Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Que menebarkan pandangannya ke luar tingkap. Sesekali angin pagi mencuri masuk ke dalam ruang biliknya melalui tingkap yang terbuka luas. Ah, tenangnya! Que mengoyak senyum segaris. Sesekali anak matanya mencuri pandang telefon bimbitnya di atas meja studinya. Uish…ajaib! Senyap pulak handphone aku hari ni. Betul-betul hari rehat aku la eh? Cool!
Sebaik sahaja selesai solat Subuh, dia sudah pun duduk termangu di hadapan tingkap biliknya. Memang ajaib. Selalunya kalau lepas Subuh memang dah tak fikir apa dah selain tidur (hanya pada waktu cuti je) tak pun tolong mama. Tu pun kalau tetiba nak jadi rajinlah. Kalau tak option pertama jadi pilihan dulu. Time tu janganlah ada sesiapa kacau dia kalau tak terasa nak makan gulai lauk selipar. Dan ahli keluarga Que memang sangat memahami dirinya yang satu tu.
"Abang…abang…" suara mama memecahkan lamunan.
"Ye mama?" Que membalas. Dia sudah pun bangun dari duduknya, menghampiri pintu. Bersedia menerima arahan selanjutnya dari mama. Jam tangan dikerling. Hmm…sah!
"Tolong mama beli sayur dengan ikan."
Que senyum. Dah agak dah…hari Sabtu dan pagi memang tak sah kalau muka aku tak tercongok kat depan kedai Pak Ajis. Dan Pak Ajis seolah-olah dah menghafal rutin harian aku tiap hari Sabtu, pasti menyambut aku dengan ayat ni : "mama suruh beli apa pulak hari ni?" Dan aku hanya mampu senyum dan senyum.
Que memulas pintu biliknya. Anak tangga dituruni satu persatu. Mencari susuk tubuh mama di dapur. Belakang mama dipeluk mesra.
"Ni apahal tetiba main aci peluk ni?" seloroh mama. Que gelak.
"Rindu!" Dan ayat sepatah itu mengundang senyuman di bibir Puan Zarina. Que menarik senyuman paling manis buat mamanya. Puan Zarina mengucup lembut dahi Que.
"Tolong mama eh? Mama nak masak special malam ni."
Que kerut dahi. Puan Zarina gelak.
"We have guest today, my dear."
"Ugh! Boringnya. And you want me to entertain them?" Que menyoal dengan muka bosan. Tangannya sudah diselukkan ke dalam poket seluar pendeknya. Anak matanya melilau ke kiri dan ke kanan. Eh, mana Azar dengan Qis? Senyap je hari ni…
"Ma…adik dengan Azar mana ek?"
"Ada kat depan tu hah. Tengah syok layan PS3."
Huh? PS3? Them? Ngee…ni tak boleh jadi ni. Main game tanpa aku. Nak kena budak-budak berdua ni. Berani korang membelakangkan abang korang yang kacak lagi tampan serta bergaya ni.
"Abang, kot ye pun nak join…belikanlah sayur dengan ikan dulu." Que menyengih. Ehehehe…terlupalah pulak.
"Duit?"
"Tempat biasa."
Dan Que terus mengatur langkah menuju ke ‘tempat biasa’ yang dimaksudkan. Dompet pemberian papa semasa ulangtahun perkahwinan mereka aku keluarkan dari tas tangan mama. Wang sebanyak 10 ringgit aku keluarkan. Hehehe...ada lebih masuk poketlah nampaknya.
"Abang, duit baki simpan. Jangan nak joli."
Aduh…spoil the mood la mama ni. Baru merancang nak masuk poket kot kalau ada extra plus plus money. Harapan tinggi menggununglah nampaknya. Hancur harapan…Kunci motor yang tergantung di penyangkut kunci dicapai. Motor RXZ kesayangan dihidupkan. Menderum bunyinya di perkarangan rumah. Tanpa menunggu sesaat lagi laju motor itu membelah sejuk pagi itu.
"ASHRAF! Mama suruh beli apa pulak hari ni?" Que berpaling ke belakang. Kelihatan Pak Ajis sedang tersenyum sambil menghisap rokok daunnya. Que koyak senyum segaris.
"Macam biasalah Pak Ajis. Mama tu rajin ajak orang datang rumah." Balas Que sekadar berbasa-basi. Kalau nak diikutkan malas nak menjawab pertanyaan tu tapi kalau tak jawab, macam biadap pulak.
"Erm, ikan siakap ada tak Pak Ajis?" laung Que dari arah luar, tempat si ikan-ikan ‘menyemadikan’ diri mereka. Pak Ajis menjenguk keluar.
"Rasanya ada. Kamu cariklah kat situ-situ." Que memanjangkan lehernya mencari si pak cik ikan siakap. Hailah…ikan. Mana kau ni? Cepatlah kau menjelma di depan aku.
"Pak Ajis! Takde pun…" laung Que. Aku paling malas kalau nak kena beli ikan. Nak kena cari satu hal. Lepas tu nak kena tengok pulak ikan tu fresh ke tak fresh. Sangat-sangat bermasalah. Malasnya. Kenapalah mesti aku jugak yang mama suruh?
"Tu haa…yang kat depan mata kamu tu apa? Bukan ikan siakap ke?" Pak Ajis mengambil seekor ikan siakap lalu diletakkan di atas penimbang.
