BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, November 07, 2008
Novel : Perginya Bersama Cinta 7
Nama Pena : Putri Lily

Bab 7

DETIK kemesraan telah bermula diantara mereka. Tidak perlu diselindung lagi. Masing-masing sudah tahu isi hati mereka.

Mereka pandai menjaga kelakuan mereka bila di hadapan Puan Alimah. Kalau boleh biarlah perhubungan sebenar mereka dirahsiakan dahulu. Tetapi mereka tidak sedar bahawa Puan Alimah lebih awas dan mengerti dengan kemesraan kedua remaja itu. Sengaja dia mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi.

Bagi Puan Alimah, tanpa diberitahu pun dia sudah bersetuju dari awal. Norazmin memang pasangan yang sesuai untuk pembantu rumah yang sangat disayangi. Begitu juga sebaliknya, tiada gadis lain yang dirasakan lebih sesuai untuk digandingkan dengan anak bujangnya. Bahkan dialah ibu yang paling bahagia jika kedua mereka dapat disatukan. Terselit jua kesyukuran di hatinya bila kedua remaja itu pandai memelihara kesopanan dalam pergaulan mereka.

Norazmin yang pada mulanya menyangka sikap berterus terangnya akan dianggap dingin oleh Herly Diana, tidak menduga bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan. Setelah mengenali hati Herly Diana sebenarnya, Norazmin rasa sungguh bahagia. Hingga dia terlupa persengketaan yang pernah terjadi di awal perkenalan mereka. Yang diingat dan membuat Norazmin tersenyum ialah, tidak menyangka semua usikan teman-temannya menjadi kenyataan. Dia akan membuktikan pada teman-temannya, dia berjaya menggapai hati gadis itu.

Selain Puan Alimah dan Norazmin, kebahagiaan juga terpancar di wajah Herly Diana. Tetapi tiada siapa yang tahu di sebaliknya, bergolak dua perasaan silih berganti di hatinya. Berani terus mengalun cinta atau berani menghadapi segala kemungkinan sekiranya dia kekal bersama Norazmin. Layakkah pembantu rumah sepertinya bercinta dengan anak majikan sendiri?

"Ahh! Peduli apa dengan orang lain. Jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan. Kalau dah memang kita dijodohkan berdua, jangan difikir perkara lain." Kata Norazmin bila pada satu hari Herly Diana menyuarakan apa yang bermain difikirannya.

"Apa Ana masih fkir yang Min dan mak menganggap Ana sebagai pembantu kami?"

"Itu dah memang satu kenyataan Min.."

"Kenyataan apa?" Norazmin sedikit marah.

"Kenyataan bahawa Ana ke sini setelah diterima bekerja."

"Itukan cerita dulu.. Time baru-baru.. Sekarang Ana sendiri tau mak dah anggap Ana seperti keluarganya sendiri."

"Sungguh pun begitu orang lain tetap mengatakan yang Ana hanya pembantu rumah keluarga Min."

"Itu pendapat orang.. Lagi-lagi pendapat orang…!!"

"Dan pendapat Ana juga," potong Herly Diana tegas mengatasi ketegasan suara Norazmin. "Ana bekerja dan tiba masanya Ana diberi gaji. Itukan tetap dinamakan pembantu rumah?"

Norazmin memandang geram wajah sendu Herly Diana. Dia hampir putus asa.

"Lalu, seorang pembantu rumah bukan manusia? Tiada perasaan? Dan tidak boleh bercinta dengan sesiapa yang dia suka? Kita semua sama Ana.. Punya pilihan.."

Herly Diana mengiakan dengan anggukan kepalanya.

"Ya, tapi kalau hati manusia tu sama macam hati Min dan ibu Min, orang tak akan mengata. Bagaimana dengan hati orang sekeliling? Mampu Min tutup mulut mereka, mulut kawan-kawan Min dan mulut rakan kerja ibu Min? Ana tak mahu kerana Ana, keluarga Min mendapat malu."

