Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mak Cik SempoiSafirah berteleku atas sejadah. Solat hajat sudah ditunaikan, zikir sudah dilafazkan. Dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran secara hafaz. Sungguh, sesiapa yang mendengarnya pasti akan terpesona..amat merdu suaranya. Sungguh khusyu’ dia menghafaz..kadangkala, tubuhnya bergetar kerana ayat-ayat yang mencerita akan azab neraka. Tika dia menghafaz, tika itulah dia muhasabah dirinya. Setiap ayat-ayat dalam kitab suci itu, penuh hikmah. Kadangkala, dirasakan dirinya ini, cukup rendah..sudah cukupkah amalannya di dunia ini?Atau, mungkinkah dosa-dosanya itu setinggi gunung?Ya Rabb, ampunilah hamba jika begitulah perumpaan dosa-dosaku, doa Safirah dalam hatinya. Usai menghabiskan hafazannya, dia melipat telekungnya dengan kemas. Dikeluarkan buku-buku pelajarannya. Esok, bermulalah musim imtihan. Ah, sudah cukup ke ulangkajiku?Itulah soalan yang selalu ditanyakan pada dirinya apabila musim imtihan tiba.Bukan sebarang imtihan kali ini,tapi, inilah imtihan terakhir! Dia, seorang wanita yang istiqamah, cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan seorang pelajar di Universiti Al-Azhar. Otaknya ligat menghafal apa yang patut. Itulah yang dinamakan study..kalau tak, bukan study namanya.. Sedang dia tekun belajar, tiba-tiba, pintu diketuk. Oh, Hashimah memanggilnya untuk berjemaah bersama..sudah hampir waktu subuh. "Irah, dah abis study ke belom? Setengah jam lagi nak subuh dah. Arini, anti jadi imam,ya?" "Ya, baiklah. Tolong gerakkan ahli rumah yang lain ye..nanti, tak sempat pulak nak berjemaah,"balas Safirah. "sudah, mereka semua dah bangun..lekas bersiap ya.." "Ya, baiklah," *** Berpeluh juga menjawab soalan tadi. Tapi, bukan exercise teruk pon, Cuma guna otak dan tangan je..heran kan? Itulah yang membuatkan Safirah tersenyum sendirian. Dan, tanpa sedar, Izzati mengusiknya. "Hai, ana tengok anti ni, senyum sorang-sorang ni, naper?Teringat nostalgia manis ke?" "Isk, mana ader..Cuma teringat memori time jawab imtihan tadi..sampai berpeluh-peluh..syukurlah, tak basah kuyup ana dalam dewan tu..hehehe," Safirah ketawa kecil. Izzati hanya mengangguk. "alamak, lupa pula ana, barang-barang dapur dah nak abis la, anti tolong belikan,ye?" "Yelah, menu apa harini?" "Ader la, nah, ni senarainya.."Izzati menghulurkan senarai barang-barang tersebut. *** Sebelah tangan Safirah penuh dengan plastic manakala sebelah lagi memegang buku untuk dibaca sambil berjalan menuju tempat tinggalnya. Buppp!!! Plastik yang kuat dipegangnya jatuh. Dia terlanggar seorang wanita inggeris tanpa disedari.. "Ya Allah, Im so sorry, I didn’t mean to.."suara lembutnya memohon maaf. "Its ok, just forget its...ermm, I need to go now, by the way, can I have your mail?" "Why?" "Owh, I am searching some facts on Al-Quran..so, if nobody want to help me, I can ask your help right?" "Ooo, Of course..anytime you can ask for my help.." "Owh, thanks a million, I am really appreciate it.." "You are welcome, miss,"perbualan singkat itu berakhir setelah si wanita berbangsa inggeris itu mencatat emel Safirah. Memang tak disangka, non-muslim pon tertarik dengan al-quran..Subhanallah!Semoga dia beroleh hidayah dariNya. *** Perkara itu diceritakan kepada Prof.Abu Salman, pensyarah yang paling kamceng dengannya. Beliau tersenyum. Dia diam seketika melihat riak wajah pensyarahnya. "Bukankah sudah ramai pengkaji-pengkaji turut memeluk agama Islam kerana Al-Quran?Malahan, ada diantara mereka mengakui kebenaran Al-Quran hanya dengan beberapa ayat saja, ya Safirah,"Prof.Abu Salman