Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini genap 10 tahun dia meninggalkan sekolah ini. Sekolah rendahnya yang memberi seribu satu kenangan manis padanya. Mengenal erti persahabatan, kesetiaan dan ketabahan guru-guru, segala-galanya yang perlu bagi seorang insan yang baru mengenali erti kehidupan seawal usia 7 tahun. Di sini jugalah dia mengenali Haris. Mengingati kembali kisah mereka membuatkan dia tersenyum sendiri. Sehinggakan terkadang dia ketawa kecil apabila mengenangkan kembalik kebodohannya dahulu. Yela, kecik lagi. Cinta monyet la katakan, bisiknya sendiri. Dia menyusuri bilik-bilik darjah di situ. Setiap satu ada kenangannya dengan Haris. Mana mungkin dia lupa. Mungkin kata orang cinta monyet susah untuk dikategorikan sebagai cinta yang akan bertahan lama. Dia ingin mengiyakan pendapat itu namun apa dayanya jika sehingga sekarang peristiwa dahulu masih di ingatan, segar-bugar bagaikan baru semalam dia menempuh alam persekolahan rendahnya. Dia akur dan pasti yang dia masih menyukai Haris. Jika diikutkan, sudah 14 tahun dia menyimpan rasa itu di hatinya, hanya untuk Haris. Namun, apa yang dia tidak pasti ialah sampai bila dia harus begini? Mengharapkan agar cintanya itu kembali padanya dan membawanya pergi jauh dari dunia mimpinya. Ya, dia masih bermimpi. Bermimpi Haris akan datang kembali padanya setelah dia dikecewakan buat kedua kalinya oleh Haris. Apa dayaku Tuhan? Aku terlalu cintakan dia. Dia mengeluh perlahan.
Bab 1
2000- Hilda dan Haris
Hilda terkebil-kebil melihat Syafik yang agak berisi itu masuk ke kelas sambil menangis. Pantang betul aku! Getus Hilda sendiri. Langkahnya diatur pantas ke arah Syafik.
"Sapa buat kau?" tanya Hilda garang. Menarik perhatian rakan-rakan sekelas tahun 6 yang cuma 20 orang bilangannya. Loceng menandakan tamat waktu rehat masih belum berbunyi.
"Haris" jawabnya takut-takut. Air mata masih berjejeran di pipinya yang tembam. Ish, menyambah betul aku tengok! Haris ni memang nak kena! Berani dia buat Syafik! Marah Hilda dalam hati.
"Apa dia buat?" tanya Hilda lagi.
"Dia mengamuk kat aku tadi. Lepas tu dia baling baldi ke dada aku kat tandas tadi. Sakit." Jawab Syafik lagi. Hilda diam sebentar menahan geram pada Haris. Tak habis-habis la dia ni buat orang, getusnya lagi.
"Takpe Syafik, nanti aku tau la nak buat macam mana. Dah, jangan nangis la. Kau tu laki, harap badan je besar, malu la sikit kat kawan-kawan yang lain." Tegur Hilda. Dan semestinya pada ketika itu sudah ramai rakan-rakan yang berkerumun melihat Syafik. Hilda mendengus.
"Kenapa Hilda? Sapa buat Syafik?" tanya Sufiah, anak gadis kepada mamak yang tergolong antara mamak terkaya di Bandar mereka.
"Haris la, sapa lagi. Dia dah masuk kelas nanti, siap la. Aku takkan lepaskan dia!" marah Hilda lagi. Dia menghempas punggungnya kuat. Aduh! Terkuat sangat la pulak! Sakit punggung aku. Ni Haris punya pasal la ni. Omelnya sendiri sambil tangan mengusap-ngusap punggung yang sakit.
"Hilda, dia dah datang." Sufiah dah jadi tukang report untuk aku ke? Bisik Hilda sendiri.
"Biar dia masuk, tau la aku nak buat apa." Tegas suaranya memberi amaran.
