Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Aku terima nikahnya Iman Umairah Binti Tengku Mohammad Farid dengan mas kahwin lapan puluh ringgit. Tunai." Dengan kali kedua lafaz, Iman tahu kini dia menjadi milik lelaki bernama Danish Aiman Dato Arif. Hatinya menjerit tidak rela. Dia benar-benar tidak rela. Iman menunduk. Setitis air mata jatuh di pipinya. Bukan airmata gembira namun airmata itu melambangkan bertapa deritanya dia. Iman benar-benar berharap keputusannya ini tepat walaupun sepenuh hati dia meraguinya. Iman melihat papanya yang menjadi wali. Setelah enam belas tahun kini baru dia berjumpa kembali dengan papanya. Tengku Mohammad Farid adalah papanya tapi tiada siapa yang tahu hal ini kerana sejak dulu lagi papanya telah membuang dirinya dan abangnya hidup papanya. Pasti papa gembira. Selepas ini terputus langsunglah diri Tengku Mohammad Farid dengan dirinya. ‘Abang tolong Iman abang’ hati Iman menjerit lagi. Mungkin kah abangnya yang berada nun jauh beribu batu boleh mendengar luahan hatinya? Danish melihat airmata itu jatuh di pipi Iman. Hatinya tersentuh melihat air mata itu. Walau seribu orang menyatakan airmata itu airmata gembira namun Danish tahu Iman ber’kabung’ kerana pernikahan ini. Danish mengetahuinya cuma dia ego mengakui. Tak sangka dia yang menjadi rebutan ramai gadis di luar namun langsung tak mampu menarik perhatian gadis yang sudah bergelar isterinya. entah kenapa hati dannish berdebar-debar tak boleh di tahan. Danish mendekati Iman. Dia mengangkat jari-jemari Iman lalu menyarung cincin di jari manis Iman. Tangan Iman terasa sejuk dan menggeletar ketika menyalam tangannya. Terbit rasa kasihan di hati Danish. Perlahan-lahan Danish mengangkat wajah Iman. Menyapu lembut airmata itu dan mencium dahi Iman. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk Iman. Menjaga maruah Iman di mata tetamu. "Taniah Iman. Kak Risya gembira sangat. Aduh…" Arrisya mencium kedua belah pipi Iman tadi lantas memegang perutnya. Sudah sampai waktu agaknya. "Kak Risya kenapa ni? Dah sampai waktu ke?" Iman menjadi panik melihat wajah Arrisya yang memegang perutnya. "Sakitnya Iman. Abang…" Arrisya memanggil suaminya. Johan yang terkejut mendengar jeritan Arrisya menghampiri isterinya. Tergesa-gesa Johan menghampiri Arrisya. "Kenapa sayang? Dah masa ke?" Tanya Johan bodoh. "Sakit abang." Rengek Arrisya manja. Johan pantas memaut tubuh isterinya. Dia sendiri agak panik. Tak tahu nak buat apa? " Abang Johan. Kita bawa Kak Risya ke hospital. Dah nak bersalin agaknya ni." Tak perduli akan majlisnya itu. Iman menolong Johan memapah Arrisya ke kereta. Kunci kereta sudah di tangannya. "Awak nak pergi mana ni? Kan majlis kita ni?" Danish cuba menghalang Iman. Sebelah tangannya menahan dari Iman membuka pintu kereta. "Nak hantar kak Risya. Perdulikan majlis ni. Nyawa orang lagi penting. Nyawa akak dan anak saudara saya lagi penting." Suara Iman tegas. Matanya menyala memandang mata Danish cuba melawan. "Bagi kat saya kunci tu. Duduk kat sebelah." Danish merampas kunci di tangan Iman. Dia masuk dan menghidupkan enjin. Iman pantas mengambil tempat duduk di sisi Danish. "Kak Risya sabar ye." Iman nampak sangat cemas. Lebih cemas dari Danish adik Arrisya sendiri. Danish memerhati Iman yang duduk di sebelahnya. Sesekali kelihatan gadis itu memandang ke berlakang dengan wajah yang cukup risau. Nampak benar Iman lebih risau dari dirinya yang berkongsi rahim ibu dengan Arrisya. Malah mama dan papanya tadi nampak tak kisah pun tentang kakaknya itu. Baiknya budak ni. Detik hati Danish.
