BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Disember 16, 2008
Cerpen : Aduh!! Mahalnya hantaran
Nama Pena : LeaQistina

"Apa??!! Dua puluh ribu??", terkejut Adif mendengar nilai yang disebut oleh Nila. Hampir tersedak Adif dibuatnya. Mujur saja air yang sedang dihirupnya tidak tersembur keluar.

"Biar betul Nila??", Adif cuba mendapatkan kepastian mengenai apa yang didengari tadi. Dua puluh ribu??!!

Nila hanya mengangguk lemah. Adif meraup kepalanya, tanda resah.

"Nila.. mana Adif nak cari duit sebanyak tu?", nilai itu dirasakannya bagai tidak masuk dek akal. Dirinya bukanlah anak orang berada malah baru sahaja dua tahun mula bekerja. Mana mampu untuk menyediakan mahar hantaran buat Nila yang sebanyak itu?

Nila hanya tertunduk. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakannya.

"Ayah Nila tak setuju dengan perhubungan kita ke Nila?", entah mengapa hati kecil Adif kuat menyatakan bahawa permintaan nilai hantaran yang terlalu tinggi itu merupakan signal secara halus daripada ayah Nila – dia menentang perhubungan ini. Ada calon lain yang lebih layak buat Nila.

"Entah la Adif. Setahu Nila, ayah tak pernah halang perhubungan antara kita..", Nila juga tidak pasti akan permintaan ayahnya itu yang dikira agak melampau.

"Bila Adif rancang nak hantar rombongan meminang?"

"Minggu depan..", jawab Adif perlahan.

"Hmm.. mungkin sempat lagi untuk Nila berbincang semula dengan ayah.."

"Biar Adif yang cakap dengan ayah Nila.."

"Jangan Adif.. Biar Nila yang cakap, kalau tak berjaya jugak nanti baru kita fikirkan tindakan kita yang selanjutnya ya..", pujuk Nila. Nila tahu, hati Adif sudah pasti resah ketika ini. Begitu juga dengan hatinya.

"Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan-urusan kami dalam menuju jalan redha-Mu", doa Adif di dalam hati. Moga hati ayah Nila lembut untuk mempertimbangkan kembali, nilai hantaran Nila nanti.

* * *

"Ayah, boleh Nila cakap sesuatu?", tanya Nila lembut. Ayahnya yang berada di sofa sedang membaca akhbar didekatinya.

Nik Nirwan melipat akhbar ditangannya lalu diletakkan di meja kopi.

"Nila nak cakap apa?"

"Fasal nilai hantaran..", jawab Nila pendek.

"Kenapa? Adif tak mampu?"

"Memang Adif tak mampu, yah. Keluarga Adif bukanlah orang berada, Adif pula baru dua tahun bekerja. Mana sempat Adif nak mengumpulkan wang sebanyak tu? Lagi pulak, tempoh pertunangan yang ayah letakkan cuma enam bulan..", Nila cuba memancing akal rasional ayahnya. Moga setiap hakikat yang dibentangkan dihadapan mata ayahnya itu mampu membuka mata ayahnya mengenai tahap kemampuan Adif.

"Nila.. dengar sini. Nilai yang ayah tetapkan itu bukanlah untuk menyusahkan kamu berdua. Bukan juga niat ayah untuk menghalang niat murni kamu berdua untuk mendirikan rumah tangga. Cumanya, jika Adif tidak mampu untuk menyediakan nilai hantaran yang telah ayah tetapkan, itu bermakna Adif belum bersedia untuk memikul amanah menerajui sesebuah rumah tangga.. Macam mana Adif nak bela Nila kalau duit hantaran pun dia tak mampu sediakan..?", hujah Nik Nirwan pada setiap patah kata anaknya.

"Tapi yah, wang bukanlah segalanya. Persediaan itu bukanlah terletak pada nilai wang tetapi apa yang terdapat di dadanya, kasih sayangnya, ilmu dijiwanya.. Itu yang lebih utama yah..", selar Nila pula. Nik Nirwan merengus tidak senang dengan kata-kata anaknya.

