Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Zulfar merupakan seorang lelaki yang sangat tampan rupa parasnya. Ketampanannya itu sering membuatkan ramai gadis-gadis seusia malah yang lebih tua darinya tak lena tidur. Zul baru sahaja mencecah ke usia dua puluh lima tahun namun perwatakkannya sebagai seorang lelaki matang mengaburkan usia sebenar pemuda ini. Dia mempunyai dua adik lelaki. Seorang bernama Kefri, berumur dua puluh dua tahun dan seorang lagi bernama Saidh yang baru menamatkan persekolahan. Kedua-dua adiknya itu tidaklah setampan abang sulung mereka. Kefri merupakan anak kedua dan Saidh ialah anak bongsu dalam keluarga Haji Luqman. Haji Luqman ialah seorang usahawan manakala isterinya Zubaidah sudah meninggal beberapa tahun yang lalu. Zulfar mewarisi kesempurnaan arwah ibunya yang terkenal sebagai wanita paling jelita semasa hayatnya. Namun takdir menentukan yang Zubaidah harus pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu meninggalkan Haji Luqman serta tiga anak lelakinya.
Kefri yang merupakan anak kedua berperwatakkan agak bengis dan suka memerintah. Berlainan pula dengan Saidh yang pendiam serta warak perilakunya. Sudah banyak kali dia menasihati abang Ngahnya itu untuk berubah. Namun segala nasihat adik bongsunya itu langsung tidak berbekas di benak Kefri. Haji Luqman juga sudah betah dengan karenah Kefri. Zulfar pula tidak suka ambil peduli tentang keluarganya. Dia lebih gemar melabuhkan punggungnya di kedai kopi Wak Lamin dekat hujung simpang. Di situ dia senang bermain dam dan bersembang bersama rakan-rakannya sampai lewat malam. Apatah lagi hujung simpang itu merupakan laluan utama untuk ke kampung itu dan sudah semestinya anak-anak gadis yang berkerja kilang di pekan akan melalui jalan ini tatkala pulang dari kerja. Zulfar tidak perlu untuk menggoda setiap gadis yang melintasi pancainderanya tetapi hanya berteleku menunggu disitu. Kerana gadis-gadis itulah yang akan berebut-rebut untuk menghimpit diri Zulfar. Bak kata orang, 'kail tak dibawa, ikan pula yang melompat ke riba'. Bukan sedikit yang cemburu akan kelebihan rupa paras Zulfar terutama sekali Qairy, anak muda berusia dua puluh empat tahun. Qairy sudah lama mengidam untuk memiliki Asliza tetapi gadis itu tak pernah memandang dirinya. Bola mata gadis itu hanya untuk raut wajah Zulfar.
Keadaan itu membuatkan Qairy merasa terhina. Apa yang kurang pada dirinya?. Dia juga datang dari golongan berharta. Keluarganya mengusahakan ladang kelapa sawit seluas dua puluh ekar. Nak dikatakan wajahnya buruk tidak juga. Qairy membentak dalam hati. Dia harus berbuat sesuatu supaya Asliza jatuh ke tangannya. Lalu Qairy pun mengambil keputusan untuk menyiasat Zulfar dan seluruh keluarganya dengan menyeluruh. Malam itu dia secara senyap-senyap pergi ke rumah agam di tepi anak sungai kampung itu. Dia mahu mengetahui akan kelemahan 'musuh'nya itu sebelum mahu mengalahkannya. Setiap langkahnya diatur kemas seolah-olah komando yang cuba menyusup masuk pengkalan musuh. Tiba-tiba Qairy terdengar bunyi keriut pintu dibuka. Kelihatan Saidh sedang menyarung selipar dan berjalan keluar dari rumah. Dia memfokuskan matanya pada jam di pergelangan tangan kirinya. "Hmm.. dah masuk waktu Isya'.. tapi aku tak pernah nampak langsung Zulfar dan yang lain berjemaah di masjid..", tanya Qairy dalam hati. Dia berjalan semula hingga sampai di tepi jendela berukir rumah Haji Luqman.
Qairy seperti terdengar sesuatu. Dia memasang telinga agar suara itu dapat didengarinya dengan lebih jelas lagi. "Eh.. itu suara Pak Luqman.. tapi ada suara perempuan..". "Setahu aku tak ada perempuan yang tinggal di rumah ni..", soal Qairy pada dirinya sendiri. Dia memasang telinga lagi. "Kenapa abah melebihkan abang dari Kefri..?, apa salahnya benda tu bagi saya sekali apa yang abang selalu dapat..?", suara Kefri pula kedengaran. "Diam.. cuba kau bawak bertenang Kefri, ini bukan kehendak abah.. Lagi satu, kau tak bolehkah cakap perlahan-lahan..?, kalau Saidh balik tiba-tiba dan terdengar perbualan ni macammana..?", Haji Luqman bersuara dengan nada yang diperlahankan. Perbualan anak-beranak itu benar-benar mengganggu fikiran Qairy. Apa yang mereka maksudkan dengan 'benda'?. Apakah keluarga ini menyimpan rahsia yang tidak diketahui orang?. Yang pastinya daripada perbualan mereka, Saidh tidak terlibat dalam hal ini malah langsung tidak mengetahuinya. "Tapi, sedari tadi suara Pak Luqman dengan Kefri saja yang aku dengar.. mana Zulfar..?", Qairy separuh berbisik. "Kau berdua kena ingat..!! Perjanjian ini hanya untuk Zulfar dan bukannya untuk seluruh keluarga ini.. jangan kau melanggar sumpah yang telah Zubaidah meterai bersama aku..". "Tidak..!! Kami tak berniat begitu.. maafkanlah kami", suara Haji Luqman seakan merayu. "Aahhh.. aku tak kira, aku mahu apa yang kau beri pada Zulfar diberikan pada aku.. Zubaidah tu ibu Zulfar, dia juga ibu aku.. apa bezanya..?", suara Kefri semakin meninggi menandakan ketidakpuasan hatinya.
Perbualan itu semakin menarik minat Qairy untuk mengetahuinya dengan lebih lagi. Dia mencari-cari di sekitar bibir jendela itu. Mana tahu ada sebuah lubang yang sesuai untuk dia mengintai ke dalam rumah. Kebetulan pada sisi kiri jendela itu ada rekahan sebesar syiling sepuluh sen yang bagaikan tersedia buat Qairy. Sebaik sahaja dia meletakkan kedudukan matanya melalui lubang itu, Qairy ternganga dan menggigil secara tiba-tiba. Apa yang terhidang di hadapan matanya sukar untuk dia percayai. Dalam keadaan sedikit samar, dia melihat kelibat Zulfar yang bersila di atas kain berwarna kuning lusuh sambil matanya tertutup rapat. Di atas bahu kirinya, ada satu makhluk menyerupai bayi tetapi bertanduk bertenggek sambil matanya merenung garang ke arah Haji Luqman dan Kefri. Dan di sebelah kanan Zulfar pula, berdiri lembaga perempuan berambut panjang hingga ke paras pinggang tetapi tiada berwajah..!!. "Hati-hati dengan apa yang kau minta.. Perjanjian antara Zubaidah dengan aku adalah untuk melindungi anak ini.. bukan kau..!!", suara persis seorang wanita tetapi garau itu keluar dari mulut Zulfar sedangkan matanya masih tertutup rapat.
Tiba-tiba bahu Qairy ditepuk seseorang. Hampir sahaja dia mahu menjerit tetapi mulutnya dengan segera ditutup oleh tangan orang yang berdiri di belakangnya. "Syhhh.. jangan cakap kuat-kuat.. abang Qairy buat apa kat sini..?". "Ish.. kau ni Saidh.. nasib baik aku tak mati terkejut.. err.. aku ingatkan kau masih lagi kat masjid..!!", ujar Qairy sambil cuba mengatur pernafasannya semula dek kerana terkejut oleh sapaan secara tiba-tiba dari Saidh. "Saya minta maaf bang.. kita tak boleh berbual di sini.. mari ikut saya ke perdu pokok buluh di sana.. saya akan terangkan..", cadang Saidh. Dia tak mahu kehadiran mereka berdua terkesan oleh orang-orang di dalam rumah itu. "Baiklah..". Terhincut-hincut langkah mereka menuju ke arah perdu buluh lebih kurang sepuluh meter dari jendela rumah agam itu. "Apa semua ni Saidh..?", Qairy memulakan pertanyaan. Dia betul-betul ingin tahu apa sebenarnya rahsia keluarga Haji Luqman setelah bebola matanya menyaksikan dengan sendiri perkara yang tak pernah dilihatnya seumur hidup sebentar tadi.
"Sebelum arwah ibu meninggalkan kami, dia pernah berpesan pada abah supaya menjaga dan mematuhi 'perjanjian' yang telah dibuatnya semasa arwah melahirkan abang saya Zulfar..". "Perjanjian apa..?", soal Qairy lagi. Saidh terdiam seketika. "Saya sendiri pun sukar nak percaya, tapi setelah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri, saya jadi serba salah.. Arwah ibu pernah membuat perjanjian dengan jin dari alam ghaib supaya menyelamatkan dan melindungi abang Zulfar..", terang Saidh. "Saya tahu ini semua salah.. keluarga saya menyimpang dari ajaran Islam.. Puas saya menasihati, tapi semuanya langsung tak berbekas walau secuit pun dalam hati mereka..". "Menyelamatkan Zulfar..? Dari apa..? Dari siapa..?", Qairy semakin jadi tak faham. "Sebenarnya abang Zulfar tak sepatutnya hidup di dunia ini.. Dia sudah mati..!!".
Berbanyak terima kasih pada yang sudi membaca cerita saya..
Untuk makluman, cerita ini telahpun saya hantar kesemuanya yang berjumlah 4 episod sahaja pada pemilik blog ini.. Terpulanglah pada pemilik blog ini untuk menyiarkannya..
Sekarang saya sedang menyiapkan cerita Perjanjian Alam Ghaib II..
macam cite ramlee awang mursihd.... cite macam ni la yang patut ditulis....huhuhu kisah cinta? dah bosan la....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
~~haI..Saye suka Cite cmNI~~
~~byK ciTEr kaweN pakSE jeK~~
~~SUda BohsaN~~
~~samBOng g YEK~~
~~aNn3~~