bersuara. "Subhanallah,"bibir Safirah mengungkapkan kalimah suci itu. "Sebenarnya, bukan Al-Quran saja factor para cendekiawan memeluk agama islam.Seperti yang terjadi pada seorang angkasawan, dia melihat terdapat dua tempat yang sangat bercahaya dari satelit,dan kamu tahu sajalah, tempat apa itu..Makkatul Mukarramah dan Madinah Al-Munawarrah,"Prof.Abu Salman tersenyum. "Ya, sememangnya Islam itu agama yang istimewa, Prof,"balas Safirah. "Kamu tahu? Terdapat banyak ilmu dalam Al-Quran..antaranya, bahasa-bahasa binatang dan burung yang diketahui ada sebanyak 8 ayat di dalam Al-Quran. Biologi:diketahui ada sebanyak 134 ayat, Fizik: diketahui ada sebanyak 144 ayat, Kimia:diketahui ada sebanyak 11 ayat, Falak dan angkasa:diketahui ada sebanyak 113 ayat,Geografi:diketahui ada sebanyak 104 ayat,Pertanian: diketahui ada sebanyak 90 ayat. Perubatan Cara Islam: diketahui ada sebanyak 6 ayat, Perubatan bayi: diketahui ada sebanyak 5 ayat, Perubatan Penuaan: diketahui ada sebanyak 9 ayat, perubatan pencegahan: diketahui ada sebanyak 37 ayat, Perubatan dan Matematik: diketahui ada sebanyak 73 ayat,Pembedahan perubatan: diketahui ada sebanyak 9 ayat, Pembedahan Mayat: diketahui ada sebanyak 22 ayat, Peranan anggota dan saraf: diketahui ada sebanyak 59 ayat, Penyakit telinga,hidung dan kerongkong: diketahui ada sebanyak 15 ayat. Manakala, penyakit kulit pula, diketahui ada sebanyak 9 ayat, Penjagaan pesakit: diketahui ada sebanyak 10 ayat, Penyembuhan: , diketahui ada sebanyak 8 ayat,Ransangan kepada membuat kajian diketahui ada sebanyak 69 ayat. Asal-usul kejadian manusia dan makhluk:25 ayat, Keturunan atau baka:17 ayat, Mata:4 ayat, Wanita dan kelahiran bayi:32 ayat,Janin:37 ayat. Kaji bumi:60 ayat, Kejuteraan:11 ayat, Kenderaan & perhubungan:30 ayat, Laut dan Sungai:36 ayat,Sains social:27 ayat,sains pemakanan:24 ayat,dan akhir sekali, sains umum:18 ayat..Subhanallah!"terang Prof itu panjang lebar. "Sesungguhnya, Allah s.w.t. Maha Bijaksana! Lain-lain bidang ada lagi ke prof?" "Yang masih belum diterokai dan diketahui,belum ditemui..Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang Maha Mengetahui.." *** Kini, sudah hampir beberapa lama imtihan habis, syukur Alhamdulillah, ucap Safirah. Dia bakal meninggalkan bumi anbiya’ ini..sayu rasanya hati. Perasaannya bercampur..antara sedih meninggalkan bumi ini dan gembira menanti hari kepulangan ke Malaysia..walaupon perjalanan pulang dari masjid dekat, tapi, dirasakan lambat..kerana, memikirkan result dan perpisahan..huhuhu..angin padang pasir menambahkan lagi rasa sayu.. "Safirah, esok result keluar..kita solat hajat malam ni, ye?Kami nak anti jadi imam, boleh?"Hashimah bersuara rendah setelah sampai di kediaman mereka. "Ya, sudah tentu boleh..Shima, ana rasa syahdu sikit la..tak lama lagi, kita semua akan meninggalkan bumi ni..bumi di mana Nabi Musa a.s. dilahirkan dan dibesarkan..apa anti rasa?" "Sama..rasa macam baru semalam saya sesat..tak jumpa tempat kediaman kita..hehehe..rasa macam baru semalam kena halau dengan Prof.Abu Salman semester pertama dulu..nak buat macam mana kan? Kita ada tugas di Malaysia..berdakwah..sudah banyak sumbangan kerajaan..tak kan kita nak lepas tangan kan?" "Betul cakap anti..ah, sudahlah, jangan difikir lagi..nanti kat airport, orang lain dok seronok jumpa family, kita ni sayu mendudu lak.."Izzati menyampuk.Ketawa kecil pecah antara dua wanita tersebut mendengar kata-kata Izzati. *** Syukur Alhamdulillah!Ketiga-tiga sahabat itu berpelukan..mereka lulus! Dan, tak lama lagi, mereka akan memegang segulung ijazah sarjana muda yang amat diimpikan. Petang itu, selepas Asar, mereka bertiga ke sebuah restoran. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama sejak musim imtihan dulu..kini, senanglah, dah abis final exam!Tapi, yang amat menyakitkan pandangan mata, sepasang kekasih berbangsa arab,islam, sedang berasmara sambil berpegang-pegang tangan. "Irah, jom gi tempat lain..malas la nak tengok pemandangan ni..tambah dosa je.."Hashima bersuara dengan perasaan menyampah. "Jom ar, benci betul ana!"Izzati pula bersuara. "Memang ana ingat nak gi tempat lain pon.." "Kalau non-muslim, boleh la wat tak peduli je..ni,orang Islam..sungguh mencemar maruah!"Hashimah bersuara setelah mereka semua duduk di tempat lain. "Ana kesal, Irah. Yelah, kat Mesir ni, bumi anbiya’ ni, dicemari dengan perkara-perkara tu..sedangkan, diorang tahu hukum-hakam..kenapa ek?Ana heran sesangat!" "Mungkin, diorang dah hanyut..tengoklah, dah berapa ramai yang ikut larangan Allah s.w.t. Huh~.. sedangkan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sudah ditetapkan..yang mana, seseorang perempuan itu harus menundukkan pandangannya apabila bertemu orang lelaki dan sebagainya..betul tak?" "Ya, betul tu..ana rasa, apa yang diorang wat tu dah mendekati zina.Allah s.w.t. pon dah bagi amaran,’ dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk [Al Israa\' : Ayat 32]’.. Ana rasa serba salah..kenapa kita tak tegur diorang..sedangkan, di akhirat nanti, akan disoal apa sumbangan kita pada Islam.." "Hmm..tapi, sekurang-kurangnya, kita dah elakkan diri kita dari maksiat mata.." *** Majlis konvokesyen sudah lama berakhir,kini, Safirah sudah berada di dalam perut kapal terbang.. rasa syukur yang amat sangat!Akhirnya, setelah lama berjuang di bumi anbiya’ ini.. Sedih juga meninggalkan teman seperjuangan dan para pensyarah yang banyak membantu. Tapi, ada perjuangan yang lain sedang menunggu, iaitu perjuangan dakwah di tanah air kelak. Izzati dan Hashimah pula sedang enak dibuai mimpi di sebelahnya..tetapi, tidak bagi Safirah, dia tidak mampu melelapkan matanya..bibirnya lancar menghafaz Al-Quran.Memikirkan tanggungjawab yang akan digalas kelak, ini amanah yang besar! Dan, itulah yang mengisi fikirannya. Andainya dia tidak menggalasnya dengan sempurna, andainya..Ya Rabb, permudahkanlah segala urusanku dalam memikul amanah ini, doa Safirah. *** Sudah hampir sebulan bergelar seorang tutor, hari-harinya agak baik. Walaupon ramai student-student tak berapa senang dengannya kerana dia masih baru. Ermm, penat jugak eh, luah Safirah dalam hatinya. UIA, nama saja Universiti Islam Antarabangsa, tapi, kenapa student-student di sini berpasang-pasangan?Masuk kuliah, sebelah-menyebelah budak laki pompuan. Itulah yang peliknyer. Tiada siapakah yang menegur mereka? Soalan-soalan itu dibiarkan di kotak fikirannya. Hendak ditegur, dikatakan busy-body..hendak dibiarkan, dosa menghempap diri.. "Assalammua’laikum,"tegur seorang doctor falsafah. "Waa’laikumsalam. Ya, ada apa hal ni, Prof. Ismail?"soal Safirah. "Ana ada tawaran untuk anti..sempena karnival Islam nanti, ada slot forum. Ana sedang mencari siapa yang sesuai.. dan, ana rasa, antilah orang yang sesuai..bagaimana?" "Maaf,Prof.ana rasa ana masih baru lagi..kenapa tak dipilih student-student di sini saja, prof?" "Memang kami sudah memilih para student, tapi, tak cukup lagi..kami perlukan student2 yang mahir dan panel yang bagus," "Oh,begitu, tapi, prof, ana tak rasa ana mampu..yelah, ana masih baru dan tak ada pengalaman lagi.." "Apa pulak macam tu, baguslah kalau anti join sekali..bukan apa, kalau kami ambik yang berpengalaman, ramai yang dah bosan. Diorang nak pemikiran dan idea segar dari orang-orang baru pula.. anti fikir dulu,ya? Assalammua’laikum,"Prof.Ismail berlalu pergi selepas Safirah menjawab salamnya. Forum? *** "Jadi, anti nak mintak pandangan ana?"soal Prof.Zahra. "Hmm..macam tu la..apa pandangan prof,kalo ana join forum tu?Yelah, ana rasa, kalo yang berpengalaman macam prof mungkin lebih layak..." "Safirah..yang masih barulah kena ada pengalaman, jangan sia-siakan peluang untuk mendapat pengalaman tu..tapi, ana rasa, anti memang layak la..Cuma anti yang rendah diri sangat..dalam nak berdakwah, kita mesti yakin, cukup ilmu dan boleh berhadapan dengan cabaran itu sendiri..anti dah ada cukup ilmu bukan?Anti ada pandangan dan idea dalam berdakwah kan?" "Ermm..memang ada..Cuma.." "Tak yakin..itu simple thing je, berdoalah supaya anti dapat keyakinan..ingat, Allah ada bersama kita..ana dulu pon macam anti jugak.." "Betul ke?Abistu..macam mana prof dapat keyakinan?" "Doa je..tanam tekad..pastu, bila dah masuk forum, rasa cam dah dipermudahkan.." "Subhanallah, sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.." "Ya, benar. Sebab, semua yang kita dapat tu datang dari Allah s.w.t."Prof.Zahra tersenyum. *** Forum akan bermula sebentar lagi. Safirah tenang naik ke atas pentas selepas dijemput oleh pengacara majlis. Hatinya sedikit berdebar-debar, kerana, telah dipermudahkan olehNya. Betul kata-kata Prof.Zahra. "Baiklah, kita mulakan forum ini. Pertama sekali, saya nak kemukan soalan tuk tutor baru kita, Cik Safirah Ahmad. Soal solat, apakah itu solat?Dan, apa yang boleh diperjelaskan?Silakan cik," "Terima kasih, tuan pengacara majlis..Sebenarnya, solat ini adalah salah satu dari rukun Islam. Dan, solat ini, seperti yang kita ketahui, adalah wajib. Sepertimana ayat ini: Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama(Asar,Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyu’[Al-Baqarah:238] Dan, perkara yang pertama sekali akan disoal oleh Allah s.w.t., adalah solat. Atau secara mudahnya, solat ini umpama sebuah synopsis buku, jika sempurna, org akan lihat isi dalamnya, tapi, kalau tidak sempurna, memang org x layan langsung buku itu. Sama juga dengan solat, jika tidak sempurna solat , maka, tidak sempurnalah amalan kita. Walaupon, kita mengamalkan adab-adab dengan sempurna, kita selalu tolong orang susah, selalu bersedekah, tapi, kalau solat tak sempurna, Allah s.w.t. tak akan ‘pandang’ amalan kita itu.Sekian untuk pusingan ini,"pendek dan ringkas ulasan dan kupasan Safirah tapi, padat. "Dan, soalan seterusnya ditujukan kepada panel kedua kita, Hafizudin Ismail. Apa istimewanya solat?Silakan, Encik Hafizudin,"tuan pengacara bersuara setelah tamatnya ulasan dan kupasan Safirah. "Solat. Apabila disebut solat, semua orang tahu, solat adalah sembahyang. Kenapa solat ini istimewa?Sebab, ia berbeza dengan yang lain. Sehingga, kerna wahyu menunaikan solat, Allah s.w.t. mengangkat Nabi Muhammad s.a.w. ke langit dalam peristiwa Isra’ & Mikhraj.Sedangkan, wahyu menunaikan puasa atau yang lain-lain, hanya disampaikan melalui Al-Quran. Itulah istimewanya solat. Dan, solat itu adalah tiang agama, jika kita tidak solat maka, tidak kukuhlah tiang agama itu. Apabila tiangnya tidak kukuh, maka, robohlah sesuatu bangunan itu. Sama juga seperti solat..sekian, saya serahkan semula majlis pada tuan pengerusi," "Ya, cukup istimewanya solat..giliran Encik Azizi pula, yang merupakan pelajar senior juga, iaitu tahun terakhir..soalannya, bagaimana caranya, untuk khusyu’ dalam solat?Silakan encik," "Terima kasih, tuan pengacara. Sebut psl khusyu’, mesti ramai yang kata susah bukan?Sebenarnya tidaklah sesusah mana..dan harus diingat, syarat yang utama nak solat kita khusyu’, adalah kemantapan iman. Dan, wudhu’ kita mesti sempurna serta kita faham apa yang kita baca. Dan ketika solat, pandang tempat sujud. Dan, jaga pemikiran kita dari lalai. Jangan tengah-tengah dok solat tu, ingat kat girlfren/boyfren..dok ingat satgi, aku nak pi dating ngan awek aku..ada pula yang dok ingat nak makan KFC tengah-tengah dok solat,jangan,jangan ingat benda2 tu..sebab perkara-perkara itu dinamakan lalai. Firman Allah s.w.t, ‘Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.(Al-Ma’un: 4-5). Ketika solat, ingat pada Allah, Allah sedang memerhatikan kita, Allah s.w.t. itu Maha Besar,Rasa Malu dan takut pada Allah, dan sebagainya. Kuncinya ada dua, kemantapan iman dan pemikiran kita serta hati kita.Kita mesti hadirkan hati.. Dan, sebaik-baiknya, solat berjemaah adalah yang lebih baik. Sekian saja, saya serahkan majlis kepada tuan pengacara," "Terima kasih, Encik Azizi. Pusingan kedua pula, kali ini, kita akan memberi peluang kepada para penonton untuk mengemukakan soalan,silakan," "Assalammua’laikum, saya ingin bertanya, tentang solat berjemaah, macam mana nak khusyu’ dalam solat jemaah? Sekian,"soal seorang penonton wanita. "Waa’laikumsalam. Khusyu’?Sebenarnya, syarat khusyu’ salah satunya adalah solat berjemaah. Cuma, ada beberapa perkara yang menyebabkan kita hilang khusyu’.Salah satu darinya, persekitaran dan pakaian. Contohnya, sejadah yang banyak gambar. Tapi, kebanyakkan masjid tidak menyediakan sejadah yang banyak gambarnya. Ada juga masjid-masjid yang menyediakan sejadah kosong. Tapi, kenapa tak boleh khusyu’ juga? Sebab fikiran kita..mungkin kita akan terfikir macam ni...isk2, kedekutnya AJK Masjid ni..kat rumah aku pon sejadah ada corak sikit2..ni, sejadah kosong je..betul tak?Sebab itu, pemikiran kita kena jaga macam Encik Azizi sebutkan tadi. Pakaian pula. Kadangkala, ada jemaah yang pakai baju melayu yang mengerlip-mengerlap, ada jemaah yang pakai T-Shirt saja, tapi, gambar AF la, Jomheboh la, dan macam-macam lagilah..ada jemaah(perempuan) pula, yang pakai telekung bercorak sampai ke leher, ada pula yang telekung penuh dengan corak..sampaikan, para jemaah yang lain tak boleh nak khusyu’ sebab pakaian seorang jemaah. Oleh itu, jika kita hendak berjemaah, pakailah pakaian yang sederhana saja. sebaik-baiknya, takder gambar langsung. Dan, banyak lagi sebab-sebab hilang kekhusyukkan. Kalau ana ulaskan dan kupaskan, mesti takkan habis untuk hari ini. Sekian saja untuk pusingan kali ini, ana serahkan majlis pada tuan pengacara," Majlis berterusan sampai pusingan ketiga. Akhirnya, majlis ditutup dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Syukur, Alhamdulillah, ucap Safirah dalam hati. *** Bergelar seorang pensyarah ini bukan mudah sebenarnya. Banyak kerja jugak. Walaupon masanya tak menentu..tapi, boleh tahan letihnyer. "baiklah kelas, setakat ni saja kuliah arini..jumpa lagi, Assalammua’laikum,"Safirah mengatur langkah keluar dari dewan. "Cik, tunggu dulu..saya ada benda tak paham.."Aisyah,salah seorang studentnya mengejarnya. "Apa yang tak paham?"soalnya. "Ermm, macam ni..saya bukan nak soal pasal apa yang cik ajar tadi..saya nak Tanya pasal amal makruf nahi mungkar.." "Kenapa dengan perkara tu?" "Ermm..saya rasa.." "Takpe, kita bincang kat bilik saya..jom,"ajak Safirah. *** "Saya rasa, bersalah sgt..susah nak cakap..kalau saya tegur, takut dia kecik ati.." "Apa yang dia dah buat?" "Sebenarnya, dia ni dulu dok umah anak yatim..dia dibuang