Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ramadhan ini aku sambut dengan seribu satu kesyukuran. Tak sangka dah masuk bulan puasa. Nasib puasa dah habis ganti.Hehehe. "Elin, hari ni kau berbuka kat mane?", Fiza duduk di depan meja. Tu dah boring dah la tu. "Tak tahu lagi. Aku ingat nak beli kat pasar kat rumah aku je", emm....hari ni nak berbuka apa ye?? "Ala kau ni. Takkan tak pegi berbuka dengan tunang kot?", tunang??sejak masuk bulan puasa ni tak pernahnyer aku nengok muka 'tunang kesayangan aku' tu. "Tak mainla", aku meneruskan kerjaku. "Kalau macam tu jom ikut aku pegi buka kat Crystal Crown. Aku dapat invitation la.", emmm....boleh gak.Makanan kat situ memang sedap.Kena dengan selera aku. "ok.Pasal makan aku tak tolak.Ke gurun Sahara pun aku sanggup", aku ketawa lepas.
Ramainya orang datang berbuka kat hotel ni. Emm...wow ramai jugak yang hensem-hensem.Boleh cuci mata ni.Hehehe...Fiza menarik aku ke sebuah meja. Nampaknya masih kosong. "Elin!", aku menoleh. Terkejut campur gembira aku berjumpa semula dengan Amir. Amir coursemate aku sewaktu di universiti. Lepas degree dia sambung master di US. "Ya Allah.Lamanye kita tak jumpa.Wow..makin handsome", aku mengusik Amir.Tapi memang real pun. Handsome tu. "tapi kau still tak pandang aku", Amir ni....hehehe..waktu kat U dulu aku memang sedar dia minat kat aku.Tapi ntahla..Rasa sayang tu takde.So aku buat derk je la. "ala kau ni.Takkan dah pergi US tak jumpa sesiapa kot", aku tersenyum. "Ish..Elin..Kau jangan senyum macam tu.Sebab aku tak jumpa perempuan yang boleh senyum macam kau la kot aku still single sampai skarang", Amir juga turut tersenyum.Fiza mencuit lenganku.Oh lupa pulak nak kenalkan. "emm..kenalkan ni Amir kawan aku di U.Ni Fiza ofismate aku", mereka saling bersalaman. "kau datang sorang je ke Mir?", "Takla.Dengan member aku tadi. Diorang tu couple so aku tak nak la kacau sangat.Lainla kalau kau sudi jadi couple aku berbuka puasa hari ni", Amir mengenyit mata. "Ok..takde hal. Asal kau tak ganggu konsentrasi aku makan dah", kami tertawa bersama. "Amir", seorang wanita menghampiri Amir. Emmm..cantik.Macam pernah nampak je.Dia tersenyum padaku.Aku membalas senyumannya kembali. "Mana Akil?", Amir menoleh kiri dan kanan. "Tu", wanita itu menunjuk ke arah seorang lelaki yang berkemeja kuning air.Terkejut tapi masih mampu ku kawal.Apa pulak la si Akil ni buat kat sini? "Akil!", Amir menjerit namanya.Aku berusaha memandang ke arah lain.Kiranya dia pasti sudah dapat mengecam aku. "Akil,Syaza, kenalkan ini Elina Zarin.Awek tak jadi aku masa kat U", aku membesarkan mataku.Ish..sesuka hati je Amir ni. "Hai", wanita bernama Syaza itu menghulurkan tangan. Akil hanya memandang.Namun aku pasti dia memandang aku dengan rasa meluat sama seperti aku jugak sekarang ni. Jomla.Kita duduk satu meja ye Elin", Amir terus duduk di sebelah aku. Aku hanya membiarkan sahaja.Malam tu terbantut selera aku sebab makan semeja dengan Akil.Menyibuk betulla. Selesai bersolat maghrib di surau hotel itu aku duduk di lobi sementara menantikan Fiza. Emmm...cantik juga hiasan dalaman hotel ni. Namun hati aku kembali sebal bila kulihat Akil dan Syaza menghampiri. "Nak balik dah ke Elin?", Syaza tersenyum manis.Akil merenung aku tajam. Menyampah. "Ha a.Tengah tunggu Fiza. Tak tau mana dia pergi.Lepas sembahyang tadi terus hilang", mata aku meliar mencari bayangan Fiza. Mana pulak minah ni?Janji kejap je pergi ladies. "I dengar You dah bertunang.Tahniah", aku terpana.Mana pulak minah ni tahu aku bertunang?Kalo ko nak tau yang kat sebelah ko tu lah tunang paksaan aku. Aku senyum je la. "Kalau you nak tahu Syaza, Elin ni perahsia orangnya.I pun tak kenal siapa tunang dia", Fiza tiba-tiba mencelah.Ish...buat terkejut aku je. "Oh ye ke?Dia keje kat mana?Mana tahu I kenal ke.", Syaza ni nak tau lebih-lebih pulak. "Emmm.dia tak ada kat sini.Dia kerja kat Zimbabwe.Ikut PBB.Kalau