Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Apa yang kau merepek ni Saidh..? Aku tak fahamlah.. Zulfar dah mati..? Habis, yang aku nampak tadi siapa..?", soal Qairy pada Saidh. Dia betul-betul tidak dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku. "Saya bercakap yang betul ni bang Qairy.. abang Zulfar tidak sepatutnya wujud di mukabumi ini.. Dia dah lama meninggal dunia..". "Kerana itulah arwah ibu membuat satu perjanjian dengan jin dari alam ghaib, jika nyawa abang Zulfar dapat dikembalikan, arwah ibu sanggup menurut apa sahaja kemahuan jin itu..", tambah Saidh lagi.
"Nanti dulu.. bagaimana kau tahu semua ni..? Pak Luqman yang ceritakan pada kau..? Dan mengapa mereka seolah-olah menyorokkan semua ini dari pengetahuan kau kalau kau sudah tahu cerita sebenar..?", Qairy mengajukan soalan lagi. "Ya.. abahlah yang menceritakan semua ini pada kami.. Pada mulanya kami ingatkan abah bergurau, tetapi satu hari abah tunjukkan rupa sebenar jin itu pada kami.. Saya mula rasa tak sedap hati dan menentang pemujaan yang acapkali abah lakukan.. Sebab itulah mereka akan jalankan upacara pemujaan ini setelah saya tiada di rumah..", jawab Saidh. "Dan satu lagi.. abang Kefri nampaknya beria-ia benar mahukan apa yang selama ini abang Zulfar perolehi melalui jin itu..". Qairy mencapang telinga. "Jin itu bukan sahaja menghidupkan semula abang Zulfar, tetapi jin itu juga memberikan paras rupa dan harta yang tidak putus-putus.. Tetapi dengan satu syarat..". "Apa syaratnya..?", Qairy membuntangkan mata tanda berminat dengan cerita Saidh. "Pemujaan..!!", sepatah Saidh menerangkan. "Jin itu mesti diseru setiap malam Jumaat Keliwon untuk 'bersama' dengan abang Zulfar.. Hanya dengan cara itu, hayat dan segala keistimewaan yang abang Zulfar perolehi akan terus kekal..", Saidh berkata sambil menyinsingkan lengan baju melayunya.
"Astaghfirullahalazim.. apa sudah jadi dengan keluarga engkau Saidh..? Bersekongkol dengan jin.. sudah lupakah mereka pada Tuhan..?", ujar Qairy dengan nada keluhan yang berat. "Ya bang.. mereka sememangnya sudah lupa pada Tuhan.. lupa akan hukum-hakam agama..", Saidh menambah. Qairy melihat pada raut wajah Saidh. Ada bias penyesalan yang terbit daripadanya. "Jadi, kita tak boleh nak lakukan apa-apa..?", Qairy mengajukan soalan. "Saya dah cuba tapi jin itu seakan tidak ampuh dek usaha yang telah saya lakukan selama ini..". "Baik kita tinggalkan tempat ni.. aku takut 'benda' tu tahu akan kehadiran kita di sini nanti..", cadang Qairy. "Ke mana..?", Saidh bertanya. Tanpa bercakap apa-apa, Qairy menarik lengan Saidh yang terpinga-pinga dan membawanya keluar dari perkarangan rumah berpuaka itu. Saidh tidak pula membantah tetapi hanya menurut sahaja. "Malam ni kau berehat saja di rumah keluarga aku.. Esok kita akan pergi meminta pertolongan..", ujar Qairy. Dari jauh, kedengaran suara jeritan berkumandang dari rumah agam itu. Mereka berdua berpaling. Suara itu sungguh menyeramkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Saidh mematikan langkah dan ingin berpatah balik tetapi dihalang oleh Qairy. "Tapi bang..", nada suara Saidh kedengaran sayu. Qairy hanya menggelengkan kepala. Dia menarik semula lengan Saidh dan kemudiannya hilang dalam kegelapan malam.