kat situ masa dia bayi lagi..dan,pihak rumah asuhan tu bela dia..Semalam, dekat luar shopping complex, sorang tua datang kat dia mengaku dia ibunya..tapi, dia tolak orang tua tu..dia kata dia bukan anak si tua tu, lepas tu dia maki-hamun orang tua tu..kebetulan saya pon ada kat situ..saya rasa bersalah, cik..saya tak halang perbuatannya.." "Macam ni..cara yang terbaik, berdoa dulu, lepastu, amik masa yang sesuai..takut silap timing lak..tegur dia elok-elok..bawak berbincang.." "Kalau dia tak dapat terima?Kalau dia putuskan tali persahabatan kami yang dah lama terjalin ni..macam mana?" "Aisyah, doa tu senjata kita..jangan risaulah..lagipon, amal makruf nahi munkar ni wajib, seperti dalam firman Allah s.w.t.: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Surah Al-Imran:110)" "Terima Kasih,Cik Safirah,"ucap Aisyah lalu memberi salam pada tutornya itu. *** Safirah membayar harga barang yang dibelinya. Dia ingin segera pulang ke rumahnya. Siapa yang tidak mahu berehat jika sudah letih bekerja? Kerana langkahnya yang laju itu, dia terlanggar seorang tua yang sedang batuk-batuk.Entah mengapa, hatinya seakan-akan tersentuh dengan keadaan si tua itu. Sehelai sepinggang saja tampaknya. "Maaf,ye, makcik, ana tak sengaja langgar.."ucap Safirah. "Takpe, nak.Makcik takder pape.."balasnya. Si tua itu mengatur langkah ke kaunter kedai itu. Dia mencapai sepeket roti jagung. Lalu, dia ke kaunter. Dicari-cari dompetnya dalam saku baju kurung kedahnya. "Maaf, nak. Makcik, dompet makcik hilang..Boleh tak makcik mintak sepeket roti ni..makcik lapar nak..dah seharian makcik tak makan.." "Makcik..saya ni berniaga..susahla kalo saya bagi free je..yelah, sekarang ni, barang naik, minyak naik.."apabila terdengar kata-kata peruncit itu..hati Safirah mula tersentuh..kenapalah dia lebih memikirkan rugi di dunia dari rugi di akhirat kelak? "Takpe, biar ana yang bayar..makcik, nah, ini rotinya.."dia menghulurkan roti yang sudah berbayar itu. "Terima kasih, nak..Allah sajalah yang mampu bayar kebaikan nak.." "Makcik..makcik dari mana?" "Makcik dari kampong, datang ke sini mencari anak makcik.." "Makcik..boleh saya tahu..siapa anak makcik tu?Mana tahu saya kenal," "Tak payahlah,nak..makcik dah jumpa..lagipon, makcik tak bawa gambarnya sebab firasat seorang ibu sudah cukup untuk makcik jumpa anak makcik..makcik ingat nak beli tiket bas siang tadi..tapi, dompet makcik hilang.."satu persoalan terbit dalam hati Safirah..inikah ibunya Saidah, sahabat Aisyah itu? "Takpe. Buat masa sekarang, makcik tinggal dulu dengan saya." *** "Makcik..boleh saya tahu, kenapa makcik tinggalkan Saidah depan rumah asuhan tu?"soal Safirah di dalam kereta. "Sebenarnya, kisahnya bermula selepas makcik kahwin dengan pilihan hati makcik. Ibubapa makcik tak restu, sebab maharnya tinggi lalu suami makcik berhutang dengan Along..dan, sepanjang usia perkahwinan makcik dengannya, kami dibebani hutang Along. Perniagaan suami makcik menjadi muflis.. Dek kerana hutang, hidup kami susah. Sampai satu hari, kumpulan Along tu bunuh suami makcik. Masa tu, Saidah baru usia 3 bulan..makcik tak tahu nak buat apa.. Kumpulan tu nak ambik Saidah sebagai tebusan hutang tapi, makcik tak bagi..dan, makcik tak tahu nak buat apa..makcik bunuh satu persatu kumpulan tu..untuk keselamatan Saidah, makcik tinggalkan dia di depan rumah asuhan tu..makcik takut, kalo dia bersama makcik, dia dalam bahaya.. Lagipon, makcik nak anak makcik selamat. Makcik nak dia senang..sebelum makcik masuk penjara. Lama juga makcik masuk penjara..syukur Alhamdulillah, makcik dapat pengampunan dari