BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 04, 2008
Novel : Pergilah Airmata 6
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Jadi juga kamu ambil barang-barang kamu ya?,"
Sabrina mengangguk.
"Itulah yang kamu nak sebenarnya, kan?,"
"Nak? Nak apa mama?,"
Bulat membutang mata Datin Hamidah merenungnya.
"Jangan panggil aku mama. Aku tak pernah terima kau menjadi menantu aku, tahu!,"
Sabrina tunduk.
"Saya minta maaf, Datin,"
"Huh! Itu sajalah yang kamu tahu. Maaf…Maaf…Maaf…,"
Sabrina diam. Melawan air mata yang mahu bertandang. Dia penat menangis. Dia tidak mahu menangis lagi.
"Kamu memang ada niat nak tinggal dalam rumah besar ni, kan?,"
"Apa maksud Datin?,"
"Kamu sengaja masuk bilik anak aku. Sengaja rancang tangkap basah tu, kan? Semata-mata nak hidup senang dalam rumah besar ni. Kan? Aku tak fahamlah. Manusia zaman sekarang, sanggup buat apa saja semata-mata nak hidup senang. Sanggup gadai maruah sendiri. Sanggup biarkan diri kena tangkap khalwat dengan orang yang kau sendiri tak kenal betul buruk baik perangainya,"
"Tak. Saya bukan macam tu, Datin. Saya pun tak…,"
"Dah…dah… aku tak nak dengar alasan kau yang berkarung-karung tu. Aku nak kau ingat satu perkara saja. Jangan ingat, bila kau dah boleh masuk dalam rumah ni, hidup kau akan senang. Tak. Jangan nak bermimpi,"
Sabrina sebak menahan sendu. Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Terus memburu pendengarannya. Setiap kali teringatkan kata-kata Datin Hamidah, terasa betapa kotornya dia di dalam banglo itu. Tidak pernah dia bermimpi untuk tinggal di situ. Keluarga Datuk Hamidi pun dia tidak pernah kenal. Badrul sendiri pun dia tidak pernah kenal. Bagaimana mungkin dia boleh menyimpan niat sejahat itu pada Badrul dan keluarganya? Air mata yang mulai memberat di bibir mata, cepat-cepat dia sapu. Tidak mahu air mata itu menitis di hadapan Badrul. Takut kata-kata sinis Badrul pula yang menghiris perasaannnya. Hatinya yang remuk bagai tidak dapat dirawat lagi.
"Kau ni, kenapa pula?,"
Sabrina menggeleng laju. Badrul menjeling sekilas. Bukan dia tidak sedar akan air mata yang bertakung di mata gadis itu. Melihat gelengan Sabrina, dia terus menyambung kosentrasi pada pemanduannya. Malas melihat air mata gadis itu. Namun, dia sedar. Kebelakangan ini, Sabrina berusaha untuk tidak menitiskan air mata di hadapannya. Setiap permintaannya, pasti Sabrina akan penuhi.
"Kat mana rumah sewa kau?,"
Sabrina mengangkat muka perlahan.
"Jalan terus. Selang tiga rumah, itulah rumah saya,"
"Siapa ada di sana sekarang?,"
"Entah. Mungkin kawan saya,"
Badrul diam. Terus mengemudi kereta dengan berhati-hati.
Sabrina menahan nafas seketika. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang sebaik Badrul memperlahankan kereta di hadapan teres dua tingkat yang dia sewa bersama Maria. Toyota Rush hitam di hadapan pagar membuat nafasnya menjadi sesak. Membuat sendu bertandang lagi. Membuat jemarinya dingin serta merta. Kenapa kereta itu harus berada di situ?
"Tak nak turun ke?,"
Sabrina tersentak. Soalan dingin Badrul tidak dijawab. Perlahan dia membuka pintu kereta.
"Awak nak tunggu atau nak balik dulu?,"
"Suka hati akulah,"
"Tapi, saya balik dengan kereta saya ya?,"
"Kau keluar. Tinggalkan aku di sini. Aku nak tunggu ke. Tak nak tunggu ke, itu aku punya pasal. So, may you…?,"
Sabrina diam. Membiarkan sinis bicara Badrul larut di relung hatinya. Membekas di situ. Meninggalkan rasa ngilu yang pasti akan merembeskan lagi air mata di pipi. Perlahan dia menarik nafas. Perlahan juga dia melangkah keluar dari kereta. Melangkah perlahan mendekati Toyota Rush milik Ikmal. Apa Ikmal buat di sini? Bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki itu. Rasa malu tiba –tiba menyerbu. Malu untuk berdepan dengan Maria dan Badrul, walaupun apa yang berlaku bukanlah salahnya. Dia berpaling ke belakang. Badrul masih di situ. Memerhati tiap langkahnya dari dalam kereta. Dia berdiri seketika di pintu pagar. Mencari sisa kekuatan untuk berdepan dengan insan-insan yang dia sayang. Cuma itulah yang dia ada. Dia Cuma ada Maria dan Ikmal. Namun, rasanya situasi sekarang sudah tidak seperti dulu. Peristiwa hitam itu pasti akan mengubah segala-galanya. Perlahan dia menekan loceng di pintu pagar. Agak lama, Maria terjengul di muka pintu. Dia kaku menatap wajah Maria. Tidak tahu harus menunjukkan reaksi yang bagaimana.
"Ina!,"
"Mar… aku…,"Sabrina cuba bersuara. Namun suaranya terputus di situ. Maria berkejar di pintu pagar. Melihat wajah Maria, air mata sudah laju turun di pipinya. Maria menolak pintu pagar. Memberi ruang Sabrina melangkah masuk.
"Ina…kau datang seorang ke?,"
"Mar…,"Sabrina cuba bersuara lagi. Sekali lagi juga, suaranya tersekat di kerongkong. Sudahnya dia menerkam Maria. Menjatuhkan dirinya ke dalam pelukan Maria. Menangis di bahu Maria. Membuat Maria sedikit tergamam.
"Ina. Sudah. Cuba bertenang. Kenapa ni?,"
Sabrina terus menangis. Tidak punya kekuatan untuk menjawab soalan Maria. Sudah lama dia ingin melampiaskan kesedihannya pada seseorang. Pada seseorang yang rapat dengannya.
"Kita masuk dulu,"Maria bersuara sambil memaut bahu Sabrina. Membiarkan sahaja Sabrina terus melayan tangisnya. Masak dengan perangai Sabrina yang mudah menangis.
"Duduk dulu,"
Sabrina akur. Melabuhkan punggung ke sofa. Menyapu air mata yang bertandang tanpa henti. Maria mengambil tempat di sebelah Sabrina.
"Sorry Ina. Masa kau telefon aku, aku kat kampung. Line tak berapa elok. Sekarang ni, pula, memang aku sibuk sangat. Tak sempat nak telefon kau,"Maria bersuara sambil memandang wajah Sabrina yang basah dengan air mata.
Sabrina tunduk. Walau sedikit terkilan dengan sikap Maria, dia tidak boleh memaksa Maria memberi sepenuh perhatian padanya. Dia harus faham situasi Maria.
"Aku faham,"
"So, kau macam mana sekarang?,"
"Aku rasa teruk sangat Mar. Aku tak kuat nak lalui semua ini. Aku tak salah Mar. Aku tak salah,"
"Macam mana kau boleh ada dalam bilik orang tu?,"Maria bertanya perlahan.
"Aku tak tahu. Aku ingat itu nombor chalet yang kau bagi. Mungkin aku tersilap dengar…,"
Maria diam. Terus memandang wajah hiba temannya itu.
"D07 kan? Nombor tu yang kau cakap kat aku kan?,"soal Sabrina sambil menatap wajah Maria. Maria kerutkan kening.
"G07 lah Ina. Aku beritahu kau, G07,"
Mendengar kata-kata Maria, Sabrina sekali lagi menangis. Dia menutup muka dengan kedua-dua telapak tangannya. Bodohnya dia. Kerana kebodohannya yang sekecil itu, masa depannya gelap sama sekali.
"Bodohnya aku, Mar. Kenapa nasib aku jadi macam ni?,"
Maria memandang simpati.
"Aku tak tahu nak cakap apa, Ina. Aku tumpang simpati,"
"Aku dah tak boleh nak bersihkan nama aku. Semua orang ingat aku ni jahat, Mar. Semua orang ingat aku sengaja buat perangkap ni. Aku kehilangan segala-galanya. Segala-gala yang aku usahakan selama ini. Aku kehilangan kerja aku. Aku kehilangan Ikmal…,"
"Pasal kerja kau tu…aku minta maaf. Aku tak ada niat nak ambil- alih,"
"Aku faham, Mar. Encik Taufik telefon aku. Minta aku serahkan surat perletakan jawatan. Aku tak tahu dari mana dia tahu semua ni. Dia langsung tak beri peluang untuk aku bela diri. Sama dengan semua orang sekeliling aku sekarang. Lebih suka menuduh daripada mendengar. Dia juga beritahu aku, kau akan ambil alih tempat aku. Aku tak marah. Aku tahu, kau pun tersepit di tengah-tengah,"
Maria tersenyum kecil.
"Syukurlah kau faham,"
Sabrina tersenyum hiba. Jawatan yang dia idamkan, terpaksa dia lepaskan begitu sahaja. Dia tahu kini, Maria yang menyandang jawatan itu. Pengurus kewangan. Bermatian dia bekerja dan berusaha untuk sampai ke tahap itu. Belum sampai sebulan dia di kerusi itu, dia diminta berhenti kerja. Alasan Encik Taufik cukup mudah. Dia tidak perlukan pekerja yang tidak bermoral untuk berkhidmat di syarikatnya. Sabrina menyapu lagi air matanya.
"Aku datang nak ambil barang-barang aku…,"
Maria mengangguk perlahan.
"Ikmal?,"
Maria kerutkan kening.
"Aku Nampak keretanya kat depan,"
"Oh… dia datang tadi. Kereta aku rosak. Dia tolong hantar ke bengkel. Sebab, aku nak kena tunggu kau kat sini, kan?,"
Sabrina mengangguk perlahan. Rindunya dia pada Ikmal. Rindu yang tidak terucap. Namun, dia tahu, antara dia dengan Ikmal sudah menjadi kenangan. Dia sudah menjadi isteri orang.
"Maaf. Aku menyusahkan kau pula,"
Maria tersenyum manis.
"Tapi, kau boleh uruskan seorang kan? Aku nak keluar kejap. Kejap jer. Ada hal sikit. Kalau tak sempat tunggu aku, letak kunci rumah, kat tempat biasa,"
Sabrina diam seketika. Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa Maria di hadapannya bukan lagi Maria yang dulu. Maria Nampak berbeza. Maria sudah tidak berusaha menyejukkan hatinya seperti selalu. Maria tidak lagi memberi kata-kata semangat padanya. Adakah Maria pun sama dengan Ikmal? Sudah tidak percaya pada kata-katanya lagi? Adakah Maria pun sama dengan orang di luar sana yang lebih suka menghukumnya tanpa memberi kesempatan untuk dia membela diri?
"Boleh kan?,"
Rasa hiba menjenguk lagi. Dia mengangguk perlahan. Biarlah Maria ingin pergi. Dia tidak mahu memaksa. Dia ke sini pun sekadar mengambil barang-barang pentingnya sahaja. Maria tersenyum sambil mengangkat punggung.
"Thanks. Aku pergi dulu,"
Sabrina mengangguk lagi. Maria berlalu keluar. Dia pula menghayun langkah ke biliknya dengan perasaan yang kosong. Tiada lagi sedih. Tiada lagi hiba. Tiada juga marah. Dia seolah-olah sudah kehilangan rasa. Untuk seketika, dia memandang biliknya. Kemas dan tersusun seperti semasa dia tinggalkan hampir sebulan yang lalu. Perlahan dia membuka almari. Mengambil beg pakaian dan memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg. Selesai di situ, dia bertenggek di birai katil. Patung teddy bear besar di atas katil, dipegangnya. Hadiah Ikmal yang sering menjadi teman tidurnya. Hatinya berbisik. Perlukah hadiah ini dibawa bersama? Membawa hadiah ini, sama seperti dia membawa kenangan Ikmal bersamanya. Bagaimana mungkin dia boleh hidup bersama kenangan itu, walhal, saat ini dia sudah bergelar isteri kepada lelaki bernama Badrul. Tetapi, rasanya tidak kena untuk dia tinggalkan kenangan itu di sini. Akhirnya dia menarik patung besar itu ke pelukannya. Biarlah patung ini menjadi penemannya. Peneman untuk dia lalui hari-hari duka yang mendatang. Dia memandang sekeliling. Tiada lagi barang penting yang ingin dia bawa bersama. Dengan longlai, dia mencapai pen di meja solek sambil mengambil sehelai kertas dari dalam laci.

[ Maria, Aku dah ambil, semua yang aku mahu. Apa yang aku tinggal ni, terserahlah pada kau sama ada nak simpan atau buang….. Sabrina]

Perlahan dia melipat kertas itu, lalu diletakkan di atas meja solek. Perlahan juga dia mengangkat punggung. Mencapai beg pakaian yang besar, sambil mendukung teddy bear di pinggangnya. Buat kali terakhir dia memandang sekeliling biliknya sebelum dia melangkah keluar. Bergerak ke arah Gen 2 birunya. Memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta. Pergerakannya terhenti apabila sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar. Kereta milik Maria. Berderau darah naik ke muka, saat dia melihat Ikmal melangkah keluar dari kereta itu. Tergamam. Ikmal berdiri seketika sambil matanya tajam menikam wajah Sabrina. Dengan langkah sedikit kekok, dia melangkah masuk ke laman rumah. Sabrina tunduk. Tidak kuat berdepan dengan Ikmal. Kata-kata Ikmal tempoh hari masih berbekas di hatinya.
"Ina,"
Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Wajah Ikmal sedikit cengkung. Melihat wajah itu, meninggalkan rasa simpati di hati Sabrina. Pasti Ikmal sedih dengan apa yang berlaku.
"Abang sihat?,"soal Sabrina perlahan. Ikmal diam. Cuma matanya menangkap seraut wajah Sabrina sepuas-puasnya.
"Ina minta maaf. Ina dah kecewakan abang,"Sabrina bersuara lagi apabila melihat Ikmal membisu. Mata Ikmal terarah pada patung beruang di dalam pelukan Sabrina. Gadis itu masih mahukan hadiahnya. Hati Ikmal sedikit tersentuh.
Melihat kebisuan Ikmal, Sabrina menjadi salah tingkah.
"Ina pergi dulu ya?,"akhirnya Sabrina mengambil keputusan mengundur diri. Tidak betah berdepan dengan kebisuan Ikmal.
"Ina… tunggu,"
Sabrina menoleh. Ikmal bergerak ke kereta Maria. Mengeluarkan satu kotak dari situ, kemudian kembali mendapatkan Sabrina ini. Kotak itu dihulurkan pada Sabrina.
"Apa ni?,"
Ikmal diam lagi. Melihat kebisuan Ikmal, pantas tangannya membuka penutup kotak. Air mata jatuh lagi. Dia mengangkat muka. Memandang wajah Ikmal. Ikmal kelihatan sedikit serba salah. Bukan senang untuk dia membuat keputusan ini. Satu keputusan sukar yang perlu dia lakukan demi untuk melupakan kekasih hatinya itu. Dia tidak boleh terus melayan rasa cintanya pada isteri orang.
"Kenapa?,"dalam sebak Sabrina bertanya.
Ikmal menyepi.
"Macam tu sekali ke Abang bencikan Ina? Abang macam tak kenal Ina langsung,"
Hibanya hati Ikmal mendengar rintihan itu. Namun, apa dayanya?
"Mungkin ini yang terbaik untuk kita,"Ikmal bersuara serak. Melihat air mata Sabrina, mahu sahaja dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Mahu sahaja dia memujuk gadis itu seperti selalu. Tapi, dia tahu, semua itu salah.
Sabrina menyeka air matanya. Kotak berisi hadiah pemberiannya kepada Ikmal dipandang sekali lagi. Ikmal memulangkan semua hadiah yang pernah dia beri. Pilunya hati ini.
"Mungkin Ina pun tak patut simpan ini…."
Patung beruang terlepas dari tangannya. Ikmal menahan sebak. Sabrina pula, terus membiarkan air mata menemaninya. Tiada siapa lagi yang akan memujuknya selepas ini.
"Sama seperti yang ada di fikiran aku!,"
Sabrina tersentak. Ikmal menoleh.
"Ini tujuan sebenarnya kan? Siapa ni? Kekasih kau?,"keras soalan Badrul membuat Sabrina terkedu. Sangkanya Badrul sudah pulang.
"Ini…,"
"Ikmal,"Ikmal bersuara agak lantang. Geram melihat layanan kasar lelaki ini pada Sabrina.
"So, ini semua rancangan kau berdua ya? Berpakat nak mengikis harta aku?,"
"Tak,"hampir terjerit Sabrina menidakkan.
"Cakap baik-baik sikit,"Ikmal membalas geram. Sabrina kecut. Melihat wajah berang kedua-dua lelaki di hadapannya itu, membuat dia gerun.
"Jom, balik,"tengking Badrul sambil menarik tangan Sabrina.
"Tapi, kereta saya? Biar saya drive…,"
"Tak payah. Kau balik dengan aku!,"
"Minta maaf! Aku bukan nak masuk campur. Tapi, tolong jangan layan Sabrina macam ni,"suara Ikmal meninggi tiba-tiba.
"Kenapa? Kau nak aku layan kekasih kau ni, macam mana? Macam permaisuri? Dengar sini! Sabrina, aku tak akan lepaskan kau. Di hadapan kekasih hati kau ni, aku bersumpah aku akan pastikan hidup kau benar-benar hancur. Kau berdua tak akan dapat apa yang kau berdua rancangkan tu. Tak akan,"
"Apa kau cakap ni? Jangan sembarangan cakap,"
Badrul merengus marah. Tangan Sabrina disentap kuat, membuat Sabrina terdorong ke depan sambil menyeringai kesakitan.
"Jangan buat dia macam tu,"tengking Ikmal sambil menahan laluan Badrul.
"Kalau aku buat juga kenapa? Kau nak pukul aku? Silakan. Peliklah kau ni. Kau sanggup serah kekasih kau pada lelaki lain. Sanggup tengok kekasih kena tangkap basah tapi, kau tak sanggup tengok dia kena marah?,"
"Sudahlah tu!,"Sabrina menjerit tiba-tiba. Gerun melihat tangan Ikmal yang sudah mula mahu menghayun penumbuk ke muka Badrul. Juga gerun melihat wajah Badrul yang memerah menahan amarah.
"Sudahlah bang. Jangan macam ni,"
"Dia tak patut layan Ina macam ni,"
Sabrina memandang wajah Badrul.
"Saya balik dengan kereta saya?,"
"Balik dengan aku! Kereta tu, nanti suruh orang datang ambil,"tegas suara Badrul mengunci bicara Sabrina.
Suara yang mengundang geram di hati Ikmal sekali lagi. Entah kenapa hatinya sakit melihat Sabrina diperlakukan sebegitu.
"Abang… biarkan Ina,"Sabrina cepat-cepat bersuara sebaik melihat wajah marah Ikmal. Ikmal diam. Badrul pula terus menarik kasar tangan Sabrina, menuju ke kereta. Sabrina panjangkan langkah mengikut langkah Badrul yang laju. Sesungguhnya hatinya kecut memikirkan tindakan Badrul selepas ini.

Label:

posted by Penulisan2u @ 1:42 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:
  • At 4/11/08 8:17 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cpat la smbung..
    x sbar ni nk tau akhir cter ni..

     

  • At 4/11/08 8:58 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    smbung lg..makin best da ni..

     

  • At 4/11/08 9:37 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    kenapa blog akak x blh nk buka!!!
    ader blog yg lain ker???

     

  • At 4/11/08 11:56 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haah naper x leh bukak???
    huhuhuhuhuhu

     

  • At 4/11/08 2:57 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yelah...tak boleh bukak...ada laman web lain ke kak hanni

     

  • At 6/11/08 10:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Hanni,
    I tau u tutup blog sbb u tak nak pembaca2 bergaduh dalam blog u tu tapi u bukak aje blok u tanpa perlu bukan ruangan chat tu cukuplah dgn ruangan ulasa seperti ini ...i dah baca cerita ni sampai ke 8 tapi tlg lah bukak lagi blog u tu, thanks

     

  • At 6/11/08 3:55 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bkn ttp la..tp kena remove.
    blog yg br..manisnyakenangan.blogspot.com

     

  • At 6/8/09 1:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    maria tu mcm jht je...mst die yg rncg prgkap ina!!

     

  • At 30/7/10 10:04 PTG, Anonymous achik_ha said…

    tul la, sye pun rase Maria tu ade smething je yg die sorok kn..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group