BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Disember 07, 2008
Cerpen : Hakikat Cinta Gengster
Nama Pena : dia adila

"Emmm...pelikkan abang, perkahwinan kita ni macam dirancang je...padahal sayang tak pernah pun jumpa abang sebelum ni", Mz memandang wajah isterinya, wanita itu sedang asyik memandang album perkahwinan mereka.

"Memanglah satu rancangan pun...." Mz mendapatkan isterinya yang duduk di birai katil, Humairah memandang tajam muka suaminya, apa maksudnya rancangan?

"Rancangan takdir...dah jodoh sayang untuk abang", Mz tersenyum bila melihat kerutan di dahi isterinya, satu cubitan kecil hinggap di lengannya.

"Aduhh...amboi dah pandai main cubit-cubit ek...gigit kang..." mereka tersenyum, kebahagiaan menyinari rumah tangga yang baru dibina hampir dua bulan.

Sesungguhnya memiliki Humairah satu anugerah yang sangat bahagia dalam hidup Mz, walaupun pada mulanya bukan atas nama cinta tapi hatinya sudah terisi sepenuhnya untuk Humairah. Entah mengapa seminggu selepas menikahi Humairah, arwah Loz datang dalam mimpinya dengan senyuman.

"Ayang....orang katakan kalau masa bercinta kentut pun wangikan sayang......" Mz membelai rambut isterinya yang sedang asyik memotong sayur. Humairah mengabaikan kata-kata suaminya, dia hanya tersenyum kecil tiba-tiba wajah Humairah berkerut.

"Abang kentut ek...busuk eiii......." melihat isterinya seperti sesak nafas, Mz ketawa sepuas hati..wajah Humairah sangat lucu ketika itu.

"Tak senonohlah abang ni..." Humairah mengelengkan kepalanya, sikap suaminya amat menyenangkan, dia sendiri sentiasa bersyukur dikurniakan suami seikhlas Mz.

******

Mz tersenyum bangga keluar dari makhamah usahanya selama beberapa minggu ini nampaknya tidak sia-sia. Dia teringat ucapan terima kasih yang dilahirkan oleh isteri zaidi sebentar tadi, Kes itu sudah selesai hatinya senang. Niatnya untuk bercuti bersama Humairah adalah perkara pertama yang tergambar di fikirannya. Dia sendiri tidak pasti akan sejauhmana cinta isterinya tapi apa yang dia betul-betul pasti kini dia tidak akan boleh tidur lena jika tanpa humairah disisi.

"Haiiii...." Mz terkejut....Melissa kini betul dihadapannya.

"Haii...lisa bila you balik?", soal Mz seperti tak berminat langsung dengan pertemuan itu, wanita inilah yang pernah membuatkan hatinya terluka.

" I dah lama balik, dan I tahu banyak cerita tentang you....emmm Zul you tak rindukan I?" Lisa sudah merapatkan tubuhnya ke arah Mz, dia rimas gelagat Lisa kalau dibiarkan lain pula yang jadi.

"I sayang dan rindukan you Zul", sambung lisa lagi.

"Lisa I dah kawin dan untuk pengetahuan you, I dah tak ada apa-apa perasaan dengan mana-mana perempuan kerana cinta I hanya untuk isteri I", Lisa mencebik tangannya ditolak kasar oleh Zulkanain. Dia ditinggalkan begitu saja.

" Tak guna punya jantan, kau ingat kau boleh bahagia...kau ingat aku tak tahu asal usul kau...?", Lisa tersenyum..senyuman yang akan membawa kepada pelbagai perancangan di fikirannya.

****

"Amboii jauhnya menung....dah sampai mana?", Mz memeluk isterinya dari belakang, segar rasanya bauan yang lahir dari rambut ikal milik wanita kesayangannya itu.

"Hisshhh abang ni tak reti nak bagi salam ke..?" Humairah pura-pura marah, hakikatnya dia senang dengan sikap penyayang suaminya. Malam ini akan menjadi saksi kasih sayangnya di bawah bulan yang indah..ewah....

"Abang..kalau Irah jadi bunga abang nak jadi apa?" Mz tersenyum.. Humairah memang romantik.

"Emmm..abang akan jadi racun serangga.."

