BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, November 21, 2008
Novel : Pergilah Air Mata 10
Nama Pena : Hanni Ramsul

"Puan Sabrina,"
Sabrina menoleh. Memandang wajah kelat Jamilah.
"Ada apa, Kak Milah?,"
"Datuk suruh masuk. Dah malam ni. Sejuk kat luar ni, kan?,"
Sabrina tersenyum kecil.
"Saya nak ambil angin kejap. Kejap lagi saya masuklah,"
"Masuk jelah, Puan. Nanti saya kena marah pulak,"
"Tak payahlah panggil saya puan. Panggil Ina cukup,"
"Puan kan isteri majikan saya. Mana boleh panggil macam tu…,"
Sabrina tersenyum lagi. Dia sedar kata-kata Jamilah penuh dengan nada sinis. Memang Jamilah tidak pernah suka padanya sejak dari hari pertama dia melangkah masuk ke rumah ini. Tetapi, dia tidak boleh salahkan Jamilah.
"Dah lama Kak Milah kerja di sini?,"
"Kenapa pula Puan nak tahu,"
"Saja saya nak Tanya. Sebab Kak Milah Nampak macam sayang sangat pada keluarga ni. Mesti Kak Milah dah lama kerja dengan Datuk Hamidi, kan?,"
"Lamalah jugak…,"
"Berapa lama?,"
"Sejak Encik Badrul sekolah sampailah sekarang,"
"Oh…lama juga tu,"
Jamilah diam. Berdiri sambil memandang Sabrina yang tenang di buaian besi di halaman banglo.
"Encik Badrul tu, memang garang ke? Kak Milah?,"
Jamilah tersenyum sinis.
"Takkan Puan tak tahu perangai Encik Badrul tu?,"
"Mana saya tahu. Bukan saya kenal dia pun,"
"Kalau tak kenal, macam mana Puan boleh ada dalam bilik dia? Sampai kena tangkap basah? Sampai terpaksa kahwin?,"
Sabrina terseyum kelat.
"Sampai Kak Milah bukan main marah lagi dengan saya. Kan?,"
Jamilah menggaru kepala perlahan. Terkena dengan soalan Sabrina. Sabrina tersenyum lebar.
"Saya faham perasaan Kak Milah. Mestilah Kak Milah geram pada orang yang nak malukan keluarga Datuk Hamidi. Kan?,"
Jamilah tersenyum kecil. Entah kenapa makin dia cuba mencari kekurangan Sabrina untuk dia terus tanamkan rasa benci pada gadis itu, makin hilang kekurangan itu. Sikap Sabrina Nampak cukup berbeza dengan persepsi yang dilempar oleh seluruh keluarga itu.
"Puan tak marah pada saya ke?,"
"Janganlah panggil saya macam tu. Panggil saja Ina. Lagipun, gelaran tu, tak layak untuk saya,"
"Mana boleh macam tu…,"
"Saya bukan sesiapa di sini, Kak Milah. Saya tercampak ke sini. Tempat yang tak pernah saya tahu pun sebelum ni,"
"Maksud Puan?,"
Sabrina tersenyum lesu.
"Lupakanlah. Buat apa nak bercakap tentang perkara yang dah berlaku. Betul tak?,"
"Err…,"
"Bukan boleh ubah semula apa yang dah berlaku pun…,"
"Kak Milah!."
Jamilah tidak jadi membuka mulut. Segera dia berpaling.
"Kak Milah panggil dia masuk, ke Kak Milah duduk bersembang dengan dia?,"
"Hah? Err…,"bicara Jamilah tergantung di situ. Tiada jawapan untuk soalan Badrul.
"Lama abah tunggu kat dalam. Tahu tak?,"
"Kak Milah minta maaf,"
"Dah. Kak Milah pergi masuk,"
Laju Jamilah mengangguk sambil berlalu. Sabrina sekadar memandang. Kadang-kadang baran Badrul tidak bertempat. Atau baran lelaki itu Cuma datang apabila berdepan dengannya?
"Abah nak jumpa. Ada hal nak cakap katanya,"
"Hal? Hal apa?,"Sabrina merisik Tanya. Pelik mendengar kata-kata Badrul. Apa lagi yang bapa mertuanya itu mahu bincangkan?
"Mana aku tahu. Katanya dia ada suruh kau bincang dengan aku. Apa dia? Kau tak ada cakap apa-apa pun kat aku. Sengaja nak tengok aku Nampak bodoh depan abah ya?,"
Kening Sabrina sudah berkerut seribu. Hal apa pula yang Datuk Hamidi maksudkan ini?
"Saya tak tahu. Apa abah cakap?,"
"So, apa keputusan kamu? Dah bincang dengan Sabrina?,"Badrul bersuara sinis sambil mengajuk percakapan bapanya. Sabrina terkebil-kebil memandang wajah Badrul. Benar-benar dia tidak tahu hal apa yang Datuk Hamidi maksudkan.
"Takkan nak buat muka cicak tertelan kapur aje. Apa dia? Cakaplah kat aku apa halnya,"
Sabrina menggeleng perlahan. Gagal menebak apa yang Datuk Hamidi maksudkan. Badrul mengeluh sambil menggosok belakang tengkuknya.
"Tak nak masuk ke? Ke kau nak tidur kat sini?,"
"Awak masuklah dulu. Saya nak ambil angin kat sini kejap,"
"Jangan lama-lama,"
Sabrina mengangguk perlahan. Memandang wajah Badrul dengan sedikit rasa hairan. Layanan Badrul padanya malam ini agak berlainan. Agak baik. Itu yang menjadi tanda Tanya. Menimbulkan seribu satu persoalan.
"What?,"Badrul bersuara. Barangkali menyedari renungannya yang aneh. Sabrina tersentak kecil. Laju kepalanya menggeleng.
"Di sini lagi? Patutlah abah tunggu tak muncul-muncul,"
Mendengar suara itu Sabrina dan Badrul sama-sama menoleh. Datuk Hamidi tercegat di muka pintu utama. Badrul melangkah malas ke arah bapanya. Melihat Datuk Hamidi sudah pun santai di kerusi besi di luar rumah, Sabrina mengangkat punggung dari buaian. Pasti memang ada sesuatu yang penting yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu. Sebelum dia ditengking oleh Badrul, lebih baik dia segera mengekori langkah lelaki itu.
"Duduk dulu,"
Bagai budak yang patuh, Badrul dan Sabrina sama-sama melabuhkan punggung di hadapan Datuk Hamidi.
"So, macam mana? Ina? Dah bincang dengan Badrul?,"
Sabrina menggaru kepala yang tidak gatal. Bincang? Bincang apa?
"Bincang apa, abah?,"soal Sabrina termangu-mangu. Datuk Hamidi mengeluh perlahan sambil menggeleng.
"Patutlah Bad pun macam blur tadi,"
Badrul Cuma bersandar ke kerusi tanpa sebarang reaksi. Senyum tidak, serius pun tidak. Cuma, matanya agak kerap memandang telefon bimbit di tangannya.
"Pasal rancangan abah hari tu,"
"Rancangan apa pula abah?,"Badrul bersuara setelah dari tadi dia Cuma menjadi pendengar sahaja.
"Honeymoon kamu berdualah,"
"Hah?,"agak kuat soalan itu meniti di bibir Badrul. Sabrina terkebil-kebil. Tiba-tiba teringat akan cadangan bapa mertuanya itu. Sungguh dia sudah terlupa akan cadangan itu. Sedikit pun dia tidak mengambil serius akan cadangan yang tidak masuk akal itu.
"Ya. Yang kamu ni… terkejut sangat. Kenapa?,"
Badrul mengeluh panjang. Merepek pula cadangan bapanya.
"Kamu cakap kat mana destinasinya. Abah support semua. As a wedding gift from me,"
"Tak payahlah. Saya sibuk,"Badrul bersuara sambil lewa. Sabrina diam. Jawapan itu sudah dijangka. Dia sendiri pun, tidak berminat untuk ke mana-mana bersama Badrul.
"Ambillah cuti. Banyak pula alasannya. Kamu kahwin dah dekat sebulan. Pergilah rehat sama-sama. Cari keserasian,"
"Tak penting pun, abah,"
"Betul cakap Bad tu, abah,"
Datuk Hamidi mengangkat punggung. Memandang seketika wajah anak dan menantunya.
"Fikir dulu. Esok beritahu jawapannya. Kalau tak ada jawapan, abah akan tentukan sendiri. And, you, Badrul. You must take leave. Jangan banyak alasan,"
"Abah… Kenapa ni? Saya dah besarlah abah. Janganlah atur hidup saya macam ni. Saya bukan budak kecil lagi,"
"Besar ke… kecil ke… kamu anak abah. So, kena patuh cakap abah,"
Badrul membuang pandang. Geram dengan sikap bapanya.
"Tak ada alasan…,"sempat Datuk Hamidi mengulangi kata-katanya sebelum dia bergerak perlahan ke arah pintu utama.
"Abah…,"
Datuk Hamidi berpaling. Memandang ke arah Badrul.
"So, abah memang nak kami pergi honeymoon?,"
Datuk Hamidi kerutkan kening.
"Kamu tak faham bahasa Melayu ke?,"
Badrul menggaru kepala sambil tersenyum kelat.
"Pangkor,"
"Apa?,"soal Datuk Hamidi sambil memandang wajah Badrul. Tidak faham maksud kata-kata anak tunggalnya itu.
"Saya nak ke Pangkor. Tempat penginapannya, esok saya beritahu. But, saya nak pergi as soon as possible. Lusa?,"
Datuk Hamidi menggosok dagu seketika. Sabrina pula terkedu. Bulat matanya memandang wajah Badrul. Memang tindakan dan fikiran lelaki ini terlalu sukar untuk dijangka.
"Tadi bukan main menolak. Sekarang dah tak sabar-sabar pula?,"
"Kalau tak boleh lusa, saya tak nak pergi,"
"Hai… kata dah besar. Bukan budak-budak lagi. Takkan pasal kena delay sikit nak merajuk?,"
"Saya seriuslah abah,"
"Suka hati kamulah. Esok pagi-pagi inform abah. Betul ke nak ke Pangkor ni? Tak nak ke tempat lain ke? Over sea ke? ,"
"Pangkor. Saya nak ke Pangkor. And, terima kasih, abah,"
"Untuk apa pula?,"
"For that wedding gift,"
Datuk Hamidi mendengus perlahan.
"Sudah. Dah malam. Pergi masuk tidur,"
Badrul tersenyum sambil mengangguk. Sabrina pula terus setia menjadi pemerhati. Tidak berani mencelah. Cuma, kepalanya ligat berfikir tentang keputusan Badrul. Cukup aneh keputusan yang baru Badrul putuskan. Hatinya memberontak mahu bertanya apa yang mengubah pendirian Badrul. Namun, apabila teringatkan kata-kata Badrul yang sinis dan pedas, lidahnya menjadi kelu.
Badrul mengeluh panjang sebaik Datuk Hamidi hilang dari pandangan. Matanya dilalihkan ke wajah Sabrina yang jelas kelihatan terpinga-pinga. Untuk seketika, dia bersandar ke kerusi. Ingin menanti soalan dari bibir gadis itu. Dia tahu, pasti Sabrina terkejut. Selebihnya pasti gadis itu kehairanan. Agak lama menunggu, Sabrina tetap tidak bersuara. Mengundang geram pula di hatinya.
"Anything to say?,"soalnya sambil tajam meratah wajah di hadapannya itu. Sabrina menggeleng perlahan.
Badrul menarik nafas panjang.
"Tak rasa pelik ke?,"
Sabrina mengangkat muka. Memandang wajah Badrul yang masih merenungnya.
"Pasti awak ada sebab tersendiri. Kan? Dan, saya rasa, saya pun tak ada hak untuk bertanya. So, terserah pada awaklah,"lembut jawapan Sabrina bagai membakar rasa marahnya. Tidak tahu mengapa dia harus berasa marah. Kerana Sabrina tidak mahu melawan cakapnya? Atau kerana Sabrina terlalu tenang berdepan dengannya. Itulah yang dia perasan. Sejak akhir-akhir ini, Sabrina lebih tenang menghadapi marahnya. Menghadapi kata-kata sinisnya. Membuat pertelingkahan yang baru ingin dia cetuskan, sering berkubur begitu sahaja. Terasa seperti orang bodoh pula dia marah-marah pada Sabrina, padahal gadis itu tenang menghadap mukanya. Tiada cabaran. Dan tiada keseronokan. Sudahnya dia mengangkat punggung.
