Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Hello Anna.., Andy ni". "Hah! Awak nak apa cari saya?". "Pleaselah Anna, jangan buat saya macam ni, takkan awak merajuk lagi kot?". "Baru hari ni awak cari saya, sorilah saya takde masa nak layan awak". Anna segera mematikan telefon bimbitnya dengan perasaan geram. Agak lama dia menunggu panggilan Andy tetapi setelah mendengar suara lelaki itu terasa hendak marah pula. Sudah seminggu dia tidak mendengar berita dari Andy, memang dia hendak menelefon sendiri tetapi terasa malu pula. Telefon bimbitnya berdering lagi, kali ini dia membiarkan sahaja.
Sudah berkali-kali dia menelefon Anna tapi tidak berangkat, betul ke dia nak putus ni? Macam mana kalau mak dapat tahu, mati aku!.Andy berjalan ke hulu ke hilir sambil menggigit jari.
"Mr.Andy, we have to meeting right now. Our client is waiting for us at conference room", terpacul Cindy, setiausaha Andy telah mengejutkannya. "I’ll be there in 2 minutes", jawab Andy lalu bergegas keluar. Hari ini ada client dari US ,dia perlu membuat presentation yang baik dan boleh menarik minat client tersebut untuk memberinya projek yang baru. Dan untuk seketika dia lupa pasal Anna.
"Pakcik, boleh tumpang tanya?", Andy menegur sekuriti yang menjaga kilang Flexy Electronic. "Ya, encik ni nak cari siapa?". "Saya nak cari…", Alaa, siapa nama perempuan tu ehh?, "Saya nak cari perempuan yang kerja kat kilang ni", Pak Hashim hairan dengan jawapan Andy lalu berkata, "Yalah..siapa namanya?", Andy menggaru kepala dan memandang Pak Hashim sambil memikirkan sesuatu. "Perempuan tu tinggi,badan gempal sikit dan kulit putih", "Encik..ramai perempuan kerja di sini, fizikal yang encik terangkan tu pun ramai, cuma cantik tak cantik aje.." Pak Hashim tersengih memandang Andy. Andy hanya tersenyum. Cantik ke perempuan tu? Aku tak tengok jelas wajahnya hari tu. "Apa kata encik tunggu sekejap, diorang semua balik kerja pukul 6, sekarang ni pukul 5.45, 15 minit lagi diorang keluarlah", Pak Hashim memberi cadangan kepada Andy yang nampak kebingungan. "Terima kasih pakcik".
Tepat pukul 6 petang, semua operator dan staf keluar, ada yang balik dan sesiapa yang overtime mereka keluar untuk makan petang selama 30 minit sebelum menyambung kembali kerja. Andy segera keluar dari kereta dan menjeguk-jengukkan kepalanya di depan kilang itu, dia nampak dengan jelas setiap pekerja yang keluar kerana keretanya diletakkan tidak jauh dari situ. Setelah 10 minit menanti bayang Sindora pun tak kelihatan, mana pulak perempuan ni? Tak datang kerja ke? Andy bertanya di dalam hati.
Sementara itu sepasang mata memandang Andy yang kelihatan seperti mencari seseorang, dia mendekati Andy lalu berkata, "Ehem, encik ni boyfriend Sindora kan?", "Hah! Sindora?" Andy hairan memandang lelaki tegap, berkulit sawo matang yang sedang tersengih-sengih itu. "Nanti saya panggilkan dia, biasanya dia balik lewat, kenapa tak call dia dulu?", Andy tidak tahu nak berkata apa kepada pemuda itu lalu dia mendapat idea, "Saja aje nak surprisekan dia", Tanpa sempat mengucapkan terima kasih lelaki tersebut berlari ke kilang dan menuju stor yang terletak di belakang bangunan tersebut.
"Sin, boyfriend kau nak jumpa, dia ada kat depan kilang". Dengan termengah-mengah Azmi menegur Sindora yang dilihatnya tekun mengadap komputer, Sindora melihat sejenak ke arah Azmi. "Kau jangan nak main-main Mie, aku banyak kerja ni". "Aku tak main-mainlah, dia pakai kereta Vios warna hitam kan?",Sindora tersentak lalu mengerutkan dahinya mengingati sesuatu. Andy?.
