalif membalas lambaian itu. Dengan senyuman yang agak sukar untuk diukirkan. Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya berlari ke arah Khalif. Membawa sebiji bola ditangannya.
"Abang, marilah… Main bola ni. Jom." Ajakan kanak-kanak lelaki itu pada mulanya ditolak. Khalif hanya memberikan senyuman yang tawar. "Ala…jomlah. Jomlah abang. Best tau…jomlah…" Akhirnya Khalif terpaksa akur. Roda pada kerusi roda itu diputarnya perlahan-lahan. Aku hanya memandang. Enggan mengganggu. 'Semoga ini akan memberi kau semangat.'
Khalif asyik bermain bersama kanak-kanak itu. Sekali sekala terdengar jeritan beberapa orang daripada mereka.
"Haha…cepat bang. Sini, sini…"
"Sini bang…dah dekat…"
"Yehh…" Sebentar kemudian semakin ramai yang datang menyaksikan perlawanan itu. "Menang!" Kelihatan budak lelaki tadi memeluk Khalif. Mereka bersorakan. Aku bangun mendekati. Khalif dikelilingi ramai kanak-kanak yang datang dari kawasan berdekatan. Mereka bersorak beramai-ramai.
"Cayalah bang! Abang terrorlah…"
"Yelah! Main lagi nak?"
"Abang, jomlah kita main lagi…" Bertubi-tubi soalan diajukan kepadanya.
"Tak boleh. Abang ni kena berehat." Aku mencelah. Risaukan keadaan Khalif.
"Kejap lagi saja. Bolehlah…" Pujuk budak lelaki itu. Aku memandang Khalif. Dia hanya berdiam.
"Tak boleh dik. Abang kan dah letih. Lain kali main lagi ye."
"Tak sportinglah mak cik ni. Abang tak cakap apa-apa pun…" 'Mak cik? Eh, budak ni…' Khalif tersenyum. Aku melihat satu senyuman yang penuh makna. Kebahagiaan tergambar. 'Lucu ke?'
"Tak apalah. Lain kali mak cik bawa abang datang sini lagi ye?"
"Mak cik ni siapa? Orang gaji abang ke?" Sekali lagi aku terkejut dengan soalan budak lelaki itu. 'Wah, wah…dahlah panggil mak cik, sekarang orang gaji pula?'
"Bukan…mak cik ni mak tiri abang ni. Mak cik kena bawa abang balik berehat. Kan dah lewat petang ni." Khalif memandangku. Aku mengeyitkan mata kepadanya. "Jom…" Aku menyorong Khalif.
"Abang, jangan lupa datang lagi tau. Tapi, jangan bawa mak tiri abang ni, lecehlah. Mesti nak suruh balik awal. Ye…?" Budak lelaki itu membisikkan sesuatu. Khalif mengangguk. Tanda setuju. Aku mengerutkan kening kepadanya. "Okey, give me five…!" Kanak-kanak tersebut berlari meninggalkan aku dan Khalif. Aku terus menyorongnya. Buat pertama kali aku melihat senyuman Khalif. Selepas tragedi itu, inilah wajah ceria yang pertama kulihat terukir menutupi duka yang terpancar. Hatiku sedikit berbunga.

Aku meneliti beberapa fail yang kubawa pulang dari pejabat. Timbunan fail yang tersusun diatas meja tulis itu kelihatan agak berselerak. Salah satu daripadanya adalah maklumat sulit syarikat. Tugasku sekarang adalah mewakili Khalif sebagai Pengarah Urusan yang perlu menjalankan tugas lebih berbanding para pekerjanya sendiri. Baru kusedar kini. Jawatan setinggi ini memerlukan pengorbanan masa yang cukup panjang. Bukan sahaja di pejabat malah perlu dibawa pulang andai tidak dapat disiapkan menepati waktunya. Lama aku menyemak fail-fail itu, tanpa menyedari Khalif telah tertidur. Aku bangun mendekatinya. Menyelimuti tubuhnya agar tidak kesejukan. 'Aku melihat bahagia diwajahmu hari ini. Adakah ia benar-benar bahagia? Teruslah tersenyum sayangku. Aku jua akan bahagia melihat kebahagiaan itu.' Aku mengucup dahi Khalif. Hangat. Sehangat cintaku yang kurasakan kian memancar semula.
Aku menyambung tugasku kembali. 'Aduh…macam manalah Khalif buat kerja-kerja ni…? Tak pening ke? Banyaknya kira-kira.' Aku tidak menyedari berapa lama aku bertahan hingga akhirnya terlelap. Kokokan ayam dari kawasan kampung berdekatan mengejutkanku. Aku memandang jam di meja tulis. 'Baru pukul 4.30… Awalnya ayam ni bangun…' Aku bangun melangkah ke katil. Merebahkan badan yang letih dan kepingin untuk berehat.

