Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tangannya pantas mencari frekuensi siaran radio kegemarannya sebaik-baik sahaja dia melabuhkan punggung di dalam perut kereta Wira bernombor plat CAW9922 itu.
Seketika kemudian kedengaran suara ceria si juruhebah yang bertugas pada pagi itu.
"Hiburan bergerak terus dengan rangkaian lagu-lagu popular yang telah disusun bagi menceriakan pagi anda. Sebentar sahaja lagi, anda akan dihiburkan oleh diva popular kita siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza dengan lagunya Wanita. Tapi sebelum itu, kita dengarkan dulu Hujan dengan lagu yang telah melonjakkan nama mereka, Pagi Yang Gelap. Mudah-mudahan pagi ini akan terus cerah hingga ke petang ya. Teruskan bersama kami hanya di Hot fm, lebih hangat daripada biasa."
Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu…
Belumpun sempat rangkap pertama lagu itu habis dinyanyikan, siaran telah beralih ke radio lain.
"Ala…Abah ni. Orang baru saja nak layan lagu tu," rungut Krisya Norsabrina, anak gadis Encik Khalid yang duduk di sebelahnya yang sedang memandu.
Pagi-pagi macam ni dengar lagu Hujan barulah ada semangat nak pergi sekolah. Abah pula potong stim.
"Tak sedaplah lagu tu," balas Encik Khalid.
Mungkin bukan jiwanya mendengar lagu-lagu sebegitu. Kebanyakan lagu-lagu sekarang kedengaran bingit di halwa telinganya. Dia sendiri tidak faham citarasa muzik anak-anak muda zaman sekarang.
"Lagu macam inilah baru sedap didengar," Encik Khalid kelihatan terbuai dengan kemerduan lagu irama tradisional yang berkumandang di ruang udara Radio Malaysia Pahang.
"Ala… bah, zaman sekarang orang dah tak main dahlah lagu-lagu macam ni. Sekarang orang layan lagu Hujan, Bittersweet, Couple, Meet Uncle Hussain, Estranged, Bunkface, Missing Chapter, FVT…," Krisya Norsabrina menyebut nama beberapa kumpulan muzik yang sedang popular di Malaysia pada ketika ini.
"Siapa tu?" Encik Khalid berkerut mendengar nama-nama itu. Satu pun dia tidak kenal. Sudahlah kesemuanya menggunakan nama Inggeris kecuali Hujan.
"Abah ni tak ikut perkembangan zaman betullah. Kalau abah nak tahu, band-band ni tengah panas di Malaysia sekarang tahu."
Sebelum kemunculan drama bersiri Kami di 8TV, nama-nama ini seakan asing di telinga pendengar muzik tempatan. Jika ditanya, pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak mengenali nama-nama ini melainkan peminat muzik underground ataupun kaki gig.
Namun apabila drama bersiri itu berjaya memikat hati penonton, nama-nama ini juga mula mendapat perhatian pendengar muzik tempatan. Populariti band-band indie ini turut melonjak naik. Pendengar tempatan mula menyedari kewujudan band-band indie ini walaupun pada hakikatnya band-band ini sudah bertahun bertapak dalam industri.
Ekoran siri itu juga, pendengar tempatan mula menghargai kehebatan karya-karya tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan drama bersiri itu banyak membantu mempromosikan dan memberi publisiti kepada band-band indie ini yang sekaligus mencetuskan fenomena di kalangan penggemar muzik tanahair.
Begitu jugalah dengan Krisya Norsabrina. Daripada mendengar aliran muzik band seberang, dia kini beralih ke aliran muzik band indie tempatan. Daripada tergila-gilakan Sheila on 7, dia kini menggilai Hujan.
Pertama kali dia mendengar nama Hujan adalah di internet. Ketika itu dia melihat profil Hujan di top friend My Space seorang kenalannya. Dari kenalannya itu, dia mula mengenali Hujan. Hujan adalah sebuah band indie yang dianggotai oleh empat orang anak muda berusia sekitar 21 hingga 28 tahun yang mengetengahkan konsep muzik alternatif rock.