Teman-teman yang lain masing-masing duduk menunggu adegan seterusnya. Tertanya-tanya apa pula yang akan Hilda lakukan kali ini. Gandingan Hilda dan Haris memang sentiasa dinanti-nanti mereka. Tidak berapa lama kemudian, rombongan Haris masuk dengan Haris mengetuai mereka. Hilda, sebaik melihat wajah itu, terus bingkas dari duduknya. Langkah diatur pantas dan dia berjaya menghalang laluan Haris sebelum lelaki itu duduk di tempatnya.
"Hilda, nak apa?" tanya Haris. Agak pelik dia apabila Hilda berkelakuan begitu kerana Hilda selalunya mengelak untuk bercakap atau bertembung dengannya walau di mana jua mereka pergi. Walaupun mereka sekelas, sukar untuk mereka berbicara kerana Hilda sendiri memang tidak mahu berbicara dengannya. Jadi kali ini apabila Hilda menghalang laluannya, dia agak terkejut kerana pasti ada perkara yang telah berlaku sehingga Hilda marah begini. Ya, Hilda hanya akan berbicara dengannya apabila dia marah sahaja.
"Apa kau dah buat kat Syafik?" tanya Hilda tegas. Wajah Haris ditenung seakan-akan mahu ditelannya. Haris mengalih pandangannya dari Hilda ke Syafik berulang-kali. Muka Syafik yang sembap akibat terlalu banyak menangis ditenungnya.
"Err,apa aku buat?" tanya Haris kembali. Tidak mengerti apa yang cuba dikatakan Hilda. Teman-teman yang lain memerhati dengan sabarnya adegan Hilda dan Haris di hadapan mereka.
"Syafik, tolong bagitau manusia ni apa yang dia dah buat kat kau." Suaranya ditekankan sedikit. Haris tergamam. Alamak, Hilda marah sangat ke?
"Kau...kau baling baldi tu tadi, kena dada aku...sakit sangat..."Syafik bersuara dalam sedu. Haris bertukar pandang dengan Hilda dan Syafik. Oh, itu ke? Laa, jambu betul mamat ni. Dah la mengadu kat Hilda. Lucu betul. Bisik Haris sendiri.
"Syafik. Aku tak sengaja la. Aku mintak maaf ok? Sakit sangat ke? Sori la, serius la aku main-main je. Kan kawan-kawan?" Haris berpusing kepada kawan-kawannya, meminta sokongan dari mereka. Memang dia marahkan Syafik tadi. Lembap sangat berlari. Kalau bukan kerana Hilda, harap la Haris akan memohon maaf. Antara budak lelaki memang begitu. Bermain kasar memang wajib. Hanya kerana Hilda dia terpaksa berlembut.
"Haris, sengaja ke tak, kau dah sakitkan dia tau tak? Tak boleh ke kalau kau x berkasar dengan orang? Bukan orang laki je, orang perempuan pun kau nak buat. Apa ni Haris?" keras suara Hilda menengking Haris. Haris cuma diam. Teman yang lain juga tidak berani menyampuk. Hilda memang pantang kalau dengar orang dibuat Haris. Almaklumla, Haris memang samseng kelas. Dia memang panas baran. Pantang ada kesalahan orang padanya, mesti mahu dipukulnya. Namun begitu, gandingan Hilda dan Haris dinanti kerana Haris cuma akan dengan cakap seorang sahaja di kelas ini, Hilda. Sedangkan cikgu pun tak boleh mengawal kenakalan dan baran Haris.
"Ada satu je caranya kau nak mintak maaf. Sufiah, tolong ambilkan baldi tu." Matanya diarahkan kepada baldi kelas yang memang disediakan guru kelas untuk tujuan gotong-royong kelas. Sufiah menurut dan baldi itu diserahkan kepada Hilda. Terus Hilda menghulurkan baldi itu kepada Syafik.
"Nah, buat balik kat dia macam mana dia buat kat kau."arah Hilda. Syafik menelan liur. Biar betul Hilda ni. Dia takkan tak tau Haris tu samseng? Nanti dibelasahnya aku macam mana? Hati Syafik berbelah bagi.