"Kenapa kamu yang berbincang dengan ayah dan bukannya Adif sendiri?", Nik Nirwan cuba memesongkan bicara.

"Bukan Adif tak nak, ayah. Nila yang tak izinkan dia berbincang dengan ayah. Biarlah Nila yang berbincang dengan ayah terlebih dahulu. Nila betul-betul tak faham kenapa ayah tidak mahu mempermudahkan perancangan kami ini ayah..", Nila kesal dengan sikap ayahnya. Entah apa yang diharapkan oleh ayahnya melalui nilai hantaran yang banyak sebegitu. Nik Nirwan berpura-pura tidak mendengar akan jawapan anaknya. Surat khabar yang dilipatnya tadi diambil semula lalu berpura-pura kembali membaca. Tidak mahu anaknya itu memanjangkan bicara. Keputusannya muktamad.

* * *

"Eh.. Korang semua ni bercerita tentang apa? Riuh semacam je bunyinya..", soal Nik Nirwan yang baru turun dari pejabat, pada rakan-rakannya yang riuh berborak. Itulah aktivitinya dan rakan-rakan pejabat yang lain selepas selesai waktu pejabat. Mengeteh barang sejam dua. Berborak-borak perihal semasa.

"Tak ada apa-apalah Nik. Si Farid ni ha.. Bercerita fasal nilai hantaran anak perempuan dia. Lima belas ribu kau tau dia letak..", jatuh rahang Nik Nirwan mendengarkan nilai hantaran anak temannya itu.

"Kau biar betul, Farid?!!", tanya Nik Nirwan tidak percaya.

"Betullah.. Bukan senang aku bela anak aku tahu? Ingat senang-senang je aku nak bagi anak aku macam tu? Atleast biarlah berbaloi dengan segala penat lelah aku membela dan membesarkan anak aku tu..", jawab Farid acuh tak acuh. Bangga pula rasa hati Farid tatkala melihat wajah kagum rakan-rakannya.

"Tapi Farid, tu dah macam kau menjual anak kau?", tegur Luqman yang nyata agak kurang bersetuju dengan Farid.

"Mana ada aku jual anak aku?!! Sedangkan harga anak lembu pun mencecah lima enam ribu, inikan pula anak aku.. Aku hantar dia pergi sekolah tau, siap masuk universiti lagi.. Takkan nilai dia hanya setara dengan anak lembu..", balas Farid dengan wajah yang jelik. Nik Nirwan pula hanya mendiamkan diri. Cuba mencerna hujah kedua-dua rakannya.

"Logik juga kata Farid. Itu bukan menjual anak, cuma meletakkan nilai yang setimpal buat anaknya..", hati kecil Nik Nirwan mula termakan oleh hujah-hujah Farid tadi.

"Aku dengar, hantaran anak kau si Eisya tu cuma enam ribu. Murahan betul ya anak kau tu..", ucap Farid tanpa memperdulikan perasan Luqman. Luqman hanya menggeleng kesal. Tidak disangkanya, begitu dangkal tahap pemikiran Farid.

"Terpulanglah pada kau Farid. Cuma aku nak ingatkan kau bahawa redha Allah akan mengiringi perempuan yang murah, yakni murah mahar dan hantarannya. Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia..", ucap Luqman sebelum berlalu meninggalkan rakan-rakannya.

Wahaha.. Farid ketawa berdekah-dekah apabila melihat Luqman berlalu meninggalkan mereka semua.

"Apa lagi yang boleh si Luqman itu katakan. Dah memang nilai anak dia tu murah, so nak pulak dia selitkan kononnya mudah mendapatkan redha Allah..", Farid ketawa lagi, lagi dan lagi. Ketawa hingga hatinya puas. Rakan-rakannya yang lain juga turut ikut ketawa.

"Kalau tak ada duit, bagaimana nak hidup bahagia..?", tambah Farid lagi dalam nada yang sinis.

"So Nik, hantaran anak kau pula nanti berapa??!"