Sultan.. Tapi, makcik tak sangka, masyarakat tak dapat terima makcik, orang2 kampung benci makcik..begitu juga dengan anak makcik..sekurang-kurangnya, makcik bangga sebab dia punya pelajaran yang tinggi," air mata mengalir dari kelopak mata si tua itu.. "Jangan risau makcik, nanti, mesti dia sedar jugak..makcik sabar ya.." *** "Cik Safirah, saya dah Berjaya pujuk dia..alhamdulillah.."ucap Aisyah. "Mcm mana tegur boleh jadi pujuk pulak?" "Kan nasihat dapat melembutkan hati..tapi,ibunya..ke mana ek?" "Jangan risau, ada bersama ana," "Betul ke? Macam mana boleh jumpa ibunya?" "Takdir Allah..tapi, kat rumah la..so, bila kita nak aturkan pertemuan dua beranak ni?" "Petang ni boleh?" "InsyaAllah.." Petang itu, mereka dua beranak dipertemukan kembali. Begitu murahnya airmata Saidah mengalir memohon maaf pada ibunya..Suasana itu memang amat syahdu..Aisyah dan Safirah turut terharu.. Tapi, tanpa dijangka, datang seorang samseng menembak si tua itu..lalu melarikan diri..mungkin, dia ingin membalas dendamnya.. "Aisyah, cepat telepon ambulan.."arah Safirah. "Ibuuuu...ampunkan Saidah bu..Saidah banyak dosa bu.."berlinangan air matanya memeluk sekujur jasad yang sudah lemah itu.. *** Peristiwa itu menjadi satu kenangan yang susah dilupakan..dengan kenangan itulah..membuka mata hati Safirah..sudah lama dia tidak pulang ke kampong menjenguk uminya..umi, adakah dikau kecewa dengan sikapku yang terlupa ini? Suasana kampong halaman sudah terlihat di mata..melihat kanak-kanak riang bermain, kenangan sewaktu kecil singgah di fikiran..ah, alangkah indahnya zaman kanak-kanak..sepanjang masa bersama umi, jika comot mulutnya makan aiskrim, umi bersihkan..jika jatuh terluka, umi carikan ubat, umi yang rawatkan..umi, betapa besarnya kasih sayang kau padaku.. Kelihatan umi dari jauh sedang menyiram pokok bunga..hatinya melonjak-lonjak ingin memeluk umi..alhamdulillah, Kau berikan daku peluang untuk bersama umi lagi, Ya Allah..bisik hati Safirah. Keluarnya dari perut kereta kelisanya, dia terus berlari memeluk uminya. "Ya Allah..salam tak bagi, tegur pon tidak..datang terus pelok umi..nape ni?"soal uminya kehairanan.. "Umi..umi kecik ati ngan Irah tak?" "Isk, ape budak ni..mane ader..dah la, jom masuk dulu..bucuk la anak umi ni.." "Umi, Irah mintak ampun sangat2..Irah tau, sejak jejak bumi anbiya’ sampai dah kerja..Irah jarang telepon umi..Umi, maafkan Irah,mi..final exam dulu pon Irah tak telepon mintak restu..dah balik Malaysia, dapat kerja pon, Irah selalu abaikan umi..umi telepon, Irah off..tapi, Irah tak telepon balik..Umi..Irah mintak maaf, Irah lupa pasal umi..sampaikan Irah lupa lagi nak mintak doa dan restu umi masa forum aritu.." "Memang umi kecik ati..siang malam umi tunggu Irah telepon umi sebelum final exam tu..Umi rindu Irah..bila dah kerja..umi kecik ati lagi..Irah tak pernah nak telepon balik..tapi, umi tak marah, sebab umi tak nak anak umi dimurkai Allah.."airmata mula mengalir dari kelopak mata uminya.. "Umi, ampunkan Irah..Irah dah banyak dosa umi.." "Yelah..umi ampunkan, eh, jom la masuk..nanti orang tengok..heran pulak, ape kes dua beranak ni.."seloroh uminya..kedua beranak itu pun masuk ke dalam rumah mereka.. *** Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?" Beliau menjawab, "Ibumu! Ia bertanya lagi, "Lalu siapa?" Rasul menjawab lagi, "Ibumu!" Ia balik bertanya, "Siapa lagi?" Rasul kembali menjawab, "Ibumu!" Ia kembali bertanya, "Lalu siapa lagi?" Beliau menjawab, "Bapakmu!" (Dikeluarkan oleh Asy-Syaikhani (Bukhari-Muslim). Walaupun kita sehebat mana pun..kalau tak ada restu, tidak bermaknalah hidup kita...
