BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Disember 07, 2008
Cerpen : Jatuh Cinta Lagi
Nama Pena : missao

Sunyi.Aku melangkah masuk,memberanikan diri.Kereta Fariz sudah terparkir di halaman.Dalam kegelapan malam dibantu dengan cahaya daripada lampu jalan,aku melirik ke arah jam di tangan.Jam tangan Aries Gold pemberian Fariz sempena hari ulangtahun kelahiranku tahun lepas sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
Mungkin Fariz sudah lama terlena.Aku tersenyum sendiri,mudahlah aku.Tidak perlu bersoal-jawab dengannya ke mana aku sepanjang hari.
Dibantu dengan cahaya daripada telefon bimbitku,aku mencari kunci rumah.Menyeluk anak kunci ke dalam lubangnya dan kuputar penuh hati-hati.Bimbang Fariz terjaga.Kemudian aku melangkah ke dalam rumah.Gelap.Ruang tamu begitu gelap lalu aku memetik suis.Sekelipan cahaya lampu menerangi selurh ruang itu.
"Dah pukul berapa ni,Nadia?Baru balik?"
Suara garau itu membuatkan aku yang baru hendak mengunci semula pintu terhenti.Dadaku berdebar.Aku menoleh,Fariz memandangku tajam.Lama,aku sendiri tidak sedar bila dia di situ.
"Emm..baru pukul dua.Kenapa?"
Pura-pura menyoal.Berlakon selamba,sedangkan hatiku sudah tidak keruan.Aku kaku di situ bila Fariz mula melangkah ke arahku.Mata kami beradu.Aku dengan pandangan penuh angkuh dan berlagak biasa.Sedangkan Fariz,suamiku dengan pandangan yang berapi.Aku tahu dia marah.Aku cuba melangkah,ingin ke bilik tetapi lenganku dicapai.
"Sampai bila awak nak macam ni?Saya ni ape,Nadia?Awak buat saya macam tunggul.Awak ke mana sepanjang hari tadi?"
Lembut pertanyaan itu.Aku tahu dia tidak akan berkasar denganku.Aku tahu Fariz itu seorang penyayang.
"Saya ke mana...awak tak payahlah ambik tahu!Kita buat hal masing-masing dahlah!"balasku kasar.Aku merengus dan cuba menarik lenganku yang dipegangnya.
Dia diam.
"Jangan buat saya naik angin,awak.Saya tak nak marah awak pagi-pagi buta ni.Kan saya dah pesan jangan pulang lewat lagi,kan saya dah pesan pada awak mak nak datang hari ni.Kenapa awak langsung tak bertolak-ansur?Awak tak fikir ke apa tanggapan mak kalau awak balik lewat sampai waktu begini?"
Aku menjelingnya.Mencebik geram.Ingin juga tergelak sinis bila dia seperti terlalu berlembut denganku.Macam seorang yang dayus pula...
"Fariz,listen.Saya tak kisah apa yang awak nak buat,and please...awak pun janganlah sibukkan diri tentang hal saya.Itukan mak awak,awaklah yang layan.Hmm...okey?"
Aku lihat wajah Fariz sudah mula memerah.Aku juga nampak dia mula mengangkat tangan kanannya.
"Hmm...nak tampar saya ke?Tamparlah!Awak ingat saya takut ke?"
Aku tersenyum sinis.Wajahnya semakin merah.Aku sengaja ingin menyakiti hati Fariz.
"Awak jangan melampau sangat.Saya ni manusia,kadang-kadang saya tak boleh kawal jugak marah saya ni."
Masih lembut nadanya.
"Fariz,awak ni penakut jugak ye?Takut nak tampar saya?Kenapa,awak takut kena pecat dengan papa?"
Fariz,orang kepercayaan papaku,Dato’ Nazari.Fariz bekerja sepejabat dengan papa,sedangkan aku sekadar bekerja di anak syarikat sahaja.
Pap!!
Aku terdiam.Senyuman tadi serta-merta mati.Pipiku terasa perit.Tak sangka,Fariz benar-benar menamparku.Ingin menangis,tapi.....
"Nadia...saya..."
Namaku dipanggil lembut.Jelas riak bersalah di wajahnya.Dia cuba memelukku namun segera kutepis.Aku tersenyum walaupun hambar.
"Tanggapan saya salah.Ingatkan penakut.Tahniah."
Fariz terdiam.Mungkin tidak sangaka aku akan berkata sedemikian.
"Nadia...kenapa macam ni?Saya makin tak faham dengan awak.Awak dah berubah...Saya rasa makin tak kenal dengan Nadia depan saya ni."
Dia bersuara sayu.Aku tersenyum sinis.Tanpa sedar,air mata ini menitis juga.Senyumanku berlalu.
"Saya berubah sebab awak Fariz.Awak yang tak pernah faham dengan saya.Awak langsung tak cuba nak memahami saya.Awak tahu ke selama ni saya sunyi?Awak tahu ke?"
Makin galak air mata ini mengalir.Sayu mengenangkan aku yang kerap ditinggalkan kerana kerja.Kerja!Kerja!
"Nadia..."
"Stop!Biar saya yang cakap.Fariz,awak tahu ke selama ni saya sunyi?Saya balik dari pejabat,sampai malam pun awak tak balik-balik lagi.Saya dah tidur,baru awak balik.Saya bangun pagi,awak dah pergi.Saya sunyi tau tak?Awak faham ke?
Bila saya keluar rumah,awak marah saya.Awak,saya cuma cari sedikit hiburan je dekat luar tu.Selama ni saya sabar,saya cuba faham yang awak tu kepercayaan papa.Aset syarikat.Tapi Fariz,makin saya cuba faham awak,makin sakit hati saya.Dari kita kahwin,sampai sekarang.Awak tak pernah pun cuba untuk berubah.Awak tak sedar,kan?Awak pentingkan kerja daripada saya?"
Memanglah itu hakikatnya.Baru 3 hari aku keluar dan pulang lewat ke rumah.Aku penat menunggu Fariz pulang dari pejabat lagi.Setahun mahligai ini kami bina,tapi...
"Nadia,saya bekerja keras selama ni untuk masa depan kita,awak.Masa depan kita,masa depan anak-anak kita nanti.Awak cubalah faham."
"Ya...memang saya faham.Sangat faham,Fariz.Kenapa awak kisah sangat nak bekerja keras?Lambat-laun,awak tahu tak,papa akan lantik awak jadi pengurus jugak.Lambat-laun syarikat tu akan dapat dekat awak jugak.Apa yang awak kisah sangat?"
"Nadia...awak tak faham,Nadia."
"Apa yang saya tak faham?Awak jelaskanlah,kalau saya tak faham."
"Saya ni cuma menantu je,Nadia.Lainlah awak,awak anaknya."
"Dahlah Fariz,saya tak nak dengar apa-apa lagi.Suka hati awaklah.Tapi...saya rasa tak boleh hidup lagi dengan awak.Saya tak boleh tahan lagi dengan kegilaan awak pada kerja tu.Saya tak boleh tahan lagi."
Fariz terkejut.Tubuhku digoncang keras.
"Apa yang awak cakap ni?Jangan nak merepek yang bukan-bukan!"
Barulah kali ini dia menengkingku.
"Lepaskan saya,Fariz.Ceraikan saya,bebaskan saya.Saya tak mahu jadi isteri awak lagi,awak kahwinlah dengan kerja awak tu!"
"Nadia!"
"Tolonglah Fariz...saya tak boleh tahan lagi.Awak ceraikan jelah saya."
Air mata ini tak henti mengalir.Bila aku pandang wajah Fariz,matanya merah.Malah kolam matanya juga berair.
"Awak tak cintakan saya lagi ke,Nadia?Awak lupa ke janji awak dulu yang nak hidup dengan saya selamanya?Awak lupa ke awak kata anak-anak saya cuma awak je yang boleh lahirkan?Awak lupa ke,Nadia?"
Saat itu aku lihat Fariz menangis.Aku terdiam.Tersentuh hati ini kerana itulah aku kali pertama aku lihat Fariz menangis.Tapi aku sudah tidak dapat bertahan lagi.Aku tabahkan hati,menegakkan semula tembok keegoan.
"Saya dah lupa semua tu,Fariz!Saya dah lupa!Jadi,awak lepaskanlah saya.Saya tak nak jadi isteri awak lagi."
Aku berbohong demi untuk membebaskan diri daripada Fariz.
"Kalau itulah yang awak nak.Saya sayangkan awak,tapi apa nak buat.Awak dah benci saya.Baiklah..."
Tiba-tiba dia memelukku erat,seakan tidak mahu dilepaskan.Terlalu kejap sehingga aku sesak sendiri.Bila pelukannya terlerai,dahiku dikucup penuh syhadu.Dia menangis lagi.
"Berat hati saya nak lepaskan awak.Tapi...ah,sudahlah.Nadia,saya ceraikan awak dengan talak satu."
"Fariz!!"
Kami berdua menoleh serentak.Aku tersentak,Fariz terkejut.Kami sama-sama tergamam.Di anak tangga,berdiri ibu Fariz dengan air mata yang galak mengalir.Bekas ibu mertuaku.
"Apa yang kau buat ni,nak?Tak boleh bersabar ke,Fariz?Senangnya kau lafazkan cerai.Fariz,mak cakap dengan kau ni,nak!"
Ibu Fariz mendekati kami.Tanpa kuduga,tangan tua itu menampar pipi bekas suamiku.Aku tergamam.Fariz pula diam.
Aku serba-salah.Aku tunduk,menyentuh kaki bekas ibu mertuaku.
"Mak,ampunkan Nadia.Nadia pergi dulu mak."
Aku ingin berlalu.Tapi kata-kata Fariz mematikan langkahku.
"Saya yang akan keluar dari rumah ni."
Aku menoleh dan kemudian menggeleng.
"Rumah ni dah saya tukarkan nama atas nama awak minggu lepas.Rumah ni rumah awak.Saya yang patut keluar.Saya pergi dulu.Halalkan semua yang saya dapat daripada awak,Fariz."
Aku berlalu.Kunci kereta kucari dalam tas tangan.Hampir pukul 3 pagi.Aku sudah menjanda.Air mata ini masih mengalir.Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta.Dan di dalam kereta aku menoleh ke arah pintu rumah,Fariz di situ.Dengan air mata yang masih mengalir dan pandangan matanya memberitahuku dia masih mengharap.
Aku melepaskan nafas perlahan.Enjin kereta kuhidupkan dan aku ingin segera berlalu.Sepatutnya aku puas kerana kini aku bukan lagi isterinya,tapi entah kenapa hati ini terasa sayu.Sebetulnya,cinta kepadanya telah lama hilang dari hati ini.