*************************************** "Sedap nama awak". Andy memandang Sindora yang ketika ini berada di sebelahnya. "Terima kasih",jawab Sindora ringkas tanpa memandang lelaki itu yang sedang memandu. "Awak tinggal di mana?", "Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda",Sindora berkata perlahan.
Andy menoleh seketika ke wajah Sindora, bukan main susah dia memujuk gadis itu mengikutnya, bermacam-macam alasan diberikan. Dia teringat peristiwa tadi.Setelah setengah jam menunggu barulah dia melihat kelibat Sindora menuju ke arahnya, dengan berbaju kurung berwarna kuning air menyerlahkan keputihan wajahnya. "Maaflah lupa saya nak tanya nama awak", "Sindora", Sindora menjawab. "Ada apa Encik Andy jumpa saya ni", "Saje aje..jom ikut saya", Andy menjawab selamba. Sindora memandang Andy dengan hairan. "Encik Andy, kalau ada apa-apa cakap kat saya sekarang, saya banyak kerja lagi nak buat". "Kalau macam tu saya tunggu awak lepas balik kerjalah",Andy lantas berjalan menuju ke keretanya, Sindora berasa gelisah. "Eh! Nanti dulu..saya tak tau pukul berapa nanti habis, saya tak mahu awak tunggu lama". "Kalau macam tu, ikutlah saya sekarang", Andy berkata seperti memberi arahan, "Kan saya dah cakap saya banyak kerja", Ish!, mamat ni tak faham bahasa ke? Aku dah cakap tak nak pun nak paksa jugak.
Dengan langkah teragak-agak dia menghampiri Andy yang sedang berdiri di hadapan keretanya. Dengan nada marah Sindora berkata, "Cepatlah, apa yang awak nak?, "Baju saya", jawab Andy sambil tersenyum, mak ooi! Kacaknya dia bila tersenyum, Sindora tergamam seketika memandang Andy. "Saya nak ambil balik baju saya", Andy mengulangi kata-katanya setelah melihat Sindora memandangnya lama, Sindora tersentak. "Oh! Baju tu…", Sindora tiada pilihan selain mengikut Andy menaiki keretanya.
"Depan tu ada simpang, Encik Andy belok kanan", Sindora bersuara menyebabkan Andy tersedar dari lamunannya. "Ok", jawab Andy. Sindora memandang ke arah Andy yang berkaca mata hitam lalu berkata di dalam hatinya, dia ni orang melayu atau orang Inggeris? Tapi dia fasih berbahasa melayu, mungkin dah lama tinggal sini kot.. pada mulanya dia memang takut hendak mengikut lelaki ini tetapi bila diingat semula peristiwa 2 minggu lepas ketika dia pengsan dan bermalam dirumah lelaki ini, tidak mungkin dia mempunyai niat jahat terhadapnya. "Rumah saya yang berpagar hijau tu", Sindora menuding jari ke depan dan Andy memandu perlahan memasuki lorong yang agak sempit itu.
"Encik Andy tunggu sekejap", sebelum sempat Sindora membuka pintu kereta, Andy segera mencapai lengan Sindora. "Nanti dulu, Sindora", Sindora menoleh ke arah Andy lalu tunduk melihat tangan Andy yang masih lagi memegang lengannya. "Opps!" Andy menyedari perbuatannya itu lantas melepaskan tangannya, "Kenapa Encik Andy?", "Please, jangan panggil saya encik", Andy menjawab lalu keluar dari kereta, Sindora bertanya lagi, "Itu sahaja?. "Ya", jawab Andy sambil menundukkan kepalanya, padahal dia ada sesuatu hendak disampaikan kepada gadis itu, Andy mengeluh perlahan.
************************ "Laparnya". Sindora melihat jam di tangan, pukul 2.15 petang.Patutlah aku dah lapar, dari pagi tadi aku tak makan sibuk buat report bulanan.
Sindora berpaling ke belakang, Amran sedang leka mengadap skrin komputer, Abg Am mesti tengah main game, Sindora tersenyum kecil. Dia tahu sangat perangai Amran, dia tidak berapa mahir menggunakan komputer melainkan games, kalau ada kerja yang menggunakan komputer selalunya dia akan berikan kepada Watie.
Sekilas dia terpandang Ismail dengan Watie sedang berbual-bual. Diorang memang rapat, nak kata bercinta, Ismail dah kahwin, anak pun dah 2 orang, Watie pulak sudah bertunang, tapi mereka berdua ni macam belangkas, makan bersama, balik kerja pun bersama, aku sahaja yang masih bujang, umur dah 29 tahun, Sindora mengeluh, perbuatannya itu disedari oleh Amran.
"Nape Sin?, ada masalah ke?", Amran bertanya kepada Sindora tetapi matanya tetap memandang skrin komputer. "Takdelah abg Am, Sin lapar, jom makan", pelawa Sindora. "Abg dah makan, dah lewat kenapa tak makan lagi?, pergi cepat, nanti pukul 3.30 Cik Li nak meeting ngan kita". Cik Li atau Fazly, pengurus stor mereka jarang-jarang nak buat meeting tapi kalau dia nak buat mesti ada perkara penting yang hendak dicakapkan. "Ya ke abg Am, dia nak cakap apa ehh?", Sindora bertanya kepada Abg Am, "Manalah abg tau, tapi jangan lambat, marah pulak dia nanti", "Ok", jawab Sin ringkas sambil menuju ke kantin.
Sindora melangkah masuk kantin yang sentiasa ada pengunjung setia iaitu pekerja-pekerja kilang di situ. Penuh pulak hari ini, takde tempat duduk, getus Sindora sambil mencari-cari tempat yang kosong dia terpandang Syed Izham yang sedang minum sendirian. Nak pergi ke tak? Sindora teragak-agak samada memilih untuk duduk bersama lelaki itu atau mencari tempat lain. Duduk ajelah, ada peluang boleh berbual-bual dengan dia, Sindora akhirnya membuat keputusan.
"Assalamualaikum, boleh saya duduk sini?", Syed mendongak dan memandang tepat ke arah Sindora tanpa senyuman dia mengangguk perlahan. Sindora duduk lalu mihun goreng di makannya dengan laju. "Baru nak makan ke? Jarang tengok awak makan kat kantin ni, diet ke?". Sindora menghentikan suapan setelah mendengar pertanyaan Syed lalu menjawab, "Takdelah..badan macam saya ni susah nak diet, tetap gemuk jugak, selalu saya makan roti aje". Sindora memberikan senyuman kepada lelaki itu tapi macam biasa tiada mendapat balasan.
Suasana menjadi senyap seketika, Sindora mengerling kepada pemuda berketurunan arab itu yang sedang nengetap-ngetap bibirnya seolah-olah ingin berkata sesuatu. "Saya nak ajak awak keluar hujung minggu ni,boleh tak?", pertanyaan dari Syed membuatkan Sindora tersedak, Syed dengan segera menghulurkan gelas yang berisi air sirap kepada Sindora yang masih terbatuk-batuk kecil, Sindora menyambut minuman itu sambil memandang Syed yang sedang menulis sesuatu di atas kertas kecil.
"Saya nak sambung kerja, ini no.telefon saya, kalau setuju call ok". Syed menghulurkan kertas kecil kepada Sindora, dengan lambat-lambat Sindora menyambutnya. Syed bangun meninggalkan Sindora yang masih lagi termangu-mangu sendirian.
Dengan tidak semena-mena Sindora teringat Andy, entah kenapa semalam lelaki itu beriya-iya ingin mengambil bajunya semula, ketika Sindora masuk ke rumah untuk mengambil baju, Andy bergegas balik dengan hanya meninggalkan satu nota di pagar rumah . ‘Saya ada hal, saya akan ambil baju saya pada hujung minggu ini’. Itulah yang tertulis di nota itu, kenapalah dengan tiba-tiba dua orang lelaki ingin bertemunya pada hari yang sama?. Sindora menggigit bibir memandang lama kertas kecil yang berada ditangannya. Dia melihat jam di dinding kantin itu. Pukul 3, alamak meeting!.
*********************************** "Andy, apa yang kamu dah buat kat Anna sampai dia nak putuskan tali pertunangan?". Puan Azie berkata lantang sebaik sahaja terpandang Andy yang tenang melangkah masuk ke rumahnya. "Mak ni..biarlah Andy duduk dulu, tak menyempat betul!", Andy melabuhkan punggungnya di hadapan Puan Azie. "Cepat minta maaf dengan Anna dan cakap kamu nak teruskan jugak berkahwin dengan dia". "Mak, Andy tak salah, kenapa mesti nak minta maaf pulak?,dia yang minta putus bukan saya", Andy cuba membela diri di depan ibunya itu. "Amboi!, sedap mulut kamu bercakap, kalau kamu tak buat hal, Anna tak mungkin buat perangai, mak ingat bila dah bertunang ni, kamu ubah sikap kamu yang suka bebas tu tapi sama jugak perangai", Puan Azie membebel marah mengenangkan sikap anak bongsunya itu. "Mak, dari dulu saya awal-awal dah bagitau saya tak suka dengan rancangan mak ni, saya tak kenal dia, walaupun sudah 6 bulan kami bertunang tapi terbukti kami tiada keserasian". Andy cuba menerangkan keadaan sebenar kepada ibunya. "Perempuan yang macam mana lagi kamu nak ni Andy?, biar mak carikan",Kemarahan Puan Azie mula mengendur lalu memandang lembut ke wajah anaknya. "Tak perlulah mak, saya boleh cari sendiri, pasal Anna tu terpulanglah pada dia, saya dah cuba pujuk dia tapi dia tetap berdegil, saya tak boleh cakap apa",Andy berkata selamba lalu bangun meninggalkan ibunya yang memandangnya dengan kesal.
************************************************************************ Sindora memandang sekeliling di Danga Bay tapi tiada satu manusia yang ramai itu yang dikenalinya, tiba-tiba bahunya dicuit seseorang, Sindora berpaling kebelakang, dia terlihat Syed tersenyum memandangnya, Sindora tergamam melihat lesung pipit di pipi kanan yang dimiliki oleh lelaki itu. Buat pertama kali dia melihat Syed tersenyum kepadanya dan dia terasa melayang seketika.
"Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya", Syed tiba-tiba bersuara memandang wajah Sindora. "Sama-sama, sebenarnya saya tak sangka awak nak keluar dengan saya, saya rasa macam mimpi aje", Sindora tersenyum manis. Syed masih lagi memandang Sindora tanpa berkelip, Sindora perasan akan renungan Syed itu. "Kerana senyuman awak itulah saya tak dapat tidur malam", Syed berkata perlahan. Sindora tersentak dan tiba-tiba mukanya bertukar merah. "Sejak bila?",Sindora bertanya kepada Syed yang tengah leka memerhati seorang perempuan sedang mengejar anaknya yang berumur dalam 5 tahun. "Apa dia?", Syed bertanya sekali lagi kepada Sindora. "Sejak bila awak suka kat saya?". Syed menggerakkan keningnya ke atas dan berkata, "Sebenarnya sudah lama jugak cuma saya segan nak tegur, hari tu kebetulan awak duduk semeja dengan saya, itu yang saya tak lepas peluang", Syed tergelak kecil.
Sindora tersenyum, dalam hatinya berbunga rasa bahagia yang teramat sangat dengan pengakuan Syed. Tak akan ku persiakan peluang ini, tekad Sindora di dalam diam. Mereka bersiar-siar di kawasan Danga Bay itu sambil makan dengan riangnya, betapa seronoknya Sindora dapat berdua-duaan dengan lelaki itu sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas.
Pukul 8 malam Syed menghantar Sindora balik. Kak Anis belum balik ni, rumah gelap aje, Sindora berkata di dalam hati. "Awak tinggal dengan family ke",Syed bertanya kepada Sindora, "Tak, dengan kawan. Ibu dan bapa saya sudah meninggal", jelas Sindora . "Minta maaf", tutur Syed lembut. "It’s ok, tapi saya ada seorang abang, dia kerja kat KL. "Hmm, tak takut tinggal sorang ke ni? Saya rasa kawan awak tu tak balik lagi". "Taklah, dah biasa. Ni kereta awak ke? Tak pernah nampak awak bawa kat tempat kerja pun?". "Malaslah nak bawa, habiskan minyak aje, lagipun bas kilang tu lalu kat depan rumah saya". Mereka berdua turun dari kereta Wira berwarna maroon itu, Syed menghampiri Sindora yang ketika itu ingin membuka pagar.
