BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Disember 02, 2008
Cerpen : Padah Sebuah Perbandingan
Nama Pena : Putri Lily

Sebaik sahaja pintu terbuka, Dyana melangkah masuk dan menghempaskan ponggong ke sofa. Sempat dia mencapai alat pengawal kipas angin dan menghidupkan kipas siling.

Dyana merehatkan tengkuknya di belakang sofa sambil memandang kosong pada kipas yang ligat berpusing. Seligat fikirannya yang mengingati kejadian-kejadian pagi tadi. Juga memikirkan kemungkinan-kemungkinannya.

****
"Kenapa lambat, Dy?"

Dyana sudah mengagak itulah soalan pertama yang akan keluar dari bibir Yanti sebaik sahaja dia lolos dari kawasan kontrol MRT. Dari jauh Dyana sudah melihat wajah gelisah temannya. Sempat Yanti menayangkan jam di tangannya lagi sebagai isyarat kelambatan Dyana.

"Sorrylah.. Bukan lambat sangat pun. Sepuluh minit je.."

"Hello cik adik! Satu minit pun berharga tau."

Dyana tersenyum memujuk. "Ala.. Ira bukannya nak mati lagi. Dia cuma sakit je kan. Buat apa nak kelam-kabut sangat."

Yanti tidak menjawap. Sebaliknya dia mengheret tangan Dyana untuk berjalan seiring. Mereka menuju ke perhentian bas. Tujuan ialah menziarah bekas teman sekolah mereka yang di serang angin akhmar.

Walaupun jam baru menunjukkan ke pukul sepuluh pagi, tetapi terik mentari begitu menggigit kulit. Sambil meninjau-ninjau nombor bas yang baru datang, Yanti menyambung perbualan mereka tadi.

"Dy pun tau kan perangai Yan dari dulu mana suka menunggu-nunggu macam ni."

"Yan, dalam hidup kenalah tolak ansur sikit. Bukan semua kebiasan kita tu akan menyenangkan orang lain. Lagipun bukan Dy sengaja nak lambat. Gas kat rumah tu, tengah masak tiba-tiba je kehabisan. Tunggu Apek yang antar gas tu lah yang buat lambat." Dyana bersungguh-sungguh menceritakan punca kelambatannya. Mengharapkan pengertian Yanti.

"Yan bukan apa.. Paling-paling pun janganlah sampai buat kita ni macam muka poster kat tempat orang ramai lalu-lalang tu."

Dyana tergelak mendengar celoteh Yanti beserta memek mukanya yang lucu.

"Silap Yan juga salah pilih time nak ajak Dy dating... Dy tak sedap hati kalau tinggalkan rumah tanpa masak dulu. Mana tau tup tup abang Radzi balik.. Dah lah Dy takda kat rumah, lauk pun takda. Naya je kerja. Ha! Yan pula tak kan tak masak dulu?"

"Abang Adi tak kerja berapa hari ni sebab habiskan cuti tahun. Jadi hari ni dia yang masak. Lagipun dia tahu Yan nak keluar pagi ni." Selamba sahaja Yanti bercerita. Dyana yang terkejut mendengarnya.

"Yan suruh suami Yan masak!? Bagusnya jadi isteri.."

"Tadikan Dy juga yang cakap hidup mesti tolak ansur. Begitu juga suami isteri. Dah nasib Yan dapat suami yang pandai masak. Sesekali dia tak kerja biarlah kita pula merasa masakan dia. Sekurang-kurangnya bila tiba-tiba kita jatuh sakit macam Ira, pandai juga dia bantu masakkan untuk keluarga pula. Tak lah asik beli makan luar je. Eh! Dah lah.. tu bas dah sampai tu."

Dyana menuruti langkah Yanti. Namun fikirannya sedang melayang jauh membenarkan kata-kata Yanti sebentar tadi. Dia terkenang suaminya sendiri. Tidak diketahui kebolehan suaminya sampai ke dapur atau tidak. Sejauh perkahwinannya bersama Radzi, belum pernah Radzi membantunya memasak.

Tetapi Dyana tidak pernah kisah semua itu kerana Dyana sedar sudah menjadi tanggung jawap isteri untuk menjaga makan pakai suami. Dan tanggung jawap suami untuk menyediakan semua itu.

Ketika mereka sampai di rumah Sairah, kawan mereka sedang sarapan di dalam biliknya.

"Masuklah.. Maaf ye, bilik ni belum terkemas lagi." Pelawa Hilmi, suami Sairah.

Pintu bilik dibuka luas. Sairah menyambut kedatangan kawan-kawannya dengan senyuman.

"Kami tak mengganggu ke ni?" Tanya Dyana kurang selesa.

Dia dan yanti sebenarnya keberatan untuk masuk ke bilik utama teman mereka. Tetapi memandangkan keupayaaan Sairah begitu terbatas, mereka akur akhirnya.

"Tak lah.. Ira happy kalian datang." Sairah mengisyaratkan mereka duduk berhampiran dengannya di atas katil sebelah kiri. Manakala sebelah kirinya pula, duduk sang suami sedang menyuapkan bubur.

Dyana memerhatikan semuanya dengan penuh insaf. Kesian dia mengenangkan nasib Sairah. Dalam usia yang masih muda dia sudah terkena penyakit yang sebegitu. Sairah di serang angin akhmar seminggu yang lalu. Dia sudah dibawa berjumpa doktor dan mendapat rawatan di hospital. Tetapi dibawa pulang ke rumah atas permintaan keluarganya yang ingin dia dirawat cara melayu dahulu. Menurut kata pakar penyakit Sairah masih di peringkat awal dan ada harapan untuk pulih.

Sedikit air bubur melekat di tepi bibir Sairah. Hilmi mengambil tissui dan menggesatnya. Sairah tersenyum pada suaminya.

"Hilmi ke yang masak ni?" Tanya Yanti sekadar berbasa-basi.

"Betullah tu.. Sebab tu Ira makan laju je ni." Sairah menjawap dengan bangga. Hilmi tersenyum.

Yanti melihat jam di tangannya hampir menunjukkan ke pukul sebelas pagi.

"Ni sarapan ke makan tengahari, Hilmi?" Sekali lagi dia bertanya. Sahaja hendak mengusik.

"Kalau boleh sama minum petang sekali." Hilmi juga membalas usikan Yanti.

Semua di situ tertawa mendengarnya. Dengan tawa yang tersisa, Dyana perasan Hilmi sudah berapa kali melirik ke arah jam. Dari cara Hilmi berpakaian, Dyana mengagak Hilmi mungkin ingin segera pergi ke kerja.

"Mari Dy tolong sambung suapkan Ira, Hilmi." Pelawa Dyana.

Semua menoleh pada Dyana. Kemudian Sairah memandang suaminya. Hilmi menyerahkan mangkuk bubur kepada Dyana. Kemudian dia berpaling melihat isterinya.

"Ira tak apa-apakan kalau abang tinggalkan Ira bersama kawan-kawan? Abang ada appointment dengan client tengahari ni."

Sairah mengangguk faham. Sebaik sahaja suami Sairah keluar, barulah tiga sekawan itu rancak berbual.

"Bertuah Ira dapat suami macam Hilmi. Ira sakit-sakit macam ni, semuanya dia siapkan. Sanggup lambat ke pejabat semata-mata nak siapkan semua keperluan Ira dulu. Kadang-kadang benda yang Ira mampu buat sendiri pun dia nak uruskan."

"Baguslah tu Ira.. Syukur nasib badan.." Usik Yanti.

"Ira kesian dengan dia.. Sampai bilalah Ira macam ni." Suara Saira bertukar nada.

"Sabar lah Ira.. Mungkin ini ujian untuk Ira." Dyana turut bersimpati.

"Ira cuma takut Hilmi yang tak tahan ujian."

Keluhan Sairah sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam hati Dyana. Dia bertanya pada diri sendiri, apakah Radzi juga akan melakukan semua ini sekiranya dia jatuh sakit?

****
Pantas Dyana mendapatkan suaminya yang sedang duduk membelek akhbar harian. Menyalami dan duduk di sisi suaminya.

"Abang dah makan?"

"Belum lagi. Kejap lagi abang nak pergi kerja semula." Radzi melipat akhbar tadi.

"Kalau gitu biar Dy sajikan makan dulu."

Segera Dyana ke dapur. Dalam hatinya merungut. Radzi menunggu dia pulang rupanya. Kalau Dyana lambat balik tadi, adakah Radzi tidak akan makan? Tidak boleh ambil makan sendiri ke?

Dyana teringat pada Adi, suami Yanti yang dikatakan pandai masak dan pada Hilmi, suami Sairah yang pandai menyediakan makanan untuk isterinya. Boleh ke Radzi seperti itu sekiranya dia sakit?

Ketika sedang makan, Dyana hilang selera mengenangkan itu semua. Soalan-soalan itu membelenggu fikirannya.

"Kenapa ditenung je nasi tu?" Radzi kehairanan.

Dyana memandang suaminya. Lama. Sehingga terhenti suapan Radzi dibuatnya.

"Abang.. Kalau ditakdirkan Dy sakit satu hari nanti. Siapa yang akan menguruskan rumah dan menjaga Dy?" Terluah juga soalan itu.

