BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Disember 02, 2008
Cerpen : Pemilik Cinta Terpilih
Nama Pena : Ilham Sina

Bilah blade aku masukkan secara berhati-hati ke mata scalpel. Baru tadi terpatah kerana kekasaran akibat ketumpulannya. Kulit di bahagian thorax agak keras, mungkin sudah lama terendam dalam formalin – yang memang jarang melembutkan. Sukar sungguh dipisahkan dari otot-otot dibawahnya.

" Mi, elok-elok. Tajam sangat tu", Farabi menasihati. Matanya tak lepas dari tanganku. Aku mengangguk tanpa mengalihkan pandangan. Kalau dibuat, mau ‘terluka’ glove putih aku. Tu tak apa lagi kalau glove jer, kalau dengan jari aku sekali? Tak pasal-pasal bleeding. Karang kalau haemorrhagic shock, sapa nak tanggung? Takpun, kalau logik sikit, iatrogenic infection-Pseudomonas..haa..tak ke naya? Uish..super-duper hyperbola betul aku ni...

"beres! Abi, kausambungkan la buat part ni pulak. Letih pulak berdiri je. Mata pun dah pedih. Baru keluar dari formalin jugak agaknya bahagian ni", mataku berair, teresak-esak aku menarik sedu. Macam orang tengah menangis. Tapi tu bukan sebabnya, tapi formalin yang mengstimulatekan mucous and tear secretion aku. Protection!

"meh, bawak sini", Farabi menyambut huluran scalpel. Dia mengambil alih tugas seterusnya. Ralit dia membersihkan sisa-sisa adipocyte di permukaan pectoralis major. Halus dan bersih kerjanya. Kagum aku. Aku sendiri teranyam dalam perbuatannya yang teliti.

"Mi, ajarkan aku structures kat bahagian thorax. From skin till organs", waa..giler bossy mengarah aku. Mamat ni sengaja cari pasal ke apa. Ada ke patut dia suruh aku yang ajar? Tapi ya jugak la, aku kan di antara mentor-terpilih anatomi? Tapi kalau Farabi yang request, lower jaw drop sekejap aku. Nasib baik lalat jer yang tak mau terbang masuk, tapi setan...sah dah masuk kot. Farabi tu, anatomy dia hujung jari jer...mestila aku inferior gila!

"okeh, dengar intro aku ayatkan..", ujarku menjeling tangannya yang berhati-hati memisahkan kulit daripada fascia yang melindungi otot pectorals. Sekilas menjeling wajahnya yang persis mamat China Tanah Besar yang sesat di India. Sempat lagi tu...Dia mengangguk perlahan.

" thorax, is one of the cavities of the body. Sila teka, apakah body cavities yang lain?", soalku. Buat soalan ala-ala rapid fire tahap perlahan.

"thorax la", Alin meyahut tiba-tiba datang ke table dissect tak berjemput.
"lain la...", aku membalas, buat lawak pulak, main kutip jawapan dalam soalan buat apa.
"skull, thorax and abdomen", Farabi menyahut. Matanya menikam mataku. Tajam pulak rasanya...haih! Nak tikam letak local anaesthetic dulu boleh tak, Doctor-to-be Farabi?

Aku terkedu...Alamak! Pantas aku tersedar sebelum dibawa arus kelalaian.

"correct!".

"Thorax is built up by ribs, manubrium sterni, clavicles, and thoracic vertebrae. It is divided into parts which consists of lungs, and mediastinum. Cuba teka apa ada dalam mediastinum?"

"hati!", Rafael menyahut. Dia masih sama-sama menoreh mata scalpel bersama-sama Farabi.
"salah", balasku.
"aorta!", Alin menitip jawapan. Matanya tetap ralit melihat gerakan berhati-hati Rafael dan Farabi menyelak kulit, menyingkap susunan otot pectoralis major di bahagian dada.
"partially correct..sikit lagi...sikit lagi...", aku tersengih kambing.
"jantung..", Inche’ Bossy menyambut dengan macho.

"pandainye..anak sape nih?", Rafael membuat lawak. Kami tergelak mendengar gaya intonasi ako Mustafa.

" Anak Haji Ihab Einstein...ha..ha..ha..", si Farabi menyambut, ceh melawak pulak dia.

" Banyaklaa ko punye Einstein, Frankenstein lagi ade...", sampuk pula si Zaki yang dari tadi asyik membaca di hujung meja dissect. Agaknya dah rasa puas terganggu oleh soalan-soalan rapid fire itu.

" ha..ha..ha...", semua di meja dissect ketawa gamat.
Faham akan maksud Zaki. Farabi-the-nerd!

"SHHHHH!!!!".

"oopss", aku menelangkupkan tangan ke mulut. Tersengih menjeling ke sekitar dissection hall. Semua pandangan menghala ke arah meja kami. Bising! Aku bermain mata dengan Farabi, masing-masing mencari-cari pensyarah anatomi. Nasib baik tak ada. Fuh...lega...Kalo tak, abislah kena membebel!

************************************************************

"Mi!", suara Farabi memanggil aku dari belakang.

Aku buat-buat tak dengar. Hinggalah aku menangkap derap larian semakin menghampiri, barulah aku berpaling.

"aaaaaaaa!!!", aku terkejut. Nyaris hidungku menyentuh bahunya. Cam pelesit dia lari mengejar aku agaknya. Hish..dia ni pun...karang terlanggar, dua-dua jatuh tangga ni, tak ke haru?

Aku membina jarak.

" Mi, puas saya panggil...", ujarnya ala-ala merajuk, masih mengawal dyspnea atau breathlessness. Eupnea berselang-seli dalam kata-katanya. Aku menunggu dia mengawal lelah yang bersisa. Erm, ada ciri-ciri asthma ni...Aku menelah- memandai-mandai.

"Sorry, tak tau la pulak betul-betul ada orang panggil. Ingatkan perasaan je..", balasku, beralasan. Aku mula membuka langkah, tidak selesa berbicara dalam keadaan begitu. Takut timbul fitnah tatkala ada mata yang melihat keadaan sebegitu rupa.

Eh, budak ni. Makin laju pulak jalan. Farabi memanggil lagi." Mi! Slow la sikit jalan. Bukan ada anjing pun kat belakang tu..", katanya. Sah! ‘Pak cik’ ni kurang sensitive benda-benda macam ni. Mimi memperlahankan langkah menyamai rentak langkahnya.

" nak pergi mana? Kenapa tak naik bas balik apartmen?", soal Farabi. Sibuk la dia ni. Haih! Suka hati la~

" minum jus kejap. Nanti balik naik tuk-tuk", balasku tanpa memandang mukanya. Malas mahu bersoal jawab lagi. Memang aku selalu lepak minum jus kat basement hospital tu. Abang jus tu pun memang dah kenal aku, budak Malaysia suka minum strawberry milk shake. Rasa nak menyuarakan je, tapi tertahan di halkum yang tenggelam ini. Kenapa mesti Farabi ni jugak yang nak menyibuk?

"seorang?", soalnya dengan suara yang dikawal intonasi. Masih kemengahan, berbaur kerisauan pula ton suaranya.

Aku senyum plastik. " tak lah, Min dan Eirin dah ada kat sana", balasku sambil memandang wajahnya.

"nak join?", pintanya. Wajahnya mengharap. Hatiku berbelah bahagi. Seposen betul!

"jom", aku bermanis mulut, akhirnya bersetuju. Farabi mengiring langkahku.

Sedang aku melangkah menuruni tangga terakhir, tiba-tiba seseorang melanggarku dari belakang. Cepat-cepat tangan Farabi menarikku ke arahnya. Nasib baik kami tidak terhantuk. Aku terkejut dengan tindakannya. Aku kaku seketika. Fikiranku kosong. Apa yang kau dah buat? Aku dapat merasakan denyutan jantungnya, bukan setakat mendengar! Nafasku berombak kuat tanpa disedari.