* * *

"Adif, apa yang kita nak buat ni? Nila dah cuba bincang dengan ayah but still dia tak nak turunkan nilai hantaran tu. Still dua puluh ribu. Macam-macam alasan yang ayah bagi. Sampaikan Nila sendiri dah tak tahu nak cakap apa? Nila sendiri pun malu nak berhadapan dengan Adif", ujar Nila lirih. Wajahnya ditundukkan. Segan untuk bertatapan dengan Adif. Segan dengan sikap ayahnya yang seolah-olah ingin menjualnya.

"Hei.. apa yang Nila cakapkan ni? Jangan risau, kita masih ada masa lagi untuk memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini..", pujuk Adif. Nila hanya mendiamkan diri. Buntu memikirkan cara supaya Aidif dan dirinya dapat bersatu.

"Nila..", panggil Adif setelah sekian lama mendiam diri.

Nila mengangkat wajahnya. Cuba memberi tumpuan pada Adif.

"Adif rasa Adif dah dapat caranya but Nila kena aturkan suatu pertemuan antara Adif dan ayah Nila, esok petang. Dalam pukul empat lebih, di Taman D. R. Seenivasagam. Boleh?", tanya Adif. Hati Adif tersenyum. Adif yakin, dengan izin Allah, rancangannya esok akan berjaya.

"Boleh, tapi apa yang Adif rancangkan?"

"Yang itu nanti saja Adif ceritakan pada Nila. Sekarang ini, jom Adif hantarkan Nila balik dulu. Ada sesuatu yang perlu Adif uruskan.."

* * *

"Hello.. Assalamualaikum Adif.. Adif dah sampai ke? Nila baru saja sampai dengan ayah ni..", Nila menghubungi Adif sebaik sahaja mereka tiba di tempat yang ditetapkan semalam. Jauh dilubuk hati Nila, dia sendiri tertanya-tanya mengenai perancangan yang dilakukan oleh Adif. Namun, atas dasar rasa percaya yang kukuh pada Adif, Nila yakin perancangan Adif itu bakal membawa kebaikan pada mereka dengan izin daripada-Nya.

"Waalaikumussalam Nila. Adif dah sampai. Nila ingat lagi tak, pondok pokok buluh kita? Adif ada kat situ..", ujar Adif sebagai jawapan.

"Okey.. Nila ingat..", jawab Nila ringkas sambil menutup telefon bimbitnya. Jika boleh pada petang ini, Nila tidak ingin diganggu. Semoga perancangan Adif pada hari ini berjalan dengan lancarnya, doa Nila di dalam hati.

"Jom ayah..", ajak Nila. Nik Nirwan hanya mengikuti langkah anaknya tanpa sebarang kata.

* * *

"Assalamualaikum pak cik. Apa khabar?", sambut Adif sebaik sahaja melihat kelibat Nila bersama ayahnya kelihatan. Tangan dihulur. Lalu Adif tunduk bagi menyalami tangan Nik Nirwan. Walau apa yang terjadi, hormat pada orang tua perlulah dijaga. Itulah prinsip yang Adif pegang selama ini.

Adif tersenyum pada Nila. Nila turut membalas senyuman daripada Adif.

"Eh Nila, takkan nak tersenyum aje. Ajaklah ayah Nila duduk. Marilah duduk dulu, Pak Cik..", sengaja Adif mengusik buah hati pengarang jantungnya sambil menjemput Nik Nirwan duduk. Sopan sahaja budi bahasanya. Nik Nirwan mengangguk. Lantas mereka bertiga duduk di pondok buluh yang terdapat di situ.

"Pak cik, beberapa hari yang lepas Nila ada maklumkan pada saya mengenai nilai hantaran yang telah pak cik tetapkan..", Adif memulakan bicara pada petang itu.

"Kenapa?!! Kau tak mampu nak sediakan?", pintas Nik Nirwan bertanyakan soalan yang dirinya sendiri sudah mengetahui jawapannya.

"Ya, pak cik. Terus terang, saya mengaku pada pak cik bahawa saya tidak mampu untuk menyediakan mahar hantaran yang sebanyak itu..", lembut sahaja suara Adif menjawab. Nila hanya mendiam diri. Tidak mahu menyampuk dan mengganggu perbualan antara Adif dan ayahnya.