"Biarlah apa orang lain nak kata tentang hubungan kita, Ana.. asalkan kita berdua tetap bahagia. Saling membuktikan bahawa cinta tak kenal itu semua. Please Ana.. jangan difikir lagi." Norazmin cuba memujuk untuk sekian kalinya. Lembut benar pandangannya merenung mata Herly Diana. Herly Diana hanya mampu mengeluh.

Semakin hari hubungan mereka semakin intim. Sehingga sampai kepengetahuan teman-teman Norazmin. Yang lelaki mengucapkan tahniah dan iri dengan kejayaan Norazmin meraih cinta gadis yang menjadi usikan mereka. Sementara yang perempuan pula meluah kesalan hanya dalam hati mereka. Mereka gagal untuk mendampingi Norazmin. Sememangnya Norazmin digilai oleh ramai rakanitanya. Hanya Norazmin sahaja buat tidak peduli.

Salah seorangnya ialah Noreen. Dia menyimpan perasaan dendam, benci dan dengki terhadap Herly Diana. Tidak henti-hentinya dia mengutuk Herly Diana sebagai pembantu rumah yang tidak sedar diri. Tetapi perasaan itu disimpan sahaja dalam hati. Dia tidak menunjukkan sikap kurang senangnya di hadapan Norazmin. Dia juga buat tidak kisah tentang hubungan Norazmin dan Herly Diana. Malah dia semakin menunjukkan sikap manja dan mesra.

Herly Diana tidak pernah menceritakan alam percintaannya dengan ibunya juga dengan Shah Effendi. Sungguhpun selama ini Herly Diana jarang berahsia dengan sahabatnya, namun dia rasa perkara peribadi yang begini eloklah dirahsiakan dahulu.


"MIN hantar Ana balik ya?" Kata Norazmin pada satu hari, ketika dilihatnya Herly Diana sedang bersiap-siap untuk pulang. Herly Diana tidak menjawap sebaliknya dia tersenyum lembut.

Semasa dalam perjalanan mereka berbual mesra.

"Bila agaknya Min boleh berkenalan dengan keluarga Ana ya?"

"Bila-bila masa pun boleh kalau Min sudi."

Norazmin tersenyum. "Min rasa bahgia kalau dapat berada di tengah-tengah keluarga Ana. Sebab selama ni Min selalu kesepian. Jarang sekali dapat berkumpul sekeluarga."

"Tapi Min kan punya ramai teman." Tanya Herly Diana. Dia tahu kesunyian yang dimaksudkan Norazmin. Norazmin semakin tersenyum lebar.

"Kawan..? Apalah yang dapat dilakukan bila kita kesusahan?" Norazmin seakan bersoal sendiri. Herly Diana membiarkan Norazmin tengelam dalam persoalannya.

"Ana.." Panggil Norazmin lembut.

"Hem..?"

"Ana tak ada kenalan lain ke?"

Herly Diana terdiam. Lalu fikirannya melayang mengenangkan teman-teman sekolahnya dahulu. Memang kini dia jarang menghubungi mereka.

"Kenapa diam ni..?"

Terkejut dengan pertanyaan Norazmin, lalu Herly Diana tersenyum simpul kerana sedar dirinya berhayal.

"Eh! Takda apa-apa.. Teman-teman Ana hanya di sekolah dulu. Bila Ana dah berhenti sekolah, dah tentulah teman-teman semua menghilang."

Kalau boleh Norazmin ingin bertanya, mengapa Herly Diana berhenti sekolah. Tetapi pertanyaan itu baiklah dipendam sahaja. Dia tidak mahu melukakan hati Herly Diana lagi.

"Em… bagaimana dengan… Shah Effendi?" Dengan ragu-ragu Norazmin menyebut nama itu.

Herly Diana tersentak. Jelas kedengaran nada cemburu pada suara Norazmin. Herly Diana bersahaja menjawap.

"Oh ya.. dia juga teman Ana. Kawan biasa."

"Kawan..?"

"Ya.. kawan di tika suka dan duka."

"Begitu jujur Ana memujinya."

"Hei hei hei! kenapa soal Shah Effendi boleh berlarutan. Hem.. ?" Herly Diana bertanya. Senyumannya makin lebar bila dilihatnya Norazmin semakin cemburu.

