Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Gila betullah kereta tu, nak bunuh orang ke," ujar Farizat yang masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Dia melihat wajah Nurul yang masih lagi pucat barangkali masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. Nasib baiklah Fiq bertindak dengan cepat menyelamatkan Nurul kalau tidak mereka pasti akan kehilangan seorang pengurus untuk Kelab Bola Sepak.
"Nah minum dulu," segelas air kosong diberikan kepada Nurul oleh Fiq.
"Terima kasih," ujar Nurul yang berasa selesa sedikit. "Dan terima kasih sebab selamatkan aku, kalau kau tiada tak tahulah keadaan aku nanti."
"Nak buat report polis ke?" tanya Rezza. "Sudahlah hampir langgar orang lepas tu tak berhenti minta maaf pula tu."
"Rasanya tak payah sebab aku sendiri yang cuai," namun dia rasa ini bukannya kecuaiannya tapi sebab sumpahan tu. Mungkin sumpahan tu betul. Mustahil cubaannya adalah satu kebetulan dan kalau kebetulan takkanlah sampai dua kali dia hampir di langgar. Atau mungkin…
Nurul memandang tepat wajah Fiq di sebelahnya. Mungkinkah Fiq adalah orang yang sama menyelamatkannya tempoh hari? Tapi kalau orang yang sama, kenapa Fiq tak sentuh langsung tentang kejadian sebelum ini. "Betul kau tak nak buat report?" tanya Rezza lagi membuatkan dia tersentak terus berpaling dari memandang wajah Fiq yang sentiasa nampak tenang. Nurul sekadar menggeleng.
"Aku dengar ini bukannya kali pertama pelajar perempuan hampir di langgar, dah banyak kali dah," ujar Farizat sebelum menyuap nasi goreng ke mulutnya.
"Takkanlah ada orang anggap melanggar orang melintas adalah satu hobi," ujar Rezza yang rasanya tidak masuk di akal dengan menganggap melanggar orang melintas adalah satu hobi. Tapi apa-apa pun tidak boleh dipertikaikan sekarang. Sekarang ni manusia sudah berubah menjadi lebih kejam walaupun pada dasarnya dia seorang yang baik dari pandangan masyarakat.
"Makan sajalah. Bukan senang Fiq nak belanja perempuan tau," usik Farizat tersengih-sengih. Sejak dari tadi dia asyik melihat mereka berdua. Fiq asyik mengambil berat tentang Nurul dan Nurul pula asyik memandang wajah Fiq tanpa di sedari.
"So sweet," ujar Sofea separuh menjerit di kamar tidurnya. "Kalaulah aku ada time tu mesti aku cemburu gila. Yelah siapa tak nak lelaki macam Fiq yang bukan saja handsome tapi gentle, charming, baik, pelajar top ten pula tu. Bertuahnya kau Nurul."
Nurul tersengih-sengih sejak dari tadi. Rasanya ini kali pertama dia rasa hatinya berbunga-bunga sampai tak cukup tempat hendak letak bunga yang semakin berkembang. Tidak sangka, selepas gagal dengan cinta pertama di sekolah lama dulu, dia boleh jatuh cinta dengan seseorang yang baru dia kenal.
Mungkin terlampau cepat untuknya mengakui dia sukakan Fiq tapi kalau hati sudah kata suka lebih baik jangan menafikannya. Lantaklah apa orang nak kata asalkan sekarang dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan seseorang.
"Dia selamatkan kau, kau tak de tanya dia ke pasal kejadian tempoh hari? Mana tahukan mungkin orang yang selamatkan kau tempoh hari tu adalah Fiq?" teka Sofea.
"Aku rasa tak mungkinlah," Nurul berkata. "Sebab kalau dia yang selamatkan aku kenapa dia tak terus terang dengan aku yang dia selamatkan aku? Lagipun perasaan aku kuat mengatakan dia bukan orang yang selamatkan aku dulu."
"Kenapa?"
"Manalah aku tahu kenapa," Nurul menjeling tajam. "Tapi aku rasa dalam hal ini, aku dah jumpa Prince Charming."
"Kau ni peliklah."
"Pelik?"
"Yelah, dulu kau ni macam anti dengan lelaki. Lelaki tegur pun kau buat tak tahu je lepas tu garang tahap harimau mengamuk bila berhadapan dengan lelaki tapi sekarang bila dah ada seseorang selamatkan kau, mudah saja kau jatuh cinta," kata Sofea.
