Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Shahrul leka memerhati gelagat seorang anak kecil yang petah bertanya itu dan ini pada ibunya. Gerai-geri anak kecil itu begitu memikat hatinya. Mimik muka anak kecil itu juga begitu menghiburkan hatinya. Membuat hatinya semakin meronta-ronta untuk memiliki anak sendiri. Dia mengukir senyum pada wanita yang berkemungkinan ibu kepada anak kecil itu. Dia cukup leka memerhati tanpa dia sedari, rupa-rupanya dia sendiri turut diperhati. Wanita itu turut tersenyum sambil membuat isyarat agar anaknya berhenti berceloteh. Anak kecil itu meniru gaya ibunya sambil ketawa mengekek. Shahrul tersenyum sendiri melihat gelagat itu. "Hai, abang… kenapa senyum sorang-sorang ni?," Shahrul mengangkat muka. Juita tercegat di hadapannya. Dia tersengih sambil membetulkan duduk. Juita melabuhkan punggung ke kerusi. Matanya masih melekat pada wajah Shahrul. Menanti jawapan dari suaminya. "Mana ada senyum sorang-sorang? Abang tengah tackle awek tu,"ujar Shahrul sambil memuncungkan mulutnya. Juita memandang ke arah yang ditunjuk oleh Shahrul. Matanya bulat memandang wajah Shahrul. "Nak kena belasah ke? Itu kan isteri orang,"ujar Juita tersenyum. Dia tahu suaminya sekadar bergurau. "Bukan tackle maknya. Tackle anak daranya tu. Comel sangat,’ Juita kembali memandang ke arah sepasang suami isteri yang sudah pun berlalu dari meja mereka. Dia memandang pula wajah comel budak perempuan yang terkedek-kedek berjalan sambil dipimpin ibunya. "Comel kan?,"soal Shahrul sambil tersenyum. Juita mengangguk sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin. "Abang nak lima orang anak comel macam tu," Juita jegilkan mata. Shahrul tersengih. "Tak sampai lima pun, tak apa. Tiga , boleh?," Juita jelirkan lidah sambil tersenyum malu. Shahrul tergelak senang. "Belum order ke?,"Juita bertanya apabila melihat mejanya masih kosong. "Dah. Belum sampai. Apa Ita buat lama sangat dalam bilik air tu?," Juita tersengih tiba-tiba. "Kak Ayu telefon," "Oh… Patutlah lama. Muka pun dah berseri-seri. Tadi monyok aje. Apa yang Ita bualkan dengan Kak Ayu, sampai muka berseri-seri macam ni?," "Ini yang Ita tak sabar nak cerita ni," "Amboi… isteri abang. Kenapa tiba-tiba dah jadi macam mami jarum ni?," "Abang! Nak dengar ke tak ni?,"terjerit kecil Juita mendengar kata-kata Shahrul. Shahrul tergelak. "Okay…Okay… ceritalah. Abang dengar,"ujar Shahrul berlagu. Juita tersenyum lebar. Tidak sabar ingin berkongsi cerita. "Kan semalam Ita ada cakap kat abang, suara Kak Ayu macam sedih saja masa Ita call," "Ya. Pasal anniversary tu kan?," "Yes. Rupa-rupanya bukan abang Hisyam sibuk sangat sampai lupa ulangtahun perkahwinan mereka. Abang Syam sengaja buat macam tu sebab dia nak buat surprise untuk Kak Ayu," "Surprise? Surprise apa?,"soal Shahrul berminat. "Ita tak boleh nak bayangkan. It’s so romantic. After seven years, abang Syam masih layan Kak Ayu seromantik tu. Jelous Ita dengar tau," "Apa yang dah Hisyam tu buta ni? Sampai isteri abang pun boleh jelous ni?," "Candle light dinner. Mawar kuning dan putih yang memenuhi segenap ruang di rumah Kak Ayu. Rantai kesukaan Kak Ayu yang dibeli senyap-senyap. Bilik tidur yang berubah menjadi bilik sang puteri. What do you think? Romantic kan?," Shahrul mengangguk sambil tersenyum. Dia benar-benar tidak faham dengan sikap Hisyam. Kalau tiada rasa cinta, apa maksud cerita yang baru Juita sampaikan itu? Hanya orang yang sedang dilamun cinta sahaja yang akan membuat segala yang telah Hisyam lakukan itu. "Abang pun, tak pernah buat kat Ita macam tu,"rengek Juita manja. Shahrul tersenyum sambil mencubit pipi isterinya. "Tunggu ulangtahun perkahwinan kita yang ketujuh, abang buat macam tu juga," Juita mencebik. Dia ingin menyambung celotehnya, tetapi hasratnya dibatalkan apabila pelayan restoran tiba di mejanya bersama makanan yang dipesan. "Ita ingat janji tu tau,"ujarnya setelah pelayan restoran berlalu. Shahrul tergelak kecil. "Apa lagi yang Kak Ayu cerita pada Ita?,"Shahrul bertanya separuh menyelidik. Ingin tahu perkembangan rumahtangga Idayu. Juita menggeleng sambil menyedut minuman di hadapannya. "That’s mine, sayang,"Shahrul bersuara lagi apabila melihat Juita leka menghirup jus epal yang dia pesan. "Hah? Sorry…," "Tak apalah. Abang ambil yang ni," Shahrul menarik gelas besar berisi jus mangga. Juita tersengih sambil menikmati kembali minumannya. "Oh ya, lupa nak cakap. Hujung minggu ni, Kak Ayu dengan Abang Hisyam datang sini. Kak Ayu nak pergi majlis kahwin bestfriend dia, Kak Mieza. Abang kenal kan?,’ Shahrul mengangguk. "Hujung minggu ni?,"soalnya meminta kepastian. Juita mengangguk. Shahrul diam. Perlahan dia menyuap mee goreng ke mulut sambil Juita memilih-milih sotong di dalam mangkuk mee tomyamnya lalu diletakkan ke dalam pinggan mee goring kepunyaan Shahrul. "Alamak! Abang lupa nak cakap, tak payah masukkan sotong. Sorry sayang,"Shahrul bersuara sambil menepuk dahi. Lupa isterinya tidak suka sotong. Juita cuma menjeling sekilas sambil terus mengacau mee di dalam mangkuk. Mencari-cari kalau-kalau ada lagi sotong yang terselit di situ. "Juita… Juita, right?," Suara itu mengganggu konsentrasi Juita. Dia mendongak. Shahrul turut mendongak. Mancari gerangan pemilik suara yang memanggil nama isternya itu. "Ya, betul. You’re Juita. Juita apa khabar?," Juita tergamam seketika. Terkejut dengan pertemuan yang tidak dijangka itu. "Abang Borhan. Si..hat. saya sihat,"Juita menjawab dengan nada tersekat-sekat. Tidak sangka dia aka bertemu dengan Borhan di sini. Setahunya, Borhan berada di Pulau Pinang. "Lama tak jumpa. Juita semakin cantik," Juita tersenyum kelat. Dia memandang wajah Shahrul yang sedikit kehairanan. "Abang Borhan buat apa kat sini? Abang sekarang, kat Pulau Pinang, kan?," "Abang ditukarkan ke sini," Shahrul berdehem perlahan apabila terasa dia seakan dilupakan dalam perbualan antara isterinya dengan seorang lelaki asing yang dia tidak kenal. "Oh… lupa. Kenalkan, suami Ita. Shahrul. Abang, ini Borhan,"Juita bersuara. Menyedari ketidakselesaan Shahrul apabila dia sedikit terabai. "Hai…apa khabar?,"sapa Borhan mesra sambil berjabat tangan dengan Shahrul. "Fine. Thank you.,"balas Shahrul turut tersenyum. Di hatinya tertanya-tanya apa hubungan Juita dengan lelaki itu? Lebih –lebih lagi apabila melihat Juita gelisah dengan kehadiran lelaki bernama Borhan itu. "Kak Ayu apa khabar?,"Borhan bertanya lagi. "Kak Ayu sihat. Sihat sangat-sangat. Tinggal dengan suaminya di Shah Alam. Dia sihat… dan bahagia. Bahagia sangat," Juita menjawab dengan nada sedikit beremosi. Marahnya pada Borhan masih bersisa rupanya. Borhan telah menyakiti kakaknya. Borhan tersenyum pahit. Dia tahu Juita menyindirnya. "Abang pergi dulu. Maaf mengganggu ya?," "It’s okay,"balas Juita dengan senyuman yang tidak begitu ikhlas. Brohan berlalu. Dan , Juita menarik nafas lega. "Boleh tahan hadsomenya. Siapa tu? Exboyfriend ke?,"soal Sharul sedikit kurang senang. Juita tersenyum panjang. "Jelous ya?,"Jita bertanya sambil tersenyum nakal. Hatinya berbunga gembira. Bukan selalu dia boleh melihat Shahrul cemburu. Sifat ceria dan suka melawak, sentisa menutup reaksi cemburu lelaki itu. Sifat sentimentalnya sentiasa tersembunyi di sebalik gelak dan tawanya. "You are my wife, abang berhak untuk berasa cemburu kan?," Juita tergelak lagi. "Sukanya," "Suka apa pula?,"soal Shahrul sedikit hairan. "Suka bila abang cemburu kat Ita," Shahrul tersenyum mendengar jawapan Juita. "So, who’s that guy?," "Lelaki tu? Bekas boyfriend Kak Ayu," Shahrul terlopong. "Ya ke? Abang tak tahu pun. You mean, sebelum Kak Ayu berkahwin dengan Hisyam, dia bercinta dengan Borhan?," Juita mengangguk sambil menjamah makanannya. "Ita tak pernah cerita pun," "Tak penting pun. Itu sejarah lama," "Mereka berpisah sebab perkahwinan Kak Ayu dengan Hisyam ke?,"soal Shahrul ingin tahu. Juita menggeleng. "Ceritalah. Abang nak dengar," "Cerita apa?," "Kisah cinta Kak Ayu," Juita memandang wajah Shahrul. Suapannya terhenti. "Apa yang abang nak tahu?," "Apa yang Ita nak ceritalah,"jawab Shahrul sambil mengangkat kening. "Abang Borhan tu… berkawan dengan Kak Ayu sejak dia orang belajar lagi. Ita saja yang tahu. Itu rahsia kami berdua. Abah dengan Umi tak tahu. Mereka Cuma tahu, Abang Borhan tu, kawan karib Kak Ayu," "Kenapa? Kenapa rahsiakan?," "Sebab abah. Sejak Kak Ayu tingkatan tiga, abah dah warning Kak Ayu. Kak Ayu boleh buat apa saja, kecuali satu perkara. Kak Ayu tak boleh bercinta. Tak boleh langsung. Bila Kak Ayu masuk universiti, abah beri sebentuk cincin pada Kak Ayu. Abah suruh Kak Ayu sentiasa pakai cincin tu. Kak Ayu pakailah. Mana tahu rupa-rupanya cincin tu cincin pertunangan Kak Ayu dengan Abang Syam," "So, Kak Ayu dengan Borhan. Macam mana hubungan mereka?," "Mereka bercinta dari mula masuk university sampailah tamat pengajian. Lepas belajar, Abang Borhan kerja di sini. Tak sampai setahun kerja, Abang Borhan pindah ke Penang. Tolong business family dia di sana. Kak Ayu pula… tak lama selepas Abang Borhan ke Penang, Abah beritahu Kak Ayu tentang pertunangan dia dengan Abang Hisyam. Kak Ayu terkejut sangat. Kasihan Kak Ayu masa tu," "Then?,"soal Shahrul, berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya. "Kak Ayu sendirian. Tak tahu apa yang patut dia lakukan. Abang Borhan pula, terus menyepi. Dia langsung tak hubungi Kak Ayu. Puas Kak Ayu cuba call dia, tapi, tak dapat. Akhirnya Kak Ayu berterus-terang dengan abah. Abah marah betul pada Kak Ayu. Bila Kak Ayu nekad cakap dia tak nak kahwin dengan Abang Hisyam, abah dapat serangan jantung. Kak Ayu betul-betul tertekan masa tu. Dia cintakan Abang Borhan, tapi, dia tak nak apa-apa yang buruk menimpa abah," Shahrul terus menjadi pendengar yang setia. Kisah cinta Idayu adalah satu cerita baru padanya. Hisyam tidak pernah bercerita tentang ini. Atau… barangkali Hisyam juga seperti dia. Tidak pernah tahu tentang cerita ini. Idayu berpisah dengan Borhan kerana dia terpaksa berkahwin dengan Hisyam. "Jadi, Kak Ayu terpaksa tinggalkan Borhan sebab arwah abah?," Juita menggeleng perlahan. "Tak. Kak Ayu tetap cuba pertahankan hubungan dia dengan Abang Borhan. Dia call abang Borhan sampai dapat. Bila Abang Borhan datang ke sini, Kak ayu ceritakan semuanya. Kak Ayu ajak abang Borhan jumpa abah. Merayu pada abah. Tapi, Abang Borhan tak nak. Katanya, biar dia yang mengalah. Dia sedia undur diri. Dia tak nak Kak Ayu lukakan hati abah. Betul-betul menyentuh perasaan kan?,"soal Juita sambil memandang wajah Shahrul. Sharul mengangguk perlahan. "Ya. Memang menyentuh perasaan, sayang. Sebab dia sanggup berkorban untuk arwah abah. Dia tak nak Kak Ayu jadi anak yang ingkar. Pada abang, kalau itulah ceritanya, he is a nice guy. Untuk membuat pengorbanan sebegitu, bukannya mudah. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang yang amat kita cintai," Juita tergelak sinis. Membuat Shahrul sedikit hairan. "Ya. Itulah yang dia cuba buat. Cuba untuk menjadi seoarang lelaki yang amat mulia di mata semua orang. Padahal Abang Borhan tu, manusia paling teruk. Dia menangguk di air keruh. Ambil kesempatan pada rasa serbaa salah Kak Ayu," "Maksud Ita?," "Dia ada perempuan lain sebenarnya. Ita terserempak dia dengan kekasihnya. Masa tu, Ita belajar kat USM. Ita beritahu Kak Ayu. Kak Ayu sanggup lupakan kecurangan Abang Borhan, dan panggil abang Borhan datang bersemuka dengan Abah. Dia sanggup lupakan semua tu, semata-mata nak hidup dengan Abang Borhan. Abang Borhan pula, minta Kak Ayu tinggalkan dia, semata-mata tak mahu hati abah terluka. Tak mahu Kak Ayu jadi anak derhaka kononnya. Padahal, dia pengecut. Tak berani nak berterus- terang tentang hatinya yang dah beralih arah. Dia minta putus dengan Kak Ayu, dengan alasan Kak Ayu sudah menjadi tunangan orang. Kasihan Kak Ayu. Dia sangat megharapkan abang Borhan. Tapi, abang Borhan sanggup buat dia macam tu. Tipu Kak Ayu macam tu," Shahrul tergelak kecil. Mentesal dengan tanggapan baiknya terhadap Borhan sebentar tadi. Ternyata kesimpulan yang dia buat sebentar tadi, adalah silap. "Lepas tu, apa terjadi?," "Kak Ayu kecewa sangat. Marah sangat. Dia nekad nak kahwin dengan Abang hisyam dan buktikan dia boleh hidup bahagia walaupun tanpa Abang Borhan. Sejak hari tu, kami terus putus hubungan dengan Abang Borhan. Cuma, tadi… tiba-tiba dia muncul depan kita. Itulah ceritanya," Shahrul menarik nafas panjang. Berliku juga kisah cinta Idayu. "Nampaknya abang kena tarik balik pujian abang tadi. Kan?," "Tahu tak apa."ujar Juita sambil mencebik. Dia kembali tunduk menikmati mee tomyam di hadapannya. Shahrul pula, termenung memproses kembali cerita yang baru Juita sampaikan padanya itu. Cerita baru yang amat menarik.
blog baru saya http://manisnyakenangan,blogspot.com
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kenapa blog kak hanni dah xboleh buka yek..die ckp the blog has been removed...