Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Senyum puas terpamer diwajahnya.Akhirnya setelah seharian mengemas dia berjaya menyusun dan meyelongkar kotak terakhir dari semua barangannya. Kini rumah yang baru didiaminya 3 hari itu sudah siap dikemas.Cuma perlu di tambah beberapa lagi hiasan mungkin akan menambahkan lagi serinya.
Sempat dia menjeling ke arah jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam.Perlahan dia mengeluh sambil melabuhkan punggungnya ke atas kerusi panjang di hujung katilnya. Teringat pada suaminya Fahril yang masih belum pulang. Janji untuk makan malam bersama juga tidak dikotakan, dan katanya mahu pulang awal juga tidak muncul-muncul lagi.Namun dia tidak berani mahu menelefon takut Fahril bersama dengan ahli keluarganya.
Perkahwinan mereka yang masih menjadi rahsia kepada semua orang itu sangat menekan dirinya. Dia tidak bebas kemana sahaja dengan Fahril.Dulu saat mereka masih bersama tinggal di Manchester, United KIngdom dia agak bebas bersama Fahril. Kemana sahaja boleh bersama. Tetapi bila dia sudah pulang ke Malaysia, tidak lagi sebegitu kerana ahli keluarga Fahril juga tinggal di Kuala Lumpur, dan boleh terserempak bila-bila masa sahaja.
Dia menerima lamaran Fahril saat dia memberitahu Fahril bahawa dia akan melanjutkan pelajarannya ke Manchester atas biasiswa satu syarikat Farmaseutikal dari Malaysia yang menaja pendidikannya dalam bidang MPharm.Fahril yang ketika itu masih mengikuti pendidikannya didalam bidang Ijazah Perniagaan sambil menguruskan perniagaan keluarganya disana terus memberikan cadangan supaya mereka melangsungkan perkahwinan supaya dia boleh tinggal bersamanya.
Oleh kerana memikirkan Fahril boleh menjaganya dan dia amat memerlukan seseorang di sana, dia terus bersetuju.Namun perkahwinan mereka terpaksa menjadi rahsia kerana Fahril tidak mahu memberitahu ahli keluarganya yang pasti tidak akan bersetuju.Atas alasan apa dia tidak pernah bertanya.
Dia pula,hanya seorang anak yatim yang membesar di Rumah Anak-Anak yatim Soleha yang sentiasa mengharapkan untuk mempunyai keluarga sendiri pada suatu masa sangat mengharapkan pada suatu masa nanti apabila Fahril sudah memberitahu hal yang sebenar kepada keluarganya dia akan mendapatkan sesuatu yang sangat diharap-harapkannya selama ini.
Dia mengenali Fahril kerana keluarga Fahril ialah penaung Rumah anak-anak yatim yang didiaminya. Nenek Fahril Datin Seri Solehah ialah orang yang bertanggungjawab membuka tempat perlindungan itu. Dia mendiami rumah Anak Yatim itu sejak masih bayi lagi.Tidak tahu asal usul hidupnya. Bukan dia tidak pernah bertanya, tetapi mereka tidak tahu kerana dia ditinggalkan di depan pagar rumah itu pada suatu masa dulu tanpa sebarang pegenalan. Nenek dan datuk Fahril yang menamakannya dengan nama Zulaikha.
Bukan dia tidak pernah cuba untuk diambil sebagai anak angkat, tetapi datuk dan nenek Fahril tidak pernah membenarkan kerana kata mereka dia sudah menjadi seperti cucu mereka sendiri. Jadi hanya dia yang menjadi penghuni rumah itu sejak kecil dan tidak pernah kemana-mana. Tidak seperti sahabatnya yang lain banyak sudah diambil menjadi anak angkat kepada sesebuah keluarga. Tetapi dia tidaklah serapat mana dengan datuk dan nenek Fahril,cuma saat mereka datang melawat dia akan pergi bersalaman dan bertanya khabar.
Fahril sering mengikuti neneknya ke situ dan mereka menjadi sahabat yang karib kerana Fahril sering memberikan bantuan kepada pelajarannya.Jarak umur antara mereka sebanyak 3 tahun tidak menghalang persahababatan mereka. Dia lemah didalam matematik dah Fahril sering membantu.Tidak pula neneknya menghalang persahabatan mereka.Tetapi dia sedar siapa dirinya untuk dibandingkan dengan Fahril dan bila Fahril melamarnya untuk menjadi kekasih hati dia menerimanya walaupun dengan syarat dia merahsiakan hubungan mereka.
Saat dia berkahwin dengan Fahril dia memohon bantuan Puan Salmah,pengetua rumah itu untuk membantu dan menolong merahsiakannya. Hubungannya yang sangat rapat dengan Puan Salmah yang dipanggil Mak Sal itu yang dianggap seperti ibunya sendiri menyebabkan dia amat mempercayainya.Mujur suami Mak Sal, Ustaz Azman juga turut sama membantunya. Sampai kini, rahsia itu masih tersimpan kukuh.
Saat Fahril harus melanjutkan pelajaran ke Manchester, dia sangat sedih takut kehilangan dan Fahril berubah hati. Tetapi oleh kerana ketulusan dan kejujuran Fahril yang bukan sahaja setia padanya dan juga tidak pernah melupakan dirinya dia semakin sayang pada Fahril. Setiap kali pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas Fahril tidak pernah lupa untuk meluangkan masa bersamanya. Kini dia sudah pulang ke Malaysia akhirnya, menyusul Fahril yang pulang setahun lebih awal. Sudah 3 bulan dia di Malaysia,tetapi dia jarang sekali dapat bertemu dengan Fahril.Ini adalah kerana Fahril masih lagi menetap di rumah keluarganya di Bangsar.
Bunyi kenderaan yang tetiba masuk ke perkarangan rumah menyedarkan dia dari lamunan. Cepat-cepat dia turun ke bawah untuk menyambut Fahril. Saat dia membuka pintu kelihatan wajah Fahril yang mencuka. Dia cuma tersenyum kerana tahu, memang Fahril bila pulang dari kerja akan bermuka masam dan mengadu kepenatan, tetapi bila disuruh bercuti dan berehat pula akan mengaku sangat suka bekerja.
"Assalamualaikum sayang."Ucapnya sambil meyalami Fahril dan meyambut beg sandang Fahril yang terisi laptop. "Waalaikummussalam,penat."Balas Fahril sambil bibirnya dimuncungkan. Dia tertawa kecil dan menutup pintu lalu menguncinya rapat.Beg Fahril diletakkan di atas kerusi dan dia mengelengkan kepala melihat Fahril yang menghempaskan tubuh ke atas sofa. "Dah makan sayang? Nak milo?"Soalnya sambil mengusap lembut rambut Fahril.Matanya menatap wajah Fahril yang sangat dirinduinya. "Dah makan tadi dengan ayah, milo belum."Fahril kembali tersengih. Dia langsung berlalu ke arah dapur. "Tak perasaan ke tengah baring atas sofa baru?"Soalnya sambil menguhulurkan mug berisi air milo yang panas. "A'a baru perasan.Cantik dan empuk,pandai Ika pilih."Dia senyum bangga.Sambil itu terlihat Fahril yang memandang ke sekitar ruangan itu yang baru sahaja dipenuhi dengan perabot yang ditempahnya di Fella Design bulan lalu.Sofa panjang di padankan dengan kerusi arm dan wings sepasang berlainan corak dan warna. Digabung dengan kertas dinding bermotifkan bunga mawar kecil. Dia sukakan tema English Style. "Dah cantik rumah ni, bolehla Fahril balik selalu.Selesa kan?Bilik tidur pun dah cantik sekarang tahu." Sambil tersenyum dia mengusap belakang Fahril perlahan. "Tahu, Ika memang pandai hias rumah, tapi Ika tahukan Fahril tak boleh selalu tak ada dirumah, nanti mama dengan ayah berperasangka pula"Balasan Fahril membuatkan dia sedikit bersedih hati.Sudah lama mereka berkahwin,bilakah Fahril akan memberitahu keluarganya.Sampai bila mereka mahu begini. "Okay,dah habis minum Fahril pergi mandi, lepas tu boleh tidur atas cadar baru.Dah lewat ni, nanti besok merengek tak mahu bangun tidur pergi kerja pula" Dia cuba mengubah topik, kalau berlanjutan pasti mereka akan bertekak pula nanti.Dia tidak mahu semua itu,Fahril jarang pulang ke rumah,dia rindu dengan Fahril. "Baik puan!"Balas Fahril laju sebelum berlari laju ke atas. Dia pula membawa mug yang sudah kosong ke dapur untuk dicuci. Biarlah keadaan begini, biarlah dia tidak memaksa Fahril,asalkan Fahril baik kepadanya,sayang padanya dan dia masih lagi isteri Fahril. Dia amat berharap suatu hari nanti keadaan akan berubah, tetapi jika begini keadaan sekarang dia tidak mahu memaksa.Hubungannya dengan Fahril yang sangat bahagia buat masa sekarang tidak mahu diperjudikan olehnya hanya kerana mahukan hubungan mereka diketahui orang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita yg menarik...hope ending happy..