‘She starts to blush..’. Farabi menggumam dalam hati. Matanya tidak beralih dari pandangan yang dilabuh dari matanya. Dia tidak sanggup melepaskan pandangan dari wajah mulus itu, persis Siti Nurhaliza.

Mimi mulai tersedar. Badannya mula terasa aura tidak sihat. Kosong fikiran mula bersatu dengan akal dan iman. Pantas dia meninggalkan Farabi yang terpinga-pinga dengan kelakuannya.


"Abi, cepat. Diorang dah lama tunggu", Mimi cuba mengawal gelora suara. Cepat-cepat dia beristighfar. ‘cobaan, cobaan, cobaan..’, dia berusaha mengingatkan diri.

Farabi sendiri terkejut dengan tindakannya. Tapi, ungkapan maaf tidak terkeluar dari mulutnya. Dia kembali bergandingan langkah. Dia masih cuba memadamkan ingatan terhadap perlakuannya tadi. Bodoh! Melepas lah kau lepas ni! Kutuknya sendiri.

**************************************************************

" Farabi pergi sekali ke tak?", soalku pada June.

Dia mengangguk. " Ada la kot dia pinjam duit dari siapa-siapa tu. Lagipun, si Abi tu sangat risaukan kita pergi sendiri", balas June.

"ooo...", aku mengangguk. Aku pasti Liza yang meminjamkan duitnya kepada Farabi. Liza memang minat sangat dengan Farabi, apatah lagi dia pun terlibat sama buat kerja gila ni- travel jauh dengan sewa kereta, tanpa ada lelaki yang dikenali menemani. Tu pun, driver pun ‘sewa’ jugak! Farabi yang tahu pun memang gila-gila tak bersetuju. Dia mahu turut serta, tapi tidak berfulus. Sah-sah Liza yang akan menghulur nanti tu. Yang bagusnya, Farabi tu, bukan orang suka berhutang. Tapi, dia ni pulak, yang aku pelik apa la yang dia buat dengan duit sampai tak ada langsung kali ni? Erm, tapi ya jugak. Dia baru ganti handphone baru- dah dua kali bulan ni sahaja. Asus pulak tu-mahal!...Tiap kali, handphone nya tercicir dalam autorickshaw. Clumsy betul si Farabi ni rupanya!

Aku berlabuh di tirai jendela bilik. Memerhati ruang basement kawasan apartmen. Farabi dan beberapa teman lainnya sedang jogging. Dia masih dalam berusaha menguruskan badan. Perasan gemuk! Badan dah fit elok, cuma dia tak setinggi orang lain. Tapi, masih tetap smart dan cute. Aku memuji sendiri. Tiba-tiba fikiranku melayang saat dia melindungiku hari itu. Refleks betul tindakannya. Agaknya dia buat begitu kat orang lain jugak kot? Aku membuat telahan sendiri. Cuba sedaya-upaya menolak telahan-telahan liar.

Fikiran aku jauh menjelajah memori. Aku teringat pula soalan ibuku minggu lalu. Aku menelefon untuk bertanya khabar berita, alih-alih soalan cepu emas dia utarakan. ‘Boyfriend?’. Persoalan yang cukup malas untuk aku fikirkan jawapannya. Aku baru 21 tahun. Panjang lagi perjalanan hidup. Lagi lima tahun untuk graduate. Ibu..ibu..memang anak ibu sudah besar, tapi belum mahu dipunyai. Aku mengeluh.

Malam itu, aku tergerak melakukan solat sunat istikharah. Solat sunat yang jarang-jarang kubuat. Dan aku mendapat mimpi. Dia! Tak pernah aku terfikir untuk meminatinya. Berlawan mata pun aku tak pernah buat, apatah lagi mahu bersembang.
Farabi~ kenapa kau yang hadir dalam mimpiku untuk menjawab soalan ibu?

Abi...Abi...dipuji-puji, menjadi sumber inspirasi oleh Liza. Kata Liza, suara si Farabi sangat sedap bila jadi imam. Dah lama aku tinggalkan surau rupanya. Tak pernah kudengar bacaannya. Memang aku akui, wajahnya bersih. Agak pendiam orangnya. Tapi kalau dengan aku, taklah jugak aku tengok diamnya tu. Tapi, entahlah...hatiku masih belum terbuka untuk sesiapa lagi agaknya.

Kami tiba di Ooty, bersiar-siar di taman-taman bunga. Flora indah yang menghisasi alam. Terlalu banyak ros-bermacam warna dan rupa. Lagi banyak dari kat Cameron Highlands! Kami sama-sama menaiki kereta api yang dinaiki Shah Rukh Khan- SRK dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai. Lagu ‘chaiyan chaiyan’ tu. Dah lama cerita tu. Aku baru tahu setelah diberitahu oleh pemandu Innova yang dinaiki. Kembang bunga bangga sekejap. Tapi, bukan dapat jumpa pakcik SRK tu pun. Ooppss...dapat title ‘pakcik’ pulak dari aku. Okeh lagi la, dari title ‘Datuk’ dari kerajaan Melaka tu. Lagi tua tu...

Banyak mulut jugak dia ni rupanya. Aku dapat merasakan perbezaan perasaan yang mula hadir. Aku semakin rapat dengannya tanpa aku sedari. Dan aku sebenarnya takut untuk berhadapan dengan perasaan itu. Aku.. arrghh! tak mungkin aku akan melepaskan apa yang tersirat.

"Mimi tak minat Farabi, kan?", soal Liza tiba-tiba padaku, di hadapan Farabi.
Aku terkelu. Mungkin intuisi si gadis, peminat setia seorang lelaki. Pasti cepat menyedari ada orang nak potong line. Aku pun, awatnya pergi tunjuk rapat sangat dengan Farabi depan Liza?Haih..tak pasal-pasal betul la...

Farabi memandang wajahku. Mata-mata yang meminta jawapan. Gayanya juga terkejut dengan soalan Liza yang tiba-tiba.

"taklah, mana mungkin", ringan mulutku membalas. Intonasi pelakon professional. Dah berapa kali agaknya aku berlatih ni? Bila agaknya? Dalam tidurkah?

Tanganku menggenggam kemas cincin di jari manisku. Teringat mula-mula memakainya. Kawan-kawan terkejut, "Mimi balik bertunang?". Rata-rata soalan itu yang ditanya. Biarlah apa sahaja orang fikirkan. Aku masih belum bersedia untuk dihampiri. Dan aku hanya bersedia untuk jawapan istikharah yang telah kuterima sahaja.

"belum masanya untuk difikirkan", aku mengorak senyum pada Liza. Langkahanku sedikit perlahan, membiarkan mereka berdua di hadapan. Farabi tunduk mendengar jawapanku, dia hanya berlalu tanpa sebarang provokasi menuju ke pintu keluar taman bunga itu. Biarkanlah dia. Aku yakin, tanda soal berkumpul banyak dalam kepalanya. Tapi, jawapan itu sudah cukup absolute pada pendapatku.

********************************************************************

Malam berlabuh. Ooty pada hujung Disember memang sejuk. Kawasan perbukitan di negeri Tamil Nadu itu kaya dengan flora. Letih mereka melawat taman-tamannya. Tapi, cukup berpuas hati kerana dapat mengasah bakat fotografi yang ada. Farabi turut menurunkan ilmu yang ada kepada mereka.

" Dinner ala picnic kat bukit malam ni?", ajak Farabi.