Aku bersandar di sofa.Selamba sedangkan aku tahu papa dan mama masih tidak berpuas hati.Sejak tahu aku dan Fariz sudah bercerai,mama asyik membebelkan aku.
"Sudahlah tu mamanya,dah tak ada jodoh agaknya,"pujuk papa.Tapi mama nampaknya masih tidak berpuas hati.
"Papa,papa manjakanlah si Nadia ni!Mama tak puas hati,mesti dia yang mintak cerai ni.Kamu Nadia,nak jadi ape ni?Dulu beria-ia nakkan si Fariz tu.Baru setahun,dah bercerai.Kamu ni kenapa?Fariz tukan budak baik,kamu tak fiki r ke Nadia?Ingat senang ye?Tuhan tak suka,tahu!Hidup menjanda ni susah!Masyarakat pandang serong pada kamu nanti,Nadia!"
Aku mengeluh bosan.Sudah tiga hari aku disahkan bercerai dengan Fariz,dan mama masih tidak puas hati lagi.
"Mama..mama dahlah.Kesianlah dengan anak kita ni,mama."
Papalah pembelaku.


"Nadia,mama nak kamu rujuk balik dengan Fariz."
Kata-kata mama membuatkan aku bangun dari sandaran.
"Mama!Dahlah mama,betul apa yang papa cakap tu.Nadia dah tak ade jodoh dengan Fariz.Lagipun dia tu workaholic!Nadia tak boleh tahan,mama."
Kali ini aku bersuara pula.
"Dahlah,mama.Nadia sakit kepala.Semua dah lepas mama,apalagi nak kecoh-kecoh.Lagipun memang Nadia yang mintak cerai dengan dia,takkan Nadia pulak yang nak mintak rujuk."
Aku bangun dan terus melangkah ke bilik.
"Budak ni!Nadia,mama belum habis cakap lagi!"
"Sudahlah mamanya..."
Suara papa dan mama silih berganti.Aku mengeluh dan terus melangkah.