Untuk tidak mahu perkara itu berterusan, Herly Diana melengkarkan tangannya kanannya ke bahu Norazmin. Manja sekali.

"Sudahlah.. Ana kan kepunyaan Min." Terpujuk juga Norazmin dengan suara manja gadisnya. Bibirnya hanya senyum sedikit tetapi hatinya kembang dengan kata-kata Herly Diana.


SEMENJAK percintaan mereka bermula, mereka kerap kelihatan bersama. Norazmin sering mempelawa Herly Diana keluar. Herly Diana tiada kuasa membantah apalagi bila sudah diizinkan oleh Puan Alimah. Segala kebahgiaan yang dinikmati kini membuat dia terlupa sesuatu. Dia terlupa dengan nasihat Doktor Haris supaya pergi membuat pemeriksaan pada tarikh yang ditetapkan. Entah bila masanya nanti Herly Diana akan kembali teringat.

Kini keraguan kembali merunsingkan fikiran Herly Diana. Dia tahu kisah perhubungannya dengan Norazmin sudah menjadi bahan perbualan jiran sekeliling. Sudah berapa kali dia menangkap sidiran meraka, ketika dia ke pasar. Dan sering juga menerima jelingan sinis daripada jiran-jiran yang tinggal bersebelahan dengan banglo Puan Alimah.

Mungkin kerana dia selalu kelihatan keluar berdua dengan Norazmin. Sehingga jiran sekeliling memandang serong. Sedar akan dirinya, Herly Diana mula menjarakkan sedikit pergaulannya dengan Norazmin.

Tetapi rupanya perubahan Herly Diana membuatkan Norazmin selalu kebosanan. Apa tidaknya, Herly Diana sudah tidak mahu dihantar pulang, jarang mahu keluar bersama ketika dipelawa lagi. Dan sifat manjanya juga semakin hilang. Kemesraan yang selalunya hangat semakin dingin. Lebih-lebih lagi bila mereka di luar rumah.

Namun begitu Norazmin hanya mendiamkan diri. Dan segala perubahan baru Herly Diana, dilayankan sahaja dalam kegelisahan.


"ANA tahu main gitar tak?" Tanya Norazmin ketika mereka sedang duduk di ruang tamu.

Ketika itu Herly Diana sedang melipat pakaian. Sementara Norazmin duduk tidak berapa jauh dari situ sambil memetik gitar tongnya.

"Ana tak berapa minat dengan muzik." Jawapnya jujur.

"Kalau gitu tentu Ana tahu menyanyi?"

"Eh! Siapa kata?"

"Takda orang kata. Min tahu sendiri. Dulu Min selalu dengar Ana menyanyi sorang-sorang kat dapur."

Herly Diana tergelak. Tidak sangka selama ini sampai bab menyanyi di dapur pun menjadi perhatian Norazmin.

"Betul kan?" Norazmin terus mengusik.

"Kalau setakat nyanyi-nyanyi gitu, siapa pun boleh. Min pun tentu lebih dari boleh kan?"

Norazmin tertawa riang. Jejarinya yang sedari tadi memang memetik tali gitar kini telah membunyikan satu irama sentimental. Sejurus kemudian dia memperdengarkan suaranya.

~~
kini baru ku sedari..
selama ini kau ku sayangi..
andai bukan itu hakikatnya..
mengapa rindu yang ku rasa..
~~


Bagaikan terpaku Herly Diana mendengar kemerduan suara Norazmin mendendangkan lagu terkini dari nyanyian Didi Cazli.

"Hari sabtu ni Ana tak payah balik ya?"

Terkejut Herly Diana dari hayalan.

"Kenapa?"

"Kerana hari tu adalah hari istimewa Min. Min menyambut hari lahir yang ke dua puluh-lima tahun." Tuturnya lembut.

"Betul ke Min?" Tanya Herly Diana dengan gembira. Norazmin hanya mengangguk.

Awal-awal lagi Herly Diana memberitahu ibunya bahawa dia tidak pulang pada hujung minggu ini. Dinyatakan juga sebabnya. Tidak lupa Herly Diana menelefon Shah Effendi dan sepupunya, Nurul Hana, minta di tengok-tengokkan ibunya, Puan Zahara.


PUAN ALIMAH sudah mengambil cuti. Dia berbelanja besar nampaknya. Kata Puan Alimah, inilah kali pertama dia berniat untuk menyambut hari ulang tahun Norazmin. Tidak hairanlah kalau kali ini Puan Alimah membuat majlis yang besar-besaran. Sudah tentulah ramai yang diundang. Rakan-rakan niaga Puan Alimah dan teman-teman Norazmin.

Sibuk sekali mereka membuat persediaan. Mengemas rumah dan halaman luar. Mengatur semula segala perhiasan. Dan mencukupkan bahan-bahan makanan.

Hari yang dinantikan pun tiba. Ketika itu belum ramai tetamu yang datang. Herly Diana berada di dalam biliknya sedang memerhatikan bungkusan hadiah yang akan diberi kepada Norazmin nanti. Hadiah yang mungkin tidak seberapa tetapi besar harapannya Norazmin akan terima dengan ikhlas. Hadiah berupa sebatang pena yang siap terukir nama Norazmin. Dibeli sewaktu berbelanja bersama Puan Alimah dua hari lalu.

Ketika Herly Diana sedang asyik memandang bungkusan hadiah itu, bila pintu biliknya diketuk, dibuka dan dikuak perlahan oleh seseorang. Puan Alimah muncul dengan satu bungkusan di tangannya. Herly Diana segera mendapatkan Puan Alimah.

"Ana pakailah pakaian ini." Menghulur bungkusan itu.

Herly Diana merenung bungkusan yang sudah bertukar tangan. "Apa ni mak cik?"

"Ana bukalah.. Mak cik pilih yang sesuai untuk Ana." Puan Alimah tersenyum.

Dengan perasaan yang ragu-ragu, Herly Diana
membuka bungkusan itu. Sehelai gaun sutera hitam terbentang indah di hadapan mata Herly Diana.

"Ini… untuk Ana!?"

Puan Alimah mengangguk dengan bibir yang masih tersenyum.

"Tapi untuk apa?"

"Mak cik memang bercadang nak suruh Ana pakai pakaian ni di hari jadi Min."

"Tapi Ana tak sesuai pakai pakaian ni, mak cik sebab Ana di bahagian dapur."

"Hari ni mak cik nak Ana turut melayan tetamu kat depan. Biarlah yang lain-lain di dapur. Mak cik nak Ana bersikap seperti tuan rumah juga." Kata Puan Alimah lembut sambil memegang bahu Herly Diana. Setelah berkata begitu dia meninggalkan Herly Diana sendirian.

Tidak dapat ditahan rasa sayu di hati Herly Diana. Dia menangis di katil. Tidak terduga dia akan mendapat anugerah yang begitu tinggi nilainya setinggi dan semulia hati majikannya. Dengan berat hati pakaian indah itu tersarung juga di tubuh langsing Herly Diana.

Herly Diana cuba menghilangkan kesan airmata di wajahnya. Walaupun sudah berbedak, matanya masih tetap kelihatan bengkak. Herly Diana lalu teringatkan Dr Haris. Tetapi hanya untuk seketika. Dia berjaya melupakan masaalah matanya.

Penampilan Herly Diana pada malam itu agak sederhana. Gaun hitam yang padan dengan saiznya sangat cantik dengan bahagian ponggong yang agak ketat dan dihiasi butiran permata halus. Rambutnya yang panjang separas pinggang dibiarkan lepas begitu sahaja. Herly Diana keluar dari bilik bila dirasakan segalanya telah memuaskan.

Tetamu sudah ramai yang hadir. Herly Diana mencari kelibat Puan Alimah. Tetapi matanya lebih dahulu terlihat seseorang di hadapannya tidak jauh dari tempatnya berdiri. Seorang pemuda tampan sedang dikerumuni oleh teman-temannya. Pemuda itu begitu kacak bila mengenakan suit kot warna putih. Terselit sekuntum mawar merah pada kocek bajunya.

Herly Diana segera menyembunyikan sesuatu bila pemuda itu juga memandangnya.

Norazmin yang memang sedari tadi sudah melihat kemunculan Herly Diana, lalu tidak mempedulikan teman-temannya. Dia begitu terpegun dengan penampilan Herly Diana. Gadisnya lain dari selalu.

Di satu sudut lain kelihatan Puan Alimah tersenyum puas. Hatinya berbunga bila melihat kedua remaja itu. Norazmin melangkah perlahan-lahan mendekati Herly Diana.

"Selamat ulang tahun Min." Tutur Herly Diana lebih dahulu. Menutupi kegugupannya bila Norazmin betul-betul sudah berdiri di hadapannya.

Herly Diana menyalami Norazmin. Baru kemudian bungkusan kecil di tangannya dihulurkan. Pada ketika yang sama nama Norazmin dipanggil oleh seseorang.

"Wow! Ratu kami dah sampailah!"

Terdengar jeritan beberapa orang kenalan Norazmin, mengusik nakal dengan kehadiran seorang gadis yang baru memasuki rumah besar itu. Norazmin dan Herly Diana menoleh ke arah gadis yang tidak kurang cantiknya, sadang menghampiri mereka.

"Hi Noreen! Kenapa lambat?" Sapa Norazmin mesra.

Dia terus berpaling pada Noreen. Tetapi sempat juga dia mengambil bungkusan hadiah yang dihulur oleh Herly Diana tadi dan memasukkan ke dalam kotnya.

Herly Diana hanya menjadi pemerhati sahaja apabila Noreen mengucapkan selamat ulang tahun pada Norazmin dengan manja sambil mengucup pipi Norazmin tanpa segan silu. Sementara Norazmin pula memaut pinggang Noreen. Hadiah pemberian Noreen diambil dan diletakkan di atas meja bersama bungkusan-bungkusan hadiah yang lain.

Walaupun Herly Diana cemburu dengan telatah mereka dan sedikit berkecil hati kerana Norazmin bagai melupakan dirinya, namun terpujuk juga bila dilihat hadiah pemberiannya disimpan oleh Norazmin di dalam kot, tidak tercampur dengan hadiah lain. Bererti hadiahnya itu mungkin dianggap paling istimewa oleh Norazmin.

Herly Diana lalu menghilangkan diri. Membiarkan Norazmin bersama Noreen dan teman-temannya. Dia melayan tetamu-tetamu yang lain dengan ramah di sisi Puan Alimah. Puan Alimah tidak lupa memperkenalkan Herly Diana pada rakan niaganya dan juga kenalan Norazmin.

"Saya senang sekali berkenalan dengan saudari." Sapa seorang kawan lelaki Norazmin dengan mesra. Namanya Syarial, tetapi pada pendengaran Herly Diana ramai yang memanggilnya Ri sahaja. Syarial ialah antara kawan Norazmin yang paling sopan sekali. Tutur katanya begitu lemah lembut.

Muzik sudah dimulakan. Serentak dengan bermulanya acara memotong kek. Noreen tidak berenggang langsung dari Norazmin ketika anak muda itu memotong kek. Herly Diana memalingkan wajahnya ke lain apabila Noreen menjelingnya. ‘Nak menunjuklah tu..’ Gerutu hati nya geram.

Band yang diundang khas memainkan lagu rancak yang menghiburkan. Tetapi untuk seketika permainan mereka berhenti. Syarial berbisik sesuatu pada Norazmin. Norazmin yang sedang tersenyum itu menganggukkan kepalanya. Kemudian kelihatan Syarial berdiri di hadapan tetamu-tetamu dan bersuara.

"Para hadirin sekelian.. Bagi pihak Norazmin, saya dengan suka citanya menjemput gadis yang berbaju hitam di hujung sana tu.. untuk menyumbang sebuah lagu untuk hiburan teman kita di hari lahirnya.."

Herly Diana bagai tidak percaya bila ibu jari Syarial menunjuk ke arahnya. Semua mata kini tertumpu pada Herly Diana. Herly Diana memandang kesemuanya dengan gugup.

"Please Ana.. sempena hari lahir Min ni.."

Entah bila masanya Norazmin sudah berada di sebelahnya, tahu-tahu Norazmin bersuara penuh mengharap.

"Tapi Min.., Ana.."

"I’m waiting.." Rayu Norazmin lagi.

Tepukan sudah bergema. Dengan perasaan serba tidak kena, Herly Diana tampil ke hadapan juga. Dia membisikkan sesuatu pada salah seorang pemain muzik. Dan dengan keresahan yang disembunyikan, Herly Diana memberanikan diri memusingkan badannya menghadap semua yang di hadapan.

"Lagu ni Ana tujukan khas buat Min. Selamat ulang tahun.." Herly Diana seakan beroleh semangat bila wajah tenang Puan Alimah ditatapnya.

Muzik sudah bermula dan Herly Diana menyanyi dengan penuh perasaan.

~~~
Bibir ku mengucapkan..
Perasaan hati yang silih berganti..
Hati sering bertanya..
Apakah benar ucapan kata..

Walau bibir melafas marah..
Tetapi hati merindu sayang..
Andai hati seiring kata..
Terjadilah cinta..
Marah-marah sayang..

Kini bibir dan hati..
Membisik ucapan..
Kau yang ku nanti..

Kini bibir dan hati seiring...
Hulurkan tangan mu..
Hampirilah daku..
Mari kita menuju bersama..
Membinakan kasih..
Marah-marah sayang..
~~~


Selesai saja Herly Diana menyanyi, tepukan gemuruh bergema lagi berserta siualan-siulan nakal.

Sepanjang waktu Herly Diana menyanyi, Norazmin hanya terpegun memerhati. Dia sedikit pun tidak menghiraukan bisikan teman-temannya. Asyik sekali dia dengan kemerduan suara Herly Diana. Di samping itu dia seakan tidak mahu terlepas menghayati tiap lirik lagu tadi. Penuh bermakna bagi dirinya.

Herly Diana mengambil tempatnya tadi. Mencapai segelas air dan meneguknya. Matanya sempat melirik ke arah Norazmin dan Noreen yang berada beberapa langkah sahaja di hadapannya.

Noreen menjeling pada Herly Diana. Dia menggamit tangan Norazmin sambil berkata manja.

"Tak sangka orang gaji you pun pandai menyanyi ya.."

Herly Diana agak tersinggung dengan kata-kata itu. Dia menghabiskan minuman.

Bila Norazmin menoleh ke arah Herly Diana, gadis itu sudah pun berlari masuk ke biliknya. Tanpa berlengah Norazmin mengekori dengan iringan mata Noreen dan teman-temannya yang lain.

"You dah menyinggungkan hati Ana, Noreen!" Syarial memarahinya. Noreen hanya tersenyum mengejek sambil berpaling ke lain. Barangkali hatinya rasa puas.

Herly Diana menangis lagi. Tubuhnya menghadap cermin solek. Sementara itu Norazmin sudah pun membuka pintu.

"Boleh Min masuk?" Dia meminta keizinan. Namun tiada sambutan atau halangan. Norazmin membiarkan pintu terbuka dan menghampiri Herly Diana.

"Ana.."

"Ana nak balik.." Pantas Herly Diana memotong sebaik sahaja Norazmin memanggilnya namanya dengan lembut. Airmatanya dihapuskan dari dilihat Norazmin.

"Kenapa?"

"Ana risau.. Ana risau fikirkan mak Ana sorang di rumah." Bohongnya sambil tangannya ligat menyisir rambut.

Norazmin memegang tangan Herly Diana dan memaksa gadis itu menghadapnya.

"Cakap saja itu sebagai alasan, Ana."

"Ana kata Ana nak balik!" Herly Diana berjaya melepaskan tangannya dari genggaman Norazmin.

"Kenapa Min berada di sini? Teman-teman Min kan ada kat luar tu." Tak mampu dia menahan airmatanya lagi. Berderai di hadapan Norazmin juga.

"Ana mesti bersama Min melayan mereka."

"Ana nak balik.."