Masing-masing bersetuju. Makanan yang dibeli dipersiap. Kain dihampar di atas rumput hijau. Aku, June dan Liza, masing-masing semua dibaluti baju sejuk tebal dan pashmina shawl. Farabi memakai jaket kulit berwarna hitam. Terserlah kehensemannya.

Liza awal-awal lagi mengambil tempat di sebelah Farabi. Mimi hanya memandang. Terasa sedikit getaran hati menyatakan jangan membiarkan. Tapi, pastinya tidak mungkin aku meluahkannya. Sekali disoal dan menipu sudah cukup untukku rasa bersalah pada Liza.

Mereka sama-sama menjamu selera. Nasi goreng India dan kebab ayam terlalu menyelerakan setelah seharian menghabiskan masa berjalan-jalan.

Kemudian, masing-masing memilih untuk berkurung di cottage, berehat melepaskan penat. Mimi tidak dapat duduk diam. Malam masih muda. Dia mahu mengambil gambar waktu malam. Tapi, June dan Liza sudah berdengkur. Dia memberanikan diri. Baju sejuk dan shawl dicapai, kamera disangkut ke leher. Dia berjalan-jalan menuju ke lobi utama. Tangannya tidak lepas mengambil pemandangan yang menarik hati.

Tiba-tiba Farabi yang entah dari mana menggamit. Dia terpacak di pintu lobi utama.

" Buat apa seorang-seorang? Mana June? Liza?", soalnya. Ada nada marah berbaur bimbang.

" Jalan-jalan. Diorang dah tidur, keletihan. Farabi? Buat apa kat lobi ni?", balas Mimi. Habislah, mau kena lecture lepas ni...keluar seorang-seorang ni...Tapi, dia ni pun, dua kali lima, sepuluh jugak.

Farabi mengangguk. Matanya masih tidak lepas daripada Mimi. Elok juga masa begini. Boleh aku berbicara sendiri dengannya. Fikir Farabi. Sudah lama dia mencari masa untuk berbincang sendiri dengan Mimi, seorang Syamira Adila yang sungguh sukar didekati mana-mana lelaki. Dia seperti merpati putih, jinak tapi sukar ditangkap. Entah hatinya sudah dimiliki? Aku tetap mahu mencuba. Untung sabut timbul. Pepatah manalah yang aku ambik ni? Entah ada dalam senarai DBP, entah tak.

Mimi mula kekok. Pandangan Farabi tidak berubah. Pulang cottage sajalah macam ni, fikirnya.

"Jom, kita ke restoran sana", ajak Farabi. Mimi terkejut dengan ajakan Farabi. Fikirnya Farabi akan menyuruhnya pulang. Dia sekali lagi berbelah bahagi. Kalau Liza tahu, pasti diprovokasinya lagi hubungannya dengan Farabi. Padahal selama ini memang begitulah hubungannya dengan Farabi, cuma di luar pengetahuan Liza.

Mimi hanya menganggukkan kepala. Mereka beriringan ke restoran, tapi malangnya restoran sudah tutup walaupun masih awal. Akhirnya mereka hanya duduk di bangku di luar restoran tersebut.

Kedua-duanya melayan perasaan sendiri, menikmati dingin malam yang mencecah sepuluh darjah celsius. Syamira takut situasi begitu. Tapi dia yakin akan dirinya tetap tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Farabi.

"Letih, kan hari ni?", Farabi membuka mulut.

"Emmm", jawabnya sepatah. Dia buat-buat sibuk melihat gambar-gambar yang ditangkap siang tadi. Kamera lensanya itu bagaikan lagi penting dari Farabi yang tampak serius mahu berdiskusi dengannya.

Farabi mula membaiki betul duduknya. Dia merenung Syamira.

" Mimi...", ujarnya, lembut.

" Ya, saya...", balas Syamira masih menekan-nekan kameranya. Dia hanya cuba mengatasi rasa debar di hati. Harapnya debaran itu hanya tenggelam dalam dadanya sahaja.

" Maafkan Abi pasal hari tu", Farabi mengambil masa. Syamira kelihatan terkejut dengan ungkapan maaf secara tiba-tiba. Dan Farabi hanya membahasakan dirinya sendiri Abi, bukan aku?

" Maaf? Kenapa?", Syamira tidak dapat mengingati sebarang kesalahan Farabi hingga perlu menuntut kemaafan darinya.

" dan hari ini juga..", Syamira semakin bingung dengan kata-kata pelik Farabi. Syamira mengangkat kening. Ada sesuatu yang buruk berlakukah? Dan kenapa pasal hari ini? Tak faham!!!

" Abi mintak maaf sebab hari ini mungkin rasanya mungkin mengganggu hal peribadi Mimi", debaran Syamira sudah berubah rentak. Apa yang sedang diperkatakan Farabi ni?

" Tak faham?", Syamira kembali bertanya. Dia tidak menggunakan sebarang kata ganti nama, membahasakan dirinya aku atau Mimi.

" Abi sebenarnya nak tahu, betul ke jawapan Mimi siang tadi betul-betul datang dari hati Mimi?", soalan mana pulak? Syamira berfikir. Adakah dia maksudkan soalan provokasi Liza siang tadi? Soalan paling childish dalam dunia tu?

" Soalan Liza tadi ke?", soal Mimi mula memberanikan diri. Mungkin inikah saatnya? Confess..tak payah...confess..tak payah...conf.....

Farabi menganggukkan kepala. Dia akan lebih bahagia jika Syamira menjawab itu hanya penipuan. Sudah lama dia menaruh hati pada Syamira. Dia dapat merasakan perkara yang sama datang dari Syamira. Tapi, mungkin pada Syamira, Liza sebagai kawannya didahulukan. Malam ini dia mahu menyingkap semua soalan itu. Biar jawapan dia kalau dikarang jadi long essay terus, kalau boleh dijilid lagi bagus.

" Erm..betul ke nak tau?", soal Mimi, akhirnya. Dirasakan masanya tetap masih belum tiba untuk menjelaskan.

" Ya", jawab Farabi penuh mengharap. Syamira meletakkan kamera ke sisinya. Dia menarik nafas panjang. Ayat-ayat berselirat disusun berhati-hati di dalam mindanya.

" Erm...", Syamira menarik nafas dalam, membina keyakinan. "Jawapan tu memang betul. Saya tidak dapat membahagikan masa sendiri untuk berfikir tentang orang lain. Saya lebih suka andai hal dan persoalan hati dikemukakan terus pada Pemiliknya", jawab Syamira, tegas. Biar sahaja Farabi yang meminta hatinya daripada Pemiliknya yang sebenar.

Jawapan Syamira jelas pada pendengarannya. Bayyin = jelas! Dia terdiam seketika. Syamira!

" Baiklah, kalau begitu. Abi pun lebih suka begitu", Farabi tersenyum sendiri. Dia hanya perlu berdoa dan terus dengan amalan istikharahnya. Tidak sia-sia doanya selama ini. Syamira memang kuat hatinya. Sukar baginya menemukan gadis yang hanya berserah hati pada Tuhannya Yang Pengasih, Penjaga hati dari dilumuri noda cinta tidak berdefinisi.

Baginya cinta manusia tidak semestinya dengan berduaan dan beromantik bersama. Cinta antara lelaki dan perempuan mestilah dihubungkan dengan jambatan cinta dengan Allah. Apa sahaja ungkapan cinta, lahir dari hati yang mencintai Allah dan rasul sepenuhnya. Andai cinta Allah bertakhta di hati, maka rasa khasyatullah akan mendahului tiap kali kesalahan mahu dilakukan. Dirasakan hatinya jelas. Cinta Allah lebih didambanya. Terima kasih, Syamira Adila. Kata-katamu menjelaskan yang kabur di hatiku.

*********************************************************

Setahun berlalu.