Arrisya di bawa masuk ke bilik bersalin sebaik sampai di hospital ini sejak lebih dua jam yang lalu. Iman dan Danish sabar menenti di luar. Johan menemani isterinya di dalam bilik bersalin yang masih tertutup rapat itu. Jam sudah menjangkau hampir pukul satu petang. Walau sudah berjam mereka di sini namun tak seorang pun ahli keluarga yang lain ada datang menjenguk. Pasti mereka sibuk melayan tetamu yang datang sedangkan pengantinnya tiada. Ahhhh… peduli apa. Mereka lagi suka macam ni. Jauh dari semua orang. Jauh dari kepura-puraan. "Saya lapar lah. Nak beli makanan sekejap. Awak nak apa?" Danish memecah kesunyian. Bingung sepi terus bersama Iman. Mendengar pertanyaan itu Iman pantas berpaling ke arah Danish. " Tak apa. Saya tak lapar lagi. Awak pergilah makan." Iman menjawab lembut dengan sebaris senyuman di bibirnya. Manis senyuman yang ikhlas itu di mata Danish. "Suka hati awak lah." Danish bergerak pergi. Bibirnya melepas keluahan kecil. Entah kenapa hatinya berdebar sejak melihat air mata Iman di majlis mereka tadi. Terus terang hampir sahaja dia ingin membatalkan majlis akadnya. Masih ter niang di telinganya. Kata-kata Iman…’Hidup saya bukan milik saya. Sejak saya melangkah ke rumah ini, hidup saya milik keluarga awak dan selepas majlis ini, hidup saya akan jadi milik keluarga awak untuk selamanya. Saya ni badut yang menangis’ Badut yang menangis… Benar kerana itu tangisan Iman mengusik hati Danish. Dia tahu Iman benar. Kuasa di tangannya bukan di tangan Iman. Berderu rasa bersalah di hatinya. Sudahlah gadis itu di paksa datuknya, dan dia menambah derita di hati gadis itu dengan kata-kata dan surat yang tak masuk akal. Kalau di fikir dua kali, malu besar Danish. Nampak sangat dia perasan bagus dengan memberi surat itu tadi. Danish masuk ke cafeteria tersebut. Banyak mata memandangnya. Ah… pasti mereka hairan melihatnya berpakaian persis pengantin. Memang dia pengantin pun... Jangan mereka fikir aku ni kahwin kat hospital sudah. bisik hati Danish. Danish menjamu mata melihat makanan yang terhidang di café hospital itu. Namun tak satu pun menarik perhatiannya. Lantas dia mengambil sebiji sandwish untuknya. Entah kenapa, tangannya mengambil lagi sebiji sandwish untuk Iman. Mulai sekarang dia kena membeli dua bagi setiap barang. Dia sudah ada tanggungjawab. ‘Tanggungjawab? Perlu ke dia melaksanakan tanggungjawab yang bukan dia pinta ni? Bukannya dia suka pun. Alah tanggungjawab tetap tanggungjawab. Dia perlu melaksanakannya.’ Nyata sekali Danish ingin meyakinkan dirinya. Nyata sekali Danish ingin mencari alasan untuk terus dekat dengan Iman. Nyata sekali Danish ingin menebus kesalahannya. Langkah Danish terhenti melihat pasangan di hadapannya. Niatnya nak mengalas perut dengan sandwish bersama Iman terbantut. Kelihatan wajah Iman yang tunduk seolah kesedihan dan seorang pemuda yang memakai kot doktor merenung ke arah Iman. Entah apa yang di bualkan. Danish sendiri tak dapat mendengarnya. Cuma yang jelas doktor muda itu memandang sayu jari Iman yang tersalut inai dan tersarung cincin. Dari padangan mata itu. Hati Danish tertanya siapakah si pemuda itu? Apa hubungan mereka? Kenapa pandangan sayu itu seolah menceritakan satu kisah percintaan yang tak kesampaian? Ah... Danish tiada jawapannya. Untuk di tanya pada Iman? Tak mungkin. Danish melangkah pergi. Bungkusan sandwish untuk dirinya dan Iman tadi sudah menjadi habuan tong sampah. Tiba-tiba dia terasa kenyang.
p/s terima kasih atas komen yang membina yang di beri pada episode yang lepas. terima kasih banyak-banyak. saya sgt menghargainya. harap setiap episode pun pembaca semua memberi komen terutama dari susun atur bahasa dan ayat. saya akan hantar karya setiap 1 dan 15 haribulan. harap terhibur.kalau ada masa saya postlah cepat sikit... hehehe
iman hazana.... terima kasih kepada semua yang memberi komen, saya akan postkan episode akan datang secepat mungkin tetapi kalau sibuk sikit saya janji akan postkan setiap 1 dan 15 hari bulan. memang cerita ini akan ada endingnya. saya tengah edit dan touch up je jalan cerita ini. doakan saya cepat menyiapkannya.
best cter ni..tp confused ckit name danish tu..adam danish or danish aiman???pls comfirm..coz chapter 1 said adam danish n this chapter said danish aiman...??overall okey la tu...;->
best cite ni sampai ingin menitis air mata ini.hahaha iwang karat aku ni heheheh,teruskan mbuat yg lbih menyayat ht heheeh gud job
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la penulis nape lmbt sgt nk post n3tu....bg la awal ckit....apa2 pun citer ni best....nti smbg lg...biar ada ending...jgn t'gntung tak bertali...