"Hah....racun serangga?..kenapa?" Mz ketawa kecil apabila mendengar reaksi terkejut isterinya.

" Emm supaya abang boleh bunuh semua serangga yang nak rosakkan bunga..", Humairah senyum kecil..

" Kalau Irah jadi burung?..mesti abang nak jadi pemburunya kan...." Humairah sudah meneka jawapan suaminya.

" emmm...salah...abang akan jadi langitnya, dimana tempat burung akan terbang bebas.. tak akanlah abang nak tembak sayang... habis-habispun cubit sikit je...tu pun cibit-cubit manja....hahahha", Mz memperkemaskan pelukannya, tawa humairah dan Mz bersatu.

" sayang "

"emmm.."

"kalau abang pula jadi raksasa...sayang nak jadi apa?"

"Emmmm....Irah jadi ultramenlah..lawan dengan raksasa...." Humairah berpaling sambil mengeletek pinggang suaminya.Mz sudah menjerit itulah perkara yang paling digelinya. Humairah semakin galak mengusik sasarannya tetap di tempat yang sama, Mz pantas melarikan diri...mereka berkejaran dalam kamar yang menjadi saksi kebahagiaan mereka.

****

Perlahan dairi biru itu dibuka, entah kenapa hatinya bagai didesak untuk membaca dairi milik suaminya itu. Semasa sedang sibuk mengemas bilik bacaan suaminya dia ternampak dairi itu,hati nakalnya semahunya mendesak untuk membaca catatan suaminya itu. Sememangnya fikirannya menyangkal semua tindakan itu tapi....hah...pantas tangannya meneruskan hajat yang tertangguh. Humairah duduk dibirai katil dairi ini mungkin dairi lama sebab sepanjang dia berkawin belum lagi dia melihat suaminya menulis dairi, isi dairi satu persatu dibaca.

13 JAN 07

......aku keliru pemintaan arwah Loz betul-betul membuatkan aku serba salah, dia suruh aku kahwini wanita itu tapi...cinta aku bukan untuknya.....Aku tersepit.....nampaknya aku terpaksa...tapi Loz adalah segala-galanya dia saudaraku......tapi adakah aku kena berkorban atau mengorbankan cinta demi persahabatan...?

***

‘tepaksa?’ dia terpaksa kawin dengan aku? Humairah meneruskan helaian seterusnya...gambar Loz, Mz dan Faiz....dia mengusap lembut gambar tiga lelaki yang pernah hadir dalam hidapnya itu. Hatinya kecewa...

***

26 JAN 07

......hah...amanah arwah ini amat sukar aku lakukan, aku tak mampu apa yang harus aku lakukan? Berjayakah aku dalam lakonan ini....Humairah akan menjadi isteriku mampukah aku membahagiakan dia....bukan dia tapi diriku juga...?......

***

Satu persatu catatan itu dibaca, menguris hati. Catatan rasa suaminya membuatkan dia betul-betul terkilan. Dia berlakon menyintaiku...dia berusaha memenuhi wasiat Loz selama ini dia berpura-pura mendengar cerita sedihku bersama loz. Berpura-pura tidak mengenali Loz....hah..... dairy itu dicampak ke atas katil. Penipu......jerit Humairah kuat.

Lena Humairah dikejutkan dengan satu ciuman nipis di dahi, namun matanya masih tidak dibuka. Hatinya masih tidak keruan entah apa yang patut diperkatakan olehnya. Dia sendiri tak mampu untuk menilai mutu lakonan suaminya.

Mohd zulkanain pandainya awak belakon sampai saya sendiri tetipu dengan lakonan cinta awak tu. dalam diam hatinya meneliti segala tingkah laku suaminya. Sampai bila dia akan ditipu, dia sendiri tak pasti. Malam itu dia tidak tidur dengan pelukan suaminya, dia lemas apabila nafas itu mendekatinya...setiap baris ayat yang dibaca dalam dairi Mz akan terbayang di mindanya.

" Sayang tak nak sarapan sekali dengan abang?" panggil Mz, hairan dia melihat isterinya yang lebih suka mengadap pinggan mangkuk di dalam singki daripada berhadapan dengannya.

"Tak pe... la makan dulu, nanti saya makan..." ada perbezaan dalam kata-kata isterinya. Mz tersenyum ‘datang bulan kot’ hati kecilnya berbisik. Dahi isterinya dicium, Humairah cuma diam dah berpura-pura sibuk dengan cawan yang dibasuh. Entah ke berapa kali cawan yang sama dibasuhnya.

"Kalau betul marah dekat abang pun janganlah sampai tiga kali basuh cawan tu bukan boleh bertukar jadi emas pun", sindiran Mz membuatkan Humairah memandang kearah cawan yang hanya satu didalam singki. Dia mengigit bibirnya. Mz meninggalkan isterinya kerana ada urusan yang perlu diselesaikan cepat. Humairah tersenyum., hahh kenapalah hati dia tak boleh membenci lelaki ini..

***
" You Nur Humairah?",

" Ya....saya awak siapa?", Humairah memandang wanita di hadapannya, skirt pendek paras lutut dengan rambut perang. Humairah pasti dia tidak pernah mengenali wanita itu.

" I lisa...teman wanita Mohd Zulkanain, I cuma nak you tahu yang you ni perampas, sejak kawan baik dia tu mampus dia terpaksa kawin dengan you...hidup dia terseksa dan dia terpaksa putus dengan I...", Humairah terkedu..kakinya terasa lemah setiap apa yang lahir dari mulut Lisa terasa menikam hatinya.

" Apa yang saudari cakap ni, saya tak faham..", Humairah sekali lagi minta penjelasan

" I bercakap tentang suami you bodoh.... sedar sikit diri you tu...perempuan perampas. Hakikatnya cinta you tu layak untuk gengster yang dah mampus tu je", Lisa berlalu, hatinya puas...senyuman yang terhias dibibirnya cukup yakin.

Humairah terduduk di bahu jalan, fikirannya kosong...airmata masih setia menemaninya. Perutnya diusap pelahan dengan tangan, baru sebentar tadi Dr. Dyahana mengesahkan kandungannya sudah dua bulan. Berita gembira itu tak sabar-sabar ingin disampaikan kepada suami tercinta. namun lain yang dirancang lain pula yang jadi. Mula-mula dairi biru kini wanita bernama Lisa.......hahhh abang tolong Irah.....berlagu tangisannya disitu.

***

"Kau nak ke bali ni bila Zul?",Hafiz memandang wajah Mz yang asyik dengan perancangan bulan madunya, wajah kawannya itu berseri-seri.

" Emmm...kalau boleh esok juga...tapi ada lagi yang perlu aku selesaikan" Mz masih lagi tersenyum.

" Suka hati kaulah Mz....." MZ terkedu....lama sudah panggilan itu tidak didengari. Hanya hafiz satu-satunya kawan yang tahu akan kisah silamnya dan nama ‘Mz’ sudah lama terkubur bersama pemergian Loz an faiz... rindunya dia pada nama itu.

"Kenapa?" Hafiz kehairanan...

"Emm...tak ada apa...aku rindu nama tu...lama tak dengar..." Hafiz terkedu mendengar jawapan kawannya itu, ‘alamak macamana aku boleh terlepas cakap ni’ dia menepuk dahinya.

Mz membuka kunci keretanya, tiba-tiba terasa ada tangan yang sedang memeluk lengannya. Pantas dia menoleh...’shit’....

"Apa you nak lagi ni?" tanya Mz tak puas hati.

"I nak you..." Lisa memain-mainkan jarinya di kolar baju lelaki dihadapannya.

" Gila....please Lisa kisah kita dah tamat..jangan lupa apa yang you dah buat dekat I..you yang tinggalkan I.. minta maaf banyak-banyak you tak akan pernah hadir lagi dalam hidup I.." sekali lagi tangan Lisa ditolak.....eiii perempuan ni....

" You jangan ingat keturunan gengster macam you ni akan hidup bahagia....ingat isteri you boleh terima ke asal you tu... ingat dah jadi peguam terkenal you bagus... you kena ingat asal tu dari sampah tau tak...anak terbuang", Lisa menjerit seperti orang histeria. Mz sudah mengenggam tangannya menahan marah entah kenapa hatinya panas apabila hal asal usulnya diperkatakan.

