BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Disember 18, 2008
Cerpen : Redhalah Redha
Nama Pena : asMAWARdah@AD

Jauh aku mengelamun mengenangkan Redha. Telah lama aku tidak mendengarkan cerita tentang dirinya. Sejak aku mengambil keputusan untuk melepaskan dia dan membebaskan dirinya dari cinta aku. Sememangnya terlalu payah untuk aku membuka sangkar hati ini dan membiarkan kau terbang bebas bersama kenangan kita tapi aku terpaksa. Aku yang memilih jalan ini maka aku harus teruskannya. Mungkin kini kau telah membenci aku. Mungkin juga terlalu membenci tapi inilah tanda betapa aku amat menyayangimu. Redha. Namamu terlalu cantik dan menenangkan. Aku terlalu bahagia mengenalimu. Kau memenuhi ciri-ciri muslimah idaman aku selama ini. Aku kagum melihatkan keperibadianmu. Perjuanganmu dalam dakwah dan sopan bicaramu bersama orang tua. Redha, gadis pemalu yang terlalu tinggi egonya. Terlalu misteri. Peribadimu kekadang benar-benar meruntuhkan tembok keegoanku. Kenapa kau hadir dalam hidupku Redha. Kenapa kau menerima aku? Kenapa Redha? Aku tidak layak untukmu. Aku insan yang sering dihambat dosa silam. Dosa yang hanya akan padam dengan pengampunan Illahi namun sesalan itu tidakkan pernah sama sekali mampu aku tinggalkan. Maafkan aku Redha. Aku menghancurkan hatimu yang terlalu lembut itu. Aku memusnahkan tugu kepercayaan yang telah kau anugerahkan buatku. Aku insan yang kejam. Kejam kerana menyakiti cintamu. Cinta yang terlalu suci dan terjaga.

Sepanjang perkenalan kita, kau terima baik dan burukku. Kau jadi sumbu pembakar semangat di saat api keyakinanku kian malap. Betapa mulianya hatimu Redha. Setahun lamanya aku mencuba dan terus mencuba membuka pintu hatimu, dalam kesabaran itu Allah berikan aku peluang bertandang di sedikit ruang rasamu. Lalu pada suatu hari kau menyatakan bahawa kau menerima diriku. Subhanallah. Rahmat apakah ini? Hari yang terlalu bahagia buat aku. Tidak pernah aku menduga, kau menerima setiap inci kekurangan rohaniku. Tidak tergambar betapa bersyukurnya aku. Aku sujud tanda kesyukuran yang teramat. Inilah pengalaman terindah dalam hidupku. Sejak bermulanya ikatan baru dalam perhubungan kita, kau banyak berpesan agar aku meninggalkan sikapku yang dahulu. Aku terus mencuba untuk memenuhi kehendakmu. Aku tahu kau inginkan yang terbaik buat diriku. Aku kuatkan hati selalu berkunjung ke rumah Allah. Aku tinggalkan sikap aku yang suka keluar bersama perempuan tanpa sebab. Aku tinggalkan perbuatan jahiliahku yang dahulu. Namun imanku belum cukup kuat untuk menolak segala dugaan di sekelilingku. Aku perlukan engkau di sisiku, Redha. Aku perlukan kau untuk membantu aku. Namun kita terbatas dengan jarak geografi dan landasan agama.

Maafkan aku, Redha. Mungkin aku belum cukup kuat untuk menjadi muslimin idamanmu. Muslimin yang gerak kerjanya dalam tuntutan dakwah. Muslimin yang mampu memimpin di dalam sebuah jemaah. Aku tidak mampu Redha. Aku tahu kau terlalu inginkan cinta yang terjaga. Cinta suci tanpa noda dosa. Maafkan aku. Bukan niatku untuk menduakan dirimu apatah lagi untuk berlaku curang. Bukan Redha! Hajat hatiku tak mungkin kau mengerti. Aku harus usaikan dosaku yang silam. Aku harus berani menerima kenyataan yang masa silam itu terus terusan menghantui cerita hidupku. Dalam masa yang sama timbul rasa tidak yakin. Tidak yakin yang wanita solehah sepertimu akan setia kepada lelaki seperti aku. Maafkan aku Redha. Percayalah, kesakitan yang kau lalui kini mungkin tidak sedalam deritanya dirimu bila kau benar-benar menerimaku sebagai suamimu nanti. Aku tidak mahu kau menyesal bersuamikanlelaki seperti aku...maafkan aku Redha..Redhalah Redha..

Diari hitam sekelam pandangannya itu ditutup rapat. Air mata tumpah lagi walau telah acapkali diari itu berulang masa dipeluk. Redhalah Redha.. Hanya itu kata-kata yang akan sentiasa diingatinya. Tidak mungkin dilupa jejaka berhati mulia itu.

"Assalamualaikum.." Redha melihat seorang lelaki termanggu merenung ikan-ikan di dalam tasik.

"Waalaikumussalam" Malik sedikit tersentak dengan salam yang diberikan Redha. Pandangan mereka bertaut. Wanita itu bertudung labuh bersama purdah dan berjubah. Sejuk dipandang mata. Sinar matanya menenangkan jiwa. Malik masih meratah wajah yang terhijab disebalik purdah itu. Redha tertunduk malu dan menghulurkan dompet yang tercicir itu kepada pemiliknya.

"Maaf cik. Boleh saya tau nama cik?" terlupa sebentar untuk mengucapkan terima kasih.

"Redha" jawapan singkat itu membawa kepada perpisahan mereka. Redha terus melangkah tanpa menoleh namun pandangan Malik masih mengikut setiap langkah gadis tinggi lampai itu.

Terima kasih Redha. Kata-kata itu hanya terucap di hatinya. Malik kembali merenung ikan-ikan yang lincah berenang di dalam tasik. Di hatinya masih diulit rasa penyesalan. Masih tergaris luka yang segar merah darahnya. Nurul. Nama gadis kesayangannya itu masih terpahat dalam ingatan walaupun sudah beberapa bulan mereka mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan hati bernama cinta. Kini Nurul sudah punya pengganti. Malah mungkin tidak lama lagi akan melangkah ke alam rumah tangga. Entah kenapa dalam diri Malik masih belum bertemu insan yang benar-benar sekufu untuk dijadikan teman hidup dunia akhiratnya. Dia mencintai Nurul tetapi kisah silam hidupnya menjadikan dia beralah dan melepaskan cinta yang terjalin hampir 5 tahun itu.

Di sinilah mereka memadu janji untuk setia dan sehidup semati. Bercerita tentang masa depan. Bergurau senda dan menjalin kasih sayang. Merancang keluarga dan segala kebahagiaan. Namun kini semuanya berakhir. Masa 5 tahun yang berlalu terbuang sia-sia. Lenyap sekelip mata dek kerana dilanda angin taufan. Segalanya terlalu indah tika berdua tapi kini sakitnya hanya Yang Maha Esa mengetahui. Mungkin ini natijahnya cinta yang tiada keberkatan. Cinta yang mengenepikan syariat-Nya. Entah kenapa Malik tidak mampu menepis godaan seorang makhluk yang bernama perempuan. Hidupnya bagaikan kosong tanpa cinta dan perhatian dari seorang hamba Allah yang digelar hawa. Telah berapa kali diingatkan dirinya supaya berusaha melupakan jalan hidupnya yang lagha itu. Dilahirkan dalam keluarga yang penuh dengan suasana keagamaan, membuatkan dirinya arif tentang hukum. Pengetahuannya juga jelas tentang dosa dan pahala. Namun benarlah keimanan itu tidak mampu diwarisi. Persekitaran dan pengaruh rakan-rakan banyak menghumbankan dirinya ke dalam kancah dosa.

Sejak di bangku sekolah lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan rokok, menonton video lucah, mempunyai ramai teman wanita dan pernah juga terlibat dengan dadah. Kelebihannya pada bicara. Sesiapa saja yang mengenalinya pasti tidakkan dapat lari dari perasaan cinta. Sifat ambil berat, penyayang, rayuan dan sudah tentu kekayaannya akan menjerat gadis yang berhati lembut dan mudah terharu dengan pertolongannya. Dia tahu di mana kelemahan seorang hawa. Walau telah punya Nurul namun sikapnya tetap tidak mampu berubah. Hatinya masih bukan milik Nurul sepenuhnya.

"Assalamualaikum" tiba-tiba seorang gadis tinggi lampai itu memberikan salam. Kelas yang tadinya riuh kembali tenang.

"Nama saya Redha. Saya kaunselor pelatih di sini. Hari ni Encik Dhiyauddin ada meeting di luar jadi dia pesan pada saya untuk serahkan tugasan ni pada awak semua. Hantar pada minggu depan. Ada apa-apa soalan?"

Malik terkesima melihat wajah itu. Mata, nama dan suara itu pernah dia lihat dan dengari. Tapi di mana? Dia masih berfikir sehinggalah dia teringatkan dompetnya. Ya! Itulah orang yang menyerahkan kembali dompetnya yang hilang.

"Ada. Cik Redha umur berapa?" Daniel bertanya nakal. Seluruh kelas meriah dengan tawa pelajar. Redha hanya tersenyum dan berdiam. Namunsemua ahli kelas riuh meminta dia menjawab persoalan itu.

"Berapa ye umur saya? Saya boleh bagitahu tapi kenalah jumpa dengan saya di bilik kaunseling." Redha kembali memberikan senyuman. Jawapannya membuatkan kelas kembali bising. Namun dibiarkan saja.

"Oklah kalau takde persoalan lagi tentang tugasan tu, saya keluar dulu. Jangan lupa jumpa saya di bilik kaunseling k. Assalamualaikum" Redha melangkah keluar sambil diiring siulan pelajar lelaki dari kelas itu. Redha hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat anak muda zaman kini.

"Cik Redha!" Redha menghentikan langkahnya. Dia menoleh dan melihat seorang anak muda berlari mengejar jejaknya.

" Ye saya. Kenapa?" Redha hairan melihatkan lelaki itu tergesa-gesa mengejarnya. Mungkin ingin bertanya tentang tugasan.

"Cik Redha masih ingat saya?" Malik ingin mengenali kaunselor barunya itu dengan lebih mendalam.

"Maaf. Kita pernah jumpa ke?" tanya Redha kembali.

"Ingat tak lagi tentang lelaki yang di tepi tasik? Dompet?" bersungguh-sungguh Malik mahu kaunselor muda itu mengingatinya.

"Oh ya. Kamu rupanya. Kenapa?"

"Hari tu saya lupa nak ucapkan terima kasih. Terima kasih Cik Redha." Lega rasanya dapat bertemu kembali dengan gadis tersebut. Malik melirik ke jari manis gadis itu. Tiada cincin! Maksudnya dia masih belum berpunya!

"Hal tu rupanya. Takpe. Sama-sama. Tapi lain kali jaga dompet kamu betul-betul ye." Redha menghadiahkan senyuman kepada Malik. Malik hanya mengangguk.

"Bila boleh saya jumpa Cik Redha? Saya ada benda nak bincang."

"Dari hari saya nampak awak tu lagi saya dah agak ada sesuatu yang awak fikir. Nanti awak pergi je bilik kaunseling dan buat temujanji ye." Redha menyedari jejaka itu seperti dibebani segunung kegusaran.

"Insya Allah. Terima kasih Cik Redha." Malik kembali tenang mendengarkan jawapan Redha. Redha terus berlalu. Malik hanya melepaskan pandangannya terhadap Redha setelah dia menyedari Amir memandang tajam ke arahnya.

Perjalanan ke rumahnya dirasakan terlalu panjang. Wajah Redha sering bermain di mindanya tetapi nama Nurul masih di hatinya. Malik cuba mencari kekuatan untuk melupakan Nurul. Wanita itu bakal menjadi permaisuri dalam kehidupan seorang jejaka lain. Bukan dirinya. Susah sekali untuk dilupakan wanita itu. Kenangan dan janji manis yang terpatri masih menyesak di dada.

Tiba-tiba Malik terpandang Redha sedang menantikan bas di perhentian bas. Dia memberhentikan keretanya.

"Assalamualaikum." Malik menurunkan cermin tingkap keretanya.

"waalaikumussalam." Redha mendekati keretanya.

"Marilah saya hantarkan Cik Redha balik."

"Takpelah. Saya naik bas je." Balas Redha. Dia tidak mahu menjadi fitnah.

"Naiklah. Dah nak malam ni. Bahaya sorang-sorang di sini." Malik cuba meyakinkan Redha. Redha masih teragak-agak untuk membuka pintu kereta Malik namun setelah melihat suasana semakin gelap, digagahkan juga kakinya untuk melangkah ke dalam kereta Malik. Malik menolak pintu hadapannya dari dalam. Namun Redha membuka pintu belakang kereta itu sendiri. Malik hairan melihatkan cara Redha. Lalu dia kembali menutup pintu hadapan. Terasa seperti seorang pemandu kepada menteri pula. Malik hanya tersenyum malu.

"Maaf ye. Saya duduk di belakang." Redha faham apa yang difikirkan oleh Malik. Mungkin Malik tidak biasa dengan caranya. Segera dia memakai purdah di wajahnya. Dia hanya menanggalkan purdah ketika di kelas dan kawasan yang melibatkan urusan kerja atas dasar peraturan. Dia masih belum mampu untuk istiqamah namun bila tiba masanya dia akan cuba melaksanakannya sebaik mungkin.

"Takpe. Saya faham." Redha sedikit terkejut mendengar jawapan Malik. Mungkin Malik juga punya fikrah. Tapi dari cara Malik bergaul dengan pelajar wanita yang lain, Malik kelihatan seperti sudah terbiasa dengan cara pergaulan bebas. Jangan membuat anggapan melulu terhadap seseorang dan meletakkan nilai. Mungkin prinsip kaunseling itu perlu diamalkan selalu. Redha sedari mata Malik asyik singgah di wajahnya dari cermin hadapan namun Redha pura-pura tidak menyedari.

"Malik, awak hantar saya ke perhentian bas depan restoran makan Haji Salam saja ye."

"Rumah Cik Redha di mana?"

"Dekat-dekat situ juga."

"Kalau macam tu apa salahnya saya hantar Cik Redha terus ke rumah."

"Terima kasih. Tapi saya nak singgah kedai tu kejap. Tak sempat nak masak." Redha sekali lagi tersenyum.

"Boleh tak kalau kita makan sama-sama? Saya ada benda nak cakap." Malik cuba mencari ruang untuk mendekati gadis itu. Gadis yang menarik untuk didekati. Gadis yang cukup sempurna pada pandangannya untuk dijadikan seorang isteri dan menantu kepada bapanya. Namun layakkah dia beristerikan muslimah sesuci Redha?

" Kita jumpa di bilik kaunseling ye. Sebab time macam ni tak sesuai untuk sesi. Dah nak malam pun. Niat kita baik tapi nanti orang pandang lain pulak. Jadi fitnah. Tak bestla macam tu kan?" Redha cuba mengelakkan diri daripada berdua dengan Malik. Berada satu kereta denganMalik tanpa ditemani yang bukan muhrim pun sudah terasa tidak senang hati dibuatnya inikan pula untuk makan semeja di waktu hampir Maghrib sebegini. Lagipun Redha bimbang dengan perlakuan Malik. Malik mula menunjukkan minat terhadapnya sejak memandang dirinya.

"oklah. Kalau macam tu saya jumpa Cik redha esok." Malik menjadi malu sendiri. Dia tidak sepatutnya mengusulkan cadangan itu. Dia sendiri tahu bagaimana wanita yang punya tarbiyah ini menjaga batasnya apabila bersama dengan lelaki.

Pagi-pagi lagi Redha telah bersiap untuk ke kolej. Bimbang jika ditinggalkan bas. Belum sempat perjalanannya tiba di perhentian bas, sebuah kereta bagai diperlahankan mengikut gerak langkahnya. Redha enggan menoleh kerana dia tahu di kawasan perumahannya ramai anak muda yang suka mengganggu gadis-gadis yang berjalan di situ. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar satu suara yang biasa didengarinya. Malik!

" Assalamualaikum. Cik Redha. Masuklah. Saya hantar." Malik menjemput Redha menaiki keretanya.

Redha menjadi tidak keruan. Tidak selesa melihatkan kesungguhan Malik sejak dari mereka bertemu.

" Takpelah. Saya naik bas je. Malik pergilah dulu ye." Redha menolak lembut. Dia seboleh mungkin ingin menjauhi pemuda itu.

" Apa salahnya saya tumpangkan. Tempat yang sama. Naiklah." Redha hilang kata-kata. Kakinya seperti semalam terpaksa melangkah walaupun berat.

" Awal Malik keluar? Ada keje tak settle kat kolej ke?" Tanya Redha.

" Ye. Urusan hati." Jawab Malik ringkas namun cukup untuk membuatkan Redha sesak nafas. Terdiam sebentar. Suasana sepi. Malik hanya tersenyum melihat mata redha yang menunduk. Mungkin menahan malu terhadapnya.

" Boleh saya tau Cik Redha umur berapa?" sudah beberapa kali soalanitu tidak terluah di bibirnya tapi hari ini dia nekad untuk bertanya biarpun tiada jawapan.

Redha kalut mencari jawapan. Mungkin terpaksa dia menipu untuk mengelakkan Malik jatuh suka pada dirinya. Bukan Redha tidak faham dengan tindakan dan lirikan mata Malik terhadapnya. Segalanya membawa satu maksud. Maksud yang akan membawa kisah silamnya berulang lagi. Dia kehilangan sahabat kerana wujudnya satu rasa bernama cinta. Rasa yang terpaksa ditolak kerana dia punya matlamat sendiri dalam hidupnya. Bukan bermain dengan hati dan perasaan sepanjang masa.

" Em..er..26." sukar betul untuk bibirnya membuat penipuan. Dia bukanlah seorang pelakon yang bertauliah untuk bijak menipu.

" 26? Tapi Cik Redha kaunselor pelatih kan? Dulu matrik. Macam mana umur Cik Redha boleh sampai 26 pulak ye? Malik mendengarkan jawapan Redha. Mustahil umurnya terlalu dewasa sedangkan dia baru bertugas sebagai kaunselor pelatih di kolej Malik.

" Mana Malik tau saya matrik?" Redha mengerutkan dahinya. Jantungnya mengepam darah dengan lebih laju. Bimbang jika tembelangnya pecah.

" Adalah. Tapi saya pasti Cik Redha taklah setua itu." Malik dapat melihat mata Redha kian membundar. Terkejut mungkin. Wanita ini tidak pandai menipu. Detik hatinya.

Redha hanya berdiam diri. Entah bagaimana untuk dia mengelak daripada lelaki itu. Mungkin beberapa hari lagi lelaki itu akan menjadi kliennya. Mustahil dapat dia melarikan diri sepanjang 4 bulan berada di kolej tersebut. Ya Allah, bantulah aku!

Hampir sebulan dia berada di kolej tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Jika tiada aral melintang, internshipnya akan tamat tepat pada waktu yang ditetapkan. Sudah tidak sabar-sabar lagi dia untuk pulang ke Sabah. Bertemu semula dengan sahabat-sabahat di hari konvokesyen. Ya Allah permudahkan urusanku. Itulah yang sering didoakannya.

"Redha, esok kau ada keluar mana-mana tak?" tanya Fatin teman serumah dengannya.

"Esok? Sabtu kan? Tak kot. Malas lah. Nak duduk di rumah je buat tahi mata." Balas Redha sambil menyusun buku-bukunya yang berselerak selepas penat membuat rujukan untuk sesinya.

"Apa lah. Jom la kita keluar. Bosan betullah kau ni." Agak lama mereka tinggal serumah bermula dari Redha meminta Naimah mencarikan rumah sewa untuknya. Kebetulan Fatin pula tinggal keseorangan di rumahnya. Sejak itu mereka mula rapat walaupun baru berkenalan. Mungkin kerana Redha merupakan seorang pendengar yang amat baik sesuai untuk dirinya yang suka bercakap.

"Engkau nak keluar pergi mana lagi? Setiap hari keluar takkanlah satu KL ni pun tak habis pusing lagi?" hairan Redha melihatkan Fatin. Hampir setiap malam keluar dan pulang di awal pagi. Jarang dia bertanya kerana baru saja berpindah ke rumah itu. Bimbang pula dikatakan sebagai penyibuk. Gaya hidup Fatin memang berbeza jika ingin dibandingkan dengan budak kampung sepertinya. Memang dirinya jauh daripada kedua ibu bapa. Dia bebas melakukan apa saja. Namun itu semua bukan cara hidupnya. Mungkin emak dan ayah jauh tapi Allah sentiasa melihat apa yang dilakukannya. Itu yang acapkali dipasakkan ke dalam hatinya. Dia tidak mahu menyesal di kemudian hari. Dosa itu memang seronok untuk dilakukan. Tapi keseronokan itu takkan bertahan lama. Selebihnya hanyalah kekesalan serta dosa yang akan berparut dalam.

"jomlah keluar. Jangan risaulah. Aku takkan bawa kau ke disko. Engkau temankan aku keluar makan kat KFC cukuplah. Aku belanja. Nak?" Fatin tahu makanan kegemaran Redha. Naimah yang memberitahu tempat-tempat yang sering mereka lewati ketika di sekolah menengah.

"KFC? Terima kasih. Takpelah. Tak nak. Aku lagi berbesar hati kalau kau bawa aku makan kat gerai tepi jalan tu. Dapat juga mengurat Haji Salam." Redha membuat mimik wajah menggodanya.

" Tolonglah. Takkan la dengan Haji Salam tu pun kau minat. Lebih baik ambil Haji Ridzwan, ayah aku tu. Lagi kaya, lagi hensem, setia pulak tu. Ayah aku muda lagi tau baru 40-an. Nama korang pun ada iras ape." Fatin tahu Redha sekadar bergurau tetapi dia tidak bergurau apabila ingin menjodohkan ayahnya dengan Redha. Memang umur mereka terlalu jauh tapi apa salahnya dia mencuba. Redha memenuhi ciri-ciri wanita idaman ayahnya. Sikap Redha yang seakan-akan ibunya itu menambahkan lagi harapan Fatin agar Redha mampu menerima ayahnya. Ibu Fatin meninggal semasa dia berusia 7 tahun. Semenjak itu ayahnya tidak pernah membuka hatinya untuk mana-mana wanita. Namun pertemuan pertama ketika ayahnya menjemput Redha di lapangan terbang membuahkan bibik-bibik percintaan. Fatin turut terkesima apabila ayahnya berterus terang kepadanya bahawa hatinya telah terbuka dan insan yang berjaya membuka kunci itu adalah Redha. Namun hingga kini dia tidak berani berterus terang dengan Redha.

" Tak sangka kau nak aku jadi emak engkau ye. Pak cik Ridzwan memang hensem, memang kaya, memang setia tapi aku tak rela jadi mak engkau. Boleh sakit jantung tau tak layan kau ni." Redha menarik-narik pipi Fatin. Fatin hanya membiarkan dan ketawa mereka bergema lagi.

" Engkau nak bawa aku ke mana ni?" Redha hairan melihatkan Fatin bersungguh-sungguh mengajaknya keluar hari ini. Cadangnya untuk rehat sahaja di rumah tetapi tidak sampai hatinya untuk mengecewakan ajakan Fatin.

"Janganlah risau. Bukan aku nak jual engkau. Mati ayah aku kerjakan aku nanti." Fatin tahu Redha tidak gemar keluar tanpa sebab namun hari ini dia harus menunaikan janjinya dengan seseorang.

Redha sedar, Fatin sentiasa menjual nama ayahnya ketika bergurau dengan dia. Nama Ridzwan tidak pernah lekang daripada bibir Fatin. Kekadang timbul juga rasa risau di dalam hatinya. Risau jika Fatin bukan sekadar berjenaka.

Hampir setengah jam mereka berada di restoran mewah itu. Tetapi Fatin masih belum menempah makanannya. Redha hairan melihatkan gadis itu. Seperti menantikan seseorang.

" Dah lama kita kat sini. Kau nak aku pengsan tak makan ke? Perut aku dah berbunyi ni."

" Sabarlah kejap. Engkau ni kuat makanlah. Tapi badan tak gemuk-gemuk juga. Mengabehkan boreh je."

" Amboi. Sedapnya mulut dia. Cepatlah Fatin. Cepat kita makan, cepat kita balik. Aku kena buat laporan sesi klien aku tu." Pinta Redha seakan-akan merayu.

" Sabarlah. Semalam kata nak buat tahi mata je. Hari ni kata nak buat laporan pulak. Takpelah. Jomlah balik. Tak payah temankan aku." Fatin menolak kerusinya ke belakang dan berpura-pura bangun. Redha pantas merangkul lengan Fatin.

"Ok.Ok. kita tunggu. Sampai pagi esok pun takpe k. Duduklah. Jangan merajuk. Orang tengok tu." Redha akhirnya mengalah dan memujuk Fatin. Walaupun Fatin merupakan anak bongsu dan memiliki segalanya namun Redha kagum melihatkan sikap Fatin yang tidak pernah membangga diri dan sentiasa bertolak ansur dengan dirinya.

"Assalamualaikum." Satu suara tiba-tiba menyapa mereka. Redha berpaling dan terkesima melihatkan orang yang dinantikan oleh mereka.

"Waalaikumussalam." Fatin terus bersalaman dengan jejaka itu.

" Cik Redha?" Malik juga turut terkejut dengan kehadiran Redha.

" Abang kenal ke dengan Redha?" Fatin pelik.

" Malik rupanya. Amboi Fatin ni diam-diam je dah ada pakwe ye." Dalam diam Redha jadi rasa bersalah apabila mengingatkan hari dia menjadi penumpang kepada pemandu Honda Accord itu.

"Mana ada. Ni abang akulah. Tak sangka korang dah kenal. Mana kau kenal abang aku ni?" sedang Fatin asyik menyoal Redha, mata Malik masih setia tertancap pada wajah ayu itu.

" Kami sama kolej lah." Jawab Redha ringkas.

"Subhanallah. Macam manalah aku boleh tak perasan kau kerja tempat abang aku study."Redha hanya mendiamkan diri sepanjang pertemuan itu. Fatin yang banyak menghidupkan suasana. Redha sedikit pelik melihatkan perangai Malik. Kalau sebelum ini Malik banyak bercakap dan mencari ruang untuk berbicara dengannya tetapi pada kali ini Malik diam membisu seolah-olah tidak berminat untuk berbual dengannya Cuma dia sedari wajah itu mencuka dan kelihatan ada rasa sedih yang cuba diselindung. Malik belum pernah bertemu dengannya di bilik kaunseling walaupun pada mulanya dulu Malik seperti ingin benar menjalani sesi.

Selepas pulang menghantar Redha, Fatin kembali keluar bertemu dengan abangnya.

" Amacam bang? Mantap tak pilihan ayah?" Fatin tersenyum gembira kerana berjaya menemukan wanita pilihan ayahnya itu kepada abangnya. Fatin pasti Malik terkejut melihatkan wanita berpurdah itu berjaya menambat hati ayah mereka. Fatin ingin tahu pendapat dan persetujuan daripada abangnya.

" Redha dah setuju?" kecewa hatinya apabila wanita idamannya itu adalah pilihan hati ayahnya sendiri.

"Belumlah bang. Fatin tak tanya lagi dengan Redha. Fatin takutlah bang. Macam mana kalau dia tak setuju?" mahukah Redha menerima pinangan ayahnya. Redha masih muda. Masa depannya masih panjang. Malah Redha belum pun lagi menggenggam segulung ijazah. Muslimah seperti Redha pastinya menjadi impian setiap lelaki soleh.

" Kalau dia tak setuju kita tak boleh paksa." Malik masih belum mampu mempercayai apa yang berlaku pada siang tadi. Di saat mata bundar itu memanah renungannya. Dia pasti mata beralis lentik itu milik insan kesayangannya. Gadis yang kini menjadi impian ayahnya sendiri. Ya Allah!

Malam itu tidur Malik tidak senyeyak tidur-tidurnya yang lepas. Malah kali ini tidurnya di rumah Anuar, teman baiknya. Dia tidak terdaya untuk berdepan dengan ayahnya. Hatinya tidak tenang apabila memikirkan Redha. Lebih-lebih menyesakkan nafasnya apabila teringatkan ayahnya. Apa yang harus dilakukan? Andai Redha menolak lamaran ayahnya, adakah Malik berani untuk meneruskan niatnya untuk memperisterikan Redha? Mungkin nanti dia pula digelar perampas.

Ridzuan keletihan selepas pulang daripada jemputan makan malam di rumah Datuk Sufi. Sayu hatinya melihatkan semua rakannya berpasang-pasangan. Punya isteri peneman hidup. Sedangkan dia seringkali dihambat rasa bersalah apabila berfikir untuk berkahwin lain. Rasa bersalah kepada isterinya yang telah hampir 20 tahun meninggalkannya. Mana mungkin dia ketemu lagi muslimah sebaik Zatil Jaharah. Jika Zatil masih ada mungkin anak-anaknya tidak seperti sekarang. Nyata dia tidak mampu membentuk peribadi yang diidamkan Zatil pada ketika menantikan kelahiran Fatin. Zatil ingin anak itu dijaga dan memperoleh kasih sayang secukupnya. Lengkap dengan ajaran agama dan berperibadi semulia dan sesuci Mariam. Namun kini Fatin bebas. Bebas kerana Ridzuan terlalu sibuk dengan syarikatnya yang semakin berkembang dan kini menjadi antara organisasi yang disegani di Malaysia. Malik pula sentiasa menjauhkan diri daripadanya. Telah berkali-kali Malik memalukannya dengan pelbagai masalah disiplin di sekolah dan dia terpaksa menebalkan muka menjemput Malik di balai polis kerana disahkan mengambil dadah. Namun dia tidak sampai hati untuk berkeras dengan anak-anaknya. Zatil, abang tak mampu menjadikan mereka seperti yang Zatil idamkan. Terdetik dalam hatinya. Tiba-tiba bayangan Redha muncul. Subhanallah. Kenapa wajah berpurdah itu acap kali berlegar di penjara hatinya. Susah benar untuk dilupakan muslimah terpelajar itu. Entah kenapa perasaannya yang seakan tanah kering kontang yang tidak mampu lagi ditumbuhi tanaman itu bagaikan kembali segar dan bugar setelah disirami hujan. Dan hujan itu adalah Redha.

Redha. Ridzuan tersenyum apabila menyebut nama itu. Mendengarkan namanya saja sudah membuatkan hati Ridzuan tenang. Setenang wajah empunya diri. Redha seolah-olah jelmaan semula Zatil ke dalam hatinya. Tingkah laku, riak wajah, senyuman mata dan sopannya Redha ketika pertama kali bertemu dulu benar-benar menarik hati Ridzuan. Tidak ubah seperti Zatil. Namun perbezaan umur mereka terlalu jauh. Tidak mungkin Redha akan bersetuju. Namun tidak ada perkara yang mustahil di dalam dunia ini apatah lagi untuk tidak mungkin. Segalanya berkemungkinan. Keras hatinya berbicara.

Ridzuan rindu benar untuk bertemu Malik. Telah lama mereka tidak bersua muka kerana dia terlalu sibuk. Kereta Malik tiada di luar. Maksudnya Malik tidak ada di rumah. Mungkin tidur di rumah kawan. Ridzuan tidak pernah menghalang setiap gerak laku anak terunanya kerana dia yakin hanya kebebasan yang boleh memberi kegembiraan kepada anak muda itu. Walaupun nyata Malik rosak kerana kebebasan yang diberikannya. Perlahan-perlahan pintu bilik Malik dibuka. Biliknya kembali bersih setelah dikemas oleh Maisarah, pembantu rumah mereka. Ridzuan bergerak ke meja peribadi Malik. Penuh dengan buku rujukan dan bingkai gambar berisi kenangan mereka ketika di Jepun dulu. Ketika dia dan Zatil pergi bercuti dan Zatil sedang mengandungkan Fatin. Pastinya Malik terlalu merindui ibunya. Matanya pantas terpaku pada sebuah diari hitam kepunyaan Malik. Hatinya ingin mengetahui isi hati anak kesayangannya itu.

Semuanya berkaitan tugasan dan perasaan Malik setiap hari. Rasa kesunyian, kebosanan, kekecewaan kerana putus cinta dan rasa tertekan kerana masih perlu meneruskan pengajian pada usia yang sudah kian meningkat. Ridzuan akui anaknya itu tidaklah sepandai Fatin. Malik terlalu lemah dalam pelajaran. Malik pernah mengambil keputusan untuk terus bekerja namun dia berkeras untuk melihat Malik mengenggam segulung ijazah.

Dari saat pertama kali melihat, ada rasa yang terlintas. Dari saat huluran sebuah dompet hitam, yang bersambut sebenarnya adalah sebuah hati merah pekat. Tatkala dipertemukan sekali lagi, aku pasti aku cintakanmu REDHA!

Terpempan Ridzuan melihatkan luahan hati milik diari Malik itu. Adakah Redha orang yang sama berada dalam hati anaknya kini? Ridzuan kaku. Cintanya harus mati sekarang. Tidak mungkin dia mengizinkan Redha menjadi punca keretakan hubungannya bersama Malik.

Fatin kehairanan setelah memutuskan talian ayahnya. Ayah mahu mengambil Redha sebagai menantunya? Bermakna.. Redha akan jadi kakak iparnya dan yang akan mengikat tali perkahwinan bersama Redha ialah abangnya! Fatin kelu. Lain yang dirancang lain pula jadinya. Kenapa tiba-tiba? Mahu saja dia menyuarakan bahawa abangnya tidak layak untuk insan sebaik Redha namun didiamkan sahaja. Dia tidak mahu menyatakan keburukan abang sendiri. Tambahan pula Ridzuan terlalu sayangkan Malik. Ya Allah. Apa harus aku perbuat sekarang? Tanya hatinya yang pasti tiada jawapan.

Cadangan Ridzuan sampai ke telinga Malik. Malik tidak tahu apa rasa yang harus menjamah hatinya kini. Bagaimana tiba-tiba bapanya bagaikan mengerti kehendak jiwanya. Benarkah ayahnya ikhlas menganggap Redha sebagai calon menantu atau ada sesuatu yang disembunyikan? Lekas-lekas dibuang perasaan buruk sangka itu. Pertemuan singkat antara Malik dan ayahnya itu menjadikan Malik tidak mampu berkata-kata. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Benarlah dari kecil keinginannya tidak pernah dihampakan.

"Kamu setuju?" Tanya Ridzuan kepada Malik setelah Malik pulang daripada rumah Anuar. Malik masih berdiam diri. Tiada reaksi. Tiada kata persetujuan namun Ridzuan enggan bertanya berulang kali.

" Minggu depan kita hantar rombongan." Tegas Ridzuan. Ridzuan terus berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Malik.

‘assalamualaikum. Maafkan saya andai mesej ini mengganggu ibadah Redha. Namun terus terang Malik katakan, Malik semakin sayang kepada Redha. Malik jatuh hati pada ketaatan Redha kepada agama. Malik tahu Malik tak layak namun, inilah yang Malik rasai. Bantulah Malik untuk menjadi pejuang sepertimu wahai mujahidah"

Bergegar jantung Redha. Astaghfirullah. Pantas Redha beristighfar. Ujian apa lagikah yang harus didepaninya kini. Dia ingin membersihkan hatinya daripada cinta pura-pura dan cinta sementara ini. Tidak mampu dinafikan sikap Malik telah menggoyah ketegasan hawanya namun dia punya tanggunjawab yang lebih besar daripada ini. Ada perkara yang lebih penting untuk dilaksananakan. Misi cinta hakiki itu yang ingin ditawan. Ya Allah. Berikan aku jawapan. Aku lemah. Bisik hati Redha.

Perkara itu diutarakan kepada ameerah pergerakannya. Mereka tidak menyatakan persetujuan dan tidak pula membantah. Namun Redha mampu membaca hati mereka dari bahasa badan yang ditunjukkan. Sebagai seorang kaunselor, pastinya itu adalah salah satu kelebihan Redha dalam mengerti jawapan seseorang individu walau tanpa bicara. Tapi berdasarkan sejarah perkahwinan ukhti-ukhti bersama jejaka berbeza fikrah sememangnya sedikit sebanyak merubah jalan kehidupan mereka. Susah sekali untuk melihat mereka ketika masa rehlah apatah lagi untuk duduk bersama di kala usrah. Kejadian sebegitu ingin dihindarinya. Dia tidak mahu perjuangan dakwahnya tergendala hanya kerana atas nama cinta sesama manusia biasa. Sedangkan ikatan pernikahan yang suci itu harus diarahkan kepada perjuangan yang juga suci! Dia tahu dia harus membuat satu keputusan. Sesuci cinta adalah cinta selepas perkahwinan. Itu yang ditekankan oleh masghul. Namun jika dia menolak Malik, masih bolehkah dia membimbing Malik? Dia ingin melihat Malik menjadi seorang muslimin yang taat pada agama. Jika cinta ini membawa kepada pernikahan dan adalah wasilah untuk dia lebih mengenalimu Ya Allah maka Kau tenangkanlah hati ini.

Rombongan tiba setelah Redha menyerahkan segala urusan kepada bapa saudaranya. Perbincangan dan tarikh ditetapkan oleh keluarganya. Redha langsung tidak bersuara. Disebabkan Redha merupakan anak yatim, maka pertunangan mereka dilangsungkan dengan persetujuan Pak cik Redha. Pakcik Redha sebenarnya enggan bersetuju keranahatinya berat untuk melepaskan Redha namun dia sedar sudah tiba masanya Redha membina kehidupan sendiri. Redha enggan memberikan jawapan dan hanya menyerahkan keputusan pada tangan lelaki yang dianggap bagaikan ayahnya itu. Bukan kerana dia takut untuk membuat keputusan tetapi kerana dia terlalu menghormati bapa saudaranya. Hatinya tidak tenang namun cuba dilawan kata-kata hati itu agar yakin bahawa itulah yang terbaik buatnya. Bayangan Ustaz Harraz cuba dilontarkan jauh-jauh dari ingatan. Muslimin itulah sebenarnya yang sering dilagukan dalam doanya. Mungkin dirinya tidak layak untuk muslimin soleh itu. Dirasakan dirinya hina di sisi Allah. Jika lelaki soleh seperti itu tidak ditakdirkan untuknya, adakah itu bermaksud dirinya masih terlalu jauh dari darjat muslimah solehah? Astaghfirullah. Ya Allah. Ampunkan aku kerana berprasangka sebegini. Cepat-cepat disedarkan dirinya. Mungkin ada hikmah di balik tiap kejadian yang berlaku.

Dari sehari ke sehari Malik cuba menambat hati Redha. Namun ternyata hati itu sukar untuk ditembusi oleh seorang bukan muhrim sepertinya walaupun kini mereka sudah bergelar tunangan. Redha terlalu menjaga pergaulannya. Menurut Fatin, setiap malam dari Maghrib hinggalah ke jarum jam hampir menunjukkan pukul 11 barulah Redha pulang ke rumah. Keluar dengan jubah dan berpurdah. Subhanallah. Siapa sebenarnya Redha. Di kolej, Redha seperti manusia lain. Tetap mesra dengan orang yang sepatutnya dan tidak nampak sebarang sifat pelik dalam diri Redha. Malik bertambah kagum apabila sering melihat wanita itu akrab ditemani tafsir Al Quran ke mana sahaja dia berada.Bagaimana untuk didekati gadis yang bagaikan punya hijab untuk dikenali walaupun kini mereka telah bergelar tunangan.

Hampir setahun masing-masing memendam perasaan. Malik hanya mampu menyimpan gambaran wajah itu di dalam mindanya kerana kini Redha sudah kembali ke negeri di bawah bayu meneruskan pelajaran dan bersiap sedia untuk menerima segulung ijazah. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej diterima.

"Assalamualaikum. Saya menerima awak. Namun matlamat saya hanyalah Yang Maha Esa. Maka hubungan ini juga takkan lebih dari sekadar ikatan hati dengan niat pernikahan"

Terkesima Malik membacakan balasan dari Redha itu. Hatinya bercampur baur. Bahagia, terharu, takut, risau, bimbang dan bermacam lagi. Redha menerima insan yang serba kekurangan sepertinya. Kini baru dia yakin Redha benar-benar menerimanya sebagai tunangan. Subhanallah. Rahmat apakah ini Ya Allah? Atau ujian? Selama ini pesanan ringkas Malik tidak pernah berbalas. Redha seolah-olah tidak pernah menganggap dirinya sebagai lelaki yang bakal menjadi suaminya. Dan kini wanita itu seakan-akan memahami kata hatinya. Bermulalah episod dan paradigma baru dalam kamus kehidupannya. Cinta Redha menyubur dalam hatinya walaupun berjauhan. Semakin hari dia semakin berubah atas nasihat Redha. Benarlah kata Redha, hubungan mereka takkan lebih dari sekadar ikatan hati dengan niat pernikahan. Tidak pernah sekalipun Redha melafazkan kata sayang dan rindu apatah lagi cinta. Tidak pernah sekali pun Redha menghubunginya. Malah jika dia sendiri yang menghubungi Redha, pasti pelbagai alasan yang diberikan untuk memutuskan talian. Kekadang rasa percaya dalam hatinya kian pudar. Pudar kerana Redha tidak pernah mahu melayannya dengan istimewa dan kasih sayang seperti mana yang pernah dia lalui bersama Nurul dahulu. Sedangkan dia sendiri menyedari, tiada yang salah pada cara Redha menjaga batas perhubungan mereka.

Nyata. Semakin mengenali Redha, rasa bersalah kian menghentam-hentam dadanya. Baru kini dia sedari Redha terlalu baik. Amat baik jika mahu dibandingkan dengan dirinya. Sememangnya dia mahukan Redha. Benar hatinya terlalu cintakan Redha. Namun kelam dosa yang masih bertapak dalam diari hidupnya seakan-akan menghalangi dia untuk terus menikmati cinta Redha. Mungkin cintanya hanya layak untuk Syarifah Laila. Gadis cantik dan genit. Bukan Laila layak untuk Malik kerana kecantikannya. Bukan juga kerana hartanya. Tapi kerana bingkisan sejarah pahit yang pernah dicalar tangannya sendiri. Gadis itu perlu diselamatkan. Sebagaimana Redha pernah menyelamatkannya dulu dari terus hanyut dalam kegelapan, begitulah juga yang ingin dilakukan kepada Laila. Dia harus bertanggungjawab terhadap gadis yang hampir bertahun menghilangkan diri kerana membawa lara hati. Namun masih tertinggal pada Malik bekas noda dosa. Dan kini gadis itu tiba-tiba muncul bagai menagih janji. Dia bimbang jika gadis bebas itu akan rosak dengan keseronokan dan kebebasan.

Tanpa pengetahuan Redha, Malik kembali menjalin cinta dan menjanjikan kebahagiaan bersama Laila. Malik sering teringatkan doa yang diberikan oleh Redha " Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu, supaya aku menyintai-Mu, dan menyintai orang-orang yang menyintai-Mu, dan pekerjaan aku hingga menyintai-Mu. Wahai Tuhanku jadikanlah cintaku pada-Mu lebih tinggi daripada cintaku terhadap diriku sendiri dan keluargaku". Doa itu meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa Malik. Malik bimbang dan takut jika Redha mengetahui apa yang dilakukannya. Pasti bapanya juga akan mengamuk jika mengetahui dia menduakan Redha.

" Betul abang akan kahwin dengan La?" tanya Laila. Dia tahu lelaki itu telah menjadi tunangan orang namun cintanya membuatkan dia buta dan sanggup menyakiti hati wanita lain.

" Kenapa ayang cakap macam tu. Abang sayang sangat kat ayang tau." Malik mencuit hidung mancung Laila. Gadis itu cantik. Terlalu cantik. Bahagia dan bangga sekali Malik apabila berjalan berpimpin tangan bersama Laila. Pastinya ramai yang iri hati melihatkan kekasih hatinya yang jelita bagaikan puteri itu. Namun disebabkan kecantikan itu juga hatinya tidak pernah tenang.

" Macam mana dengan Redha? Dia kan tunang abang." Laila telah lama berifikir tentang Redha. Dia pernah melihat gambar gadis itu di dalam dompet Malik. Gambar ketika pertunangan mereka. Timbul rasa cemburu di hatinya namun dia tahu dia tidak layak untuk berperasaan begitu. Pertama kali mengetahui bahawa Redha berpurdah, hatinya menjadi sukar untuk mempercayai bahawa tunangan Malik terlalu berbeza daripada peribadi Malik.

" Dia belum jadi isteri abang, sayang. Dia pilihan abah. Dan ayang adalah pilihan abang." Malik bijak bermain kata-kata. Dia mahu menenangkan gadis kesayangannya itu. Dia tidak mahu Laila sangsi dengan perasaan cintanya. Biarlah Laila tenang walaupun dalam dirinya sendiri sering diamuk rasa bersalah dan penyesalan. Penyesalan kerana satu hari nanti Redha pasti bukan lagi menjadi miliknya. Kerana Redha bukanlah insan yang layak untuk melayari bahtera bersama dengannya. Dia bimbang jika Redha sama-sama karam ketika meredah gelombang ombak di samping nakhoda sepertinya.

Assalamualaikum. Semoga dalam rahmat Allah hendaknya. Dalam setiap ikatan perlukan kesetiaan, kepercayaan dan yang paling penting adalah ketenangan. Kerana kesemua rasa itu perlu untuk kita meneruskan perhubungan. Tapi hati kecil saya tak mampu menipu lagi. Seperti yang pernah saya katakan, hubungan ini akan terjaga selagi kita berdua menjaga hak Allah.

Namun sehingga kini saya tidak memperoleh ketenangan dan keyakinan seperti yang saya harapkan. Naluri wanita saya mengatakan hubungan ini tidak mampu diteruskan lagi. Istikharah saya menunjukkan jawapan negatif walaupun harapan saya terlalu tinggi untuk melihat pernikahan. Saya tak tahu apa yang berlaku. Namun itulah yang saya rasai sekarang. Moga benarlah hendaknya tindakan saya. Jagalah agama dan peribadi. Istiqamahlah dengan amalan yang telah sama-sama kita kongsikan dahulu. Insya Allah, yakinlah suatu masa nanti akan hadir seorang teman hidup dunia akhirat yang lebih layak untuk kita. Maaf. Saya tak mampu melawan jawapan dari Yang Maha Esa. Pak Cik Ridzuan dah bersetuju dengan keputusan saya.

Tanpa disedari air matanya menitis. Hatinya terluka. Jiwanya pedih. Permata berharga itu telah terlepas dari genggamannya. Benarlah Redha insan yang benar. Wanita itu mampu merasai kecurangannya walaupun mereka berjauhan. Astaghfirullah. Dia telah melukakan hati seorang insan sebaik Redha. Namun dalam diam dia bersyukur kerana mungkin inilah yang sepatutnya berlaku dan diingini dari dasar hatinya. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat Tidak mungkin untuk dia meminta putus dari insan kesayangannya itu. Dia tidak mahu dikatakan kejam dan dihambat rasa kesalan seumur hidup. Dia tidak mungkin mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Redha. Wanita itu ternyata telalu suci untuk terjebak dalam cintanya. Redhalah Redha. Segalanya pasti untuk kebaikan kita bersama.

"Abang". Sergah Fatin dari belakang. Cepat-cepat Malik menutup laptopnya bagi mengelakkan Fatin terbaca warkah elektronik yang dihantar oleh Redha. Walaupun telah hampir bertahun kenangan itu berlalu dan telah sekian lama emel itu disimpan sebagai kenangan pahit. Entah apa ceritanya tentang kehidupan Redha. Kini Malik telah mempunyai seorang anak hasil dari perkongsian hidup bersama Syarifah Laila. Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama kerana Laila meninggal ketika melahirkan anak sulung mereka, Muhammad Radhi. Nama itu membawa maksud redha!

" Terkejut abang. Lain kali bagi salam dulu boleh tak?" Malik merenung tajam adiknya.

"Maaflah. Ni ada kad untuk abang". Fatin menghulurkan kad jemputan perkahwinan bersampul ungu lembut kepada Malik. Berkerut dahi Malik. Rasanya tiada rakannya yang berura-ura akan berkahwin dalam masa terdekat. Dilihat pada kad jemputan itu jemputan ke majlis perkahwinan Hanis Harraz dan Raudhatul Jannah. Malik semakin pelik. Tiada rakannya bernama sedemikian.

" Siapa ni? Kawan Fatin ke?"

"Ish abang ni. Takkan tak kenal. Tu kan nama kawan kita dulu."

"Siapa? Abang mana ada kawan nama macam ni".

"Cuba abang ingat betul-betul."

"Hanis. Harraz. Tak ada rasanya."

"Bukan pengantin lelaki lah abang. Pengantin perempuan tu."

" Raudhatul. Jannah." Malik terdiam sebentar berfikir. Benar nama itu iras nama..

"Redha!" tiba-tiba suaranya kuat seakan-akan menjerit.

"Betul ke dik? Redha?" matanya dibeliakkan. Sebelum ini dia tidak pernah tahu nama penuh wanita itu. Pelik tapi benar. Walaupun hubungan mereka pernah melintasi batas persahabatan, nama sebenar gadis itu tidak diketahuinya. Sekadar pernah bertemu keluarga Redha buat pertama kali setelah Redha pulang bercuti pada hari raya beberapa tahun lepas atas nama tunangan Redha.

Fatin hanya mengangguk. Dia tahu masih ada cinta di hati Malik namun segalanya telah berlalu dan Redha punya hak untuk membina hidup baru.

" Fatin kenal lelaki tu?" hatinya menjadi panas. Entah kenapa perlu hadir rasa cemburu itu. Sedangkan dia sendiri telah berkahwin tanpa berfikir hati dan perasan wanita itu dulu. Adakah ini yang dirasai Redha ketika menerima jemputan perkahwinannya dulu? Namun wajah Redha yang tersembunyi di sebalik purdah itu tidak dapat ditafsirkannya. Cuma sinar mata Redha seolah-olah merelakan apa yang terjadi. Tabah benar hatimu sayang.

" Manalah Fatin kenal sangat tapi dulu pernah juga Fatin join program diorang. Harraz tu ketuanya. Alim la juga. Hensem. Tak sangka dia suka kat Redha. Hari tu Redha telefon Fatin. Dia cakap Harraz hantar rombongan meminang terus ke rumah dia. Dia terkejut. Lepas minta masa untuk istikharah, dia terus terima pinangan Harraz. Lepas tu terus nak kahwin. Mudahkan jodoh Redha. Teringinla nak jadi macam dia." Fatin bercerita dengan penuh kagum dengan takdir Allah pada Redha. Kini hatinya terbuka untuk menyertai perjuangan dakwah Redha. Telah lama ditinggalkan sikap suka keluar hingga jauh malam bersama teman-temannya. Benar kata Redha, masa muda bukan masanya untuk bermain-main. Tanggungjawab sebagai hamba terlalu besar dan masa yang tinggal terlalu singkat.

Benarlah. Benarlah. Benarlah. Redha telah mendapat teman hidup dunia akhirat yang selayaknya. Aku doakan kau bahagia. Hanya itu sahaja lafaz yang terdetik dalam sanubari Malik walaupun pedih lukanya bagaikan disiram cuka.

"Kenapa enti nampak lain macam je ni?" Amelia pelik melihatkan Redha lama merenung sejadahnya selepas menunaikan Solat Sunat Dhuha. Seperti tidak mahu berganjak dari tempat itu. Beberapa hari ini Redha sering termenung dankekadang renungannya hampir telus melepasi dinding. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Amelia yakin dugaannya tidak salah. Sahabatnya itu jarang bermuram dan bersedih. Redha periang orangnya.

"Redha. Cakaplah kalau ada masalah." Amelia kembali mengulangi soalannya.

" tak ada papelah." Redha mula tersedar dari khayalannya. Cepat-cepat dia mengemaskan telekung dan sejadah kesayangannya. Sejadah pemberian ayah. Lelaki kedua yang dicintainya setelah Rasulullah.

" Janganlah tipu. Tak sedap hati ana tengok enti macam ni." Amelia masih belum berputus asa untuk mengajak Redha berkongsi rasa. Redha berlalu perlahan di hadapan Amelia dan kemudian berpaling melihat Amelia.

" Jangan risau. Ana sedang mencari jawapan untuk sebuah ketenangan." Redha meninggalkan Amelia dengan senyuman dan 1001 persoalan.

Telah beberapa hari dia berfikir. Telah banyak kali dia mengingatkan diri supaya berhati-hati dan tidak terjerat dengan bahana cinta lelaki namun dia kini telah tersalah langkah. Adakah dia tidak mengikut gerak hati sebelum membuat keputusan? Adakah dia bertindak sekadar kerana rasa hormat pada seorang yang dianggap sebagai ayahnya sendiri? Persoalan itu kini menghambat tiap tidur malamnya. Sehingga kekadang terasa lelah melarikan diri daripada mimpi ngeri yang diundang sendiri. Sejak menerima Malik, sememangnya Redha bahagia. Malik seorang lelaki yang terlalu mengambil berat. Setiap hari Malik akan bertanyakan makan dan minumnya. Hatinya yang kosong dahulu kini terisi dengan kasih sayang seorang lelaki. Namun bukan cara seperti itu yang diharapkannya. Dia inginkan seseorang yang mampu mengisi ruang rohaninya. Insan yang mampu mengingatkan cinta Illahi dan membimbingnya dengan kalamullah. Malik bukan muslimin seperti itu.

" Bagaimana aku boleh tertewas dengan pujuk rayu engkau syaitan. Benarlah aku orang yang rugi Ya Allah." Rintih hati Redha. Serasa mahu segera dicuci hatinya yang kian berkumpul bilangan rintik-rintik hitam itu. Ditenung cincin di jarinya. Tiada seri yang menyinar. Mungkin kerana dia memakai cincin itu sebelum masa yang telah ditetapkan Yang Maha Esa. Di situlah ketidak hadiran sakinah ke dalam hatinya kini. Perlahan-lahan cincin emas putih bertakhta berlian pemberian ayah Fatin di hari pertunangannya ditanggalkan dari jari manisnya. Cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi majlis perkahwinannya akan berlangsung namun jauh di sudut hatinya dia tidak mampu menerima lelaki yang bernama Malik Bin Ridzuan!

" Saya tak mampu pak cik." Redha memberanikan diri menghubungi Ridzuan.

" Kenapa ni Redha?" Ridzuan hairan mendegarkan suara sebak Redha seolah benar-benar sedang menatang derita yang tak tertanggung.

" Saya tak mampu berpura-pura lagi. Hati saya tak tenang sejak menerima Malik. Kenapa pak cik?" Redha tahu Ridzuan seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Dia menerima lamaran daripada Ridzuan untuk dijodohkan dengan Malik namun kini kegusarannya tidak tertahan lagi. Ketenangan seolah-olah berlari jauh darinya sejak menerima pinangan Malik. Sedangkandia harus bersyukur kerana telah bertemu rusuk kanannya namun benarkah orang itu adalah Malik?

Ridzuan terdiam. Gadis sunti ini bisa merasai sesuatu. Desis hati Ridzuan. Maafkan aku Ya Allah. Aku terlalu mementingkan diri sendiri. Aku tahu Malik tidak layak untuk wanita sebaik Redha. Aku sedar diri aku sendiri belum tentu mampu memperisterikannya. Kemewahan aku tidakkan termampu membayar mahar pernikahan dirinya. Rasa bersalah menimpa-nimpa dalam diri Ridzuan.

"Apa Malik dah buat?" Ridzuan kembali bertanya kerana bimbang Malik mengulangi tingkah laku silamnya. Sebagaimana sejarah hitam yang pernah terlakar akibat dari keterlanjuran Malik. Seorang gadis baik kini rosak kerana kecewa dengan perlakuan Malik. Dia tidak mahu perkara sama berulang kepada Redha. Insan yang pernah dicintainya!

"Dia tak buat apa-apa pakcik. Dia layan saya dengan baik. Dia memang baik. Saya bahagia tapi masalahnya saya tak tenang. Hati saya selalu sedih. Terlalu sedih. Perasaan yang datang tanpa saya tahu sebabnya. Saya sedih dan hati saya selalu kata.." kata-katanya tertahan di kerongkong sambil pipinya dibasahi titisan mutiara yang sedaya mungkin ditahan. Namun dia tidak cukup tabah untuk terus-terusan menahan resah di dadanya.

"Kata apa Redha?" serasa ingin segera dia terbang ke bumi kenyalang demi menenangkan gadis pujaan hatinya itu. Namun dia yakin, kehadirannya sedikit pun tidak akan dialu-alukan oleh Redha.

" Dia bukan jodoh saya, pak cik. Saya bukan ditakdirkan untuk dia. Tentunya ada yang lebih layak untuk dia, pak cik. Saya minta maaf. Saya takut untuk melukakan hati dia. Tapi lebih saya takut untuk meneruskan sesuatu yang nyata saya rasakan restu Dia tidak bersama kami."

Maafkan aku Redha. Aku menjeratmu dengan sebuah percintaan yang menyakitkan. Bukan. Sungguh bukan niat aku untuk membuat kau derita. Tapi Malik perlukan seseorang seperti kau. Namun siapa aku untuk mengengkari peringatan Tuhan bahawa perempuan baik sepertimu hanya layak diperisterikan oleh insan yang lebih mulia pekertinya. Bukan Malik. Bukan juga aku. Jerit hati Ridzuan. Tidak dijangka dalam usia hampir melewati 40-an itu dia terjebak dengan perasaan begini. Pasti dia diketawakan rakan-rakannya andai mereka menyedari hajatnya untuk memiliki Redha.

Perlahan-lahan tangan Redha menaip sebuah warkah elektronik untuk dihantar kepada Malik. Menceritakan tentang perasaannya selama mereka bergelar tunangan. Setelah mendapat persetujuan daripada Ridzuan untuk memutuskan tali pertunangan, Redha kuatkan semangat untuk menyampaikan kepada Malik sendiri tanpa membenarkan Ridzuan memberitahu Malik. Sejurus selepas Malik membaca emelnya, Malik terus menghubungi Redha. Redha mengumpul semangat yang ada untuk berbicara sendiri. Alhamdulillah Malik juga pasrah dengan keputusannya. Seperti yang dijangka riuh sekampung apabila dengan rasminya pertunangan mereka diputuskan. Redha hanya mampu menahan kesabaran apabila pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya. Namun Redha pasrah atas apa yang berlaku. Bapa saudaranya juga tidak banyak bicara apabila Redha berterus terang tentang perasaan dan kegelisahannya. Bertuahnya punya bapa saudara yang begitu memahami dan berpegang teguh pada agama. Faqih yakin keputusan anak saudaranya itu adalah jawapan yang terbaik. Dia tahu sikap anak saudaranya itu. Redha tidak akan bertindak begitu jika dia yakin apa yang dilakukannya itu adalah yang terbaik untuk agamanya.

"Assalamualaikum. Kenapa putus tunang?" mesej ringkas daripada Ustaz Harraz membuat dirinya terkesima. Mungkin cerita gempar itu telah sampai ke telinga ahli jemaah. Namun kenapa Ustaz Harraz yang tidak pernah menghubunginya selama ini tiba-tiba begitu terbuka bertanyakan soalan seperti ini? Redha bersoal jawab sendiri. Mesej itu tidak dibalas kerana padanya tidak penting dan tidak melibatkan urusan kerja. Redha tidak mahu memanjangkan perbualan yang tidak penting. Memang begitu sikapnya. Pergaulannya terlalu terjaga sehingga kekadang ditegur oleh ahli jemaah supaya bersikap lebih ramah dan mengambil berat sesama ahli jemaah. Dia sedaya mungkin mencuba namun rasa bersalah kerap kali bersarang di hatinya apabila berbicara tanpa urusan yang diharuskan syarak dengan kaum muslimin.

Setelah beberapa lama. Mesej dari Hani Maisarah pula tiba. Adik kepada Ustaz Harraz.

"Assalamualaikum akak. Sihat ke? Mai dengar akak putus tunang. Nape akak?"

Bibir Redha mengukirkan senyuman. Pastinya kedua beradik itu sedang berusaha untuk mencari jawapan kepada soalan mereka.

"Waalaikumussalam Mai. Alhamdulillah akak sihat. Takde jodoh dik. Mungkin akak tak layak untuk dia dan dia tak layak untuk akak =)"

Jawapan ringkas itu disampaikan kepada abangnya.

"abang, tunggu apa lagi? Masuklah meminang." Hani tersenyum simpul melihat reaksi abangnya. Dia tahu rasa cinta sudah lama bersarang dalam hati abang kesayangannya itu namun tidak diluahkan kerana ingin menjaga perjuangan. Malahan Harraz sendiri masih dalam pengajian. Kini setelah berjaya memegang segulung ijazah, Harraz seolah-olah sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bagai mengantuk disorongkan bantal, berita perpisahan Redha seperti meneguhkan lagi jawapan kepada istikharahnya. Subhanallah. Dia tidak boleh berlengah lagi. Dia perlu bertindak.

Setelah meminta ukhti Jamilah menjadi orang tengah untuk merisik berita daripada keluarga Redha, Harraz menyampaikan hasratnya untuk menyunting Redha menjadi sayap kiri perjuangannya dan tiram kepada mutiara-mutiara kebanggaannya nanti. Menantikan jawapan istikharah Redha sememangnya amat mendebarkan hatinya. Namun dia yakin pada jawapan istikharahnya.

Setelah hampir sebulan menantikan persetujuan, akhirnya Redha memberikan jawapan positif. Bukan mudah untuk Redha menerima lelaki lain setelah memutuskan tali pertunangannya yang terdahulu. Namun Redha yakin pada gerak hatinya kini. Harraz lah jodohnya. Muslimin yang mampu membawanya kepada jalan perjuangan yang diimpikannya, Insya Allah..

Innalillahi wa inna illaihi raji'un..itu saja ungkapan yang mampu diungkapkannya apabila mengetahui isteri Malik telah meninggal dunia. Sebelum pemergian Laila, Redha terbang ke Aceh kerana menyertai pasukan sukarelawan Malaysia yang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami yang masih memerlukan bantuan sokongan moral dan emosi. Khabar pemergian insan kesayangan Malik itu juga lewat sampai beberapa hari kerana masalah komunikasi. Terlintas di fikirannya, bagaimana keadaan Malik sekarang. Lebih meluluhkan hatinya apabila memikirkan bayi kecil yang baru menjengah dunia itu. Bayi yang masih memerlukan belaian dan sentuhan keramat seorang bonda. Anak kecil yang masih perlu disusukan dan diberi perhatian. Bagaimana nasibnya nanti dibesarkan tanpa ibu. Segala persoalan itu hanya menzahirkan air mata kepiluan. Malik pernah menemukan Redha dengan Laila. Laila seorang gadis yang baik. Amat lembut. Hanya dari segi pakaian dan solatnya masih belum sempurna. Disebabkan itu juga Malik ingin benar Laila bersahabat dengan Redha. Redha menerima dengan senang hati dan bersyukur kerana Laila terbuka hati untuk berubah dan menerima nasihatnya. Sedikit demi sedikit Laila berubah dan mula mendalami ilmu agama daripada Redha. Namun tidak pula Redha pernah memaksa Laila untuk turut sama menyertai usrah yang diadakan oleh jemaahnya. Redha bimbang jika Laila masih belum kuat untuk menerima pendekatan sebegitu. Hatinya bagai terpanggil-panggil untuk bertemu dengan Malik. Berkongsi kesedihan dan air mata namun serta merta dilupakan kerana bimbang fitnah kembali bertamu. Dirinya sudah menjadi tunangan orang dan selepas pulang dari Aceh, mereka telah bercadang untuk bernikah. Pertunangan antara Redha dan Ustaz Harraz tidak diketahui sesiapa kecuali orang-orang terdekat dan rakan jemaah.

Ruang waktu perjalanannya pulang ke Malaysia, dihabiskan dengan membaca novel karya Habiburrahman bertajuk Ayat-Ayat Cinta. Karya itu benar-benar berjaya mencuri hatinya. Bagai magnet yang berjaya meruntun sebuah rasa. Tanpa disedari, air mata Redha mengalir laju, menitis tanpa segan silu di tiap helaian akhir buku itu. Pembawaan ceritanya terlalu mendalam. Cinta yang ditafsirkan di dalam karya islamik itu terlalu luar biasa bagi seorang insan biasa yang menganggap cinta itu nafsu. Alangkah indahnya punya pecinta seikhlas Fahri. Kata cintanya hanya pada sebuah pernikahan. Bukan mainan seperti pemuda pemudi zaman sekarang. Watak utamanya seakan sempurna dari segala sudut namun masih realistik untuk praktikalnya. Redha mula mengagumi watak itu namun dia pasti muslimin seperti itu hanya satu dalam berjuta. Dan muslimah berhati waja seperti Aisya yang sanggup dirinya dimadu atas nama perjuangan agama dan pengorbanan seorang isteri bukanlah mudah untuk dicari. Redha tersenyum sendirian. Bermuhasabah sendiri. Melihat kecacatan pada amalan, kepancitan pada pengetahuan, rongga-rongga kosong pada pemahaman. Segalanya menimbulkan keinsafan bahawa masih terlalu ramai yang layak ke syurga jika dibandingkan dengan dirinya. Andai syurga itu punya kuota dan had bilangan tertentu, pastinya aku tidak mampu menjejakkan kaki ke sana. Malah mungkin menghidu harum firdausi pun tidak terdaya. Astaghfirullah. Redha beristighfar panjang apabila mengenangkan segalanya.

"Nampak letih je kak Redha. Macam mana keadaan di sana?" Tanya Rina, sepupu kesayangannya.

"Letihla. Asyik tengok awan je dalam kapal terbang tu. Sedihla kat sana. Nanti ada masa, akak bawa Rina pergi sana. Nak tak?"

"Mestila nak. Kesiankan kat diorang. Hidup dalam kekurangan."

"Ye. Tapi kita kena selalu ingat. Allah masih ada. Ada hikmah kenapa ada yang diselamatkan dan ada yang meninggalkan dunia. Rahmat Allah itu tak terlihat dengan pandangan mata. Cuma boleh dirasa dengan nikmat iman, dik."

Keadaan di sana amat menyayat hati. Melihatkan keadaan anak-anak kecil yang kurang zat makanan. Tidur malam dalam kesejukan. Kekadang mandi dengan air yang belum tentu bersihnya. Bukan mudah menjalani kehidupan sebegitu. Namun aku tidak boleh memilih. Aku harus sama merasai keperitan mereka walau hanya sebentar cuma. Mungkin pada pandangan mata kasar mereka antara manusia yang tidak punya apa pun. Namun jauh di sudut hati, aku terlalu kagum. Kagum memikirkan kekuatan anak-anak kecil ini melalui jalan yang bagai berhias duri ini. Bangga membayangkan remajanya yang kini kian menyedari syariat Tuhan. Pilu di hati. Sedih yang teramat menyedari anak-anak muda di tanah tumpah darahku makin tidak keruan mencari makna kehidupan. Barat menjadi ikutan. Budaya pergaulan bebas menjadi kebanggaan setiap remaja. Berpasangan ala barat itu yang menjadi hiburan hati muda mudi. Seolah-olah peraturan Tuhan sudah tidak lagi relevan untuk dilaksanakan. Batasan dan syariat tidak lagi diendahkan. Sedangkan agama mereka masih lagi Islam.

Kini sudah lebih separuh abad Malaysia merdeka namun pemikiran Islam di sini masih dijajah dan dibiarkan terjajah. Bendera diusung ke sana ke mari kononnya lambang patriotisme yang masih mengalir dalam jiwa generasi kini. Namun lihat saja cara sambutannya. Muda mudi bebas berpakaian songsang, bergaul tanpa mengira batas dan syariat, bersorak dan menari bagai akhirat takkan pernah hadir, malah pulang ke rumah mungkin dalam keadaan mabuk kerana meraikan kemerdekaan. Belum lagi dikira dengan remaja perempuan yang menyerah diri dan menggadai maruah dalam sedar atau separuh sedar. Lalu di mana ertinya sebuah kebebasan? Mungkin hanya dengan memegang bendera. Itulah lambang negara aku masih merdeka!

Tunggak utama negara kian retak menanti runtuh. Cinta remaja menjadi satu kemestian bagi setiap anak muda. Pernah aku punya teman baik lelaki. Hidupnya bagai hanya dipenuhi dengan kisah cinta. Tanpa cinta wanita, hidupnya kosong dan kerana wanita dirinya sanggup melakukan apa sahaja. Dia pernah menangis kerana wanita, bergaduh kerana ingin memiliki hati seorang perempuan, pernah kecewa kerana wanita, pernah menjadi lembik kerana wanita dan perjuangannya menjadilemah kerana wanita. Beginikah lelaki yang bakal dinobat sebagai pembela negara di saf hadapan. Atau perempuan penyebar fitnah inikah yang akan mampu menjadi tulang belakang pembakar semangat pembangun ummah. Bukan aku tidak pernah melalui zaman mencabar itu. Ketika hati menginginkan cinta dari seorang lelaki. Di kala teman-teman lain sudah punya pasangan yang boleh diajak ke mana sahaja. Pergi berjemput dan balik dihantar. Indah pada pandangan mata. Bahagia pada suara nafsu namun sebenarnya iman gugur demi cebisan kerana hilangnya rasa malu dalam diri. Bukan aku tidak pernah cuba menerima seseorang kerana terlalu taksub dengan ungkapan cinta kerana ALLAH. Namun belum sampai beberapa bulan perhubungan kami, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan sebuah rasa yang aku yakini tiada dalam berkat ILLAHI itu.Cinta kerana ILLAHI hanyalah ungkapan bagi insan yang ingin menghalalkan sebuah rasa sedangkan hati sebenar hanya mahukan cinta dunia. Mungkin dari zahir, cinta kami suci. Berteman bila bertemu. Jarang berbicara jika tidak punya perkara penting. Tapi dalam perhubungan terjaga itu, aku masih belum merasa ketenangan walaupun sebenarnya aku bahagia melayarinya. Ke mana perginya ketenangan aku yang dulu? Mungkin dibawa pergi kerana hati ini merindui pada seseorang yang belum halal untuk aku rindui. Sedangkan rasa rindu dan cinta ini hanya layak kuserahkan pada Penciptaku. Memang menyakitkan bila mana terpaksa melepaskan rasa cinta manusia namun bukankah jalan ke syurga itu fitrahnya berduri dan memerlukan pengorbanan. Tidak lama lagi aku akan diijab kabulkan bersama Harraz, aku selalu berdoa semoga anak-anak aku nanti tidak akan mudah tertipu dengan indahnya dunia. Tidak terjerumus dalam nikmat sementara.

Lama Redha bermuhasabah diri. Mengenang kembali memori lama yang cuba dilupakan. Namun Redha pasti dia tidak harus terus meninggalkan kenangan itu di belakang kerana itu semua penting untuk menjadi panduan pada masa depannya.

" Kita jaga anak dia ye bang." Saran Redha sambil menangis. Menangisi yang telah pergi itu tidak baik namun apa daya dia untuk menahan sebak di dada. Melihatkan anak kecil yang masih lagi memerlukan keluarga yang sempurna. Wajah Radhi diratah jiwa keibuannya. Kanak-kanak comel yang mewarisi wajah seiras wajah ayahnya itu disentuh lembut. Radhi masih belum mampu mengerti apa yang berlaku. Dia masih terlalu kecil untuk diterangkan segala-galanya. Kemalangan yang meragut nyawa datuk serta ibu saudaranya itu terjadi sekelip mata. Malik pula meninggal kerana serangan sakit jantung setelah mengetahui kejadian yang berlaku terhadap ayah dan adik perempuannya. Redha langsung tidak pernah mengetahui lelaki periang dan nakal itu menderitai penyakit jantung yang serius. Redha mula mengenang kembali ketika dia dan Malik bersama di majlis perpisahan sempena kembalinya dia ke Sabah. Malik bagai mencari ruang untuk berbicara dengannya. Redha juga punya keinginan yang sama. Ingin berbicara bersama tunangnya namun ditahan rasa itu supaya tidak berlarutan menjadi fitnah. Namun dalam usahanya melarikan diri, Malik tetap berjaya mencuri waktunya.Lelaki! Apa saja yang diinginkan pasti tercapai. Bisik hati Redha.

"Nanti balik, Malik hantar Redha ke airport k." Malik memulakan bicara.

"Tak perlulah, Malik." Redha menjawab ringkas. Kurang senang dan kurang selesa didekati Malik.

"Apa salahnya. Kita kan dah tunang. Salah ke kalau keluar berdua?" Alasan Malik mungkin agak tepat namun Redha masih belum biasa untuk berdua bersama Malik di dalam satu kereta tanpa orang ketiga.

"Kita baru bertunang. Kita belum lagi bernikah. Remind yourself." Tegas kata-kata Redha. Dia bosan dengan perangai Malik yang kadang-kadang tidak mahu memahami batas yang cuba dijaganya.

"I already remind myself but I have many things to tell you. Can't we sit and discuss?" Malik juga kekadang muak dengan sifat Redha yang seakan-akan mahu melarikan diri daripadanya.

"Cakaplah sekarang." Balas Redha tegas. Kalau bukan kerana itu majlisnya, pasti dia sudah lama angkat kaki meninggalkan Malik. Insan yang mahu dirinya dilayan dengan sebuah hubungan yang hanya dinamakan tunangan. Berang hati Redha melihatkan mata Malik yang tidak lepas dari merenung matanya dalam.

"Takpelah. Satu hari bila Malik dah tak ada di dunia ni, Redha akan tahu." Malik terus berlalu tanpa menantikan jawapan Redha. Redha hanya membalas jawapan itu dengan renungan yang penuh persoalan. Hatinya berdebar dan tidak senang dengan kenyataan yang ditinggalkan oleh Malik. Namun dia segera bergerak kepada rakan sekerjanya yang lain. Tidak mahu difikirkan terlalu lama.

Kini baru Redha faham apa yang ingin disampaikan oleh Malik. Malik sendirian menderitai penyakit itu. Segala kekusutan dan keresahannya dipendam dalam diam. Mungkin itu juga merupakan punca dia menghidap penyakit itu. Kekesalan yang berlanjutan dan kesilapan masa silam yang kerap kali menghantuinya menjadikan dia lemah melawan kegelisahan. Bukan tidak pernah di hati Redha cuba untuk merubah Malik namun seperti yang tertulis di dalamsurah Al Baqarah ayat 272, hidayah bukan milik manusia tapi hadiah dari Allah yang paling berharga kepada insan yang dicintai-Nya. Sekurang-kurangnya Malik sudah menunjukkan banyak perubahan semenjak perkahwinannya bersama Laila.

"Janganlah macam ni Redha. Tak elok menangis macam ni. Doakan dia termasuk di kalangan mereka yang beriman. Kita jaga Radhi ye sayang." Pujukan dari Harraz sedikit mengubati kesedihannya. Redha tahu Harraz tidak akan menolak permintaannya. Selama mereka menjadi suami isteri, tidak pernah sekalipun harapannya dihampakan. Bukan Harraz tidak tahu Malik merupakan bekas tunangan Redha. Cemburu itu tetap ada namun cuba dibuang jauh dari hatinya. Syaitan memang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan kebahagiaan mukmin. Redha isteri yang baik dan taat. Tindakannya tidak pernah menyinggung perasaan apatah lagi untuk berbuat sesuatu tanpa diiring keizinan Harraz. Redha tidak pernah sekalipun menyebut nama Malik ketika bersama Harraz walau kekadang ingatannya tetap terbang mengenangkan peristiwa lampau.

"Termenung apa tu? Ingatkan tunang ke?" Harraz mengusik Redha yang tidak langsung menyedari kehadirannya di dapur. Ada diari hitam dalamm genggaman isterinya. Dia tahu itu adalah diari milik Malik.

"Ish. Apa cakap macam tu. Abang nak makan?" Cepat-cepat Redha membuang ingatannya terhadap Malik. Diari hitam itu segera dimasukkan ke dalam laci kabinet dapurnya. Bagaimana suaminya itu mampu meneka setepat itu. Adakah masih kekal cemburu dengan hubungannya bersama Malik dulu? Ya Allah jauhkan prasangka antara kami. Doa hati Redha.

"Takpelah, abang takde selera. Naik atas dulu." Ada rajuk pada nada suara itu. Hati Redha mula tidak keruan. Tanpa disuruh, Redha mengikut jejak suaminya. Harraz hanya berdiam dan menukar pakaiannya kemudian turun semula ke ruang tamu. Redha masih setia mengikutnya ke mana sahaja dia pergi. Tiada kata atau pujukan namun Harraz sudah cukup faham, Redha sedang menyenangkan hatinya. Di luar rumah Redha terlalu bijak berkata-kata. Bukan tidak pernah Harraz mengikuti seminar yang turut dihadiri oleh Redha. Redha menjadi penceramah jemputan. Petah lidah itu berkata-kata memberi semangat dan mengingatkan setiap hadirin tentang kehidupan. Apa yang menjadikan Redha seorang yang istimewa adalah Redha tidak pernah lupa untuk menyelitkan peringatan daripada Allah. Disampaikan dengan lancar dan berkesan. Namun di rumah, Redha lebih banyak menurut kata. Suri yang setia mendengar kata tanpa membantah.

Harraz masih enggan berkata-kata. Itu yang sering merisaukan Redha. Dia tidak gemar melihat suaminya seperti itu. Dia lebih selesa dimarahi jika ada tindakannya tidak digemari Harraz. Berdiam diri hanya membuatkan dia berfikir seribu satu kemungkinan yang bermain di dalam hati suaminya itu. Dia merapati suaminya dan turut sama menonton rancangan kesukaan suaminya, National Geography. Dia setia menantikan sesuatu keluar dari bibir suaminya itu, namun hampa.

"Abang cakaplah." Terpaksa juga dia memulakan.

"Nak cakap apa?" Harraz puas berjaya membuat Redha memulakan bicara.

"Janganla buat macam ni." Ucap Redha seakan-akan mahu menangis. Dia tahu di mana kelemahan suaminya. Ketakutan suaminya adalah pada titis mutiara di pipinya.

"Kenapa menangis pulak ni. Abang tak buat apa-apa pun." Harraz mula panik. Tidak sangka tindakannya itu terlalu membuat Redha sedih. Mata Redha dipandang dalam. Mungkin usikannya tadi tepat. Redha sedang mengingati Malik. Cemburunya kembali timbul. Namun imannya mula menangkis rasa itu. Untuk apa dicemburukan pada Malik yang telah pergi. Kalau dulu Aisyah cemburukan Khadijah yang sering disebut Rasulullah, kini dia pula cemburukan Malik walau tanpa disebut Redha. Bibirnya mengukirkan senyuman.

"Kenapa umi nangis ni?" Tanya anak kecil yang baru berusia empat tahun itu membuatkan Harraz dan Redha tersedar dari mainan perasaan masing-masing. Harraz mengangkat Radhi duduk di pangkuannya. Sungguhpun cemburunya pada Malik tetap ada namun Radhi tidak pernah sekalipun dilibatkan dalam urusan hatinya. Anak kecil itu sudah pandai dan pintar. Bagi Harraz, Radhi merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dalam perkahwinannya.

"Baba tak belikan ais krim untuk umi." Redha menundukkan wajahnya kepada Radhi sambil berbisik. Mendengarkan kata-kata itu, Harraz mencuit hidung Redha. Segala yang terjadi pasti diceritakan kepada Radhi suatu hari nanti. Radhi berhak mengetahui segalanya. Radhi berhak ke atas diari hitam tinggalan ayahnya itu.


UNIMAS
20 November 2007
8 Syawal 1428H
2040
posted by Penulisan2u @ 1:42 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 18/12/08 3:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good jobs...crite yg menarik dan mmberi buah2 keinsafan pd diri...
    tahniah...

     

  • At 18/12/08 11:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam ...
    what a wonderful storyline ^_^ SUBHANALLAH! good job to the writer. keep on writing & improving.

    a 'must read' story. memang rugi siapa tak baca. two thumbs up!

     

  • At 19/12/08 1:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sebak pulak baca cerita ni. keep it up.

     

  • At 19/12/08 12:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good job...tp ada tpt keliru antara flashback...but good msj, keep up good work
    boleh saya tahu nama betul penulis jika tidak keberatan?

     

  • At 19/12/08 2:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    SUBHANALLAH...insaf diri baca story ni..n great story..

     

  • At 19/12/08 11:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good story
    i like it...
    surah annur ayat 26..
    boy yg baik tok girl yg baik..
    smoga kiter sume tergolong dlm golongn yg baik...
    aaminn...
    cap jempol writer

    pankek_pandan@yahoo.com

     

  • At 22/12/08 10:19 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x rugi baca cite ni. sedih tol

     

  • At 23/12/08 1:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...syukron kepada semua pembaca..terima kasih jugak kerana sudi memberi ulasan kepada cerpen saya..moga pembaca dan saya mendapat manfaat.Insya Allah..jemputlah ke website saya..http://asmadat.blog.friendster.com

     

  • At 23/12/08 1:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..tanpa nama,..ada kekeliruan yer?kalau ada kekurangan or kesilapan or kekeliruan, bolehlah emel terus kepada saya...dan Insya Allah saya akan betulkan...terima kasih... asmadat at yahoo dot com

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group