Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
NORAZMIN duduk membaca akhbar pada petang minggu itu. Puan Alimah datang dengan menatang sebuah dulang tembaga yang berisi sepinggan pisang goreng serta dua gelas air sirap. Hari itu Herly Diana pulang bercuti.
"Tak keluar hari ni Min?" Tanya Puan Alimah sambil meletakkan dulang ke atas meja.
"Tak mak." Norazmin melirik sebentar pada ibu dan hidangan di atas meja. Dia mencapai gelas airnya dan meneguk.
"Min tak bosan ke duduk rumah tanpa pekerjaan?"
"Mak tak suka Min kat rumah?"
"Bukan begitu, Min. Mak dah tua. Dah sepatutnya mak habiskan sisa-sisa hidup mak ni dengan berehat dan beribadat di rumah. Jadi mak mahu Min gantikan tempat mak sebagai pengurus di syarikat ayah tu. Min pun belum ada pekerjaan kan.."
Norazmin melipat akhbar dan meletakkan di bawah meja. Dia menyandar badannya di sandaran kerusi sambil mengeluh.
"Sebenarnya mak, Min masih mentah dalam soal-soal perniagaan ni. Sementara menunggu keputusan U, Min ambil course Business Management Skill bersama kawan Min. Min harap mak sabarlah tunggu sampai Min dapat keputusannya."
Bangga betul Puan Alimah mendengarnya. Dalam diam Norazmin berusaha untuk majukan diri sendiri.
"Lagipun Min tak mahu ada kekecohan dalam syarikat nanti bila pekerja lebih bijak dari boss." Sambung Norazmin sedikit berjenaka.
Puan Alimah tersenyum puas dengan alasan anaknya. Sejurus setelah lama mereka terdiam, Puan Alimah bersuara dengan topik yang lain.
"Min suka Ana berada di tengah-tengah keluarga kita?"
Norazmin tersentak. "Kenapa mak tanya macam tu?"
"Entahlah.. selalu mak impikan andainya dia benar-benar menjadi salah seorang anggota keluarga kita satu hari nanti. Min tentu sukakan?" Puan Alimah tersenyum melirik mencari perubahan wajah Norazmin.
Norazmin turut tersenyum dan menundukkan kepala tanpa jawapan. Namun di hatinya berkata. ‘Sesungguhnya apa yang diimpikan mak, insyaAllah akan benar-benar terjadi.’
SYAH EFFENDI baru sahaja lepas menghubungi Herly Diana. Selain bertanya khabar, dia mempelawa Herly Diana keluar. Sejak kebelakangan ini mereka jarang keluar berdua lagi. Malangnya pelawaannya kali ini dan juga yang beberapa kali sebelumnya, telah ditolak. Herly Diana tiada memberi alasan lain selain penat.
Shah Effendi tahu kewajipan Herly Diana baik di rumahnya sendiri mahupun di rumah majikannya. Herly Diana perlu berehat. Tanggung jawap Herly Diana memang berat semenjak ketiadaan Encik Ariffin. Kerana itu tidak sedikit pun dia merasa kecil hati atas penolakan Herly Diana. Malah dia sering memberi semangat agar Herly Diana tabah dan sabar memikul tanggung jawap yang diberi.
Selepas memutuskan talian, Shah Effendi termenung mengenangkan kembali tiap kejadian semasa dia berdua dengan Herly Diana. Teringin dia bertanya apakah perasaan Herly Diana terhadap persahabatan mereka selama ini? Namun itu tidak mudah diluahkan. Apabila ditanya pada dirinya sendiri, Shah Effendi tidak dapat jawapan yang pasti. Tetapi yang jelas, sejak beberapa hari kebelakangan ini, dia sering merindukan suara, wajah dan sikap manja Herly Diana.
Hayalan Shah Effendi terputus apabila dipanggil oleh ibunya. Lalu Shah Effendi mendekati ibunya yang sedang duduk di tepi katil di biliknya sambil melipat kain. Shah Effendi duduk bersimpuh di sisi ibunya.
"Siapa yang Shah telefon tadi?"
"Erly."
"Ya tak ya, dah lama betul dia tak kemari. Rindu pula mak kat dia. Apa khabar dia sekarang?"
"Erly sihat-sihat saja mak. Mak dia pun Alhamdulillah." Jawap Shah Effendi tidak bersemangat. Dia mencapai sehelai T-shirt dan melipatnya.
"Shah selalu ke rumahnya?"
"Selalu juga.. Shah tolong tengok-tengokkan mak Erly. Kesian Shah tengokkan mak cik Zahara tu. Sejak kematian pak cik Ariffin, tentu mak cik Zahara kesepian."
"Baguslah Shah. Berpahala kalau kita menyimpan rasa belas pada mereka."
Sepi seketika. Kain sudah habis dilipat. Ibu Shah Effendi, Puan Zainah mengangkat pakaian yang sudah berlipat tadi dan menyusunnya di dalam almari.
"Sejak berapa hari ni mak tengok Shah macam bosan saja. Kenapa?" Puan Zainah mengerling untuk melihat riaksi anaknya.
Menyedari ibunya melihat, Shah Effendi menggelengkan kepala. Malas untuk mengeluarkan suara.
"Tak ajak Erly keluar?"
Terangkat wajah Shah Effendi mendengar nama Herly Diana disebut. Untuk menghilangkan perasaan resah, Shah Effendi menggeleng kepalanya lagi. Sengaja dia tidak memberitahu bahawa pelawaannya telah ditolak berapa kali oleh Herly Diana.
Puan Zainah tahu ada sesuatu yang tidak kena pada Shah Effendi. Dia mendekati Shah Effendi dan duduk di sisi anaknya.
"Sebenarnya ada perkara yang dah lama mak dan ayah nak cakapkan."
Shah Effendi memandang ibunya. "Apa dia mak?"
"Mak dan ayah dah semakin tua. Kami becadang nak kerjakan rukun Islam yang kelima."
"Betul ke ni? Mak dengan ayah nak ke Mekah?" Tanya Shah Effendi dengan nada berubah riang.
Serentak itu dia menghadap ibunya. Puan Zainah hanya tersenyum mengiakan.
"Cakap saja bila mak dengan ayah nak pergi? Shah boleh uruskan awal-awal."
"Nanti dulu Shah..," terdengar suara Encik Ahmad. Dia baru masuk ke bilik dengan tuala tersangkut di bahu. Rupanya Encik Ahmad baru usai mandi.
"InsyaAllah kalau ada umur dan takda apa-apa halangan, kami akan sampai juga ke tanah suci tu nanti. Untuk sementara ni kami tangguhkan hingga kami lihat kamu naik pelamin dulu."
Shah Effendi terlongo mendengar cakap ayahnya. Puan Zainah dan Encik Ahmad saling bertukar pandangan dan tersenyum.
"Habis kalau Shah tak kawin sampai bila-bila? Sampai bila-bilalah mak dengan ayah tak nak ke Mekah?"
"Sebenarnya Shah..," Puan Zainah membelai rambut anaknya. "Kami bimbang kalau tak sempat lihat kamu bersanding. Maklumlah dalam usia yang semakin tua macam ni, semuanya boleh berlaku di tanah suci jika diinginkan Allah."
Shah Effendi ingin menjawap tetapi suara Encik Ahmad telah mendahului.
"Ayah dah lama berkenan dengan Ana tu."
Bagai tidak percaya Shah Effendi mendengarnya. Dia tersenyum sendiri.
"Jangan berharap telalu tinggi ayah.."
"Tapi betul Shah..," sambung Puan Zainah. "Erly tu baik sekali mak lihat."
Senyum Shah Effendi semakin melebar. Dia berdiri dan memperbetulkan urat badan.
"Kalau macam tu.. siaplah dari sekarang. Besok Shah dah nak kawin." Shah Effendi berjenaka.
"Eh budak ni.. Kita cakap betul-betul dia main-main pulak." Rungut Puan Zainah.
Shah Effendi sudah berlari keluar sambil ketawa. Encik Ahmad hanya mengeluh dan menggelengkan kepala.
SYAH EFFENDI pergi berlari-lari anak lagi pagi itu. Dia terserempak dengan Herly Diana yang baru turun dari blok. Sudah siap untuk ke rumah majikannya.
Pertemuan itu mengembirakan keduanya. Mereka saling bertanya khabar. Melihat keriangan Shah Effendi, timbul pula simpati Herly Diana terhadap sahabatnya.
Shah Effendi tetap mesra dengannya walaupun mereka jarang dapat keluar barsama lagi. Hanya beberapa kali sahaja mereka bertemu semenjak kematian Encik Ariffin. Selebihnya, Herly Diana sering menolak pelawaan Shah Effendi untuk bertemu. Bimbang juga Herly Diana jika sahabatnya itu berkecil hati walaupun dia tahu Shah Effendi bukan lah jenis yang begitu.
"Erly semakin kurus Shah tengok. Majikannya tak kasi makan ke?" Usik Shah Effendi.
"Tidaklah.. Erly rasa macam biasa ja." Katanya sambil melarikan wajahnya dari pandangan Shah Effendi.
Sejak perbualan bermula, Shah Effendi tidak lepas dari menatap wajah Herly Diana. Jelas kelihatan kesan bengkak di mata itu. Namun Shah Effendi berandaian bahawa bengkak bagaimana pun tidak sedikitpun menjejas keayuan Herly Diana.
Sehinggalah Herly Diana sudah pergi, Shah Effendi masih memandang dari jauh. Dan apabila gadis itu hilang dari pandangan, Shah Effendi tersenyum sendiri sambil matanya memandang pasir-pasir halus di kakinya. Tetapi fikirannya tidak ke situ. Dia mengenang kembali perbualannya bersama orang tuanya. Mengenai Herly Diana.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan