Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HERLY DIANA sudah mula bekerja. Sengaja dia datang bila menjelang petang. Dia mahu kedatangannya disambut oleh Puan Alimah dan bukan Norazmin.
Hari pertama dia mula bekerja, banyak yang perlu dilakukan. Kain baju banyak yang harus dicuci dan digosok. Perabut rumah sudah mula berabok. Itu pun perlu dibersihkan. Sementara halaman rumah dan pokok-kokok bunga juga sudah tidak terurus.
Semua itu dilakukan oleh Herly Diana dengan sabar tanpa perlu bertanya apa-apa. Bukan kerana apa, sebenarnya Herly Diana memang sudah berubah menjadi gadis pendiam sejak permergian ayahnya. Lagi pula Puan Alimah sendiri ada mengatakan bahawa dalam seminggu itu banyak mesyuarat dan majlis-majlis rasmi yang harus dihadiri. Sampai tidak sempat menguruskan rumah tangga. Herly Diana maklum dengan tugas Puan Alimah di luar rumah.
Walaupun begitu Puan Alimah turut membantu sepulangnya dia dari pejabat. Bahkan Norazmin juga turut membantu atas suruhan Puan Alimah.
Sikap dan kelakuan Norazmin juga sudah berubah. Dia tidak lagi mengusik atau menggiat Herly Diana. Malah sejak Herly Diana sudah mula bekerja, Norazmin menunjukkan sikap ingin bersahabat.
Pagi itu Norazmin bangun lebih awal setelah mengerjakan solat Subuh. Dia turun ke dapur. Di sana Herly Diana sedang menyiapkan sarapan. Norazmin duduk di kerusi makan menghadap Herly Diana yang sedang menyapu jem pada roti.
Norazmin merenung seraut wajah ayu di hadapannya. Dia seolah-olah dapat membaca kesedihan yang masih menguasai Herly Diana.
Herly Diana sedar dirinya diperhatikan. Sengaja dia buat tidak tahu. Sehingga Norazmin bersuara.
"Ana.., Min.. nak minta maaf atas segala yang dah Min lakukan pada Ana selama ni."
Herly Diana menjeling sekilas dan menyambung kerja semula.
"Kenapa Tuan nak minta maaf pada saya pula?"
"Jangan! Jangan panggil Tuan.. panggil Min saja.."
Herly Diana menatap wajah Norazmin. Mencari keikhlasan dari kata-kata yang diluahkan tadi.
"Min dah bosan dengan suasana macam tu. Min inginkan kedamaian. Saling berdamai dan bersahabat. Anggaplah segala perbuatan Min dulu tu sebagai satu gurauan saja ya."
Herly Diana mengeluh berat. Dalam hatinya berkata bahawa selama ini dia juga inginkan jalinan persahabatan antara mereka. Hanya dia sedar, sebagai seorang wanita dan pembantu rumah, dia tidak tahu ingin berbuat apa untuk mencapai kedamaian itu.
"Berat sekali ke bagi Ana nak maafkan Min?" Tanya Norazmin bila Herly Diana termenung dan berdiam diri.
Herly Diana tersedar dari hayalan. Dia menghulurkan piring roti yang sudah disapu jem tadi kepada Norazmin.
"Ana lah yang sepatutnya minta maaf pada Min. Kerana Ana yang lebih dulu berkasar tanpa usul periksa."
"Ada lebih baik kita sama-sama saling memaafi." Kata Norazmin tersenyum.
Ketika Herly Diana menoleh, Norazmin menghulurkan tangan untuk bersalaman. Herly Diana teragak-agak menyambutnya. Bila tergenggam erat kedua tangan itu, tercantum sekali satu harapan yang mula berbunga di hati kedua remaja itu.
Sejak itu tidak ada lagi sikap dan telatah-telatah yang menyakitkan hati berlaku di antara mereka. Perubahan yang jelas itu begitu mengembirakan Puan Alimah. Dia memang inginkan adanya kemesraan antara Norazmin dan Herly Diana.
Bagi Herly Diana, perubahan itu memang cukup membahagiakan hatinya. Norazmin benar-benar sudah berubah. Tidak lagi sombong, angkuh dan megah diri. Kini Herly Diana berpendapat, sifat-sifat yang begitu barulah bersesuaian dengan raut wajah Norazmin.
Malah Herly Diana mula rasa kagum dengan pendirian Norazmin. Hingga timbul perasaan segan bila berhadapan dengan anak muda itu. Dia sendiri tidak dapat menjawap, mengapa baru kini dia berperasaan begitu? Kenapa tidak dari dulu? Mungkin kerana perubahan sikap Norazmin? Atau kerana Herly Diana ingin mencari perhatian dari seorang lelaki, setelah dia kehilangan lelaki yang dipanggil ayah.
Kenyataannya kini Herly Diana sudah pandai menaruh harapan pada Norazmin. Setiap kali mata bertemu pandang, pasti ada debaran di jiwanya. Lalu Herly Diana bertanya pada dirinya sendiri. ‘Apakah Min juga sepertiku?’
Rupa-rupanya Herly Diana tidak bertepuk sebelah tangan. Norazmin juga merasakan satu kelainan yang belum pernah dirasakan sejauh perkenalannya dengan Herly Diana. Semakin hari Norazmin berusaha mendekatkan dirinya dengan Herly Diana. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Dia tidak akan mempedulikan apa orang lain akan kata mengenai perhubungan mereka. Biarpun Herly Diana hanya pembantu rumahnya, namun Norazmin merasakan, sipembantu rumah itulah gadis istimewa baginya.
SATU hari Norazmin mempelawa Herly Diana menaiki keretanya untuk dihantar pulang. Kebetulan Herly Diana ingin cepat sampai ke rumah. Dia ingin berehat sambil menemani ibunya. Mungkin ibunya kesepian seorang diri selama seminggu Herly Diana di rumah majikannya.
Pada mulanya Herly Diana enggan untuk dihantar. Tetapi setelah didesak oleh Norazmin dan Puan Alimah, akhirnya dia menurut juga.
Sewaktu dalam perjalanan itu Norazmin tidak lepaskan peluang untuk bertanya sesuatu mengenai Herly Diana.
"Ana suka tak kalau ada seseorang yang mengkagumi diri Ana?" Lembut benar suara Norazmin bertanya.
"Apa istimewanya diri Ana ni untuk dikagumkan?" Tanya Herly Diana semula.
"Ada.. Min kagum dengan pendirian Ana. Sangat mustahil bila difikirkan, seorang gadis yang cantik dan semuda Ana, sanggup mengabdikan diri sebagai pembantu rumah."
"Hina sangat ke pekerjaan sebagai pembantu rumah tu, Min?" Tanya Herly Diana dengan tegas.
Entah mengapa, dia rasa tersinggung dengan kata-kata Norazmin. Tapi Norazmin tidak menyedari perubahan itu lalu menjawap.
"Memang pekerjaan tu tak hina.. tapi.."
"Min pandang rendah pada pekerjaan tu?" Potong Herly Diana.
Norazmin menoleh ke arah Herly Diana. Hanya seketika, kemudian dia menumpukan semula pehatian pada jalan di hadapannya.
"Min bukan berniat nak memperbualkan tentang tinggi rendahnya mertabat seorang pembantu rumah. Yang Min ingin tahu ialah mengenai diri Ana." Norazmin bersuara tenang.
"Maksud Min?"
"Ya lah.. seperti yang Min lihat waktu menziarah rumah Ana dulu, Min dapati kehidupan dan keluarga Ana tidak begitu susah. Juga tidak begitu mewah…"
"Apa maksud Min bercakap tentang kehidupan Ana?"
"Tenang Ana.., dengar dulu apa yang nak Min katakan." Kata Norazmin bila kedengaran suara Herly Diana mula meninggi.
Herly Diana melepaskan keluhan sambil mengalih pandangannya ke lain.
"Dalam diri Ana, Min lihat Ana bukan tidak mampu belajar. Dan dalam kesederhanaan keluarga Ana, Min percaya mereka mampu membiayai pelajaran Ana."
"Memang.. Tapi Ana yang berkeras ingin cari kerja. Orang tua Ana tak bersalah." Jawap Herly Diana. Suaranya mula gementar. Namun masih tetap tegas.
"Ooo… sayang, dalam usia yang semuda ini, yang seharusnya mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan sebaya, itu yang sepatutnya. Bukan bertungkus lumus menguruskan rumah tangga orang."
Hati Herly Diana sayu tiba-tiba. Norazmin orang kedua yang berkata begitu. Encik Ariffin ialah orang pertama yang pernah berkata hal yang sama. Herly Diana baru menyedari bahawa pemergian ayahnya bersama rasa terkilan. Kerana harapan dan cita-cita ayahnya untuk melihat dia berjaya dalam pelajaran, tidak kesampaian. Dialah yang menghancurkan harapan ayahnya. Tanpa sedar airmatanya jatuh setitik demi setitik.
Norazmin segera memberhentikan keretanya di tepi jalan apabila mendengar esakan Herly Diana.
"Ana! Min dah menyinggungkan perasaan Ana ke? Apa Min keterlaluan atau terlalu banyak bertanya tentang hal peribadi Ana? Ana.. cakaplah kenapa Ana menangis?" Takut benar Norazmin dengan sikap Herly Diana begitu. Dia rasa bersalah dengan tiba-tiba.
Sepanjang soalan-soalan yang ditanya, Herly Diana hanya memejamkan mata dan menggelengkan kepala. Baru setelah Norazmin mendiamkan diri, dia bersuara.
"Hantarkan Ana balik."
Norazmin menurut sahaja kerana dia tidak mahu melukakan hati gadisnya lagi.
Herly Diana minta diberhentikan di tepi jalan sebaik sahaja mereka sudah sampai di kawasan blok Herly Diana.
"Ana!" Laung Norazmin sebaik sahaja Herly Diana keluar dari perut kereta. "Ana.., Min.."
"Terima kasih kerana menghantarkan Ana balik." Potong Herly Diana pantas. Sebolehnya dia mengelak dari bercakap hal itu lagi.
Kemudian dia terus berlalu dengan perasaan yang semakin pilu. Pilu kerana mengenangkan ayahnya dan pilu memikirkan, apakah penerimaan Norazmin dengan sikapnya tadi. Menyesal pula dia bersikap begitu terhadap Norazmin.
Herly Diana dapat menyembunyikan perasaan sedihnya dari pandangan Puan Zahara. Dia menyampaikan salam Puan Alimah dan menceritakan perhubungannya dengan Norazmin, sudah baik.
"Ha! Kan mak dah kata. Lambat laun tentu dia nak bersahabat dengan Ana." Kata Puan Zahara. Dia gembira melihat anaknya bersikap terbuka begitu. Puan Zahara tidak lupa menasihatkan anaknya supaya pandai menjaga batas pergaulan.
WALAUPUN Herly Diana belum dapat menghilangkan rasa duka di hatinya, juga masih mengingatkan kejadian semasa dihantar pulang oleh Norazmin, namun dia tidak pernah lupa pada sahabat setianya, Shah Effendi.
Malam minggu itu mereka bertemu. Herly Diana yang mempelawanya keluar. Selain untuk bertanya khabar Shah Effendi sekeluarga, dia juga ingin melupakan segala masaalahnya. Bagi Herly Diana sehingga kini, hanya Shah Effendi sahaja yang mampu memberinya hiburan.
"Erly dah pergi jumpa doktor?" Tanya Shah Effendi sewaktu mereka berada di sebuah restoran.
Herly Diana menggelengkan kepala tanpa menoleh. Pandangannya lurus ke hadapan. Shah Effendi yang ketika itu sedang bermain-main dengan penyedut minumannya, menoleh apabila melihat gelengan tadi.
Herly Diana tahu matanya yang bengkak akibat tangisan yang baru terjadi siang tadi, menjadi perhatian Shah Effendi. Dia lantas melindungkan anak matanya dengan jejari.
"Shah bawa Erly jumpa doktor nak, esok? Shah tengok mata Erly makin bengkak tu."
"Erly tak apa-apalah, Shah.. tak berapa hari nanti tentu bengkaknya hilang."
"Tapi dah hampir sebulan arwahnya tu pergi. Mustahil bengkak lama belum hilang-hilang. Jangan-jangan Erly.. Erly menangis lagi tak?" Duga Shah Effendi.
Herly Diana tersenyum mendengarnya.
"Tak lah..," katanya menyembunyikan perasaan yang sebenar. "Kenapa soal ni yang diperbualkan? Banyak lagi perkara lain yang lebih penting."
"Perkara yang macam ni nya serius, Erly anggap tak penting?"
"Memang tak penting pun. Inikan perkara biasa yang selalu terjadi pada sesiapa pun. Shah saja yang terlalu fikirkan sangat." Herly Diana tersenyum lagi.
"Baiklah.. Apa perkara yang lebih penting, yang lebih patut, yang lebih serius, yang lebih.."
"Hei! Hei!.. merajuk ke ni?" Herly Diana tergelak bila mendengar suara Shah Effendi yang keanakan bagai orang putus asa.
Melihat Herly Diana tertawa, Shah Effendi turut tersenyum senang hati. Lalu dia melupakan percakapannya tadi semata-mata tidak mahu keriangan sahabatnya terganggu.
Dia mengangkat gelas dan mengisyaratkan pada Herly Diana agar minum bersama. Baru dia tersedar yang penyedut minumannya tiada. Dia melihat di kaki meja. Di situlah dia mencampakkan penyedutnya tadi sewaktu dia berbual-bual dengan Herly Diana.
Herly Diana turut melihat ke kaki meja. Kemudian dia memandang wajah Shah Effendi sambil tersenyum geli hati. Senyuman menjadi ledakan tawa sebaik sahaja Shah Effendi menoleh padanya.
Beberapa orang pelanggan lain yang berada di situ, menoleh ke arah pasangan itu. Shah Effendi membuang pandangannya ke lain sambil meneguk begitu sahaja minuman itu dari gelasnya. Menyedari keadaan sekeliling, Herly Diana hanyacmampu menahan geli hatinya.
"Sebenarnya Shah," kata Herly Diana sebaik sahaja mereka telah berada di luar restoran. "Erly ada satu berita baik yang nak kongsi dengan Shah."
"Tentang kita berdua ke?"
"Apa pulak.. tentang Erly dengan anak majikan Erly tu lah."
Kalau ketika itu di siang hari, sudah tentu Herly Diana akan melihat perubahan air muka Shah Effendi. Shah Effendi betul-betul tidak menyangka, Herly Diana boleh membabitkan soal Norazmin di pertemuan kali ini. Padahal selalunya, Herly Diana akan marah atau manarik muka masam, bila Shah Effendi menyebut-nyebut nama Norazmin.
"Kenapa pulak dengan dia?" Tanya Shah Effendi. Suaranya tiada perubahan. Masih tetap mesra.
"Erly dan dia dah mula berbaik. Dia dah mula menunjukkan sikap ingin bersahabat."
"Shah suka Erly bersahabat dengannya?" Tanya Herly Diana untuk menduga.
"O.. sudah tentu Shah suka dan gembira. Orangnya pun boleh tahan juga.. Kacak."
"Bukan itu yang jadi perhatian Erly, Shah!" Kata Herly Diana pantas. Dia tidak mahu Shah Effendi menganggapnya gadis yang memilih rupa dan gaya.
"Shah faham.. maksud Shah. Min adalah pemuda yang cukup serba serbi."
Herly Diana menoleh ke wajah Shah Effendi. Lama dia merenung sebelum dia berkata kemudiannya.
"Tapi bagaimana dengan sikapnya terhadap Shah dulu..?"
"Itu bukan bermakna Min tu seorang yang angkuh, Erly. Shah dapat rasakan sesuatu yang tak Erly sedar, waktu baru-baru Shah jumpa dengan dia dulu."
"Sesuatu yang tak Erly sedar?" Tanya Herly Diana mengulangi cakap Shah Effendi.
"Erly akan temui jawapannya sendiri nanti. Mungkin buat masa ni.. belum lagi."
Herly Diana bingung memikirkan maksud kata-kata Shah Effendi.
Tetapi Herly Diana rasa puas dan terhibur dengan pertemuannya bersama Shah Effendi. Lupa sejenak dia pada masaalahnya. Ketika Herly Diana hendak masuk tidur, dia sempat menatap wajahnya di cermin. Melihatkan matanya dan memikirkan semula kata-kata sahabatnya, memberi satu azam pada Herly Diana. Dia akan pergi berjumpa doktor.
SEJAK peristiwa petang itu, Herly Diana dan Norazmin tidak begitu bertegur sapa. Herly Diana sengaja menyibukkan diri untuk mengelak dari bertemu dengan Norazmin. Tetapi jauh di sudut hati, ingin sekali dia meminta maaf kerana meninggalkan Norazmin begitu sahaja tempohari.
Rupanya Norazmin juga bertujuan yang sama, ingin mohon maaf kerana telah membuat gadis itu tersinggung. Namun kesempatan belum terbuka untuknya berhadapan dengan Herly Diana. Bagaimanapun pada satu hari, peluangnya benar-benar ada.
Herly Diana selesai melakukan semua tugas dan sedang berkurung di dalam biliknya. Norazmin tinggal menunggu Herly Diana keluar dari bilik, baru dia ingin mulakan bicara. Malangnya Herly Diana keluar dari bilik setelah merapikan diri untuk keluar.
Norazmin hampa bila Herly Diana memberitahu, dia hendak pergi ke bank. Menyangka yang Herly Diana berkata benar, Norazmin mengizinkan. Malah bersedia untuk menghantar, tetapi ditolak dengan sopan oleh Herly Diana. Norazmin terpaksa bersabar menanti sehingga Herly Diana pulang.
Ternyata Herly Diana bertujuan ke tempat lain. Dia kini sudah berada di sebuah klinik swasta yang sederhana besarnya. Di situlah tempat dia selalu menerima rawatan sedari kecil, jika kesihatannya terganggu. Dr Haris yang merawatnya, adalah teman sekampus ayahnya, Encik Ariffin.
Dr Haris gembira sekali bertemu dengan anak gadis sahabatnya.
"Apa khabar Ana?"
"Khabar kurang baik, Doktor." Jawapnya lemah.
"Saya ada mendengar tentang kamalangan yang menimpa arwah ayah Ana. Sayang sekali saya tiada di sini waktu tu." Kata Dr Haris kesal.
Dia mempelawa Herly Diana duduk setelah mereka bersalaman.
"Hanya salam takziah saja dari jauh." Sambungnya lagi.
"Err.. apa masaalah Ana kali ini?" Dr Haris mengalihkan soalan sebaik sahaja melihat wajah redup Herly Diana, bila bercerita tentang Encik Ariffin. Apa yang lebih menarik perhatiannya ialah perubahan pada mata Herly Diana. Itu memang sudah dapat dikesan sedari awal pertemuan mereka.
Herly Diana membentangkan semua masaalahnya. Dr Haris mendengar dengan teliti. Kemudian dia memeriksa lebam di mata Herly Diana.
"Nampaknya peristiwa kemalangan yang menimpa arwah ayah Ana telah membuatkan penyakit lama Ana hidup kembali." Dr Haris mengeluh. Dia sudah selesai memeriksa.
Herly Diana tidak terperanjat mendengarnya. Dia sudah menduga ini pasti terjadi.
"Nasib baik Ana cepat berjumpa saya. Penyakit Ana ni belum merebak jauh. Ia dapat dihalang dari terus merebak, jika Ana bekerja sama."
"Apakah ianya membahayakan Doktor? Bagaimana ia terjadi?" Herly Diana bingung dengan penyakitnya.
"Hmm.. lebam ni terjadi apabila pembuluh darah yang halus sudah putus. Ia mungkin akan membuat sekeliling mata membengkak." Dr Haris mencapai sebuah buku setebal dua inci, di meja berhampiran. Membelek seketika dan kemudian meletakkan buku tersebut di hadapannya.
"Ada berbagai aspek yang menjadi kemungkinan puncanya penyakit ini. Antaranya melalui hantukan, jangkitan dari bahan kimia, kemasukan bahan yang ada pada sabun atau juga tersusuk sesuatu benda yang tajam. Terkadang dengan menggosok mata yang terlalu kerap dan menggunakan tissue yang agak kasar juga boleh membuat pembuluh darah halus tu, putus." Terang Dr Haris lagi sambil memandang gadis di hadapannya. Terdengar keluhan kecil dari mulutnya.
"Ana.., mata yang lebam memang kelihatan teruk tapi keadaan ini jarang sekali serius. Saya yakin Ana terkena jangkitan. Tapi saya belum berani memberi jaminan seratus peratus tentang kebenaran tanggapan saya tu."
Herly Diana mula gelisah. Serius sangatkah penyakitnya? Kenapa ia datang berulang-ulang?
"Jadi apa yang patut Ana lakukan Doktor?"
"Ana perlu buat pemeriksaan selanjutnya. Sementara ni saya akan beri ubat untuk menghilangkan tanda lebam." Dr Haris mencapai pen dan mencatat sesuatu di sehelai kertas.
"Apa jenis penyakit Ana ni, Doktor?" Tanya Herly Diana ingin tahu.
"Saya belum dapat pastikan. Tunggu hasil pemeriksaannya nanti. Tapi Ana jangan bimbang, ia tak berbahaya jika Ana mendengar nasihat saya." Dr Haris menoleh ke arah kelender kecil di sebelah kirinya dan mencatatkan tarikh yang sesuai untuk Herly Diana datang membuat pemeriksaan.
"Saya harap Ana cuba kawal diri dari mengenang sesuatu yang menyedihkan. Ana tak boleh terlalu bersedih. Yang lebih tepatnya Ana tak boleh selalu menangis. Menangis yang terlalu kerap boleh memburukkan lagi keadaan. Menghalang penyembuhan penyakit ini."
Herly Diana menarik nafas mendengar nasihat itu. Bila tiada jawapan, Dr Haris menyambung lagi.
"Cubalah hadapi segalanya dengan tabah dan sabar. Kalau boleh elakkan diri dari memikir sesuatu masaalah yang rumit yang mendatangkan kesedihan." Kata Dr Haris mengakhiri perbualannya.
Dia menghulurkan helaian kertas yang dicoret tadi.
"Bawa surat ini ke kaunter. Ingat.. mesti datang pada tarikh yang dah saya tetapkan." Dr Haris tersenyum mesra.
Sepanjang perjalanan pulang, Herly Diana masih memikirkan perbualannya dengan Dr Haris. Dalam fikirannya penuh persoalan. Dapatkah dia menahan airmatanya jika terjadi sesuatu yang menyedihkan. Padahal dalam masa beberapa hari ini, dia sendiri tahu yang dia begitu sensitif.
Dia belum berpuas hati jika tidak mengetahui jenis penyakitnya. Dari dia kecil, doktor hanya bercakap hal yang sama bila ditanya tentang penyakitnya.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Herly Diana terpaksa mengenepikan masaalahnya. Dari jauh lagi dia sudah melihat sebuah kereta sport berwarna merah tua berada di halaman rumah majikannya. Sudah pasti ada tamu yang datang.
Bagaikan terhenti degup jantung Herly Diana bila melihat Norazmin sedang tertawa riang di samping seorang gadis. Mereka berdua duduk di kerusi yang sedia ada di luar rumah, mengadap pokok-pokok bunga Puan Alimah. Herly Diana memaniskan wajah bila bertemu pandang dengan tetamu Norazmin. Dialah gadis angkuh yang pernah datang sebelum itu.
Herly Diana memaksakan diri tersenyum. Kemudian dia segera berlalu dari situ. Pemergian yang diiringi dengan pandangan mata Norazmin. Norazmin terlihat perubahan pada wajah Herly Diana.
"Eii! Apa pandang sana lama sangat. I kan ada kat depan you ni." Kata Noreen dengan manja. Matanya menjeling ke arah di mana Herly Diana menghilang tadi.
Herly Diana masuk ke dalam biliknya dan menghempaskan diri ke katil. Hatinya panas dan sakit bila senyumannya tadi tiada balasan.
"Gadis cantik yang sombong.. Hem!!" Rungut Herly Diana seorang diri.
Tidak tahulah mengapa dia rasa begitu geram. Apakah hanya kerana senyumannya tidak berbalas? Atau kerana melihat kemesraan Norazmin bersama Noreen? Perasaan apakah yang melandanya sekarang ini? Untuk apa dia harus sakit hati dengan kemesraan mereka? Siapalah dia pada Norazmin?
Herly Diana mula menyedari perhubungan sebenar antara Norazmin dengan Noreen. Walaupun masih samar-samar tetapi dia sedar, Noreen memang setanding dengan Norazmin dari segi apa pun juga. Perhubungan mereka juga semakin erat. Kerap Noreen berkunjung ke rumah dan beramah mesra dengan Puan Alimah. Seringkali juga mereka keluar bersama. Puan Alimah juga mesra dengan Noreen. Semuanya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Herly Diana.
Tetapi dia tidak tahu bahawa dirinya juga menjadi perhatian Norazmin. Norazmin sedar perubahan pada Herly Diana bila setiap kali kehadiran Noreen. Dia juga tahu bagaimana layanan Noreen pada Herly Diana. Norazmin mengerti sungguh perasaan yang bergelora di jiwa Herly Diana.
Ingin sahaja dia bersemuka dengan Herly Diana, meminta maaf atas sikap Noreen. Tetapi Norazmin terfikir pula, peluang untuk meminta maaf atas kejadian yang lalu pun belum tercapai.
PUAN ALIMAH menelefon hari itu, memberitahu bahawa dia pulang lewat sedikit kerana meraikan hari perlantikan setiausaha barunya. Malangnya berita itu bukan diterima oleh Herly Diana. Herly Diana hanya tahu setelah diberitahu oleh Norazmin.
"Kalau gitu, habis saja Ana buat kerja rumah, Ana balik lah."
"Eh! Kenapa pula?" Norazmin kehairanan.
Herly Diana terpaku tanpa jawapan. Memang dia tidak tahu alasan apa hendak diberi. Bukan tidak biasa dia berduaan dengan Norazmin. Tetapi untuk seorang gadis sepertinya tinggal berduaan dengan seorang lelaki bukan muhrim hingga malam, sangat mustahil.
Ketika hampir makan malam, Puan Alimah menelefon lagi. Kali ini Herly Diana yang menjawap.
"Ana makan lah berdua dengan Min ya. Mak cik mungkin dah tak makan di rumah."
"Ana sediakan makan malam Min saja lah mak cik. Lepas tu Ana nak balik."
"Kenapa ni!?" Puan Alimah jelas terkejut.
"Ana tak biasa tinggal berdua dengannya sehingga ke malam, Mak cik. Ana takut."
"Tuhan selalu berada di sebelahmu, Ana. Syaitan takut dekat dengan orang yang sentiasa mengingatkan Tuhannya. Sudah.. jangan nak beri alasan lagi."
"Tapi mak cik.."
"Mak cik akan balik kejap lagi. Alang-alang je Ana balik, nanti esok nak kena datang kerja lagi. Kan ke nanti memenatkan badan. Dahlah.. Mak cik dah lewat ni. Er.. pergi lah makan berdua ya. Jangan tunggu mak cik." Puan Alimah terus mematikan talian.
Herly Diana juga berbuat demikian dan menarik nafas. Tanpa sedar perbualannya dengan Puan Alimah telah didengar oleh Norazmin, melalui sambungan telefon lain di biliknya.
Sewaktu di meja makan, Norazmin pura-pura bertanya. "Tak tunggu mak?"
"Mak cik kata jangan tunggu dia. Dia mungkin makan di sana." Jawap Herly Diana gugup.
"Ana tak makan sekali?" Tanya Norazmin bila dilihat Herly Diana belum mengambil tempat duduk.
"Tak apalah. Min makan dulu. Ana belum lapar."
"Ahhh! Mari makan sekali.. Nanti Min bilang mak yang Ana tak mahu makan." Ugut Norazmin sambil menyedok nasi ke pinggan Herly Diana.
Mahu tidak mahu terpaksalah Herly Diana makan bersama. Sambil itu fkirannya melayang memikirkan sesuatu. Seorang pembantu rumah dapat makan semeja dengan anak majikan.. tidak akan terjadi pada diri orang lain.
Herly Diana sedar dirinya menjadi santapan mata Norazmin. Kerana tidak mahu terus-terusan menjadi bahan tatapan, Herly Diana bingkas bangun. Mencuci tangan dan menghilangkan diri ke ruang depan.
Norazmin tidak pula manghalang. Sebaliknya dia tersenyum dan manganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Sejurus kemudian dia juga mencuci tangan dan mengekori Herly Diana. Didapatinya Herly Diana berada di halaman luar. Membiarkan tubuhnya dijamah angin malam yang nyaman.
"Eh! Dah habis makan?" Herly Diana terkejut bila menyedari Norazmin berada di belakangnya.
Tanpa menunggu jawapan Norazmin, Herly Diana hendak berlalu sambil bersuara.
"Biar Ana kemas.."
"Biarkan dulu..Ana."
Herly Diana terhenti.
"Ada perkara yang nak Min katakan."
Sepi seketika. Herly Diana memandang kegelapan malam dengan membelakangi Norazmin.
"Sebenarnya dah lama Min nak bersua muka dengan Ana. Tapi baru hari ini Min ada peluang." Norazmin diam seketika. Menanti kalau-kalau Herly Diana akan bersuara. Tetapi Herly Diana tetap membisu.
"Min nak minta maaf atas kata-kata Min yang telah menyedihkan Ana tempohari. Sebenarnya Min tak berniat nak menyinggung perasaan Ana."
"Perkara tu kan dah lepas.. Ana yang seharusnya minta maaf sebab tinggalkan Min macam tu je, tak pelawa ke rumah pun."
Norazmin mengukir senyuman. Lega hatinya mendengar suara lembut Herly Diana. Dia berjalan dan menghampiri Herly Diana. Ketika Herly Diana menoleh, Norazmin sedang merenungnya. Kemudian mereka sama-sama menarik nafas dan memandang kegelapan malam.
"Besok kalau Ana dah habis kerja, kita keluar sekejap ya?"
Herly Diana menoleh. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Belum pun sempat dia menjawap, kedengaran deringan telefon.
"Biar Ana angkat." Herly Diana pantas berlari ke arah telefon. Seketika wajahnya berubah lalu menyerahkan gagang telefon pada Norazmin.
Herly Diana berlalu meninggalkan Norazmin dengan menyebukkan diri di dapur. Hatinya sakit dengan tiba-tiba bila mendengar suara angkuh Noreen tadi. Noreen jadi penghalang baginya untuk lebih mengenali peribadi Norazmin. Kalau boleh dia ingin berbual lebih lama dengan Norazmin. Tetapi dia sedar Noreen lah yang lebih layak diberi layanan.
Selesai mengemas dapur Herly Diana mengurung diri dalam bilik. Sesekali dia terdengar suara ketawa dari perbualan Norazmin.
‘Betapa bahgianya mereka. Beruntung sungguh kau, Noreen.’ Bisik hatinya.
Herly Diana menjangka perbualan mereka pasti lama. Sudah tentu Norazmin terlupa pada pelawaannya tadi. Padahal Herly Diana berharap Norazmin akan mempelawanya sekali lagi, walau pun dia sebenarnya keberatan untuk keluar berdua dengan anak majikannya.
Harapan Herly Diana tidak sia-sia. Norazmin mengulangi pelawaannya. Rupanya Norazmin tidak pelupa seperti yang disangka. Kali ini Norazmin mempelawanya di hadapan Puan Alimah. Ketika itu mereka sedang minum petang di ruang tamu.
"Macammana Ana.. jadi tak hari ni?"
Herly Diana terkejut disergah pertanyaan begitu. Di ketika yang sama Puan Alimah memerhatikan kedua remaja itu silih berganti. Herly Diana kemudian menoleh pada Puan Alimah.
Menyedari sikap berbelah bagi Herly Diana, Norazmin seakan merajuk.
"Mak tengoklah anak mak sorang tu.. Nampaknya dia menolak pelawaan Min nak ajak dia keluar kejap." Norazmin langsung berterus terang dengan ibunya. Sempat dia menjeling Herly Diana. Gadis itu tertunduk malu.
"Min nak bawa dia ke mana?"
"Ke mana-mana saja lah asal Ana senang." Pantas sekali Norazmin menjawap. Harapannya cerah.
Puan Alimah dan Herly Diana serentak memandang antara satu. Secepat itu pula Herly Diana menunduk lagi tanpa sebarang riaksi. Puan Alimah tersenyum mesra. Memegang bahu Herly Diana dan lantas bersuara.
"Pergilah Ana..," Herly Diana mengangkat kepalanya. "Sesekali Ana perlu hiburan juga." Sambung Puan Alimah lagi.
"Tapi Ana bekerja di sini mak cik.."
"Mak cik tak pernah anggap kehadiran Ana di sini sebagai pekerja."
"Tapi Ana kemari bukan minta dibawa keluar untuk berhibur.."
"Mak!" Panggil Norazmin bila ibunya terdiam dengan kata-kata Herly Diana. "Ada mak dengar Ana minta Min bawa dia bersiar-siar?"
Puan Alimah tertunduk.
"Tak adakan? Malah Min yang pelawa dia."
"Pergilah Ana.. Mak cik izinkan. Ana dah macam anak mak cik sendiri. Mak cik tak nak mengurung anak sendiri dalam rumah ni saja. Pergi lah.."
Akhirnya Herly Diana menurut. Norazmin membawanya ke tempat membeli belah, menonton wayang dan berhibur di tempat hiburan. Pendek kata hari itu sangat membahgiakan Herly Diana.
Walaupun ada ketika mereka saling membisu, tetapi suasana begitu mereka, adalah awalan bagi sebuah kemesraan. Tanda akan bermula keakraban.
Norazmin sedikit pun tidak merasa yang dia berjalan dengan seorang pembantu rumah. Malah dia bangga diapit oleh gadis yang teguh pendirian seperti itu. Baginya, Herly Diana memang istimewa.
"Mengapa Ana susah sekali nak ikut Min keluar tadi?" Tanya Norazmin ketika dalam perjalanan pulang.
Herly Diana senyum mendengar soalan itu.
"Kalau Min di tempat Ana, Min juga akan rasa apa yang Ana rasa."
"Mungkin juga.. tapi kalau sudah diberi keizinan dan ditolak pula, tinggi diri dan jual mahal namanya."
Herly Diana segera menoleh. Begitukah pandangan Norazmin padanya awal tadi?
"Ana ada maruah diri, Min," hilang senyuman di bibirnya. "Pertama kali menolak bukan bermakna Ana tinggi diri atau jual mahal. Sebaliknya Ana ingin jaga maruah dan tak mahu dikatakan pembantu rumah yang tak tahu diri."
"Nampaknya Ana dah mula berubah pendapat. Dulu Ana kata kerja sebagai pembantu rumah, tidak boleh dipandang rendah. Apa, sebagai pembantu rumah tu tak harus menerima pelawaan majikannya ke? Yalah.. dengan alasan.. malu kerana dirinya hanya seorang pembantu."
Herly Diana terpaku seketika. Berat terdengar keluhannya.
"Cukup sekali ni sajalah Min bawa Ana keluar. Terima kasih atas pelawaan kali ni. Sebenarnya Ana senang sekali. Tapi Ana tak boleh terima lebih dari hak Ana sebagai pembantu. Ana dah cukup bersyukur kalau seseorang itu tak memandang hina pada pekerjaan Ana. Dan untuk pengetahuan Min, terlalu besar penghormatan Min terhadap Ana hingga sudi mempelawa Ana keluar."
Norazmin tersenyum. Ketika itu mereka sudah pun sampai ke perkarangan rumah. Sebelum Herly Diana sempat keluar dari kereta, Norazmin memegang tangannya sambil berkata.
"Tak salahkan kalau Min mahu menghormati Ana begitu? Penghormatan yang Min beri bukan pada seorang pembantu.. tapi pada gadis yang teristimewa sekali bagi diri Min."
"Min..!" Terkejut sekali Herly Diana mendengarnya.
"Min ikhlas Ana.. Min dah jatuh cinta dengan kesederhanaan Ana."
Mereka saling bertatapan. Lama sekali. Akhirnya Herly Diana kembali ke alam nyata. Dia menarik perlahan tangannya yang masih dalam gengaman Norazmin. Kemudian keluar dari kereta dan menghilang. Norazmin hanya membiarkan sahaja dan tersenyum kepuasan.
Sambungannya dah tersiar tapi hanya pada tajuknya saja. Isi ceritanya penulis lain nya cerita. Mungkin ada kesilapan. Harap bersabar ye..
Apa2pun terima kasih kerana membaca.
~~Putri Lily~~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ish...bestnyer...
cpt smbng tau...
x sabar nie...