Radzi menyudahkan makanannya. Mencuci tangan dan minum air yang disediakan. Soalan Dyana seolah-olah bukan perkara yang mengejutkan baginya. Sebelum berdiri Radzi menjawap dengan selamba.

"Buat apa fikir perkara yang belum terjadi. Kalau dah terjadi nanti barulah kita cerita. Dah lah.. abang pergi dulu." Radzi terus berlalu.

‘Ish! Takda perasaan langsunglah suami aku ni.’ Dyana mengerutu dalam hati. Tetapi kemudiannya dia bingkas bangun untuk menghantar pemergian suaminya.

****
"Apa!? Abang Radzi kemalangan?"

Terasa lemah lututnya untuk menampung berat badan. Dyana jatuh terduduk sebaik sahaja menerima panggilan telefon mengenai kemalangan. Bergegas dia ke hospital. Sempat dia memberitahu Yanti yang kemudian menyusul kemudian bersama suaminya.

"Sabarlah Dy.. Dah tertulis nasibnya begini. Nasib baik Radzi selamat." Pujuk Yanti.

"Dy sangka Dy yang akan sakit. Rupanya jadi sebaliknya, Yan."

"Ya Allah kenapa Dy fikir yang bukan-bukan? Dah lah.."

Kemalangan yang melibatkan kereta Radzi dengan sebuah bas awam telah memberi kesan yang memeritkan. Radzi kehilangan kedua-dua kakinya. Kakinya terpaksa dipotong kerana hancur teruk akibat tercepit.

Berbulan di hospital dan setelah menjalani beberapa pembedahan, akhirnya dia dibenarkan pulang. Di rumah Radzi hanya mampu bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Dia rimas dengan keadaan dirinya. Jika sudah Radzi sendiri merasa begitu, Dyana lebih lagi.

Kerenah suaminya yang terkadang mencabar kesabarannya dilayankan sahaja. Menurut kata doktor, Radzi mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mengembalikan kestabilan dirinya. Kehilangan anggota tubuh yang terpenting membuatkan Radzi hilang keyakinan diri. Sering marah-marah dan sensitif. Sudah menjadi tugas Dyana untuk memulihkan semangat suaminya.

Namun sebagai insan biasa yang punya perasaan, Dyana tidak lepas dari tension. Dia terpaksa keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan rumah dan juga rawatan suaminya. Kepenatan bekerja dan mengurus rumahtangga, ditambah lagi dengan mengurus suami yang sudah cacat dan sikap sensitif Radzi yang semakin menjadi sekian hari, membuat Dyana hilang pertimbangan diri.

Dyana merasa tenang apabila berada di luar rumah. Sebab itu dia banyak menghabiskan masanya di luar. Dia tahu pulangnya sahaja di rumah sudah pasti banyak tugas yang menanti. Beserta dengan omelan Radzi. Akhirnya Dyana jadi kebiasaan dan Radzi semakin diabaikan. Dyana sudah lali dengan kata-kata Radzi. Hilang sudah rasa hormat pada suami sendiri. Sehingga pada satu hari..

****
"Kenapa ni? Ada apa ramai-ramai kat rumah saya?" Dyana terkejut mendapati ramai orang berkerumun depan rumahnya. Ada dua buah kereta polis dan ambulan juga.

Semua mata tertumpu pada Dyana yang baru sahaja pulang dari kerja. Tidak seorang pun dari jirannya yang berani bersuara. Semuanya ke tepi untuk memberi laluan. Seorang pegawai polis menahan Dyana.

"Ini rumah saya encik. Mana suami saya? Apa dah jadi ni?"

"Oh jadi mayat lelaki itu, suami anda?"

"Ya Allah! Abaaangg..!!"

Radzi dijumpai mati tertimpa kerusi rodanya sendiri. Dia terlupa mengunci pergerakan roda sebelum cuba mencapai periuk untuk mengambil makannnya sendiri. Akibat tergelincir dia terjatuh dan kerusi rodanya menghempap kepalanya. Lauk dalam periuk yang baru di hangatkan juga tertumpah ke atasnya.

"Abang..!! ampunkan Dy bang.. jangan tinggalkan Dy.." Dyana menjerit dan menangis semahu-mahunya.

****
"Abang.. jangan tinggalkan Dy.. Ampunkan Dy.. Dy berdosa pada abang.."

"Dy.. Dyana. Kenapa ni?"

Dyana menepis tangan-tangan yang memegangnya. Tidak menghiraukan panggilan itu. Mulutnya terus memanggil-manggil suaminya dengan mata terpejam.

"Eh Dy.. Ini abang lah sayang. Kenapa ni? Bangunlah.."

Perlahan-lahan Dyana membuka matanya bila terdengar suara itu. Kelihatan seseorang sedang tersenyum memandangnya.