Hampir dua minggu aku di rumah papa.Sesekali ada juga aku terserempak dengan Fariz jika aku ke pejabat papa.Namun kami saling tidak bertegur sapa.Di kalangan staf-staf di pejabatku mahupun di pejabat papa,masing-masing sudah tahu antara aku dan Fariz tiada apa-apa lagi.
Pukul 2 petang,aku sudah pulang ke rumah.Patutnya aku keluar hanya untuk makan tengahari sahaja.
"Nadia?Dah nak dekat pukul tiga ni,tak balik pejabat semula ke?"tegur mama.Aku menggeleng.
"Tak.Malaslah mama,lagipun Nadia rasa penat pulak."
Selepas itu aku masuk ke bilik.Mengurungkan diri di dalam bilik sehinggalah hari menjelang malam.Bila pembantu rumah memanggilku untuk makan malam,barulah aku keluar.
Nasib baik aku tidak sepejabat dengan papa.Kalau tidak...sah-sah aku kena berleter juga kerana ikut suka aku sahaja ingin masuk ke pejabat jam berapa dan keluar ikut suka juga.
Di meja makan,aku sepi.Makan sahaja.Papa dan mama sahaja yang rancak berbual.Bila aku selesai makan dan meminta izin untuk berlalu,papa meminta aku untuk menunggunya di ruang tamu.Katanya ada perkara yang ingin diperkatakan denganku.
Lima belas minit menunggu,papa sudah mengambil tempat di sebelahku.Di tangannya ada sekeping kertas A4 yang bercetak.Entah surat apalah tu...
"Apa dia,papa?"tanyaku tidak sabar.
"Pasal Fariz."
Mendengar nama itu,aku terus bangun.Ingin berlalu.Tak mahu mendengar apa-apa pasal bekas suamiku itu.
"Nanti dulu Nadia.Dengar dulu.Duduk."
Bicara papa lembut.Aku menurut.
"Kertas apa yang papa pegang tu?"tanyaku setelah aku duduk semula.
"Surat perletakan jawatan Fariz.Ini yang papa nak bagitahu pada Nadia.Fariz dah letak jawatan."
Aku terdiam.Fariz melepaskan jawatannya?Setelah bertahun-tahun dia bekerja keras dan setelah diberikan tempat yang kukuh dan stabil,dia rela melepaskan?Aku pegang kepala.Tak faham dengan tindakan Fariz itu.
"Papa rasa ia ada kaitan dengan perpisahan kamu berdua.Nadia tolong papa,demi syarikat kita.Papa mintak Nadia tolong pujuk Fariz."
Aku menarik nafas.Hatiku juga kuat mengatakan penceraian kami yang membuatkan Fariz bertindak sedemikian.Aku pandang wajah mengharap papa.Ketika itu juga mama muncul dari ruang dapur.
"No,papa.Nadia mintak maaf.Papa pujuklah dia sendiri.Nadia tak boleh,maaf papa.Nadia minta izin,Nadia nak masuk bilik dulu."
Aku bangun.Papa juga bangun.Mama pula terpinga-pinga.
"Nadia,tolonglah papa.Fariz aset syarikat.Nadia,kan tahu...semua projek besar yang kita dapat tu,semuanya atas usaha Fariz.Nadia tolonglah papa..."
Aku diam.Kemudian aku menoleh pada papa.
"Kalau orang itu bukan Fariz,mesti Nadia akan ikut cakap papa..."
Dengan katakata itu,aku terus berlalu.Ya,kalau orang lain,tentu aku akan pujuk.Tapi bukan Fariz.

Pintu yang tertutup rapi aku tolak kasar.Aku tak peduli pada mata yang memandang di luar sana.Aku emeluk tubuh sementara dia pula terkejut melihat aku di situ.
"Before you leave,terangkan pada saya.Kenapa awak buat semua ni?"
Fariz berhenti mengemas.Dia tersenyum kepadaku.
"Nadia...lamanya tak jumpa awak.Apa khabar?"
"Okey,sihat...bahagia.Fariz,tolonglah jelaskan pada saya.Kenapa awak ambik keputusan ni?Awak dah gila ke?"
Kemudian aku menoleh pada pintu yang sudah tertutup rapat namun masih tidak berkunci.Lalu aku bergerak dan terus mengunci pintu itu.Tirai ditarik,meghalang pandangan mereka yang diluar sana.
"Yup..memang saya dah gila.Buat apa saya kat sini lagi?Buat apa jawatan ni semua,awak bukan saya punya lagi."
Dia bersuara perlahan.Aku mengetap bibir.Benarlah telahanku.Semalam,aku berkeras tak mahu memujuknya,tetapi demi papa aku tolak tepi egoku.
Dia selamba sahaja kembali mengemas.Ikutkan hati yang geram,mahu sahaja aku bongkarkan semula apa yang sudah dia masukkan ke dalam kotak itu.
"Fariz,tolonglah...saya mintak awak bersikap professional.Awak dah bersusah-payah untuk kedudukan ni,kenapa awak lepaskan macam tu je?"
"Sebab awak Nadia.Saya tak kisah bersusah untuk semua ni.Dahlah...semua pun dah berlalu.Dato’ pun dah terima surat saya tu."
Dato’?Dia bahasakan diri papa Dato’?Aku kelu.
"Saya tak izinkan awak pergi.Saya nak awak terus bekerja di sini."
Dia tersenyum tawar. "Tak ada gunanya,you’re not my boss."
Aku menjeling geram.Mataku tiba-tiba tertancap pada sebuah bingkai gambar.Gambarku sedang tersenyum ceria.Tanpa mempedulikan Fariz,aku terus mencapai gambar itu.
Ketika aku menoleh kepadanya,dia memandangku.Pandangannya begitu redup.
"Jangan ambik gambar tu Nadia.Awak boleh ambik apa je yang ada dalam pejabat ni,tapi bukan gambar tu.Please..."
"This is my pic..."jawabku keras.Tak faham kenapa dia tidak membenarkan aku mengambil gambarku sendiri.
"Betul tu gambar awak.Gambar tulah yang buatkan saya bersemangat untuk bekerja.Izinkan saya untuk bawak bersama gambar tu...kalau tak,mungkin saya juga tak bersemangat untuk hidup."
Aku terdiam.Bahasanya tetap lembut seperti selalu.Hati yang keras mula cair.
"Saya pergi dulu Nadia.Nanti sampaikan salam saya pada Dato’ dan Datin."
Aku angguk.Nampaknya aku tidak berjaya memujuknya.Aku menghampakan harapan papa.Bingkai gambar itu kupegang erat.
Aku menoleh apabila Fariz masih belum berlalu.
"Apa yang awak tunggu?"tanyaku perlahan bila matanya tidak lepas memandangku.
"Kalau awak izinkan,saya nak bawa bersama gambar tu."
Lantas aku menghulurkan bingkai gambar itu kepadanya.Dia tersenyum puas.Kemudian pintu dibuka.
"Jaga diri.Moga awak jumpa lelaki yang baik untuk awak,bukan macam saya."
Aku diam bila Fariz mula menapak keluar.Dan saat itulah air mataku jatuh lagi.

8 bulan sudah berlalu.Tempoh eddahku juga telah selesai.Entahlah,kalau dulu kebebasan beginilah yang amat aku harapkan ketika aku masih bergelar isteri kepada Fariz.Tapi sekarang...tiada apa-apa pun yang berubah.Sama sahaja malah aku masih juga terasa sunyi.
Aku ingin bercuti.Merehatkan minda.Mujurlah mama sudah penat menyuruhku rujuk semula pada Fariz sepanjang tempoh eddahku.Bila eddahku sudah berlalu,mulut mama pun tidak berbunyi lagi.
"Papa,Nadia nak pergi bercuti.Papa ada cadangan tempat yang menarik tak?"
Suatu hari aku bertanya papa.
"Ha...good question.Nadia,kebetulan Nadia nak pergi bercuti ni,papa nak minta Nadia gantikan tempat Rizman pergi seminar.Dekat Langkawi...sambil pergi seminar,bolehlah bercuti sekali."
Aku mengerutkan.Aduhh...seminar?Bosann...
"Ala papa...seminar?Tak ada orang lain?Rizman pergi mana?"
"Dia dah ke Brunei.Tak lama Nadia...dalam dua minggu je.Kalau lepas seminar tu tamat,Nadia nak sambung bercuti pun papa akan bagi.Bolehkan?"
Akhirnya aku mengangguk setuju.

Bilik 122.Aku memutar anak kunci lalu tombol pintu kupulas.Aku senang di sini.Mulanya aku fikir seminar itu akan diadakan di hotel,tetapi sebaliknya di sebuah resort.
Aku melangkah masuk.Beg baju kubiarkan di tepi pintu.Luas dan menyenangkan.Esok pagi,jam 9...aku harus menghadiri seminar.
Hari ini aku ingin melelapkan mata sahaja.Mengantuk...