Kali pertama mendengar lagu Hujan iaitu Ludah Amerika, hatinya sudah tertarik apatah lagi apabila mendengar lagu-lagu Hujan yang lainnya seperti Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada, Gundah, Lonely Soldier Boy, Empayarmu dan lain-lain. Ternyata lagu Hujan mempunyai karekter dan identiti tersendiri selain liriknya yang mudah difahami.
Selain itu juga, keramahan dan kemesraan anggota Hujan terutamanya Noh (vokalis) dan Am (drummer) yang rajin melayani setiap pertanyaannya di My Space juga membuatkan hatinya semakin terpaut kepada band itu. Layanan mereka membuatkannya berasa dekat dengan ahli kumpulan itu.
Tapi itu dululah sebelum nama Hujan dikenali ramai. Sekarang, mereka pun sudah jarang-jarang membalas mesejnya di internet. Ada kalanya pertanyaannya langsung tidak dijawab. Sibuk sangatlah tu agaknya. Orang sudah popularlah katakan.
"Inilah sikap anak-anak muda zaman sekarang. Muzik luar kamu agung-agungkan tapi nilai seni budaya sendiri kamu lupa," Encik Khalid seolah-olah kecewa dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang seolah-olah meminggirkan khazanah budaya sendiri.
"Band-band ni artis Malaysialah, bah."
"Artis Malaysia ke? Tapi kenapa namanya macam nama orang putih?"
"Itulah trend namanya. Nanti kalau mereka nak masuk pasaran luar, tak adalah susah orang putih tu nak sebut nama mereka."
"Pandailah kamu."
Krisya Norsabrina cuma tersengih. Dia sendiri mengakui kebanyakan band di Malaysia lebih suka menggunakan nama Inggeris. Tak macam band Indonesia yang lebih bersifat kemelayuan seperti Air, Coklat, Dewa, Gigi, Padi, Ungu dan Ratu. Sebab itulah dia lebih menggemari Hujan berbanding kumpulan muzik yang lain.
Nama band nama Melayu. Lagu-lagunya berbahasa Melayu. Orangnya pun berbangsa Melayu. Jadi, terasa lebih dekat di hati…
"Kamu fikir mampu ke mereka tu nak bersaing dengan artis luar tu? Kalau setakat lagu rock ataupun hip hop, di luar sana pun boleh dapat sebab asal lagu-lagu sebegitu memang dari luar. Tapi lagu-lagu tradisional ni cuma dapat dengar eksklusif di Malaysia saja tahu. Inilah akar umbi muzik kita. Muzik macam inilah yang seharusnya kita ketengahkan," ujar Encik Khalid namun kata-katanya itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana Krisya Norsabrina sedikit pun tidak berminat mendengar ceramah pagi ayahnya itu.
Tiap-tiap hari dia terpaksa menadah telinga mendengar lagu-lagu yang bukan sahaja judulnya yang dia tidak tahu bahkan nama penyanyinya pun entah siapa-siapa. Entah zaman bila punya lagu. Zaman Abah muda-mudalah tu agaknya sebab itu Abah minat sangat.
Krisya Norsabrina memandang ayahnya yang sedang memandu di sebelah. Senyum-senyum. Ingat kisah lamalah tu. Ish… tak best langsunglah lagu ni! Bosan! Ah, bilalah nak sampai sekolah ni?! Kenapa aku rasa macam lambat saja nak sampai sekolah pagi ni? Getus Krisya Norsabrina di dalam hati
ermm.. so far so good.. Boleyh tahan r.. xp, xtau motif lg psl pe crite neyh.. x boleyh nak agak psl pe.. Itu mgkin sau keistimewaan k0wt? Hehehe..
Xper, ini yg membuatkan sy ter-tanye2 neyh.. Membuatkan x sbr nk tggu n3 bru.. Cpt sket yer..
Klu bleyh, buat la pnjang lg.. Bwu best n syok nk bce.. Anyway, gud lark~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ermm..
so far so good..
Boleyh tahan r..
xp, xtau motif lg psl pe crite neyh..
x boleyh nak agak psl pe..
Itu mgkin sau keistimewaan k0wt?
Hehehe..
Xper, ini yg membuatkan sy ter-tanye2 neyh..
Membuatkan x sbr nk tggu n3 bru..
Cpt sket yer..
Klu bleyh, buat la pnjang lg..
Bwu best n syok nk bce..
Anyway, gud lark~