Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tergopoh-gapah Zuraini mengemaskan kedutan pakaiannya. Tangannya ligat memasukkan hujung bajunya ke dalam seluar biru yang dipakai olehnya. "Aduhh..!! Lambat lagilah aku hari ni.. Dahlah itu hari aku dah kena 'sound' dengan manager..!! Kalau lambat lagi alamatnya kena carik kerja lainlah lepas ni..", ngomelnya dalam kekalutan. Menyaksikan perlawanan bolasepak antara pasukan kegemarannya Manchester United dengan Arsenal sehingga pukul lima pagi tadi membuatkan Zuraini benar-benar menyesal. Dia begitu minat menonton perlawanan bolasepak liga inggeris di kaca televisyen. Tambahan pula malam tadi pasukan pujaannya beraksi menentang pasukan lawan. Seronoknya tak terkata. Aksi-aksi Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney bagaikan menarik pancaindera Zuraini untuk melekat ke kaca televiyen. Sudahnya dia terpaksa menerima padah apabila bangun dari tidur dan melihat jarum pendek pada jam yang menunjukkan ke angka sembilan.
"Mampus aku..!! Mampuss akuu..!!", bisiknya yang kemudian mencapai beg sandang miliknya yang disangkutkan ke kerusi di luar bilik. "Bang Chik..!! Kau tak minum dulu ke?..", jerit ibunya dari dapur. "Malaslah mak..!! 'Orang' nak cepat ni.. dah lambat..!!", balas Zuraini. Dia keluar ke muka pintu rumah sambil menyarung kasutnya dengan tergopoh-gapah. Selesai menyarung kasut, Zuraini menonong keluar dari rumah tanpa bersalaman dengan ibunya seperti selalu. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat kecemerkapan anak lelakinya itu. Sampai sahaja di pondok perhentian bas, Zuraini melabuhkan punggung sambil menunggu dengan perasaan berdebar-debar. "Apa lagilah ayat aku nak bagi kat bos ni nanti?..", ujarnya sendirian. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Ada beberapa orang lagi yang sedang menunggu bas disitu. Jalanraya sudah mulai sesak dengan kereta dan lori yang bersimpang-siur melalui jalan itu. Jalan itu merupakan satu-satunya laluan yang digemari penunggang dan pemandu yang kurang berminat untuk menggunakan laluan lebuhraya lebih kurang satu kilometer dari situ. Zuraini menggaru-garu kepalanya. Seingatnya bas cuma akan mengambil penumpang disitu pada pukul sepuluh pagi. Selalunya dia akan bangun seawal enam pagi untuk menunggu bas yang datang pada pukul tujuh pagi.
"Hai Joe..!! Apasal kau kat sini lagi ni?.. Kan ke kau masuk kerja pukul lapan?..", suara seorang lelaki mengejutkan dirinya yang sedang mengelamun jauh. Alan berdiri disebelahnya sambil tersengih. "Tulah..!! Aku terlambat bangun pagi tadi..!! Dahlah semalam aku lambat masuk kerja, hari ni pun lambat lagi.. Ni semua pasal tengok bolalah malam tadi..", terang Zuraini. "Aku dah kata dah dengan kau itu hari Joe.. jangan layan bola sampai awal pagi..!! Nanti susah nak bangun tidur.. Tengok sekarang..!! Kau jugak yang susah..", ujar rakannya Alan sambil menyapu tempat duduk di sebelah Zuraini dengan menggunakan tangan. "Ahh..!! Kau ni membebel serupa mak akulah pulak..!!", rengus Zuraini panas hati. Dikalangan rakan-rakannya, Zuraini lebih dikenali dengan nama panggilan Joe, singkatan daripada panggilan 'Jongang' kerana fizikal pada bahagian giginya yang sedikit jongang. "Kau ni tak kerja ke?..", Zuraini bertanya pada Alan. "Aku 'off' hari ni..!!", jawab rakannya itu sambil tersengih lagi. "Pigidahh..!! 'Off' konon.. bukan aku tak tau kau belum ada kerja lagi sampai sekarang..!!", Zuraini memerli. Alan sengih lagi. Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Zuraini mengerling pada jam tangannya. "Pukul sepuluh lebih?.. Habiss..!!", ujarnya.
"Awak ingat tempat ni saudara-mara awak yang punya ke?.. Ikut sukahati awak je nak datang pukul berapa..!!", sindiran pedas dari pengurus tempat Zuraini berkerja membuatkan Zuraini berasa seperti mahu mengecil. "Kalau nak kerja, buat cara nak kerja..!! Kalau taknak, cari kerja lain..", tengkingnya lagi. Zuraini hanya membatukan diri. Dia tak mampu untuk memberikan alasan yang munasabah. Kata-kata pengurusnya itu tak boleh disanggah. Jika tidak, keadaan yang panas itu akan bertukar menjadi lebih teruk lagi. "Ingat ya?.. Ini amaran terakhir dari saya.. kalau esok awak datang lambat lagi, saya terus pecat awak dengan notis..", pengurusnya mengacungkan jari telunjuknya ke muka Zuraini sambil memegang sepucuk surat ditangan. Zuraini meninggalkan bilik pengurusnya dengan perasaan geram yang terbuku di hati. Dia kembali menyambung tugas-tugasnya sebagai pekerja di sebuah restoran makanan segera terkemuka. Rakan-rakan sekerjanya langsung tidak mahu menegur kerana takut menjadi mangsa lepas geram Zuraini yang panas hati. Berdentang-dentung peralatan di dapur itu akibat daripada tindakan Zuraini yang melampias amarah. Yang lain cuma mendiamkan diri. Menegur tidak memujuk pun tidak. Masing-masing takut menjadi mangsa amuk Zuraini.
Zuraini mengerling lagi pada jam tangannya. Sudah pukul lima petang. Maknanya segala bebanan kerjanya akan berakhir sebentar lagi. Sementara itu dia mengemaskan segala peralatan yang telah digunakannya. Tepat pukul lima setengah, Zuraini terus sahaja meninggalkan premis perniagaan itu dengan perasaan lega. Langkahnya dihayun pantas menuju ke perhentian bas berhampiran. Menunggu bas disitu tidaklah memerlukan masa yang lama kerana bas untuk pulang ke rumahnya akan sampai pada pukul lima empat puluh lima minit petang pada setiap hari. Setelah menaiki bas, Zuraini mencari-cari tempat duduk yang kosong kerana bas pada waktu petang agak sesak dengan penumpang yang ingin pulang ke rumah masing-masing. "Joe..!! Oii Joe..!! Sinilah..!!", jerit seseorang memanggil namanya. Kelihatan Jibam sedang menggamitnya dari tempat duduk di bahagian belakang. "Bam.. alihlah beg kau ni..!!", pinta Zuraini pada Jibam supaya mengalihkan beg sandang miliknya. Selamba sahaja Jibam mengangkat begnya sambil bersiul mendendangkan lagu artis luar negara. "Aku saja je simpan tempat ni untuk kau..", ujarnya setelah Zuraini duduk di sebelahnya. "Terima kasihlah.. lega betul bila dah habis kerja ni..!!", Zuraini berkata sambil membetulkan duduknya. "Kenapa?", tanya Jibam ringkas. "Pagi tadi aku lambat pergi kerja.. bangun-bangun je dah pukul sembilan..!! Dahlah semalam pun lambat jugak.. Teruk aku kena 'bambu' dengan manager..!!", terang Zuraini. Jibam tergelak besar bila mendengar cerita sahabatnya itu. Sehinggakan ada segelintir penumpang pun ikut gelak sama.
"Eh..!! Kau tunggu bas kat depan kubur tu kan?..", tanya Jibam setelah tawanya terhenti. "Habis, takkan aku nak berjalan kaki tunggu bas kat depan masjid tu?.. Tak sanggup aku..!! Kenapa kau tanya?..", tanya Zuraini kembali. "Tak adalah.. aku dengar kat situ berpuaka..!! Ramai orang yang dah terkena.. Kau kenal Adut?.. ada satu malam minggu lepas dia lepak dengan kawan-kawannya kat situ.. tiba-tiba dia terserempak dengan lembaga berbulu tinggi macam pokok kelapa.. diorang ingatkan pokok..!! Tapi mana ada pokok betul-betul kat depan bus stop tu?.. Bila diorang dongak ke atas, terkencing-kencing diorang pasal 'pokok' yang tiba-tiba terpacul kat situ ada mata dengan mulut siap dengan taring.. Lintang-pukanglah diorang lari..!! Macam tak cukup tanah..!!", cerita Jibam membuatkan roma-roma di tengkuk Zuraini meremang tiba-tiba. "Entah..!! Tak pernah pulak aku dengar.. rasanya selama aku tunggu bas kat situ tak pernah pulak jadi apa-apa..!!", ujar Zuraini cuba menyedapkan hati. "Kau belum nak kena lagi..!! Dah kena nanti.. sampai Perlis kau lari agaknya..!! Nanti kalau ada apa-apa yang pelik, jangan pandang..!! Pandang atas jangan, pandang belakang jangan, pandang tepi pun jangan.. kau pandang depan je macam robot..!!", kata Jibam bertujuan untuk menakutkannya. Jibam ketawa dengan lantang. Selepas itu mereka berbual-bual kosong sehinggalah Zuraini sampai ke destinasinya.
"Bang Chik..!! Bangun cepat.. pergi mandi..!!", suara ibu Zuraini mengejutkannya yang mengerekot di atas katil. Malas benar rasanya hendak membuka kelopak mata. "Bang Chik..!! Bangun cepat.. nanti lambat macam semalam..", jerit ibunya lagi dari luar biliknya. Mahu tak mahu terpaksalah Zuraini bangun lalu duduk tercatuk di atas katil. Fikirannya masih mamai. Seketika kemudian barulah dia bangun dari katil dan mencapai tuala mandinya menuju ke bilik mandi. Bunyi deburan air yang datang dari bilik mandi itu mengejutkan seekor musang yang sedang tidur berdekatan. Kelam-kabut musang itu berlari meninggalkan kawasan itu. Pintu bilik mandi terbuka. Zuraini mengelap badannya yang basah. Setelah itu dia segera masuk ke bilik untuk menyalin pakaian. Jam loceng di atas mejanya menunjukkan ke angka enam tiga puluh minit pagi. Kalau diikutkan dia malas hendak bangun seawal ini. Tetapi kerana pekerjaannya, dia terpaksa. Bas untuk ke kampung itu datang berselang setiap dua jam. Selesai menjamah sarapan yang dimasak oleh ibunya, Zuraini terus menyarung kasut dan bersalaman dengan ibunya. "Kerja baik-baik.. jangan ponteng..!!", nasihat ibunya. "Baik mak..", jawab Zuraini ringkas. Dia melangkah meninggalkan ibunya yang masih berdiri di muka pintu memerhatikan dirinya. Suasana sekeliling gelap. Hanya ada sebuah dua sahaja rumah yang diterangi cahaya lampu.
Entah mengapa Zuraini merasakan laluannya untuk ke pondok menunggu bas itu terlalu jauh. Sesekali telinganya menangkap bunyi unggas bersahut-sahutan serta bunyi kibaran sesuatu seperti kain yang berada dekat dengannya. Serta-merta dia merasa seram-seram sejuk. Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Nalurinya dapat merasakan seperti ada seseorang yang sedang menyoroti setiap derap langkahnya. Dalam gelora perasaan canggung itu, sedar tak sedar kedua-dua belah kakinya sudahpun tertancap di pondok bas itu. "Hai.. Takkan aku seorang je pagi ni?..", keluhnya sendirian. Beberapa ekor anjing liar yang berlari-lari menyeberangi jalan itu tiba-tiba berhenti sambil melolong ke satu arah. Sepertinya sedang melolong ke arah sesuatu yang dia tidak nampak. Zuraini teringat tentang cerita Jibam semalam. "Aku dengar kat situ berpuaka.. Ramai yang dah terkena..!!", suara Jibam berlegar-legar di dalam kotak pemikirannya. Tiba-tiba Zuraini terdengar sesuatu. Dia segera mencapang telinga.
' Tuai padi antara masak...
Esok jangan, layu-layuan...
Intai kami antara nampak...
Esok jangan, rindu-rinduan... '
' Burung merpati terbang seribu...
Hinggap seekor, di tengah laman...
'Hendak mati, di hujung kuku...
Hendak berkubur, di tapak tangan... '
' Kalau tuan mudik ke hulu...
Carikan saya, bunga kemboja...
Kalau tuan mati dahulu...
Nantikan saya, di pintu syurga... '
Gemersik suara itu laksana suara seseorang yang sedang merindu. Entah mengapa Zuraini merasa terpesona mendengar nyanyian yang tidak pernah didengarnya itu sebelum ini. Dia menumpukan segala derianya untuk mencari siapakah pemilik suara merdu itu. Dia pasti itu adalah suara seorang wanita. Zuraini bangun dari duduknya dan menoleh ke arah sebuah klinik desa berhampiran dengan pondok bas itu. Terbuntang matanya bila terlihat ada satu susuk tubuh seakan seorang gadis sedang berdiri di bawah pokok betul-betul di hadapan klinik desa itu. Gadis itu menoleh ke arahnya. "Siapa tu?.. cantik..!!", bisik Zuraini melihatkan pakaian gadis itu yang seperti golongan bangsawan zaman dahulu-kala. Hatinya seperti sudah terpaut pada keindahan rupa milik gadis itu yang masih berdiri sambil merenung langit. "Aku mesti berkenalan dengan dia..!!", bisik Zuraini lagi sambil berpaling semula ke arah tempat duduk di pondok itu untuk mengambil begnya. Baru sahaja dia mahu melangkah menghampiri, kelibat gadis itu sudah tiada lagi disitu. Zuraini merasa pelik. "Mana pulak dia pergi?..", ujarnya kebingungan. Sebaik sahaja dia memandang ke kiri bahunya, satu lembaga berupa pocong berada betul-betul dihadapan mata. Zuraini terkaget tanpa mampu untuk bersuara dan bergerak. Peluh mula membasahi keseluruhan tubuhnya. Wajah lembaga pocong itu hanya beberapa inci sahaja dari mukanya. Tubuhnya menggeletar ketakutan yang amat sangat. Pandangannya terasa gelap dan berpinar-pinar. Akhirnya Zuraini rebah terjelepuk ke tanah.
"Kau tahu?.. semalam si Joe terserempak dengan pocong kat pondok bas depan kubur tu..!!", suara Jibam menambahkan lagi kebingitan dalam kedai makan itu. Beberapa orang rakannya yang lain mendengar dengan tekun. "Kau orang tak percaya, pergi tanya Alan..!! Alan yang jumpa Joe terbaring kat pondok bas tu pagi-pagi masa orang nak pergi kerja..!! Bila dia nak angkat, Joe tiba-tiba meraung-raung sambil cakap, 'Jangan..!! Tolong aku.. ada pocong..!!'..", cerita Jibam lagi membuatkan kesemua yang ada disitu merasa seram. "Aku dah kata dengan dia.. kalau ada benda-benda pelik, jangan pandang..!! Dia nak pandang jugak..!!", ujarnya lagi sambil ketawa terbahak-bahak. Cerita Zuraini terserempak dengan hantu pocong di pondok bas depan kubur tersebar dengan pantas.
cter nye cm xbest sgt la...cm xlogik pn ada jgk..kene byk kn uat research ag tuk cter2 cm nie...n yg pling pntg xseram la...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tak best lah akhir dia mcm t'gantung...baru je nak feeling seram tiba2 dah abis...hrp ada smbungan lg......