"Dah tu, berapa nilai hantaran yang kau rasa mampu untuk diletakkan untuk anak aku?", tanya Nik Nirwan kasar.

"Ayah..", tegur Nila lembut. Dia agak kurang menyenangi cara ayahnya melayani Adif. Adif memberi isyarat ‘tidak mengapa’ pada Nila, membuatkan Nila tidak jadi untuk bersuara.

"Kalau kau rasa tak mampu lagi untuk menyediakan duit hantaran semua ini, kenapa kau gatal-gatal nak ajak anak aku kahwin pulak??!! Entah-entah nanti anak aku mati kering tak makan, kalau dia kahwin dengan kau..!!", tambah Nik Nirwan lagi. Adif hanya tersenyum dan cuba menenangkan hatinya yang pedih akibat kata-kata kasar Nik Nirwan.

"Insyaallah pak cik. Andai kata sebegitu daif kami pada waktu itu, rela saya tidak makan demi mendahulukan keperluan isteri dan anak-anak saya nanti. Lagi pun, mereka adalah tanggung jawab saya nanti. Masakan saya akan membiarkan mereka mati kebuluran tidak makan..", Adif masih lagi berlembut. Nik Nirwan merengus kasar. Tidak suka dengan jawapan Adif yang dia kira sebagai sengaja ‘tunjuk baik’.

"Huh!! Belum dapat memanglah itu jawapan kau. Hah.. jangan cakap banyak. Agak-agaknya berapa nilai yang kau mampu letakkan?", malas Nik Nirwan hendak melengah-lengahkan bicara. Tambahan pula, hatinya sudah bulat untuk meneruskan dengan keputusan yang telah dibuatnya sebelum ini. Pasti gah nanti apabila aku bercerita pada Farid dan rakan-rakan pejabatnya nanti, desis hati Nik Nirwan.

"Sepuluh ribu pak cik.. Itulah sahaja nilai yang saya mampu buat masa ini.."

"Sepuluh ribu?!! Gila..!! Kau ingat Nila ni apa? Anak lembu??", tengking Nik Nirwan tiba-tiba.

"Ayah..!!", Nila tidak menyangka bahawa ayahnya akan berkata begitu.

"Kau diam Nila. Ayah tak mahu kau masuk campur. Hei, kau dengar sini Adif. Sedangkan anak lembu lembu pun dah berharga lima enam ribu, inikan pula anak aku..", sengaja Nik Nirwan mengulangi kata-kata yang pernah dituturkan oleh Farid suatu ketika dulu. Marahnya meluap-luap apabila mendengar nilai hantaran yang diminta oleh Adif.

Adif hanya diam melihatkan keadaan Nik Nirwan yang sedang marah.

"Sepuluh ribu?!! Empat ribu sahaja lebih daripada harga lembu? Kiranya kau anggap si Nila ni, up sikit jelah daripada lembu. Begitu?!!", sambung Nik Nirwan lagi.

Adif menarik nafas dalam. Pipinya yang gatal akibat digigit nyamuk, digarunya perlahan. Entah mengapa hatinya berasa lucu mendengar kata-kata Nik Nirwan tadi. Ada ke patut dia membandingkan Nila, buah hati aku yang comel ini dengan lembu? Sungguh hati Adif tidak percaya. Sedaya upaya ditahan agar tawa dihatinya tidak terlepas dibibirnya. Di tambah pula dengan riak wajah Nila yang mula merintik merah apabila mendengar butir bicara ayahnya. Marah barangkali, teka Adif lagi.


"Baiklah pak cik. Kalau itu yang pak cik inginkan, saya..", bunyi deringan telefon bimbit Adif telah mematikan butir bicaranya.

"Maaf.. Sebentar ya pak cik..", Adif bangun daripada kerusi yang didudukinya dan menghadap ke belakang. Lagaknya seolah-olah ingin berahsia mengenai perbualan tersebut.

"Baiklah..", kata Adif sebelum menamatkan perbualan telefon tersebut. Adif kembali duduk ditempatnya tadi.

"Beginilah pak cik. Kalau pak cik tetap bertegas dengan keputusan pak cik, nampaknya saya terpaksa akur. Demi Allah pak cik, saya sanggup melakukan apa sahaja asalkan saya dapat bersama-sama dengan Nila. Pak cik jangan risau, sebentar lagi kawan saya akan datang. Dia dah bersetuju untuk memberikan saya pinjaman..", kata Adif tenang. Nila pula terharu melihat akan kesungguhan Adif untuk mendapatkan dirinya sebagai suri hidup Adif.

"Huh!! Boleh pun.. Aku dah agak dah, kau memang sengaja bagi alasan sebelum ini..", balas Nik Nirwan acuh tak acuh. Dalam hatinya sudah membayangkan betapa bangganya dia nanti apabila bercerita pada rakan-rakannya. Adif tersenyum lagi.

"Hello my friend..", tiba-tiba suatu suara kedengaran menegur mereka. Pantas Nila dan Nik Nirwan menoleh ke belakang. Tempat dimana arah suara itu datang. Kelihatan dua orang lelaki lelaki datang menghampiri mereka. Berubah wajah Nila tatkala melihatkan penampilan kedua-dua lelaki itu. Lagak mereka seperti ahli-ahli kongsi gelap.

Adif tersenyum sambil mengangkat tangan kepada dua lelaki tadi.

"Ok.. you sudah setuju ka?", tanya salah seorang lelaki tadi apabila mereka sudah berada di sebelah Adif.

"Ya..", jawab Adif ringkas.

"Wah.. you punya amoi manyak cantik wo..", kata lelaki yang seorang lagi. Nila cuba menjauhkan diri daripada lelaki itu. Agak takut dan tidak selesa dengan situasi itu.

"Adif, siapa mereka semua ni?", tanya Nila. Ternyata Nila tidak senang hati dengan suasana ini. Hatinya tiba-tiba berdenyut risau. Rasa seperti ada yang tidak kena.

Adif diam, tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Nila.

"Okey.. kalau itu macam, lu sign sama ini borang..", Adif menyambut borang yang dihulurkan kepadanya. Setelah menandatangani borang tersebut, Adif pun menyerahkan kembali borang kepada kedua lelaki tadi.

"Tahniah..!! Terima kasih kerana berurusan dengan kami Ah Long Bukit Beluntong..", ujar lelaki yang menerima penyerahan borang daripada Adif. Sebuah beg pula diserahkan kepada Adif sebagai balasan borang tadi. Adif menyambutnya dengan senang hati.

"Wah..!! Wa talak sangka wo itu duta kita olang, Aflin Shauki sama itu Din Belamboi buat kelija manyak baguih.. Sampai Ipoh sini, kita olang boleh dapat customer..", tambah lelaki yang seorang lagi.

"Apa??! Ah Long?!", jerit Nila bersama-sama Nik Nirwan. Gila. Tidak Nila sangka, Adif senekad itu dan sanggup mengambil langkah gila yang sebegitu.

"Ya. Adif terpaksa. Maafkan Adif, Nila kerana terpaksa mengambil langkah ini. Adif dah tak layak buat pinjaman daripada bank sebab sebelum ini Adif dah buat dua pinjaman. Satu untuk beli rumah dan satu lagi untuk beli kereta. Adif harap Nila faham tindakan Adif ini..", ucap Adif tulus memohon pengertian daripada Nila. Segalanya terpaksa Adif lakukan Nila, demi kita dapat bersama.

"Pak cik, sekarang ini duit dua puluh ribu sudah ada dalam tangan Adif", kata Adif sambil menepuk beg yang berada di atas meja.

"So, Adif kira perbincangan kita hari ini selesai ya.."

Huh!! Hanya itu sahaja balasan daripada Nik Nirwan.

"Kalau begitu, marilah kita pergi makan dulu. Biar Adif yang belanja..", ajak Adif. Nik Nirwan berjalan dahulu dan meninggalkan Nila dan Adif sedikit terkebelakang.

