Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Meneguk air mineral yang dikeluarkan daripada beg Biru-Hitam itu, pandangan Shawn tak lepas pada kelibat Yui dan Ramli yang mesra berbual dihujung padang sebelah sana. Satu perasaan tiba-tiba timbul. Entah apa, dia sendiri tidak pasti. Cemburu? Ahh.. tak mungkin! Fikirannya cuba untuk menafikan. Aku tak perlu siapa-siapa. Slash masih boleh jadi jaguh tanpa Dash!
Botol mineral ditolak ke tepi lalu jaket windbreaker ditubuhnya dibuka. Matanya kembali melirik ke sana. Tersengih tiba-tiba dia teringat kata-kata gadis gila itu.
"Opss maaf! Orang Jepun selalunya tak salam pakai tangan. Untuk orang macam kau ni lebih sesuai salam pakai kaki je."
Shawn tergelak kecil. Ada sesuatu mengenai gadis itu yang menarik minatnya, lain daripada yang lain! Lihat saja tingkah tomboy itu yang selamba melayangkan tubuhnya malam tadi. Dahsyat betul! Tak sangka tubuh kecil itu mampu buat backflip. Mujur tiada siapa yang melihat! Dan mujur juga kakinya ini hanya dipijak beralaskan sneaker. Kalau sudah siap-siap mereka memakai spike tadi… Alamat bocor kaki aku!
Ikatan kasut bola itu diperkemaskan Shawn. Perhatian diberi pada Tahar yang baru mula bicara. Serius, merangka strategi aksi Gemilang. Perancangan awal mereka akan guna formula 2-4-4. Dia akan berada diposisi serangan seperti biasa. Striker adalah kekuatannya… bersama dengan Dash dulu. Shawn menggeleng pendek, membuang jauh isu yang mencacatkan fokusnya. Jaket windbreaker yang ada di sisi duduknya dialihkan daripada bangku itu, memberi ruang buat Maaran yang berdiri sejak tadi melabuh punggung. Tidak semena-mena sesuatu jatuh keluar daripada pakaian itu. Shawn kehairanan. Mp3 siapa pula ni? Diunjukkan pada Maaran dan Halim di kiri-kanannya, hanya gelengan jawapan mereka. Masing-masing menumpu pada setiap butir kata jurulatih mereka. Dibelek-beleknya alat kecil berwarna hitam itu, Shawn musykil. Dikeliling gadjet itu dililit fon telinga, kemas supaya mudah digenggam sebungkal begitu. Siapa punya? Alat itu tiada didalam koceknya sebelum ini, melainkan…
Serta merta tubuhnya berpaling kepada tuan punya suara yang melaungkan kata-kata itu kepadanya tadi. Apa mungkin…?
"Syawal!" Lamunannya tersentak dek panggilan tegas Tahar. Kini semua kepala menghala padanya. Shawn tidak keruan, terkejut dan kelam kabut cuba mendapatkan fokusnya semula.
"Kau boleh tumpukan perhatian tak? Aku dah bagitahu kau awal-awal lagi kan, perlawanan ini bukan antara Slash dan Dash. Jangan nak buat perangai di tempat orang! Faham?" Gertak Tahar. Sekilas dia turut berpaling ke arah pandang yang dilontar Shawn...
Ramli Ismail! Bekas anak didik kesayangannya. Justeru hatinya mengeluh. Faham benar dia akan dendam anak remaja. Tidak semudah itu mereka mengendalikan tekanan. Lebih-lebih lagi melibatkan sahabat sendiri berubah haluan. Ego jantan tak mudah untuk dijinakkan. Dia faham benar akan hakikat itu.
* * *
Tahar sekadar membatu disudut itu, memandang kosong ke bawah, bermain jari-jemari. Kejutan yang diterimanya sebentar tadi benar-benar memukul. Bising bilik itu tidak diendahkan. Perbincangan isu hangat yang disua ke meja mesyuarat tergempar itu bagai sudah diketahui kesudahannya. Bergiat lama dalam dunia bola sepak, Tahar sudah arif tentang segala macam karenah bidang ini. Jika seseorang pemain mahu kekal lama dan terus maju, soal disiplin dan nama baik pasukan bukanlah perkara enteng yang boleh diambil mudah. Itulah kerap kali diutarakan Tahar kepada anak-anak didiknya. Contoh-contoh legasi dahulu yang kecundang dek disiplin mereka yang corot sering dihidangkan sebagai buah mulut bebelannya. Tidak disangka pula kali ini batang hidung sendiri yang terkena.
Wakil FAM datang secara mengejut pagi tadi. Terus menyuakan berita pahit mengenai penangkapan Ramli Ismail oleh pihak polis berkaitan dengan isu ecstacy. Cepat sahaja Tahar melenting. Masakan tidak! Mana mungkin pelajarnya yang berdisiplin tinggi itu melakukan perkara tersebut. Namun tatkala foto-foto diunjuk sebagai bukti, Tahar mati kata. Malah untuk menguatkan lagi tuduhan mereka, Adnan, pengurus pasukan Skuad Remaja Kebangsaan yang turut hadir, segera menghubungi Chief Inspector Zakaria dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Ternyata itu bukan omongan kosong. Merah mukanya menahan marah.
"Coach Tahar, Coach Tahar!" Jerit Tuan Haji Shahruddin, Pengetua Gemilang yang mempengerusikan mesyuarat. Berpeluh dingin orang tua itu dibuatnya. Tempoh persaraannya hanya tinggal 6 bulan sahaja. Dia tidak mahu mengakhiri kariernya dalam dunia pendidikan ini dengan nama yang buruk. Reputasi Gemilang bersamaan dengan reputasi dirinya juga. Sudah dicanangnya sekampung tentang kehebatan sekolah pimpinannya yang terakhir ini. Jikalau tersebar berita sebegini, malu besar dia nanti.
"Apa pendapat awak? Nak diketengahkan dan diadilikah perkara ini? Ramli Ismail itu anak didik awak." Shahruddin menyoal, menanyakan pendapat. Sukar juga hendak membuat keputusan.
"Sepertimana yang disebut Inspektor Zakaria tadi, memang benar Ramli ditangkap tetapi kesnya digugurkan. Apalagi yang pihak FAM tak puas hati? Anak-anak didik saya yang lain tak ada masalah. Mereka tak akan terlibat dengan benda-benda seperti itu!" Tegas Tahar, bengang dihimpit tiga orang pegawai FAM di depannya itu.
"Memang betul. Tapi kes digugurkan tidak semesti tidak benar pertuduhan itu. Kami dah naik muak dengan kes-kes seperti ini. Tak sampai sebulan kes Yusuf Datuk Redzuan tempoh hari, sekarang Ramli Ismail pula. Bertambah-tambah buruk nama persatuan nanti. Saya cuma mahu memastikan yang tiada atlet-atlet begini dimasa hadapan. Itu sahaja." Rasional Murugan, pegawai kanan FAM.
"Habis tu, apa yang Encik Murugan mahu syorkan? Buat ujian air kencing bagi setiap ahli pasukan Gemilang? Begitu?" Soal Tahar sinis.
"Eh jangan! Nanti melenting PIBG! Susah kita kalau pihak media masuk campur!" Shahruddin melarang keras.
"Kamipun tak mahu pihak media tahu Tuan Haji. Pasal itu kami terus ke sini bila dapat tahu berita ini. Kami tak nak gempar lagi macam kes Yusuf IMC hari tu. Penat nak menjawab. Lebih-lebih lagi si Ramli adalah antara yang paling menyerlah di Korea. Pasti lebih kecoh jadinya kalau orang surat khabar tahu." Jawab Awsam, Jurulatih FAM.
"Dari mana FAM dapat berita dan foto-foto ini? Pihak polis sendiri dah gugurkan kes, malah pihak sekolah sendiri tidak tahu menahu hal dia ditangkap. Macam mana pula FAM boleh tahu?" Musykil Tahar.
"Yusuf Datuk Redzuan! Dia yang berikan pada kami semalam." Jawab Adnan, mengeluh. Tak habis-habis buat hal budak tu!
"Ha? Yusuf IMC? Pelik, mana dia dapat cerita?" Berkerut wajah Tahar mendengarnya. Makin bertambah berbelit masalah yang diketengahkan di depannya itu.
"Apa yang nak pelik? Dia kan anak Datuk Redzuan. Ayah dia DSP, Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Dia dibalai waktu kejadian, kerana itu dia sempat rakam gambar-gambar ini. Menurut Yusuf, Ramli kerap juga ke kelab-kelab malam sekitar KL. Itu saya tak tahulah betul atau tidak." Balas Murugan, sinis. Memulang paku buah keras. Dia geram dengan sikap Tahar yang jelas sekali macam tak dapat nak terima hakikat yang anak didiknya tidaklah sebaik yang disangka.
"Yusuf nak kami ambil tindakan yang sama sepertimana kesnya, terhadap Ramli. Jika tidak dia nekad untuk sebarkan hal ini. Dan jika itu berlaku, School Cup musim ini mungkin akan terjejas. Saya pasti Tuan Haji dan Coach Tahar tidak mahu nama baik Gemilang tercalar bukan?" Tambah Awsam lagi menerangkan.
"Jadi?" Shahruddin menyoal. Apa penyelesaiannya? Pandangannya ditala pada Tahar. Serius lelaki itu sedikit menggeleng. Bagai sudah tahu jawapannya.
"Kami terpaksa gugurkan Ramli dari Skuad Remaja Kebangsaan dan untuk mengelakkan banyak spekulasi umum saya mahu Ramli menulis surat penarikkan dirinya dari Skuad, notis serta merta! Itu lebih baik untuk reputasi Gemilang dan Ramli sendiri." Adnan menyatakan tujuan kedatangannya, terus senyap sunyi bilik itu jadinya. Hanya dipenuhi bahang amarah Tahar. Harapannya bagai sudah hancur.
"Mungkin dia boleh beri alasan masalah kesihatan, atau mungkin kerana dia mahu tumpukan perhatian pada pelajaran. SPM kan tahun depan." Awsam bermanis mulut. Kecut juga bila melihat Tahar yang begitu serius. Mencerun pandangan mata lelaki itu pada mereka bertiga.
'Buk!' Bunyi meja kayu itu ditumbuk. Tahar bingkas, tidak berkata apa. Ingin ditinggalkan segera sandiwara politik itu. Tujuannya meninggalkan arena bola sepak dahulu adalah kerana sudah bosan dengan politik sukan yang begitu memualkan. Tidak disangka pula, dalam lingkungan sukan di sekolah juga turut wujud perkara yang sama. Dia mendengus panjang, realiti itu amat dikesalinya.
"Err… Coach Tahar!" Panggil Murugan. Dia memberanikan diri walaupun sebenarnya perutnya sudah mengempis, kecut! Panggilan itu memberhentikan langkah Tahar.
"Esok FAM akan dapat surat tu!" Tukasnya. Tidak berpaling, dia memulas tombol pintu dan keluar. Disembunyikan titis air mata yang keluar. Sedih kerana impian seorang bakat muda terpaksa dimatikan begitu sahaja. Mengesat mutiara itu, Tahar mara. Realiti kadang-kala pahit, tapi langkah mesti terus diambil. Bergerak ke depan bukan ke belakang. Nasi sudah jadi bubur!
* * *
"Faham?" Jerit Tahar lagi apabila tiada kata balas daripada Shawn. Anak muda itu masih lagi terkesima diherdik begitu. Kaku kerana soal Slash and Dash dibangkitkan. Isu itu sensitif bagi Gemilang, lebih-lebih lagi buat diri Shawn. Berada sepadang dengan Ramli, perasaan meraka bercampur baur. Teruja, kerana hendak membalas dendam terhadap perbuatan Ramli yang telah menconteng arang pada nama baik Gemilang. Dan pada masa yang sama terkilan, sejujurnya mana betah mereka hendak berdepan dengan teman sepasukan mereka itu. Orang kuat yang telah membantu mereka memenangi banyak perlawanan sebelumnya! Jauh disudut hati, Ramli Ismail masih lagi seorang rakan, masih lagi kepunyaan Gemilang.
"FAHAM!" Kuat jeritan mereka. Bukan setakat Shawn malah semua ahli pasukan Gemilang menyahut.
"Bagus!" Puji Tahar. Masih lagi dengan mood seriusnya. Penerangan diteruskan. Namun sebenar-benarnya hatinya turut berbelah bagi. Melihat kelibat Ramli sejak malam tadi, dia rindu hendak melihat kehandalan anak muda itu beraksi.