alhamdulillah,sy dpt lg bace cerpen yg Islamik..sy nk buat cerpen Islamik,tp x brp mahir mmbuatnya..sy harap dpt d pelajari drpd penulis yg berpengalaman seperti penulis..sy harap penulis dpt memberi tunjuk ajar kpd sy..
p/s:smoha maju jaya..jgn putus asa..jgn berhenti menulis..teruskan perjuanganmu,wahai penulis..
kenapa banyak spelling error, pun jadi pon macam orang tua punya ejaan, ante jadi anti ngape ek. kenapa campur aduk ejaan bahasa inggeris dengan melayu, contoh faktor jadi factor, doktor jadi doctor. walau pun ia kecil tapi memberi kesan atas penulisan.
tak tau apa motif cite ni. tak sedap. sorry
terlalu banyak elemen-elemen yang di masukkan tapi tidak ada penghujung nya. apa kesudahan minah saleh yang minta e-mail tu dan lain lain lagi
tak best. kenapa untuk seseorang berkelulusan dari bumi al anbiya, soalan yang di tanya adalah apa itu solat. pernah ke kita ke forum apa-apa sekali pun ada yang tanya apa itu solat. sepatutnya ia lebih kepada bagaimana menjadikan solat itu lebih bermakna, bagaimana memebuatkan manusia akan merasa kehilangan bila mereka meminggirkan solat itu. cerpen ini lebih seperti rencana bila ia memberitahu ayat apa menerangkan apa yang bersangkutan. tak perlulah menerangkan kesemuanya, cukuplah satu atau dua dan sebut aje lah lain-lain.
salam~ trlebih dl sy nk mtk maaf kalo pe y sy komen ni slh or menyinggung perasaan sesiapa.pepatah melayu ada menyebut,x kenal maka x cinta.so,apa slhny jika forum dimulakan dgn soalan apa itu solat?sblm diutarakn dgn lbh lanjut wajar jika dimulakn dahulu dgn soalan y basic.bknkah basic/foundation itu penting?tanpa foundation akn runtuh lah bangunan2di muka bumi ini... maaf sekali lg jika apa y sy katakn ini salah atau menyinggung mane2 pihak.saya hanya nk mengutarakan pandangan shj. tq. salam~
cerita best....menyentuh hati.... cerita ni macam dalam televisyen....cerekarama rasanya... tapi xingat tajuk ape.... cuma dlam tv tu wataknya lelaki... tapi mmg best... saya suka.... good luck for the writers.. hope u will come out with another stories...
nice story. islamic, tp mcm tak tersusun sket la. sy paham yg penulis cuba nk msukn fakta2 tntng al-quran, tntg solat dll tp cam tak ckup kuat & kemas dlm penceritaan tu. bleh d perbaiki lg. well done. gud job.
i`m uia student. it is reallity in uia. not much different from others uni.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam
alhamdulillah dpt jugak bce cite islamic lg...
erm ..dak safirah tu kn da study kat mesir, knp stil study kat uia.. ato dea keje situ??
q: klo da kawen , nk b`asmara pon x leh show kat public ea?
kazen org ad study kat uia...dea ckp 'ala nme je uia tp same je cam u laen`
anyway, sejuk ati bce...byk knowlegde dpt..
kip it up........
~freze~