Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bahang mentari terasa menyucuk-nyucuk kulit Qairy. Terpisat-pisat dia cuba membuka matanya. Terasa berat sungguh. Akalnya masih belum waras sepenuhnya tambahan pula persekitaran di dalam bilik yang membahang itu memeritkan lagi otaknya untuk berfungsi sebaik mungkin. Dihalakan ekor matanya ke arah jam di atas meja. "Dah pukul dua..?", bisiknya. Qairy menggeliat di perbaringan. Dia kemudiannya duduk tercatuk seperti orang dungu. Sekilas dia menoleh ke kiri dan kanan. Terasa ada yang tidak kena. "Eh..? Mana Saidh..?!!", Qairy secara tiba-tiba berdiri membuatkan kepalanya berpinar-pinar. Dia memicit kepalanya kuat-kuat. Setelah beberapa ketika, barulah dia mampu berfikir secara normal semula. "Mana pulak si Saidh ni..? Tak bagitau apa-apa terus hilang macam tu je..!!", ngomelnya. "Hah, Qairy !! Kenapa tak esok je kau bangun..? Si Saidh tu dah lama tunggu kau kat baruh.. kau tak tahu malu ke Qairy..? Saidh tu subuh-subuh lagi dah bangun pergi masjid.. kau terbungkang kat sini tak ingat dunia..", bebel Wan Saodah pada anak lelaki tunggalnya.
"Alah mak ni..!! Saidh tu budak lagi, biarlah dia.. nanti dah berumur sikit macam saya ni, lagi teruk dari saya agaknya..", Qairy tersengih pada emaknya. "A'ah.. tak payah nak panjang cerita.. semalam kau dah janji nak tolong tebas kebun bapak kau tu..!! Mak takut bapak kau tu mengamuk pulak karang..", usul Wan Saodah. "Err.. mak !! Saya sibuk sikitlah hari ni.. mak tolong pujuk bapak ye..? Nanti esok Qairy buat ye mak..?". "Kau buat lagi muka kesian tu kat aku, aku toreh-toreh muka kau buat jeruk.. Tapi ingat !! Esok kalau kau tak habiskan jugak, kau jawablah dengan parang 'orang tua' tu.. Aku tak campur..!!", bebelnya hingga ke dapur. Qairy tersenyum sendirian memikirkan perangai emaknya. Wan Saodah memang begitu. Mulutnya sahaja yang tak boleh duduk diam. Tapi hatinya baik. Dia tahu emaknya cukup sayangkan dirinya serta adiknya walaupun setiap hari, mahu saja Qairy mencabut cuping telinganya kerana tak mahu mendengar Wan Saodah membebel. Begitu juga dengan adik perempuannya Husna yang masih bersekolah di tingkatan lima. Mereka berdua kurang bergaul dengan baik sesama sendiri tetapi Qairy tahu yang adiknya juga menyayangi dirinya sama seperti keluarganya.
Air kolah yang dingin itu bagaikan menggigit tubuhnya hingga ke tulang sum-sum. Seingatnya hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja yang menggunakan kolah sebagai tempat menakung air. Termasuklah rumahnya. Setelah selesai mandi, Qairy berpakaian dan menjamu perutnya dengan nasi goreng yang dimasak oleh Wan Saodah. Husna yang sedang menyapu di laman rumah hanya menggelengkan kepala. Qairy perasan akan tingkah adiknya tetapi dibiarkan sahaja. "Tulah abang.. bangun dahlah lambat, menghabiskan beras kat rumah je..", Husna bersuara. "Elehh.. kau dengki sebab kau tak boleh buat macam tu kan..? Budak dengki memang macam tu..!!", Qairy mengejek. "Alah.. abang tu memang pemalas..!! Una taknak jadi pemalas macam abang..", selamba sahaja Husna menjawab. "Kau nak kena ke..?", Qairy bingkas bangun mengejar Husna yang berlari sambil mengetawakan abangnya. "Hah..!! Apa lagi main kejar-kejar tu..? Dah makan pergi basuh pinggan.. Jangan nak jadi pemalas pulak..", Wan Saodah bersuara. Sesungguhnya dia menyenangi akan hubungan anak-anaknya itu. Walaupun tak selalu berkomunikasi tapi tak bemakna mereka itu selalu bertengkar. Cuma Husna yang agak nakal selalu mengusik abangnya jika berkesempatan. "Biar Una je yang basuh mak.. biar padan dengan muka dia..!!", jerit Qairy yang ketika itu sudahpun menuju ke kebun nanas milik bapanya. "Makk.. tengoklah abang tuu..!!". Qairy hanya ketawa mendengar suara jeritan adiknya mengadu.