"Kalau gitu biar Min hantar."

Herly Diana ingin menjawap tetapi ketika itu Puan Alimah masuk dan memandang kedua remaja tadi. Kedua-duanya kini sedang memandang Puan Alimah.

"Kenapa ni!?" Tanya puan Alimah tegas.

Herly Diana tertunduk manakala Norazmin memandang Herly Diana. Mendengar tiada jawapan, Puan Alimah bersuara lagi. Kali ini berupa arahan.

"Kenapa tinggalkan tamu kat luar tu? Sudah! Mari keluar semua."

"Izinkan Ana balik, mak cik."

Terhenti langkah Puan Alimah yang baru hendak berlalu.

"Kenapa?"

"Er.. Mak Ana telefon tadi minta Ana balik segera." Herly Diana sempat melihat jelingan tajam mata Norazmin. Hari ini dia sudah pandai berbohong.

"Bila dia telefon?"

"Er.."

"Takpa, biar mak cik telefon mak Ana semula, minta dia bersabar tunggu sampai majlis ni selesai."

"Eh tapi.."

"Dan nanti biar Min yang hantar Ana balik." Puan Alimah langsung tidak beri peluang Herly Diana bercakap.

"Ana boleh balik sendiri, mak cik." Terang Herly Diana masih berdegil.

"Mak cik tak benarkan Ana balik sendiri malam-malam macam ni. Kalau Ana tak mahu dihantar… besok saja balik." Puan Alimah terus meninggalkan mereka berdua dengan wajah yang tegas. Setegas kata-katanya tadi.

Norazmin dan Herly Diana saling bertukar pandangan. Sejurus kemudian Herly Diana menghempaskan ponggongnya di kerusi. Hatinya cukup marah kali ini. Tanpa disedari Puan Alimah telah menyebelahi anaknya.

Setelah majlis itu selesai, Herly Diana berkemas untuk pulang. Dapat dia bayangkan rasa terkejut ibunya dengan kepulangannya nanti. Tetapi Herly Diana tidak kisah itu semua. Yang dia inginkan ialah ketenangan. Dia pulang juga akhirnya dengan izin Puan Alimah dan dihantar oleh Norazmin.

Mereka saling membisu ketika di perjalanan. Masing-masing melayan fikiran. Herly Diana tidak dapat melupakan kata-kata Noreen dan babak-babak manjanya. Bayangan Noreen mengucup pipi Norazmin terbayang jelas di ruang mata. Semuanya itu membuat Herly Diana tersedu kembali.

Tiba-tiba Norazmin memberhentikan kereta dengan mengejut di tepi jalan. Mujur keadaan di jalan raya ketika itu agak lengang.

Herly Diana terkejut dan memandang Norazmin. Tidak sempat menyembunyikan jutaian airmatanya dari penglihatan Norazmin.

"Ana menangis lagikan?" Norazmin cuba bersuara tenang.

"Itu urusan Ana.." Jawap Herly Diana tegas.

"Min tau Ana tersinggung dengan kata-kata Noreen."

"Kata-katanya memang benar. Ana tak lebih dari seorang orang gaji. Biar dihias dan dihormati oleh majikan sendiri, orang luar tetap akan menganggap Ana ni orang gaji." Airmatanya menitis lagi.

"Dah tu..," Norazmin memandang lurus ke hadapan sebelum menyambung. "Kenapa Ana tak berhenti saja dari menjadi orang gaji?"

Herly Diana tersentak. "Jadi Min juga menghina.."

"Kalau Min menghina, Min takkan sudi bercinta dengan pembantu rumah macam Ana." Bersahaja Norazmin menjawap.

Herly Diana mengetapkan bibirnya kerana kegeraman. Lantas dia berkata.

"Dan Ana juga tentu takkan berani jatuh cinta dengan anak majikan Ana sendiri. Kalau tak.."

"Ya!" Suara Norazmin mula tegas bila Herly Diana keras kepala. "Ternyata sekarang kita sudah saling jatuh cinta. Mengapa mesti berulang kali nak fikirkan semua cakap-cakap orang?" Norazmin menentang wajah Herly Diana seolah-olah memaksa Herly Diana agar segera menjawap.

Herly Diana tertunduk lesu. Sejurus kemudian dia menjawap perlahan tanpa mengangkat kepalanya.

"Ana seorang wanita, Min. Biar seteguh mana pun dibimbing, hati ni tetap terasa dengan kata-kata macam tu. Ana memang sensitif, Min… Ana memang sensitif…"

Norazmin terharu mendengar suara itu. Dia menarik Herly Diana ke dalam pelukannya dan membiarkan gadis itu menangis sepuas hati.

"Maafkan Min, Ana.. Maaf kan Min." Bisiknya penuh romantik.

Dan malam itu berlalu bersama terbitnya fajar pagi. Semalaman Herly Diana tidur dalam linangan airmata.

Keesokan harinya ketika dia cuba membuka mata, dia terjerit kecil kerana keperitan. Bila matanya dapat dibuka dengan perlahan-lahan, Herly Diana terpaksa memejamkannya semula. Silau dengan pancaran cahaya menyebabkan air jernih keluar dari matanya.

Herly Diana teraba-raba ke bilik mandi. Mencuci muka. Terasa segar sedikit matanya. Perit pun sudah berkurangan.

Selepas membersihkan diri, Herly Diana menatap matanya di cermin. Jelas kelihatan bengkak. Warna biru yang seakan lebam pula mula kelihatan.

Timbul rasa kesal di hati Herly Diana kerana tidak menurut nasihat Doktor Haris. Dia takut hendak bertemu dengan doktor itu lagi. Bimbang jika dimarahi kerana tidak menghiraukan nasihat dan tidak datang untuk buat pemeriksaan sebagaimana yang sudah ditentukan.

Pil yang diberi doktor kelmarin ditelannya. Krim untuk menghilangkan kesan lebam juga disapu.

Sewaktu bersarapan Herly Diana sedaya upaya menyembunyikan bengkak matanya dari penglihatan ibunya. Tetapi ibunya lebih awas.

"Kenapa dengan mata Ana?"

Herly Diana sekadar menjawap yang dia tidak tahu. Mujur Puan Zahara segera menukar tajuk perbualan. Kali ini ditanyakan tentang kepulangan Herly Diana yang mendadak. Padahal Herly Diana sendiri mengatakan sebaliknya.

Dan dengan jawapan yang tersedia dirancang, Herly Diana mengatakan kerisauannya tentang keselamatan ibunya. Percaya sahaja Puan Zahara dengan alasan itu.

Tetapi Herly Diana tidak sedar bahawa Puan Zahara tahu jika anaknya itu menyembunyikan sesuatu darinya. Hingga saat itu, Puan Zahara sentiasa bimbangkan kesihatan Herly Diana.

~~~~
Bersambung.. InsyaAllah
posted by Penulisan2u @ 1:11 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 8/11/08 4:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Assalamualaikum,

    Maaf putri lily, sekadar ingin bertanya, Putri lily dan Ku putri orang rang sama ker? cos saya pernah terbaca karya nie sebelum ni... tak silap karya nie pernah tersiar di sebuah laman web... cerita yang agak menarik... good job...

     

  • At 8/11/08 10:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    W'salam..

    Ye benar, saya adalah org yg sama. Putri Lily adalah nick asal saya. saya gunakan Ku Putri bila utk berchatting.

    Jika betul anda pernah membaca karya saya di lelaman tersebut tentu saya juga mengenali anda? Siapa ye kalau boleh saya tahu?

    ~~Putri Lily~~

     

  • At 9/11/08 7:41 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Sebenarnya Putri Lily tak mengenali saya cos saya tak pernah chatting dalam web tu... saya cuma membaca karya2 yang disiarkan... cos saya peminat novel dan cerpen... Apa2 selamat bekenalan dan selamat berkarya...

    atik

     

  • At 10/11/08 3:01 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    O I C.. jadi anda salah seorg pembaca tanpa komen.. :)Ok.. salam perkenalan dan teruskan membaca ye Atik..

    ~~Putri Lily~~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group