BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 23, 2008
Novel : Kuseru Rindu Itu 17
Nama Pena : Hanni Ramsul

Dari jauh Borhan sudah tersenyum lebar. Hasmieza Cuma memandang tanpa membalas senyuman itu. Borhan menghayun langkah laju ke arah mejanya.
"Dah lama sampai?,"soal lelaki itu sebaik melabuhkan punggung di hadapan Hasmieza.
"Adalah dalam sepuluh minit. Kau yang nak kumpa aku, aku yang kena tunggu kau. Banyak cantik muka kau,"rungut Hasmieza sambil menjeling marah. Borhan tergelak kecil.
"Sorrylah. Aku tak sengaja. Ada hal sikit kat office. Lagipun, bukannya lama. Sepuluh minit saja, kan?,"
"Sepuluh minit ke…lima minit ke… masa aku dah terbuang. Faham?,"
"Sorrylah Miss Punctual. Eh, silap. Sekarang dah jadi Mrs Punctual…,"seloroh Borhan sambil tergelak. Memang sejak dari dulu, Hasmieza memang terlalu mementingkan ketepatan masa. Hasmieza jegilkan mata mendengar gurauan itu, membuat tawa Borhan menjadi lebih panjang.
"Sorrylah. Anyway, bila kau pulang dari honeymoon?,"
"Dah dua hari aku start kerja,"
"Dah dua hari? Aku call tak jawab pun. Sengaja tak nak jawab panggilan aku ke?,"soal Borhan sambil mencapai menu makanan di atas meja.
"Kau call aku tak kena masa. Aku nak call balik, asyik lupa saja,"
"Tak kena masa? Hei, aku bukan call kau tengah malam buta. Aku call during office hour. Takkan time pejabat pun, tak kena masa juga… Tahulah kerja satu tempat…,"Borhan menyampuk bersama senyuman yang meleret. Senyuman yang membuat wajah Hasmieza merona merah.
"Hey! Jangan nak mengarut. Maksud aku, aku sibuk. Faham? Banyak kerja. Biasalah. Kalau dah cuti lama sikit, bertimbunlah kerja menunggu. Aku betul-betul sibuk dua tiga hari ni. Kau ni… otak tu kena service sikit. Cuba fikir yang elok-elok,"bebel Hasmieza menutup rasa malu. Borhan tergelak melihat pipi Hasmieza yang memerah.
"Lain kali cakap biar terang. Faham?,"usiknya lagi.
Hasmieza cuma mencebik mendengar kata-kata Borhan.
"Suami kau tahu ke, kau datang jumpa aku ni?,"soal Borhan, kembali serius.
"Tahu. Aku dah beritahu. Apa hal kau nak jumpa aku?,"
Borhan memandang wajah Hasmieza. Mencongak-congak sama ada Hasmieza bersedia menolongnya atau tidak. Sebelum ini, jawapan Hasmieza sering mengecewakannya. Harap-harap kali ini dia tidak kecewa lagi.
"Borhan. Dengar tak aku Tanya ni?,"
"Aku rasa kau pun tahu tujuan aku,"
Mendengar jawapan Borhan, Hasmieza mengeluh kecil. Sangkanya Borhan sudah berhenti mengharap. Rupa-rupanya dia tersilap. Lelaki ini tidak mahu berputus asa nampaknya.
"Borhan… banyak kali aku cakap. Aku tak boleh tolong kau,"
Borhan tunduk seketika. Kemudia dia kembali mendongak. Memandang wajah Hasmieza yang serba salah.
"Tolonglah Mieza. Hanya kau saja yang boleh tolong aku. Aku nak sangat bercakap dengan Ayu. Aku nak jumpa Ayu. Aku nak hubungi dia,"
"Ayu tak nak tahu apa-apa pasal kau, Borhan. Ayu dah lupakan kisah kau dengan dia. Lagipun, dia kan dah bersuami. Aku minta sangat… janganlah ganggu dia,"
"Tak boleh. Sebab aku masih sayangkan dia. Aku masih cintakan dia,"
"Astarfirullahal’azim. Berdosa tau, menyimpan perasaan pada isteri orang,"
"Tapi, sebelum dia jadi isteri Hisyam, dia pernah menjadi kekasih aku,"
"Itu tak membawa apa-apa makna pun, Borhan. Kau kena terima kenyataan. Kau yang lepaskan dia pada Hisyam dulu. Kau dah lupa?,"
"Aku tahu aku silap semasa aku buat keputusan tu. Aku menyesal,"
Hasmieza mengeluh panjang. Merenung kosong wajah Borhan yang Nampak cukup muram.
"Ada sesetengah perkara, Cuma datang sekali saja dalam hidup. Kalau kita hargai semasa ia datang, mungkin kita akan kehilangannya buat selama-lamanya. Kau carilah pengganti Ayu. Percayalah cakap aku. Ayu tak akan terima kau semula. Dia bahagia dengan suaminya. Kau sendiri pun dah lihat hubungan mereka tempoh hari kan?,"
"Itu yang aku Nampak. Manalah kita tahu, kan? kadang-kadang apa yang kita Nampak lain. Kenyataannya pula lain. Siapa tahu, kan?,"
Hasmieza merenung wajah Borhan agak lama. Tidak faham dengan kata-kata lelaki itu. Borhan Cuma tersenyum sambil mengangkat bahu.
"What do you mean?,"soal Hasmieza lambat-lambat. Senyuman Borhan bagai merahsiakan sesuatu.
"Aku tahu perkahwinan Ayu ada masalah sekarang,"
Hasmieza tergelak kecil.
"Pandai-pandai kau reka cerita ya?,"tempelak Hasmieza dengan gelak yang masih bersisa. Terkejut sebenarnya dengan tekaan Borhan yang tidak meleset langsung.
"Aku tahu Mieza. Aku tahu suami dia ada perempuan lain kan? Suami dia nak kahwin lagi, kan?,"
Tawa Hasmieza mati tiba-tiba. Tajam matanya jatuh ke wajah Borhan. Dari mana Borhan mendapat cerita itu?
"Apa kau cakap ni? Kau jangan nak mereka cerita, Borhan,"
"Sudahlah Mieza. Aku tahu. Aku dengar perbualan kau dengan Ayu hari tu,"
"Kau curi dengar ya?,"
"No. Aku tak curi dengar. Tapi, aku terdengar. Mungkin itu satu petunjuk untuk aku terus mencuba,"
Kata-kata Borhan membuat Hasmieza menggeleng perlahan. Kehilangan kata-kata untuk menjawab.
"Kau memang tak pernah berubah, Borhan,"akhirnya dia bersuara perlahan.
"Maksud kau?."soal Borhan kurang faham maksud kata-kata Hasmieza.
"Suka mengambil kesempatan. Bijak mencari peluang,"
Borhan terseyum kelat mendengar kata-kata itu. Agak sinis di telinganya.
"Cakaplah apa saja yang kau nak cakap. Aku sanggup dengar. Asalkan kau tolong aku. Beritahu aku cara untuk aku hubungi Idayu. Paling tidak pun, kau berilah nombor telefon dia pada aku. Tolonglah Mieza,"
Hasmieza mengeluh lagi.
"Janganlah ganggu dia lagi, Borhan,"
"Tolonglah aku. Kau kan kawan aku?,"
"Buat apa kau nak tambah masalah Idayu tu? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat pada dia dulu?,"
"Aku Cuma nak cari peluang kedua. Membetulkan kesilapan yang pernah aku buat. Tak salah kan?,"
"Hai… susahlah bercakap dengan manusia degil macam kau ni. Kau yakin ke Ayu akan kembali pada kau?,"
"Aku tak nak cakap pasal keyakinan. Yang kau tahu, aku cuba sampai Idayu mengalah. Aku tak akan berputus asa. Selagi kau tak tolong kau, selagi itulah kau kena tengok muka aku ni. kena dengar suara aku,"
"Ini dah kes ugut. Tolonglah Borhan. Aku tak boleh tolong kau. Aku tak nak khianati Idayu. Tolonglah faham situasi aku,’
"Aku tak akan berputus asa. Ingat tu,"Borhan bersuara sambil menunding jari telunjuknya ke arah Hasmieza. Hasmieza menjeling sambil menarik muka masam.
"Hish! Rimaslah aku. Dari dulu sampai sekarang asyik aku saja yang jadi mangsa keadaan. Masalah kau, aku pula yang kena peningkan kepala,"rungut Hasmieza geram. Membuat Borhan tergelak.
"Kau yang buat benda ni jadi susah. Kalau kau tolong aku, kan senang,"
"Idayu tu dah berkahwin. Aku tak boleh nak tolong kau macam mula-mula kau nak tackle Ayu dulu. Keadaan dah berbeza. Lagipun, Ayu tu bestfriend aku. Kau pula.. exboyfriend Ayu yang dah curang pada dia. Dahlah curang… menipu pula tu. Siap menangguk di air keruh lagi tu,"
"Auch! Very sharp. Aku tak kisah kalau kau nak mengata aku. Tapi, janganlah direct sangat. Menghiris perasaan, tahu tak?,"ujar Borhan sambil mengusap dadanya. Tersentap dengan kata-kata tajam Hasmieza.
Hasmieza tergelak. Rupa-rupanya Borhan terasa dengan kata-katanya.
"Sorrylah. Aku tak bermaksud nak menyindir. Dah kenyataannya macam tu. Nak buat macam mana? Lagipun, kenyataan yang pahit memang akan menghiris perasaan. Sendiri mahu ingatlah,"
"Itu cerita lama. Janganlah ungkit lagi. Aku nak buka buku baru. Nak cipta cerita baru,"
"Masalahnya, kau nak buka buku baru, tak semestinya Idayu setuju nak buang buku lama. Kau kena ingat tu,"
"Di sinilah kau kena mainkan peranan sikit. Adjust mana yang patut. Bukan selalu kau dapat peluang nak tolong aku. Sumpah! Aku tak akan lupakan jasa kau sampai bila-bila. Deal?,"ujar Borhan sambil menghulurkan tangan kepada Hasmieza. Perlahan Hasmieza menepis tangan itu.
"No…No..No.. And no. aku tak nak terlibat dengan masalah kau. Aku tak nak,"
Borhan mengeluh keras. Susahnya memujuk Hasmieza. Dia memandang wajah Hasmieza agak lama. Buntu mencari cara untuk memujuk Hasmieza. melihat renungan sayu Borhan, Hasmieza dilanda rasa serba salah. Memang dia serba salah. Idayu sahabatnya. Borhan juga sahabatnya. Menolong Borhan, bermakna dia membuat Idayu lebih terluka. Membantu Idayu, bermakna dia mengecewakan permintaan Borhan.
"Borhan… honestly, aku tak rasa idea kau nak pikat Ayu semula tu, idea yang baik. Aku juga tak tahu sejauh mana seriusnya kau nak memenangi hati Ayu semula…,"
"Aku betul-betul serius Mieza,"sampuk Borhan sebelum sempat Hasmieza menghabiskan bicaranya.
"Wait. Let me finish first. Ayu kawan aku. Kau pun kawan aku. Aku tak nak kau frust nanti. Kau lelaki, so, aku tak tahu sama ada fikiran kau sama atau tidak dengan fikiran aku. Cuma, pada pendapat akulah… dalam usia kita ni, kau sepatutnya mencari seseorang yang sesuai untuk jadi teman hidup kau. Bukannya mengejar benda yang tak pasti macam ni,"
"Nasihat daripada seorang sahabat yang baru menempuh alam rumahtangga ke ni?,"soal Borhan separuh berseloroh. Hasmieza menjeling marah.
"Aku serius,okay,"
"Aku tahu. Aku pun serius. Kalau tidak, takkan aku desperate sampai macam ni sekali minta kau tolong aku,"
"Selain Idayu?,"soal Hasmieza pendek.
"Aku tak boleh lupakan dia. Tak boleh. Aku di sini, membuat aku teringat sangat pada dia. Pada kenangan kami. I miss her so much,"perlahan Borhan menjawab soalan itu.
"Aku pernah beritahu Ayu pasa kau. Aku pernah beritahu dia, kau selalu bertanyakan dia. Kau tahu apa katanya? Aku tak kenal manusia bernama Borhan. Full stop. Dia tak nak dengar apa-apa pun pasal kau. Luka di hatinya tak pernah sembuh , Borhan. Sekarang kau tahu kenapa aku tak nak tolong kau? Aku tak nak curahkan cuka pada luka lamanya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dia sekarang. Aku sepatutnya memberi semangat pada Ayu. Bukan menambah beban masalah yang dia ada,"
Borhan diam. Fikirannya ligat memproses kata-kata Hasmieza. Hasilnya, hatinya terasa bagai ditusuk sembilu mendengar hakikat itu. sekeras itukah hati Idayu? Masih belum redakah kemarahan Idayu padanya? Masih tebal lagikah kebencian yang bersarang di hati Idayu?
"Kalau boleh aku tahu… selepas kau berpisah dengan Idayu, kau tak kahwin ke dengan perempuan tu?,"lambat-lambat soalan itu meniti di bibir Hasmieza apabila melihat Borhan termenung jauh mendengar ceritanya tentang Idayu. Borhan tersenyum hambar. Terlalu sayu senyuman itu di mata hasmieza.
Perlahan Borhan menarik nafas. Dalam. Soalan Hasmieza mengembalikan seraut wajah ke mindanya. Selama dia kembali ke Terengganu, Hasmieza tidak pernah bertanya tentang kisah hidupnya selepas dia berpisah dengan Idayu.
"Hanita. Namanya Hanita,"Borhan bersuara setelah agak lama menyepi. Mencari kekuatan sebenarnya untuk dia menyebut sebaris nama yang sudah lama hilang dari bibirnya itu. Bukan kerana benci nama itu hilang di bibirnya. Namun, takdir yang memaksa dia lupakan sebaris nama itu.
Hasmieza mengangguk perlahan sambil tersenyum kecil. Wajah Borhan ditatapnya. Menunggu cerita dari mulut Borhan. Namun, lelaki itu kelihatan berusaha keras menyembunyikan riak pilu, untuk membuka cerita.
"Tiga tahun kami bercinta. Kemudian kami mengambil keputusan untuk bertunang. Dia minta dua tahun tempoh bertunang. Alasannya, dia baru habis belajar. Nak cari kerja. Nak bina kerjaya. Aku setuju. So, kami bertunang selama dua tahun,"cerita Borhan terhenti di situ. Dia menghela nafas panjang. Diam seketika. Mencari kekuatan untuk menyambung ceritanya.
"Selepas tu?,"soal Hasmieza sedikit kurang sabar, apabila agak lama Borhan mendiamkan diri. Borhan berdehem beberapa kali.
"Mungkin memang kami tak ada jodoh. Aku ingat lagi seminggu sebelum hari nikah kami, beria-ia dia ajak aku pergi cuba baju pengantin. Tapi, aku tak boleh. Kebetulan aku ada appointment kerja. Dia accident dalam perjalanan ke butik pengantin…,"
"Oh…I’m sorry,"bisik Hasmieza perlahan. tidak sangka rupa-rupanya Borhan ada sejarah setragis itu.
"Dia meninggal on the way ke hospital. Sepatutnya aku pergi bersamanya. Sepatutnya aku mati bersamanya. Kereta dia hancur, Mieza. Terperosok bawah trailer…,"cerita Borhan tergantung di situ. Melihat ada air mata yang bergenang ditubir mata lelaki itu, lidah Hasmieza tiba-tiba kelu untuk terus bertanya. Di sebalik wajah ceria Borhan, rupa-rupanya ada kisah sedih yang begitu menyayat hati. Borhan tergelak kecil, cuba menutup perasaan hiba yang mula bertenggek. Dia tidak mahu menangis lagi. Lebih-lebih lagi di hadapan Hasmieza. Mana mungkin dia menitiskan air mata di hadapan perempuan itu. Lagipun itu kisah dua tahun dulu. Dia harus belajar menerima segalanya dengan redha. Dan, dia sudah hampir berjaya melakukannya. Ternyata kenangan manis antara dia dengan Idayu di bumi Terengganu telah menjadi penawar dukanya itu.
"Well.. that’s my story,"Borhan bersuara apabila dia melihat Shamieza sudah bisu kelu. Hasmieza sedikit tersentak. Hatinya tiba-tiba sayu melihat senyuman ceria yang kembali menghiasi bibir Borhan. Naluri perempuannya seakan berbisik, hati Borhan tidak seceria senyumannya saat ini. Borhan mengangkat kening melihat wajah Hasmieza yang membeku. Hasmieza tersenyum kecil.
"Aku minta maaf. Aku tak tahu. Kalau aku tahu, aku tak akan buat kau teringat kisah sedih tu,"
"Of courselah kau tak tahu. Kalau kau tahu, takkan kau Tanya. Ya tak?,"seloroh Borhan sambil tersengih. Hasmieza tergelak kecil. Namun, dia tahu gelaknya kedengaran sumbang. Sesumbang senyuman yang terpamer di bibir Borhan. Wajah Borhan kembali serius.
"Aku salahkan diri aku atas apa yang terjadi. Lepas kejadian tu, hidup aku betul-betul teruk. Aku hilang focus pada kerja. Aku hilang semangat untuk hidup. Lama aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dalam kesedihan yang sengaja aku simpan. Aku berasa puas membalas rasa bersalah aku dengan kesedihan itu. Aku tak patut biarkan dia pergi sendiri,"
"Tapi, takdir… kita tak boleh agak…,"
Borhan tersenyum pahit.
"Nasib baik ada abang aku. Dia yang banyak membantu. Kebetulan dia buka cawangan baru di Terengganu, jadi dia hantar aku ke sini. Mencuba suasana baru, katanya,"
"So, macam mana?,"soal Hasmieza pendek. Borhan tersenyum kecil.
"Di sini aku ada kenangan dengan Idayu. Kembali ke sini, membuat aku teringat saat manis aku dan Ayu. Percaya atau tidak, kenangan itu perlahan-lahan mengubat luka aku. Sejarah antara aku dengan Ayu menjadi penawar kesedihan aku. Bunyinya macam sentimental. But, it’s true. Aku semakin kuat dengan kenangan-kenangan itu. di sini, semua tempat membuat aku teringat pada Ayu. Pantainya… bandarnya… segala-galanya mendekatkan aku dengan Ayu,"
"Tapi, Ayu kan dah berkeluarga. Salah kalau kau berperasaan begitu,"
"Aku tak pernah menaruh apa-apa harapan sebenarnya. Aku Cuma ingin melihat sendiri kebahagiaan Ayu. Kau pernah beritahu aku, Ayu bahagia dengan hidupnya. Juita pun pernah beritahu perkara yang sama pada aku. Jadi, aku nak lihat sendiri kebahagiaan itu. aku tak ada niat lain. kalau dia bahagia, aku tumpang gembira. Aku faham. Dia berhak untuk hidup bahagia. Tapi, bila aku dengar luahan Ayu pada kau tempoh hari…itu yang mengubah pendirian aku,"
"Tak semestinya Ayu boleh terima kau Borhan. Kau kena ingat tu,"
"Kan aku dah kata, aku akan cuba sampai berjaya. Dan, aku berharap sangat kau akan tolong aku,"
"Aku harap aku dapat tolong. Tapi, I’m sorry Borhan. Ayu isteri orang. Tak elok aku tolong kau dan keruhkan lagi masalah rumahtangga dia. Mana dia nak fikir masalah dia dengan suaminya. Mana dia nak fikir masalah dengan kau pula. Kasihan Ayu. Aku tak sampai hati nak buat macam tu kat dia. Aku harap sangat kau faham,"
Borhan mengeluh panjang. Doa mengeluh perlahan.
"Aku faham. Dan, aku juga nak kau faham, aku terpaksa terus mendesak kau. Aku tak akan putus asa. Tidak kali ini, mungkin next time kau akan cair dengan pujukan aku. Kan?,"
Hasmieza menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"I don’t know what to say,"ujarnya dengan nada berputus-asa. Degil Borhan tidak pernah kurang. Borhan tersenyum kecil.
"So, dah lama kat sini. Nak makan? Aku belanja,"
"No. thanks. Aku minta diri dululah. Mungkin suami aku dah sampai rumah pun. Aku nak balik dulu,"
Borhan menjungkit bahu.
"What can I say?,"
Hasmieza tersenyum sambil mengangkat punggung.
"How about you?,"soal Hasmieza melihat Borhan masih leka membelek menu.
"Aku? Nampaknya terpaksalah aku dinner sorang-sorang,"
Hasmieza tergelak kecil.
"Okaylah. Enjoy your dinner, okay?,"
Borhan tersenyum sambil mengangkat tangan.

****

Label:

posted by Penulisan2u @ 7:05 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 25/11/08 1:26 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emmm bagus cerita ini bila nak sambung lagi tak sabar akak nak baca.....

     

  • At 5/12/08 12:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    KAK HANNI...
    BILA NEXT EPISOD? LAMANYA SAYA TUNGGU.... JANGAN LA WAT SAYA TERTUNGGU...FRUST NANTI...:( PLIZZZ

     

  • At 12/12/08 12:32 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    plz..
    sambung cite ni...
    nk tau ksudahanya...
    xsbr la....

     

  • At 15/12/08 9:32 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hanni...

    nape lambat sgt sambungan KSRI ni??? cepat-cepat la sambung...da lama da tunggu smbungan ni...

    nak tau sgt kesudahan novel ni....
    plezzzz HANNI......

     

  • At 20/12/08 1:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cite ni sejibik dgn hidup sy.bezanya kami kawin atas dasar cinta but he back to his old lover..married her and now I'm alone with my 2 child. anyway cite yg best Hanni. Can't wait to know how their ending..happy or sad ending like me..Manina

     

  • At 26/12/08 3:59 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sangat menarik..olahan cerita yang matang..

    tak sabar nak tunggu sambungannye..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group