BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Disember 07, 2008
Cerpen : Alang
Nama Pena : Sangburia // Muaz

Semua terjadi diluar jangkaan ibu. Alang pergi sekelip mata. Bagaikan baru semalam ibu menyusukan alang. Membawa alang untuk mendaftar di sekolah. Melihat senyuman alang ketika menyatakan dirinya diterima sebagai askar melayu. Dan pada lembaran setahun yang lalu, segaknya alang menjadi raja sehari. Tapi kini alang telah pergi tingggalkan ibu selama-lamanya. Alang tidak tersungkur di medan perang, alang anak ibu menderita sakit selepas pulang dari operasi di hutan. Itu cerita menantu ibu. Ibu sungguh terkilan. Alang pergi dalam usia yang masih terlalu muda dan sewaktu menghembuskan terakhir ibu tidak disamping alang. Ibu hanya dapat menyentuh jenazah alang yang sudah siap dikafankan. Itupun tidak sampai sepuluh minit. Alang dibawa pergi untuk disemadikan. Hati ibu mana yang tidak disayat pilu. Luluh hati ini hanya Tuhan yang tahu. Sudah lama ibu tidak menatap wajah alang dan apabila takdir memisahkan untuk selamanya ibu tidak dapat untuk membawa jenazah alang pulang ke kampung halaman. Bukan kerana ibu tidak mampu. Tapi isteri alang telah menidakkan hak ibu sebagai orang tua alang. Mungkin benar isteri alang lebih berhak. Tapi di mana pula hak ibu yang telah mengandungkan dan membesarkan alang. Usia perkahwinan itu masih setahun jagung. Belum pun sampai dua tahun. Ibu masih belum lagi mengenali bekas menantu ibu sepenuhnya. Ibu juga baru pertama kali menyentuh cucu ibu yang berusia 6 bulan itu pada hari pemergian alang. Kenapa tidak biarkan saja ibu membawa alang pulang untuk disemadikan di tanah kelahirannya? Menantu ibu masih punya Irsyad, cucu ibu. Tapi ibu telah kehilangan Ikhwan Fikri dan ibu mungkin bakal kehilangan Irsyad. Isteri alang masih muda dan ibu juga tidak menghalang andai dia mencari pengganti alang walaupun masih terlalu awal untukku fikirkan perkara ini. Isteri mana yang tidak sayang suami. Namun lambat-laun dia akan berumahtangga juga. Irsyad akan punya ayah baru dan pusara alang mungkin kurang mendapat perhatian walaupun tidak dilupakan.
Di sini alang hanya ada seorang anak yang belum sempat mengenali alang dengan ayahnya. Apalah yang di tahu oleh anak sekecil Irsyad. Senyuman tetap terukir dibibir Irsyad tatkala seluruh ahli keluarga meratapi pemergian ayahnya. Tapi di sana ada adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan alang. Kasihan adik-beradik alang tatkala melihat ibu melangkah ke balai berlepas. Kerinduan yang bersarang dihati mereka tidak bisa terhapus lagi buat alang. Tiada lagi panggilan jauh dari alang. Tiada lagi suara alang yang akan mengubat rindu yang terpendam. Tiada lagi gurauan alang. Tiada lagi dinanti kepulangan alang. Segala-galanya tiada. Malah anak-anak ibu juga tidak berkesempatan untuk melihat alang untuk terakhir kalinya.


Alang, bergenang airmata ibu apabila teringatkanmu nak.... Lebih-lebih lagi semalam kami sekeluarga menikmati makanan kegemaran alang. Ikan bawal masak asam pedas. Kak ngah juga tersebut-sebut nama alang di hadapan rezeki itu. Tidak pernah sekali pun kami di sini membiarkan walau sehari pun berlalu tanpa mengingatimu alang. Terbit juga perasaan menyesal kerana membenarkan alang meninggalkan tanah semenanjung walaupun kerana tuntutan tugas. Andai alang berada disisi ibu, sesalan ini mungkin saja tidak terlalu mengasak. Sekurang-kurangnya ibu dapat menjaga alang sewaktu sisa-sisa hayat alang masih ada. Mungkin juga perasaan ibu akan lebih tenang dan redha dengan pemergian alang. Alang sayang, sehingga ke hari ini perasaan sesal itu tetap ada walaupun sudah puas ibu usir dari terus bertamu di hati ini.


