BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 03, 2008
Novel : Saya sayang awak 11
Nama Pena : Pemuja Rahsia a,k.a INA SUBIR

Saya masuk ke dalam ruang solat muslimah. Saya tak sanggup nak jumpa awak. Saya takut saya lemah di depan awak. Macam mana awak boleh ada di sini? Awak ikut saya ke? Tapi untuk apa? Atau semua ni cumalah satu kebetulan? Di waktu saya memerlukan seseorang, awak ada di sisi saya? Tapi kenapa mesti awak? Kenapa bukan orang lain yang takkan buat saya rasa malu untuk menangis? Air mata saya mengalir keluar. Tapi saya tak tau kenapa saya menangis. Kenapa saya menangis berjumpa dengan awak? Sebab saya terlalu kecewa ke? Atau saya gembira awak ada dekat dengan saya? Saya tak tau ...

Saya tak tau apa yang saya inginkan saat ni. Saya perlukan seseorang. Saya mahu seseorang mendengar apa yang terpendam dalam hati saya selama ini tapi bila awak ada di depan mata, saya jadi kaku. Saya tak mahu awak tahu. Saya takut awak akan ketawakan saya. Saya tak nak awak cakap inilah balasan yang saya terima sebab tak tepati kata-kata. Saya takut awak ada di depan mata saya semata-mata untuk menambahkan lagi kekusutan fikiran saya. Saya tak tau apa yang harus saya fikirkan. Apatah lagi bila peristiwa petang tadi bermain-main dalam minda saya.

Petang tadi saya keluar untuk membeli dinner di restoran mamak kegemaran Zikri. Dari kejauhan saya seakan ternampak Zikri. Saya ingatkan saya dah angau sampai terasa Zikri sentiasa ada dekat dengan saya. Sungguh, saya mula sayangkan Zikri. Tapi pandangan saya tak silap. Memang itu Zikri. Perasaan saya mula kurang senang melihat Zikri dengan seorang lelaki lain. Saya kenal lelaki tu. Mana boleh saya lupa? Dialah yang menuding jari, menjadi salah seorang saksi semasa saya dan Zikri ditangkap basah dulu. Dengan rasa berdebar-debar dan tak sedap hati, saya duduk berhampiran dengan Zikri.

Saya dengar lelaki tu sebut perkataan isteri. Saya nampak Zikri senyum dan dengar Zikri ucapkan terima kasih. Terima kasih untuk apa? Apa yang tengah berlaku ni? Kenapa Zikri boleh duduk semeja dan bergelak ketawa dengan lelaki tu macam kawan? Takkanlah Zikri tak cam lelaki tu? Takkan dia dah lupa sebab lelaki tu saya dan dia ditangkap basah? Nama saya dan Zikri busuk sebab lelaki tu. Takkan dia lupa? Senangnya hati dia berbual panjang. Apa makna ni semua? Zikri kenal lelaki tu ke?

Dengan perasaan marah, saya terus pulang ke rumah. Saya masuk ke dalam bilik Zikri dan selongkar semua barangnya. Saya tak tahu apa yang saya cari. Habis semua barang Zikri saya sepahkan. Mungkin saya nak cari bukti. Tapi bukti untuk apa? Saya cuba untuk menidakkan fikiran saya. Saya tak sanggup nak fikir yang Zikri sebenarnya kenal dengan lelaki tu. Dan peristiwa hitam itu adalah satu ... Tapi kenapa semasa di mahkamah dulu mereka macam tak kenal? Sekarang mereka boleh bergelak ketawa. Takkan Zikri dah lupa dengan lelaki tu? Atau saya salah orang? Tak mungkin! Mana boleh saya lupa dengan lelaki tu? Sakit hati saya teringat gelak ketawa Zikri dan lelaki itu. Almari baju Zikri saya buka. Semua barang-barang dalam lacinya saya campak keluar.

Satu kotak tercampak keluar. Isinya bertaburan di lantai. Ada kain sutera dan sehelai kad. Kain untuk siapa tu? Saya terus ambil kad itu. Untuk saya? Dari awak? Saya bingung. Awak bagi saya kain sutera? Bila? Kenapa saya tak tau awak hadiahkan saya kain ni? Kenapa Zikri simpan hadiah ni? Apa tengah jadi ni? Zikri sorokkan hadiah awak ni dari saya ke? Tapi untuk apa? Saya baca kad itu berulang kali. Air mata saya mengalir.

Buat seorang wanita yang mencuri hatiku,
Hari ini kamu telah menjadi milik orang lain. Hati ini tercalar pedih. Tiap saat aku tertanya. Mampukah aku bertahan tanpamu di sisiku? Mampukah aku menerima bahawa setiap saat yang berlalu, ada orang lain bersamamu? Kamulah wanita yang mampu membuat dadaku berdebar kencang hanya dengan mendengar namamu. Hati ini tetap milik kamu walau selamanya kita terpisah.
Ikhlas,
Muhammad Nizam

Ya ALLAH, apa yang sedang terjadi ini? Kenapa Zikri tak pernah beritahu saya tentang hadiah ni? Dan petang tadi ... Apa hubungan Zikri dengan lelaki itu. Mereka kenal ke antara satu sama lain ke? Habis, kenapa lelaki tu boleh jadi saksi hari tu? Takkanlah dia tak nak tolong kawan dia sendiri? Saya terduduk di katil Zikri. Saya gigit bibir. Tak mungkin Zikri sanggup menipu saya, kan? Saya gelengkan kepala. Satu-satunya orang yang mampu berikan saya jawapan kepada semua soalan ini adalah Zikri.

Selepas hampir sejam, Zikri pulang. Saya terus mengajaknya makan. Tanpa masuk ke dalam biliknya, Zikri terus duduk berhadapan dengan saya. Saya pandang Zikri. Saya tak tau saya kenal dengan lelaki di hadapan saya ini atau tak. Saya tak kenal siapa suami saya sebenarnya. Saya tak tau sejauh mana dia sanggup berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Zikri sedar renungan tajam saya. Dia cuba berbual tapi saya tak boleh nak anggap tak ada apa-apa yang berlaku. Banyak yang saya nak tanya. Selepas Zikri makan, saya minta dia duduk kembali.

Dengan suara yang tertahan-tahan, saya tanyakan padanya tentang hadiah dari awak. Wajah Zikri berubah. Dia terangkan pada saya satu persatu. Zikri cakap dia cemburu dan dia tidak mahu perasaan saya terusik semasa di hari perkahwinan kami. Saya tarik nafas dalam-dalam. Saya tahu saya tak boleh terima alasan tu. Saya tahu Zikri ada niat lain. Dia bukannya mahu menjaga perasaan saya. Dia mahu menjaga perasaannya sendiri. Saya cuba bersabar walaupun saya tahu saya akan menangis.

"Awak dari mana sebelum balik tadi?" Saya tanya dengan tangisan yang saya cuba tahan. Wajah Zikri berubah.

"Saya minum dengan kawan. Kenapa, Ari?" Tanya Zikri.

"Awak minum dengan lelaki yang tuduh kita berkhalwat dulu ke?" Perlahan saya bertanya. Kali ini wajah Zikri pucat seakan tak berdarah. Zikri tidak menjawab. "Betul ke apa yang saya fikir? Awak rancang peristiwa malam tu?" Suara saya perlahan, sayup-sayup kedengaran tapi saya tahu Zikri dengan suara saya dengan jelas.

"Awak yang suruh dia telefon pegawai agama tu? Awak yang suruh dia jadi saksi?" Saya merenung Zikri tajam. Saya tak mampu nak kawal perasaan saya sendiri. Air mata saya mengalir. Zikri masih mendiamkan diri. Zikri memeluk saya lalu mengucapkan maaf. Katanya dia lakukan semua ini kerana dia sayangkan saya. Saya terus tolak Zikri.

"Sayang? Apa yang awak tahu tentang perasaan sayang? Awak menyeksa saya ... Awak paksa saya kahwin dengan awak walaupun awak tahu saya tak nak. Ini ke sayang awak tu? Kalau awak sayangkan saya awak takkan buat macam ni!" Saya menjerit. Saya tertipu. Apa yang saya harus rasa? Selepas hampir setahun, barulah saya tahu yang semua ini adalah rancangan Zikri. Semua ini adalah satu perangkap dan saya terperangkap. Kenapa saya yang perlu hadapi semua ni? Apa salah saya? Inikah yang saya harus lalui kerana tak berterus terang dengan Zikri sejak awal dulu? Tapi bukan ke saya dah beritahu?

Saya menangis teresak-esak. Saya terus masuk ke dalam bilik mengemas pakaian saya. Saya dah tak tahan. Saya tak boleh terima semua ni. This is all crazy! Gila! Zikri cuba halang saya tapi saya tak berganjak dari keputusan saya. Mana mungkin saya boleh kembali ke sisi orang yang telah menipu saya selama ini. Sayang konon. Ini ke namanya sayang? Dengan menipu saya? Dia tak fikir ke apa yang saya harus lalui sebelum dia sanggup buat rancangan jahat dia tu? Dia sedar tak yang saya dah kehilangan Mama dan Papa kerana dia? Orang hina saya! Semua orang anggap saya janda yang kemaruk nak bersuami. Kakak ipar kesayangan dia tu mengata saya yang bukan-bukan. Sedangkan Zikri yang bersalah selama ni! Tapi saya yang harus tanggung segalanya.

Saya tak pernah fikir yang selama hampir setahun saya hidup dalam penipuan. Saya tak sangka Zikri begitu kejam. Kalau benar dia sayangkan saya, sanggup dia tengok saya tertipu. Sanggup dia buat saya macam ni. Apa yang saya dah buat kat dia? Atau susah untuk dia terima kenyataan yang saya tak pernah rasa apa yang dia rasa terhadap saya? Salah saya ke kalau saya tak cintakan dia sampai dia perlu tipu saya semata-mata untuk memiliki saya? Apa yang Zikri nak sebenarnya?

Seketika kemudian ada seorang wanita menepuk bahu saya. Katanya ada seseorang menunggu saya. Awak ke? Saya tak tau. Perlu ke saya berjumpa dengan awak? Saya perlukan seseorang tapi saya tak yakin awak orangnya. Saya mengenakan tudung lalu keluar. Awak terus hampiri saya.

"Ada apa?" Tanya saya.

"Kenapa Ariana menangis?" Awak tanya saya. Saya mendiamkan diri. Saya tak tahu apa yang harus saya jawab. Nak kata saya tension? Tiba-tiba emosional? Melayan perasaan? "Ariana ada masalah kat rumah?" Awak tanya lagi. Bila awak tanyakan soalan itu, tiba-tiba saya sedar. Awak bukanlah orang yang saya seharusnya luahkan masalah saya. Awak bukannya sesiapa dalam hidup saya. Kini saya isteri lelaki lain dan semua masalah rumah tangga saya bukanlah masalah awak. Walau sebenci mana pun saya pada Zikri, dia masih memegang status sebagai suami saya dan saya perlu jaga maruahnya. Walaupun Zikri mempermainkan maruah saya ...

"Tak. Saya terlalu ikutkan perasaan sampai menangis." Saya pandang ke tempat lain sewaktu menjawab soalan awak. Orang kata, orang boleh tahu kita menipu dengan merenung mata kita. Saya tak nak awak tahu saya menipu walaupun hakikatnya saya tahu yang awak tak mungkin tertipu. Saya dengar awak mengeluh. Untuk apa awak mengeluh pun saya tak tahu.

"Saya nampak kereta Ariana. Ada beg baju dalam tu. Ariana nak pergi mana? Zikri mana?" Awak bertanya lagi. Saya dapat rasakan perasaan marah mula wujud dalam hati saya. Kenapa awak sibuk sangat? Biarlah saya nak pergi mana pun. Biarlah lelaki jahat tu kat mana pun. Awak peduli apa? Bukan masalah awak. Bukan hal awak pun. Siapa awak nak tanya banyak-banyak tentang diri saya? Saya bukannya sapa-sapa. Kan saya ni orang yang tak jujur, menipu, tak tepati janji ... Apa lagi awak panggil hari tu? Awak panggil nama saya.

"Buat apa awak nak tahu? Biarlah saya nak pergi mana pun. Saya nak pergi mati pun biarlah!" Sumpah, saya terlalu ikutkan perasaan sampai menyebut tentang mati. Awak nampak terkejut. Apa? Tak pernah nampak saya marah? Awak ingat awak je yang tahu marah? Saya ni patung la? Yang awak boleh hina sesuka hati awak? Yang awak tak pernah nak selami dan dalami perasaan saya? Perasaan marah saya semakin terasa. Saya rasakan hati saya panas. Saya rasa benci sangat tengok awak. Perasaan saya betul-betul tak menentu.

Awak tarik tangan saya. Saya rasa terkejut sangat. Saya cuba tarik tapi semakin kuat awak menarik tangan saya. Awak paksa saya berjalan mengikut langkah awak keluar dari masjid itu. Mujurlah waktu tu hanya ada dua tiga orang sahaja. Malu saya dibuatnya. Saya jerit perlahan suruh awak lepaskan tapi buat tak peduli. Awak bawa saya ke kereta awak dan menyuruh saya masuk ke dalam kereta.

"Lepaslah. Awak ingat awak siapa nak pegang saya?" Marah saya. Awak dengan muka selamba menyuruh saya masuk ke dalam kereta. Kenapa pulak saya kena masuk dalam kereta awak? Saya ada kereta sendirilah!

"Bagi kunci kereta Ariana." Awak hulurkan tangan meminta kunci. Terbeliak mata saya. Kunci kereta saya? Nak buat apa? Saya terus genggam erat-erat handbag saya. Awak mengeluh lalu menarik handbag saya. Saya cuba halang tapi awak tarik kuat-kuat. Dengan perasaan geram saya tengok awak ke kereta saya dan keluarkan beg saya dari dalam kereta.

Pelik. Saya rasa pelik sangat dengan diri saya. Saya tak halang awak langsung. Saya tengok je apa yang awak buat. Awak bawa masuk beg saya ke dalam kereta awak. Kemudian awak buka pintu kereta di bahagian hadapan. Awak suruh saya masuk. Tapi saya tak tau. Perlu ke saya masuk? Awak senyum lalu menolak perlahan tubuh saya. Macam orang bodoh, saya mengikut. Kemudian awak memandu kereta. Kita tak bercakap langsung. Saya tak tahu ke mana awak nak bawa saya. Saya melayangkan pandangan ke luar.

Saya tertidur sehinggalah awak gerakkan bahu saya. Awak kata kita dah sampai. Bila saya lihat apa yang di depan mata saya, saya agak terkejut. Saya pandang awak. Kenapa awak bawa saya ke rumah Ibu? Awak bukakan pintu kereta. Saya tak nak keluar. Kalau saya keluar nanti, kalau saya jumpa Ibu ... Apa pula yang Ibu fikirkan? Kalau awak tahu saya dah berkahwin, Ibu pun mesti tahu, kan? Saya tak nak Ibu fikir saya isteri yang tidak baik kerana mengikut lelaki lain. Saya suruh awak hantar saya balik. Awak Cuma senyum dan tarik tangan saya perlahan-lahan.

Ibu terkejut melihat saya. Adik awak pun sama. Saya dapat tengok dari riak wajah mereka yang mereka bertambah terkejut melihat awak membawa beg. Saya menundukkan wajah. Saya tak berani nak tengok Ibu dan adik awak. Entah apa agaknya yang mereka fikir tentang saya. Seorang wanita yang sudah berkahwin dengan lelaki lain datang ke rumah bekas ibu mertuanya dengan sebuah beg. Pasti mereka fikir yang bukan-bukan. Lagi teruk kalau mereka fikir saya cuba mendapatkan perhatian. Ibu hulurkan tangan. Saya cepat-cepat menyambutnya.

Awak membawa beg saya masuk ke dalam bilik tetamu. Ibu dan adik awak melayan saya dengan baik. Saya rasa terharu. Mereka masih dapat terima kehadiran saya dengan baik walaupun saya sudah bukan sebahagian dari keluarga awak. Selepas hampir setengah jam, Ibu menyuruh saya berehat. Ibu cakap dia nampak saya penat sangat. Saya mengangguk lalu terus masuk ke dalam bilik. Saya tak tahu apa yang sedang saya buat. Saya tak tau sama ada tindakan saya betul atau tidak. Saya rasa penat sangat dengan apa yang terjadi hari ni. Saya dah tak mampu berfikir.

Ketika saya menukar pakaian, saya terdengar suara awak dan Ibu. Macam tengah berbincang. Saya cuba mendengar perbualan awak dan Ibu. Ibu tanya apa yang sedang buat. Ibu cakap awak tak sepatutnya bawa isteri orang pulang ke rumah. Saya sedikit terkedu. Saya lupa. Saya betul-betul tak ingat yang saya tak sepatutnya ikut awak balik ke rumah Ibu. Saya rasa nak menangis. Betul Ibu cakap. Awak tak sepatutnya bawa saya ke sini dan saya tak sepatutnya mengikut awak. Saya sebenarnya dah betul kehilangan semua orang yang saya sayang. Saya tak tau kenapa saya wujud perasaan macam ni. Ibu dah tak boleh terima kehadiran saya bila saya berkahwin dengan Zikri. Saya hilang Mama dan Papa ...

"Err ... saya minta maaf. Saya tak sepatutnya datang sini. Saya lupa yang saya bukan sebahagian keluarga ni lagi. Saya minta maaf mengganggu." Saya mengucup tangan Ibu dan terus keluar dari rumah. Saya berjanji, saya takkan jejakkan kaki lagi ke rumah Ibu. Saya takkan dekat dengan awak lagi. Saya takkan ganggu hidup awak lagi. Kita dah bercerai. Saya dah lupa. Bila kita dah bercerai, semuanya antara kita akan terputus juga. Ibu memanggil saya tapi saya teruskan langkah saya.

Saya tak tahu ke mana saya harus pergi. Saya betul-betul menyesal mengikut awak ke rumah Ibu. Ke mana saya harus pergi sekarang? Saya menahan teksi. Di dalam teksi, saya melayan perasaan. Hati saya terluka sangat. Saya tahu ini bukan salah Ibu. Apa yang Ibu cakap tu betul. Saya tak jaga status saya langsung. Tapi ... Tapi tak boleh ke terima kehadiran saya lagi? Perlukah saya menjadi orang asing dalam hidup mereka hanya kerana saya sudah berkahwin dengan Zikri? Saya bukannya berkahwin dengan dia atas kerelaan saya. Saya terpaksa. Berapa kali saya nak ulang? Saya tak nak jadi anak derhaka. Salah ke saya?

Tiba ada sebuah kereta memotong teksi yang saya naiki dan berhenti secara mengejut sehingga badan saya terhuyung ke hadapan. Pemandu teksi menekan hon sekuat mungkin. Awak rupanya. Awak gila ke pandu kereta macam tu? Tapi dengan selambanya awak keluar dari kereta dan membuka pintu di bahagian penumpang. Awak suruh saya keluar. Saya terpinga-pinga. Apa awak ni? Tak habis-habis nak memalukan saya? Tadi awak tarik saya kat Putrajaya. Sekarang nak tarik saya dari teksi? Kereta di belakang teksi sudah membunyikan hon berkali-kali. Pemandu teksi yang saya naiki juga sudah bising-bising. Awak menghulurkan wang kepada pemandu teksi. Mahu tak mahu saya terpaksa keluar.

"Awak nak apa? Awak dah lupa ke yang saya ni bukan isteri awak?" Marah saya. Awak menjelirkan lidah. Hei! Berani awak! Saya serius tau tak?

Awak suruh saya masuk ke dalam kereta. Saya memeluk tubuh. Buat apa saya masuk kereta awak? Awak nak bawa saya balik ke rumah Ibu? Kemudian Ibu beritahu apa yang betul dan apa yang salah? Saya dah sedar kesalahan saya. Saya tak sepatutnya ikut awak. "Ariana nak saya tarik Ariana macam tadi?" Saya membulatkan mata. Berani betul awak ek? Dengan perlahan-lahan awak menolak saya ke dalam kereta. ‘

"Hantar saya ke Putrajaya!" Bentak saya lalu masuk ke dalam kereta. Saya terdengar awak ketawa kecil sebelum menutup pintu kereta. Awak mula memandu. Awak suruh saya tidur. Awak kata awak tahu saya penat dan awak akan kejutkan saya bila kita sampai. Mulanya saya marah awak. Putrajaya bukannya jauh sangat. Paling lambat pun sejam sampai la. Buat apa nak tidur? Tapi agaknya saya penat, saya tertidur. Saya terbangun apabila terdengar awak sedang menyanyikan sebuah lagu.

"Setahun setelah engkau pergi ku masih sembunyi di balik senyum palsuku dengar dirimu tak sendiri lagi. Betapa hancurnya hati dan jiwaku. Betapa hancurnya." Lagu apa awak nyanyi tu? Macam best. Liriknya pun macam ada maksud. Saya mengesat kedua-dua mata dan memandang ke arah luar. Masih gelap. Tak sampai lagi ke? Saya lihat jam di dashboard. 4 pagi? Tadi masa saya naik kereta awak bukan ke baru pukul 11 malam?

"Kita kat mana ni?" Tanya saya. Cuak betul saya dibuatnya. Awak bawa saya ke mana ni? Awak senyum. Awak tak jawab soalan saya. Sebaliknya awak mengutuk saya. Awak kata saya tidur berdengkur, mengigau, tidur mati. Tak sedar langsung. Saya perhatikan jalan yang lengang. Kat mana ni? Tak ada signboard pula tu. Awak suruh saya makan roti dan minum air yang awak letakkan di seat belakang. Plastik stesen minyak Petronas. Bila masa awak berhenti? Banyak pula tu roti yang awak beli. Melihat roti coklat yang awak beli, barulah saya sedar yang saya tak makan sejak petang semalam. Sejam kemudian awak berhenti di sebuah masjid. Saya tanyakan sekali lagi soalan yang sama. Kita di mana?

"Kita berhenti tunggu subuh dulu. Lepas tu baru kita gerak ke Thailand. Kita kahwin di sana ya." Saya terus tampar awak. Kuat. Saya sendiri pun boleh dengar bunyi penampar saya. Saya menyumpah seranah awak. Gila ke nak kahwin dengan saya? "Sakitlah! Orang gurau je. Adoi, pedihnya ... Kita kat jeti Kuala Perlis. Pukul 7 nanti kita naik bot ke Langkawi. Ok sayang?" Buat apa pergi Langkawi? Tanya saya. Awak kata untuk pergi honeymoon. Belum sempat saya tampar awak buat kali kedua, awak cepat-cepat mengelak. Tau takut. Berani la nak buat lawak pagi-pagi buta macam ni.