"Nak saya temankan?", Syed berbisik lembut. Wangian perfume lelaki yang dipakai oleh Syed dapat dihidu oleh Sindora kerana tubuh lelaki itu begitu rapat dengannya. Sindora memandang Syed yang sedang menatapnya tajam.Sindora terpukau dengan renungan itu.
Syed merapatkan wajahnya ke wajah Sindora. Ingin di kucup bibir yang merah itu dan sebenarnya sudah lama dia mendambakan gadis yang putih melepak itu tapi dia tidak mahu terburu-buru.
Sindora rela dengan perlakuan Syed yang romantis sambil memejamkan matanya, tiba-tiba dia terasa pipinya dielus lembut. Dengan perlahan Sindora membuka mata, dia lihat wajah Syed yang begitu dekat dengan wajahnya, tangannya masih mengusap lembut pipi Sindora yang mulus itu. Sindora mencapai tangan lelaki itu lalu dipegangnya erat.
"Kenapa tak cium?", bisik Sindora manja, Syed masih merenung tajam ke wajah gadis itu kemudian mengucup lembut tangan Sindora. "Kalau awak bagi saya masuk baru saya cium awak", sengaja Syed ingin menduga gadis itu. Sindora menggeleng perlahan sambil melambai tangannya kepada Syed.
************************************ "Awak tahu tak, sehari suntuk saya tunggu depan rumah awak, kan saya dah tulis dekat nota yang saya datang nak ambil baju". Sindora berasa pelik, tiba-tiba lelaki ini muncul di tempat kerjanya dan marah-marah. "Hello Encik Andy, awak jangan nak salahkan saya pulak, awak yang tiba-tiba balik,lepas tu tulis nota takde no.telefon, macam mana saya nak pastikan awak datang".
Andy hanya mendiamkan diri sebaik sahaja mendengar jerkahan Sindora terhadapnya, memang salahnya tidak memberi no.telefon kepada Sindora. "Bagi telefon awak kepada saya", Andy memberi arahan kepada Sindora. Sindora hanya memandang hairan kepada lelaki itu. "Cepatlah, saya bukan nak ambil, nak pinjam sekejap",dengan lambat-lambat Sindora memberikan telefon bimbitnya, Andy segera mencapai dan mendail nombor, kemudian terdengar telefon lelaki itu berdering. "Saya buat missed call ke telefon saya, kalau saya rasa nak baju tu nanti saya call awak". Andy memberi balik telefon kepada Sindora lalu masuk ke kereta dan memecut laju keretanya itu meninggalkan Sindora terpinga-pinga. Memang pelik lelaki ini!.
Sindora kembali ke mejanya setelah menemui Andy di luar kilang, dia melihat telefon bimbit kemudian menyimpan no.telefon Andy di dalam memori. Tiba-tiba suasana menjadi gelap, bekalan elektrik terputus rupanya, Sindora berlari keluar dan menjengah ke Production dan QC department, nampaknya cuma stor sahaja ‘blackout’. "Sin, call Syed sekarang". Cik Li memberi arahan kepada Sindora. Syed seorang technician di kilang tersebut. Sindora mengambil telefon bimbit dan mendail. "Hai Sayang!",kedengaran suara Syed di talian. "Syed, tolong datang sekarang kat stor". "Kenapa? dah rindu sangat ke?",Syed sengaja mengusik Sindora sambil tergelak kecil. "Hish! Awak ni,seriuslah sikit, blackout ni..mungkin ada kerosakan suis utama kat stor ".
"Ok sayang, sekejap lagi saya sampai".Sindora tersenyum, senang hatinya mendengar Syed menggelarkannya ‘sayang’. Lima minit kemudian Syed sampai, Sindora menunggunya sambil memberi senyuman manis. "Jom ikut saya",Syed berkata kepada Sindora. "Ke mana?". "Ke tempat suis utamalah". "Kenapa nak berteman pulak". "Awakkan girlfriend saya". Walaupun gelap Sindora dapat merasakan pipinya bertukar menjadi merah,malunya!. "Weh! Korang buat apa dalam gelap ni hah?". Tanpa disangka gelagat mereka diperhatikan oleh Amran. "Sin, kau gi luar biar abg yang temankan si Syed ni". "Alaa abg Am, tak bestlah macam ni..saya nak Sin temankan saya". "Engkau jangan nak banyak songel, jangan buat tak senonoh dengan adik aku ni".