"Syamira Adila!", seorang sahabat memanggil di perkarangan balai ketibaan Cairo Airport.

" Ilmi!", Syamira membalas lambaian penpal itu.

" Kamu nampak lain dari dalam foto", ujarnya setelah bertanyakan khabar. Roni menyambut beg di tangan Syamira. Dia tersenyum. Bakal graduan ijazah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Mesir itu terlalu murah dengan senyuman. Kegembiraan kerana kehadiran teman yang semakin rapat itu.

" Alhamdulillah, mungkin nampak makin berisi, kan?", ujarnya dalam loghat keindonesiaan. Dirasakan bahasa Melayunya sedikit pelat bagi Syamira.

" he..he..he..Semakin sihat", ujar Syamira tersenyum.

" kegembiraan kerana ada teman yang sudi melawat ke sini", balasnya dengan senyuman yang masih bersisa di bibir mungilnya. Kopiah putih diangkat, tangannya pantas membetulkan rambut yang mengurai keluar. Bersih wajahnya langsung tidak tercalar dengan rambut panjang ala langsir tingkap.

Syamira tersenyum. Bicara mereka terus berkesinambungan dengan sejarah Cairo. Dia sekadar menyambut kata-kata Ilmi yang penuh madah. Dirasakan hadirnya ke bumi anbiyaa’ kali ini bakal terisi dengan pengisian yang bermakna. Dia berazam untuk menadah ilmu di masjid-masjid di situ. Walaupun mungkin kembaranya pendek, memandangkan dia hanya ada dua minggu cuti semester setelah peperiksaannya tamat, maka dia sekadar berharap untuk mengutip sebanyak-banyak ilmu agama yang dia mampu. Dengan kembara ke tempat-tempat bersejarah Mesir - yang bakal dipandu oleh Ilmi.

Syamira teringat nukilan Habiburrahman El-Shirazy yang berlatarbelakangkan negeri Mesir. Dia cukup kagum dengan penulis itu, mampu menyampaikan motivasi dalam karya yang ditulis berdasarkan pengalaman hidupnya di bumi kinanah itu. Dia teringat karya-karyanya bersusun tergendala endingnya. Masa tidak harus dipersalahkan kerana terlalu mengekangnya. Hanya dia sendiri yang tidak cukup kemas membahagi waktu dengan produktif. Ibarat pepatah Arab, masa itu ibarat pedang. kalu bukan kita yang memotongnya, dia akan memotong kita.

Waktu untuk belajarnya sahaja sudah memakan hampir lapan puluh peratus daripada masa sehariannya. Belajar medik di bumi orang bukanlah perkara mudah. Meskipun minatnya lebih kepada bidang penulisan, tapi baginya dia mempunyai kredibiliti yang lebih baik untuk mendalami ilmu Allah yang lebih luas. Sekurang-kurangnya, dia boleh berdakwah kepada masyarakat di samping menabur bakti nanti. Atau, sebenarnya, adalah sebaliknya - menabur bakti, memberi khidmat kemanusiaan di samping berdakwah mengisi rohani. Itu sebenarnya hajat asalnya dia terlalu minat menulis.

Dia tiba-tiba sahaja teringat kata-kata arwah ayah, ‘alam banyak mengajar erti hidup. Alam jugalah yang membawa kita dekat pada Pencipta. Sekecil-kecil semut, kita pelajari sifat rajinnya. Sebisa-bisa lebah, dia juga yang menghasilkan penawarnya. Walaupun hidup ini penuh ironis, tapi kita tetap hidup di dalamnya.’ Pendek sahaja madah arwah ayah yang menjadi graduan Sastera saat usianya sudah mencapai empat puluh tahun. Saat itu dia sudah mempunyai Syamira-anak ketujuhnya. Kuat sungguh semangatnya untuk menuntut ilmu. Kuat itu juga spiritnya untuk berbakti kepada bangsanya tentang tingginya bahasa untuk dimuliakan, bukan diperkotak-katikkan.

Ilmi pula sudah pun maklum dengan hajat Syamira. Siap sahaja Syamira mengemas barang-barang di tempat penginapan sementara, dia terus menjemputnya untuk makan-makan di restoran arab kegemaran Ilmi. Mereka bersama-sama menjamu briyani unta ditemani jiran Ilmi-seorang Kristian Katholik, sebelum berangkat ke masjid di situ. Kelas pengajian untuk muslimah turut disediakan di masjid itu. Pengajian mendagu Syamira bermula - ilmu hafalan Al-Qur’an dan tafsirnya.

Kemudian, selesai solat Asar, pengajian sirah nabawiyyah bersambung. Meskipun dia agak kesukaran memahami loghat Arab ‘amminya, dia terus berusaha mengutip ilmu yang ditabur. Kebetulan pula, teman sekampung Ilmi, Halimah Saadiah ada bersama dalam majlis itu. Dia, yang ditemui bersapaan dengan Ilmi di pintu masuk sebelum majlis ilmu itu menggelarkan dirinya Saadiah. Saadiah memang selalu mengikuti majlis itu menerangkan segala yang tidak difahami olah Syamira. Perlahan-lahan Syamira mula memahami Arab ‘ammi yang memang nyata berbeza daripada bahasa Arab yang dipelajari di sekolahnya dahulu.

Pulangnya dia dari kelas pengajian feqah selepas Isya’, dia mendapat mesej dari Farabi. Risau juga si Farabi pada Syamira. Rupanya ura-ura pemergian Syamira ke Mesir tidak diketahuinya, meskipun Rafael merangkap teman serumahnya sudah sedia maklum. Khabarnya, Liza menahan berita itu daripada sampai kepada Farabi. Berita itu hanya dimaklumi saat Farabi sudah siap membeli tiket untuk pulang ke Malaysia-hanya tinggal seminggu untuk berangkat pulang. Farabi tidak berjaya mendapatkan tiket untuk ke Mesir.

Syamira tersengih membacakan mesej Farabi. Ada ke patut suruh doakan aku cepat kahwin dengan Farabi? Apakah? Mintak sendiri la, Farabi! Bebelnya dalam hati. Propose aku pun belum, dah berangan suruh aku berdoa nak kahwin dengan dia. Kartun tak habis-habis...Ilmi terpandangkan Syamira yang sedang asyik tersengih memicit punat-punat telefon bimbit.

" hai, dengan handphone pun boleh bersengih ketawa?", Ilmi mengusik. Terasa debarannya mengganggu pergaulannya dengan Syamira. Syamira sekadar tersenyum, "ada teman buat lawak, hantar mesej menyakat".

Ilmi dapat merasakan getaran hatinya tatkala menatap senyuman Syamira. Dia tidak berhasrat bermain perasaan dengan lebih jauh. Tapi, tidak mungkin dia akan melepaskan tanggungjawab terhadap tetamunya ini. Dia sudah berjanji akan membawa Syamira ke tempat bersejarah Mesir, sekaligus menjadi pemandu pelancong kepada ‘doctor-archeologist’ itu. Doktor kerana itu bakal menjadi professionnya, archeologist kerana dia bersemangat benar mahu mendalami sejarah tamadun Arab-termasuklah sirah nabawiyah. People who forget their history tend to repeat the same mistakes. Kata-kata itu selalu diulang-ulang oleh Syamira. Dia tidak mahu termasuk dari golongan itu.

Syamira, tinggi sungguh anganmu membelah awan mahu berbakti pada agama-hingga ke ardhi kinanah ini sanggup kauterbang meskipun cuti semester hanya dua minggu. Langsung dia tidak mengambil kesempatan untuk pulang ke Malaysia, menghabiskan masa bersama keluarga. Ditambah lagi kekangan masanya mendalami dunia kedoktoran yang tidak pernah berkurang kesibukannya.

Andai majoriti pemuda-pemudi negara berfikiran begini, maka tiadalah gejala rosak akhlak di kalangan remajanya. Tidaklah pula gejala hedonisme menular mudah berakar umbi ke dalam jiwa anak mudanya. Maka veteran yang memegang tampuk kepimpinan tak perlu lagi melanjutkan umur persaraan, boleh sahaja menyerahkan tanggungjawab pada bila-bila masa, membiarkan anak muda dengan arus baru yang lebih matang dan berkesan memimpin negaranya mewarisi masa depan yang cerah. Ini tidak, sebaliknya pula yang berlaku. Ilmi mengeluh mengingatkan nasib bangsa serumpunnya.

Ilmi mula menanam cita-cita yang sama seperti Syamira Adila. Sebolehnya dia mahu bersama Syamira hingga ke akhir hayatnya menyumbang bakti dan tenaga membangunkan agama Islamnya. Dia baru sedar semangat Salahuddin Al-Ayubi yang mengalir dalam pembuluh darah Syamira sudah mula terbias ke urat nadinya. Dia berharap tiada lagi perpisahannya dari Syamira, agar dia dan Syamira dapat bersama bergandingan menjadi daie profesionalist.

Ilmi tekad. Aku mesti menyampaikannya pada Halimah. Biar dia sahaja yang mengutarakannya pada Syamira. Bermalam-malam dia menyambung sunat Istikharah. Seperti biasa, tahajudnya berkesinambungan dengan hafalan-hafalan ayat baru dari Kitabullah al-Karim. Akhirnya, tamat sahaja jaulah dari Sphinx, kembara terakhir bersama Syamira, dia menyampaikan hajat melalui Halimah.

Halimah bersetuju menyampaikannya kepada Syamira.

" tapi, usahlah menaruh harapan setinggi langit. Biar saja saya usahakan dulu menanyakan perihal dirinya", ujar Halimah.

Usai pertemuan itu, Ilmi menghadiri kelas Al-Quran Syeikh Rais Mustaqeem. Hafalannya tetap lancar meskipun masih menanggung debaran berita daripada Syamira.

***********************************************************

Halimah mengetuk bilik Syamira yang ditumpangkan sejak minggu lalu.
" Saadiah ya, masuklah...Pintu tidak berkunci", ujar Syamira dari dalam.
" Maaf, ya Mi..Saya mengganggu agaknya", risau Halimah andai dia mengganggu Syamira menelaah. Mejanya dipenuhi buku-buku agama yang bersusun. Sebahagiannya juga adalah miliknya yang dipinjamkan kepada Syamira.

"eh, tak adalah...langsung tidak", ujarnya. Rambut hitam lurus Syamira melepasi bahu, nampak ayu berseri wajahnya dalam cahaya pendaflour bilik. Syamira membetulkan duduk menghadap Saadiah. Saadiah mula menyusun kata, dia berusaha menyampaikan hasrat Ilmi sebaik mungkin, meski pun diketahuinya agak mustahil untuk memiliki hati gadis sebayanya di hadapannya kini.

Diam memenuhi ruang.

" Erm, Saadiah macam ada perkara penting nak bagitahu jer?", soal Syamira, dirinya mula dipenuhi persoalan. Lagak Saadiah serius, seperti ada sesuatu yang mustahil telah berlaku di dunia ini.

" sebenarnya, saya diminta oleh Ilmi untuk bertanya pada Syamira....", dia menghabiskan ayatnya, menyampaikan hasrat Ilmi. Habis sahaja ayat Saadiah, Syamira terkejut seketika. Kemudian dia tergelak. Saadiah sedikit keliru dengan perilaku Syamira yang tiba-tiba berubah. Macam anak kecil lagaknya, sehingga memukul-mukul bantal. Saadiah berterusan dengan lagak seriusnya hingga mengundang gusar di hati Syamira. Memang Saadiah ni serius! Dia tidak main-mian! Bisik hati Syamira. Bergema di seluruh benaknya.

Akhirnya ketawa Syamira mati. Dia terdiam membaca riak wajah Saadiah. Syamira tidak dapat memberikan jawapan. Dia terkeliru dengan dirinya sendiri. Dia memohon masa untuk menyambung istikharahnya.

" tika saya sangat jelas dengan keputusannya, akan saya sampaikan. Boleh ya?", ujarnya meminta masa.

Saadiah mengangguk. Dia tidak mahu berlamaan di situ kerana masih ada bacaan yang perlu diselesaikan. Dia mengundur diri meninggalkan Syamira berfikir sendiri.

Syamira pula terus terhenyak. Ilmi meminta Saadiah untuk menyampaikan lamarannya! Dan, bagaimana pula dengan Farabi? Cinta padanya baru sahaja mahu berputik, walaupun masih malu-malu. Setelah setahun dia mengenali hati budi Farabi, baru kini, di Kaherah ini, dia membuat keputusan untuk tidak berpaling lagi. Istikharahnya dulu sudah memberi jawapan. Dia mesti yakin.

Tapi, kenapa Ilmi pula yang masuk melamar? Dia bertapa di persimpangan dilema. Ilmi, penpal yang dikenalinya itu sangat baik, mempunyai fikrah sama sepertinya. Meskipun bukan dari aliran pengajian yang sama. Jika dibandingkan Ilmi dan Farabi, kedua-duanya memang sama-sama kacak, kecuali Farabi berwajah sedikit kecinaan dengan matanya yang sedikit sepet-memang menjadi tarikan buat Syamira. Ilmi pula memang berwajah kemelayuan, berkulit cerah. Tapi, ilmu agamanya andai dibariskan dengan Farabi, memang lebih tinggi. Ilmi bakal graduan bidang Usul dan Tafsir dari universiti Islam terkemuka dan tertua di Mesir;Al-Azhar. Kedua-duanya mempunyai latar belakang keluarga yang baik, kecuali Ilmi memang lebih kaya daripada Farabi.

Sebelum tidur, Syamira berwudhuk, dan menyambung istikharahnya. Dia berharap Allah menjawab persoalannya dan memilih pasangan hidup yang terbaik untuknya. Pasangan hidup yang bakal menjadi peneman abadi di destinasi sana.

*****************************************************************

Alhamdulillah, pagi di Mesir ini tidak kurang hebatnya. Rata-rata penduduknya sudah aktif di pagi hari. Seusai Dhuha, Syamira menelefon ibunya. Dia mahu mendapatkan nasihat ibu yang terlebih dulu makan garam darinya.

" Assalamualaikum, ummi", sapanya dari hujung talian.
" Waalaikumussalam..", ibu menyambut.
" Mimi ni, ummi sihat?".
" Alhamdulillah...Mimi macam mana kat sana? Sihat?", balas ibu. Ibu memendam rasa rindu di hati. Biarlah sahaja anaknya menuntut ilmu Allah semahunya. Dia tidak akan menghalang. Kerana itulah niatnya dari awal pernikahannya dengan arwah ayah. Biar lahir permata hati soleh solehah yang menyumbang pada agama Islam.

" Alhamdulillah, mi...Mimi banyak belajar di sini. Memang tak sempat kalau setakat dua minggu jer kat sini. Tapi, itu sajalah masa yang ada setakat ni mi...Mimi cuba kutip sebanyak mana yang dapat..insyaAllah", tuturnya.

"InsyaAllah, walaupun pendek masanya. Biar masa itu diberkati Allah. Itu yang penting, Mimi...", ujar ibu.

" Erm..ummi...sebenarnya, Mimi ada soalan nak ditanya. Bolehkah ummi?", soal Syamira, berhati-hati.