"Tidur siang hari sampai bermimpi."

Dyana membuka luas matanya dan memerhati sekeliling. Tidak ada pegawai polis. Tidak ada orang ramai-ramai. Yang ada di hadapannya ialah wajah Radzi. Dalam keadaan yang masih mamai Dyana memerhatikan seluruh tubuh suaminya. Tidak ada cacat cela. Radzi sihat.

Keadaan masih seperti ketika dia baru pulang dari melawat Sairah. Kipas siling masih berpusing. Dia tertidur rupanya tadi.

"Penat sangat ke sampai tertidur. Hmm? Abang balik tadi pintu rumah pun terdedah. Nasib bukan orang lain yang masuk." Radzi membelai rambut isterinya. "Sayang mimpi apa ni tadi?"

Dyana mengeluh kelegaan dan beristighfar dalam hati. Dia memeluk suaminya untuk menghilangkan kegugupan. Dia hanya menggelengkan kepala. Tidak mungkin dia menceritakan mimpi buruk itu pada suaminya. Dia rasa berdosa yang teramat sangat kerana mengabaikan suami sendiri. Sangkanya dirinya yang akan terabai kerana sikap tidak ada perasaan yang ditunjukkan oleh Radzi. Rupanya dia sendiri yang mengabaikan tanggung jawap sebagai isteri. Mujur hanya mimpi.

Dyana berjanji seburuk mana pun suaminya, dia tidak akan membandingkan suaminya dengan suami orang lain. Tidak dengan Adi. Tidak juga dengan Hilmi.

SELESAI

p/s Semoga terhibur dengan cerpen ke 3 saya sesudah cerpen Dia Rupanya dan Zulaikah Isteri Yang Bijak. Juga Novel saya Perginya Bersama Cinta yang sedang disiarkan. Selamat membaca dan Salam Aidil Adha..
posted by Penulisan2u @ 7:21 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
11 Comments:
  • At 2/12/08 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mimpi rupa nya.
    tp, kalau bkn mimpi..mesti da mati da suami dia kan..
    ye r..nak jg org saket bkn sng..
    tengok EREMA n SERI BAYU tu..

     

  • At 2/12/08 8:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mimpi rupa nya.
    tp, kalau bkn mimpi..mesti da mati da suami dia kan..
    ye r..nak jg org saket bkn sng..
    tengok EREMA n SERI BAYU tu..

     

  • At 2/12/08 11:47 PTG, Blogger LeaQistina said…

    Salam Putri Lily,

    hmm.. sebab tulah kan.. org ckp.. klu kita nak buat perbandingan itu, buat lah dengan insan yang lbh kuran daripada kita supaya rasa syukur itu wujud dalam jiwa..

    apabila kita membandingkan diri dengan insan yang lebih dari kita.. membuatkan diri kita hilang rasa syukur.. sering tidak pernah berpuas hati.. dengan apa yang ada.. sehinggakan kadang kala ia menjadi keterlaluan..

    buatlah perbandingan dengan insan yang selayaknya.. agar kesannya membawa kita ke arah kebaikan.. semoga dengan cara membuat perbandingan ini , kita mampu mencari Redha-Nya.. insyaallah..

    tahniah Putri Lily

     

  • At 3/12/08 1:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    adehh..nasib baiklah mmpi jer..coz x baik tau wat hubby cam tuh..n perlu gak kita ingat, syurga seorang isteri terletak d bawah kaki suami..@)--

     

  • At 3/12/08 2:14 PTG, Blogger atashinci said…

    mmg 100% betol jge org skt mmg susah....
    pengalaman jge arwah mak n abah.....
    kne strok....
    kdg2 kte leh senang2 jer dpt dosa tau....sebab mgkn percakapan kte menyinggung hati mereka walaupon bukan niat kte nak berkasar dgn mereka....
    syabas penulis.....

     

  • At 3/12/08 4:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ayt skema gilerrrr

     

  • At 3/12/08 4:26 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mls r nk bc.
    cam x syok jerrr

     

  • At 3/12/08 5:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    skema tu apa?

     

  • At 3/12/08 10:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x dela skema sgt ayat..oklani dari cerpen yg merosakkan bahasa melayu..congrates putri lily..cte ni best sgt!

     

  • At 29/12/08 10:02 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer nie best..leh jd pengjrn...

     

  • At 30/12/08 4:27 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpen nie bagus...
    byk pengajaran yg kitew leyh dapat..
    x perlu membandingkan apew yg kitew adew dgn org laen...
    ckup dgn skadar mghargai n bersyukur
    dgn apew yg telah kitew miliki...

    ~EiLyNa BatRisYa~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group