" Sudahlah malas layan perempuan gila macam you ni... and I tak akan jilat apa yang I dah ludah...." hah ambik kau..nak sangat kan dah keluar..Mz memecut keretanya tanpa memandang sekilaspun ke arah Lisa.

Suasana rumah banglo dua tingkat itu sunyi, sesunyi insan yang menghuninya. Humairah duduk di bolkani, disitulah dia banyak menilai diri dan kasih sayang suaminya. Hah..dia tak boleh hidup tanpa Mz cintanya sudah memenuhi segenap ruang hati, sudah tiada ruang lagi di hatinya untuk membenci....

‘abang kenapa? Kenapa?’ airmatanya menitis lagi, sejak mengetahui kandungan catatan suaminya, airmatanya tak pernah kering...Cuma ketika suaminya dirumah perasaannya seakan kosong.

Perlahan-lahan almari pakaian dibuka, beberapa helai bajunya di ambil dan dilipat masuk ke dalam beg. Tangannya sempat melakarkan sedikit kata-kata untuk suaminya. Potret perkahwinan yang indah tergantung didinding bilik dipandang. Wajah suaminya ditatap.....’aku cintakan dia’..

***

Mz berlari-lari anak masuk ke dalam rumah tak sabar hatinya ingin berjumpa dengan Humairah. Tiket ke bali ditangannya dipandang, niatnya untuk memberitahu isteri kesayangan tentang rancangannya. Sudah lama percutian ini dirancang oleh Mz. Kakinya memanjat anak tangga nama Humairah dipanggil, senyum masih tak lekang dari bibirnya. Namun senyuman itu mati apabila melihat bilik peraduan mereka kosong, pintu bilik air juga sudah dibuka namun kelibat isterinya tiada. Hatinya sudah tidak keruan, degupan jantungnya juga bergerak pantas. Mz terduduk di birai katil matanya terarah pada dairi biru dan sehelai kertas diatasnya.

Abang...

Maafkan Irah surat ini menganggu. Namun catatan abang cukup membuatkan Irah mengerti..Maafkan Irah, sebab cinta Irah abang terpaksa berkorban, Sebab diri ini abang keliru dengan perasaan...maaf, bukan itu yang Irah harapkan. Kerana sudah tiada ruang untuk memebenci abang.. Irah ambil keputusan untuk meninggalkan abang. Hati Irah dah tiada ruang selain mencintaimu, jadi irah doakan abang bahagia.....Irah restui abang untuk mengahwini lisa dan Irah rela andainya abang ingin lepaskan Irah....selamat tinggal abang jangan cari Irah...terima kasih untuk lakonan cinta Mz, Irah bahagia...

Nur Humairah....

Mz mengenggam dairi di tangannya.... lama dairi itu dipandang...

"Ya Allah kenapa ini semua terjadi...kenapa.....Irah...jangan tinggalkan abang....",

***

Sudah seminggu usahanya mencari Humairah tidak berhasil, mentuanya juga sudah di beritahu segalanya. Nasibnya baik kerana walaupun dia yang bersalah mama dan papanya tidak menyalahkannya malah turut sama mencari Humairah. Tapi usaha mereka gagal.



"Sampai bila sayang nak merajuk dengan abang?" tanya Mz perlahan. Hatinya senang apabila melihat wajah isteri kesayangannya. Tubuhnya sedikit berisi...gembirakah dia berjauhan denganku? Bisik hatinya.

Humairah senang mendiamkan diri. Wajah cengkung suaminya dipandang sekilas, dia terkejut apabila tiba-tiba Mz muncul dihadapannya malah apa yang lebih mengejutkan dirinya apabila melihat lelaki itu tidak lagi terurus. Jambang mula tumbuh meliar di sekitar wajahnya.

"Sayang tak rindukan abang?" sekali lagi Mz bertanya, isterinya dari tadi hanya membisu.Humairah memejamkan matanya...nafasnya ditarik perlahan. Suara itulah yang membuatkan tidurnya tak lena, sepanjang berpisah dengan Mz lenanya tidak pernah bertandang. Tanpa suaminya disisi hidup Humairah terasa kosong.

"Abang bagilah Irah masa....semuanya berlaku serentak...Irah keliru, maafkan Irah." Laju kakinya melangkah melintasi jalan raya yang kosong tiada kenderaan yang lalu lalang.seakan memberi ruang kepada mereka.

Tiba-tiba....

"Humairah.....", sepantas kilat tubuh itu ditolak ke tepi......Vios hitam itu merempuh tubuh Mz. Dalam sekelip mata tubuhnya sudah terdampar di atas jalan. Darah mengalir keluar dari mulut dan kepalanya.

Brek kereta ditekan kuat. Lisa terkedu nama Mz meniti di bibirnya, niatnya hanya untuk melanggar Humairah tetapi tiba-tiba Mz meluru membuatkan dia tak dapat mengawal keretanya.

" Abang...." jeritan Humairah semakin perlahan dia menekan perutnya, tolakan kuat MZ membuatkan dia tak mampu mengawal keseimbangan badannya. Dia terjelepuk di tepi jalan. Matanya sempat memandang tubuh suami yang sudah terdampar layu di tengah jalan tapi dirinya juga sudah tidak mampu berdiri. ‘ Ya Allah selamatkan suami dan anakku..’ bisiknya perlahan lalu pandangannya gelap.

***

" Abang mana mama...abang mana...", Jerit Humairah apabila dia sedar, perutnya diusap Alhamdulillah anaknya selamat.

" Sabar sayang...sabar sayang..." rambut Humairah diusap pelahan oleh Datin Munah.

Humairah memandang lama wajah suaminya yang masih tidak sedarkan diri. Larangan mama dan papanya tidak dihiraukan, walaupun tubuhnya masih lemah namun digagahkan juga untuk melihat keadaan suaminya.

" Abang maafkan Irah...Irah sayang abang...jangan tinggalkan Irah.......", tangan Mz dipegang dan dicium perlahan. Airmata menitis laju. Dia bersyukur kerana kandungannya tidak apa-apa...

" Abang...Irah mengandung anak kita.....Irah dan anak kita perlukan abang....", Humairah memandang wajah suaminya, luka-luka di wajahnya jelas kelihatan..kepalanya masih berbalut dan menggunakan bantuan pernafasan. Humairah memejamkan matanya tidak pernah dia melihat suaminya selemah ini, hatinya menangis lagi.

Tiba-tiba pernafasan Mz menjadi laju.....dadanya turun naik dengan pantas... Humairah terkejut, dalam kepayahan dia menjerit memanggil mama dan papanya berserta doktor. Beberapa orang jururawat meluru masuk bersama dua orang doktor..keadaan kelam kabut..doktor keluar masuk.....Humairah hanya mampu memandang dari luar pintu.Dr. Hamzah keluar dari bilik wajahnya kelihatan hampa.....

"abang......" rintih Humairah.

***

Humairah memandang Lokman Zaifudin anaknya itu baru berusia 3 tahun, tersenyum sambil bermain dengan kereta F1 pemberian neneknya. Humairah tersenyum...

"Amboi jauhnya isteri abang ni...dah sampai mana?"

"Emmm kat sini lagi....." Mz menghadiahkan ciuman kecil di dahi isterinya.

" Apa si kecil tu cakap dekat abang tadi?" tanya Humairah apabila melihat anaknya seakan berbisik dengan papanya tadi.

"Alaaa...adalah rahsia orang lelaki.." Mz tersenyum bahu isterinya dipeluk. Humairah mencebik.

" Dia bagi tahu rahsia dia dekat abang..." Mz serius, dia tersenyum kecil apabila melihat kening isterinya sudah terangkat macam Ziana Zain. Tubuh isterinya ditarik rapat ke tubuhnya.

" Apa dia bang...?" Mz tersenyum, isterinya seperti begitu berminat untuk tahu.

"Dia tanya dekat abang bila nak dapat adik... abang kata dekat dia malam ni papa usaha dengan mama untuk dapat adik baru....", bulat mata Humairah mendengar jawapan suaminya... pantas paha suaminya dicubit kecil...Mz masih ketawa melihat reaksi isterinya. Akhirnya Humairah turut tersenyum.

'Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku terus hidup bahagia.....' Mz berjaya dalam menempuh saat kritikalnya. Manakala Lisa pula menyerah diri ke balai polis dan mengaku bersalah ke atas cubaan membunuh Humairah dan tuduhan langgar lari. Humairah tidak pernah berdendam dengan wanita itu. Kini hidupnya bahagia....kehadiran Lokman zaifudin ibarat pelengkap kasih sayang mereka.

