Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HERLY DIANA terjaga dari tidurnya. Dia baru mengalami mimpi ngeri. Dia bermimpi dirinya seakan tidak bermaya untuk berdiri. Badannya lemah dan hanya terbaring lesu. Kemudian ada bayangan seseorang datang dan mencucukkan sesuatu benda yang tajam ke matanya.
Dia melihat di cermin. Sekali pandang tidak kelihatan apa-apa perubahan. Tetapi bila diamati betul-betul, ada kesan biru di tepi kelopak matanya. Dan mata putihnya pula merah berair. Bisanya hanya dapat dirasa ketika Herly Diana mengerdipkan matanya.
Herly Diana mengeluh tidak tahu apa yang patut dilakukan. Untuk menghubungi Dr Haris, Herly Diana takut dimarahi kerana tidak mengikut nasihat yang diberi. Akhirnya Herly Diana melupakan sahaja tentang matanya.
Tengahari itu ketika Herly Diana sedang masak, telefon di ruang tamu berbunyi nyaring. Segera dia pergi menjawapnya.
"Hello, Ana ya?"
"Hei Nur! Apahal ni?" Terkejut dia mendengar suara sepupunya. Tidak pernah gadis itu menelefon ke rumah majikannya.
"Ana free tak sekarang ni?" Ada nada bimbang dalam suara Nurul Hana menanyakan soalan itu.
"Ana sedang masak. Ada apa ni?" Herly Diana semakin kehairanan.
"Emm.. Terpulanglah pada Ana lepas mendengar berita ni," Nurul Hana menarik nafas. "Nur dan keluarga kat hospital sekarang ni." Sambungnya lagi.
"Hospital! Kenapa?" Terbayang perkara buruk dalam fikiran Herly Diana.
"Shah sedang tenat.."
Tersentak Herly Diana mendengar nama sahabatnya disebut. Lenguh rasa tangan untuk memegang telefon dan telinganya seakan tidak mendengar langsung bicara Nurul Hana seterusnya.
"Sebaik saja dia sedar, nama Ana tak lepas dari mulutnya. Doktor minta kami hubungi Ana supaya Ana boleh tolong menenangkan Shah."
Tanpa disedari airmata Herly Diana mengalir. Mengalir untuk seorang sahabat. Timbul perasaan kesal kerana meninggalkan Shah Effendi sendirian di malam perjanjian.
Selepas Nurul Hana menamatkan perbualan mereka, Herly Diana meninggalkan satu nota untuk Puan Alimah. Kemudian dia terus menahan teksi menuju ke hospital.
Sesampainya di lobi, bergegas dia mencari wad yang menempatkan sahabatnya. Keluar dari lif, Herly Diana merempuh seseorang. Apabila dia menoleh untuk minta maaf, orang itu lebih dahulu menegurnya.
"Ana!"
Terpaku Herly Diana seketika. Tidak disangka dia terserempak dengan orang yang selama ini cuba dihindari. Herly Diana menyembunyikan wajahnya dari pandangan Dr Haris. Tetapi Dr Haris lebih awas.
"Lama Ana tak jumpa saya. Kenapa?"
Herly Diana tiada jawapan. Dia tahu dia lalai. Kerana itu lebih selamat rasanya dia berdiam.
"Saya perhatikan mata Ana…"
"Tolong Doktor. Jangan cakap pasal mata saya di sini. Saya kena segera pergi. Kawan saya tunggu kat sana tu." Herly Diana berkata gugup sambil menunjukkan arah yang ingin di tuju.
"Beginilah Ana, saya harap Ana dapat datang ke klinik saya besok. Jangan tidak-tidak.. Ini penting, Ana. Ana mesti cepat bertindak sebelum terlambat."
'Oh! Apakah ini ada kaitannya dengan mimpi ku semalam?' Bisik hati Herly Diana.
Kerana ingin segera melihat Shah Effendi, Herly Diana terus memberi persetujuan. Dr Haris hanya mampu mengeluh dan menggeleng kepala sebaik sahaja Herly Diana berlalu pergi.
Setibanya di tempat yang di tuju, Nurul Hana menghampirinya. Sempat juga Herly Diana melihat ibunya menenangkan Puan Zainah. Encik Ahmad ketika itu sedang berbual dengan seorang jururawat.
"Bagaimana keadaan Shah, Nur?" Tanya Herly Diana cemas.
"Doktor sedang memeriksanya."
Herly Diana mengeluh resah.
"Tak sangka Shah mengidap darah tinggi, Ana. Kata doktor mujur dia cepat dibawa ke hospital." Tambah Nurul Hana lagi.
Herly Diana terkenang dirinya sendiri. Kata-kata Dr Haris sebentar tadi sangat membimbangkannya.
Setelah lebih kurang sepuluh minit Herly Diana menanti di luar, barulah mereka dibenarkan masuk. Shah Effendi sudah sedar tetapi matanya tertutup rapat. Herly Diana mendekati katil Shah Effendi dengan perlahan.
Seperti tahu ada orang di sisinya, Shah Effendi membuka mata. Serta merta wajah yang pucat itu bersemu merah dan berseri. Di bibirnya terukir senyuman yang masih ramah seperti biasa. Herly Diana turut tersenyum dalam linangan airmata.
"Shah, maafkan Erly." Nada suara Herly Diana begitu perlahan.
"Hei! Kenapa mesti minta maaf ni..?" Suara Shah Effendi juga perlahan namun riang kedengaran.
"Sebab Erly.. Erly…"
"Sudahlah.. Shah kan tak apa-apa." Shah Effendi memegang tangan Herly Diana.
Herly Diana masih belum dapat mengawal perasaan. Puan Zahara dan Puan Zainah saling berpandangan. Sementara Nurul Hana menunduk sahaja.
"Erly.., Shah kan belum nak mati lagi." Kata Shah Effendi sedikit berjenaka. Apa pun keadaannya, dia masih ingin menghiburkan sahabatnya.
"Ya, Ana," sampuk Encik Ahmad. " Ana dah datang ni pun kami dah bersyukur. Shah pun dah kembali tenang. Taklah seperti tadi.. meracau dan hanya nama Ana ja yang disebutnya."
Herly Diana memandang wajah Shah Effendi. Shah Effendi melarikan pandangannya. Mungkin segan dengan pengaduan ayahnya. Herly Diana melepaskan keluhan kelegaan kerana Shah Effendi tidaklah setenat yang disangka.
Sewaktu hendak pulang, Shah Effendi sempat membisikkan sesuatu pada Herly Diana.
"Erlylah sahabat yang menyambung nyawa Shah."
Tergugup Herly Diana mendengarnya. Apakah Shah Effendi masih menyimpan harapan terhadap dirinya?
Akhirnya pulanglah Herly Diana setelah berjanji akan datang melawat lagi.
Sampai di rumah majikannya, Herly Diana disambut oleh Puan Alimah dengan wajah manis. Puan Alimah bertanyakan khabar Shah Effendi. Herly Diana menjawap dengan jujur serta meminta izin untuk melawatnya lagi esok hari.
Puan Alimah tidak menghalang. Malah dibekalkannya wang dan menyuruh Herly Diana membelikan buah tangan untuk dikirim pada Shah Effendi.
Keesokan harinya Herly Diana keluar awal kerana singgah ke klinik Dr Haris. Kedatangan Herly Diana sedang dinantikan.
"Saya kesal kerana Ana tak mengikut nasihat saya dulu."
Herly Diana diam menunduk.
"Kalau lah Ana dengar dan ikut apa yang saya suruh, keadaan tidak seteruk ni." Dr Haris mengeluh keras. Suaranya kedengaran tegas.
Herly Diana melihat Dr Haris pantas menulis sesuatu di sehelai kertas.
"Apakah penyakit saya ni dah menjangkau ketahap merbahaya Doktor?" Tanya Herly Diana lemah.
"Macammana saya nak beri jawapan kalau hasil pemeriksaan yang kita harapkan dapat mejawap persoalan ni, belum saya perolehi? Ana sendiri tak datang untuk diperiksa!" Jawapan tegas Dr Haris itu memerangkap Herly Diana dengan persoalannya sendiri.
"Tapi… Saya agak itulah yang akan terjadi jika kita tak terserempak semalam." Sambung Dr Haris lagi sambil mengisyaratkan agar Herly Diana bersedia untuk diperiksa.
Herly Diana hanya mendiamkan diri apabila Dr Haris melebarkan kelopak matanya, menyuluh dengan lampu kecil dan memicit bahagian yang bengkak. Sesekali Herly Diana mengadu kesakitan bila Dr Haris menekan agak kuat.
Setelah memeriksa, Dr Haris mengeluh dan merenung lama mata Herly Diana. Seolah-olah ada yang sedang difikirkan.
"Kenapa Doktor?"
"Seperti yang dah saya jangkakan. Sangat membimbangkan sekali. Pada awalnya saya sangka ia mungkin sejenis radang biasa. Melihatkan penyakit Ana ni sering berulang, saya rasa Ana terkena VHS. Ia adalah infeksi pada kornea yang disebabkan oleh VHS atau Virus Herpes Simpleks." Dr Haris melihat kerutan di dahi Herly Diana. Mungkin nama penyakit yang disebutkan tadi begitu asing pada pendengaran pesakit seperti Herly Diana.
"Infeksi herpes pada kornea merupakan infeksi virus yang berulang, seperti Ana alami dari kecil sampai sekarang ni lah. Ia boleh terjadi beberapa minggu.. bahkan beberapa tahun setelah infeksi pertama. Penelitian saya tentang penyakit ni, lima-puluh persen penderita mengalami kekambuhan. Pada peringkat awal gejala yang timbul bersifat ringan seperti mata terasa nyeri, berair, merah dan peka terhadap cahaya. Pembengkakan kornea boleh menyebabkan penglihatan jadi kabur. Ada tak Ana mengalami gejala-gejala yang saya sebutkan tadi?"
Herly Diana cuba mengingati dan seketika kemudian dia mengangguk. Hanya sahaja dia belum mengalami kabur pandangan.
"Gejala-gejala pada kornea tu memang hanya perubahan yang ringan dan akan hilang dengan sendirinya. Tapi infeksi yang seringkali berulang akan menyebabkan kerosakkan lebih lanjut pada permukaan kornea. Kekadang virus menembus lebih dalam dan menghancurkan permukaan kornea. Jika pesakit sampai mengalami infeksi yang berulang-ulang, boleh terjadi pula Ulserasi, iaitu pembetukan luka terbuka. Dan Ana adalah pesakit yang dah sampai ketahap itu." Sengaja Dr Haris meninggikan sedikit nada suaranya supaya Herly Diana tahu betapa seriusnya penyakitnya kini.
"Kalau Ana nak tahu, VHS juga boleh menyebabkan peningkatan pertumbuhan pembuluh darah, gangguan penglihatan atau kebutaan."
Tersentak jantung Herly Diana dibuatnya. Apakah nasibnya kalau dia sampai jadi buta?
"Adakah cara untuk tak sampai ketahap buta, Doktor?" Mampu juga Herly Diana mengeluarkan suara. Dr Haris hanya menggelengkan.
"Apa maksud Doktor dengan gelengan tu? Ada sesuatu ke Doktor sembunyikan dari saya?" Tanya Herly Diana separuh kecewa.
"Ana, saya tak dapat cari jawapannya sekarang. Penyakit Ana ni dah terlalu serius. Mungkin boleh sembuh atau sebaliknya. Lihat pada kekuatan diri pesakit tu sendiri."
Herly Diana menelan air liur. Perasaannya tidak tenteram mendengar kata-kata Dr Haris.
"Sekiranya tak dapat disembuhkan, apakah tak ada harapan hidup buat saya, Doktor?" Gementar suara Herly Diana barkata. Airmatanya sudah bertakung dikelopak mata.
"Berserahlah pada takdir, Ana. Segalanya Dialah yang menentukan. Kami akan ikhtiar agar penyakit Ana dapat disembuhkan." Dr Haris cuba menenangkan.
Sebagai tanda mengakhiri pertemuan, Dr Haris berkata.
"Ana mesti segera melaporkan diri ke hospital besar. Ana akan dapat rawatan yang lebih baik di sana. Kemungkinan kami perlu buat pembedahan."
Herly Diana menahan perasaan mendengarkan semua itu. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia teringat hari matinya.
Bila Herly Diana diam sahaja, Dr Haris berkata lagi.
"Gejala terakhir bahayanya penyakit Ana ni ialah kabur pandangan. Mungkin ianya akan jadi buta sebelum sempat diberi rawatan. Oleh itu saya harap janganlah Ana berlengah-lengah lagi untuk ke hospital."
Kata-kata terakhir Dr Haris begitu meresahkan perasaan Herly Diana. Dia tidak sedikit pun menyangka akan sejauh ini perginya penyakit yang dideritai.
Herly Diana sudah tidak berdaya untuk meneruskan langkahnya pergi melawat Shah Effendi. Jauh di sudut hatinya berbisik. 'Apalah gunanya aku diberi rawatan lagi, seandainya memang sudah takda harapan ku untuk hidup.' Herly Diana seakan tahu, Dr Haris sengaja menyembunyikan sesuatu untuk menyenangkan perasaannya.
Setibanya di hospital, Herly Diana cuba mengukir senyuman. Lebih-lebih lagi bila lihat wajah Shah Effendi berseri-seri apabila melihat kedatangannya.
Herly Diana disambut mesra oleh keluarga Shah Effendi. Sesudah bersalaman, keluarga Shah Effendi meninggalkan anaknya berdua sahaja dengan Herly Diana. Herly Diana menyampaikan salam Puan Alimah dan juga buah tangan yang dikirim.
"Baik betul Puan Alimah tu ya." Shah Effendi tersenyum memandang buah-buahan yang dikirim.
"Oh ya! Min apa khabar?"
Walaupun Shah Effendi bertanya dengan ikhlas, namun bagi Herly Diana pertanyaan itu bagai satu sindiran. Tiba-tiba sahaja penyesalan kerana meninggalkan Shah Effendi sendirian malam itu, timbul kembali.
Herly Diana dikejutkan oleh senggolan tangan Shah Effendi. Jauh benar lamunannya. Shah Effendi yang memandang, kehairanan.
"Min baik-baik saja." Jawap Herly Diana acuh tak acuh.
Memang Norazmin tidak diberitahu tentang pemergiannya ke hospital melawat Shah Effendi. Tetapi tidak tahu kalau Norazmin sendiri sudah mengetahuinya melalui Puan Alimah.
Lama Mereka berdiam. Dalam diam itu Herly Diana sedar Shah Effendi memandangnya lama.
"Janganlah Shah pandang Erly macam tu."
Shah Effendi memegang tangan Herly Diana.
"Kenapa wajah Erly pucat? Erly Sakit ya?"
Herly Diana tahu berhadapan dengan Shah Effendi, dia tidak dapat menyembunyikan keresahan. Shah Effendi pasti dapat mengesan. Kerana itulah selama ini tidak ada rahsia mengenainya yang tidak diketahui oleh Shah Effendi.
Tetapi masaalahnya yang baru ini berat untuk diceritakan. Kalau boleh biarlah kali ini dia menanggungnya sendiri. Dia tidak mahu orang lain turut bersusah hati tentang penyakitnya.
Herly Diana cuba bersikap seperti biasa. Pertanyaan Shah Effendi hanya dijawap dengan gelengan kepala. Walau pun Shah Effendi tahu Herly Diana menyembunyikan sesuatu darinya, sengaja dia tidak mahu mengeruhkan lagi suasana dan menyusahkan hati sahabatnya. Bukan masanya untuk dia mendesak.
Untuk mengelakkan dari kesangsian Shah Effendi, Herly Diana tidak lama di situ. Dia meminta diri dengan alasan yang sesuai.
"Erly doakan moga Shah cepat sembuh."
"InsyaAllah.. asal Erly sentiasa di samping Shah." Balas Shah Effendi.
Herly Diana merenung Shah Effendi. Cuba cari perkataan yang sesuai.
"Erly tak mahu harapan yang begitu terus berkembang dalam hati mu, Shah."
Belum sempat Shah Effendi membalas, Herly Diana sudah melangkah pergi.
Semenjak itu fikiran Herly Diana tidak tenang. Dia tidak datang melawat Shah pada keesokan harinya. Sebelah malam, Puan Zahara menelefon dan bertanya tentang ketiadaannya di hospital. Herly Diana hanya memberi alasan yang dia sibuk satu hari itu.
Puan Zahara bercerita tentang keadaan Shah Effendi. Tidak disangka dengan ketiadaan Herly Diana hari itu, kesihatan Shah Effendi terganggu lagi. Apakah kerana Shah Effendi turut merasai kalau sahabatnya sedang bermasaalah?
"Kami langsung tidak dibenarkan jumpa Shah. Kata doktor Shah belum sedar. Bila dia sedar, dia tak henti-henti panggil nama Ana." Cerita Puan Zahara.
'Ah! Shah.. kau memang seorang sahabat yang tak boleh lihat sahabatmu bermasaalah. Mungkin kerana sikap ku semalam menjadi tanda tanya, maka kau tak sudah-sudah memikirkan sampai mengganggu kesihatanmu sendiri.' Bisik hati Herly Diana.
Herly Diana dikejutkan dengan panggilan ibunya. Untuk menyenangkan hati ibunya, Herly Diana berjanji akan melawat Shah Effendi esok hari.
Selesai berbual dengan ibunya, Herly Diana mengeluh berat. Perasaannya jadi sebak tiba-tiba. Dia mengawal keadaan dengan memerhati sekelilingnya. Baru dia sedar Norazmin sejak tadi sedang memerhatikan dirinya. Walaupun tiada pertanyaan, namun dari sinar mata, Herly Diana tahu Norazmin menyimpan perasaan cemburu.
SEPERTI selalunya hari Sabtu, Herly Diana akan pulang ke rumahnya. Niatnya untuk terus melawat Shah Effendi. Tetapi Norazmin menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Kerana tidak mahu Norazmin tersinggung disebabkan kejadian semalam, Herly Diana menurut sahaja. Terpaksa dia membatalkan rancangnnya untuk ke hospital. Mana mungkin dia meminta Norazmin menghantarnya ke sana.
Sepanjang perjalanan Herly Diana tidak selesa berhadapan dengan Norazmin yang sering mengawasi gerak gerinya.
"Sejak dua tiga hari ni, Min lihat Ana resah aje.. kenapa?" Tanya Norazmin sambil menumpukan perhatiannya lurus ke hadapan.
Herly Diana hanya menggeleng dan cuba memaksa dirinya bersikap seperti biasa.
"Barangkali terlalu memikirkan Shah?" Serkap Norazmin.
"Apa yang Min cakap ni?" Tanya Herly Diana tenang.
"Cakap yang tersirat dari hati." Jawap Norazmin selamba.
"Semalam bukan main lagi nama Shah disebut dalam perbualan Ana dengan ibu Ana.?"
"Jangan cemburu melulu, Min."
"Min tak patut cemburu ke? Betulkan kalau Min kata Shah lebih beruntung sebab dapat menambat hati ibu Ana!"
"Kenapa Min tuduh Shah macam tu dan membabitkan ibu Ana pula?" Herly Diana bertanya dengan suara agak keras sedikit.
"Hai.. membela nampak?"
"Sebab Shah adalah sahabat Ana dan ibu Ana adalah ibu Ana."
"Min tau… Ibu yang tersayang dan sahabat yang istimewa… kan? Jadi Min ni siapa pada Ana?"
"Min!!" Herly Diana hampir terjerit. Norazmin masih selamba menumpukan perhatiannya ke hadapan.
Herly Diana melepaskan keluhan serta memalingkan wajahnya ke kiri. Peralihan yang agak tergesa-gesa menyebabkan pandangannya gelap tiba-tiba. Kepalanya rasa bisa. Dia masih dapat mendengar suara Norazmin menyatakan sesuatu. Tetapi tidak diketahui butir bicaranya.
Pada saat itu Herly Diana bermohon agar dipelihara kesihatannya. Tidak mahu masaalahnya diketahui oleh Norazmin. Suasana tidak bersesuaian.
Menyedari tiap kata-katanya dipandang sepi oleh Herly Diana, Norazmin menoleh ke sisi. Herly Diana sudah dapat menyedari keadaan sekelilingnya semula.
Kereta sudah berhenti. Rupanya mereka sudah sampai di parking kawasan blok rumah Herly Diana. Sebelum turun dari kereta, Herly Diana memandang Norazmin. Mereka saling bertatapan.
"Cinta Ana tak terbagi pada dua, Min."
Setelah itu Herly Diana terus keluar dan berjalan perlahan-lahan menuju ke bloknya. Semasa menaiki tangga, dia masih merasakan sisa-sisa bisa di kepala. Sesekali matanya terkelip untuk penglihatan yang lebih jelas.
Ibunya tiada di rumah. Mungkin masih di hospital. Setelah pintu pagar terbuka, tiba-tiba satu sampul surat panjang berwarna kuning terjatuh dari celah-celah pintu pagar. Herly Diana mengutipnya dan mendapati surat itu ditujukan untuk ibunya.
Terkejut sekali bila dia mengenal pasti surat itu datang dari Dr Haris. Tertera alamat klinik Dr Haris di satu sudut sampul surat itu.
Mengapa Dr Haris mengirim surat untuk ibunya? Apakah soal penyakitnya yang hendak diberitahu? Herly Diana agak mungkin surat itu hendak disampaikan sendiri oleh Dr Haris pada Puan Zahara dan kebetulan Puan Zahara tiada di rumah. Makanya Dr Haris hanya menyelitkan sahaja di situ.
Herly Diana akui Dr Haris adalah kawan baik arwah bapanya semenjak dia masih kecil lagi. Sudah tentulah dia begitu mengambil berat dengan kesihatan anak kawan baiknya sendiri. Sehingga sanggup dia datang untuk menemui isteri kawannya.
Herly Diana segera menguncikan diri di dalam bilik. Tiada perkara lain difikirkan selain ingin menceroboh surat yang bukan kepunyaannya untuk mengetahui isi surat itu.
Herly Diana hampir pengsan bila mengetahui kandungan isi surat itu. Airmatanya mengalir deras sekali. Dia memang sudah menjangka Dr Haris sengaja merahsiakan kenyataan yang sebenar darinya.
'Ya Allah… aku bersyukur surat ini tidak lebih dulu sampai ke tangan ibuku..'
Dia mengoyakkan surat itu dan membuangnya. Biarlah perkara ini menjadi rahsia. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang penyakitnya. Tidak sanggup rasanya melihat wajah-wajah orang yang disayangi dalam kegusaran memikirkan nasibnya. Biarlah mereka semua meratapi nasibnya setelah ketiadaannya nanti. Sekurang-kurangnya terlepas dari berlaku di hadapan mata.
Ketika Puan Zahara pulang, Herly Diana sudah berkeadaan seperti biasa.
"Kenapa Ana tak terus ke hospital tengok Shah?" Herly Diana diserbu dengan pertanyaan itu semasa membukakan pintu untuk ibunya.
"Ana letih sangat hari ni, mak." Jawap Herly Diana lemah.
Puan Zahara memandang anak gadisnya. Seolah-olah mengesyaki sesuatu. Pada pandangan Puan Zahara, Herly Diana berbeza sekali kali ini.
"Ana tak sihat ke?"
Herly Diana cepat menggeleng. Dia bertanya khabar Shah Effendi sebagai menukar topik perbualan.
"Masa kami tinggalkan tadi, Shah tengah tidur. Keadaannya dah normal balik lah. Dia bertanya kan Ana tadi." Terang Puan Zahara separuh berbisik. Puan Zahara melihat anaknya diam sahaja sambil menunduk.
"Ana..," panggil Puan Zahara lembut. Herly Diana menatap ibunya. "Mak ada hal nak cakap dengan Ana."
"Apa dia mak?"
"Sejak mak melawat Shah dua tiga hari ni, mak jadi kesian kat dia. Selama ni Shah banyak ambil berat tentang diri mak dan Ana sendiri. Dia pemuda yang baik dan berbudi bahasa. Tapi mak kurang pasti apa sebenarnya perubungan kalian?"
Herly Diana mengeluh. Seolah-olah tahu tujuan ibunya berkata begitu.
"Pernah kedua orang tua Shah bertanyakan Ana pada mak. Mak agak mereka berkenan nak jadikan Ana sebagai menantu mereka."
Herly Diana masih tetap tenang. Ketenangan itu malah meresahkan hati Puan Zahara.
"Hajat mereka sungguh baik, Ana. Mak tengok Shah pun tak kurang sempurna. Yang penting dia jujur dan berhati emas. Fikirkanlah Ana. Ana sendiri dah lama berkawan dengan dia. Tentu Ana lebih mengetahui isi hati Shah."
Dalam diam Herly Diana kesal kerana kedua orang tua Shah Effendi dan ibunya sendiri tidak tahu kedudukan sebenarnya perhubungan dia dan Shah Effendi.
Herly Diana minta diberi masa untuk memikirkan soal itu. Kemudian mengurung diri di bilik dan menatapi wajahnya di cermin. Tetapi yang ada di hadapannya ialah wajah Norazmin. Seorang pemuda yang sangat dicintai.
Tiba-tiba wajah itu bertukar pula menjadi wajah Shah Effendi. Wajah sahabat setianya dengan pandangan sayu penuh pengharapan.
Kemudian wajah itu bertukar pula menjadi wajahnya sendiri. Jelas kelihatan bengkak di matanya. Herly Diana menutup mukanya dan menangis lagi. Fikirannya kacau memikirkan kekasih, sahabat dan penyakitnya.
'Diana!'
Tiba-tiba satu suara memanggilnya. Herly Diana mencari arah suara itu. Di hadapan cermin masih ada bayangan wajahnya. Herly Diana yakin suara tadi adalah suara hatinya.
'Kau sayangkan ibumu, sahabat dan kekasihmu bukan?' Tanya bayangan itu. Herly Diana mengangguk.
'Kalau gitu kenapa nak kusutkan fikiran sendiri? Bukankah itu akan membuat mereka mengesyaki bahawa kau ada menyimpan masaalah besar.'
"Kau mahu aku bagaimana ha! Apa yang mesti aku lakukan?" Tanya Herly Diana sayu.
'Gesatkan airmatamu. Biarlah ia tak mengalir lagi buat selama-lamanya. Ubah sikap kau supaya nampak riang dan ceria selalu. Mereka bahgia kalau kau gembira. Dan kau harus melakukan sesuatu yang tepat agar orang-orang yang kau sayang takkan kecewa dengan ketiadaan mu nanti.'
"Maksud kau?"
'Cintailah sahabatmu sendiri.'
"Huh! Aku..," Herly Diana tergagap seketika.
'Kau tentu tak mahu lihat dia kecewakan?'
"Tapi Norazmin.."
'Kau mampu menyintai kedua-duanya sekali.'
"Mustahil!!"
'Tidak ada perkara mustahil dalam hidupmu yang tersisa itu Diana. Jangan kau buat-buat lupa. Mahu ke kau meninggalkan orang yang kau sayang dalam kehampaan? Sedangkan di saat-saat akhir hidupmu, kau boleh berkorban demi kebahgiaan mereka semua.'
"Tapi aku tak menyintainya."
'Kau boleh! Kalau kau boleh menyayanginya sebagai sahabat, kenapa kau tak boleh menyintai sahabatmu sendiri?'
"Tidak!! Aku tak mahu Norazmin kecewa." Kata Herly Diana sambil menggeleng kepala. Bayangan itu mentertawakannya.
'Kau lupa Diana, dia juga akan kecewa nanti bila kau dah tak ada. Tapi kekecewaannya berbalas dengan sedikit kebahgiaan, kerana dia tahu kamu menyintainya. Tapi Shah? Apa kebahagiaan yang kau tinggalkan untuknya selama ini?'
Herly Diana tercengang mendengarnya.
'Dia berjaya tak menunjukkan rasa kecewanya selama ini depan kau. Tapi kekecewaan yang dirasa mungkin bertambah parah dengan pemergianmu. Shah sakit, Diana! Dia perlukan pengawasan dan kasih sayang. Kau suka kalau sahabat mu itu menderita menanggung perasaan terhadap mu? Kau kata kau tak mahu mengecewakan orang yang kau sayang? Jadi apa salahnya kau mengakhiri masaalahmu dengan menerima cinta kedua-duanya? Kalau pun kau hanya menyintai Norazmin seorang, kau tak mungkin berkahwin dengan dia pun, Diana.'
Herly Diana mengangguk dalam linangan airmata.
"Aku tahu! Aku takkan dapat hidup untuk menanti saat perkahwinan."
'Oleh itu terimalah hakikat bahawa segala di dunia ini bukan milik kita yang kekal. Segala-galanya perlu perkongsian. Fikirkanlah..'
Suara bayangan itu terus lenyap bersama hayalan Herly Diana yang terputus.
"Astaghafirullahalazim.." Dia meraup seluruh mukanya dengan tangan seolah menghilangkan bayangan tadi.
Herly Diana berfikir semula dan memberi andaian terhadap perawakan kedua pemuda dalam hidupnya itu.
Pada dia, Shah Effendi seorang yang pandai menghibur dan mengambil hati. Di antara mereka jarang bermasam muka. Jika ada perselisihan jarang berlarutan. Selalu sabar dengan kerenah Herly Diana. Tidak pernah berkecil hati walau pernah dikecewakan. Herly Diana akui, dia senang sekali di samping Shah Effendi. Tetapi perasaan sayangnya pada Shah Effendi tidak lebih dari seorang sahabat.
Sementara Norazmin pula, saat pertama kali bertatapan sudah ada debaran di hatinya. Biarpun di awal perkenalan mereka terjadi sedikit perselisihan, namun Herly Diana menganggap peristiwa itu sebagai satu sejarah paling manis dalam hidupnya. Perasaan cinta yang hadir begitu ikhlas tanpa sebarang paksaan.
Yang peliknya sehingga kini masih ada sahaja yang tidak kena pada perhubungan mereka. Bila-bila pun pasti terjadi persengketaan di antara mereka. Perkara yang kecil sering dibesarkan hingga berlarutan menyebabkan pertengkaran. Terkadang memakan masa untuk menyelesaikan.
Herly Diana akui dia mudah tersinggung bila Norazmin bergurau atau cakap berlebihan. Sedangkan perkara yang sama juga biasa dialaminya ketika bersama Shah Effendi. Tidak pula dia sampai tersinggung. Herly Diana kurang pasti siapa di antara mereka yang tidak pandai mengambil hati. Tetapi Herly Diana akui, Norazminlah orang pertama yang membuat dia jatuh cinta.
Terluah keluhan Herly Diana. Kedua-dua pemuda itu amat bererti baginya.
'Diana!' Tiba-tiba suara bayangan itu datang lagi.
'Mengapa berfikir begitu lama? Kau menganggap mereka berdua amat bererti dalam hidupmu bukan? Lalu apa yang mesti difikirkan lagi? Kalau kau tak dapat buat keputusan yang adil, bererti kau gagal melakukan satu pengorbanan di saat akhir hidupmu., Diana!'
"Tidak!! Aku tak mahu gagal. Aku mahu pengorbanan ku dikenang walau aku sudah tiada."
Herly Diana cuba menghapuskan bayangan dan suara itu dengan menggelengkan kepalanya. Bila dia sedar kembali, dia sudah bertekad untuk menghapuskan kusut fikirannya mulai saat itu juga. Hanya yang diharapkan selepas itu ialah pengertian dari Norazmin tentang keputusannya. Herly Diana mengesat saki baki airmatanya.
Keesokan harinya ketika melawat Shah Effendi, Herly Diana menunjukkan wajah paling ceria di hadapan sahabatnya. Shah Effendi merasa penderitaannya semalam terus hilang bila Herly Diana melawatnya hari itu.
"Kalau Shah dah keluar nanti, ada berita baik yang Erly nak beritahu."
"Ye ke? Berita apa tu?"
"Kalau Shah nak tahu… rajin-rajinlah makan ubat. Biar cepat sembuh dan cepat keluar." Herly Diana melemparkan senyum mesra. Kedua orang tua Shah Effendi senang sekali dengan kemesraan mereka.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedih la...
^sakura hana^