Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
TENGAH HARI. Sang mentari sudah memacak di atas kepala. Perhimpunan rasmi bagi pelajar sesi petang Sekolah Menengah Kebangsaan Angkasa Putih sudah berakhir dan pelajar-pelajar yang berada dalam lingkungan usia 13 hingga 14 tahun itu sudah beransur-ansur pulang ke kelas masing-masing.
Zeynazuhur Hakimi melangkahkan kakinya ke dalam kelas Satu Etnik Elitis; kelas pertama bagi setiap tingkatan menengah rendah yang mana merupakan kelas aliran agama. Zeyna mengambil tempatnya di sebelah seorang pelajar perempuan yang bertudung potongan biasa. Punggungnya dilabuhkan. Bibir mungil Zeyna terkunci hari ini, tidak seperti hari-hari biasa. Mungkin hari ini hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah menengah dan tiada sesiapa pun yang dikenalinya yang mahu diajak berbual membuatkan Zeyna menyembunyikan personaliti sebenarnya yang ceria dan gemar bercakap.
Sekujur tangan yang kelihatan lembut menyapa pandangan Zeyna tiba-tiba. Zeyna mengangkat wajahnya yang menunduk menghadap pahanya. Sekuntum senyuman menguntum di bibir pelajar yang duduk di sebelahnya.
"Saya Ara, Ara Nazrina. Boleh saya tahu nama awak?" sapa pelajar itu. Mata Zeyna terpaku pada wajah Ara.
'Cantiknya dia,' bisik hati Zeyna, terpegun dengan kecantikan rupa paras Ara.
"Awak datang dari mana?" soal Ara melanjutkan perbualan.
"Jauh. Saya orang Kedah," jawab Zeyna. Berbunga hatinya.
"Betulkah? Tapi, awak tak ada loghat pun," Ara menyuarakan soalannya.
"Sebab saya tak dibesarkan dalam situasi berloghat. Mama dan baba saya orang sini, orang Selangor. Saya yang lahir dekat Kedah. Kampung saya ada dekat sini dan di Pahang sana," terang Zeyna panjang lebar dalam keramahannya. Ara mengangguk-angguk tanda mengerti.
"Awak pula dari mana, Ara?"
"Saya dari pantai timur. Orang Ganu," jawab Ara sambil tersenyum.
"Wah, seronoknya! Saya teringin nak ke sana. Main dekat Pantai Rantau Abang, boleh tengok penyu! Wah, untungnya!"
Ara menoleh ke kiri dan kanan. Pelajar-pelajar yang lain semuanya kelihatan mesra antara satu sama lain menjadikan hanya dia dan Zeyna yang kelihatan asing dan bersendirian.
"Nampak gayanya, semua orang macam dah mesra antara satu sama lain kecuali dengan kita dua. Agaknya mereka dari sekolah yang sama," Ara membuat spesikulasi sendiri. Zeyna mengangguk setelah melihat keadaan sekelilingnya. Bibirnya kembali memudar dari senyuman. Bibir mungil kemerahan itu tampak kelat kini.
"Apa kata kita jadi sahabat karib? Awak dan saya?" Ara mengemukakan pendapatnya kepada Zeyna yang kelihatan terpaku dengan riak wajah yang terkejut. Sel-sel otaknya menginterpretasikan maklumat yang baru dihantar oleh sel saraf auditori.
"Betulkah?" tanya Zeyna kembali, inginkan kepastian. Ara mengangguk bersungguh-sungguh membuatkan sekuntum senyuman singgah kembali di bibir Zeyna.
"Best friends?" Ara menghulurkan tangannya.
"Forever," balas Zeyna seraya menjabat huluran tangan rakan karib barunya, Ara Nazrina. Kebimbangan hatinya tentang tidak mempunyai rakan terus terbang, melayang jauh dek hembusan angin kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak terhingga.
* * *
ZEYNA menggenggam kedua belah tangannya yang terasa basah dek peluh dingin yang keluar dari celah kulitnya. Kedua rakannya; Zafrul Khidir yang duduk di tengah dan Sarah Afiqah yang mengambil tempat di sebelah Zafrul turut mempamerkan reaksi serupa.
"Kini, tibalah masa yang kita tunggu-tunggu. Keputusan panel hakim menyatakan bahawa usul kerajaan…" Puan Speaker mengalihkan pandangannya ke arah meja barisan kerajaan yang diwakili oleh Zeyna, Zafrul dan Sarah. Ketiga-tiga mereka menanti dengan penuh gementar.