Seronok sangat kat Langkawi. Saya jadi lupa akan masalah saya. Awak menempah dua buah bilik berasingan dan menyewa sebuah kereta. Selama tiga hari kita menghabiskan masa berdua. Awak bawa saya ke merata tempat yang menarik. Yang paling saya tak boleh lupa awak membawa saya menaiki kereta kabel ke Gunung Machinchang. Sampai hati awak. Huhu. Awak tau saya ni gayat, puas la awak ketawakan saya bila saya pegang erat pada pemegang dalam kereta kabel. Jahat. Tapi serius. Saya takut sangat naik kereta kabel tu. Kereta kabel untuk naik ke puncak Genting Highlands pun tidak menakutkan sebegini. Curam dan tinggi.

Sepanjang di Langkawi, dunia saya hanyalah bersama awak. Seakan saya terperangkap di sebuah pulau dengan awak. Saya tak tahu langsung apa terjadi di dunia luar. Sebaik saja sampai, awak simpan handphone saya yang saya off sejak semalam. Awak kata awak tak nak ada orang ganggu masa kita berdua. Saya Cuma senyum pahit. Gembira ke saya? Memang saya gembira. Saya terasa macam dunia ni Cuma ada saya dan dia dan tak ada orang lain yang mengganggu kita.

Saya rasa nak ketawa sebab sebelum kita sampai di hotel, awak singgah membeli beberapa helai pakaian. Barulah saya ingat. Awak langsung tak bawa apa-apa untuk datang ke sini. Tak banyak yang kita lakukan di Langkawi tapi awak pastikan saya tak bersendirian. Saya pun tak mahu bersendiri sebab nanti saya akan berfikir tentang Zikri. Terima kasih awak. Saya betul-betul hargai apa yang awak lakukan ini. Saya tahu apa yang kita lakukan ini salah. Tapi jauh di sudut hati saya, saya tak peduli. Saya rasa sungguh dipermainkan sampai saya tak peduli apa yang baik dan buruk, apa yang betul dan salah.

"Ariana ... kita balik ya." Ucap awak ketika kita sedang menyusuri Pantai Chenang. Saya tahu saat ini akan tiba di mana saya harus kembali ke dunia nyata, dunia saya. Dunia di mana kita terpisah dan saya hidup dalam satu perkahwinan yang penuh dengan penipuan.

"Kalau saya tak nak?" Tanya saya. Saya tak nak balik. Saya tak nak kembali ke Kuala Lumpur dan terpaksa berhadapan dengan semua orang. Zikri. Mama dan Papa. Umi. Kak Mai. Keluarga Zikri. Bukan saya takut dipersalahkan. Saya tak takut kalau semua orang tahu saya bersama awak selama tiga hari ini. Biarlah apa orang nak cakap. Yang saya takutkan cumalah satu. Saya takut saya jadi lembut hati apabila berhadapan dengan Zikri. Saya tak nak nanti saya jadi lemah dan mengiyakan apa jua tuduhan yang dilemparkan pada saya. Saya tak nak jadi orang yang bersalah buat sekian kalinya.

"Ariana tak boleh selamanya melarikan diri dari masalah. Satu hari nanti masalah tu tetap akan datang pada Ariana. Kita balik, ya." Pujuk awak. Tak pernah saya dengar awak pujuk saya macam tu. Saya tak pernah dengar suara lembut awak memujuk saya. Kenapa dulu kita tak macam ni? Kalau hubungan kita baik awal dulu, semuanya takkan jadi begini. Air mata saya mengalir.

"Saya tak nak balik!" Saya lihat awak tersenyum. Mata awak nampak sayu. Saya menangis teresak-esak. Saya tak nak tengok Zikri. Saya benci dia. Tapi saya takut saya lemah kalau dia pujuk saya. Saya tak mahu lihat Papa marah akan saya. Papa mesti takkan percaya apa yang saya cakap. Mama pula akan mengikut apa jua kata Papa. Umi? Kak Mai? Mereka semua sama saja. Semua orang takkan percayakan saya kalau saya kata Zikri rancang peristiwa kami ditangkap khalwat itu. Malah kalau mereka percaya pun, pasti mereka suruh saya terima takdir. Terima saja? Saya bukan bodoh!

