Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
1) SPM baru sahaja berlalu dan sekarang aku sedang sibuk mencari pekerjaan untuk mengisi masa lapang ku ini. Sedikit risau aku dengan keputusan yang bakal aku perolehi nanti. Namun, aku rasa aku sudah melakukan sedaya upaya aku dan apa yang aku boleh buat sekarang hanyalah bertawakal dan berdoa. Pintu tiba-tiba terkuak dan wajah satu-satunya adik aku muncul sambil memegang kasut bola dan begnya. "Baru balik?"soalku. "Hish, mana ada. Aku balik semalam lagi. Apa jenis soalan tu? Memanglah aku baru balik." "Belagaknya. Apasal bad mood ni? Datang bulan ke?" mukanya yang kepenatan itu menimbulkan keinginan di hatiku untuk mengusiknya. "Haha. Lawaknya. Dahlah, aku nak mandi. Sebelum aku lupa, Abang Firdaus kirim salam sayaaang kat kau." Aku mencebik. "Tengok tu. Orang kirim salam bukan nak jawab. Buat muka pulak. Teruk betul anak dara ni." Lantas sebiji bantal aku baling ke arahnya namun dia sempat mengelak. Sambil ketawa dia terus masuk ke biliknya. Aku berasa benar-benar bahagia. Dalam hidup aku, aku cuma ada abah dan adik. Merekalah dunia aku. Aku tak pernah lagi mengharapkan kasih sayang seorang ibu semenjak ibu pergi tinggalkan abah, aku dan Nashriq 10 tahun dulu. Membayangkan wajah ibu sahaja sudah membuatkan hati aku sakit, ternyata luka lama sukar untuk pulih. Aku sendiri tak tahu di mana ibu berada. Mungkin bahagia bersama keluarganya yang baru. Dia minta cerai daripada abah dan kemudian terus tinggalkan kami, tanpa menoleh pun. Ternyata dia langsung tidak menyesal dengan keputusan itu. Malah mungkin dia senang kerana tidak perlu dibebani oleh karenah kami lagi. Arghh, aku tak peduli!!! Aku tak peduli!! "Hah, teringat kat sapa tu?" sergah Nashriq. Aku mengurut dada. Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak…dah jadi arwahlaa aku. "Kau sibuk pesal?" balasku. Dia duduk di sofa bertentangan denganku. "Aku sibuk sebab aku sayang dekat kakak aku ni. Aku nak tau jugak apalaa yang kakak aku sedang fikirkan sampai berkerut-kerut dahi. Kalau sudi, sharelaa dengan adik mu ini."dia cuba belagak serius. "Tak adalah. Tiba-tiba ja aku terfikir pasal ibu." Perlahan sahaja aku menuturkan kata-kata itu. Menyebut sahaja perkataan ibu, perasaan aku bercampur baur. Marah, geram, benci, sayang, rindu. Semuanya ada. Nashriq mendengus. Air mukanya berubah. Ternyata dia tidak suka dengan kata-kataku itu. Nashriq sememangnya adik yang baik. Dia menjaga aku dalam semua hal. "Farah, buat apa nak kenang orang yang dah sah-sah tak mahukan kita?" suaranya kedengaran tegang. "Tapi kita tak tahu alasan sebenarnya. Aku teringin nak jumpa ibu dan tanya dia apa alasan dia tinggalkan kita. Kau tak mahu tahu ke?" "Farah, aku tak mahu tahu dan aku tak ingin nak tahu sebab walau apapun alasan yang dia beri, aku tak akan terima. Kalau betul dia sayangkan kita, dia akan datang jenguk kita walaupun sekali. Ini tidak, dia blah macam tu saja. Dalam masa sepuluh tahun ni, bayang dia pun tak nampak. Dia dah lupakan kita. Sudahlah, Farah. Aku tak mahu kau sedih pasal dia. Dia langsung tak sedih waktu tinggalkan kita. Dia dah hilang daripada hidup aku sejak dia tinggalkan kita dulu." "Aku dah