"Tak nak masuk?,"
Sabrina menggeleng.
Badrul memandang waktu pada telefon bimbit di tangannya.
"Dah dekat pukul 12. Masuklah. Malam-malam macam ni, kat kawasan ni, banyak hantu. Tu… rumah kosong kat depan tu… malam-malam macam ni, macam-macam bunyi boleh dengar,"
Sabrina menelan liur. Matanya terarah pada banglo besar yang tersergam di hadapan banglo milik Datuk Hamidi. Memang Nampak suram dan gelap. Dan yang paling penting, menakutkan. Membuat romanya meremang tiba-tiba. Dia mengalihkan pandangan ke arah Badrul. Badrul mengangkat kening. Puas hati dapat melihat wajah pucat Sabrina. Tidak dapat membuat gadis itu marah, dapat menakutkannya pun sudah cukup untuk membuat dia berpuas hati. Perlahan dia melangkah meninggalkan Sabrina sambil sembunyikan senyum yang mahu menguntum di bibirnya.
"Oh ya… nanti kalau ada apa-apa yang datang kat pagar and…,"
Sabrina menjerit tiba-tiba. Terus dia mengangkat punggung dan berlari masuk ke dalam. Meninggalkan Badrul terpinga-pinga di depan pintu. Terkejut melihat Sabrina yang berlari laju melintasinya. Melihat reaksi spontan gadis itu, Badrul tergelak kuat. Menyambung langkah masuk ke ruang tamu utama. Untuk seketika dia mengamati Sabrina yang tercegat ketakutan.
"Kau ni, kenapa?,"
Laju dia menggeleng.
"Aku cakap… kalau ada sesiapa yang datang kat pagar and mencurigakan, jangan hiraukan. Terus masuk. Mana tahu perompak ke… pencuri ke… pembunuh ke…,"
Sabrina merenung tajam wajah selamba Badrul. Geram.
"Tak ada hantulah?,"
Badrul tergelak lagi. Tidak sangka gadis ini takutkan hantu. Gadis senekad ini mengejar harta orang, tetapi, takutkan hantu? Melucukan.
"Bodoh. Mana ada hantu? Kau percaya hantu ke? Kalau ada hantu pun, hantu mesti respect kat orang hati jahat macam kau ni. Dia orang tak akan kacau kau…,"
Sabrina membuang pandang. Laju dia melangkah meniti anak tangga. Tidak mahu sendirian di ruang tamu yang besar itu.
"Nak ke mana tu?,"
"Nak tidur,"jawab Sabrina pendek. Badrul tersenyum sambil menggeleng perlahan. Dia mengatur langkah mengekori Sabrina.
"Biasanya kau tunggu aku tidur dulu. Kan?,"
"Malam ni, saya mengantuk sangat,"
"Mengantuk ke takut hantu?,"
Sabrina diam. Malas menjawab. Dia tahu Badrul sengaja ingin menyakiti hatinya. Sengaja ingin membuat dia marah.
"Tak sangka zaman sekarang, ada lagi orang percayakan hantu,"
Sabrina membuka pintu bilik. Membiarkan Badrul terus berceloteh sendirian tentang kobodohannya. Dia memandang wajah Badrul. Cukup ceria wajah itu dapat mengutuknya. Sudahnya, dia hanya menggigit bibir menahan geram. Cuba pekakkan telinga selagi boleh sambil tangannya menarik bantal dan selimut sambil melangkah ke sofa panjang. Tempat beradunya.
"Good night,"ujar Sabrina sepatah. Sengaja mahu membakar amarah Badrul pula. Dia tahu Badrul menahan rasa setiap kali marahnya tidak bersambut. Setiap kali bicara sinis yang meniti di bibir lelaki itu bagai tidak berbekas di hatinya.
Badrul menjeling ke arah Sabrina yang sudah siap berselimut. Sudah tidak tahu di mana kaki, di mana kepala. Satu badan ditutup dengan comforter.
"Hantu punya perempuan…,"perlahan dia merungut sambil merebahkan badan ke katil. Lampu meja dipadamkan.

****

Label:

posted by Penulisan2u @ 10:48 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group