"… diterima," tutur kata Puan Speaker membuatkan Zeyna bangkit daripada kedudukannya dan melompat kegembiraan. Zeyna kemudiannya terus memeluk Sarah Afiqah, mempamerkan kegembiraannya dalam bahasa badan yang jelas dilihat.
"Kita menang, Sarah! Bahas ala Parlimen, national stage! Kita menang!" laung Zeyna yang masih memeluk Sarah sambil melompat-lompat. Suaranya ditenggelamkan oleh tepukan para audiens yang menjadi saksi kemenangan mereka. Sarah turut mengikut rentak kaki Zeyna.
"Ya, aku tahu! Aku tahu Zeyna, kita juara! Kita juara peringkat kebangsaan!" balas Sarah. Air mata mengaliri pipinya, air mata kegembiraan dan kesyukuran.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANGKASA PUTIH TUMBANGKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Bibir Zeyna menguntum senyuman mekar apabila melihat tajuk hadapan majalah 'Get A's' keluaran bulan Mei, sebulan lalu. Kemenangan itu tidak pernah dijangkanya kerana pasukan lawan bukannya dari calang-calang sekolah. Peserta tuan rumah; Sekolah Sultan Alam Shah yang menjadi pihak pembangkang dalam pertandingan bahas lalu. Pada mulanya, Zeyna agak bimbang kerana juara peringkat negeri akan bertanding sesama sendiri dan juara bagi kategori itu akan berentap dengan juara daripada kategori sekolah berasrama penuh. Sepanjang penglibatannya dalam pertandingan bahas ala parlimen, ini kali pertama undang-undang pertandingan digubal begini. Zeyna agak memprotes juga apabila terdengar akan hal ini namun berkat dorongan positif guru dan rakan-rakan sepasukan, Zeyna berjaya membuang perasaan gentar dan akhirnya, terpampanglah dia bersama Zafrul, Sarah serta dua orang ahli simpanan iaitu Badrul Hazif dan Nuryl Heidi di muka hadapan majalah 'Get A's', majalah pelajar paling popular di Malaysia.
"Tengok lagi buku tu! Masuk kali ni, dah 150 kali awak asyik buka buku tu. Hai, tak lama lagi, adalah yang mengembang jadi raksasa dalam rumah ni!" sindir Faiz Zubair sambil mengusik-usik kepala Zeyna yang sudah lengkap bertudung.
"Eyna takkan jadi raksasalah, Abang Ngah!" ujar Zeyna kegeraman lalu mengacah satu penumbuknya kepada Faiz.
"Eei, takutnya! Raksasa dah mengamuk," sindir Faiz lagi sambil berlalu ke dapur.
"Abang Ngah!" Zeyna mengacahkan kedua-dua penumbuknya kepada Faiz. Habis mukanya berkerut seribu.
"Kalau Eyna raksasa, Abang Ngah pula abang raksasa!" laung Zeyna dari ruang tamu. Geram betul! Kalau pagi-pagi macam ni tak kena usik dengan Abang Ngah, mesti tak lengkap hidup ni! Nak juga kena kacau, rungut hati Zeyna. Zeyna melabuhkan punggungnya kembali ke atas sofa. Dia kemudian membuang pandangan pada foto Humaira' Az-zaharah dan Hariz Zahir yang tegak berdiri di atas meja sudut.
"Assalamualaikum, mama, Abang Long," ucap Zeyna perlahan sambil jemarinya menyentuh foto dua orang kesayangannya itu. Humaira', mama Zeyna telah pulang ke rahmatullah setahun lepas dalam nahas jalan raya yang melibatkan kereta Toyota Avanza milik Humaira' dan sebuah lori pengangkut pasir pada bulan Mei tahun itu. Hariz, along Zeyna pula telah keluar dari kediaman mereka akibat cinta hatinya tidak mendapat restu keluarga. Sehingga kini, Zeyna masih tidak mendengar apa-apa berita fasal saudara kandung yang agak rapat dengannya itu.
'Alangkah indah jika mama dan Abang Long boleh berkongsi kemenangan Eyna ni,' hati Zeyna berbisik sayu. Bibirnya menguntum senyuman hambar.
"Semua dah siapkah?" laung Hakimi, papa Zeyna dari garaj kereta. Bunyi enjin kereta dihidupkan kedengaran.
"Sudah!" Zeyna dan Faiz melaung hampir serentak. Zeyna bangkit dari sofa dan terus menuju ke arah pintu hadapan manakala Faiz pula menutup suis lampu yang masih terbuka, membuatkan rumah itu menjadi gelap. Pintu rumah ditutup rapat dan dikunci. Lima minit kemudian, deruman enjin kereta Unser milik Hakimi memecahkan hening pagi dan kereta itu berlalu pergi meninggalkan kediaman jenis banglo dua tingkat itu tidak berpenghuni.
* * *
SUASANA sepi melitupi atmosfera Perpustakaan 'Ilmi pada waktu petang. Tidak ramai yang singgah di perpustakaan ini pada waktu begini. Hanya yang kelihatan, sekumpulan pelajar lelaki Tingkatan 5 yang terdiri daripada empat orang pelajar dan kumpulan 'study group' yang disertai oleh Zeyna, Nuryl, Sarah dan rakan Zeyna yang paling akrab, Ara Nazrina.
Zeyna meneliti setiap baris maklumat dalam artikel mengenai loji sisa kumbahan najis tulisan seorang wartawan alam sekitar, Che Nabel Naim Abdul Rahman. Mimik muka Zeyna kerap kali berubah ketika membaca artikel itu, menggambarkan kejijikan yang dirasanya. Bibir Ara menguntum senyuman geli hati apabila melihat reaksi wajah rakan karibnya itu.
Sarah mengalihkan perhatiannya daripada menatap novel yang dicapainya dari rak Sastera, 'Akhirnya Mereka Bersatu'. Dia kerap kali terasa kumpulannya diperhati orang. Matanya dihadap ke hadapan, kepada kumpulan pelajar lelaki yang duduk selang semeja kosong di hadapannya. Matanya tertaut pada wajah Hazif yang pada ketika itu sedang memerhatikan kumpulannya dengan pandangan yang tajam. Jiwa remajanya bergetar. Matanya dihadapkan semula pada buku yang berketebalan setebal 510 muka surat itu. Dia mengalihkan kembali wajahnya ke hadapan apabila terasa kumpulannya masih diperhati orang. Hazif masih memerhati dan jiwa remajanya bergetar lagi, kini disertakan pula dengan degupan jantung yang makin deras dan tidak menentu.
"Zeyn, Zeyn," panggil Sarah, berbisik. Zeyna menoleh dan memberikan pandangan 'apa?' kepada Sarah. Sarah mendekatkan bibirnya ke telinga Zeyna.
"Aku rasa Hazif macam pandang-pandang akulah. Lama, tajam pula tu," bisik Sarah. Zeyna membuang pandangannya ke arah Hazif. Hazif yang masih lagi memerhati kumpulan pelajar perempuan itu kelihatan sedikit tersentak dan cepat-cepat melarikan matanya pada buku yang ada di atas meja.
"Aku rasa dia suka engkaulah," bisik Zeyna pula setelah selesai melakukan pemerhatiannya. Wajah Sarah mula menampakkan rona kemerahan dan matanya membuntang. Bibirnya seperti menahan senyuman yang sepatutnya menghiasi bibir manis itu apabila mendengar bicara Zeyna. Zeyna mengangkat keningnya setelah melihat reaksi Sarah itu.
"Kau suka dia, ya?" Zeyna hanya menggerakkan bibirnya tanpa suara. Rona merah makin jelas kelihatan di atas permukaan kulit Sarah. Mahu dianggukkan malu, mahu digelengkan ekspresi wajahnya tidak dapat menipu. Lantas Sarah mengambil keputusan untuk mendiamkankan diri. Bibirnya tersenyum sipu. Zeyna yang sudah mengagak jawapan Sarah terus menaikkan jari telunjuknya. Sarah meletakkan jari telunjuk itu ke atas bibir Zeyna, meminta Zeyna agar menyimpan rahsianya.
"Please?" pinta Sarah, menyusun sepuluh jarinya. Zeyna meletakkan jarinya ke dagu, lagaknya seperti orang yang sedang membuat perhitungan.
"Deal," Zeyna menghulurkan tangannya kepada Sarah, tanda setuju dengan permintaan Sarah. Sarah menyambut huluran tangan itu dengan senyuman yang memekar. Mereka berdua kembali melakukan kerja masing-masing. Sarah memanahkan pandangannya ke arah Hazif sebelum dia kembali memulakan bacaannya. Bibirnya menguntum senyuman mekar, semekar jiwa perempuannya kala ini.