cuba. Memanglah aku benci dia tapi perasaan sayang aku kat dia masih ada." Senyap menyelubungi kami. "Kau nak kerja jugak ka?" tanya Nashriq. "Mestilah. Takkan aku nak terperap kat rumah and bela badan je." "Memang patut pun. Macam papan aku tengok." Ada sahaja yang keluar daripada mulut Nashriq ni. Budak ni bukan boleh dilayan sangat. Tak betul!!!! "Oii, ni papan bermutu tinggi tau. Kata nak mandi tadi. Pesal duduk kat sini lagi? Busuk tau tak? Aku yang duduk sebatu ni pun boleh bau. Uwekk!!!"usikku. Nashriq bangun lalu baju t-shirt yang dipegangnya sedari tadi disuakan ke mukaku berkali-kali. "Nah, busuk sangat!"dia ketawa melihat aku mengelak dan marah-marah. "Hish, apa ni?! Tak maulah! Eiii, busuklah!!" aku sedikit marah. Mana taknya, terasa mukaku melekit dengan bajunya yang basah dengan peluh itu. Aku bangun daripada kerusi. "Nashriq!!!"jeritku. Dia ketawa terbahak-bahak sampai terduduk kembali di atas kerusi. Hati aku menjadi geram. Oo, dia main-mainkan aku. Takpa-takpa. Suruh aku buat apa-apa nanti, jaga dia. Bunyi enjin kereta mematikan ketawa Nashriq. Dia lantas bangun lalu menuju ke bilik air. Haha, dia takutlaa tu. Aku membuka pintu dan wajah penat abah kelihatan. Sungguhpun dia penat, namun dia masih boleh menguntum senyuman. "Assalamualaikum."sapanya. Salamnya ku jawab dan tangannya ku salami. "Nashriq dah balik?"tanya abah. Suaranya kedengaran serius. Aku mengangguk. Abah sekarang bukan main garang lagi dengan Nashriq. Mana taknya, abah tertangkap Nashriq tengah hisap rokok dengan kawan-kawan dia. Kantoi!!! Abah daripada seorang yang baik dan lembut, terus berukar menjadi ultraman tapi bila dengan Nashriq jelaa. Dengan aku, dia masih baik. Teruk juga Nashriq kena basuh dengan abah. Budak tu pun satu, macam-macam perangai.Tapi boys memang always like that. Curiosity diorang tinggi. Kalau ibu ada, mungkin dia akan berikan nasihat dan tau macam mana nak handle kami.Bagi aku, walaupun aku bahagia dengan kehidupan macam ni tapi tetap rasa tak lengkap. Ada perkara yang aku lalui yang betul-betul buat aku perlukan seorang ibu. Biasalah, I’m a girl dan sudah semestinya ada benda pasal perempuan yang aku nak tau. Takkan nak tanya abah dan Nashriq kot? Aku boleh dikira nasib baik jugalah pasal Cik Za jiran sebelah rumah kami ni selalu menolong. Jadi kalau ada apa-apa kemusykilan, aku akan rujuk dengan dia. Dia baik, loving and very kind. Kenapalah husband dia bodoh sangat ceraikan dia demi perempuan lain? Aku tak faham betul. And aku rasa dia suka dekat abahlah. Haha, best jugak kalau Cik Za boleh jadi my new mummy. "Ni sorang lagi. Berangan ja kerjanya."abah menarik hidungku. "Abah, sakitla."aku bersuara seakan-akan merajuk. Abah meletakkan kunci keretanya di atas meja dan menuju ke dapur untuk mencari segelas air. Aku membontoti abah seperti kanak-kanak kecil. "So, malam ni makan apa?"aku bertanya. Semenjak ibu pergi, abahlaa yang mengambil semua tugas ibu. Dari memasak sampailah ke mencuci. Kesian juga dekat abah. Sebab tu bila kami berdua dah besar kami mula buat semua kerja sendiri. Kecuali masaklaa pasal entah kenapa aku ni terlalu pakar dalam masak-memasak. Salah satu contoh kepakaran aku ialah ikan yang sepatutnya mempunyai isi yang sedap dan lemak hanya tinggal tulang sahaja kerana semua isinya melekat di kuali. Emm, terer betul. Kemudian api yang sepatutnya bernyala di bawah kuali dengan jayanya bernyala di dalam kuali. Haa, kan terer tu! Hanya orang-orang yang berkebolehan ja boleh buat macam tu. "Malam ni Farah masak. Abah nak duduk relax dan makan lauk yang Farah masak pula. Okay tak?" Aku membulatkan mata. "Okay, lebih baik Abah order piza sekarang sebab Farah tak surelaa kalau Farah yang masak ada ka tak lauk atas meja tu." Abah ketawa. "Anak dara apa ni? Masak pun tak reti."usik abah. Aku berpura-pura merajuk. Aku cepat-cepat menyuap nasi yang masih bersisa di dalam pinggan ke dalam mulut dan lantas bangun. "Orang yang terakkhir makan kemaskan meja."aku ketawa meraikan kemenanganku. Nashriq yang sedang makan itu mengangkat muka. "Hey, tak adillah!"katanya. Aku menjelirkan lidah. "Adik tak adil. Kalau time dia kena, terus tak adil ya? Abah, dia ni malas betul. Sebab tu perut dia buncit! Makan ja kerjanya." "Excuse me. Ni body yang paling perfect and cun di muka bumi ni okay? Macam Arnold Schwazenegger ni." Abah yang sedang membasuh pinggan itu tidak menghiraukan kami. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu. "Perut buncit!"ejekku lagi. "Cuba kau tengok betul-betul. Tak ke aku ni ada iras-iras Brad Pitt?" "Bukan Brad Pitt tapi Berat Perut!"ketawaku pecah. Nashriq yang geram dengan ketawaku itu mencuit hidungku dengan tangannya yang kotor itu. "Hee, apa ni? Benci betul!" aku mengelap hidungku. Giliran Nashriq pula ketawa terbahak-bahak. "Dah mula dahlaa tu. Sebabnya kecik ja. Suruh kemas meja. Dah melarat ke lain pula. Kalau tak nak kemas tak apa, biar abah yang buat." "Eh tak apa, bah! Biar Nashriq ja yang buat. Tak ada hal punya. Sajalaa nak cari pasal dengan Farah." Nashriq menjulingkan matanya kepada ku. Aku buat tak tahu dan membasuh pingganku.
2) Petang Rabu aku mengikut Nashriq ke padang atas desakannya. Ex-student sekolah aku pun ada jugak petang tu. Maybe tolong pemain baru mantapkan and sharpkan skill diorang. Kat sekolah aku ni biasa sahaja. Tak banyak cakap dan tak dikenali sangat. Aku budak pure science yang mana orang selalu kata kelas budak skema dan robot. Mungkin ya kerana budak kelas pure science ni sedikit belagak dan kurang sifat humournya. Diorang always rasakan diorang yang terbaik dalam sekolah kerana kelas pure science ni memang cerdik-cerdik sungguh. Aku tak ada kawan rapat pun di sekolah. Kalau time rehat, aku jarang ke kantin. Aku lebih suka spend masa aku di dalam library kerana aku ni librarian. Kalau aku tak bertugas pun aku ada kat sana juga, melukis, membaca atau apa sajalah. Kadang-kadang aku teman juga Nashriq ke kantin. Yang paling best tentang adik aku ni, dia macam tau ja yang aku tak ada kawan. Tiap-tiap recess dia teman aku dan bersama aku. Langsung tak join kawan-kawan dia. Poinnya, aku memang tak dikenali. Lain pula budak Nashriq ni. Dia memang heartthrob sekolah kami. Golden boy! He’s a sportsman and a brainiac. All at the same time. Aku pun hairan juga. Masa bila laa dia ni belajar. Kalau sportsman tu aku tak hairanlaa sangat pasal memang dia ni hiperaktif but very low profile. Tak lekat kat rumah langsung. Itu yang menaikkan kerisauan abah. Takut dia susah dikawal. Girls dari form 1 sampailah form 5 semua minat dekat dia. Ada yang nak ambik jadi boyfriendlah, adik angkatlah, abang angkatlah, anak angkatlah, datuk angkatlah, angkat beratlah. Macam-macam tapi aku tak pernah nampak pun adik aku ni sangkut dengan mana-mana girls. Pergi padang pun asyik heret aku ja. Part paling bestnya, diorang tak tau yang aku ni kakak Nashriq. Kan aku tak popular? Diorang ingat aku ni awek dia. Bagus betul. So secara automatiknya aku dibenci kerana hubungan rapat aku dan Nashriq. Golongan ini boleh dikenalpasti dengan mudahnya kerana mereka akan menjeling sewaktu aku melintasi mereka bersama Nashriq. Lawak betul. Boys kat sekolah aku ni pulak lain macam ja perangainya. Nakal, suka sungguh menyakat orang. Masuk kelas jarang sekali tapi bila exam, result diorang memang betul-betul da boom. Nashriq join jugak diorang ni. Time main bola, muka-muka ni adalaa. Harapan sekolah tu. Aku ingat lagi betapa gembiranya Nashriq bila dia diterima masuk ke dalam team bola sekolah. Memang dunia dia punyalah. Dia main dengan senior-senior yang kira the best. Kawan-kawan Nashriq ni aku kenallaa jugak pasal aku rajin ikut dia ke padang. Diorang pun kenal aku tapi kami tak pernah bercakap. Nashriq sentiasa bawa aku ke padang. Kawan-kawannya yang lain semua bawa awek tapi dia ja heret kakak. Dia ni ada awek ke tak? Pernah juga aku suruh dia bawa awek tapi dia tak mau. Tak best katanya. Sambil menunggu Nashriq, aku selalu membaca. Girls lain pula menyorak-nyorak dari awal game sampailah habis. Tak penat ke ha? Nashriq berlari-lari anak ke arahku. Mukanya merah padam dan peluh meleleh di pipi dan dahinya. Dia melabuhkan punggung di sebelahku dan mengambil tuala Good Morning daripada dalam begnya. "Tolong lapkan peluh adik boleh tak kak?"usiknya. Aku mencebik. Kemudian diteguk pula air mineralnya yang tinggal setengah itu sampai habis. Aku membalas pandangan seorang gadis yang sedari tadi memeerhatikan kami. Gadis itu cepat-cepat memandang ke arah lain. "Nashriq, diorang semua ni tahu tak aku ni kakak kau?"soalku. Nashriq mengangguk-angguk. "Budak-budak bola semuanya tahu." "Kau taukan ada yang ingat aku ni awek kau. Maklumlah aku ni tak dikenali. Tak ada orang tumpukan perhatian terhadap aku sampailah tengok aku hang out dengan golden boy sekolah everyday. Kalau ada yang tau aku kakak kau pun cuma budak kelas aku yang tak very talkative untuk hebohkan kepada orang. Boring betul." "Alaa, biarlah. We’ll make a great couple what?" Nashriq ketawa. Aku turut ketawa. "Sekurang-kurangnya tak ada orang berani nak kacau kau dan mintak couple dengan aku. Dan kau satu-satunya awek yang takkan mintak break up dengan aku. So, its okay with me." Dia mencuit hidungku. Nashriq membuka kasut bola dan stokinnya lalu diletakkan di dalam beg. Aku meneruskan pembacaan sehingga bayang-bayang seseorang mengganggu aku. Aku mendongak. Azryl Alfian. Alfian budak batch aku dan budak techno. Kiranya senior Nashriqlaa. Dia ex-golden boy sekolah tu. Tokoh pelajar, kapten pasukan bola sepak kami, pemain hoki yang telah berjaya mewakili sekolah ke peringkat negeri, pemain bola baling yang aktif dan juga pelajar sekolah yang dijangka dapat mengharumkan nama sekolah bagi SPM tahun ini. Semua guru target dia dapat straight A’s berdasarkan keputusannya yang cemerlang dalam percubaan dulu. Dia memang digilai oleh semua girls kat sekolah aku. Mungkin kerana ketokohannya atau poketnya yang sentiasa penuh. Ayahnya merupakan pemilik sebuah kilang kelapa sawit di Sungai Tengas, Kedah. Merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Kakaknya kini merupakan seorang penuntut di University of Leeds dan abangnya pula menuntut di University of Cardiff. Memang diorang ni berasal daripada keluarga yang berjayalah. Macam mana aku tahu banyak sangat pasal dia? Daripada majalah sekolah. Hehe. Walaupun kami sekelas daripada form 1 sampailah form 3 tapi jarang sekali kami bercakap. Mungkin dia tak pernah sedar akan kewujudan aku. "Kenapa?"tanya Nashriq. "Esok punya latihan cancel. Ramai yang ada hal masing-masing." "Lusa jadi kan?"tanya Nashriq lagi, Alfian mengangguk. Aku masih tidak mempedulikan mereka dan terus dengan pembacaanku. "Anything else?"soal Nashriq apabila mendapati Alfian masih lagi tercegat di hadapan kami. "So, this is your sister? Hi!"dia mengangkat keningnya. Aku membalas sapaannya dengan anggukkan. Nashriq menguis telingaku dan aku mendongak. Dia menarik aku agar bangun. "See you tomorrow!" kata Nashriq dan terus menarik aku pergi dari situ. "Kau tak suka dia, kan?" soal Nashriq setelah kami berdua agak jauh daripada padang. Aku memandang Nashriq dengan perasaan tidak percaya. "Of course no! Ingat aku ni bodoh ka? Hampir tiap-tiap hari aku ikut kau ke padang, tapi baru hari ni dia tegur aku. Tak ka ajaib tu? Lagipun aku tak nampak Shida hari ni. Mesti ada something wrong. So, don’t worry bro. I’m not that stupid." "I know. Aku takut dia aim kau ja sebab aku dengar dia dah break dengan Shida. He’s Azryl Alfian. He always get what he wants. Tak kiralah apa risikonya. Aku respek dia kerana kewibawaan dia sebagai seorang pelajar dan kapten pasukan bola tapi aku tak boleh diterima kalau dia kacau kau."serius kedengaran suara Nashriq. Aku terus terhenti. Protective sungguh Nashriq. Wow, aku tak sangka dia akan sayang aku sampai macam tu sekali. Tapi aku senang kerana hanya dia yang aku ada. Melihat aku yang terhenti secara tiba-tiba itu menyebabkan Nashriq turut berhenti. Dia memandangku dan menggosok-gosok belakang kepalanya beberapa kali. "Oh, do I sound that serious? Sorry. Aku tak bermaksud nak kedengaran macam tu tapi hal-hal tentang kau begitu sensitif bagi aku. So, please try to understand, okay? Selain abah, hanya kau yang aku ada." Aku menggeleng. "No, its okay. Ia buat aku rasa selamat. Thanks, Nahsriq."tangan Nashriq aku tarik agar berjalan seiringan denganku. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku adik yang begitu sayangkan aku.
komen saye ialah..lenkali kalau nk tulis tu cube gunakan baris yang lain untuk dialog..kalau boleh jangan buat dalam perenggan yg sama camni..poning kaplo den membaconyo..kureng skit mood nk bace
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Tolong komen...saya suka sangat komen...baru nak mula menulis...komen ya...