Syed terdiam mendengar kata-kata amaran dari Amran. Sindora berasa hairan dengan situasi yang tidak disangka itu, dengan perlahan dia meninggalkan mereka yang sedang sibuk mencari suis utama dibelakang stor.
Pengiraan stok untuk bulan ini amat meletihkan Sindora, selalunya dia dibantu oleh Shahida tapi untuk kali ini dia terpaksa membuat semua dengan sendiri,mengira stok, mengemaskini inventori keluar masuk bahan mentah dan juga barang siap,beratus-ratus item perlu diperiksa sendiri supaya tally antara report dan fizikal.
Itu belum lagi penjualan barang tempatan dan luar negeri yang perlu dia uruskan setiap hari. Setakat ini cuma Amran yang sudi membantunya, Ismail dan Watie pula sibuk dengan kerja mereka yang melibatkan production department.
Waktu sudah menunjukkan pukul 9 malam, Sindora baru sahaja menunaikan solat Isyak di surau, di stor cuma ada abg Am yang sibuk mengira stok bahan mentah yang baru sahaja sampai pagi tadi. "Banyak stok yang nak di kira ke abg Am?". Amran tidak segera menjawab pertanyaan Sindora itu, mulutnya terkumat-kamit mengira barang-barang yang sekecil syiling 1 sen itu. "A’ah, ni stok baru sampai, ada 150 item yang berlainan, setiap item dalam 500 pcs". "Banyaknya, sampai bila nak habis".Sindora menjerit kecil mendengar jawapan Amran itu. "Tau takpe, barang-barang kecil ni nak dikira betul-betul, kalau auditor luar datang kira tak cukup, kena bagi surat tunjuk sebab pulak". "Sin tolong abg ehh",pinta Amran. Sindora tersenyum, tanpa dipelawa pun memang Sin sudah berniat hendak menolong kawannya itu, dia terus mengambil transistor dan kapasitor dari kotak dan mula mengiranya. "Sin, abg nak tanya sikit, apa hubungan Sin dengan Syed?". "Kawan biasa aje, macam Sin dengan abglah". "Abg mungkin tak berapa kenal dengan dia tapi ada orang cakap dia tu playboy, maklumlah anak orang kaya". "Muka serius macam tu pun playboy ke?",Sindora tergelak kecil mendengarnya. "Terus terang abg cakap, Sin jangan rapat sangat dengan dia",Amran berkata dengan nada serius. "Takdelah abg Am, Sin kan lebih tua dari dia, takkan dia nak dengan Sin yang boleh di anggap kakak",nafi Sindora tapi hakikatnya hanya dia saja yang tau. "Ya tak ya jugak, Sin kan dah ada teman lelaki mat salleh, abg rasa dia lagi kacak dari Syed". Sindora tergamam mendengar kata-kata dari Amran. "Dia bukan boyfriend sayalah". "Hmm..baguslah, lelaki tu kacak sangat takut Sin tak tidur malam pulak", Amran mengakhiri kata-katanya sambil ketawa.
ok i'll comment....jgn buat watak budak kilang gatal...first date already rela kena kiss!! xsemua bdk kilang cam2 kan??walaupun sy nt kilang girls but pandangan org...ur know..better jgn wt yg style gatal2 tu k...
Tks for ur comment. I'm sori kalau i bg perception yg buruk tentang gadis kilang, i didn't mean that,just.. she so excited that lelaki yang dia suka really into her.It's only part of romantic scene, everybody loves that right?..peace!!! -scarlet-
sy rasa jalan cerita nie memang syok teruskan,tapi tentang komen girls kilang tu setahu sy itu hanya cerita tak mungkin m,yangkut paut tentang gadis kilang...
ya, betul tu. hanya jalan cerita je. bukan maksud penulis nak sindir pekerja kilang gatal.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Hai, Scarlet here.
Tolonglah komen kepada sesiapa yang baca this novel.
So dengan ini, i ada idea untuk sambung novel ni. Thanks.