Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setibanya Izzahtul di tempat meletak kereta dia mencari anak kunci kereta.
" Mana pula anak kunci kereta ni?".
Izzahtul menyelok beg tangan mencari anak kunci di dalam beg. Teraba-raba. Fail yang di bawa di letakkan di atas kereta. Izzzahtul terus menyelak menggunakan dua belah tangan. Tapi kunci yang dicari tidak juga kelihatan. Kemudian semua isi di dalam beg di keluarkan dia atas kereta. Habis bertaburan, ada sedikit alat-alat solek, beg duit, handphone dan beberapa anak kunci lain. Anak kunci kereta yang di cari tetap tak dijumpai.
" Mana pula kunci nie? takkan tertinggal kat dalam bilik mesyuarat pulak. Aduh kenapa cuainyer…"
Dalam sibuk mencari tiba-tiba Izzahtul teringat sesuatu. Peristiwa tengahari tadi. Dia berpaling ke belakang. Hatinya cukup membara melihat kereta BMW di sebelah. Dia menghampiri. Kereta di tendang, Aduh! Izzahtul tertunduk bila tempat yang ditendang terasa keras. Rupanya dia menedang tayar kereta. Dia mendegus geram. Dia baru teringat kunci tidak di kembalikan oleh Fazrul. Dia sekali lagi mengutuk kebodohannya.
"Kenapalah aku nie, bengalnyer. Macam mana aku tak teringat langsung pasal kunci tu. Asallah tak ambil dari dia. Bodohnya! Apa aku nak buat nie?"
Izzahtul berdialog sendirian. Izzahtul melihat jam di tangan. Pukul 4.00 petang. Dia melihat sekeliling. Kemudian kembali memasukkan semua barang ke dalam beg tangan yang di bawa. Turut dicapai fail di atas kereta dan terus menuju ke pintu masuk utama syarikat Berjaya Holdings. Dalam perjalanan ke pintu masuk Izzahtul terfikir ingin menghubungi Zainuddin tapi bila di fikirkan balik, niatnya di batalkan. Dia takut banyak pertanyaan akan diajukan oleh Zainuddin. Lagipun mungkin Zainuddin telah memulakan perjalanan. Dia tidak mahu menganggu.
Izzahtul terus mempercepatkan langkah menuju ke pintu masuk dan terus ke arah kaunter penyambut tetamu. Gadis yang ditemui tadi mengukirkan senyuman, dia bersuara.
" Selamat petang Cik Izzatul. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Nampak macam ada masalah."
Izzahtul hanya tersenyum tawar. Dia memikirkan ayat yang sesuai di susun bagi menjelaskan keadaannya.
" Macam mana saya nak terangkan yer. Oh ya! Ada dua parking lot Pengarah Urusan kat luar tu kan. Boleh saya tahu yang pakai BMW warna biru gelap tu siapa namanya?"
Izzahtul mula berbicara.
" Oh yang pakai BMW warna biru ye. Kereta itu milik En. Fazrin Huzaimi, anak sulong kepada Pengarah Urusan syarikat nie. Dia Pengurus Kanan Bahagian Pentadbiran. Cik nak menemui dia ker?."
Kelihatan wajah gadis penyambut tetamu tu berubah tetapi masih tersenyum. Dia merasakan ada yang tidak kena kerana Izzahtul tidak mengenali salah satu Pengurus Kanan syarikatnya.
" Boleh saya berjumpa dengan dia atau boleh tolong hubungi dia? Ada perkara mustahak dan saya perlu berjumpa segera dengan dia."
"Minta maaf Cik, En Fazrin bercuti hari ini. "
Bercuti? Izzahtul terperanjat. Siapa pula yang dijumpai tengahari tadi? Aduh! Masalah betul.
" Habis yang bawa kereta tu siapa yer? Dalam pukul 2.30 tadi saya terserempak dengan dia. Boleh bantu saya tak?.
Saya nak jumpa orang yang memandu kereta tu. Mungkin pemandu dia kot?" Pemandu agaknya. Terlintas dalam fikiran Izzahtul. Kalaulah pemandu memang muka tak tahu malu. Tapi takkan pemandu pakai kod pulak. Mana tahu dia saja sangkut kot kat tangan. Atau mungkin bawa kot tersebut masuk untuk bossnya. Zaman sekarang nie kaki temberangkan banyak. Izzahtul tersenyum.
Penyambut tetamu kembali bersuara.
" En Fazrin tak pakai pemandu. Dia memandu sendiri. Oh ya hampir terlupa. Kalau tak silap, hari nie kereta En Fazrin adik dia yang bawa. En Fazrul Hakimi. Mungkin yang Cik jumpa tu En Fazrul rasanya. Kalau En Fazrul lah yang di maksudkan rasanya Cik tak dapat jumpa dia pada waktu ini. Dia sedang bermesyuarat dengan Pengurusan Kanan. En Fazrul ini Pengurus Kanan Bahagian Pengoperasian. Anak kedua Dato’ Pengarah. Nampak gaya mungkin Cik terpaksa tunggu dia selesai bermesyuarat. "
Panjang lebar penyambut tetamu tu memberi penjelasan akan siapa yang dijumpai tadi petang. Izzahtul tidak kisah siapa pun lelaki tadi. Anak pengarah ker! Pemandu ker! Dia dah tak peduli. Yang penting kuncinya harus dikembalikan. Tak sanggup rasanya menatap wajah lelaki siang tadi sekali lagi. Izzahtul memandang kembali penyambut tetamu.
" Saya terpaksa tunggu dia juga. Takpelah saya tunggu kat ruang tetamu tu. Kalau dia dah selesai mesyuarat boleh maklumkan pada saya"
" Baiklah Cik Izzahtul "
Ramadansmile05Izzahtul minta diri beredar ke ruang menunggu. Penyambut tetamu tadi menganggukkan kepala tanda akan melaksanakan apa yang diminta oleh Izzahtul.
Izzahtul berlalu pergi meninggalkan kaunter penyambut tetamu. Di dalam fikiran Norfazlin, gadis penyambut tetamu itu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
"Adakah Cik Izzahtul nie mempunyai hungan dengan En Fazrul? Tapi takkan dia tak kenal pulak?"
Fazlin tertanya sendiri.
" Mungkin dia ada hal berkenaan kerja agaknya. Kalau pun betul dia ada hubungan memang meletop!. Sesuai gitu."
Fazlin tersenyum. Dia menyambung tugasnya kembali.
bukan nak lambat sangat.. takde masa ler.... ok ker cerita saya nie? just baru nak belajar menulis...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kenape lmbt sgt smbg???? nanti boring lmbt sgt...