Ketika aku menikmati angin malam di tepi pantai malam itu,aku terkenangkan seseorang.Fariz!Ahh...entah di manalah agaknya lelaki itu.Setelah meletakkan jawatannya,aku tidak tahu di mana dia bekerja.
Sudah dapat penggantiku kah?Ermm...aku tiada jawapan untuk itu.
Dua minggu berlalu,selesai akhirnya seminar yang bagiku membosankan.Kukira ingin menyambung cutiku lagi.Mungkin 6 hari lagi baru aku pulang.
Semua rakan-rakan yang menghadiri seminar itu sudah pun pulang semula ke Kuala Lumpur.Tinggal aku sahaja rasanya.Malam itu,aku terasa ingin ke tepi pantai.Setidak-tidaknya ingin bermain di gigi air.
Bersiap ala kadar lalu aku terus menapak ke pantai yang hanya kira-kira 300 meter sahaja dari resort.Damai...sejuk terasa.Aku tersenyum ceria.Tiada orang di pantai,jadi bolehlah aku bergelak-ketawa sesuka hati.
Selipar kutanggalkan.Aku berlari ke gigi air,bermain di situ.Aku benar-benar merasa tenang.Lama aku di situ,lebih setengah jam kukira.
Sedang asyik aku bermain,tiba-tiba aku perasan aku dikepung oleh sekumpulan lelaki.Tawaku mati digantikan dengan tawa mereka berlima.Aku jadi takut dan mudah sahaja aku mengalirkan air mata.Seluruh tubuhku menggigil,melawan antara ketakutan dan kesejukan.
"Hei adik manis...sorang-sorang je?Kami boleh temankan..."
"Betul tu.Kami tak kisah..."
Aku menggeleng ketakutan.Aku tak berupaya hendak menjerit apabila tubuhku disambar mereka.Aku dibawa ke sebalik batu besar yang ada di situ.Ketika itu aku hanya mampu berserah sahaja.
Aku memejam mata.Benar-benar ketakutan.Tubuhku sakit dihempaskan ke tanah tadi.Seorang demi seorang menyepak tubuhku.Kemudian bajuku di bahagian bahu dan dada ditarik mereka sehingga terkoyak.Semuanya tergelak besar.Hendak menjerit pun,aku tidak berdaya.
"Hoi!Apa yang korang buat tu?!"
Mata yang terpejam terus kubuka.Suara itu bagaikan pernah aku dengar.Bila aku membuka mata,kelima-lima lelaki tadi sudah terbaring kesakitan.Ada yang bibir berdarah.
"Wei,jom cabut!Cabut cepat,sebelum dia panggil polis!"
Sekelipan,mereka berlima berlari meninggalkanku.Aku nampak seorang lelaki bertubuh sasa cuba mengejar mereka,namun dia gagal.Kemudian,kabur sahaja pandanganku melihat dia berlari semula kepadaku.
"Nadia...awak okey tak?Diaorang dah buat apa pada awak?"
Lembut pertanyaan itu.Aku terkejut.Fariz!Aku ingin bangun,namun seluruh tubuhku sakit akibat disepak dan dihempas tadi.Wajah Fariz yang cemas menyapa pandanganku.
"Far..riz..."
Aku menangis.Fariz mendekatkan mukanya dengan wajahku.Dia tersenyum dan ketika itu aku rasa tubuhku dicempung penuh berhati-hati.Aku dibawa ke biliknya.Di situ dia membaringkan aku di atas katilnya.Bajuku yang terkoyak tadi dilindungi dengan baju sejuk yang dipakainya.
Aku ingin bertanya kepadanya.Namun kudratku tiada.Air mataku menitis.
"Awak rehat ya.Awak jangan nangis lagi Nadia...saya ada kat sini.Saya akan lindungi awak."
Dia tersenyum.Air mataku dikesatnya.Aku ingin bertanya kenapa dia ada di sini,di pulau lagenda ini?Terlalu banyak yang ingin aku tahu tentangnya...
"Awak rehat dulu.Kalau ada apa-apa,awak panggil saya,ya?"
Aku hanya mengangguk.Kemudian aku melihat tubuhnya berlalu.Aku melepaskan nafas perlahan.Nasib aku baik kerana Fariz kebetulan ada di situ,kalau dia tiada...tentu aku menjadi santapan nafsu lelaki berlima itu.
Dua hari kemudian,aku sudah sihat.Aku kini menginap di bilik Fariz,manakala dia pula menginap di bilikku.Setiap kali waktu makan,dia akan membawakan aku hidangan.Kemudian kami akan berdua makan bersama.Ketika tubuhku masih sakit,dia yang menyuapkanku.
"Nadia...jom,saya dah bawakkan awak makanan ni.Jom makan."
Dia bersila di sebelahku,di atas katil.Aku cuba bersandar di kepala katil.Sakit,kerana hampir seluruh tubuhku lebam dikerjakan lelaki-lelaki durjana itu.Setiap kali berdua di situ,dia tidak pernah mengunci pintu bilik.Tingkap dibuka seluas-luasnya dan pintu juga.Mungkin tidak mahu menimbulkan syak orang lain.Maklumlah...kami bukan suami isteri seperti dulu.
"Saya suapkan awak,ya?"
Aku tidak memberi jawapan.Kubiarkan sahaja Fariz memegang sudu yang berisi nasi itu.Wajahnya yang tampan dan menyenangkan mata memandang itu kutatap lama.Air mataku menitis.Kenapalah aku sewaktu menjadi isterinya tidak pernah nampak kebaikannya?Tidak pernah terlihat keistimewaannya?
Terasa cintaku yang dulu pernah kurasakan tinggal sisa untukknya kembali mekar dan mengharum.Ya,aku sudah jatuh cinta kali kedua kepada bekas suamiku.
"Nadia?Nadia...kenapa awak menangis ni?"tanyanya lembut.Bila mendengar suaranya yang lembut yang dahulunya selalu aku balas dengan kata-kata kasar dan menyakitkan membuatkan aku menangis lagi.Sudu berisi nasi itu Fariz letakkan dan air mataku terus disapu dengan jarinya.
"Sudahlah tu...awak asyik menangis je.Awak buat saya risau.Kita makan dulu ya?"
Aku angguk.Fariz...dia terlalu baik,sedangkan aku dulu selalu menyakiti hatinya.
Fariz...layakkah saya jatuh cinta sekali lagi pada awak?Tapi soalan itu Cuma bergema dalam hatiku sahaja.

Hari ini,aku pulang semula ke Kuala Lumpur bersama Fariz.Mulanya dia ingin menghantar aku terus ke rumah papa,namun aku menolak.Aku malu kalau kelihatan oleh mama.Pasti aku akan dileteri lagi.
Aku puas.Semua soalanku dijawab dengan senang hati olehnya.Dia kini bekerja di Perkasa Holdings.Katanya hanya berpangkat kecil sahaja.Dia masih tinggal di rumah lama kami.Cuma soalanku apakah dia sudah berpunya,tiada jawapan yang kuterima.
Dia diam sahaja.Bila dia memberhentikan aku di pejabat,dia cuma tersenyum padaku.
"Nadia...saya dah nak kahwin tak lama lagi.Awak jangan lupa datang ye.Saya nak awak memeriahkan majlis saya.Awak mesti datang tau."
Wajahnya begitu ceria,malah begitu mengharap.Aku sudah terdiam,tidak berdaya untuk berkata apa-apa lagi.Cuma senyuman terpaksa yang boleh kuukirkan.
Sebaik sahaja Fariz memandu pergi,air mata ini tidak dapat ditahan-tahan lagi.Aku benar-benar rasa ditolak!
Bila aku pulang sahaja ke rumah,sapaan papa pun tidak kuhiraukan.Aku terus berkurung di dalam bilik,menangis sepuas-puasnya.Bodohnya terasa diri ini.Dulu,tika dia berada di depan mataku,langsung aku tidak menghargainya.Kini bila dia sudah pergi,barulah aku terasa kecewa.
Ah..Farizzz!!!
Aku menangis sampai tertidur.Bila aku bangun,papa di sebelahku.Pandang sahaja wajah papa,tubuh sedikit gempal itu kupeluk erat.Aku menangis lagi...kali ini dalam dakapan papa.
"Nadia...Nadia sayang...jangan menangis lagi.Cuba ceritakan pada papa,kenapa."
Aku cuma menggeleng.Aku terus menangis.Papa mengusap belakangku.
"Papa kenapa macam ni papa?Kenapa dulu Nadia bodoh sangat tak hargai dia?Kenapa,papa?"
Aku masih menangis.
"Syyhhh...Nadia,tak elok cakap macam tu.Siapa kata Nadia bodoh?Anak papa nikan bijak orangnya.Kenapa ni...cerita betul-betul pada papa. Papa tak faham,sayang..."
Lembut suara papa mengingatkan aku pada Fariz.
"Fariz papa...Fariz..."
"Kenapa dengan dia?"
Aku diam.Aku menangis sampai tersedu-sedu.
"Nadia...?"
"Dia dah nak kahwin,papa.Dia dah ada pengganti Nadia.Kenapa dia buat Nadia macam ni?Nadia bencii..."
Aku mengeratkan pelukanku.
"Nadia..."
Mungkin papa tidak menggemari kata-kataku.
"Nadia benci diri Nadia!Kenapa Nadia bodoh,buta sangat dulu,papa?Kenapa Nadia hanya nampak silap dia je dulu?Kenapa..."
"Jangan macam ni,sayang.Anak papakan kuat...jangan mengalah macam ni,Nadia.Pasal Fariz,sayang jangan risau.Papa akan dapatkan yang terbaik untuk Nadia."
Aku menggeleng tidak percaya.
"Dia dah dapat pengganti Nadia.Biarlah papa..lama-lama nanti Nadia boleh terima ni jugak.Tak payahlah papa pergi merayu pada dia.Nadia tak mahu jadi penghalang antara dia dengan bakal isteri dia.Nadia tak sanggup nak berkongsi kasih,papa..."
Dalam kecewa begini,aku tahu aku masih lagi ego.Aku tak mahu papa datang merayu pada Fariz supaya menerimaku semula.Aku tak mungkin akan berkongsi kasih.Tak mungkin...
"Nadia...sudahlah tu.Kalau Nadia tak mahu begitu,Nadia mesti kuat.Nadia jangan mengalah macam ni,sayang."
"Nadia janji pa,kalaulah Fariz kembali pada Nadia semula,Nadia takkan tinggalkan dia sampai Nadia mati.Nadia takkan benarkan orang lain rampas Fariz Nadia..."
Aku menangis lagi.
"Sudahlah tu,sayang.Kan semua dah berlalu?"
Aku diam.Menyeka air mata.
"Terima kasih papa...sebab sudi dengar perasaan Nadia ni..."