" Erm, macam rungsing benar saja bunyinya? InsyaAllah, andai dalam lingkungan pengetahuan ummi...", ibu membalas. Memang selama ini segala perkara dirujuk dahulu kepada ibunya. Tidak pernah kecundang walau satu isu pun tentang hidupnya kepada ummi, meski cinta monyet. Ibulah teman, ibulah sahabat, ibulah pembimbingnya.

" Sebenarnya, ummi...apa pendapat ummi andai kata Mimi sudah sampai seru untuk melengkapkan separuh agama?", soal Syamira.

" Alhamdulillah...elok disegerakan. Andai jodohnya dah diketemukan, orangnya pula baik dan boleh membimbing, apalah salahnya...",sokong ibu.

" sudah ketemukan pelengkapnya ke?", ibu menyoal. Terdetik di hati, anaknya kini sudah membesar. Sudah layak membina keluarga, bersama menjadi sebahagian daripada tiang-tiang ummah Islamiyyah.

" InsyaAllah, ummi... Tapi, Mimi keliru. Sebabnya Mimi didatangi dua orang. Satunya, kawan sepengajian Mimi di India, Farabi namanya. Seorang lagi pula di sini, Ilmi. Dari segi agamanya, memang Ilmi lebih baik. Dia mahasiswa Al-Azhar. Dari keluarga yang baik dan kaya. Tapi, Mimi mendapat petunjuk dari awal-awal lagi, Farabi orangnya...", Mimi berhenti di situ. Adakah hatinya lebih tercuit oleh Ilmi? Sedangkan janjinya akan menunggu keputusan daripada Allah sahaja? Memang dia kekeliruan.

" Farabi pula bagaimana orangnya?", ibu menyoal, merisik hati anaknya.

" Farabi, orangnya bersederhana dalam segala serbi. Agamanya bagus. Dia antara pelajar cemerlang di kolej Mimi. Juga mempunyai fikrah yang sama dengan Mimi dan Ilmi", Mimi teringat kata-kata Farabi, biarlah persoalan hati diserahkan pada Pemiliknya. Dan persahabatan mereka masih tetap seperti biasa, dan semakin akrab.

" kalau begitu, Mimi teruskan beristikharah...Dia tetap akan menjawab soalan Mimi walau cepat atau pun lambat...", jawab ibunya. Ibu teringat wajah anak muda yang mendatangi rumahnya dua hari lalu. Katanya datang menghantar sedikit souvenir dari bumi India. Anak muda itu memperkenalkan diri sebagai Farabi. Mata anak itu sejuk, perilakunya sopan, bahkan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan. Jelas hatinya halus. Ibu pasti, andai arwah ayah masih ada, tentu dia juga bersetuju dengan pandangan ibu.

" InsyaAllah, ummi...Mimi tetap akan teruskan.", kata putusnya berakhir di situ.

************************************************************

Syamira Adila sudah pulang ke bumi India untuk meneruskan pengajiannya. Ilmi masih ternantikan jawapannya. Syamira tidak pula meninggalkan sebarang kata buatnya. Fokus perbincangan masih ditakuk isu-isu agama.

Farabi mendatangi Syamira sebelum kuliah bermula.

" Mimi, Abi nak tanya tentang perkara penting ni... Agak-agak sempat tak?", soal Farabi, dia duduk berhadapan Syamira.

" InsyaAllah, sempat. Kalau tak pun, kita sambung je nanti", ujar Syamira. Paginya masih fresh seperti biasa. Dia tenang berhadapan Farabi begitu, meskipun tetap ada sekelumit di hatinya rasa berbunga-bunga, ingin lari saja rasanya. Tapi, dia mesti berfikiran matang. Farabi di hadapannya tentu mempunyai perkara penting untuk dibincangkan.

" Erm, kalau begitu. Farabi berterus-terang je lah...", ujarnya. Dia sudah rancak menyusun kata yang dihafalnya di depan cermin semalam.

" Begitulah sepatutnya...", Syamira mengangguk. Matanya masih memandang lantai. Sesekali mengangkat pandangan memberi isyarat yang Farabi tidak bercakap seorang.

" Sebenarnya, dah puas Abi berfikir dan berfikir. Apa yang Abi nak cakap ni bukan setakat dari mulut, juga dari hati dan hasil kekuatan yang Allah berikan", Farabi berhenti sejenak, mencari reaksi dari raut wajah Syamira.

Syamira masih tertunggu-tunggu Farabi menghabiskan bicaranya.

Farabi mengambil masa untuk menyambung, "Abi nak menawarkan khidmat menjadi imam kepada Syamira Adila. Abi harap kita dapat sama-sama berkhidmat dengan ikhlas di jalan Allah", Farabi meluahkan hasratnya. Dia sengaja menyebut nama penuh Syamira. Kemudian, dia melepaskan nafas seperti sesuatu yang berat telah berjaya dilepaskan dari ikatan bahunya.

Syamira nyata terkelu dengan tawaran itu.

Diam seketika. Hanya bunyi angin berdesir bermain-main di telinga mereka. Kata-kata Farabi terus bergema dalam fikiran Syamira...Menjadi imamku...Pembimbing agama... ‘bersama-sama...’ inikah detik penyatuan hati kami, ya Allah? Syamira masih berfikir...

Farabi masih menunggu Syamira.

" Service itu akan ada tamat tempohnya?", soal Syamira, akhirnya menyambut. Dalam bicaranya ada senyuman yang tak terungkap, tersembunyi malu-malu. Dia tak akan berpaling lagi. Itu janjinya di Kaherah hari tu.

" InsyaAllah, tiada tamat tempohnya. Hanya panggilan Allah bakal menjadi pemisahnya. Tapi insyaAllah, selepas itu dengan keizinan-Nya bakal berterusan bersama melayari bahagia di Jannah-Nya..mudah-mudahan", balas Farabi, yakin dengan janji yang dibuat. Semuanya atas keizinan Allah untuk berlaku.

Syamira akhirnya tersenyum. Wajah putihnya merona merah di pandangan Farabi. Terasa kebahagiaan menjalar di seluruh urat sarafnya. Akhirnya, inikah jawapan dari-Mu, ya Allah. Inilah imam sebenar yang kau utuskan untukku melayari kehidupan. Bersamanya akan kutempuh segala mehnah cubaan dari-Mu. Kuatkanlah hati kami di jalan-Mu.

Farabi terus menyampaikan mesej kepada ibunya di kampung. Rombongan bakal dihantar hari ini juga. Dia pasti ibu Syamira sudah maklum kerana dia telah memberitahunya ketika dia menyampaikan souvenir dari India. Dia mengirim sebuah Taj Mahal daripada kristal yang berukir cantik. Taj Mahal lambang kasih dan cinta. Ibu Syamira sudah memberi restu, hanya hati anaknya belum lagi terbuka. Sejak sekembalinya dia dari Malaysia, baru hari ini dia berani menyatakannya kepada Syamira. Setelah istikharah dibuat secara beristiqamah. Alhamdulillah...Dia permudahkannya.

