Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
AKU terlentok di atas meja hingga pukul enam selepas siap nota sejarah. Letih sesangat. Fadillah yang baru balik dari kelas tambahan mengejutkan aku daripada mimpi yang indah. Aku naik angin kerana Fadillah, mimpiku lenyap. Fadillah buat tidak hirau. Alasannya, ibu suruh kejutkan aku. "Ibu ni, macam tahu-tahu pulak yang aku tidur petang." Rungutku sambil menyusun buku di atas meja yang berselerakkan. "Alah, akak. Kalau dah hampir sejam lebih akak tak keluar bilik, apalagilah yang ibu fikirkan. Lagipun hari-hari Sabtu begini, akak suka sangat tidur petang." Fadillah menjawab sambil tangannya mengambil handsetku yang terletak di tepi katil yang dia duduk. "Eh, kak! Ada mesejlah." Fadillah menghulurkan handsetku itu. Aku tidak menyambutnya. Aku tahu siapa yang bagi mesej. Dahi Fadillah berkerut. "Akak nak Dillah tolong baca ke?" Soal Fadillah. Tangannya mula bergerak apabila aku langsung tidak memberikan respon. Fadillah terjerit apabila membaca mesej itu. Aku pelik. Terhenti kerjaku untuk mengemaskan buku-buku. "Apa yang dia tulis?" tanyaku sambil bersandar pada meja. Muka Fadillah merah. Aku makin pelik. "Apa dia tulis?" Soalku kembali. Fadillah tergelak-gelak entah untuk apa. Dia menghulurkan handset itu kepada aku. "Akak baca sendirilah. Dillah malu nak cakap." Serentak dengan itu, Fadillah berlalu dari bilikku. Perasaan ingin tahu begitu kuat dalam hati aku. Pantas aku membuka kembali peti mesej dan mencari pengirim mesej terbaru itu.
Farsya, sy mahu awak jadi girlfranz saya. Sy minat kat awak! Please...
Aku terkesima. Memang patutlah Fadillah terkejut dan ketawa. Terasa darah menyerbu naik ke mukaku. Malunya! Telefon ditangan aku campak ke katil. Aku mengepal-ngepal tanganku geram. Mamat Melayu ni tak tahu erti hormat ke? Dahlah aku ni baru form three, boleh pulak diajaknya aku jadi girlfriend dia? Hish, tak patut betul! Budak zaman sekarang... Eh, dia budak ke? Kalau dah aku gelar mamat tentu tahap dia lebih daripada budak. Habis tu, orang zaman sekarang? Ah, ikut suka hati akulah nak gelar apa. Aku punya mulut, bukannya orang lain yang punya. Tapi belum ada insuran lagilah. Tak boleh nak menapis kata langsung! Aku tergelak sendiri dengan perbahasan antara aku dan fikiran aku. Tawaku terhenti apabila sekali lagi aku menerima mesej. Pantas aku mencapai kembali handsetku itu. Kali ini juga mesej darinya. Ya Allah, budak ini nak apa dengan aku?
Farsya, be my girlfranz! U're so TELEGENIC for me!
Lelaki ini gila, ke? Aku pantas menekan-nekan butang untuk membalas mesej darinya. Setelah berpuas hati dengan ayat aku itu, terus kutekan 'send'. Harap-harap, tiadalah yang terasa hati...
BUKU-BUKU untuk masa PMP esok telah ditentukan dan disusun dalam beg, semua kerja rumah sudah disiapkan kecuali BM. Ah, cikgu bukannya nak check pun. Lainlah time cikgu sejarah. Orang lain spot check badan dan barang, cikgu ini spot check kerja-kerja yang disuruhnya. Ada ke patut? Aku merebahkan diriku atas katil. Mengelap peluh didahi kerana lama sangat berfikir dan membuat persediaan untuk persekolahan esok. Mataku terpandangkan handset yang tersadai di hujung meja. Aku teringatkan Syah. Sejak aku hantar mesej kepada dia lewat petang tadi, dia terus senyap. Telefon pun tidak, apatah lagi untuk menghantar mesej balik. Mungkin ayat aku terlampau berbisa kot? Ah, lantaklah! Siapa kacau siapa dulu? Aku pantas bangun apabila menyedari yang baju sekolah belum digosok lagi dan kasut yang belum berkapur. Keluar dari bilik, aku terdengar gelak ketawa yang agak kuat diruang tamu. Abang dan Fadillah sedang asyik menonton satu filem lama yang ditayangkan di TV2. Aku tidak menghiraukan mereka sebaliknya terus melakukan apa yang aku ingin lakukan sejak keluar dari bilik. Tidak sampai 30 minit, semua kerja sudah kusiapkan. Abang dan Fadillah masih dengan cerita mereka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.45 malam. Aku malas nak menegur mereka kerana aku tahu mereka akan mengajak aku menonton sama cerita itu. Tak ade masa aku!
TATKALA kakiku mencecah kapet bilik, handsetku mula berirama. Pantas aku mencapainya. Nama Syuffina tertera di muka skrin. "Hello, Atee!" Suara Syuffina yang sememangnya merdu bagaikan suara penyanyi-penyanyi diluar sana kedengaran. Aku baring di atas katil sambil memegang buku novel 'Sedetik Cinta' karya novelis Kreisya Reisya. Aku meletakkannya di tepi katil. "Ah, aku." "Kau dah siapkan semua homework?" Soal Syuffina. "Dah, cuma adalah satu dua yang dijadikan khazanah buat sementara waktu." Aku tergelak dihujung kata. "Memanglah perangai kau. Suka sangat bertangguh. Kalau jadi apa-apa, aku tak nak jadi pak sanggup kau." "Dahlah, tak payah nak berleter di sini. So, ada apa kau call aku ni?" Aku bertanya malas. Syuffina tergelak. "Kau dah mula bosan dengan aku, ya?" "Memanglah! Bosan dengar suara kau yang mengancam tu!" Aku menekankan perkataan 'mengancam'. Sekali lagi Syuffina ketawa. "Apa yang lucu hah?" Aku mula tidak puas hati dengan telatahnya yang sejak tadi hanya tahu gelak sahaja. Dah gila ke? "Bahayalah, kau ni, Atee! Dengan aku pun kau nak cop sebagai lesbian." "Taklah, aku gurau je tadi. Tapikan, suara kau tu memang mengancam. Kalaulah seorang artis dengar suara kau, tentu dia jealous." "Dah, jangan nak melambung saham aku dengan tinggi. Ni, aku nak tahu tentang hal 'the boy' yang kau cerita kelmarin. Dia datang ke rumah kau ke?" "Oh, pasal ni. Aku ingatkan kau nak buat promosi suara kau kat aku." "Jawablah soalan aku tu dulu!" "Marah nampak? Kau dah terpikat pada cik abang tu, ke?" "Atee..." "Okey! Okey, aku cerita. Tentu kau tak percaya." "Eh, straight to the point jelah! Tak payah nak tambah dengan ayat-ayat kau tu." "Okey! Okey!" Aku mula menceritakan suasana di rumahku pagi tadi. Kadang-kadang, aku menambah juga. Saje nak sedapkan lagi cerita aku tu. "Sampai hati kau buat macam tu, ya? Eee, dashyatlah engkau ni!" Syuffina bersuara dalam rungutannya. Aku hanya ketawa. "Oh, ya! Aku lupa nak cerita. Dia ajak aku jadi makwe dia!" "Hah!" Ternyata Syuffina terkejut dengan apa yang aku beritahu kali ini. "Biar betul! Kau terima ke?" "Wei, aku sekeh kan karang! Dalam nak PMR macam ni pun kau boleh cakap pasal makwe dan pakwe? Lambat lagilah aku nak terima." Siapa kata nak dekat dah exam PMR? Masih ada dua bulan lebih lagi! Sekarang ni baru awal bulan Ogos, masih ada time lagi sebelum bertemu dengan bulan Oktober. "Yelah tu! Tup,tup,tup, dengar khabar kau dah ada pakwe. Kau ni bukannya boleh diduga." "Okey! Okey, kita sambung esok jelah. Dah dekat pukul 12.00 malam kita berbual. Aku tak nak duit kredit aku habis." "Eh, cik kak! Siapa call siapa? Akukan? Alasanlah tu!" "Memang aku cari alasan. Tak larat aku nak berdebat dengan kau. Kalah aku!" "Lain kali jangan main-main dengan Syuffina!" Suara Syuffina kedengaran bermegah dihujung sana. Aku mencebik bibir. "Okey! Good night, girl! Love you!" "Love you too!" Dangerkan, kita orang ni? Siapa dengar perbualan kami tentu tersedak. Bunyi macam lesbian! Satu lagi, kita orang memang suka main serkap jarang antara satu sama lain. Dah jadi tabiat. Keakraban kami terlalu tinggi tahapnya. So, ada yang pengsan tak?
AKU tersengih panjang. Dalam perjalanan ke bulan itu, sesuatu berbunyi dan mengganggu perjalanan aku. Handsetku lagi! Kali ini, tertera nama Syah. Bibir aku terukir satu senyuman yang entah untuk apa. Aku dah gila ke? Lantaklah, asalkan aku tahu yang aku tak gila... tapikan, orang kata manusia yang kata dirinya tak gila sebenarnya gila! Wei! Aku ni gila ke? "Hai, Farsya!" "Hai. Ada apa?" Soalku perlahan. Dah tak beremosi macam dulu. Kena jaga juga hati mamat Melayu ni. Mana boleh ikut sedap mulut saje. Kan? Kan? Kan? "Lembut suara Farsya kali ini. Teruja saya." Syah memuji aku ke? "Tak lah. Biasa je. Awak ada apa call saya lewat malam macam ni?" "Saje. Actually, saya dah call awak beberapa kali sebelum ini tapi asyik engaged je. Awak cakap dengan siapa tadi?" Dengan siapa? Eh, mamat ni macam nak kawal orang je... Sampai hal peribadi macam ni pun nak ditanya. Biar betul! Kalau tok aku yang tanya tu, kira okeylah juga. Ni orang yang aku tak kenal... Tak kenal ke, malas nak kenal? "Adalah. Awak tak mengantuk ke? Dah pukul 12.00 lebih ni." Aku cuba mencari alasan untuk menamatkan perbualan walapun aku kira perbualan kami belum sampai 5 minit! "Kalau saya mengantuk, dah lama saya dibuai mimpi yang indah. Tak payah susah-susah call awak banyak kali." Terkena aku kali ni! "Yeah? So, call ni nak berbual ke?" "What ever." "What we can talk about?" "Anything that you think about." Orang tanya dia dulu! "Awak ni, saya mana tahu nak cakap apa." Aku mula memprotes. "Awak bijak dalam pelajaran ke?" Syah tanya soalan yang pelik. Dahiku berkerut. "Biasa je. Dalam kelas selalu dapat nombor top ten. So, about pelajaran ni, no problem." "Ya ke? Saya pula always top three." Top three? Hebat mamat ni! Tapi... boleh percaya ke? "Betul ke? Tak percayalah saya." "Nak buat macam mana, dah hakikat. Kenyataan." Megah suara itu. "Lambung diri nampak?" "Lama dah tak puji diri, Farsya. Tak boleh nak tunjukkan diri sebenar kepada orang lain kerana takut dianggap sombong." "Dengan saya ni?" "Saya tak rasa awak seperti mereka, kan? Awak bijak. Takkanlah awak tak pernah merasai perasaan seperti ini. Apabila kita berjaya, teringin juga nak menjerit hingga ke hujung dunia. Itu kejayaan kita, kenapa mesti kita menyimpannya saje? Kita berhak juga nak happy. Takkanlah kena selalu jaga hati orang lain? Hati kita ni, macam mana?" "Wau! Awak bersyarah pulak ye? Sedap apa." "Thanks. Suara awak lagi sedap. Mendayu-dayu saya dengar." "Eh, orang puji dia, dia puji kita balik. Tadi kata nak melambung tinggi. Kenapa tak menjerit lagi?" "Buat apa? Ini bukannya perkara yang perlu dibesar-besarkan. Lainlah kalau Siti Nurhaliza memuji saya." Lambat lagi... Aku comfirm Siti tak akan puji kau! "Buat lawak pula ye?" "Sedikit. Hey, awak ni orang apa sebenarnya? Orang luar ke?" Pertanyaan Syah kali ini benar-benar membuatkan aku tersentak. Bosanlah! Dah tak ade benda lain ke nak dijadikan modal berbual? "Awak tahu tak, setiap kenalan saya mesti tanya saya ni orang apa. Bosanlah. Ini kali pertama dan kali terakhir awak tanya saya, faham!" "Okey! Kalau macam tu awak orang mana?" "Orang kelantanlah... saya nak jadi orang mana pulak. Duduk kat luar negeri pun tak pernah, apatah lagi duduk kat luar negara. Boleh bagi reason tak kenapa awak tanya saya soalan macam ni. Kalau saya tanya rakan-rakan saya, jawapan mereka hanya satu." "Kenapa? Sebab suara awak ni macam bukan suara orang kelantan. Ada berbunyi loghat luar." "Bingo! Sebab yang sama saje!" "Dahlah. Saya nak tanya... awak sudi tak jadi makwe saya?" Terkesima aku! Datang lagi soalan macam ni... "Awak, saya tak ada masa nak dibazirkan dengan perkara macam ini. Dahlah, nak PMR tahun ni." Oh, terlanjur cakap! Aduhai mulutku, kenapalah kau ni? "Awak nak PMR tahun ni? Kalau tak silap saya, awak cakap yang..." "Saya tipu! Sorry..." Pantas aku menghalang Syah daripada berkata apa-apa. He, he, he... malulah... "Tipu? Awak ni jahatlah, Farsya." "Sorry again." "Dendanya, jadi makwe saya." Mak oiii, mampus aku kalau macam ni. "Best friend tu, bolehlah. Girlfriend, sorry. Saya tak sanggup." "Habis tu, bila saya boleh angkat awak sebagai girlfriend saya?" "Bila saya dah habis SPM nanti!" Pantas aku menjawab. "Saya akan tunggu!" "Boleh percaya ke?" "Tengok oranglah." Tentu Syah tengah mendabik dada sekarang ini. Eleh, lelaki! Aku mencebik bibir. "Dahlah, saya mengantuk gila ni. Kita cakap lain kali ya? Rasanya kredit awak tu dah habis disebabkan talking kita kali ini." "Okey! Good night, Farsya!" "Apa good night? Hey, ini dah pagilah! Awak tengok jam ke tidak?" Sempat lagi aku mengenakannya pagi-pagi buta macam ni. "Memanglah pagi, tapi ini time tidur. Serupa saje. Assalamualaikum." "Walaikummussalam." Dan aku terus letak kepala aku di atas bantal lalu terus zzz... Novel di tepi terlantar begitu saje.
Ah! Aku rasa dah terlalu lama aku duduk di sini. Aku bingkas bangun dan memulakan langkah. Namun, langkah aku terhenti dengan sendirinya. Bagaikan ada sesuatu yang memerhatikan diriku. Aku pantas berpaling ke belakang. Tiada sesiapa. Hanyalah orang ramai yang lalu lalang untuk membeli. Aku kembali melangkah. Sekali lagi langkah aku terhenti. Memang! Memang ada orang yang memerhatikan aku sejak dari tadi. Eiii, seram sejuk tubuhku jadinya. Aku melangkah dengan lebih pantas. Sampai saje di tempat aku memangkirkan kereta, terus aku tekan butang besar di anak kunci kereta yang sedang dipegang erat. Pintu kereta dibuka dan dihumbankan badan dalam kereta. Enjin kereta terus dihidupkan selepas pintu kereta kembali ditutup. Aku terus memecut laju meninggalkan perkarangan pangkir di sebelah pasar malam yang merupakan tempat permulaan kenangan lama. Walaupun baru mula memandu kereta awal bulan Mei dulu, aku semakin cekap. Tapi aku masih dalam tempoh percubaan memandu iaitu selama dua tahun. Kenalah kawal diri sikit.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan