Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Lokman leka melayan Syamimi, Daniel dan Dania di taman permainan. Setelah puas mereka mengunjungi dan membeli-belah hampir semua kedai didalam KLCC, Lokman membawa anak-anak itu bergembira di taman permainan. Syazwani pula hanya duduk berehat di sebuah bangku yang disediakan. Dalam fikiran Syazwani penuh dengan persoalan mengenai Nazirah.
"Wani," ujar Lokman sambil duduk di sebelah tunangnya itu.
Syazwani terkejut. Lokman tergelak kecil.
"Kenapa ni Wani? Apa yang Wani menungkan ni. Ada apa-apa yang mengganggu fikiran Wani ke?" tanya Lokman lembut.
Syazwani tunduk dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Habis tu, kenapa Wani nampak gelisah? Ada 7 hari sahaja lagi untuk hari pernikahan kita. Tapi Wani macam tak gembira je," ujar Lokman lagi.
"Tak ada apa-apa Man. Wani cuma kasihan melihat Shamimi tu," kata Syazwani perlahan.
"Mengapa? Apa yang tak kena dangan budak tu?" tanya Lokman kehairanan.
"Man, Man percaya tak kalau Wani cakap Mimi tak pernah kenal siapa ayahnya?" duga Syazwani.
"Maksud Wani?" tanya Lokman kembali.
"Mimi membesar di luar negara. Wani tak tahu apa yang telah berlaku antara papa dan mama Mimi tapi Mimi tak pernah berpeluang untuk mengenali siapa papanya. Mimi selalu minta Wani pujuk mamanya untuk bawa Mimi jumpa papanya tapi bila Wani beritahu Zira pula Wani dapat lihat pada mata Zira ada penderitaan maha hebat yang pernah ditanggungnya sehingga Zira tak sanggup untuk bawa Mimi jumpa papanya," ujar Syazwani panjang lebar.
"Wani. Kita tak dapat paksa mama Mimi untuk bawa Mimi jumpa papa dia. Mama Mimi pasti lebih mengetahui impak yang akan berlaku sekiranya hal itu berlaku. Jadi Wani perlu sentiasa berdoa agar Mimi akan berjumpa jua dengan papanya suatu hari nanti," nasihat Lokman.
"Entahla Man. Wani tak dapat nak duduk senang bila tengok Mimi pasti akan sedih apabila nampak orang lain yang ada mak dan ayah," ujar Syazwani sambil mengeluh.
"Sabarlah Wani. Pasti ada jalan penyelesaiannya nanti," ujar Lokman.
Setelah seharian berjalan-jalan dan bergembira, Lokman dan Syazwani menghantar anak-anak kecil itu pulang ke rumah mereka.
"Assalamualaikum," ucap Syazwani sebaik sahaja turun daripada kereta.
"Waalaikummussalam," terdengar suara lelaki menyahut dari dalam rumah. Pintu utama dibuka dari dalam. Terpacul Syamsul dan Tina.
" Maaf la yer, Syam, Tina. Lokman beria-ia nak bawa diorang makan malam di restoran tadi. Tu yang lambat sikit," ujar Syazwani dengan rasa bersalah.
" Tak apalah Wani. Kami tahu anak-anak kami ada dengan Wani. Kami tak lah risau sangat Wani. Maaflah kalau budak-budak ni menyusahkan Wani dan Lokman," ujar Tina lembut.
" Buat apa berbual dekat luar rumah. Jemputlah masuk dulu Wani, Lokman," kata Syamsul sambil tersenyum.
Syazwani memandang Lokman di sisinya untuk mendapatkan jawapan. Lokman mengangguk.
" Sekejap apa salahnya," ujar Lokman .
Tina membawa Daniel, Dania dan Syamimi yang keletihan masuk ke bilik mereka. Syamsul melayan Lokman dan Syazwani di ruang tamu.
" Erm...Syam, Zira mana?" tanya Syazwani apabila menyedari Nazirah tidak kelihatan di situ.
" Mmm..Kak Zira tak berapa sihat Wani. Tadi dia balik terus memerap dalam bilik dia. Kak Zira kata dia mahu bersendirian," jawab Syamsul teragak-agak.
Syazwani agak terkejut mendengar kenyataan Syamsul itu.
" Wani nak pergi tengok Zira sekejap boleh tak?" tanya Syazwani meminta keizinan Syamsul.
" Pergilah Wani. Tapi jangan mendesak Kak Zira. Lepas tu kalau Wani dapat pujuk Kak Zira makan pun dah kira cukup. Kak Zira tak usik langsung makanan yang kami letak atas meja kecil sebelah katilnya," ujar Syamsul panjang lebar diiringi keluhan berat.