"Kamu nak berapa?"
"Tak kisahlah. Pak Ajis ambik je. Saya bayar." Que tayang gigi. Pak Ajis menggeleng. Dan selesailah sesi mari membeli ikan siakap dan beberapa jenis benda yang diminta oleh mama kesayangan. Que sudah mnghidupkan enjin motosikalnya dan terus meluncur laju meninggalkan kedai Pak Ajis.
"WOW! Cunnya. Ibu nak pergi mana ni?" sapa Syah dari tingkat atas. Puan Zaleha yang sedang sibuk membetulkan ikatan tudungnya berpaling. Senyuman manis terukir di bibir. Syah jungkit kening.
"Haa…ibu nak pergi mana pakai lawa-lawa ni? Date eh?" usik Syah sambil mengucup pipi ibunya. Puan Zaleha menggeleng.
"Date apanya cik Izyan Akasyah. Mama nak pergi rumah auntie Ina. Nak ikut tak?" Syah telan air liur. Excuse me? Rumah siapa? Auntie Ina? Auntie Zarina? Mama Que? Opps! No way!
"Oh, thanks but no thanks. Syah nak lepak kat rumahlah hari ni."
"Sayang…teman ibu. Kalau abang ada ibu dah ajak abang tapi abang takde. Syah teman ibu eh, sayang?" pujuk Puan Zaleha. Syah serba-salah. Kepalanya yang tak gatal digaru berkali-kali. Aduh…aku paling lemah kalau bab orang dah pujuk-memujuk ni. Lagi-lagi kalau ibu yang pujuk. Tone nak manja secukup rasa je.
Puan Zaleha masih dengan muka simpati. "Please…"
Syah telan air liur satu-persatu. Hailoh…nak tak nak terpaksa jugaklah aku turutkan. Oh abang Ijat! Di mana kau dikala situasi meruncing ini?
"Ok. Syah teman. Wait a minute. I get change." Puan Zaleha senyum segaris.
"YANG tengok je lauk tu daripada tadi kenapa?" tegur Puan Zarina. Syah senyum kelat. Ehehe…macam mana nak makan kalau mangkuk ayun kat sebelah auntie tu asyik pandang je saya daripada tadi? Cubalah auntie piat sikit telinga dia tu. Tak eloklah usha anak dara orang macam tu. Que senyum segaris.
"Kak Syah…akak nak apa-apa? Azar ambikkan eh?"
Syah menggeleng. "Eh, takpe-takpe. Akak boleh ambik sendiri." Syah senyum. Azar membalas seadanya. Syah mengalih pandang ke arah Que yang tampak relaks di kerusinya. Argh! Kenapa aku pulak yang tak tentu arah ni? Mamat ni…dia ni memang takde perasaan langsung ke? Dia tak tahu ke aku dah mati kutu kat sini? Que!!!
"Syah…tengok apa lagi? Makanlah…"
"Dia malu tu, ma." Ujar Que selamba. Terbelalak biji mata Syah mendengarnya. Tak guna kau Que! Que mengoyak senyum segaris. Hehehe…cik Izyan Akasyahku sayang, awak tu…tak beraninya nak lawan saya kat sini. Kesian awak…
"Laa…nak malu apanya Syah?" tegur Puan Zarina dengan senyuman di bibir. Syah gigit bibir. Eee…memang nak kenalah mangkuk ayun ni! Mana ada aku malu. Aku tak selesalah mangkuk sebab kau asyik pandang aku je daripada tadi. Syah tarik senyuman palsu. Huh! Nasib baiklah ni rumah kau. Kalau tak…
Syah bangun dari duduknya lantas mengambil mangkuk berisi kuah asam pedas ikan pari. Perlahan-lahan dicedok kuah itu ke pinggannya. Que memerhati setiap gerak-geri Syah dari ekor matanya. Alahai…cutenyalah awek sorang ni. Syah yang menyedari dirinya diperhatikan hanya mampu menggigit bibir. Dalam diam, dah berbakul maki hamun dihamburkan buat lelaki yang macam nak kena humban dalam lori DBKL.
Syah menyuap nasi yang sudah digaulkan dengan kuah asam pedas ikan pari ke dalam mulut. Penuh cermat dia mengunyah walaupun perasaan tak selesa + menyampah + bengang dengan renungan maut dari Que merantai diri. Que! Kau tak reti bahasa atau kau buat-buat tak faham hah? Aku tak selesalah!
Que yang menyedari perubahan wajah Syah hanya mampu tersenyum nipis.
"Abang…yang dok tersengih-sengih daripada tadi tu kenapa?"
Opps! Adoi…kantoilah pulak. Azar cuba menahan tawa. Qis senyum segaris. Syah tunduk. Namun, senyuman puas meniti di bibir. Padan muka kau! Tulah…kacau lagi ketenangan hidup aku. Kan dah kena…
"Erm…ma, tolong paskan kuah lemak cili api tu."
"Pandai eh…" Que sengih. Ma, anak mama dah jatuh. Jatuh cinta kat anak kawan mama tu. Tolonglah anak mama ni, pikat hati dia supaya dia pun sama-sama jatuh dengan abang. Que sengih nakal.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehehe...nice
^sakura hana^