Alang, kasihan ayah. Sejak berita pemergian alang, ayah tidak bercakap walau sepatah pun. Ayah diam seribu bahasa. Ibu risau dibuatnya. Alang kan tahu, ayah paling sayang pada alang. Bukan bermaksud ayah tidak sayang pada abang long, pada kak ngah, achik, uda dan adik, tapi kasih ayah pada alang lebih sedikit. Mungkin kerana alang mirip ayah ataupun alang satu-satunya anak ayah yang rajin mengikut ayah ke surau. Memang sejak dari alang masih kecil lagi ayah suka bercakap mengenai alang. Walaupun alang jauh dimata, namun cerita tentang alang tidak pernah mati di bibir ayah. Cuma sejak semalam mulut ayah bagaikan terkunci rapat untuk menyebut nama alang. Walaupun cuma sepatah. Sesekali ayah termenung panjang dan airmata bertakung si bibir matanya. Ibu takut alang. Sikap ayah berubah secara mendadak. Ayah langsung tidak mempedulikan sesiapa pun saudara-mara yang datang ke rumah sebaik mendengar berita duka ini. Ayah lebih senang menyendiri. Ayah menjadi pendiam sedangkan selama ini ayah yang paling banyak bercerita. Sikapnya itu telah menurun kepada alang dan menjadikan ayah dan alang penghibur dikalangan keluarga kita. Kehilangan alang telah meragut seluruh kebahagiaan keluarga kita. Alang, sudah hampir 7 tahun kita tidak kerap lagi bersama. Cuma sesekali bercuti panjang, alang akan berada di sisi keluarga. Lembaran juga jarang kita nikmati bersama. Kalau dulu alang akan merayakan hari lembaran bersama keluarga, tapi kini tidak lagi. Kalau dulu walaupun jauh dirantau alang tidak pernah lupa untuk menelefon keluarga, namun sekarang semuanya telah berakhir bersama pemergian wira ibu. Ibu tidak sanggup lagi untuk mengenangmu sayang. Luka di hati ini kian mencengkam. Terlalu pedih sayang. Semakin ibu cuba meredakan resah ibu, kenangan bersamamu bagaikan putaran filem bermain di mata ibu. Hanya airmata yang menjadi peneman setia ibu ketika ini.

Alang, ibu juga kasihan melihat abang long. Ibu fikir abang long akan lebih tenang. Ibu ingatkan abang long akan lebih kuat menerima dugaan ini. Ibu ingatkan abang long akan lebih tabah. Malah lebih tabah dari ibu. Tapi sangkaan ibu meleset. Abang long juga sama seperti ayah. Sejak mendengar khabar sedih ini abang long belum menjamah sebutir nasi pun. Walaupun dia masih dapat melayan kehadiran saudara-mara dan kawan-kawan alang yang bertandang ke rumah tapi airmatanya terlalu murah setiap kali abang long menyebut namamu alang. Hampir tak terdengar nama “FIKRI” disebutnya. Nama panggilan alang di kalangan saudara-mara dan kawan-kawan alang.


Kasihan kak ngah alang. Kak ngah bagaikan orang gila meratapi kehilangan alang. Beberapa kali kak ngah pengsan. Kak ngah tidak dapat menerima hakikat yang alang telah pergi selama-lamanya. Ibu juga tertewas apabila melihat keadaan kak ngah. Airmata yang ibu tahan akhirnya tumpah juga. Ibu peluk kak ngah. Memberi semangat untuknya. Tapi kak ngah terlalu mengikut perasaan. Sebaik saja sedar nama alang disebut lagi. Wajah bujur sirih kak ngah sembab. Matanya bengkak. Dan apabila melihat wajah uda, kak ngah meraung lagi, kemudian pengsan. Alang juga tahu bukan? Semakin meningkat remaja wajah uda semakin mirip alang. Kata mak long, Firas akan mengubat rindu kami pada alang. Tapi bagi ibu alang tetap alang dan uda tak mungkin menjadi alang.
Alang, bagaimana untuk ibu hadapi kemelut ini seorang diri. Ibu tak mampu lagi alang. Tiada seorang pun adik-beradik alang memberi kekuatan kepada ibu. Semuanya lesu. Pemergian alang benar-benar memberi tamparan hebat buat along, angah, achik, uda dan adik.