Tapi dalam saya memberontak tak ingin pulang, awak tetap bawa saya pulang. Saya langsung tak pandang awak sepanjang perjalanan pulang ke KL. Suasana sunyi sepi antara kita. Cuma sesekali awak menerangkan tindakan awak. Bukan saya marah awak. Saya faham keputusan yang awak ambil. Kalau saya ikutkan perasaan, memang saya akan kata awak bencikan saya. Tapi itu kebudak-budakan. Saya dah dewasa, dah matang. Kita dah boleh berfikir tentang keputusan yang diri kita sendiri dan orang lain ambil. Awak tak cakap pun saya tahu. Tak selamanya saya boleh lari dari masalah saya. Saya kena hadapi dan selesaikannya.

Awak kejutkan saya apabila kita tiba di Putrajaya. It’s time to be back to your life, Ariana. Bisik hati saya pada diri saya sendiri. Kenangan saya dan awak di Langkawi hanyalah mimpi indah yang sudah berakhir. Awak masukkan semua barang saya ke dalam kereta. Awak jugalah yang menghidupkan enjin kereta saya. Saya hanya berdiri kaku di satu sudut. Saya tak tahu sama ada saya sudah bersedia untuk pulang.

"Saya temankan Ariana pulang." Pesan awak. Saya hanya membatukan diri. Selepas beberapa ketika barulah saya menganggukkan kepala dan melangkah ke arah kereta. Ketika saya sedang melangkah, awak pegang tangan saya dan menarik tubuh saya ke dalam pelukan awak. Saya dapat dengar bunyi degupan jantung awak dan saya dapat hidu bau tubuh awak. Inilah bau yang saya selalu rindui. Air mata saya mengalir. Awak, terima kasih ... Pelukan adalah satu-satunya perkara yang saya inginkan saat ini. Terima kasih, awak ...
posted by Penulisan2u @ 2:30 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
10 Comments:
  • At 3/11/08 3:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best nye..cepat-cepat la sambung ye

     

  • At 3/11/08 7:29 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best giler..klaw ader jual novel citerni grnti dah bli..cume cpt2 upload..xsabar nk bce lg

     

  • At 3/11/08 9:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt2...bile bce je rse nk nangeh..huhu

     

  • At 3/11/08 11:57 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best best best sgt cite neh :)
    cpt2 la upload new n3 ek..suke sgt cte neh..feeling je bile bace
    u rock!hehe

     

  • At 3/11/08 12:07 PTG, Blogger nana_yoong said…

    byk sgt dugaan utk ari n nizam.. zikri x jahat pon.. die buat semua tuh sebb perasaan syg die.. tp tu la, cinta x bole nak di paksa..

    anyway cpt2 smbg..

     

  • At 3/11/08 12:30 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu bestnyer..cpt smbg yer,dh x sbr nk tnggu smbgn.

     

  • At 3/11/08 8:18 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    betul nana,cinta x bole dipaksa tapi ia akan dtg dgn sndiri..

    harap kasih ariana & nizam boleh bersambung kembali

     

  • At 3/11/08 8:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best gler citer ni...
    lambat lg ke nk tau ndingnya..
    citer ni realiti ke ek..
    kalu realiti la cian kt ariana n nizam..
    sy harap happy ndingla..
    byk sungguh cabaran hdup dorang...
    huhuhu...

     

  • At 3/11/08 9:29 PTG, Blogger aL-HaNis said…

    btl tu, cinta mmg takle dipaksa. Huhu tp rasenya cinta Ariana ngn Nizam ni mmg Cinta sejati ka. waa. Wahai penulis, cerita anda ini mmg mengharukan! Syabas! =)

     

  • At 4/11/08 1:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite nie best sgt..
    penulis cept2 lar upload ek..
    x saba nk bace ending cite nie..
    pastikan best ending k penulis...;)

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group