Di rumah Qairy, Saidh langsung tak boleh melelapkan mata. Fikirannya menerawang memikirkan nasib keluarganya. Bukan dia tak pernah berusaha, tetapi kekuatan jin yang mendampingi Zulfar terlalu kuat. Apalah dayanya sebagai seorang remaja belasan tahun untuk menentang kekuatan seperti itu. Tetapi itu lebih baik daripada hanya mematungkan diri dan tidak berbuat apa-apa. Berlainan pula dengan Qairy. Dia kelihatan tersenyum sendirian. Entah apalah yang sedang difikirkan olehnya. Menunggu ketibaan hari siang dirasakannya sangat perlahan. Saidh yang perasan akan senyuman penuh erti Qairy itu berasa pelik. "Kenapa tersenyum tu..?", tanya Saidh mengejutkan angan Qairy. "Cuma ada satu jalan saja yang boleh kita buat untuk membantu abang kau..", Qairy tersenyum lagi. "Cara apa..?". "Itu nanti aku akan beritahu kau.. cuma sekarang aku nak tau, kau cakap yang Zulfar sebenarnya dah mati.. sejak bila..?", aju Qairy bagi mengelakkan rancangannya dari diketahui lebih awal oleh Saidh. "Sewaktu arwah ibu melahirkan abang Zulfar, dia sebenarnya meninggal dunia dari dalam kandungan akibat kekurangan oksigen.. Doktor pun tak mampu untuk berbuat apa-apa..", Saidh menerangkan. "Abah dan ibu membawa jenazah abang Zulfar pulang untuk disemadikan.. tetapi rupa-rupanya ibu ada perancangan sendiri.. !! Dia menyeru jin peninggalan arwah datuk yang telah lama ditinggalkannya kembali semata-mata dengan tujuan untuk menyelamatkan abang Zulfar dan melindunginya setelah dia tiada lagi di dunia..", tambahnya lagi. "Hmm.. nampaknya arwah ibu kau sepertinya boleh meramal hidup matinya sendiri..!!", kata Qairy. "Bukan.. dia tahu kerana syarat untuk makhluk jin itu untuk membantunya adalah nyawanya sendiri..". Qairy membulatkan mata. "Sebagai ganti perlindungan dan nyawa abang Zulfar, jin itu meminta ganti nyawa arwah ibu sendiri.. Ibu sanggup asalkan anaknya dapat diselamatkan.. Dia seolah-olah menentang Qada' dan Qadar..", Saidh bersuara perlahan.
"Begitu rupanya.. jadi, kekacakkan rupa paras Zulfar adalah...". "Kerana pertolongan jin itu..", Saidh menyambung kata-kata yang belum sempat dihabiskan Qairy. Tahulah dia akan cerita sebenarnya. Rupanya selama ini Haji Luqman dan seluruh penghuni rumah agam itu menyimpan rahsia sebesar ini dari pengetahuan orang lain. "Keluarga ini keluarga berhantu", fikirnya. Saidh yang asyik memandang ke arah siling bilik sambil meletakkan lengannya ke dahi sudah mula menguap beberapa kali dan akhirnya terlelap. Meninggalkan Qairy keseorangan yang merangka sebuah perancangan untuk menamatkan kisah khurafat Zulfar dan merampas kembali Asliza ke pangkuannya. Dia yakin perancangannya itu akan juga membuatkan dirinya dianggap sebagai hero di kampung itu. Qairy menyapu mukanya beberapa kali sambil menoleh ke arah Saidh yang sudahpun dibuai mimpi. Kemudian dia menoleh pula ke arah jam di dinding biliknya. Dia merasa tak sabar menunggu hari esok. Kerana esok, merupakan hari kemenangannya. Hari dimana rancangannya akan berjaya. Rancangan untuk menghapuskan Zulfar yang akan memberikan banyak faedah buat dirinya. Termasuklah merampas semula Asliza dan menggunakan Saidh sebagai batu loncatan untuk menjayakan rancangannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah----GAS tenganga masa baca