Alang, walaupun achik tidak mempamerkan kesedihannya, namun ibu tahu achik yang paling terasa kehilangan alang. Achik dan alang memang tidak pernah sebulu sejak kecil lagi. Pantang berjumpa pasti bertelingkah. Namun sejak alang bertugas nun jauh di Bumi Kenyalang, nama alang sering meniti di bibir achik. Setiap kali alang telefon, sejuk hati ibu mendengar achik dan alang bergurau. Tapi entah di mana silapnya, achik dan alang akan mesra bila berjauhan dan bila dekat pasti terjadi pertelingkahan. Namun inilah menjadi asam manis dalam kehidupan seharian kita. Tanpa achik dan alang, rumah terasa sunyi. Ibu akan rindukan semua ini alang. Rindu untuk mendengar achik dan alang bertekak lagi. Walaupun alang dan achik tak pernah sehaluan namun tidak sampai memutuskan kasih sayang antara kalian. Ini dapat ibu lihat apabila ada ketikanya, kadang-kadang alang dan achik boleh bersahabat baik sebagaimana alang dan abang long. Achik sayangkan alang. Itu yang alang tahu walaupun sebelum ini achik tidak pernah melafazkan secara terangan. Sewaktu hayat alang ada pun achik selalu mengatakan rindu untuk bertengkar dengan alang. Apatah lagi kini alang. Achik pasti akan terus merindui setiap saatnya bersama alang. Sebelum ibu ke sini untuk menziarahi alang buat kali terakhir, merembes airmata ibu apabila achik memeluk ibu erat. Katanya dia mahu ibu sampaikan salam keampunan untuk abang lang. Dia berdosa kepada abang lang dan selama ini dia tidak pernah menghargai setiap detik abang lang di sisinya. Buat pertama kali juga ibu melihat airmata achik tumpah. Achik yang selama ini terlalu tabah, degil dan nakal tersandar lesu di bahu ibu. Hilang semua sifat jaguh di dalam dirinya. Tidak pernah ibu melihat achik selemah itu. Achik tumpas di hari pemergian alang. Achik menjadi terlalu sensitif. Dia tidak membenarkan sesiapa pun menyebut nama alang di hadapannya. Dan yang lebih menyedihkan hati ibu, achik seolah-olah hilang pedoman. Berkali-kali dia berpesan kepada ibu supaya membawa abang lang pulang. Dia mahu memeluk abang lang. Dia mahu meminta maaf daripada abang lang. Sejak pagi tadi hanya baju alang tersarung di tubuhnya. Sesekali dia bercakap seolah-olah berbual dengan alang. Hancur hati ibu sayang... Segalanya berubah sejak pukul 5.30 pagi semalam. Sejak alang dikhabarkan telah pergi menyahut panggilan ilahi. Sejak itulah seisi rumah ini bertukar watak. Bagaimana pula nanti andai ibu juga menjadi sedemikian rupa. Siapa lagi yang dapat diharapkan. Bagaimana pula nasib uda dan adik? Meraka sepatutnya diberi perhatian ketika ini kerana hati kecil mereka masih belum bersedia untuk memberontak dan akhirnya nanti akan memakan hati. Ibu bimbang alang. Bimbang melihat uda dan adik.


Alang, uda kata dia sayang sangat kat alang. Uda bercita-cita untuk menjadi askar seperti alang. Tersentak hati ibu alang. uda kata dia mahu meeruskan cita-cita abang lang yang kecundang di tengah jalan. Itu cerita uda pada kawan-kawan yang bertandang. Ibu tidak rela alang. Ibu tidak mahu uda menerima nasib seperti alang. Jauh di negeri orang dan ibu terpaksa menanggung rindu yang tidak kepalang. Uda terlalu bangga dengan alang. Semangat wira alang mengalir ke tubuh uda. Petah mulut uda membicarakan perihal alang bersama airmata yang bergenang di pipinya. Abang lang itu.... abang lang ini....... Uda tidak pernah penat bercerita tentang alang. Dia juga masih mampu untuk ketawa, tetapi ketawa dalam tangisan. Itulah adik alang, Ikhwan Firas yang amat menyanjungi diri alang. Ibu juga dapat melihat alang pada uda. Bayangan alang seolah-olah hidup dalam diri uda. Kalian terlalu mirip. Dari iras wajah sehingga ke tingkah laku, tidak banyak bezanya. Namun uda tak mungkin dapat menggantikan alang dalam keluarga kita.


Alang, adik pula kurang bercakap mengenai alang. Tapi ibu terdengar adik bercakap dengan uda. Adik memang rapat dengan uda. Segala kemusykilannya, adik senang merujuk pada abang udanya. Adik kata kalau boleh adik nak tengok abang lang sebelum abang lang di kebumikan. Adik nak peluk abang lang. Adik tersedu-sedan dibahu abang uda. Hancur lumat hati ibu mendengar setiap bait yang terlontar dari bibir adik. Adik mungkin tidak rapat dengan alang. Mungkin juga kerana adik perempuan atau mungkin kerana adik membesar tanpa alang di sisinya. Alang meninggalkan adik kerana tuntutan tugas sewaktu adik berusia 5 tahun. Kini adik sudah pun berusia 12 tahun. Sudah menjadi anak dara yang manis alang. Adik juga masih malu-malu apabila ditemukan dengan alang jika sesekali alang datang. Tapi apabila alang berangkat pulang, ketika itulah adik becok bercerita segalanya tentang alang. Yang pastinya adik memang sayangkan alang. Alang memang anak yang baik. Alang sayangkan adik-beradik. Sebab itulah walaupun alang jauh dirantau nama alang tetap bermain dibibir adik-beradik dan terutamanya ayah alang. Alang, kami benar-benar amat merindui dan menyayangimu sayang.


Alang, ibu rindu. Ibu sayang alang. Kalau boleh ibu mahu bawa alang pulang bersama ibu. Adik-beradik alang rindukan alang. Mereka menanti kepulangan alang. Alang lupakah pada Ikhwan Fahmi? Alang begitu rapat dengan abang long sebelum alang bertugas di Sarawak. Sudah lupakah alang pada Izzah Farhah? Kak ngah sampai pengsan mendengar berita duka ini alang. Tidak ingatkan alang pada adik-adik alang yang tiga orang itu? Kemurungan jelas di wajah Ikhwan Fauzi walaupun alang dan achik sering tidak sependapat. Ikhwan Firas pula semakin remaja semakin seiras alang dan wajah itu membuatkan ingatan ibu, ayah dan adik-beradik tidak pernah luput buat alang manakala airmata tidak pernah kering dipipi si bongsu kita Izzah Farhana. Sewaktu tidur pun airmata masih berlinang di pipi mulus adik. Kasihan uda dan adik. Mereka belum puas bermanja denganmu alang. Alang sayang.... Kasihan ayah nak.... Ayah tidak dapat menatap wajah alang untuk kali yang terakhir. Ayah, abang long, kak ngah, achik, uda dan adik kirim salam. Mereka nak alang tahu, walaupun mereka tak dapat datang, tapi mereka sangat sayangkan alang. Ibu tak sanggup melihat riak duka di wajah mereka sayang. Luka di hati ibu semakin parah mendengar sendu adik-adikmu. Rintihan untuk alang sentiasa berlagu sejak berita pemergianmu sampai kepengetahuan mereka. Alang, andai dapat ditukar, ibu rela pergi menggantikan tempat alang. Biar alang meneruskan kehidupan ini. Alang ada keluarga. Ada isteri dan anak yang masih kecil. Yang masih memerlukan alang. Ada adik-adik yang masih mendambakan kasih sayang alang. Alang, berat hati ibu untuk meninggalkan alang di sini. Ibu juga tak sanggup menatap wajah ayah, along, angah, achik, uda dan adik sekembalinya ibu dari sini nanti. Alang.... Ibu tak tahu bagaimana nak terjemahkan perasaan ibu sekarang ini. Ibu akan rindukan alang. Kalau dulu rindu ibu terubat dengan mendengar suara alang, tapi sekarang ibu tak tahu macam mana nak melepaskan rindu pada alang. Kalau alang mengikut ibu pulang, sekurang-kurangnya ibu boleh melepaskan rindu dipusara alang. Di sini terlalu jauh sayang. Ibu tak mampu untuk selalu menjenguk pusara alang disini. Untuk melepaskan rindu ibu pada Irsyad pun mustahil. Irsyad juga jauh di sini. Entah-entah Irsyad langsung tak mengenali ibu, ayah, dan adik beradik alang nanti. Alang, Walau macam mana pun ibu akan terus mendoakan kesejahteraan alang di alam barzakh. Alang, ibu juga ingin sampaikan pesan ayah dan adik beradik alang. Kata mereka, mereka memaafkan segala salah dan silap alang samada yang disengajakan atau tidak. Juga menghalalkan apa saja yang alang terima dari mereka selama ini. Begitu juga ibu, alang. Ibu maafkan segala salah silap dan menghalalkan semua makan minum alang selama ini.


