Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sabrina menatap plastik ubat di atas meja kecil di sebelah katilnya. Kemudian dia menatap pula luka di kedua-dua telapak tangannya. Sudah disapu ubat luka. Mungkin esok atau lusa, luka itu akan menjadi parut. Cuma punggungnya masih terasa sengal. Masih sakit. Dia mengeluh perlahan. Ketukan di pintu bilik, memaksa dia menoleh. Sedikit malas, dia mengangkat punggung, bergerak ke arah pintu. Daun pintu dibuka perlahan. "Abah…," Datuk Hamidi mengukir senyum. "Mama cakap Ina jatuh. Teruk ke?." Sabrina tersenyum. Perlahan dia menggeleng. Dia melangkah keluar sambil menutup pintu bilik. "Teruk ke?," "Taklah. Sikit je, abah," "Macam mana boleh jatuh?," Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Datuk Hamidi bergerak ke sofa. Memberi isyarat agar dia turut melabuhkan punggung di situ. Sabrina akur. Terus melabuhkan punggung ke sofa, bertentangan dengan Datuk Hamidi. Datuk Hamidi menghela nafas buat seketika. "Macam mana boleh jatuh?,"sekali lagi soalan itu meniti di bibir bapa mertuanya itu. "Terlanggar batu. Saya terlanggar batu,"jawab Sabrina ringkas. "Bukan sebab bergaduh dengan Bad? Bad tak kasari Ina, kan?," Laju Sabrina menggeleng. Laju juga jemarinya menutup lengan yang lebam. Tidak mahu Datuk Hamidi melihat lebam di lengannya. "Betul?," Sabrina mengangguk. "Badrul tu panas paran. Abah risau kalau-kalau dia tak dapat kawal emosi dia. Sebab, abah tengok kebelakangan ni, dia macam terganggu. Sering memberontak," Sabrina mengukir senyum. "Abah tak suka anak abah ringan tangan memukul isteri. Kalau Bad ada buat macam tu pada Ina. Beritahu abah. Jangan rahsiakan," "Tak adalah…," "Kenapa? Abah ingat anak mama tu jahat sangat?," Belum sempat Sabrina menghabiskan kata-kata, lantang suara itu memecah keheningan malam. Sabrina diam. Mematung di sofa sambil memandang wajah Datin Hamidah yang cukup mencuka. Marah apabila Datuk Hamidi menuduh anak lelakinya. "Mama…," "Abah dengar sini. Mama kenal sangat anak mama. Anak mama bukan jenis lelaki yang pukul perempuan. Jangan nak mereka cerita pasal Badrul pula. Mama tak suka. Anak mama baik. Cuma tak tahu apa malangnya terpaksa pula kena kahwin dengan perempuan murah ni," "Jaga sikit mulut tu…," "Kenapa? Tak betul apa mama cakap tu? Kenapa Abah tiba-tiba baik sangat budak ni? apa yang dah dia jampi kat abah? Mengikut saja apa kata dia…," Sabrina tunduk. Cuba pekakkan telinga mendengar kata-kata itu. Cuba menasihati minda agar kata-kata yang menerpa di telinga itu tidak dicernakan. Tidak mahu hati terus merintih sedih sebenarnya. Dia harus kuat hadapi semua ini. Kerana sekarang Cuma dia yang boleh membantu dirinya sendiri. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi. Dia sudah kehilangan insan-insan yang sentiasa berada di belakangnya. "Tak baik cakap macam tu, mama," "Dah tu, abah tu? Cakap anak kita macam tu, baik sangat ke?,"soal Datin Hamidah geram. Datuk Hamidi menggeleng perlahan. "Midah… kita kenal anak kita. Kita kenal Badrul. Abah Cuma tak nak dia khilaf dalam amarahnya sendiri," "Badrul tahu kawal dirinya. Lagipun, kalau dia yang pukul budak ni, takkan dia pergi hantar ke klinik," "Tak. Saya jatuh abah…Datin… Saya terjatuh. Badrul tak pernah pun mengasari saya. Mungkin dia marah pada saya. Tapi, dia tak pernah kasari saya," "Memanglah. Sebab anak aku tu, baik… Anak aku tu anak orang baik-baik,"sinis Datin Hamidah menyampuk. Sabrina tunduk. "Mama… Kalau setakat nak bertengkar, baik mama jangan duduk di sini," "Haii… menghalau mama pula? Mula-mula halau mama dari ruang ni. Nanti, halau mama dari rumah ni pula ya? Pandai kau pengaruhi suami aku ni, ya?," "Mama…," "Yalah. Mama pergi. Mama pun tak ingin nak tengok muka menantu kesayangan abah ni. Abah pandanglah menantu abah ni puas-puas,"Datin Hamidah bersuara sambil berlalu. Sabrina menarik nafas panjang. "Ina…," "Saya tak apa-apa, abah. Jangan bimbang," "Mama tu, baik sebenarnya. Cuma…Ina bagilah dia sedikit masa. Semua yang berlaku ni, buat dia terkejut. Buat dia susah nak terima kenyataan. Abah yakin Ina boleh faham keadaan mama," "Saya faham, ayah,"balas Sabrina perlahan. Memang dia faham perasaan semua orang. Siapa yang suka dengan apa yang berlaku ini? Tiada sendiri pun tidak pernah meminta semua ini menimpanya. Cuma, malangnya manusia di sekeliling sahaja yang tidak pernah nahu belajar memahami dirinya juga. "Petang tadi, Ina pergi ambil kereta kan? Mana keretanya?," "Badrul minta orang yang pergi ambil nanti…," "Kenapa? Kan Ina boleh drive sendiri?," Sabrina termangu. Apa yang hendak dia jawab? Takkan dia hendak bercerita tentang Badrul yang hampir bertumbuk dengan Ikmal. "Tangan Sabrina dah macam tu. Macam mana nak drive?," Sabrina menoleh. Badrul tercegat di hujung tangga. Mendengar pernjelasan Badrul, Sabrina tidak berminat untuk bersuara. Jelas Badrul cuba sembunyikan pekung di dada. Mahu rahsiakan apa yang terjadi daripada pengetahuan bapanya. "Kamu dari mana ni?,"Datuk Hamidi bertanya tiba-tiba. "Keluar. Jumpa kawan," "Tiap-tiap malam keluar jumpa kawan?," Badrul menjungkit bahu sambil melangkah menuju ke bilik. "Duduklah dulu," "Saya nak mandilah, abah. Rimas rasanya ni," Datuk Hamidi tidak bersuara lagi. Sekadar membiarkan Badrul terus berlalu. Sabrina pula lebih senang menjadi pemerhati. Dia mengerti maksud kata-kata Badrul. Dirinya yang membuat Badrul rimas sebenarnya. "Ina?," Sabrina tersentak kecil. "Kenapa ni?," "Ha? Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa, abah," "Ina dengan Badrul macam mana sekarang?," Sabrina tersenyum. Diam. Soalan itu dibiarkan sepi. Rasanya bapa mertuanya itu pun sudah maklum akan situasi sebenar perkahwinan anak tunggalnya itu. Tidak perlu rasanya untuk dia membuka cerita. Satu rumah itu pun sudah maklum. "Badrul ke mana tadi tu?," Sabrina menggeleng. "Takkan dia tak beritahu Ina, ke mana dia nak pergi?," Sekali lagi Sabrina menggeleng. Memang dia tidak tahu. Badrul tidak beritahu apa-apa kepadanya. Dia faham. Dia tidak berhak untuk mencampuri urusan hidup Badrul. Urusan peribadi Badrul. "Ina belajarlah sesuaikan diri. Abah yakin, lama- kelamaan baik Ina atau pun Badrul… kamu berdua pasti dapat terima kenyataan,"Datuk Hamidi bersuara tiba-tiba. Sabrina mengeluh perlahan. Kata-kata Datuk Hamidi kedengaran cukup mudah. Penuh dengan harapan kebahagiaan. Namun, realitinya semudah itu kah? Dia tidak Nampak walau sedikit cahaya kebahagiaan pun di dalam ikatan perkahwinan yang baru dia meterai itu. dia sendiri pun, tidak tahu apa sebenarnya yang dia harapkan daripada ikatan ini? Perkahwinan ini membuat perasaannya mati. Membuat dia terperangkap dia dalam lorong yang amat gelap. Terlalu gelap, sehingga dia tidak tahu di mana harus dia mulakan langkah. Tidak Nampak arah yang perlu dia tuju. "Abah rasa, mungkin kamu berdua patut luangkan masa bersama. Luangkan masa berdua. Barangkali itu boleh membantu," Sabrina memandang wajah Datuk Hamidi dengan kening yang berkerut. Tidak faham maksud kata-kata lelaki itu. "Maksud abah?," "Spend more time together. Honeymoon?," "Hah?!,"spontan soalan terkejut itu terpacul dari bibir Sabrina. "Kita tak boleh mengharapkan sesuatu perkara itu berubah menjadi baik dengan hanya berserah saja. Kita kena berusaha ke arah itu. Abah rasa honeymoon satu usaha yang baik. Mungkin kamu berdua boleh lebih mengenali diri masing-masing," "Tak payahlah, abah," "Bincanglah dengan Badrul. Nanti beritahu abah. Abah akan sponsor honeymoon kamu berdua. Anggaplah ini hadiah perkahwinan dari abah," Sabrina tersenyum kelat. Tidak masuk akal saranan bapa mertuanya itu. "Fikirkan cadangan abah ni,"Datuk Hamidi bersuara sambil mengangkat punggung. Sabrina Cuma mendengar. Tiada reaksi yang dia berikan. Fikirkan? Sabrina tersenyum sinis. Sebaiknya dia fikirkan bagaimana caranya untuk dia akhiri semua ketegangan yang timbul ini. Fikirkan bagaimana caranya untuk dia akhiri perkahwinan penuh khayalan ini. Dia memandang kosong Datuk Hamidi yang berlalu menuju ke biliknya. Kemudian dia termangu sendirian di sofa. Tidak tahu mahu dihayun ke mana langkah kakinya. Mahu masuk ke bilik, dia tidak mahu mengganggu Badrul. Sudahnya, dia bergerak ke balkoni. Menikmati kegelapan malam di situ. Rasa mengantuk yang menjengah, ditahan. Tunggulah sehingga Badrul lena. Itulah rutin hariannya kini. "Ek hem…," Sabrina menoleh. Badrul tercegat di belakangnya. Santai bersama track suit dan t-shirt hitamnya. Baru selesai mandi barangkali. Seketika kemudian, dia kembali menebarkan pandangan pada kegelapan malam. Badrul bergerak ke pagar balkoni. Bersandar sambil memandang Sabrina yang leka melayan menungnya. "Macam mana? Sakit lagi ke?," Sabrina mengalih pandangan. Merenung tepat ke wajah Badrul. Bukan sedikit hairan yang membukit di benaknya saat ini. Hairan melihat perubahan Badrul yang mendadak. Lembut bicara lelaki itu "Tak. Sikit saja,"jawab Sabrina pendek. Badrul mengeluh panjang. "Apa kau cakap dengan abah?," "Tak ada apa-apa," "Ada abah Tanya pasal kita?," "Macam biasalah. Saya rasa dengan awak pun, abah Tanya soalan yang sama," "Kalau boleh jangan selalu sangat bersembang dengan abah,"Badrul bersuara tanpa memandang wajah Sabrina. Sabrina merenungnya hairan. "Kenapa?," "Aku tahu. Kau cuba pengaruhi abah kan? Sebab, dalam rumah ini, Cuma abah saja yang beri perhatian pada kau," Sabrina mengeluh perlahan. Tuduhan tidak berasas lagi. "Awak… saya nak minta maaf pasal petang tadi. Saya tak bermaksud nak tengking awak. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba saya hilang sabar,"Sabrina bersuara tanpa menghiraukan tuduhan Badrul. Badrul tersenyum sinis. Entah kenapa, sakit hatinya melihat senyuman lelaki itu. "Siapa yang boleh sabar kalau buah hati kena kutuk. Ya tak?,"sindir Badrul pedas. Sabrina merenung wajah itu buat seketika. Akhirnya dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Malas melayan bicara Badrul yang menyakitkan hati. "Bila lagi kau nak jumpa dengan dia?," Sabrina diam. Badrul tergelak. Gelak yang membuat Sabrina berasa tersindir. Memang Badrul tetap tidak mempercayai kata-katanya. Masih menganggap dialah punca segala insiden memalukan itu. "Kalau awak tak percaya pada saya, saya rasa, baik kita tamatkan semua ni. Buat apa kita saling tuduh- menuduh, kemudia bertengkar? ," "I told you, jangan harap," "Kenapa?," "Sebab ini yang kau mahu kan? Kan kau nak hidup bersama aku. Kau dah rancang nak kena tangkap basah dengan aku. Jadi, takkan aku nak kecewakan kau, kan?," "Suka hatilah awak nak cakap apa," "Tengok tu. Tiba-tiba kau dah jadi kuat ya? Kalau tak asyik dengan air mata saja," Sabrina diam lagi. Dia nekad, untuk terus membiarkan kata-kata pedih itu berlalu pergi. Tiada guna dia pertahankan kebenaran, kalau tiada siapa yang mahu menilainya. Tiada guna dia terus menangis kalau tiada siapa yang sudi memujuknya. Tiada guna dia terus bertelagah kalau akhirnya dia tersungkur di kaki amarah. Biarlah dia menjadi pemerhati untuk setiap tindakan. Melatih kesabaran biar menebal di hatinya yang parah.
citer ni memang best x sabo nak sambung lagi tp sy dah dpt agak rasanya maria yg rancang supaya sabrina di tangkap basah sebab dia nak pangkat n ikmal gak...maybe..sambungla cepat
bez la gak..so,good luck n good job..truskn coz kami sume masih tertunggu-tunggu sambungan nya..TAHNIAH...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xsabar nk tgu sambungannya..
^sakura hana^