Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sindora membuka perlahan-lahan matanya, "aku kat mana ni?", Sindora melihat keadaan sekeliling yang begitu asing ,di dalam kamar tidur yang cantik dia melihat dirinya terbaring di sebuah katil yang besar, suasana kamar yang berkonsepkan hitam dan putih . Kepalanya terasa sakit dengan tiba-tiba, dia melihat jam ditangannya, pukul 7 pagi. Sindora perasan yang bajunya sudah bertukar, yang tersarung di badannya kini adalah sehelai t-shirt lelaki dia memandang ke bawah . "Fuh, nasib baik ada tracksuit tapi ini bukan tracksuit dengan baju aku ni, aku dekat mana ni?", Sindora menangis kebingungan.
"Dah bangun pun..,Eh! Kenapa menangis ni?, cik tak ingat apa-apa ke?", terpacul wajah Andy di pintu bilik kamar itu yang terbuka sambil memandang lembut wajah Sindora yang tiba-tiba menangis. Sindora menggeleng perlahan. "Kenapa saya ada di sini?, awak ni siapa?, apa yang awak dah buat kat saya?", Sindora melontar soalan bertalu-talu kepada Andy."Woo!...nanti dulu, kalau nak tanya pun, satu-satu boleh tak?", Sindora tertunduk malu mendengar kata-kata Andy."Hissh!,dia ni..aku tanya dia, dia tanya aku balik, yang aku ingat semalam abg Am hantar aku balik sampai simpang, aku jalan kaki, lepas tu hujan lebat, aku nak lintas ada kereta…lepas tu apa ehh?. Sindora mengerut-erut dahinya cuba mengingati kejadian semalam. Andy hairan melihat tingkah Sindora lalu merapatinya dan duduk ditepi katil sambil menarik nafas dia berkata."Nama saya Andy,semalam cik pengsan, saya tak tau rumah cik lalu saya bawa cik ke sini, rumah saya..", tiba-tiba Sindora menyampuk,"Habis tu, baju ni kenapa ada kat badan saya, awak dah buat apa?"." Saya tengok baju cik basah, saya tukar takut cik demam, saya tak buat apa-apa..", "Saya nak balik, mana baju saya?", Sindora bingkas bangun membuatkan Andy terkejut."Saya jemur baju cik tapi saya rasa belum kering lagi, macam nilah, apa kata saya hantar cik balik, baju tu saya hantar kemudian", "Takpelah..saya bawa balik baju saya, baju awak ni saya akan basuh, saya akan pulang balik".Sindora melihat jam di tangan..alamak!, dah pukul 7.30 pagi. "Hmm..Encik Andy, boleh hantar saya ke tempat kerja?" pinta Sindora lembut kepada Andy."Baiklah, cik kerja di mana?"."Taman Perindustrian Tampoi, ini di mana?"." Taman Tun Aminah,Skudai..tak jauh dari sini, jom saya hantar"."Ehh..nanti dulu..baju saya mana?".
****************************
"Sin, kau ni baru balik jogging ke?", Amran menegur Sindora sambil ketawa, dia geli hati melihat Sindora hanya memakai t-shirt berwarna hitam berlogokan Manchester United dan track suit berwarna kelabu, persis seperti lelaki. Sepanjang dia bekerja di kilang ini dia tidak pernah melihat Sindora berpakaian sebegitu, selalunya dia akan berbaju kurung dan Amran tahu Sindora mempunyai koleksi baju kurung yang banyak, setiap minggu dia mesti memakai baju kurung yang berlainan. Amran adalah penyelia stor di kilang elektronik tersebut, dia sudah bekerja selama 5 tahun sedangkan Sindora baru bekerja selama 3 tahun. Selain Sindora, dia dibantu oleh Ismail seorang pembantu stor, Watie sebagai kerani Am dan Shahida sebagai pembantu logistik. Walaupun dia sebagai ketua di situ tetapi dia menganggap mereka seperti kawan tetapi dia lebih rapat dengan Sindora, dia melayan Sindora seperti adiknya sendiri, segala masalah peribadinya selalu diceritakan kepada Sindora dan gadis itu sudi mendengar dan kadang kala memberinya nasihat. Dia amat menghormati Sindora yang begitu tekun dengan setiap kerja yang diberikan dan kasihan melihatnya ditimbuni bebanan kerja yang banyak, tetapi keadaan syarikat sekarang yang ingin mengurangkan kos pekerja, dia hanya boleh membantu gadis itu bila dia kelapangan. Amran masih merenung gadis yang mirip pelakon Zizie Ezette itu sambil bertanya di dalam hati, mengapa dia berpakaian aneh hari ini?, sebentar tadi dia ternampak Sindora turun dari kereta Vios berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki. Adakah dia bersama lelaki itu sepanjang malam dan tidak pulang ke rumah?.
Sindora perasan akan renungan Amran yang begitu lama akan dirinya lalu berkata " abg Am jangan nak fikir bukan-bukan ehh..Sin betul-betul ‘emergency’ hari ini, tak sempat nak tukar baju"."Betul ke ni? Habis tu lelaki yang hantar Sin tadi tu siapa?, boyfriend ehh?". "Bukanlah..nanti Sin cerita bila kita lunch, sekarang ni Sin nak ‘arrange’ barang keluar ok".
******************************** Selepas menghantar Sindora, Andy menuju ke tempat kerjanya yang terletak di Tebrau, dia bekerja sebagai Pengurus Projek di sebuah syarikat kejuruteraan yang di beri nama Unisan Engineering, sambil memandu dia sempat memikirkan kejadian pagi tadi. "Alamak! Aku terlupa nak tanya nama dia, muka dia macam pelakon yang selalu muncul di kaca tv, nama pelakon tu pun aku tak ingat, no.telefon dia pun aku tak ambil, macam mana dia nak pulang balik baju aku tu?, ahh..bagi dia ajelah, aku kan banyak lagi baju", Andy berkata-kata sendirian di dalam kereta.Telefon bimbitnya berdering, tertera di skrin ‘mak’. Andy segera menjawab panggilan tersebut." Hello, Assalamualaikum mak", "Andy nak ke tempat kerja ni", "ok..nanti Andy baliklah, bye". Andy mengeluh perlahan, memang lama dia tidak balik rumah menjenguk ibunya yang tinggal di Senai, memang dia terasa rindu tapi dia masih terasa hati dengan sikap ibunya. Dia masih ingat peristiwa 6 bulan yang lalu.
"Anna tu anak kawan mak, Andy.., dia cantik dan berpelajaran tinggi"."Tapi mak, Andy tak kenal dia"."Takpelah mula-mula tak kenal tapi nanti lama-lama oklah", Puan Azie cuba memujuk anak bongsunya itu, dia mempunyai 3 orang anak lelaki, Anuar Zahrin, Adrian Zairin dan yang bongsu Andy Zarith. Anuar dan Adrian sudah pun berkahwin,cuma tinggal Andy sahaja masih bujang. Umur sudah 27 tahun, tapi satu perempuan pun tak lekat, bukan dia tidak tahu Andy selalu bertukar-tukar pasangan, dia bimbang Andy akan terjerumus ke lembah maksiat lalu dia bercadang menjodohkan anaknya dengan anak kawan baiknya, Emma yang merupakan rakan kongsinya di sebuah butik di Johor Bahru. Semenjak kematian suaminya Mohammad Andrew Abdullah 5 tahun yang lepas dia tinggal sendirian, dia sudah berkahwin dengan lelaki berbangsa Irish itu selama 35 tahun lamanya, kematian suaminya yang bekerja sebagai jurutera perkapalan akibat kemalangan amat meruntun hatinya, lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak bongsunya Andy yang amat mirip dengan wajah suaminya. Tetapi perangai Andy yang suka bebas amat tidak digemarinya, dalam diam-diam dia membuat perancangan sendiri.
************************** Sindora membuat keputusan untuk pulang awal hari ini, dia rasa begitu penat sekali. Biarlah kali ini dia berehat secukupnya setelah beberapa hari dia pulang lewat. Tepat jam 6 petang dia cepat-cepat mengemas mejanya. "Awal adik abang pulang kerja hari ni?", Ismail menyapa Sindora yang bergegas keluar. "A’ah..",jawab Sindora ringkas."Jalan elok-elok", kata-kata akhir dari Ismail dibalas dengan senyuman yang paling manis. Naik sahaja bas yang disediakan oleh kilang, semua mata operator dan staf memandang kepadanya. Sindora berasa hairan, ada yang tak kena kat aku ke? Kenapa diorang tengok aku semacam aje."Baju lelaki mana yang kau pakai tu Sin? Atau kau dah tukar identiti perempuan melayu terakhir kau tu?", Azmi berkata sambil di sambut gelak tawa oleh rakan-rakannya yang lain, Sindora malu dengan teguran itu, tiba-tiba dia terpandang Syed yang memandang tajam kepadanya. "Aduh! Kenapa Syed ada pulak?, dia bukan syif malam ke?, malunya…Sindora berkata di dalam hati. Syed adalah lelaki yang amat di minati oleh Sindora cuma dia sahaja yang takut berterus terang. Sindora hanya tertunduk diam sepanjang perjalanan, tiba-tiba Azmi dengan selamba duduk disebelahnya."Sindora, aku nak ajak kau dating,boleh tak?", Sindora terkejut dengan pertanyaan itu, dengan tenang dia memandang Azmi dan menjawab,"Mie, kau ni dah kenapa? tiba-tiba ajak aku keluar ni, mana kau nak campak si Eliza tu?, "Alaa..Eliza tu kawan biasa aku aje, kau nak tak?.. atau kau takut boyfriend mat salleh kau tu marah?",Azmi tersengih memandang Sindora yang terpinga-pinga,"Apa kau cakap ni Mie?,bila masa boyfriend aku mat salleh…",lantas Sindora teringat akan peristiwa pagi tadi, alamak!, berapa orang yang nampak aku naik kereta si Andy ni, padahal dia berhenti jauh dari depan kilang."Semua orang nampaklah Sin, kebetulan bas pun sampai. Baju ni boyfriend kau punya kan?, patutlah kau tak nak keluar dengan aku ..".Sindora tergamam mendengar kata-kata Azmi,dia tidak sangka kejadian pagi tadi sudah diketahui oleh ramai pekerja di kilang termasuklah Syed.
Sampai sahaja bas di depan rumah sewanya, Sindora segera turun lalu tergesa-gesa membuka pagar dan pintu lalu menghempaskan tubuhnya yang agak berisi itu di sofa. "Cepat balik hari ni Sin, dah habis kerja ke?", Anis, kawan serumahnya menegur lembut sambil duduk di sisinya. Sindora mengalih sedikit badannya untuk memberi ruang kepada kawannya itu. "Letihlah kak, tu yang Sin balik cepat"."Baju apa yang kamu pakai ni Sin? Tak pernah akak lihat sebelum ni," Anis membelek baju Sindora dengan perasaan hairan."Kak.. Sin nak masuk bilik, badan rasa melekit, nak mandi",tanpa menjawab pertanyaan Anis, Sindora bingkas bangun dan menuju ke biliknya. Selepas mandi dia membasuh lalu menjemur baju yang dipakainya sepanjang hari , kemudian dia merenung baju yang penuh kontroversi itu. "Lagi satu masalah pulak..macam mana aku nak pulang balik baju ni?, no.telefon mamat ni pun takde. Tiba-tiba dia teringat lelaki yang bernama Andy itu. "Kacak"..Sindora memuji Andy dan tersenyum nakal."Tapi macam mana dengan Syed?", Sindora berhenti senyum lalu mengeluh perlahan. Tentu Syed meneka dia sudah ada kekasih lain, nampaknya melepaslah aku untuk mendekati pemuda yang pendiam dan jarang tersenyum itu.
await yang same je demgam yg pertama?hilang mood nak bace
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
await yang same je demgam yg pertama?hilang mood nak bace