Alang, maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pulang. Walaupun sedih kerana meninggalkan alang di sini, tapi ibu perlu pergi sayang. Alang, berat kaki ibu untuk meninggalkan alang di rantau orang walaupun di sini ibu tahu alang juga ada keluarga. Tapi tidak sama dengan keluarga sendiri sayang. Kalau dapat ibu putarkan waktu, ibu tidak ingin alang menjejakkan kaki alang ke sini. Bukan kerana ibu tidak redha dengan qada dan qadar Allah, tapi ibu sebenarnya tidak sanggup lagi untuk berpisah jauh dari alang. Meskipun alang sudah tiada sekurang-kurangnya pusara alang nampak di mata. Alang maafkan ibu sayang. Sebaik saja ibu tinggalkan bumi kenyalang ini, ibu redha tempat bersemadimu di sini. Alang, izinkan ibu pergi untuk tunaikan kewajiban ibu di samping ayah dan adik beradik alang disana. Ayah, along, angah, achik, uda dan adik masih perlukan ibu. Percayalah, alang akan terus bersemadi di hati ibu selama-lamanya. Alang akan terus bertakhta di hati kami. Buat alang hanya kiriman doa buatmu di sana dan semoga alang di tempatkan bersama golangan orang-orang yang beriman. Selamat tinggal sayang.......... Selamat tinggal alang............ Selamat tinggal anak ibu, Ikhwan Fikri Bin Haji Ishak....... Al – Fatihah ....... Amin
posted by Penulisan2u @ 4:39 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 7/12/08 12:58 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    assalamualaikum,
    salam,

    erm,penulis,ni kisah hidup penulis ker..?kalau kisah ini kisah benar, sy ucapkan takziah..kalau cerita hny semata2,sorry 2 say,cerita ini sgt boring..sy harap penulis slmt maju jaya..jgn berhenti menulis..jgn putus asa..teuskan perjuanganmu..

    wassalam..

    puteri diana(puteri danish)

     

  • At 9/12/08 8:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salamulaikom

    ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
    ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

    hahaha...xde keje..sori

    org pon pena rse cam tu...ummi ....al-fatihah..
    mmg spai ble2 pon xkn lupe...

    tp aba org slalu ckp "life must go on"
    jgn contohi sikap manusia kat cite ats lme2...

    anyway gud story....tp klo ble 1 perenggan tu jgn pjg sgt....

    ~mrhyde~

     

  • At 15/12/08 4:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ek'ele...
    ini cerpen kr luah perasaan nie??
    bnde yg sme je dr mule smpai abis...
    jd m'ngtok je bace...
    -Miss Whatever-

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group