"Lama kau tunggu aku..?". Saidh memandang ke arah suara itu. Kelihatan Qairy sedang terjengkit-jengkit meniti batas kecil berkiri-kanankan kolam udang harimau untuk ke tempat dia berada. "Taklah lama sangat..!! Abang Qairy dah solat..?", Saidh bertanya. Qairy mengerling pada jam tangannya. "Nak solat apa pukul dua petang macam ni..?". "Zuhur..?", pendek sahaja ayat Saidh. "Err.. aku.. seluar aku kotorlah..!!", tergagap-gagap jawapan yang keluar dari mulut Qairy. "Ohh.. err.. saya ingat nak balik rumahlah bang..!! Nanti apa pulak kata abah bila dia tahu yang saya langsung tak balik malam tadi..", Saidh melahirkan kebimbangannya. "Nanti dulu..!! Kau nak balik, itu bukan hal aku.. tapi kalau kau nak balik sekarang, tak boleh..!!", ujar Qairy tegas. "Kenapa pula..?", Saidh mengerutkan dahi. "Malam tadi aku ada cakap dengan kau yang aku tau jalan untuk menamatkan perbuatan khurafat keluarga kau kan..?! Kaulah satu-satunya orang yang boleh menamatkan semua ini Saidh.. cuma kau saja..", Qairy tersengih memandang Saidh yang kelihatan benar-benar keliru dengan ungkapannya tadi. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada siapa yang akan mendengar perbualan mereka. "Memang kau tak boleh mengalahkan jin yang membantu Zulfar, tetapi kau pasti boleh menghapuskan Zulfar sendiri kan..?!", senyuman Qairy semakin melebar sambil akalnya ligat memikirkan hasutan-hasutan yang lebih hebat untuk menarik Saidh masuk ke dalam perangkap 'serampang dua mata'nya.
"Menghapuskan abang..? Maksud abang Qairy...". "Bunuh dia..!! Itu saja cara untuk kita selamatkan keluarga kau..", Qairy berbisik ke telinga Saidh. Cerlang mata Saidh memandang Qairy. "Aku bukannya bergurau Saidh.. cuba kau fikir, bukankah ini sahaja jalan yang kita ada..? Kau rasa kita ada pilihan lain..?", Qairy cuba meyakinkan Saidh. Meskipun Saidh adalah seorang pemuda yang warak, namun dia tetap masih belasan tahun. Dia mula termakan hasutan Qairy. "Bukankah kau dah cuba mencabar jin itu dan kau gagal..?! Lebih mudah caranya kalau kita menghapuskan siapa yang jin itu dampingi selama ini.. Sudah tentu dia akan kehilangan tuan dan tak dapat kembali ke rumah itu..!!", hasut Qairy lagi. Saidh hanya mendiamkan diri. Ada benarnya juga kata-kata abang Qairy itu. Mungkin inilah satu-satunya jalan untuk dia menyelamatkan abang Zulfar. "Jadi, apa yang harus saya buat..?", Saidh meminta pendapat. Dia tidak dapat melihat air muka Qairy sebaik sahaja dia habis mengajukan soalan. Kali ini senyuman Qairy betul-betul melebar. Memikirkan tentang 'burung' yang baru didekutnya sudah memakan umpan. "Kau seorang saja yang dapat menghampiri Zulfar tanpa dia mengesyaki, betul tak..?", ujarnya. Saidh hanya mengangguk. "Jadi, sebaik sahaja kau merapati Zulfar, kau terus tikam dia dengan ini..", ujar Qairy lagi sambil mengunjukkan sebilah pisau yang sederhana besar yang dibawanya dari rumah pada Saidh. "Jangan takut.. kita hanya nak menyelamatkan Zulfar.. menyelamatkan sesuatu memerlukan kita untuk mengorbankan sesuatu.. walaupun sesuatu yang paling berharga dalam hidup..", madah Qairy bertujuan untuk meyakinkan Saidh yang semakin tak menentu fikirannya. Saidh menggenggam erat pisau di tangannya. Nafasnya turun naik serta dadanya berombak. "Baiklah.. demi keluarga saya..!!", Saidh berkata sambil melangkah meninggalkan Qairy yang ingin sangat untuk melompat kegirangan atas kejayaannya tadi. Kelibat Saidh semakin menjauhi kebun bapanya dan terus menuju pulang ke rumah agam berpuaka itu. "Asliza.. Kau akan menjadi milik aku selamanya..!! Dan Zulfar pula akan mati dibunuh adik kandungnya sendiri..!! Kah ! Kah ! Kah ! Kah !!..".
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
harap Saidh xmelakukannya....sy tgu smbungannya...
^sakura hana^