Cahaya dari jendela menyilaukan pandanganku. Aku mengalihkan pandangan ke arah Khalif disisiku. 'Eh, dah bangun ke?' Khalif tiada. Kerusi rodanya juga tiada di situ. 'Mana dia pergi?' Aku mencapai jam di meja di sebelah katilku. 'Ha! Dah pukul 9? Alamak…' Aku tergesa-gesa bangun menuju ke bilik air. Mandi sekadar bersiram. Lekas-lekas aku bersiap untuk ke pejabat. Aku berlari keluar dengan keadaan tergesa-gesa.
"Nia…apa berlari-lari ni? Dah, mari makan."
"Dah tak sempatlah, nek. Nia dah lambat nak ke pejabat ni."
"Tak payah. Suami kamu dah pergi awal tadi." 'Khalif? Dia pergi ke pejabat?'
"Khalif, nek?" Nenek Odah mengangguk. "Tapi…tapi, kenapa? Kan dia belum…"
"Mari duduk sini. Makan dulu." Aku bingung.
"Macam mana dia pergi ke sana? Naik apa?" Soalku masih belum puas dengan jawapan Nenek Odah tadi.
"Dengan Pak Cik Badrilah, siapa lagi?"
"Tapi nek…"
"Makan cepat. Kamukan dah lambat nak ke pejabat." Nenek Odah bangun meninggalkanku yang masih terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan. 'Betul-betul tak faham. Apa semua ni?'

Rosnah tersenyum ke arahku. Pekerja bahagian receptionist itu memang murah dengan senyuman.
"Selamat pagi, puan."
"Pagi."
Aku berjalan terus menuju ke pejabat Khalif. Aku memandang ke dalam bilik itu dari luar melalui pintu kaca. 'Ye lah. Khalif dah masuk.' Aku mengetuk pintu bilik pejabatnya.
"Masuk." Suaranya kedengaran dari dalam. Aku menguak daun pintu. Melangkah masuk sambil tersenyum. Khalif memandangku. Kemudian menyambung semula kerjanya. 'Tak layan aku pun?'
"Sorry, saya terlewat bangun tadi. Semalam..."
"Duduklah." Arah Khalif. Aku duduk dikerusi yang tersedia dihadapannya mejanya. Sambil menanti Khalif bersuara. 'Kenapa diam ni?' Lama aku menunggu di situ. Khalif hanya memandang beberapa dokumen dihadapannya. Aku meneliti keadaan Khalif. Kerusi roda masih setia menemaninya. Wajahnya masih pucat. Lesu. 'Awak kan baru nak sembuh, kenapa dah nak masuk kerja?' "Ambil form ni. Isi." Tiba-tiba Khalif menghulurkan beberapa helai kertas kepadaku. Aku membelek isi kertas-kertas tersebut. 'Borang berhenti kerja?'
"Apa ni? Awak nak saya berhenti kerja?" Soalku. Khalif mengangguk. Aku terdiam seketika.
"Cukuplah awak bekerja setakat ini saja. Kalau ada jawatan lain yang kosong, awak boleh pohon. Lepas isi form ni, awak serah pada Rosnah. Dia akan uruskan." Mungkin dia telah benar-benar sembuh. Boleh melakukan semua kerja-kerjanya di sini. Aku melemparkan senyuman.
"Tapi saya cuma menggantikan tempat awak, bukan pekerja di sini. Perlu isi juga ke?"
Khalif berfikir sejenak.
"Okey, kalau macam tu, awak boleh pergi." 'Macam tu saja?' Aku bangun melangkah keluar.
"Saya lega awak dah boleh masuk ke pejabat. Anyway, jangan kerja kuat sangat." Khalif hanya mengangguk perlahan. Langsung tidak memandangku. Mempamerkan wajah yang dingin. Tawar. Tiada perasaan.