Belum pun sepuluh tapak mereka berjalan, tiba-tiba mereka telinga mereka disapa oleh suatu bunyi. Bunyi seperti orang sedang bergaduh dan diikuti oleh bunyi erangan kesakitan. Pantas mereka menoleh ke arah bunyi tersebut. Kelihatan seorang lelaki dibelasan dihadapan keluarganya oleh kedua-dua lelaki yang menggelarkan diri mereka Ah Long Bukit Beluntong tadi. Pucat wajah Nila melihatkan insiden itu. Pantas Nila menarik baju Adif.

Adif sedar maksud Nila.

"Jangan risau sayang, Adif akan pastikan bahawa Nila tidak akan apa-apa nanti. Insyaallah..", ucap Adif perlahan. Air mata Nila sudah mula membasahi pipinya.

"Habis tu, Adif macam mana?", marah Nila. Suara Nila yang kuat telah menarik perhatian kedua lelaki yang sedang khusyuk membelasah mangsa mereka.

"Hallo abang.. Mali sini..", jerit salah seorang lelaki tadi. Tangannya dilambai-lambai, memanggil Adif, Nila dan Nik Nirwan mendekati mereka. Dengan langkah yang gerun, mereka bertiga berjalan merapati kedua-dua lelaki tadi.

"Hmm.. wa mau lu olang tengok apa jadi sama ini olang. Dia sudah pinjam sama kita tapi talak mau bayar.. Hmm.. Busuk punya olang..", kata lelaki itu sambil menarik rambut lelaki yang sudah mula longlai akibat dibelasah tadi.

"Ayo yo.. Tolong la.. Jangan pukul suami saya lagi..", rayu isteri lelaki tersebut bersama-sama tangisan.

"Haiya aci.. Lu jangan lisau la.. Kita olang sudah penat belasah sama dia ma.. Ah Keong, hali ni lu la pulak potong..", ujar lelaki itu kepada rakannya.

"Wokeh..", lelaki yang dipanggil Ah Keong tadi mengeluarkan parang pendek yang sememangnya tersisip rapi dipinggangnya. Lelaki yang seorang lagi pula mengheret lelaki yang sudah lemah longlai itu menghampiri satu batu dan meletakkan tangan lelaki itu dalam keadaan tangannya yang menggenggam dan hanya tinggal anak jari sahaja yang diluruskan. Apabila mereka berdua sudah bersedia, maka parang pendek tadi diangkat tinggi sebelum dihayunkan. Sebelum parang pendek itu sempat menetak jari lelaki tadi, Nila berlari dan menolak Ah Keong.

"Jangan..!!", jerit Nila.

"Haiyya.. Lu punya amoi manyak kacau la..", rungut rakan Ah Keong sambil menggaru kepalanya.

Adif pantas mendapatkan Nila. Bimbang Nila diperapakan oleh kedua ahli kumpulan Ah Long itu. Nila melutut di kaki Adif.

"Adif, tolonglah.. Pulangkan balik duit yang Adif ambil tadi. Nila tak mahu semua perkara ini terjadi pada kita.. Tolonglah Nila, Adif.. Nila rela kita tak kahwin daripada kita terpaksa mengambil risiko yang tak berbaloi macam ni..", rayu Nila bersama tangisan yang teresak-esak. Mujur sahaja tempat itu agak terselindung oleh pokok-pokok buluh yang merimbun. Jika tidak pasti keadaan ini akan menarik perhatian orang ramai yang mula memenuhi kawasan taman rekreasi ini.

Adif meraup mukanya. Resah dengan kata-kata Nila.

"Tidak Nila. Adif lebih rela ambil risiko ini. Adif rela mati Nila, asalkan kita dapat bersama..", ucap Adif nekad. Tidak sanggup menerima kata-kata Adif tadi, Nila bangun dan melutut pula dihadapan ayahnya.

"Ayah.. tolong Nila ayah. Sanggupkah ayah rampas kebahagian Nila, semata-mata untuk mendapatkan nilai hantaran yang tinggi. Nila dah tahu ayah. Nila dah dengar semuanya, apa yang ayah borakkan dengan Uncle Farid waktu dalam telefon hari tu. Ayah tetapkan hantaran Nila tinggi-tinggi sebab ayah nak berlagak dengan kawan-kawan ayah, kan? Tolong Nila ayah.. tolong Nila.. ", rayu Nila lagi. Kaki Nik Nirwan dipeluknya erat. Harapannya agar ayahnya dapat melakukan sesuatu. Harapannya juga agar ayahnya dapat memikirkan akan kebahagiaan dirinya.

"Nila.. bangun..", Nik Nirwan menarik Nila supaya berdiri. Air mata yang mengalir laju dipipi Nila disapunya perlahan. Kemudian, Nik Nirwan mengalihkan pandangannya ke arah Adif yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

"Adif, pulangkan wang mereka. Baiklah.. kita ikut sahaja kemampuan Adif. Jika begini nanti kesudahannya, nilai hantaran yang tinggi itu tiada maknanya..", ucap Nik Nirwan perlahan. Namun masih lagi dapat ditangkap oleh deria pendengaran Adif.

"Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia", kata-kata Luqman suatu ketika dulu kembali bergema ditelinganya. Ya Allah, moga Kau merahmati perkahwinan anakku nanti, doa Nik Nirwan di dalam hati.

"Haiyya.. Ini macam wa manyak lugi la..", rungut ahli Ah Long Bukit Beluntong itu. Nila ketawa dalam tangisan. Ya Allah.. Aku bersyukur terhadap-Mu.

* * *

Majlis peminangan berjalan dengan lancar. Telah ditetapkan bahawa nilai hantaran adalah sepuluh ribu dan tempoh pertunangan akan dijalankan selama sebulan sahaja. Dipendekkan tempoh selama empat bulan sebelum tempoh asalnya, enam bulan.

* * *

"Thanks ya Ah Keong, Kim Kit, Ravi and you jugak Mangges.. Gaya korang hari tu memang hebat..", kata Adif.

"Tak ada hal, lah Adif. As long as you dapat kahwin dengan Nila, cukuplah..", kata Mangges sambil tersenyum.

"Eh.. orderlah. Jangan malu-malu. Hari ni aku belanja.."

---------------------------------

Salam,

cerpen ini merupakan cerpen ke-5 Lea.. hope kengkawan enjoy baca citer ni.. dan Lea juga sangat mengharapkan komen-komen daripada kengkawan semua.. moga menjadi pendorong dan pemangkin kepada penulisan lea yang seterusnya..

salam ikhlas daripada;
~LeaQistina

[C: Hanyalah kerna nama, C: suite 6019, C: terimalah aku seadanya, C: terlewat sudah kasih sayang, N: Air Mata Hati, N: Cinta Si Baju Kebaya]
posted by Penulisan2u @ 7:51 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
22 Comments:
  • At 16/12/08 10:13 PG, Blogger ape ape aje said…

    best....

     

  • At 16/12/08 10:40 PG, Blogger mira ;) said…

    saya dh boleh agak dh last dia...
    papepon best..^^

     

  • At 16/12/08 1:07 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehe lawakla..best mmg best wlpn endgnye dh dpt diagk.i like all ur writng..congrates!

     

  • At 16/12/08 2:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    crita ni best...
    bahkn,smua karya anda best2...

     

  • At 16/12/08 4:36 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Salam Lea..

    Cerita yg menarik.. tahniah dan teruskan berkarya..

    ~Putri Lily~

     

  • At 16/12/08 11:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    waa...
    bagus amat ya plan si adif itu...
    aku suka bangat....
    bagus juga jika aku bikin perkara yg sama buat bakal bapak cewek aku..haha

     

  • At 17/12/08 10:54 PG, Blogger * R.I.N.D.U.k.u. pada si kuNang kuNang * said…

    heyy Lea..hebatzz memang hebatzz..
    tak sia2 penantian i berbaloi ngan cerpen u kali nie..

    - zureen -

     

  • At 17/12/08 11:50 PG, Blogger sarah halim said…

    nanti ley aku cdang kat sapa2 yang nk khwin..tp famly 2 x hantaran tinggi]

     

  • At 17/12/08 12:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    biase je. xmenarik sgt xmcm cerpen u sblm ni

     

  • At 17/12/08 2:55 PTG, Blogger Kak J said…

    emm... bgus gk idea cm2!!!
    lps nie bleh la ak cadang kn kat abg aku. wohaha!!!

     

  • At 17/12/08 10:29 PTG, Blogger -Ain-Dak In- said…

    ah long bukir bluntong ma..
    huhuhu..
    klaka cite ni..
    hehehe...
    keep it up lea..

    love~~~~
    lolipop

     

  • At 17/12/08 11:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehehe bijaknyeeee plan..sokong2...ahhahah...

     

  • At 18/12/08 12:27 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam

    muhahaaa.....

    sk org lg power, antaran dea 1/2 juta...kakaka..

    tp ble pike balik ...kte ni pape kedane la...smue utang...

    tp tiap bde kne ikhlas...kn...

    ~freze~

     

  • At 18/12/08 9:13 PTG, Blogger filza said…

    salam....
    bagus jgk buat cam crita ni kalu parents belah pompuan letak tinggi2.. hahahaha

     

  • At 18/12/08 10:03 PTG, Blogger LeaQistina said…

    Salam buat semua,

    wah!! Lea xsangka pulak ramai yang nak try idea si adif tu.. hehe.. pesanan wat kengkawan semua.. plz dont try dis at home.. but klu nak try jugak.. lea xbertanggung jawab ek.. especially time nak potong jari tu.. wahhaa..

    Ikhlas,
    ~LeaQistina

     

  • At 19/12/08 9:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerpen ni terlalu mendatar,klimaks kurang saspens...cerpen ni gak dah boleh jangka endingnya tapi nak sampai agak membosankan...plus,ada sedikit keraguan tentang logiknya...namun,bahas dia baik dan idea dah ada cuma cari pengolahan itu boleh dimantapkan lagi....sekian ulasan dari saya,diharap penulis dapat menerima dengan hti terbuka,ia hanyalah sekadar ulasan membina...teruskan usaha Lea....~Aku bukan bayu~

     

  • At 23/12/08 4:53 PTG, Blogger LeaQistina said…

    lea stuju dengan komen kat atas ni.. act lepas lea baca byk kali.. baru lea perasan.. cerpen ni leh improve byk lagi.. unsur suspen pun leh diselitkan dlm citer ni.. hmm.. nntilah.. klu rajin lea post kan Aduh!! Mahalnya hantaran Edited Version.. hehe.. perlu ke?

    apa pun thanx..

    citer ni jadi mcm ni sbb fokus lea mula2 wkt tulis citer ni just nak citer fsl hantaran yg tinggi tu je.. sbb tu lea abaikan part2 lain.. hnmm.. thanx kpd semua yg komen.. lea sgt menghargainya.. ;)

    nnti komen la lg ek.. thanx

     

  • At 28/12/08 4:02 PG, Blogger ♥corcraze♥ said…

    yeah..kurang suspends,kurang flow mmg mendatar..
    tp oke la rileks.
    plus,i gelak2 plak masa ah long bukit beluntung tu dtg!
    i dunno but theres something so funny there..hahaha..
    keep up the good job!

     

  • At 14/1/09 3:35 PTG, Blogger LeaQistina said…

    kepada sesiapa yang berminat untuk membaca cerita Aduh! Mahalnya hantaran EDITED VERSION. Silalah berkunjung ke blog Lea..

    url:

    http://kalamcoretan.blogspot.com

    sekian, harap maklum.

    ~LeaQistina

     

  • At 29/8/10 9:49 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best la cite ni...tp nape xsmbung smpai nila n adif 2 kawen.
    bru best ckit.hehe
    ape2 pon cite ni best sgt2..

     

  • At 18/5/11 6:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dh agak ending nye camni.........apepun crite nie mmg beshh gile

     

  • At 8/12/11 4:03 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best lah cerita nie.. buat pe kalo weeding buat mhal2 tpi idup x bhgia kn.. lbih baik cri keredhaan Allh swt smta-mata shja.. good luck ye..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group