Teringatkan peristiwa dia menampar Ramli dulu, hatinya bagai terguris. Itu pertama kali dia menghayun tangan pada seseorang. Beria-ia benar anak didiknya itu hendak menjelaskan perkara sebenar. Tapi entah mengapa, mungkin kerana rasa kecewa dia menghentikan rayuan yang merimaskan itu dengan layangan penampar. Hakikatnya seperti dia menampar pipi sendiri. Akhirnya tanpa banyak soal, petang itu juga Ramli memberikan surat penarikkan diri daripada Skuad Remaja Kebangsaan kepada dirinya. Selepas itu, Ramli Ismail bukan lagi Dash yang dulu. Bagai ada jampi serapah bisu yang dilempar padanya. Dibiarkan sahaja satu sekolah mengata, menuduh, membenci dirinya. Mungkin kerana tamparan tersebut membuat anak itu merajuk hati. Apa guna mempertahankan diri jika Coachnya sendiri tidak mahu mendengar, tidak mempercayai dirinya. Kesudahannya Ramli pergi meninggalkan Gemilang begitu sahaja. Tanpa penjelasan apa-apa.
Melihat pertama kali Ramli Ismail di Mahkota, hati Tahar terusik lagi. Lain benar dirasakan apabila anak itu bernaung di bawah pasukan Nazri. Dia rindu untuk memberi nasihat petua seperti dulu-dulu. Bersama-sama Syawal, dia amat berpuas hati dengan prestasi duo itu. Ternyata dua anak didiknya itu punya bakat luar biasa. Tidak hairan mengapa mereka digeruni, kedua-duanya saling melengkapi bila beraksi dipadang. Tapi… itu dulu. Tidak lagi sekarang.
Memandang raut wajah Syawal didepannya, Tahar faham akan perasaan pemuda itu. Berbelah bahagi pastinya. Gempar satu sekolah pabila Slash dan Dash berkelahi. Gara-gara kes ecstacy itu yang tidak jelas hujung pangkal. Slash memulang paku buah keras. Dash pula dihambat rajuk, dibiarkan sahaja tohmahan dilempar. Sudah malas hendak menjelaskan jika bukan itu yang mahu didengar oleh rakan-rakan. Pada mereka dia memang salah, memang dia kaki dadah! Dek sakit hati kerana ejekan dan sindiran yang bagai tidak mendatangkan kesan, dua sahabat yang pernah mengaku bersaudara dulu berhentaman bagai tak pernah ada secubit rasa sayang dalam diri mereka. Mujur tak masuk hospital saja! Itu yang dikesali Tahar. Tapi dia tidak mampu berbuat apa. Hal psikologi remaja memang bukan bidangnya. Dia amat lemah untuk berempati diri. Mungkin kerana tembok ego yang tebal didalam hati. Manakan tidak, Tahar Harun memang dilatih untuk menjadi keras dan tabah dalam serba-serbi. Dia perlu kuat menghadapi sebarang tekanan yang datang, dan bermain dengan emosi? Itu bukanlah makanannya. Rungsing dibuatnya hal dua anak itu. Iyalah, pasal hal kecil saja boleh jadi gaduh, inikan pula pasal maruah! Dari awal lagi sudah ditanamnya di dalam jiwa anak-anak didiknya itu, maruah diri perlu dijaga. Namun apabila maruah seorang sudah tercemar, kerana lembu seekor membawa, habis sekawan terpalit lumpur. Mungkin silap aku mendidik! Mungkin sikap aku! Dilema Tahar tidak berkesudahan.
LIMA PULUH EMPAT
Berentap!
Yui tak senang duduk. Sudah naik kematu punggungnya memanaskan bangku itu. Habis separuh masa pertama dia masih boleh bersabar. Lagi pula Mahkota mendahului 3-2, hasil dua rembatan Ramli yang membolos pertahanan kuat Shawn dan satu tendangan tak puas hati Malik dengan permainan kasar geng-geng Syawal. Hampir-hampir sahaja ketiga-tiga jaguh itu membuat hingar di tengah padang tadi. Akibatnya Malik dikeluarkan dari padang oleh Coach Nazri. Memang panas baran betul mamat tu! Bagi Gemilang pula, dua gol mereka tak lain dan tak bukan hasil tendangan kilat Shawn. Nampaknya duo Slash dan Dash masih belum kehilangan taring. Ironinya kini mereka bersungguh untuk mematahkan serangan satu sama lain.
Yui menggenggam penumbuk. Rasa geramnya membuak-buak, tertekan untuk beraksi. Memang diluar jangkaan kedua-dua pasukan sama-sama kuat, mempamer permainan yang cukup menarik dan tegang sekali. Gemilang memberi tumpuan pada asakan sehingga berjaya menggugat gawang Mahkota pada awal minit ke lima. Mahkota pula semestinya beroleh kelebihan dari segi taktik dan strategi. Habis diluahkan Ramli segala kelemahan dan kekuatan Gemilang pada sesi perbincangan STORM petang semalam. Mereka perlu menggunakan lebih akal berbanding otot memandangkan itu bukan kelebihan Mahkota.
Melewati minit ke lapan puluh, bukan setakat Yui yang tidak tentu arah tetapi satu padang resah dengan pe'el penonton. Masing-masing bagai berjaga-jaga, takut terkena serangan jantung yang laju mengalir deras adrenalin. Duduk tak kena, berdiri tak kena, celik tak kena, tutup mata lagi tak kena! Huish! Macam ni rupanya perasaan tengok bola! Tak hairanlah kenapa orang boleh jadi gila bila setiap kali musim 'Cup' tiba. Masalahnya sekarang kenapa bukan aku di padang tu? Macam mana dengan bet aku dan Luqman? Yui gigit jari. Tidak dinafikan Weng Chun menjalankan tugas dengan baik hari ini. Dibantu pertahanan Akmal dan Fazli, gawang Mahkota masih lagi selamat walaupun sudah bolos dua kali. Jangan tiba kali yang ke tiga sudah!
"Wei Yui! Kau rasa kita ada peluang menang ke?" Sergah Malik melabuh punggung disebelah gadis itu, agak serius. Dikeluarkan daripada padang sebentar tadi, dia sudah letih mahu berdebat dengan Ghani dan Nazri. Dek sikap degilnya, Malik satu-satunya pemain yang dok keluar masuk padang sampai dua kali. Kad Kuning hampir-hampir kena batang hidung. Mujur ada Ramli yang jadi tukang jirus air setiap kali api amarahnya menyala atas kepala. Bila gol dijaringkan, tidak kisah gol STORM atau Gemilang ada saja sebab yang buat bahu tergesel-gesel, mata menjeling-jeling, tangan membulat tergigil-gigil bengang nak menumbuk muka orang.
"50-50. Kau tengok Weng Chun! Mamat tu boleh tahan ke sampai habis. Aku bengang betul dengan Coach Ghani tu! Kenapa dia tak bagi aku masuk? Macam mana dengan bet aku dengan Luqman." Yui mendengus berbaur risau. Dia tahu mungkin bunyinya seperti dia pentingkan diri. Tapi aku yakin aku boleh membantu!
"Aku bukan nak lemahkan semangat kau. Tapi seriuosly aura Gemilang kali ini memang tak sama dengan musim lepas. Aku tak rasa kau boleh bertahan Yui. Kau sendiri nampak kan serangan diorang macam mana?" Jawab Malik, masih memfokus ke padang. Lebih-lebih lagi tendangan maut mamat (Slash) tu, memang berbisa!
Yui sekadar membisu menelan setiap butir kata-kata rakannya itu. Berpaling pada Ghani dan Nazri yang berkerut seribu dek gelisah melihat perlawanan sengit yang sedang berlangsung, dua jurulatih itu semestinya sedang memikul beban besar. Mendahului permainan bukan satu kelebihan buat Mahkota. Mereka perlu bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan itu. Menjelang minit-minit terakhir, Gemilang pula mengambil peluang sepenuhnya melancarkan serangan berkali ganda. Kerana itu pasti kedua-duanya punya sebab tersendiri bagi setiap keputusan yang diambil. Beralih pandang, yang turut setia bersamanya mencairkan bangku pemain itu ialah Faizul. Haram kaki mereka nak menjejak padang. Pasrah saja Yui! Sekurang-kurangnya Mahkota akan menang dengan keputusan 3-2 itu. Jangan ada kejutan lain sudah!
*
Ditengah padang, Gemilang mengawal permainan. Sebaik mendapat bola, Shawn mara ke utara. Mengerah ketumbukan selatan Mahkota untuk turut naik menghalang kemungkinan yang bakal berlaku. Dihalang Akmal, Shawn mengelecek ke kiri membuat saingannya itu rebah. Itu membuat Fazli geram, tertekan dan mengejar pemuda yang bertekad dendam itu. Gawang Mahkota sudah jelas dalam pandangan, Shawn merancang tendangannya tapi...
'Prittttt!...' Pengadil meniup wisel. Shawn mengerang kesakitan. Didalam kotak penalti! Kawasan itu mula dikerumun para pemain. Biru-Hitam kepada Shawn dan Hijau-Kuning kepada Fazli. Kedua-dua mereka terdampar di padang.
Jeritan 'Booo' penyokong Gemilang membuat Fazli bingkas cuba mempertahankan diri, memberi alasan pada pengadil yang nyata sekali tidak mahu bertolak ansur. Kemungkinannya Gemilang bakal diberi sepakan penalti. Salah perkiraan, bukan kaki Shawn yang ditujunya tatkala menggelecek untuk mencuri bola tadi. Lawannya itu begitu tangkas dalam pergerakan. Akhirnya kaki Shawn yang disadungnya membuatkan kedua-dua mereka meranduk lecak padang. Ahli pasukan yang lain mula masuk campur. Bertolak sesama mereka, mahu menegakkan pendapat masing-masing. STORM tak puas hati bila pengadil import dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya itu bagai endah tak endah dengan penjelasan Fazli. Gemilang pula bengang bila mendengar ada mulut-mulut yang mengatakan Shawn yang sengaja membuat drama. Kecoh punya pasal, tubuh Fazli tidak sengaja ditolak seseorang ke depan lantas dia pula menolak tubuh pengadil. Hampir-hampir terjatuh si tua itu. Opss! Kesalahan itu pastinya membawa padah.
Layangan kad kuning pada Fazli diganti sahutan 'BOO!!', kekesalan penyokong Mahkota. Lebih teruk lagi hadiah tendangan penalti buat pasukan Gemilang menjadi nyata. That's is just great! Pengadil yang rimas, malas hendak melayan segala rayuan. Tiada maaf bagimu!
Bagai mimpi ngeri, Gemilang berjaya memenangi penalti. Kalah 'soap opera' melihat drama yang berlaku di tengah padang. Tercengang Yui dibuatnya. Malik pula sudah memaki hamun. Ramli mendengus panjang, melontar jelingan tajam pada Shawn yang sekadar tersenyum sinis. Permainan masih belum tamat!
* * *
Tiga puluh minit masa tambahan. Tidak lama bagi keseluruhan padang untuk bertenang daripada keterujaan waktu genting penalti Gemilang tadi yang berjaya menyamakan kedudukan disaat-saat akhir. Liat benar bagi perlawanan ini untuk menutup tirai. Empat minit, empat puluh lima saat permainan bermula, entah macam mana satu gawang bolos lagi akibat tendangan jarak jauh. Macam malaikat lalu, hanya bunyi cengkerik yang kedengaran di tengah padang tika itu. Hadiah buat kau Shawn!
Menyirap darah Tahar, tapi jujurnya dia teringat semula mengapa dia begitu mengagumi anak didiknya yang bernama Ramli Ismail. Konflik yang berlaku mematangkan lelaki itu. Lihat saja gerakkan dan taktik yang dipersembahkan. Hanya perlu tekad, kesungguhan dan mungkin dendam, anak itu mampu membuat apa saja.
Bertentang mata sesama mereka, Shawn terkesima dengan aksi Ramli. Kenal benar dia akan gaya itu. Dek tendangan itu dia dikenali sebagai Slash. Gabungan duo mereka yang menghasilkan double killer strike, tapi kini… Dash melakukannya seorang diri!
*
Kedua-dua mereka mara tangkas merapati gawang, tiba-tiba meningkatkan had laju tatkala semua pemain leka dengan rentak permainan yang agak lembap. Ramli memberi isyarat serangan dan melakukan tendangan tinggi. Bola menujah udara, laju ke arah Slash yang sudah mencuri ruang kosong pihak lawan tatkala semua memberi perhatian pada Dash. Mendapatkan momentum, Slash membongkok menolak diri ke udara membuat lompatan putar dan menendang kilat sfera itu mengikut perkiraannya. Membelah angin, tujahan itu bagai ilusi bagi penjaga gol yang berdiri tepat pada garis lurus hentaman bola sedangkan ia membelok membuat unjuran melengkung di saat akhir dan menerobos gawang menghasil pekikan 'GOL!!!' yang menggema padang sejurusnya.
*
Itu yang berlaku dulu. Tapi lain sekali auranya kini. Pekikan GOL masih lagi dilaung cuma peliknya ianya bukanlah datang daripada peminat Slash dan Dash seperti selalu. Tukang karut si Zikri merepek lagi. Memperbesarkan gaya 'double killer strike' yang sudah bertukar nama menjadi 'single killer strike' sahaja. Realiti itu semakin menghangatkan dada Shawn yang panas sejak permainan bermula lagi. Melihat sahaja aksi spontan bekas duonya itu, dia tidak menyangka Ramli mampu melakukan itu. Menimbang bola menggunakan lututnya Ramli membuat lontaran bola tinggi. Lalu mengambil impak dan melakukan lompatan putar, sesempurna aksinya dahulu. Atau mungkin lebih sempurna lagi! Shawn menghunus jelingan tajam, sakit hati bila teringat kata-kata Ramli yang sentiasa merendah diri dulu. 'Aku tak sehebat kau Shawn. Sampai bila-bilapun aku tak akan mampu buat lompat pusing kau tu!'. Bila diingat kembali, kedengaran sinis pula kata-kata itu sekarang.
Nun tidak jauh dari situ, Ramli berdiri kaku bertentang dengannya melirik sengih sarkastik. Memukul Shawn bagai perli bisu. Tertekan dengan situasi tegang itu, Shawn mara hendak bersemuka. Legasi duo Slash dan Dash akan hancur sama sekali! Penumbuk sudah dikepal hanya tunggu untuk hinggap ke muka Ramli.
'Prittt!…' Bunyi wisel dari sisi padang mematikan langkah Shawn. Merencatkan aura membunuh yang datang daripada dua orang pemain hebat yang sedang berkonflik emosi di tengah padang. Dua kad tukaran melayang ke udara, setiap satunya daripada kedua-dua pasukan. Tertera gah dua nombor yang menjadi sebutan pengulas sukan sejak tadi, 13 dan 10. Tak lain dan tak bukan nombor keramat bagi Slash dan Dash. Mahu tak mahu keduanya akur meninggalkan padang. Berjalan beriring, sedaya upaya rasa tak puas hati itu cuba dibendung. Kenapa semua ini berlaku? Pedihnya bila terpaksa berdepan sahabat sendiri.
*
"Faizul! Kamu masuk." Arah Nazri sejurus selepas isyarat tukaran pemain diberikan kepada petugas padang. Gelanggang yang terbuka ini bukan medan beradu dua individu. Sejak awal permainan lagi, jelas sungguh persaingan antara Ramli dan Syawal, ayam tambatan Gemilang. Dibiarkan sahaja pada mulanya sebagai perisa kepada permainan itu. Namun memasuki saat-saat genting begini semakin peribadi pula dirasakan perlawanan yang berlangsung. Situasi tersebut perlu dihentikan serta merta. Beralih pandang dihujung padang sebelah sana, rakan sejawatannya Tahar melakukan tindakan yang sama. Nampaknya mereka sefikiran. Dua jaguh itu perlu direhatkan buat sementara waktu.
*
"Coach! Apahal keluarkan saya? Saya diperlukan dipadang. Saya boleh hentam Mahkota sampai tersungkur!" Berang Shawn, tidak setuju dengan tindakan Tahar. Berdiri disisi garisan kuning padang itu dia degil mahu berubah tempat dengan Fikri, penggantinya.
Tidak berubah riaksi, Tahar meneruskan penerangannya pada Fikri, serius. Menepuk bahu anak buahnya itu, dia melepaskan Fikri dengan tanggungjawab untuk digalas. Beralih pandang pada Shawn, Tahar mencekak leher baju remaja itu menariknya keluar daripada padang. Keras dan perlahan tuturnya.