"Sayang esok kita ziarah pusara Loz ek..." Humairah mengangguk perlahan. Mz mencium lembut dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.

-The end-

_hakikat cinta gengster merupakan kesinambungan Cinta si gengster_
posted by Penulisan2u @ 4:45 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
19 Comments:
  • At 7/12/08 10:20 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum,
    salam,

    cerita ni best sesgt...good job penulis..smoga maju jaya..jgn berhenti menulis..jgn putus asa..terus kan perjuanganmu..

    wassalam

    puteri nor alya diana(puteri danish)

     

  • At 7/12/08 10:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wah...
    besh besh besh...saya suka cita ni...
    wawawawawa.....
    sbenarnya cita gengster yng mula2 tu sy x baca pon...
    tp bila dah baca cita ni mcm besh pulak...so baru saya baca Cinta si Gangster tu...
    mmg besh!!!
    kep up da gud work!!
    cayouk~~!!
    @)-- (^_^).... kim possible

     

  • At 7/12/08 12:44 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best r gak.

     

  • At 7/12/08 12:56 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam

    not bad.... kip up .........

    ~freze~

     

  • At 7/12/08 3:49 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    biasanya saya hanya baca cerita dari
    Hanni Ramsul..kini.. penulisan awak dapat perhatian saya.
    tahniah kepada awak dipilih antara penulis terbaik untuk bulan october..
    awak memang layak....

    ..udin...

     

  • At 7/12/08 5:13 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sbnrnya bru kali ni sy buka laman web ni...best cerita ni..walaupun smbungan sy hrp dpt baca cerita dari awk lg...t'ingin jg sy nak baca cerita ni dari mula..apapun good luck

     

  • At 7/12/08 9:34 PTG, Blogger keSENGALan teserlah.. said…

    waaaaa...
    best cite nieh..
    kalo buat novel,sure lgi byk idea bley kuar..
    best sgt...

     

  • At 7/12/08 9:59 PTG, Blogger DEENA said…

    huhu..
    cite neh bejaya mengeluarkn air mata sy..
    bagos2..teruskn usaha k..
    ^.^

     

  • At 8/12/08 7:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la kesinambungan cerita nie...arigatou...
    ^sakura hana^

     

  • At 8/12/08 1:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt ctenie..sambungn cte yg menarik..huhu..awk mmg berbakat

     

  • At 8/12/08 4:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez citer nie....sy ska citer mcm nie..teruskan ur effort yea..^_^

     

  • At 10/12/08 2:52 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ermm... biase je...
    same mcm novel2 cinte yg lain.
    cube la cri idea lain skit, biar kasi gempak lagi...
    ushe tngge kejayaan,cube lagi..

     

  • At 10/12/08 3:43 PTG, Blogger wonderpet said…

    best sangat...aku suka cite ni sangat..

     

  • At 14/12/08 10:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hello penulis
    citer ko mmg best la
    ko garap cam cantik jer ayat2 tu
    so... tahniah la yer..
    diatas kejayaan penulisan ko ni

     

  • At 15/12/08 11:02 PG, Blogger * R.I.N.D.U.k.u. pada si kuNang kuNang * said…

    wahwahwah..
    heBatzz...memang hebatzz....
    Hahh!! JGN luper warwarkan cerpen terbaru key.....tak sabau2 nieh tunggu cieter dari u agiek...

    - zureen -

     

  • At 16/12/08 5:25 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ar cite nie..
    wt lg cite cm nie k..
    tgkp nangis punya ar..=p

     

  • At 19/12/08 12:18 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    x tau camne nak bgtau perasaan sy bile dh abih bce citer ni coz best giler...sy ske sgt...penuh ngan gimik..sy ingat hero ye akn mati...rupe ye x...lege..hehe..gud job...

     

  • At 19/12/08 10:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best2...aku suke story ni..gud job!

     

  • At 21/12/08 2:48 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam....
    puas ati ar bce cte ni...
    besh...
    ape kte u bwt nvel plak...
    good job..!!
    ;))

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group