Izinkan aku menjadi imammu, membimbing dirimu dan bakal-bakal pejuang di jalan Allah yang bakal keluarga kita dirikan. Biar kita sama-sama thabat membelah lautan dugaan. Sama-sama menampung kekurangan, melengkapi kelebihan masing-masing. Biar saja cinta ini disirami redha Allah, diharumi mawaddah rahmat-Nya. Pintanya dalam hati. Janji yang bakal dipenuhi.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syari’at-Mu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat pada-Mu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah.
Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Ilmi tetap gembira mendengar perkhabaran tentang Syamira. Dia tidak ralat kerana telah diberitahu oleh Halimah tentang Syamira dari awal lagi. Demi sesungguhnya, dia langsung tidak menyesal melamar Syamira, walaupun ditolak seminggu setelah Syamira bertolak pulang ke India. Kata Halimah, Syamira jelas dengan istikharahnya. Allah telah pilihkan seseorang selain darinya untuk berjihad bersama Syamira. Dia yakin pasti Allah telah pilihkan juga yang terbaik baginya. Yang penting, semangat jihadnya tidak akan luntur. Dan spirit Salahuddin Al-Ayubi tidak juga akan surut dari hatinya. Dia tetap akan meneruskan perjuangan, dia akan terus thabat di jalan-Nya. Tahniah, Syamira atas keputusanmu. Aku yakin, Farabi itulah yang terbaik buatmu.
posted by Penulisan2u @ 7:23 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
38 Comments:
  • At 2/12/08 8:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ingat td nak baca.
    x jd coz guna perkataan cm doktor plak.
    hilang minat terus..
    kalo nak guna word2 cm tu, jgn la ltk kat intro.

     

  • At 2/12/08 8:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mak aih, nmpak mcm best, pnjg je ctenye.. tp intro die.. fuh, cam boring la plak.. sori la, xhbs bce pon..

     

  • At 2/12/08 9:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    alhamdulillah...cter2 yg begini boleh bgi byk pengajaran...tpi sepatutnya Syamira tu tak pergi ke restorang dgn Farabi sewaktu diorang melancong 2...bkn diantara seorang lelaki dan seorang perempuan yg bukan muhrim itu pasti ada yg ketiga...sbab 2 part 2 x sesuai...hanya sekadar teguran...maaf seandainya saya yg tersilap pandang...

     

  • At 2/12/08 9:54 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak salah tempat terbuka untuk berjumpa.. tambah lak di restoran, tempat orang ramai..

     

  • At 2/12/08 9:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jgnla gune medical terms yg orang len xfhm...

    bkn sume org doktor....

    xsensitif langsung!

     

  • At 2/12/08 10:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    memang tu tempat terbuka...tapi tetap tak boleh kalo dok semeja...dok semeja pun boleh macam2 jdi...syaitan sentiasa memainkan peranan...boleh je tangan merayap...kalo dok semeja utk urusan yg btol2 penting baru btol2 boleh...lgi pun kedai tu tutup...jdi sepatutnya diorang pulang la bilik blk...boleh je guna medical term...itu identiti seseorang...kdg2 sesuatu cerita x blh memenuhi kehendak semua orang...seseorang tulis berdasarkan pengetahuan...mcm org 2 tulis cerita berlatarkan sesuatu tempat di luar negara...x semua orang paham tempat tu...tpi tetap citer 2 boleh di terima...mungkin penulis nak buat kelainan...

     

  • At 3/12/08 12:06 PG, Blogger LeaQistina said…

    menarik.. best.. medical2 terms yg ada wat citer ni jadi unik.. best..

    tahniah..

     

  • At 3/12/08 12:51 PG, Blogger Khar said…

    Menarik bagi saya, satu pendekatan baru dalam penulisan, ilmu bantu digunakan sepenuh ... tapi ... kalaulah kisah ini dibuat kisah thriller, sains fiksyen, saya fikir itu lebih menarik. :)

     

  • At 3/12/08 1:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sorry..intro cerpen nih dah membunuh minat sy utk baca smpai habis..bukan smua pembaca leh terima cerpen mcm nih..@)--

     

  • At 3/12/08 2:38 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam....hihi baca citer nih buat saya teringat novel 5 tahun 5 bulan(5t5b) dan R.A.D.H.A.....dlm 5t5b jg ada byk medical terms...dan definisi di belakangnya...citer nih mcm ada unsur gabungan style kedua2nya...jgn salah faham sy bukan kata penulis nih tiru tidak...cuma..bila baca tuh sy teringat..dn rase gayanya mcm lebih kurang..apapun cubaan yg baik...;-)

     

  • At 3/12/08 7:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..
    menarik gak cerpen ni..
    even though ada medical word tu tapi ok gak unic..
    da gak saya blaja bhs baru walaupn x faham sangat.
    jalan cerita x lah boring sanagt, cantik ja bahasanya..
    tahniah ya...
    anywa jangan r kecik ati ngan kritikan2 tu..
    anggap je ianya membina anda untuk terus menulis..
    salam perkenalan...

     

  • At 3/12/08 9:50 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    keep it up!!
    i like diz story..
    bwat sy rse nk cri cpat2..
    he2

     

  • At 3/12/08 10:04 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cita nie ok ideanya cuma kata kedoktoran tue membuatkan org x faham dan bosan membaca walaupun ia ada unsur daie dalam nie..so be careful..but good job...good tryer...

     

  • At 3/12/08 11:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    b0leh thn gak ar citer ni..anyway gud job..turuskn menulis..

    Student_thinkebella@93

     

  • At 3/12/08 11:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    jalan cte dh ok dh..i like it..juz yg tu jela..i think for layman reader,u bette not to use too much medical jargon coz they will feel boring to continue reading till da end..kalo nk wat gak boleh tp biarla disertakan dgn meaning skali..at least diorg paham pe yg cuba disampaikn.to those medical student or dr x pe r..bleh paham.so be careful..nway wish u al da bez 4 next cerpen.I like da way u reveal ur ideas.xcellent!=)

     

  • At 3/12/08 12:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sori penulis, x paham bebenornyer ayat2 doc nih...yelah, bukan sume org doc penulis oi...saya ni pendidik.Mungkin ader org lain jurutera,ader org pilot, bukan sumenyer doc...maap yer kalo saya wat penulis tersinggung, sebaik-baiknya, plot awal tu biar menarik ckit...

     

  • At 3/12/08 12:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam..
    Sbenarnya ini kali pertama saya layari laman ini... Mulanya nak cari ilham menulis sambil membaca cerpen org.. Alhamdullilah dipermudahkan dan dpertemukan dengan laman ini... Pertama kali membaca cerpen scara online mmg mengasyikkan. Mmg la pada mulanya agak tersangkut-sangkut nak baca istilah perubatan yg tidak difahami, tapi inilah menariknya... Kisahnya best. Tahniah kpd penulis. Ada nilai moral dan ketuhanan yang boleh diambil contoh. Teruskan usaha... Good luck!!

     

  • At 3/12/08 12:43 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya pn stuju ngan majoriti ulasan kat sini yang pening ngan istilah medical yang digunakan.tak ramai yang paham dan ini boleh mengurangkan minat orang untuk membaca. nice try and good luck!

     

  • At 3/12/08 3:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum...saya pun x paham sbab sya baru f3...byk cter2 kat cni tulis istilah mcm2...kalo akauntan cara akauntan...hehehe...tpi x pe la...cter ni byk pengajaran...pelik la...nape ramai komen kata x minat nak bca sbab istilah dr...tpi kalo cter merapu2 kat cni x ramai org komen pun...

    wassalam...

     

  • At 3/12/08 3:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita mcmni lah bagus untuk bacaan anak muda....pelikkan dunia ni...bila cerita yang bagus mcmni x ramai yang nk menyokong...klau cerita cinta yang melampau semuanya memuji..apa nk jadi...............rerama

     

  • At 3/12/08 4:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam ...

    two thumbs up to ilham sina. good job. wlupun mdcl terms tu agk byk, smgt nk bca ttp tggi ^_^

    alhamdulillah, sy dpt msj yg nk disampaikan. keep on writing. ambil teguran2 di atas utk pnmbahbaikan, sy yakin penulis mmpu hasilkan karya yg lbh baik insyaAllah.

    all da best ~

     

  • At 3/12/08 5:30 PTG, Blogger ansha arisha said…

    humm citer not bad........but alhamdullilah segalanya bermula disini....curahkan rentetan idea yang baik ........bleh juga hilangkan kerinduan dihati

     

  • At 3/12/08 10:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    cerita yang sgt menarik...
    cuma perlu kurangkan medical term ya..kerana pasti ada pembaca yg kurang faham...
    apa2 pun tahniah kepada cik ilham_sina..teruskan berkarya..
    chaiyok!!!