"Tiada SAYA atau AKU dalam PASUKAN ini, FAHAM?! Sekarang duduk!" Tegas Tahar, melepas kasar genggaman tangannya. Terinjak tubuh pemuda itu ke belakang, menambah geram di dada Shawn. Dibiar anak itu melepas marah pada bangku rehat pemain. Jangan patah kerusi kayu tu sudah! Mengeluarkan penyerang itu daripada gelanggang adalah amat wajar sekarang ini. Peraturan pertama dalam bola sepak, bermain dengan emosi hanya mengundang kekalahan. Parah jadinya nanti. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pihak lawan yang bijak mengawal permainan. Membaca permainan yang berlangsung di depannya, Tahar menggeleng perlahan. Nyata sekali Mahkota punya strategi terancang dalam menghadapi setiap serangan dan pertahanan Gemilang. Kehadiran Shawn perlu dinafikan buat seketika agar strategi Mahkota kucar-kacir sebentar. Jelasnya lawan mereka kali ini atau lebih tepat lagi; Ramli, amat arif dalam tindak-tanduk bekas pasangannya itu. Melihat sekilas aksi pemuda itu, dia tidak menafikan Dash sudah bertambah bagus! Maka tidak hairan juga mengapa prestasi Syawal bersinar kali ini, dia tidak mahu kalah dengan perkembangan berangsang Ramli. Duo Slash dan Dash benar-benar telah kembali! Mungkin perpindahan Ramli ke Mahkota dulu adalah rahmat yang tak mampu ditafsir mereka.
*
"Ramli, cantik gila kau punya tenda..." Kata-kata Yui mati. Ditonyoh mulut Yui dengan bontot air mineral besar oleh Ramli. Duduk disebelah gadis itu, bukan bebelan yang dihajatinya.
"Shut your crap Yui! Aku tak ada mood sekarang." Ramli serius. Membuka penutup air mineral itu, air diteguk puas. Menyejukkan dada yang tengah panas. Sakit hati bila mengenangkan sikap Shawn ditengah padang tadi. Dasar manusia tak sedar diri! Aku dah naik muak dengan perangai bodoh mamat tu! Kau ingat kau seorang saja yang bagus Shawn? Pergi matilah dengan ego kau tu! Ramli menggenggam penumbuk. Emosinya dihentam hebat kali ini. Air diteguk lagi.
*
"Arghhh!!!!" Menjerit melepaskan geram, bangku kosong didepannya ditendang Shawn. Rakan-rakan sepasukan yang lain pakat tidak mahu menghampiri. Buat naya serah diri pada puting beliung namanya. Malas mereka hendak melayan angin rakan mereka yang seorang itu. Memang terkenal sangat dengan barannya!
Beg hitam miliknya ditarik Shawn dari tanah kepangku. Membetul duduk pada bangku tempat melepaskan amarahnya tadi. Segera dialihkan wind breaker yang disilang pada pemegang beg. Air mineral dikeluarkan buat membasah tekak yang kering dan hati yang hangat. Bengang sangat entah kenapa. Memikir balik apa yang terjadi dulu, jujurnya dia tidak pasti dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi sekarang, fikirannya berkecamuk. Diam Ramli membuat dia bertambah-tambah geram, bengang dan tak puas hati. Apa penjelasan disebalik insiden ecstacy itu. Benarkah aku dah tahu jawapannya? Betulkah andaian aku tu? Mamat tu memang suka buat aku tertekan! Aku benci kau Ramli! Kenapa kau tak mampus je dek penangan ecstacy dulu! Bangang betul!
Menyilang semula wind breaker hitam-putih itu ke tempatnya tadi, satu bungkal hitam jatuh. Dikutipnya gadjet itu, Mp3 sesat yang ditemuinya seawal perlawanan tadi. Kelibat Yui dicarinya di kawasan padang sebelah sana. Melihat gelagat gadis itu dan Ramli, semakin menggelegak hatinya. Macam-macam andaian yang terbit dalam kepala otak Shawn. Ramli memang sengaja nak menjatuhkan aku! Pasti si minah Jepun tu pun ada muslihatnya yang tersendiri supaya Gemilang kalah. Boleh tahan juga awek kau ya Ramli. Mp3 ni mesti dari dia. Apa isinya? Rayuan supaya aku berlembut dengan kau? Ugutan supaya aku berhenti bermain? Atau pesanan cinta supaya aku boleh jatuh cinta dengan minah jepun tu dan berlembut dengan kau? (Apasal macam tak logik je bunyinya alasan yang ni! Apa-apa sajalah!) Apa yang kau cuba nak buktikan Ramli? Punyalah hebat syaitan menghasut. Belum sempat nak mengelamun memikir lebih lanjut tentang alat ditangannya, Shawn terganggu dek pekikan 'GOL!!!' yang terlaung buat sekian kalinya. Terlirik senyum, dia bingkas. The game is not over! Masa untuk masuk padang! Mp3 dilepaskan...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sambung la lagi..lagi cepat lagi bagus eh..GOLL yg last tu milik siapa?.mahkota ke gemilang