"Err, Hilda. Takpela. Aku dah maafkan dia. Aku tak berdendam. Lagipun, dia dah mintak maaf kan? Tak pe la. Dah tak sakit." Syafik menerangkan. Bimbang Hilda akan menengkingnya kerana tidak mengikut permintaannya. Hilda masih merenung Haris. Dia meletakkan kembali baldi itu. Langkah diatur kembali ke arah Haris.
"Kau tengok, orang tak nak buat engkau. Kawan-kawan semua sayangkan kau, tapi kenapa kau ni panas baran sangat? Tolongla Haris buangkan sifat tu. Ianya cuma akan memakan diri kau je. Aku dah tak nak dengar kau pukul orang lagi. Sekarang, pergi salam dengan Syafik. Mintak maaf betul-betul."arah Hilda. Haris akur. Langkah diatur ke arah Syafik dengan tangan berhulur.
"Aku mintak maaf sangat. Kita kawan kan?" huluran tangannya bersambut.
"Aku maafkan. Tak apa, aku ok. Kita tetap kawan sampai bila-bila." Ujar Syafik dalam sendu yang masih bersisa.
"Pelukla, apa lagi?" mencerun mata Hilda kearah mereka berdua. Lantas mereka berpeluk. Gamat tepukan memenuhi ruang kelas yang tidak seberapa besar itu. Serentak itu, loceng menandakan tamatnya waktu rehat berbunyi. Hilda menarik nafas lega. Selesai. Bisik hatinya.
\"Amboi-amboi, ada pesta ke?" suara nyaring cikgu bahasa Arab mereka membuatkan mereka semua kelam-kabut mencari tempat duduk masing-masing. Kelas sudah bermula dan mereka melupakan peristiwa tadi seketika.
Petang itu, sebaik kelas tamat, Sufiah dan Hilda duduk menunggu kedatangan bapa masing-masing bersama-sama seperti kebiasaannya. Hilda menghirup air limaunya perlahan-lahan.
"Hilda, aku hairan la. Kau dengan Haris, kata suka sama suka tapi kau garang dengan dia kenapa? Dan aku tak pernah tengok kau bercakap dengan dia melainkan kau nak marah dia. Kenapa kau buat macam tu? Kesian dia tau. Yela, aku rasa sebab tu dia selalu mengalah dengan kau, kau takkan cakap dengan dia kalau kau tak marah dia, so untuk menyimpan kenangan kau bercakap dengan dia, dia pun mengalah. Kalau dengan orang lain susah betul dia nak dengar cakap. Cikgu pun pening dengan dia tau." Ujar Sufiah seraya menghirup air orennya yang masih banyak berbaki.
Hilda diam, masih tidak berkata apa-apa. Dalam dia memikirkan apa yang dikatakan Sufiah. Memang benar, Haris melawan cakap orang lain tapi tidak dengan Hilda. Dia sentiasa berlembut dengan Hilda.
"Mana kau tau dia suka aku? Dia tak pernah cakap pun. Akil pun tak de sampaikan kat aku yang dia suka aku. Aku je yang cakap aku suka dia. Sebab tu la aku malu sangat-sangat nak cakap dengan dia sejak aku bagitau Akil aku suka Haris. Macam mana aku boleh tercakap entah. Ish, memalukan betul tau. Aku ni perempuan, mana boleh mula dulu. Tambah pulak masa tu kita darjah 2 ok? Kecik lagi, apa la yang kita tau, aku suka kau, kau suka aku. Budak-budak lagi Su. Dulu aku cakap aku suka dia sebab dia tu lawak la. Suka buat lawak. Tapi tu dulu. Aku cakap aku suka dia, dia cakap dia suka aku, dah. Habis cerita. Sekarang, lain cerita. Memang aku masih Hilda yang sama tapi dia?" panjang lebar bicaranya meluahkan rasa hati.
"Eh, sekarang pun budak-budak lagi la. Kita baru darjah 6 kan? Ala Hilda, kalau dia tak suka kau dia takkan terhegeh-hegeh dengar cakap kau, tau tak? Dah la garang, panas baran. Dengan kau je dia berlembut. Apa maknanya tu?" gasak Sufiah lagi.
"Ala, dia takutkan aku,bukan sukakan aku. Berani dia cari pasal dengan aku? Aku kan anak guru besar. Yela, kalau nak terima nasib yang sama macam Adi dulu, buatla."
Lantas ingatannya kembali pada Adi, rakan sekelas yang telah berpindah semasa darjah 4. Sama juga nakalnya dengan Haris, tetapi nakalnya lain. Adi suka menggatal dengan budak perempuan dan salah seorang mangsanya ialah Hilda. Bila gilanya datang, dia akan tarik kerusi dari jauh untuk duduk di tepi Hilda. Kemudian dirapat-rapatkan badannnya pada Hilda. Pipi Hilda dipegang-pegang pantang ada peluang datang. Lantaran geram Hilda telah melaporkan perbuatan Adi kepada bapanya. Terus bapanya menegur perbuatan itu di perhimpunan pagi dan Adi tidak berani berbuat nakal lagi dan tidak lama kemudian dia berpindah sekolah atas sebab yang Hilda sendiri tidak pernah tau. Ah, lantak dia la. Getus Hilda. Sudah malas dia hendak melayan si Sufiah. Matanya memandang ke pintu pagar mencari kelibat bapanya yang memang pulang lebih awal darinya yang terpaksa menghabiskan kelas sehingga pukul 3 petang. Hmm, mana la abah ni. Bisiknya sendiri.
Hari berganti hari. Sekolah Rendah As-Syifa’ masih berjalan seperti biasa dan Hilda juga meneruskan pembelajaran seperti biasa. UPSR semakin hampir. Dia mesti mendapatkan yang terbaik untuk sekolah dan juga dirinya. Di sekolah ini pelajar bersekolah sehingga 3 petang setiap hari dan makanan disediakan pada pukul 10 dan juga 1.30 tengahari. Pada hari itu, Hilda masuk ke kelas seorang diri selepas makan mihun goreng bersama teman-temannya. Mereka ke tandas dan dia memilih untuk pulang ke kelas dahulu. Fikirannya runsing memikirkan satu perkara, Haris dan Farah. Dia terdengar rakan sekelas berbicara sesama mereka yang kebelakangan ini Haris dan Farah selalu bermain kejar-kejar dan paling menyakitkan hati, tadi juga Farhan ada menyampaikan padanya mengenai hal itu. Sakit hatinya masih berbekas dari apa yang Farhan sampaikan.
"Hilda, Haris tu selalu bermain kejar-kejar dengan Farah sekarang. Kau tak cemburu ke?" Farhan mencucuk. Dia tersengih-sengih kambing. Hilda tersentak. Betul ke apa yang Farhan cakap ni? Tak dinafikan, cemburunya meluap-luap dan marah membuak-buak. Haris dah tak sukakan aku lagi ke? Dia mengeluh sendiri. Di masa ini, kalau lelaki dan perempuan bermain kejar-kejar, mungkin ada sesuatu antara mereka.
"Kau tak cemburu ke?" tanya Farhan lagi. Hampir Hilda terlupa Farhan masih di hadapannya. Ok, Hilda, control ayu, jangan tunjuk kau jealous ok? Bisiknya sendiri.
"Eh, kenapa nak jealous? Dia tu sapa pada aku? Dia ada hak. Biar la dia. Dia bukan sapa-sapa pada aku." Ujar Hilda dengan yakinnya. Hakikatnya, bukan senang nak yakinkan teman-teman yang lain kerana sudah ramai pelajar sekolah ini yang mengetahui cerita Haris dan Hilda. Kisah Hilda sukakan Haris dan Haris yang begitu. Di sekolah rendah agama ini pun gossip begitu menjadi pilihan. Cerita budak-budak mentah begitulah.
"eleh ye la tu tak cemburu." Ejek Farhan lagi. Argh! Menyampahnya aku dengan budak ni! Lantas Hilda mengangkat kaki meninggalkan Farhan.
Sakit hati Hilda masih berbekas hingga sekarang. Betul ke apa yang Farhan dan kawan-kawan lain cakap? Sedihnya kalau camtu. Salah aku jugak, suka marah Haris. Tak pernah nak cakap baik-baik dengan Haris. Mungkin Haris ingat aku benci dia kot, sebab tu la dia malas nak layan aku dah. Dia melayan kesedihan di tempat duduknya. Mujur tak ada orang dalam kelas. Kalau tak, nak pergi mana lagi layan sedih aku ni. Dia berfikir sendiri.