"Nia?" Aku tersenyum. Mak Uda berlari-lari anak ke arahku.
"Mak Uda."
"Nia sihat?" Aku hanya mengangguk. "Mari, duduk sini." Mak Uda membawaku duduk di sofa yang tersedia di dalam kedai kek itu. Aku memandang sekeliling. Terdapat beberapa kerusi dan meja terletak di satu sudut. Tiga buah komputer juga disediakan untuk kegunaan pengunjung. Hiasan yang begitu mudah. Dindingnya dicat dengan warna biru laut. Dengan beberapa corak yang emote. 'Comel.'
"Mak Uda sihat?"
"Sihat. Nia ni, baru sekarang nak jenguk Mak Uda."
"Sorrylah Mak Uda, Nia sibuk sikit akhir-akhir ni. Kerja banyak di pejabat tu."
"Kerja? Hari ni? Tak kerja ke? Nia datang sini naik apa?"
"Nia bawa kereta. Nia dah tak kerja Mak Uda. Khalif dah masuk balik." Mak Uda mengerutkan dahi.
"Khalif? Dia dah sihat?" Aku hanya mengangguk. Bangun meneliti corak-corak pada dinding. "Nia…"
"Ya, Mak Uda." Mak Uda bangun. Memeluk bahuku. "Ada apa Mak Uda?"
"Macam mana Nia dengan Khalif?"
"Okey je. Mak Uda jangan risau."
"Betul?" Aku mengangguk.
"Just, dia masih pakai kerusi roda lagi. Dia yang minta Nia tak payah gantikan tempat dia lagi. Lagipun dia ada pembantu di pejabat. Nia tak risau sangat."
"Baguslah macam tu. Kesian Mak Uda tengok kamu. Dah kurus ni…"
"Khalif dah makin sihat. Cuma dia layan Nia dingin sikit. Tak tahulah sebab apa. Tapi dia kata tak nak susahkan Nia. Apa susahnya Mak Uda. Nia kan isteri dia. Susah macam mana pun, dia tetap suami Nia." Mak Uda tersenyum.
"Senang hati Mak Uda dengar Nia cakap macam tu. Tapi Nia pun janganlah abaikan perasaan sendiri. Cubalah pujuk dia. Mungkin dia masih trauma. Dia accident hari tu pun teruk juga. Bagilah dia masa."
"Yelah Mak Uda. Nia faham. Khalif perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan dia sekarang."

Kedengaran suara unggas bersiul menghiburkan kesunyian malam. Bunyi aliran air dari kolam ikan memecahkan suasana yang hening itu. Khalif diam. Sebuah dokumen ditangannya. Entah apa yang difikirkannya.
"Ada apa awak panggil saya keluar ni?" Khalif memandangku. Aku sabar menanti jawapannya. Dia meletakkan dokumen tersebut diatas meja. Khalif memutar roda pada kerusi rodanya ke arah kolam.
"Bukalah dokumen itu." Aku mengambil dokumen yang diletakkan tadi. Membukanya perlahan-lahan. Kubaca satu persatu isi didalamnya. Hampir terhenti degupan jantung kurasakan apabila terbaca perkataan cerai yang tertera.
"Apa maksud ni?" Soalku.
"Saya dah sign. Sekarang giliran awak." Jawab Khalif pendek, namun penuh makna.
"Saya tak faham. Apa salah saya? Kenapa awak nak…" Aku meneliti semula dokumen itu. Namanya telah ditandatangani. "Apa ni? Saya tak faham." Aku bangun dan melutut dihadapannya sambil mengunjukkan dokumen tersebut. Khalif mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Saya pernah kata, awak takkan bahagia dengan saya. Saya hanya akan menyusahkan awak. Jadi, inilah jalan yang terbaik. Harap awak faham."
"Tak. Saya tak faham. Awak mesti jelaskan. Kenapa jalan ini yang awak pilih? Saya lebih bahagia berbanding dulu. Saya bahagia apabila awak sedar dari koma. Saya bahagia apabila awak dah ingat saya semula. Saya lebih bahagia apabila awak boleh mula bekerja semula. Itu semua dah cukup untuk membahagiakan saya…"
"Belum. Itu semua tak cukup, Nia. Saya tak mahu bertengkar di sini. Apa-apa pun, awak tentu akan faham suatu hari nanti. Awak akan bersyukur kerana memilih jalan ini." Khalif lekas-lekas memutar roda masuk ke dalam rumah. Meninggalkan aku bersendirian di situ. Bersama airmata yang berjujuran membasahi pipiku. Meninggalkan aku dalam sejuta tanda tanya.
Telah lama aku cuba mempertahankan hubungan ini. Aku menelan setiap kedinginan yang ditunjukkan oleh Khalif. Aku menerima apa sahaja kehendaknya. Namun, amat sukar untukku memenuhi permintaannya untuk bercerai denganku. Apakah sudah tiada cinta itu didalam mahligai ini? Apakah bahtera kasih itu sudah melabuhkan layarnya? Sungguh beratkah sauh yang ditenggelamkan sehingga sukar untuk dinaikkan semula? 'Khalif, apakah cintamu sekadar itu sahaja? Sayang, di manakah cinta yang kau calitkan didasar hatiku dahulu? Apakah tintamu telah mengering dan sukar untukmu melukiskannya semula?' Aku duduk berteleku di atas dek itu. Menyaksikan luasnya lautan yang terbentang. Terasa panasnya air yang dibahangi terik mentari. Suam membelai kakiku. Deruan angin menyapa ke mukaku. Sekali sekala selendang yang kupakai terbuai dihembus angin. Dari jauh aku terlihat sebuah kereta berhenti di tepi jalan. Aku mengenali kereta itu. 'Dia?' Seorang tua pertengahan usia keluar dari kereta tersebut. 'Nenek?'
Nenek Odah tersenyum ke arahku. Berjalan menuju ke dek tempatku bersidai itu.
"Nek…" Aku mencium tangannya. "Nenek sihat?" Nenek Odah duduk di bangku yang tersedia di situ. Dek itu di bina seakan-akan sebuah pondok dan mempunyai bumbung untuk melindungi dari hujan dan panas.
"Nia. Nia sihat?" Aku hanya mengangguk. Nenek Odah mengeluh panjang. "Nenek tak sangka, Nia. Semuanya akan berubah. Khalif dah tak macam dulu lagi." Wajah yang kian berkerut seribu itu terselit sejuta penyesalan. Aku hanya mendengar keluhan hati tua itu. "Maafkan nenek. Semuanya berlaku sebab nenek. Kalau nenek tak cadangkan bulan madu tu…"
"Nenek. Jangan cakap macam ni. Semua yang berlaku bukan kehendak kita. Kehendak ALLAH. Kita hanya merancang Tuhan yang tentukan."
"Nenek tak sangka. Tuhan nak uji kita sampai ke tahap ni. Rupanya bukan sekadar perkahwinan Nia dan Khalif dah hancur, Khalif pun dah…" Nenek Odah terhenti di situ.
"Apa nek? Kenapa dengan Khalif?"
"Nenek tak tahu apa sebenarnya yang Tuhan nak tunjukkan pada nenek. Khalif adalah cucu kesayangan nenek. Tak sangka. Tuhan tu Maha Kuasa, Nia. Dia boleh memberi dan mengambil bila-bila masa sahaja." Aku mula cemas. Kata-kata Nenek Odah menimbulkan keraguan dihatiku. 'Kenapa dengan Khalif?'
"Nenek, berterus teranglah. Kenapa dengan Khalif?" Aku semakin tidak menentu. Hatiku makin celaru mendengar kenyataan demi kenyataan yang diutarakan Nenek Odah.
"Nia, nenek menyangka Khalif menceraikan kamu kerana tidak mahu menyusahkan. Rupa-rupanya dia ada sebab lain. Khalif dah…dia dah mandul, Nia. Dia takkan mendapat zuriat. Kemalangan tu dah rampas segala-galanya daripada Khalif." Aku terkesima. 'Mandul?' "Bebulan nenek memujuk dia. Supaya berterus terang, apa sebab dia mahu bercerai. Selepas puas dipaksa, barulah nenek tahu. Doctor Ruhaya yang beritahu nenek. Sekarang, dia dah banyak berubah. Lebih banyak berdiam. Badan dia pun semakin kurus. Wajah dia murung sepanjang masa. Nenek dah hilang semangat, Nia. Sebab tu nenek datang sini, berjumpa dengan kamu." Aku melemparkan pandangan ke arah laut. 'Ya ALLAH…' Khalif menceraikanku kerana itu. Betapa besar dugaan-Mu ya Tuhan. Tentu hatinya sangat terluka. Aku memeluk bahu Nenek Odah. Titisan jernih masih setia menemani dukaku.
"Sabarlah, nek. Nia pasti, semua ni tentu ada hikmahnya." Hembusan angin pantai kian bertalu-talu menerpa. 'Kudoakan derita ini pergi bersamamu wahai angin. Jauh dari hidupku. Dan Khalif.'

Sayang,
Bagai cahaya kau menerangi duniaku. Mengapa kau begitu tega menghalauku pergi? Apakah kasihmu hanya untukku? Apakah kasihku bukan untukmu? Dengarlah bisikan ini. Aku mencintaimu bukan kerana parasmu. Bukan kerana fizikalmu. Bukan kerana timbunan harta kekayaan. Bukan demi tuntutan semata-mata. Aku menyayangimu kerana kau adalah suamiku. Kerana kau adalah insan yang membahagiakanku.

Dengarlah sayang,
Baru kusedar kini, kau menderita lebih daripadaku. Aku hanya menanggung pilu kerana lafaz perpisahanmu. Tapi kau, perit menerima keadaan dirimu. Abang, Tuhan menguji hamba yang disayangi-Nya. Tanpa ujian itu, kita takkan sedar siapa diri kita. Hanyalah sekujur jasad yang sentiasa gembira dan bergelak tawa. Tiada kelukaan yang menghiasinya. Apalah hidup ini tanpa kesedihan.

Khalif sayangku,
Apakah cintamu masih untukku? Seandai rindumu masih bersisa, terimalah diri ini seadanya. Aku masih menyintaimu. Atas nama cinta, aku menantimu.
I love you.

Dania.

Khalif mengenggam kad yang kecil itu. Dan memeluk. Serta menciumnya. Aku memerhatikannya dari jauh. Kemudian berjalan ke arahnya. Aku mendekatinya.
"Abang…" Khalif menoleh. Wajahnya sedikit terkejut. Aku mengukir senyuman. Ya, dia semakin kurus. Raut wajahnya kelihatan tidak bermaya. Cengkung dimukanya agak dalam. Namun, satu perubahan yang kulihat. Khalif sudah boleh berjalan. Walaupun hanya bertongkat. Dia masih bisa berdiri.
Aku menyentuh mukanya. Merenung pandangan matanya yang sayu.
"Nia…"
"Abang apa khabar?" Khalif memegang tanganku.
"Sihat. Nia?"
"Nia sihat."
"Ini…" Khalif menunjukkan kad kecil ditangannya.
"Jujur abang. Nia masih sayangkan abang." Khalif tunduk.
"Tapi…"
"Abang…Nia dah tahu. Nenek yang beritahu Nia. Kenapa abang diam saja? Tak beritahu pada Nia."
"Abang bukan lagi suami sempurna untuk Nia. Abang tak layak…"
"Tak. Abang lebih layak dari sesiapa pun. Abanglah suami Nia sampai bila-bila." Aku mengeluarkan dokumen perceraian yang diberikan oleh Khalif beberapa bulan yang lalu. "Nia tak tulis apa-apa pun dalam ni. Yang ada tandatangan abang saja. Nia tak mahu masjid yang kita bina bersama-sama runtuh hanya kerana sebab yang tak munasabah."
Khalif menggenggam kedua-dua tanganku.
"Nia…"
"Abang, adakah niat untuk menceraikan Nia masih tersimpan dihati abang?"
"Abang tak pernah berniat begitu. Abang masih cintakan Nia."
Hanya itu yang mampu diluahkan. Khalif terus memelukku. Terasa panas airmata Khalif berjujuran membasahi belakangku.

"Err…awak. Boleh saya panggil awak…abang?" Khalif tersenyum mendengar pertanyaanku.
"Kenapa tak boleh? Sayangkan isteri abang." Aku membalas senyuman itu. Dengan rasa syukur yang tidak terhingga. Biarlah cinta ini mekar untuk selama-lamanya. Sesungguhnya cintaku kepadamu adalah kerana cintaku kepada ALLAH.
posted by Penulisan2u @ 2:03 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 5/12/08 4:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best citer neh.. susah nak jumpe pompuan yg sanggup buat camtu.. all the best wirna ibtiraz =)

     

  • At 5/12/08 1:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saye rase mcm nak mnagis.....
    nia memang seorang isteri yang baik dan mithali...
    snggup brada di smping suami tecinta........

    WIRNA IBTIRAZ...
    WISH U GOOG LCK
    GOD BLESS YOU....

     

  • At 5/12/08 2:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez citer ni...buat air mte aku meleleh...all da bez bt pnulis

     

  • At 6/12/08 8:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu sdeynyer..Nia mmg tabah..

     

  • At 7/12/08 6:12 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best..tp laki dia mandul lah..tu xberapa best..sdh jg..klo penulis buat sblum kemalangan tu..suami dia dah sntuh dia and masa laki dia nak cerai dia..dia dah m'gndug..xkisahlah lps tu nak wat laki dia mandul ke..skrg2 nya dia org ttp ada k'turunan..walaupun sorong...apapun karya anda ttp best dan m'muaskan...good luck and the best

     

  • At 8/12/08 6:14 PTG, Blogger dayang said…

    oh.citer ni mmg mengembirakan.rasa nak nangis bace citer ni.sorang bini yg tabah.

     

  • At 9/12/08 5:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnye..membuatkan meleleh air mata..besss...5 bintang utk penulis...

     

  • At 29/12/08 12:34 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..wah,bestnyer!!!!!da blh wat novel ni..menarik citernyer,ayat pown bset...huhuhu...teruskan berkarya!!Chaiyo!!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group