     

  • At 3/12/08 11:22 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam..
    tahniah kpd penulis..
    bnyk pengajaran yg blh dpt dr cerpen ni..
    xspecially dlm hal adab untuk membina rumah tangga dlm islam.

    actually sy makin tertarik nk bace cerpen nih ble tgk medical term kt intro cerpen ni.

    hurmm.. len org, len pndpt. sbb 2 rmai komen pasal medical term tu. tp mayb penulis ptt sertakn maksudnya tuk memudahkan para pembaca..

    maaf ye, kalo ade yang terasa ati. hope penulis dapat meneruskan penulisan sprti ni lg. chaiyok2!

     

  • At 4/12/08 1:23 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    istilah doc 2 yg menarik minat sy utk trus membaca..eventhought at 1st xpaham kebenda..1 cerpen yg mmg best..suke ngat bc sal student kat mesir..

     

  • At 4/12/08 9:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sebenarnya lau u buat cerita much more simple lagi best kot... well pada i larh kan u nyer cerpen nie not bad ada jalan ceritanya tapi jujur i cakap memang membosankan.... terlalu banyak istilah perubatan yang u guna...cerpen yang simple daripada yang ni should be okay...i think larh... tapi memang boring larh sket baca.... ada some part je yang ok... improve ur cerpen k... bukan semua orang tau istilah perubatan yang u guna dalam cerpen ni... as a writer i think u sepatutnya prihatin la kat golongan yang kurang pasal perubatan nyer istilah nie... as a witer u should... up to you whether nak trime or not nasihat i nie....

     

  • At 4/12/08 9:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saya rasa yang medical term tu tak payah tulis pun takpa. saya paham sikit-sikit je. tapi overall, best jugakla.

     

  • At 4/12/08 1:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    so soryyy... xbace lgsg koz dh mmbunuh minatku... to muchhhhhhhhhhhhhhhh medical terms.... spatutnye ltak le glosari k ape k... ni x... bkn nye sume readers ni dak medic or doc... be more sensitive nex time... mcm nak show off pon ade author nie... ishk3... mula2 aku ingat cite laen tp rpnye posl dak medik... mls nak bc.. twoskanlah usaha...

     

  • At 4/12/08 3:13 PTG, Blogger ~ iza ~ said…

    saya skip baca yang bahagian atas tu..mmg langsung tak faham..memula igt cakap psl roller blade je..
    glosari pun takde..sampai bila taktau dia cakap psl apa..
    tapi saya suka citer ni..ada unsur2 keislaman even ada jugak yang 'terbabas' sikit..
    keep it up ye..

     

  • At 4/12/08 3:15 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kepada penulis,ingin saya nasihatkan agar kurangkan penggunaan medical terms dalam karya ini. saya pelajar medic,jadi saya memang faham istilah2 anatomi tuh,tetapi penulis kene pertimbangkan juga tentang para pembaca yang saya pasti lebih dari separuh bukan pelajar medic ataupun doktor. tetapi, saya dapat habiskan seluruh cerpen ini. memang menarik kerana banyak elemen2 Islam diselitkan dalam 2/3 karya ini. terasa seolah2 berada di Timur Tengah pulak. Saya suka dengan method solat istikharah yang digunakan oleh Syamira untuk memilih sama ada Farabi atau Ilmi. secara kasarnya,cerita ini memang menarik.

     

  • At 4/12/08 6:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    saLam~~

    1stLy....wanna say...
    citer ne mmg syok abiZ!!
    hehhheeE~~

    psL terms mdcl tuh...sy pown x phm sgt.. tp, sy rs penulis neh juz want the readers" to know the situation and the conditions 'bout the medical students...hehheE~~x slh pown ltk terms tuh..cayalaa!!
    neway...truskan ush!! (^_^)

     

  • At 4/12/08 9:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam to all, thnx a lot for the comments..tak sangka dpt feedback se hot nih..hehe...insyaAllah pendapat korang sume diterima dgn hati terbuka...for the nxt one, insyaAllah medical-term-version tu akan berkurang...:D

    pasal 'part terbabas' tu, ialah proses manusia yang tak cukup kemas pendirian lagi, sering sahaja terleka, and as time goes on, dia mula tahu dia silap kt mana yang harus diperbetulkan..tht's life...not everyone is perfect..thnx sekali lagi atas teguran yg sgt membina..

    and last one, but not least, aduhai..glossary..sorry sgt2 sbb xletak awal2...

    blade=mata pisau-not 'bout roller blade :)

    scalpel=pisau bedah

    formalin=cecair pengawet, bau dia mmg mencucuk hidung, memedihkan mate...selalu kalau nak mengawet,akan direndam dlm cecair tu untuk bagi dia thn lama..

    hemorrhagic shock= dia ni ialah masalah of body circulatory system yg tak dapat mengepam darah dgn efektif ke vital organ cam otak, jantung, etc...in this case, hemorrhagic=masalh tersebut berlaku dsebabkan pendarahan yg sgt byk.

    iatrogenic infection=jangkitan yang didapati secara tidak dsengajakan dari rawatan perubatan.

    pseudomonas= sejenis microorganisma penyebab penyakit.

    adipocyte=sel-sel lemak

    pectoralis major=otot kt bahagian dada

    thorax=bhg dada

    fascia=sejenis lapisan tisu di bawah kulit

    manubrium sterni=tulang in front of ur chest-kt tgh2 dada tu..

    ribs=tulang rusuk-i suppose rmi dah tau

    clavicle=tulang selangka

    thoracic vertebrae=part of tulang belakang

    mediastinum=tisu inside the chest-dalam dia terletaknya jantung kita yang berdegup ituh...

    dyspnea=susah bernafas

    sorry for the inconvenience...

    p/s: , hopefully it gives us somethg to ponder..not just as light reading..*peace*
    -terima kasih berjuta-juta lemon pd yg menyokong juga!! :)

    -ilham_sina@ymail.com-

     

  • At 5/12/08 4:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam,

    syabas buat ilham sina. saya dalam medical field n sye teruja ade gak org nk buat cerita yg ilmiah ckit. bkn stkt watak je doc but xde isi. islamik patut ditonjlkn lg... suatu karya yg menarik..

     

  • At 6/12/08 8:35 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam ilham sina...
    tahniah kerana bjaya mghasilkan crita spt ini...
    walau pun sy bkn dlm medical field tp sy msih lg memahaminya, alhamdulillah...
    sukar memahami jiwa org zaman skrg ni..
    crita berilmiah di kutuk...
    crita yg tah pape di snjung...

     

  • At 19/12/08 1:06 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah..citer ni unik sekali..cerita yg menggabungkn unsur2 agama Islam,percintaan dan ilmu fardu kifayah..teruskan usaha untuk cerpen yg seterus ye..

     

  • At 23/12/08 4:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni wat ilang mood nak bace...
    tak paham istilah dr...
    tp jln cte, best...
    gud luck!!

     

  • At 19/10/10 4:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    I know all the terms used by the writter..
    but what the hell nak letak evryhhg in one short story..
    mmg faham lah kn sbnrnya.. aiyoo

     

  • At 24/3/13 5:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Many people argue that eating too many plants grown with commercial fertilizers or pesticides can cause health problems.
    As much as you may want to grow radishes and lentils
    in your kitchen you don't want to blemish your frugal reputation. Again, using companion planting techniques will help your organic garden flourish.

    Also visit my web blog: navel

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group