Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
If only you could see the tears in, The world you left behind If only you could heal my heart just one more time Even when i close my eyes There's an image of your face And once again i come to realize You're a loss i can't replace
Soledad It's keeping for the lonely Since the day that you were gone..
Air mata Hajar kembali menitis. Seolah-olah lagu Soledad yang didengarinya itu menggambarkan dirinya saat itu. Hajar tau dan dia juga sedar, sekali pun air mata darah yang mengalir keluar...Haikal tetap takkan kembali lagi. Pemergian lelaki yang dicintainya itu adalah untuk menyahut seruan Yang Maha Agung. Namun Hajar redha dengan ketentuan itu..
"haa! tak payah laa kau nak menangis kat situ!", suara Datin Faridah membuatkan Hajar tersentak. Dia segera menyeka sisa-sisa airmata di pipi. "Haikal mati pun sebab kau. Kau memang bawa sial! Huh!" "Simpang malaikat 44..jangan la sampai jahanam habis harta pusaka aku sebab kau nanti.." Datin Faridah menjeling ke arah Hajar. Hati Hajar bagaikan disiat-siat mendengar kata-kata ibu saudaranya itu. Apakan daya, ibu saudaranya itulah tempat dia menumpang kasih sejak mama dan papanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya 23 tahun yang lalu. Hajar sekadar mendiamkan diri. Walau apa jua bentuk layanan yang diterima olehnya, dia tetap akan bersabar.
"sebab tulah aku rasa macam berat hati nak terima pinangan Haikal dulu. Aku tau kau memang sial. Tengok la apa dah jadi? Mak bapak kau dulu mati pun mesti sebab kau juga la ni. Kau ni memang menyusahkan. Kalau aku tak bela kau, merempat la kau kat tepi jalan nu. Takde siapa nak ambil budak sial macam kau ni."Datin Faridah seakan-akan tidak puas untuk terus menyakiti hati Hajar.
"Daripada kau duduk termenung kat rumah aku ni, baik kau pergi kerja. Tak payah la kau nak cuti lama-lama. Naik senak mata aku ni tengok kau kat rumah aku.."
"A'ah la mama..Fisha pun rimas tengok perempuan tak guna ni kat rumah kita."Sepupunya yang tiba-tiba muncul di belakang Datin Faridah cuba menambah-nambah lagi sakit di hati Hajar.
"Esok Hajar dah mula kerja semula makngah. Hajar pun dah seminggu tak jenguk kerja-kerja kat pejabat tu." Hajar cuba menahan rasa sebak di dadanya. Dia cuba kuatkan semangatnya untuk berhadapan dengan keluarga ibu saudaranya itu. Dengan pelbagai kerenah dan ragam yang terpaksa dia hadapi selama lebih 20 tahun ini menjadikan dia lali dengan segala kepahitan yang ada. Cuma pemergian Haikal seminggu lepas seakan-akan menggoyahkan segala kekuatan yang dia ada selama ini.Masakan tidak kehadiran Haikal memberi peluang kepadanya untuk mengenal apa itu cinta, apa itu kasih dan apa itu rindu. Segala kepedihan yang terpendam, pada Haikal lah dia akan luahkan. Tapi kini, Hajar sedar dia akan kembali seperti dulu. Sepi dan sendiri..
"Bagus la tu..hei pempuan! kad kredit aku tu, kau jangan lupa bayarkan. Aku nak pakai pergi shopping dengan kawan-kawan aku." kata Fisha sebelum dia melangkah keluar dari banglo mewah milik keluarganya itu. Hajar terpaksa akur. Dia tahu, segala apa jua kehendak Fisha wajib dia penuhi. Kalau tidak, Datin Faridah pasti akan mengamuk. Silap haribulan, Datin Faridah akan ke AZH Holding untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya itu.
AZH Holding diwasiatkan oleh arwah papa Hajar kepada Dato' Zahari untuk diuruskan perniagaannya. Selepas Hajar habis sahaja belajar, Dato' Zahari telah meminta Hajar menguruskannya. Hajar sendiri tidak faham mengapa dia yang perlu berada di syarikat tersebut sedangkan sepupu-sepupunya yang lain bebas untuk bekerja ditempat lain. Hajar sekadar menurut permintaan pakngahnya itu.
Hajar berasa lega setelah Datin Faridah turut keluar. Katanya ada aktiviti persatuan di luar. Ibu saudaranya dan sepupunya itu jarang sekali berada di rumah. Ada sahaja urusan mereka di luar. Dato' Zahari pun tak pernah melarang. Mungkin pakngahnya itu tidak mahu menimbulkan perbalahan dengan isterinya. Hajar sendiri pun sudah masak benar dengan mulut Datin Faridah. Pantang ditegur...
Hajar kembali termenung. Pelbagai kenangan manis antara dia dan Haikal bermain di ingatan. Hajar sendiri tidak pasti apakah dia akan kembali menemui cinta lagi selepas ini. Adakah lelaki lain yang sudi menerima dirinya seadanya? Apakah hatinya telah tertutup untuk lelaki lain? Di manakah tempat untuk dia bergantung harap dan menumpang kasih nanti? Kepada siapakah hendak dia mengadu selepas ini?
Seruan azan Asar dari masjid berdekatan mengembalikan ingatan Hajar ke alam nyata. Hajar beristighfar. Sedar dan insaf dengan kelalaian hatinya sebentar tadi. Dia segera bangkit kerusi dan terus ke bilik air untuk berwuduk. Panggilan Allah SWT lebih penting daripada segalanya. Biarlah pada Yang Maha Esa dia memohon dan mengadu segala kegalauan dihatinya itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huhuhu..sdihnye...
sapa haikal tu????
cpt skit tau smbng...x sbar nie..
apapn gooood luuuck