* * *
"HAPPY birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Zeyn, happy birthday to you,"
Semua pelajar kelas 3 Etnik Elitis meraikan hari jadi Zeyna pada waktu pertama pembelajaran. Puan Emira, guru Sejarah tidak hadir hari ini. Walaupun sambutannya ringkas sahaja; hanya nyanyian lahu 'Happy Birthday' secara beramai-ramai dan ucapan selamat buat Zeyna tanpa ada acara memotong kek, namun gadis yang beranjak ke usia 15 pada tarikh 10 Julai itu tetap tersenyum gembira.
Hazif bersama teman karibnya, Asmadi berjalan melalui kaki lima kelas 3 Etnik Elitis. Kebetulan, lagu 'Happy Birthday' buat Zeyna sedang berkumandang di seluruh isi kelas itu. Asmadi memandang Hazif. Dilihatnya Hazif mengalihkan pandangan ke dalam kelas 3 Etnik Elitis, mencari raut wajah Zeyna dan apabila wajah manis itu dapat dicarinya, Hazif lekas-lekas memandang ke hadapan. Pipinya sudah merah seperti saga.
Asmadi tersenyum melihat reaksi Hazif. Dia menghelakan nafasnya.
"Kau nak bagi apa, Zif?" Asmadi terus bertanyakan soalannya. Hazif tidak menjawab dan wajahnya ditundukkan memandang lantai. Asmadi tersenyum lagi. Dia tahu rakannya itu malu. Sewaktu Hazif handak memecahkan rahsia hatinya sebulan lalu lagi teruk. Setelah tujuh hari tujuh malam didesak tanpa henti, barulah Hazif membukakan mangga yang mengunci rapat mulutnya daripada menyuarakan perasaan yang berbuku dihatinya terhadap Zeyna kepada Asmadi.
"Asalkan hadiah yang kau nak bagi tu ikhlas, apa-apa benda pun boleh jadi," beritahu Asmadi tanpa dipinta. Hazif masih tertunduk namun telingannya dapat menangkap setiap butir maklumat yang diluahkan oleh Asmadi.
Hazif memutarkan mindanya. 'Apa pun boleh?' * * * *
MASIH ada lagi pelajar yang berlegar di ruang kantin selepas tiga minit loceng selepas rehat dibunyikan. Zeyna cepat-cepat menghabiskan aiskrim 'Cornetto Brownies' yang dibelinya di koperasi pada waktu rehat tadi. Dia mempercepatkan langkahnya, mengejar Ara yang sudah jauh ke hadapan, meninggalkannya bersendirian menghabiskan baki aiskrim yang masih belum habis dimakannya.
'Lepas ni subjek Sains. Cikgu tak datang pula. Tak apalah, boleh buat Bahasa Arab. Kalau dah siap, bolehlah borak-borak!' Zeyna bermonolog sendiri. Bibirnya tersenyum sambil mengunyah suapan terakhir aiskrim kegemarannya itu. Zeyna berlari-lari anak mendapatkan Ara yang sudah melangkah masuk ke dalam kelas.
Zeyna melangkah masuk ke dalam kelas sambil mengucapkan, "Assalamualaikum," dalam nada yang boleh didengari oleh semua yang berada di dalam kelas. Semua 33 pasang mata memandang Zeyna yang sedang tercegat di muka pintu. Pandangan-pandangan tajam memanah terus ke arah Zeyna yang tercengang melihat mejanya dikerumuni orang. Perlahan-lahan Zeyna bergerak ke tempatnya.
"Excuse me, excuse me. Tumpang lalu," Zeyna menyelit dicelah-celah orang ramai. Lima belas kuntum bunga ros putih dan merah menyapa pandangan Zeyna sebaik melihat mejanya.
"Untuk kau, Zeyn." Ara menyerahkan kuntuman bunga yang dibalut kemas dengan menggunakan kertas A4 yang diikat cantik dengan riben yang berwarna merah hati. Rakan-rakan yang lain memerhati dengan penuh minat. Zeyna menyambut huluran Ara itu dengan minda yang berteka-teki.
'Siapa pula yang bagi bunga ros ni?' minda Zeyna ligat berfikir. Dia membelek-belek jambangan bunga ros itu, salah satu jenis bunga kegemarannya.
"This comes with it," Nuryl menghulurkan sekeping kad buatan tangan berwarna putih. Ada lukisan ros merah di hadapannya. Zeyna membaca tulisan tangan yang tercatat di dalam kad itu.
Lima belas kuntum bunga buat lima belas tahun usiamu.. Selamat hari lahir, Zeynazuhur Hakimi.. Ikhlas dari, ES5KOHB
"ES5KOHB? Apa tu?" Zeyna berbisik perlahan, penuh tanda tanya dan persoalan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
permulaan yang baik. teruskan ye..cahyok