" Wani cuba," kata Syazwani.
Syazwani memandang Lokman untuk memohon keizinan. Lokman menganggukan kepalanya. Lokamn memahami perasaan Syazwani yang sangat mengambil berat akan sahabatnya itu.
Syazwani berlalu ke bilik Nazirah yang terletak di tingkat atas rumah banglo itu.
" Tuk..Tuk.." Syazwani mengetuk pintu bilik Nazirah.
" Zira, ni Wani. Boleh Wani masuk?" ujar Syazwani perlahan.
Syazwani melangkah masuk ke dalam bilik perempuan itu dan terpempan apabila melihat banyak gambar berselerakan di tepi katil perempuan itu.
" Kenapa dengan Zira ni?" monolog Syazwani lagi.
Syazwani memungut gambar-gambar itu tanpa menelitinya. Gambar itu diletakkan di sebelah lampu kecil di atas meja. Selimut Nazirah ditarik ke atas untuk mengelakkan wanita itu kesejukan.
Syazwani ternampak sekeping bingkai gambar yang dipeluk oleh Nazirah. Perlahan-lahan bingkai itu ditariknya. Diletakkan bingkai itu di atas gambar-gambar tadi.
Tiba-tiba Syazwani terperasan akan sesuatu.
Bingkai gambar tadi diambilnya semula dan Syazwani terperanjat.
" Ni Zira dan....dan....Lokman," desis hati kecil Syazwani.
Tangan gadis itu menggigil memegang bingkai gambar itu. Gambar yang jelas menunjukkan majlis persandingan Nazirah dan Lokman. Tarikh gambar itu diambil tambah memeningkan kepala Syazwani. 1/12/00. 7 tahun yang lepas.
" Apa maksud semua ini?" monolog Syazwani pada diri sendiri.
Kepala Syazwani terasa bepusing-pusing. Matanya berpinar-pinar. Senyum di bibirnya hilang sama sekali.
Syazwani keluar dari bilik Nazirah dengan wajah yang kelat. Mata yang memerhatinya agak terkejut dengan reaksi gadis itu.
" Apa yang tak kena Wani?" tanya Tina.
" Eh, tak ada apa-apalah! Wani cuma penat sikit je. Zira dah tidur," ujar Syazwani sambil tersenyum.
" Kalau macam tu, kami minta diri dululah. Lagipun dah pukul 10 lebih ni. Tak manis kami keluar berdua sampai larut malam," ujar Lokman sambil berdiri.
Syamsul dan Tina menganggukkan kepalanya. Pemergian kereta mereka berdua diiringi dengan keluhan berat Tina. Air matanya bergenang.
" Sayang, sabarlah. Setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya," ujar Syamsul menenangkan isterinya itu.
" Entahlah bang. Tina dah tak sanggup tengok Kak Zira menderita lagi. Sakit Kak Zira, Tina pun turut rasa pedihnya. Tina cukup puas hati kalau dapat satukan Kak Zira dan Lokman kembali. Takdir tak bertindak adil pada Kak Zira bang," rintih Tina.
" Tina, tak elok kita menyalahkan takdir. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya Tina. Kita hanya mampu berdoa moga-moga episod derita ini akan cepat berakhir," ujar Syamsul sambil menarik isterinya itu masuk dalam pelukannya.
Tina menangis. Sesungguhnya kalau diikutkan hati sekarang juga dia mahu membuka mata Lokman akan hal sebenarnya tentang Nazirah. Tapi apalah dayanya.
------------------
" Mie, tolonglah Mie. Wani tahu Mie tahu perkara sebenarnya. Beritahu Wani, Mie. Wani nak tahu the truth story," rayu Syazwani kepada Fahmie.
Mereka berada di dalam pejabat Fahmie apabila Syazwani beria-ia ingin membincangkan hal penting dengannya.
" Apa maksud Wani? Mie tak faham," ujar Fahmie berdalih.
" Wani tahu ada sesuatu antara Zira dan Lokman. Baik Mie cerita perkara sebenar sebelum Wani tanya sendiri pada Zira," ugut Syazwani pula.
Riak wajah Fahmie berubah. Hatinya terkejut bukan kepalang.
" Apa yang Wani merepek ni? Zira tu kenal Lokman pun tidak. Macam mana nak ada apa-apa antara mereka berdua," ujar Fahmie agak terketar-ketar.
" Jangan nak berdalih Mie. Wani tahu ada sesuatu antara mereka. Mie tak payah tipu Wani," ujar Syazwani masih berkeras.
Fahmie hanya mendiamkan dirinya. Tidak tahu apa yang patut dikatakan pada Syazwani untuk menyangkal kata-katanya.
" Tak elok Wani cakap macam tu tentang Lokman dan Nazirah. Lokman tu kan bakal suami Wani. Nazirah pula kawan baik Wani. Sampai hati Wani bersangka buruk dengan mereka," ujar Fahmie lembut.
" Wani bukan bersangka buruk Mie. Wani cuma nak tahu perkara sebenar. Tak boleh ke? Wani cuma tak mahu rasa menyesal hadir pada masa depan, Mie. Wani merayu pada Mie. Please tell me the truth. Wani ada hak itu," kata Syazwani merayu lagi.
Fahmie diam. Masih berpegang dengan janjinya pada Nazirah agar jangan sesekali menceritakan perkara sebenar pada sesiapapun.
" Baiklah. Kalau Mie masih ingin berahsia dengan Wani tak apa. Tapi bukankah ini buktinya?" ujar Syazwani sambil mengeluarkan sekeping gambar daripada tas tangannya. Gambar itu diletakkan di atas meja.
Bagai terkena kejutan eletrik, Fahmie hampir terbangun daripada kerusinya. Gambar itu cukup dikenalinya. Gambar yang jelas menunjukkan persandingan Nazirah dan Lokman.
Keluhan berat dilepaskan oleh Fahmie.
" Sukar untuk Mie musnahkan janji Mie pada Nazirah, Wani. Mie tak sanggup," ujar Fahmie dangan nada perlahan.
" Ya. Wani faham. Namun sanggupkah Mie tengok Wani dihimpit rasa bersalah seumur hidup Wani. Jika benar Lokman dan Nazirah adalah suami isteri, mengapa mereka berpisah? Apa sebenarnya yang telah terjadi pada mahligai yang mereka bina itu Mie? Wani berhak tahu," kata Syazwani tegas.
" Baiklah Wani. Jika Wani berkeras mahu tahu perkara sebenar, Mie akan ceritakan. Ya, memang benar Lokman dan Nazirah adalah suami isteri. Namun rupa-rupanya mama Lokman hanya berpura-pura menerima Nazirah sebagai menantunya......"
Air mata Syazwani menitis laju. Tidak pernah dia menyangka Nazirah, sahabatnya itu terpaksa menempuh ranjau yang maha hebat. Terdetik rasa syukur di dalam hatinya kerana sekurang-kurangnya dia masih bernasib baik.
" Begitulah kisahnya Wani," kata Fahmie setelah selesai menceritakan secara ringkas kisah Nazirah itu.
" Kalau begitu gamaknya, apalah gunanya Wani berkahwin dengan Lokman kalau Wani perlu putus kawan dengan Nazirah. Wani tak sanggup. Wani tidak mahu bertindak kejam dengan merampas suami sahabat baik Wani sendiri. Wani takkan sanggup," ujar Syazwani sambil mengesat air matanya.
" Wani, itulah sebabnya Zira tak nak Wani tahu perkara sebenar. Sebab dia tahu Wani akan berfikir begitu. Zira tak mahu ganggu lagi hidup Lokman, Wani. Zira telah pasrah dengan takdir yang telas tertulis itu Wani," kata Fahmie bersungguh-sungguh.
" Tidak. Wani tak nak Mie. Wani mahu Zira dan Lokman bersatu kembali. Wani takkan sanggup lihat Mimi terus-terusan tidak mengenali siapa ayahnya. Wani tak sanggup Mie," ujar Syazwani tegas.
Fahmie terkejut. Tidak tahu apa lagi yang dapat dikatakan untuk mengubah fikiran gadis di hadapannya.
" Entahlah Wani. Kalau ikut hati Mie pun, Mie tak sanggup untuk tengok Zira terus-terusan menderita. 6 tahun berpisah dengan Lokman langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya dulu. Walaupun pada mulanya teramatlah sukar untuk dia menerima Lokman tapi kerna lembutnya Lokman melayan dia, akhirnya mereka sempat mengecap kebahagiaan itu," ujar Fahmie dengan nada perlahan.
" Mie, walaupun bukan Wani di tempat Zira itu, tapi Wani dapat rasakan penderitaan Zira itu Mie. Wani pernah rasa terseksa dek kehilangan orang yang Wani cintai. Berbulan-bulan Wani hilang arah tuju untuk hidup. Apatah lagi Zira yang berpisah dengan orang yang masih hidup. Itu amat kejam Mie...kejam," kata Syazwani sambil air matanya kembali menitis laju.
Fahmie terkesima. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sehingga perasaan Syazwani reda sedikit.
" Mahukah Mie bekerjasama dengan Wani?" tanya Syazwani tiba-tiba setelah air matanya tidak lagi menitis.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
citer nie menyentuh perasaan..tak sbr nak tunggu hgga habis..hehehe