Tiba-tiba, seorang lelaki dan perempuan berlari masuk ke kelas. Mencerlung mata Hilda melihat mereka. Farah dan Haris! Memang betulla apa yang Farhan cakap! Bisik Hilda menahan marah. Haris mengejar Farah sehingga Farah sampai betul-betul di belakang Hilda. Lantaran bimbangkan Haris yang mungkin akan dapat mengejarnya, Farah berlindung di belakang Hilda seakan-akan mengharapkan Hilda menjadi penyelamatnya.
"Hilda, tolong aku. Haris nak buat aku." Kata Farah dengan tercungap-cungap.
Haris pula seakan-akan tidak nampak Hilda dan dia masih cuba mengejar Farah. Hilda bertambah bengang. Marah membuak-buak. Dah la bercengkerama macam ni ibarat aku tak wujud. Boleh pulak libatkan aku dalam permainan merpati dua sejoli ni??!! Ni tak boleh jadi! Pembaris kayu besar kepunyaan kelas dicapai lantas dihempas kuat ke atas meja.
Pang!!! "DIAM!!!!" Jerit Hilda. Oleh kerana waktu ini suasana di luar kelas agak riuh rendah, jeritannya masih tidak boleh memenangi kebisingan dan hiruk-pikuk di luar kelas. Oleh itu, cuma mereka bertiga sahaja yang mendengarnya.
Masing-masing terdiam. Kaku tidak berkata apa-apa. Pembaris kayu itu retak sedikit di hujung dan serpihan-serpihan kayu kecil bertaburan di atas lantai. Farah yang terkejut dengan tindakan nekad Hilda terus berlari keluar kelas meninggalkan Hilda dan Haris yang masih termangu-mangu. Pembaris kayu terlepas ke lantai dan Hilda bergerak manghampiri tingkap kelas. Matanya terasa panas. Dia sendiri tidak menjangka dia akan bertindak begitu lantaran terlalu sakit hati dan marahkan Haris. Kenapa? Jangan menangis Hilda! Namun air mata yang telah lama bertakung merembes juga membasahi pipinya. Bencinya!!! Jerit hati kecilnya. Haris mendekat. Memerhatikan Hilda. Dia menangis? Perasaan Haris menjadi tak keruan.
"Hilda, kenapa awak nangis? Jangan la macam ni. Awak marahkan saya ke?" Haris bertanya dengan soalan yang dia sendiri tidak pasti.
"Dah la, awak pergi la kejar si Farah tu. Jangan sibukkan saya. Pergi." Sindir Hilda. Bodoh. Takkan aku marahkan tukang sapu sekolah kot?
"Hilda, saya mintak maaf. Awak cemburu ke?" tanya Haris lagi. Ingatkan selama ni tak kisah dengan aku. Rupanya, ada hati lagi. Detik Haris nakal. Selama ini dia cuma melihat wajah Hilda yang tegas, tanpa disangka-sangka hari ini dia dapat melihat Hilda dari sudut berlainan. Hilda masih tersedu-sedu menangis.
Entah kenapa, dia mahu menangis semahu-mahunya hari ini dan sehingga ke titisan air mata yang terakhir, Haris masih di situ menemaninya.
Nota penulis: Novel ni adalah trilogi daripada cerpen saya - KAU PENAWARKU - kepada sapa2 yg dh baca cerpen tu, jgn mrh kalau rasa novel ni x sama, actually sama cuma saya olah sikit ceritanya. selamat membaca and give ur feedbacks k!
xrmai nk wat cite cinta monyet dr sek ren...ye r cite dak2 hingusan...lum berakal lg.tp xmustahil cite sebegini b'laku...sweet n funny! good work! good luck! ;)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xrmai nk wat cite cinta monyet dr sek ren...ye r cite dak2 hingusan...lum berakal lg.tp xmustahil cite sebegini b'laku...sweet n funny! good work! good luck! ;)