Dua hari sudah aku pulang dari pulau lagenda.Aku lebih banyak termenung,menyesali perbuatanku pada Fariz.Petang itu,aku duduk di meja batu di halaman.Menikmati minum petang.
"Nadia..."
Aku menoleh.Terus bibirku mengukir senyuman buat papa dan mama.
"Duduklah,papa,mama."
"Mama dengan papa ni ada benda nak cakap dengan Nadia."
Mama memulakan mukadimah.Kaswi di tangan segera kuhabiskan dan kali ini tumpuan kuberikan sepenuhnya tentang apa yang ingin diperkatakan oleh papa dan mama.
"Apanya?"
Mama diam.Papa juga.Aku semakin tidak mengerti.
"Awak cakaplah mamanya..."suruh papa.
"La...nak cakap apa ni?"
Aku menggaru kepala.Pelik melihat papa dan mama yang saling tak ubah seperti orang bermain tarik tali.
"Mmm...Nadia.Macam ni.Minggu lepas,masa Nadia di Langkawi,ada orang datang meminang.Papa dengan mama dah terima pinangan tu.Nadia macam mana?"
Aku tersentak.Aku pandang wajah papa.Tapi kenapa tiada langsung perasaan bersalah pada wajah itu?Bukankah aku telah luahkan aku masih cintakan Fariz?
"Pinangan diterima?"
Aku melepaskan nafas.Aku menanti jawapan papa dan mama.
"Nadia macam mana?Terima tak?"tanya mama.
Aku menggangguk lemah.Tak ada gunanya aku masih menanti Fariz.Fariz akan bahagia dengan isteri barunya dan aku?Bergenang air mata sahaja setiap kali teringatkannya...
"Nadia terima pinangan tu.Lagipun...Nadia nak mulakan kehidupan baru."
Mulakan kehidupan baru...lupakan Fariz!

Bersyarat.Ya,aku menerima pinangan itu namun bersyarat.Aku tidak akan berjumpa dengan bakal suamiku sehinggalah selesai dia mengucapkan akad.
Bila mendapat persetujuanku,kata mama aku akan dinikahkan dalam tempoh sebulan lagi.Cepatnya...namun aku tidak pula ingin membantah.Biarlah...lagi cepat,lagi mudah untuk aku melupakan Fariz.
Ah..Fariz lagi.Susahnya nak lupakan dia...Aku bosan...
Tiada gambarnya..tiada namanya.Itu juga yang menjadi syarat.Biar dirinya aku terima seadanya bila aku sudah sah menjadi isterinya.

Sebulan,bukan tempoh yang lama.Aku tidak tahu kenapa pernikahan ini harus dibuat tergesa-gesa.Namun semuanya simple.Ringkas.
Aku cuma mahukan akad dan majlis sahaja.Tiada persandingan.Itu permintaanku meskipun papa dan mama terkilan.Ini perkahwinan keduaku dan kali ini,aku akan belajar menghargai apa yang ada untukku.
Dari balkoni bilik,aku memerhatikan persiapan terakhir.Persiapan perkahwinan sehari sebelum akad nikahku.Aku labuhkan punggung di atas katil yang berhias indah.Teringat majlis perkahwinanku yang pertama dengan Fariz.Indahnya...
Ah,Nadia!Kali ini bukan dengan dia!Kau mesti lupakan dia!
Majlis kahwinku ringkas namun meriah.Masih ada kelas tersendiri.Aku tak mampu menghalang,itu permintaan kedua-dua orang tuaku.Kata mereka,biarpun majlis kahwin yang kali kedua,semuanya harus berjalan dengan sempurna.

Orang sudah ramai.Kebanyakannya saudara-mara serta jiran tetanggaku.Kata mama,tetamu kehormat yang terdiri daripada kenalan papa dan mama hanya akan tiba semasa majlis sudah bermula nanti.Mama di sebelahku.
Aku duduk bersimpuh.Ermm...debarannya masih terasa walaupun aku bernikah untuk kali kedua.Aku terlalai seketika.Mengenang kembali pada Fariz,air mataku menitis tiba-tiba.Aku jadi takut,takut seandainya cintaku pada suami baruku tak setanding cintaku pada Fariz.
Bila aku dengar bisik-bisik orang di sekelilingku,segera air mata ini aku lap.
"Pengantin lelaki dah sampai!"
Ada suara seorang lelaki separuh abad memberitahu.Aku membetulkan duduk.Semakin tidak selesa dan beberapa kali juga aku terpaksa mengawal pernafasan demi untuk meredakan debaran yang semakin terasa.
"Mama...Nadia takut,ma.Nervous."
Terluah juga rasa itu kepada mama.Mama senyum dan tanganku digenggam erat.
"Sejuknya tangan.Dah...jangan takut.Tak ada apa-apalah."
Ya...betul kata mama.Tak ada apa-apa.

Aku selesai menandatangani borang pernikahan.Bila papa tunjukkan di mana aku perlu tandatangan,terus aku menurunkan tandatanganku.Tak sempat untuk mengerling sedikit pun nama bakal suamiku.
Akad yang dilafazkan tidak dapat aku dengar dengan jelas kerana pengantin lelaki tidak menggunakan mikrofon.Semasa pernikahanku dengan Fariz,dia menggunakan mikrofon.Akadnya yang hanya sekali itu jelas didengar seluruh isi rumah.
Lima minit menanti.Aku semakin tidak selesa.Makin tidak selesa apabila orang-orang berhampiran denganku sudah berbisik-bisik sambil tersenyum-senyum.Apa yang berlaku?Aku cuba mengintai namun tidak nampak.
"Mama,kenapa?"
Mama menggelengkan kepala sambil tersenyum.Aku tidak mengerti.Kemudian keadaan kembali sepi.Seketika lagi,bisik-bisik kedengaran lagi.Aku tak puas hati.
Keadaan itu berulang hampir sepuluh kali aku rasa.Aku mengerling ke arah jam,sudah setengah jam berlalu.Aku ni sudah bergelar isteri orang atau tidak?
Keadaan kembali sepi.Rasanya kalau cincin jatuh pun boleh dengar dentingannya.Aku memasang telinga.Tiada apa yang dapat kudengar.Hairan,mama di sebelahku boleh mendengar apa yang berlaku di hadapan.Barangkali daripada bisik-bisik orang.Mama bolehlah bertanya apa yang dibisikkan..aku?

"Alhamdulillah..."
Entah siapa yang mengucap syukur itu,aku tidak pasti.Bial semua orang menadah tangan,aku ikut menadah juga.Sayup-sayup suara seorang lelaki membaca doa.Bila habis,semuanya meraup tangan ke wajah.
Tibalah masa aku bertentang mata dengan suamiku.Semakin berdebar kurasa.Aku menunduk.Peluh dingin memercik di dahi.
Keadaan sepi.
"Assalamualaikum."
Aku diam seketika.Cuba mengamati suara yang seakan tidak asing bagi pendengaranku.
"Waalaikumsal...err..waalaikumsalam."
Aku terkedu.Dia,suamiku tersenyum kepadaku.Menyerlahkan ketampanannya.
"Fariz?Awak...err...awak buat ape dekat sini?"bisikku perlahan.Dia tersenyum.Aku lihat pakaiannya,sedondon denganku.
Tangan kirinya menarik lembut jari manisku dan seketika kemudian tangan kanannya pula menyarungkan cincin emas pada jari manisku.Kemudian dia mengucup dahiku lembut.Fahamlah aku kini.Fariz...dia kini bergelar lagi suami kepadaku.
Dia menanti aku membalas perbuatannya dengan mencium tangannya pula.Aku kucup tangannya penuh hormat dan ketika itu kamera berkelipan di sana-sini.Seperti kali pertama kami dinikahkan dahulu.Ketika mataku bertentang matanya,aku tidak tahu aku perlu menangis atau menjerit kegembiraan.
Namun,bibirku tersenyum penuh makna.Beberapa garis terentang pada dahi Fariz,tidak mengerti agaknya dengan makna senyumanku.Spontan,tubuhnya kupeluk erat.Dia tidak sempat mengelak,namun lambat-lambat pelukanku berbalas.Kamera berkelipan lagi.Lalu saat itu,air mataku tumpah lagi namun kali ini bibirku mengorak senyum gembira.Syukur.

Bilik pengantin terasa begitu dingin.Fariz masih belum melelapkan mata,bersandar di kepala katil.Aku mengemaskan ikatan rambutku sebelum mendekatinya.
Aku bersandar pada bahunya.Rindunya aku untuk berbuat sedemikian.
"Awak..."panggilku perlahan.
"Ye?"
"Kenapa masa nikah tadi diorang bisik-bisik?Apa jadi dekat depan tu?"tanyaku ingin tahu.Fariz tersengih.
"Bisik-bisik kata saya handsome kot..."
Aku menepuk pehanya manja.
"Jangan main-mainlah.Saya betul-betul nak tahu ni awak..."
"Okey,okey.Emm..awak tak dengar ke?"
Aku menggeleng.Kemudian dia mengelus rambutku.Kemudian,curi-curi mencium pipiku.Aku tersenyum bahagia.
"Fariz...kenapa?"
Aku bertanya lagi bila dia hanya tersengih-sengih.
"Saya...saya...ala..seganlah,sayang.Tak payahlah tahu..."
Bila dia berkata begitu,aku makin ingin tahu.
"Awak..."tekanku.
"Saya susah nak jawab akad tadi."
Aku tersengih.
"Berapa kali?"
Dia cuma tersenyum sambil menggeleng.
"Saya tak dengar apa-apa tapi berdasarkan keadaan yang sekejap sunyi sekejap riuh,saya agak lebih sepuluh kali.Ye tak?"dugaku.Fariz tersengih.
"11 kali.Saya tak tahu kenapa,tapi masa tu saya nervous sangat.Saya gementar...papa pun tegur sebab tangan saya dia kata macam air batu.
Aku tersenyum.Aku lingkarkan tanganku pada pinggangnya.Papa yang menikahkanku.
"Fariz...kalau awak nak tahu,mama pun tegur jugak tangan saya sejuk.Saya pun nervous,takut.Awak tahu tak,lepas awak cakap awak nak kahwin masa hantar saya dekat pejabat balik dari Langkawi tu,saya menangis macam orang gila,awak tahu?"
Aku merenung matanya.
"Saya sedih sangat,menyesal sangat sebab buat awak dulu macam tu,"ujarku lagi.Fariz tersenyum nipis.
"Saya tahu.Nadia...walaupun awak tak mintak kita rujuk masa dalam eddah,saya tahu awak sayangkan saya.Saya nampak sayang awak tu masih ada bila awak marah saya letak jawatan,kan?Dan...saya nampak lebih jelas masa kita dekat Langkawi tu.Tapi sebelum kita dekat Langkawi tu,saya dah suruh mak pinangkan awak untuk saya.Awak tahu kenapa?"
Aku menggeleng.Dia tersenyum.Kemudian wajahnya didekatkan dengan wajahku.
"Sebab kalau saya tak kahwin balik dengan awak,tak adelah saya zuriat selama-lamanya.Kan awak seorang je yang boleh jadi ibu kepada anak-anak saya?Kan awak seorang je yang boleh lahirkan anak-anak untuk saya?"
Aku terkedu.Bila aku lihat Fariz tersenyum,aku balas senyuman itu.
"Lagipun sayang...kerja tu tak mo kahwin dengan saya..."
Dia ketawa pada hujung kata-katanya.Itu kata-kataku dulu padanya sebelum kami berpisah.
"Fariz..."
"Iya saya..."
"Awak tahu tak saya sayang awak?"
"Tahu."
"Cintakan awak?"
"Pun tahu jugak."
"Menangis sebab awak?"
"Tahu.Papa dah khabarkan pada saya."
"Tak pernah lupa apa yang saya janji dengan awak dulu?"
Kali ini dia terdiam.Senyumannya juga hilang.
"Apa yang awak janji?"
Dia menjauh sedikit.Dia membetulkan duduk.Begitu juga denganku.Aku tersenyum penuh makna.Aku mengangkat tangan kanan lalu kutetapkan searas dengan bahu.Seolah-olah ingin membaca ikrar.Namun,daripada lima jari,hanya dua jari sahaja yang kuangkat.
"Apa awak buat tu?Nak berjanji ke...baca ikrar?Tapi macam nak ambik gambar je?"
Dia keliru.
"Fariz,awak buatlah macam ni jugak."
Tanpa banyak soal,dia menurut.Aku tersenyum lagi.Sejak aku dinikahkan kembali dengannya,senyuman langsung tidak lekang daripada bibirku.
"Awak ikut apa yang saya cakap,ya?"
Dia mengangguk.
"Saya..."
"Awak..."
Fariz tersengih.
"Betul-betullah..."tegurku apabila dia main-main.
"Okey,okey."
"Semula.Saya..."
"Saya..."
"Berjanji takkan..."
Dia mula mengerutkan dahi.
"Berjanji takkan...?"
"Jatuh cinta dengan kerja saya dan gadis!"
"Ha?"
"Cakaplah..."tekanku.
"Takkan jatuh cinta dengan kerja dan gadis!Dengan bukan gadis,ya."
Dia tergelak besar.Sukanya hati dia.
"Fariz!"
"Okey...okey.Saya janji hanya akan jatuh cinta dengan isteri saya sahaja,Nadia.Okey,puas hati?"
Aku angguk sambil tersenyum lebar.Dia menjatuhkan tangan.Namun aku tidak pula menjatuhkan tanganku.
"Saya janji takkan tinggalkan awak sampai saya mati,saya janji saya takkan benarkan orang lain rampas Fariz saya,saya janji saya takkan..."
"Dahlah tu...saya tahu janji awak semua tu.Kan itu janji awak pada papa."
Fariz menarik tanganku kemudian digenggam erat.Dia senyum.
"Papa bagitahu?"
Dia mengangguk.Aku menarik wajah,tidak puas hati.
"Kenapa ni?"soalnya.
"Papa.Semua dia bagitahu awak.Dia bagitahu apa lagi?"
Dia tersenyum.Kemudian keningnya diangkat berkali-kali.
"Fariz...dia bagitahu apa lagi?"
Dia mendekat kepadaku.Sekitar seinci sahaja wajahnya daripada wajahku.Aku berdebar tiba-tiba.
"Papa bagitahu saya...awak tak kisah kalau saya nak anak berapa ramai pun."
Dia tersengih.Aku terkejut.
"Tipu!Saya tak pernah cakap macam tu pun!"
"Emm..memang awak kena tipu pun.Tapi awak tak kisah,kan?"
Aku diam.Kemudian aku senyum.
"Tak tahu."
posted by Penulisan2u @ 4:37 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
15 Comments:
  • At 7/12/08 9:00 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    la, asyik jalan cerita sama je. part kahwin semula tu dah biasa org tulis.

     

  • At 7/12/08 11:14 PG, Blogger tukang taip :D said…

    ape lah sekurng2 nye die buatgak cerpen nie..ade uasahe tanda kjyaan...ade prakarsanye..apa daaa..

     

  • At 7/12/08 3:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best jg..ada time sdh jg..menarik dan x m'bosankan...good luck....

     

  • At 8/12/08 11:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hye best nyer klau dpt hubby cam2...biarla klau jln cite sama pn...tp best kn...klau ending sedh kang bnjir umah sbb mnagis...btul x? nyway good job writer...lain kali wat cite cam ni lg tau..

     

  • At 8/12/08 11:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez ape citer nie...sweet n nice....keep on doing yea...bez sgt citer nie...^_^

     

  • At 9/12/08 5:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hmm...hmm...hmm...heheheheh~

     

  • At 9/12/08 12:13 PTG, Blogger LeaQistina said…

    best.. walaupun ending dia mmg boleh agak.. but pertengahan cerita ni mmg wat lea rasa berdebar2 sangat.. huhu..

    tahniah buat penulis.. ;)

     

  • At 10/12/08 3:34 PTG, Blogger wonderpet said…

    best cite ni..n best kalo dapt bersama ngan orang yang dicintai wat selamanya....

     

  • At 12/12/08 2:24 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite yg best..sama lak mcm hidup sy sndr. ending yg menarik...harap ending sy pun mcm tu...tahniah kpd penulis...4 star

     

  • At 13/12/08 11:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    nice story...sy bce ek => je..tp de gk yg sdh..well done..

     

  • At 18/12/08 4:04 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni best sgt la..serius..sy suke giler ngan citer ni..sy ske watak faris..seorg suami yg cukup menyayangi isterinye..n setie pd janji mrk..

     

  • At 29/12/08 5:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    fuyuhh....best gila cite ni...kalu hidup aku mcm tu kan sedap...

     

  • At 29/12/08 5:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedih....ada gembira pun ada.......

     

  • At 17/1/09 8:38 PG, Blogger pink sapphire said…

    umm suke cite ni ^_^

     

  • At 6/4/12 8:38 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best kot..apelah ckp cite ni mmbosankan..bkak mata bsar2 bru komen:)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group