korang nak tau muka dia pun dah iras orang sana.I pun dah tak cam.", hehehehehe....padan muka kau Akil.Fiza terlopong. "Eh..ye ke?aku tak tau pulak tunang kau keje Zimbabwe.Mati-mati aku ingat Iwan yang selalu keluar dengan kau tu tunang kau", dahi Fiza berkerut. "Emmm.Aku ingat pun aku nak tukar tunang la.Aku tak rasa aku sanggup duduk lama-lama kat Zimbabwe tu", aku tersengih.Syoknyer.Merah padam muka Akil. "Oklah Syaza.Kitorang balik dulu", selepas bersalaman dengan Syaza aku menarik tangan Fiza berlalu secepat mungkin. Puas hati aku dapat kenakan Akil. "Eh Elin.Akil tu handsome kan?tapi sayangla dah ada awek. Cun pulak tu", aku meneruskan pemanduanku. Kenapa la Fiza ni buka cerita pasal Akil? "Handsome apa macam tu?Mata kau tu dah juling kot?", Fiza berkerut muka.Huh..takde handsome mana pun Akil tu. Aku kesian betul dengan urat-urat kat muka dia tu. Asyik stress memanjang. Mana taknye.Tak pernah nak senyum. "eleh.aku tahula Akil tu tak setanding tunang kau yang kat Zimbabwe tu.eh..cakap pasal tunang kau tu,betul ke dia kerja kat Zimbabwe?Ish...baik betul dia ye buat kerja kebajikan. Dia buat apa?" dah sudah padan muka aku.apa aku nak kelentong ni?Terasa bersalah pulak menipu Fiza. "Aku main-main je la. Mana ade dia keje kat Zimbabwe.", Fiza mencubit lenganku. "Kau tipu aku yek?Ee..kenapa?", aku mengeluh seketika. Tak tahu nak mula dari mana dan tak tahu nak cerita apa. "Maafkan aku Fiza. Suatu hari nanti aku akan ceritakan pada kau.tapi tidak buat masa ini.", apa nak jadi dengan hidup aku ni. "Kau ada masalah ke Elin?", masalah?entahla.Nak kata masalah , emmmm...ye kot.beban lagi tepat kot. Aku tersenyum cuba untuk menenangkan hati.
Akil menghempas tubuhnya ke katil. Di bulan Ramadhan ini dia rindukan uminya. Uminya pasti sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Dia pula akan bersama Idham kawan baiknya ke pasar ramadhan. Walaupun hanya dia dan ibunya, dia tidak pernah sunyi. Hidupnya dikelilingi ramai orang. Nenek Som, dan keluarga pakcik Hamid sentiasa membantu mereka. Tidak seperti sekarang. Dia benci melihat satu-satu wajah di dalam rumah ini. Rumah yang mewah bagai istana ini tidak pernah membuat hatinya bahagia. Kalau tidak kerana permintaan arwah ibunya yang meminta dia tinggal bersama tok ayahnya, Akil lebih rela duduk merempat di luar. Baginya, Tok Ayah la penyebab kematian uminya. Kenangan hampir 10 tahun yang lepas yang meragut nyawa uminya membuat dendamnya tak pernah surut.
"Umi!", Akil berlari-lari anak menerpa ke arah uminya. Di pintu masuk dia sudah terbau aroma asam pedas uminya. Asam pedasnya umi memang power. Shamsiah hanya menggeleng melihat telatah anak lelakinya. "Ish..Akil ni busuk-busuk peluk umi. Pergi mandi dulu", Akil tersenyum manja. Anaknya ini memang gila bola. Bulan puasa pun hobinya tetap sama. Main bola. Bukannya tahu penat. Anaknya pasti bersedia dengan jawapan yang panjang lebar jika dia membuka mulut. Sama seperti arwah suaminya. Akil la satu-satunya harta yang tidak ternilai peninggalan arwah suaminya. "Umi masak asam pedas ya?Emmm...sedapnya..tak sabar nak berbuka.", Akil menepuk-nepuk perutnya. "Ish...mana boleh bau. Makruh tahu?dah pergi mandi. Dah sembahyang Asar ke ni?", Shamsiah bercekak pinggang. "Dah la Umi...Kan Umi pesan....'Akil! sembahyang dulu baru boleh pergi main'..." , Akil mengajuk percakapan uminya.Belum sempat Shamsiah mencubit anaknya, Akil sudah menghilang di balik pintu. Shamsiah meneruskan kerja-kerjanya tadi. Entah mengapa hatinya terlalu rindu pada abah. Setiap tahun dia pasti ke rumah abahnya tapi abah tetap tidak mahu menerimanya. Dia tahu abah terlalu kecewa dengan dirinya. Perkahwinannya dengan Azman mendapat tentangan abah. Dia terasa sangat berdosa. Padahal abah sudah bersusah payah membesarkan dia dan Salmah seorang diri semenjak kematian ibu. Tapi dia...Cintanya pada Azman membuat dia nekad membantah arahan abah dan membuat adiknya Salmah kecewa. Namun dia tidak putus-putus berdoa agar suatu hari nanti pintu hati abah akan terbuka menerima kehadiran dia dan Akil. Dan esok...dia akan pergi menjenguk abah. Terasa seperti abah memanggil-manggil dirinya. "Akil, esok umi nak ke rumah Tok Ayah. Akil nak ikut?", Akil menarik nafas. Ke rumah Tok Ayah?Buat apa umi nak pergi ke rumah itu lagi?Cukuplah sekali dia dihalau dari rumah itu. Hatinya cukup sebal melihat orang tua itu. Tanpa mereka dia dan uminya tetap bahagia. "Tak payahla Umi susahkan diri pergi sana. Bukan diorang layan umi pun", uminya menunduk kepala. "Apa pun Akil, itu tetap Tok Ayah Akil", "Tok Ayah?dia panggil nama Akil pun tak pernah. Dia bencikan kita la Umi. Buat apa kita nak tersua-sua kat diorang tu semua.", "Umi tetap nak pergi sana Akil. Mana tahu kali ni Tok Ayah sudi maafkan Umi", "ikut suka hati Umila", Akil menyedut air minumannya. "Esok Akil pergi rumah Nenek Som ye. Uni dah beritahu dah mereka yang Umi nak ke rumah Tok Ayah", Akil memandang uminya. "emm...umi jangan jeles ye.Nanti Nenek som masak sedap-sedap. Lagi-lagi daging salai masak lemak cili api....uih...sedap!!!!", Akil mengenyit mata. "Jaga diri baik-baik ye Akil", Shamsiah lantas memeluk anaknya.
"Akil, umi telefon tadi. Katanya dia bermalam di sana", Akil tersentak. Biar benar Umi nak bermalam di sana. Tok Ayah dah terima umi ke?Walaupun dia hairan tetapi dia mendiamkan diri. "Hari ni Nenek Som masak special untuk Akil. Pakcik Hamid pun datang berbuka dengan kita hari ni", nenek Som tersenyum meleret. Pasti meriah hari ini. Kalau umi ada lagi best. Lagi-lagi dengan kehadiran anak kembar pakcik Hamid Ila dan Ina. "Akil pergi mandi dulu ye nek", Nenek Som mengangguk. Melihat Akil, dia senang dengan anak muda itu. Hormat orang tua. Sejak kecil, Akil memang manja dengan dirinya. Akil pun sudah dianggap cucu sendiri. Sejak kematian Azman, anak saudaranya, Akil tidak sempat merasa kasih sayang ayah. Shamsiah pula berkerja keras membesarkan Akil. Hidup anak itu terlalu kasihan. Datuknya sendiri tidak pernah mahu menjenguk keadaan anak dan cucunya.
Akil tekun melihat kanak-kanak bermain bunga api. Dia risau memikirkan keadaan uminya di sana. Idham di sebelahnya hanya diam. "Woi, layan blues ke?Ke ingat kat Syaza?", Idham senyum sumbing. "Pandai-pandai je kau ni.Aku tak macam kau. Dalam kepala otak kau tu asyik ingat perempuan je", Akil menjeling. "Eleh..aku tengok kau dengan Syaza bukan main lagi. Kat sekolah, mana je kau ada, mesti Syaza ada. ", "Aku dengan dia kawan je la. Sekarang ni tak mainla cintan-cintan beb", Syaza anak Cikgu Halim memang cantik orangnya.Dia juga senang berkawan dengan Syaza. "Ye la tu. Jangan kau kacau si Anis dah la ye.", Idham sengih. Akil mengeluh seketika. "Yang kau tiba-tiba mengeluh ni kenapa?", "Aku teringatkan umi la. Macam mana la dia kat sana ye?Tak pernah lagi dia bermalam di sana selama ni", "Maybe Tok Ayah kau dah maafkan umi kau kot.Kita doa je la. Kau call umi kau tak?" Idham cuba memujuk. ‘aku dah call tapi tak angkat", tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. "Akil........", suara Umi terasa sayup-sayup. "Umi...Umi kat mana ni?", "Umi ada. Akil, Tok Ayah tetap tak maafkan umi Akil." Umi sudah kedengaran teresak-esak. "Takpela Umi. Umi balik la.", Akil juga sudah sebak. "Janji pada umi Akil.Janji yang Akil akan tinggal dengan Tok Ayah kalau Umi dah tiada. Tolong minta maaf pada Tok untuk Umi ye Akil", "Kenapa Umi cakap macam tu?", hati Akil sudah berdebar. "Janji Akil.Tolong Janji pada Umi ", "Baiklah Umi. Akil janji.", Talian terputus di hujung sana. "Akil......Akil.........", nenek Som yang berlari keluar mengejutkan mereka berdua. "Kenapa nek?", "Umi kau ...Umi kau Akil. Dia accident", Akil terasa seperti berpinar mendengarnya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
assalamualaikum wr.wb bile na upload n3 baru nie