"Kau ingat aku ni tak de perasaan ke?" Nurul mengeluh lemah. "Dulu tu sebab kalau boleh aku nak jauhkan diri dari lelaki kerana aku tahu aku ni jenis yang mudah jatuh cinta. Tengok saja lelaki handsome dan baik dengan aku, aku dah jatuh cinta. Kalau kau nak tahu, aku ni kalau dah jatuh cinta boleh buat kerja gila. Sebab tulah dulu masa masuk sekolah ni aku cuba jadi segarang mungkin sebab takut macam nilah. Sekarang aku dah jatuh cinta dan mungkin beberapa hari lagi aku start buat kerja gila."
"Contohnya?"
"Contohnya aku akan start tulis surat cinta untuk Fiq," Nurul tersenyum keriangan.
"Aku dah dapatkan jadual latihan yang terbaru dari En. Majid," ujar Nurul sambil melangkah masuk ke dalam bilik Kelab Bola Sepak. Kelihatan semua ahli rasmi sudah berada dalam bilik itu. Ada di antara mereka sudah berpakaian sukan lengkap sebelum turun ke padang untuk latihan. Ada juga di antara mereka yang masih mengikat tali kasut.
"Mungkin selepas ni kita patut buat peraturan," ujar Hayrul tiba-tiba. "Perempuan dilarang masuk ke dalam bilik ni. Dahlah main redah saja, kalaulah kitorang tengah tukar seluar boleh menjerit satu sekolah," tambahnya lagi seolah sedang menyindir Nurul.
"Mungkin lepas ni kita buat peraturan, kalau korang nak tukar seluar, sila kunci pintu dulu," sindir Nurul pula tetap tidak mahu mengaku kalah dengan Hayrul.
Masuk hari ini, hampir sebulan dia menjalankan tugasnya sebagai pengurus Kelab Bola Sepak. Pelbagai rintangan yang ditempuhi olehnya lebih-lebih lagi dengan terpaksa berhadapan dengan macam-macam ragam terutama sekali Hayrul yang sememangnya anti dengan perempuan. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya dan Nurul pula tetap akan mempertahankan dirinya.
Dan kadang-kala peperangan besar akan meletus antara dia dengan Hayrul. Dan yang terpaksa leraikan pergaduhan itu adalah Rezza mahupun Fiq tapi selalunya mereka berdua akan meleraikan pergaduhan.
"Memang betul-betul perempuan tak reti malu," Hayrul mengumpatnya. Walaupun perlahan tapi telinga Nurul mendengarnya dengan jelas. Serentak dengan itu, Nurul menghempas sebuah buku berkulit tebal di atas meja bersebelahan dengan Nazrul yang sedang tidur nyenyak. Serta merta Nazrul terjaga dari tidurnya. Semuanya kaget.
"Adui, korang ni kalau bergaduh mesti aku yang jadi mangsa," keluh Nazrul menguap besar. "Aku nak tidur pun tak boleh," rungutnya lagi. Rezza yang duduk di hadapannya cuba menahan tawa. Tak sia-sia dia memilih Nurul sebagai pengurus kelab. Inilah pengurus idamannya. Boleh bangunkan Sleeping Handsome walauapa cara sekalipun.
"Sekarang bukan waktu tidur," ujar Nurul tegas.
Nazrul segera bangun membuka jacketnya sambil menyumpah-yumpah sesuatu. Nurul hanya sekadar menghadiahkan jelingan tajam. Selain Hayrul, Nazrul juga merupakan musuh dalam diam. Mana tidaknya, budak tu asyik tidur saja sepanjang masa sampai ada satu hari tu Nazrul yang selaku penjaga gol boleh tidur di tengah-tengah gawang sewaktu latihan berjalan.
"Menyusahkan kalau ada pengurus ni," ujar Hayrul pula sambil membuka pintu almarinya untuk menyimpan baju sekolahnya. Nurul langsung tidak ambil perduli dengan sindiran Hayrul. Dia tahu lelaki itu tidak berpuas hati dengan cara pengurusannya tapi dia tidak perduli. Siapa suruh cari pasal dengannya. Kan dah kena.
Sebentar kemudian Fiq yang sudah siap berpakaian sukan melangkah masuk ke dalam. Nurul menghadiahkan senyuman manis kepada lelaki itu dan Fiq membalasnya. Selama dia jadi pengurus, dia dengan Fiq sentiasa bersama walaupun bukan berbincang tentang hal peribadi tapi itu pun sudah boleh dikatakan sebagai satu peningkatan yang baik.
"Kenapa?" tanya Zul menarik perhatian mereka semua dengan tiba-tiba. Semua tertumpu pada Hayrul yang kaku di hadapan almarinya yang terbuka luas. Masing-masing pelik.
"Ekk…" suara Hayrul seakan tersekat sambil matanya tanpa berkelip memandang sekeping sampul surat warna biru yang diletak di dalam almarinya. Sekejap saja semua berkerumunan di depan almarinya melihat surat biru misteri.
"Surat cinta?" ujar Zaki seakan tidak percaya. Serentak dengan itu Nurul berpaling.
"Surat cinta?" dia terus bergegas ke hadapan almari Hayrul untuk memastikan sesuatu. Sekeping surat cinta berwarna biru dilihatnya. ‘Surat cinta dari aku untuk Fiq…,’ nafasnya tersekat-sekat seolah-olah tiada tenaga untuk bernafas. ‘…kenapa ada kat dalam almari Hayrul pula!!!’ jerit hatinya.
Di sudut tepi, kelihatan Nazrul tersenyum sinis membetulkan tali kasutnya. Sebiji bola sepak dalam almarinya di ambil keluar. Rezza menjeling memandang Nazrul yang sedikit tersenyum. Kemudian dia hanya dapat menggeleng. Lebih baik jangan masuk campur.
Tidak lama selepas itu keadaan yang kecoh tadi lagi bertambah kecoh apabila Hayrul pengsan dengan tiba-tiba. Nurul kelihatan tidak keruan. Sekejap memandang Hayrul yang pengsan dan sekejap memandang surat cintanya untuk Fiq dalam almari Hayrul.
"Hayrul alegi dengan surat cinta," terang Rezza kepada Nurul sambil memandang Hayrul yang masih belum sedarkan diri di kipas oleh kawan-kawannya yang lain. "Kali terakhir dia terima surat cinta, kesudahannya dia akan pengsan dan sejak itu kitorang tak berani ambil surat cinta untuk Hayrul," tambahnya lagi.
"Aku terfikir, kenapa Hayrul akan pengsan kalau terserempak dengan surat cinta?" tanya Zaki sambil menggaru dagu. "Mungkin dia pernah terima surat cinta beracun kot."
"Surat cinta beracun?"
"Lebih kurang nak kenakan dia la."
"Oh," Nurul mengangguk faham.
"Tapi agak-agak, siapa yang minat gila dengan Hayrul tu ye," ujar Najmi berkata dengan seseorang di belakangnya.
"Apa kata kalau kita baca? Hayrul bukannya tahu lagipun aku gerenti dia takkan baca surat cinta ni. Bukan ke lebih baik kita guna peluang yang ada ni untuk baca surat cinta dari peminat misteri dia ni?" ujar Ahmad Ramzi memberi cadangan.
"Cantik!"
"Jangan!" segera Nurul bertindak menolak mereka ke tepi dan pantas mengambil surat cinta tersebut. "Err… demi melindungi hak asasi manusia aku terpaksa rampas surat cinta ni," ujar Nurul.
"Sejak bila hak asasi manusia melarang seseorang baca surat cinta?" tanya Najmi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sejak aku jadi pengurus kelab," jawabnya tanpa berfikir panjang. "Jadi, memandangkan surat cinta ni telah membuat Hayrul jatuh pengsan aku terpaksa membuang surat cinta ni. Pergi dulu dan jangan lambat untuk latihan petang ni!" terus dia melarikan diri secepat yang mungkin. Lagi lama dia duduk dalam bilik itu lagi banyak soalan yang akan diterimanya. Lebih baik dia melarikan diri segera.
"Sejak bila Nurul ambil berat tentang Hayrul?" sekali lagi Najmi menggaru kepalanya.
"Macam budak-budak," ujar Nazrul perlahan dan tanpa di sedari dia tersenyum kecil. Seronok tidak terkata apabila dia melihat wajah Nurul yang cemas cuba mencari jalan keluar. Akhirnya berjaya juga.
akum..sbenarnyew bkn rezza yg slamtkn si nurul tu...yg slamtkn nurul tu ialah....jeng3...nazrul..sye tau sbb sye dh bce stengah drpd cter nie kt blog ratu bulan nie...
eh,korang bace lar novel ni sampai abis.. korang tau lar cite sbnr dye camne.. aku da bace abis dah..dye ade 25 epi.. mmg best lar citer dye.... rugi korang tak bace..
SALAH YG SELAMATKAN NURUL SEBENARNYA NAZRIN KEMBAR NAZRUL
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seronok...sy tggu sambungannya..
^sakura hana^