Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Cantik gila budak pompuan tu. Feminin sangat," cerita Irwan sambil membayangkan wajah gadis yang dijumpainya siang tadi.
"Cantik di luar belum tentu cantik di dalam," bantah Danish. Hairan dia melihat sikap temannya itu. Baru semalam kata putus cinta, tetiba hari ni kata jatuh cinta pula. Cepat betul hatinya terubat.
"Kalau dia rajin jaga kecantikan luaran, mestilah dalam pun dia jaga kan," balas Irwan.
"Mana kau tahu? Kita kan rambut aja sama hitam tapi hati lain-lain."
"Kau ni janganlah serius sangat. Tak kenal maka tak cinta beb!"
"Dah kenal pun belum tentu cinta beb! Entah-entah makin tambah menyampah."
"Patutlah kau tak ada girlfriend sampai sekarang. Cerewet sangat."
"Mestilah aku cerewet. Aku bercinta bukan untuk seminggu dua tau. Sekali aku jatuh cinta, kalau boleh biarlah dia cinta aku seumur hidup."
"Bagus betul kawan aku sorang ni," Irwan pura-pura memuji. "Eh, Dan, kau suka pompuan yang macam mana ek?"
"Kenapa kau nak tahu?"
"Laa…saja aku nak tahu. Tak boleh? Aku kan kawan kau. Manalah tahu kalau ada mana-mana ex-girlfriend aku yang menepati ciri-ciri yang kau nak. Bolehlah aku rekeman kat kau."
"Sorry and thank you."
"Ala…Dan, cakaplah pompuan macam mana yang kau suka," desak Irwan.
"Yang kau beria-ria nak tahu ni kenapa? Yang penting pompuan yang aku suka tak sama dengan pompuan yang kau suka okey?" Danish mengalihkan perhatiannya ke buku di mejanya.
"Mana kau tahu? Buatnya kita suka pompuan yang sama nanti macam mana?"
"Tak akannya," ujar Danish tanpa memandang Irwan.
"Danish…" Irwan berlagak persis seorang gadis menggoda Danish. Danish mengelak daripada dipegang oleh tangan kasar Irwan yang sengaja dilembutkan.
"Ni apa hal ni? Dah makan ubat ke belum?"
"Entah-entah kau ni gay tak?"
"Astafirullah. Aku waras lagilah. Entah-entah kau tu yang tak betul."
"Dan…" Irwan melembutkan suaranya.
"Hee…yalah. Yalah. Aku cakap," Danish akur. Tidak tahan dia melihat ‘kelembutan’ Irwan. Irwan tersengih kerana taktiknya berjaya. "Aku sebenarnya tak ada angan-angan nak dapat awek yang macam ni ataupun macam tu. Kalau aku tengok pompuan tu, aku suka, aku sukalah. Kalau tak suka, tak sukalah."
"Kau ni tak menjawab soalanlah. Aku tanya pompuan yang kau suka tu pompuan yang macam mana? Pompuan yang suka pakai baju kurung ke? Yang bertudung labuh ke? Yang berambut panjang ke."
"Kan aku dah cakap. Aku bukan jenis orang yang suka nak tetapkan ciri-ciri awek idaman aku. Kalau hati aku kata suka, sukalah. Lagipun, pada aku, cara dia berpakaian tak penting. Asalkan tak keterlaluanlah, Sebab bagi aku, kalau perangai dia cantik, automatik dia akan nampak cantik walaupun sebenarnya dia tak adalah cantik sangat," terang Danish.
"Nasib baik taste kita tak sama. Kalau tak, mesti kita suka gadis yang sama kan? Tapi Dan, kalau kita suka kat gadis yang sama apa kau nak buat? Aku cakap terus-terang dengan kau, aku takkan cepat menyerah kalah. Aku akan bersaing dengan kau."
"Itu terpulang pada keadaan dan siapa orangnya. Dahlah, Wan. Aku nak study ni," Danish kembali menumpukan perhatian ke meja belajarnya yang tadi tergendala gara-gara Irwan sibuk bercerita tentang awek yang baru dilihatnya.
"Kau ni asyik study aja. Tak boring ke?" soal Irwan. Setiap malam teman sebilik yang juga merangkap teman sekelasnya itu tidak pernah dilihat tidak mengulang kaji pelajaran. Bukan macam aku. Baca buku bila nak exam aja.
"Aku ni kan tak pandai. Kenalah kerja keras sikit. Lainlah kau. Tiap-tiap semester dapat Anugerah Dekan," balas Danish lalu kembali mencatat isi-isi penting dari buku teks Public Relation itu.
"Ala…tu semua kira nasib aja. Lagipun soalan exam tu kan tanya pasal apa yang kita dah belajar. Lainlah kalau dia tanya pasal akaun ataupun bisnes. Aku pun tak dapat jawab," Irwan senyap seketika sebelum kembali bersuara, "Dan, kau tak teringin ke nak cari awek sebelum habis semester ni?" Irwan masih belum mahu menamatkan perbualan mereka tadi.
"Buat apa? Buang masa aja."
"Apa pula buang masa? Ini soal masa depan tau."
"Belum masanya lagi. Diri aku sendiri pun tak terjaga."
"Sebab itulah kau perlukan orang untuk jaga kau," Irwan tersengih.
"Tak payah cari. Aku dah jumpa," tanpa sedar dia menuturkan ayat itu.
"Ya ke? Siapa? Kau tak cerita pun," mendengarkan itu, Irwan semakin galak mengorek rahsia Danish.
Alamak! Terlepas cakaplah pula. Danish mula tersedar.
"Kita orang belum ada apa-apa lagilah. Aku pun tak tahu dia suka kat aku ke tak."
"Dah kau tak tanya."
"Aku takut dia tak suka aku aja. Kau kan tahu aku pernah kecewa sebelum ni kan?"
"Ala…itu cerita lama. Mana tahu yang ni lain. Dan, ceritalah kat aku siapa awek tu."
"Betul kau nak tahu?"
"Betullah. Ceritalah cepat," gesa Irwan.
"Nama dia…" Danish ragu-ragu untuk menyebut nama itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan