BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Jumaat, November 28, 2008
Novel : Cinta Si Baju Kebaya 7
Nama Pena : LeaQistina

"Kau ni betul ke tidak?", Madihah cuba meminta kepastian. Wajah Darius direnung dalam seolah-olah cuba mencari jawapan yang sebenar dari dalam diri lelaki itu.

"Betullah, apa yang tak betulnya pula. Tengok ni, dah siap beli cincin dah pun", jawab Darius romantis.

"Wah! Syoknya", jerit Hanim sambil memeluk Pooh pemberian Iqram erat. Kemudiannya dia menyembamkan wajahnya ke perut Pooh sambil tersenyum. Cuba menghayati detik-detik romantis antara Darius dan Madihah dalam drama bersiri Dunia Baru 2. Alangkah indahnya kalau Iqram pun lamar aku macam ni

"Hoi!!", jerkah Farah Aqilah sambil membaling bantal ke arah Hanim.

Tersentak Hanim apabila bantal tersebut singgah ke kepalanya. Habis musnah angan-angan dan bicara romantis Darius sebentar tadi.

"His kau ni. Kacau jelah", marah Farah Hanim. Baru aku nak cuba menghayati aura kebahagiaan yang wujud, si Qila ni pulak kacau, rungut Hanim.

"Banyaklah kau punya kacau. Dah berpuluh kali kau ulang part tu. Sampai naik geli aku rasa", bebel Farah Aqilah. Hanim menarik muka sambil mencapai remote vcd player.

"Hah! Kau jangan nak cari fasal nak rewind balik part tadi. Nanti baik VCD tu dengan kau-kau sekali aku humban masuk tong sampah depan tu. Bosanlah!", ugut Farah Aqilah. Dia sudah benar-benar tidak tahan dengan pengulangan babak yang sama. Jiwang sangatlah si Hanim ni. Tahulah nama buah hati kesayangan Hanim tu Iqram, tapi janganlah sampai asyik berangankan si Iqram aje kerjanya, kutuk Farah Aqilah di dalam hati.

Muncung Hanim bertambah panjang. Pantas tangannya menekan butang ’Stop’ dan mengeluarkan VCD tersebut daripada VCD player.

"Yelah yelah aku tutup la ni", kata Hanim malas.

Farah Aqilah tersenyum. Farah Aqilah mencium pipi Hanim sekilas sebelum mengutip bantal yang dibalingnya tadi sebagai tanda memujuk. Serta merta Hanim tersenyum.

"Thanks. Sayang kau"

"Banyaklah kau punya sayang", pantas tangan Hanim menampar kuat punggung Farah Aqilah.

Auuwww!! Jerit Farah Aqilah. Spontan tangannya membaling bantal yang dikutipnya tadi ke muka Hanim.

Dush!! Tepat sekali balingan tersebut. Bermula dengan balingan tersebut, maka bermulalah adegan kejar-mengejar di dalam rumah tersebut. Suara mereka berdua riuh saling meningkah. Peperangan antara Pooh dan bantal busuk kini bermula. Bantal dan Pooh berterbangan di udara mencari mangsa. Ketawa mereka kedengaran lagi. Ruang tamu yang sebelumnya kemas, kini sudah berselerak. Mujur sahaja ruang tamu mereka itu tidak sarat dengan barang-barang perhiasan. Jika tidak, mesti semuanya hancur berderai.

Mata masing-masing kini meliar seperti helang. Tekun mengawasi gerak-geri satu sama lain. Farah Aqilah yang berada dibelakang sofa tiga berangkai, mengintai dari celahan kusyen mencari kedudukan Hanim.

"Oh! Hanim ada kat situ ye", kata Farah Aqilah perlahan sebaik sahaja dia ternampak toncet rambut Hanim yang terjulur keluar dari sebalik almari buku yang tingginya hanya separas pinggang. Hati Farah Aqilah ketawa sendiri. Apalah Hanim ni. Konon nak sembunyi belakang almari. Tapi toncet kat kepala tu nampak. Kalau macam tu baik tak payah sembunyi.

Mata Farah Aqilah kembali meliar mencari alat yang boleh digunakan untuk menyerang Hanim. Matanya tertancap pada selimut Hanim yang berada ditengah rumah. Selimut yang digunakan oleh Hanim ketika menonton Dunia Baru sebentar tadi.

Terjengket-jengket Farah Aqilah mendapatkan selimut tersebut dan menyusup perlahan merapati almari buku. Badannya sengaja dirapatkan ke almari supaya bayangnya tidak kelihatan. Perlahan-lahan Farah Aqilah bergerak mendekati Hanim dari arah belakang.

"Hah!!", sergah Farah Aqilah. Hanim yang terkejut mendengar sergahan Farah Aqilah itu lantas berpaling. Sungguh tidak disangkanya Farah Aqilah akan menyergah dari belakangnya. Sedangkan matanya sejak tadi berjaga-jaga bimbang Farah Aqilah menyergahnya dari hadapan.

Selimut di tangan Farah Aqilah pantas melilit badan dan tangan Hanim. Maka berlakulah pergelutan antara mereka. Tangan Hanim yang terperangkap disebalik lilitan selimut telah memudahkan Farah Aqilah untuk menggeletek Hanim sepuas hati.

Hanim menjerit kegelian. Sedaya upaya dia cuba melepaskan tangannya daripada lilitan selimut. Akhirnya berjaya. Ya dan kini tiba giliran Farah Aqilah pula yang tergolek kegelian. Mereka saling menggeletek antara satu sama lain. Ketawa mereka riuh memenuhi ruang rumah.

Bunyi loceng pintu telah menghentikan adegan antara mereka. Tertegak badan Farah Aqilah. Hanim juga begitu. Serentak mereka menutup mulut yang riuh bergelak ketawa sedari tadi.

"Ops!! Lupa. Tu Kak Kiah. Nak marah kita sebab bising sangat", kata Farah Hanim sambil ketawa kecil.

"Agak-agaknya, baby Danial terkejut sebab kita gelak kuat sangat kot", tambah Hanim pula. Sisa ketawa mereka masih berbaki.

Kedengaran bunyi pintu pagar ditolak dan diikuti oleh bunyi ketukan di pintu rumah. Farah Aqilah yang menyangka ketukan pintu tersebut adalah daripada Kak Kiah, pantas membuka pintu bersama suatu sengihan. Namun sengihan itu kaku sebaik sahaja melihat tetamu tersebut bukanlah Kak Kiah seperti disangkakan.

"Syamir!!", jerit Farah Aqilah. Spontan dia merampas majalah Gila-gila yang kebetulannya sedang dipegang oleh Syamir. Majalah tersebut dibuka dan diletakkan ke atas kepalanya. Menutup rambutnya daripada pandangan Syamir. Hanim yang turut terkejut akan jeritan Farah Aqilah yang menyebut Syamir turut terjerit. Pantas Hanim terjun ke atas sofa sambil menutup kepalanya dengan selimut.

Terkejut beruk Syamir mendengar jeritan kedua-dua gadis dihadapannya. Dia juga tergamam tatkala melihat aksi spontan mereka. Tiba-tiba Syamir ketawa. Lucu rasanya melihat akan keadaan itu. Tambahan pula apabila melihat Farah Aqilah yang sedang bertudungkan Majalah Gila-gilanya. Ketawanya makin menjadi-jadi. Kemudian, dengan selamba Syamir melangkah masuk walaupun tanpa dipelawa.

"Ya Allah!! Kenapa macam tongkah pecah ni?", terkejut Syamir sekali lagi dengan apa yang dilihatnya. Diorang ni tengah wrestling ke tadi?, desis hati Syamir nakal.

Pipi Hanim dan Farah Aqilah berubah warna mendengarkan teguran Syamir itu.

"Er er pandai-pandai Amirlah kalau nak duduk ye. Qila pergi salin pakaian sekejap", Farah Aqilah gugup. Hakikatnya, Farah Aqilah malu. Cepat-cepat Farah Aqilah berlari menaiki tangga menuju kebiliknya. Kalaulah dia mempunyai kuasa ajaib tadi, sudah lama dia menghilangkan diri. Malu sungguh rasanya. Kenapalah mesti Syamir yang datang, bukannya Kak Kiah?

Hanim bingkas tatkala melihat Farah Aqilah yang sudah berlari menaiki tangga. Selimut dikepalanya dibetulkan sedikit. Sengihan kerang dihadiahkan buat Syamir yang masih memerhatikan gelagat mereka sedari tadi. Kepalanya sedikit dianggukan sebelum dia turut berlari ke biliknya.

"Mak malunya", kata Hanim perlahan. Namun kata-kata tersebut tetap singgah ke telinga Syamir. Pecah tawa Syamir sekali lagi.

Syamir memerhatikan keadaan disekeliling ruang tamu tersebut. Dia menggelengkan kepala tanda tidak percaya. Ini rumah anak darakah? Kusyen yang berselerak diangkatnya lalu disusun. Majalah dan surat khabar yang berterabur dikutip dan diletakkan di satu sudut. Sekali lagi mata Syamir meliar melihat sekeliling. Ruang tamu tersebut kini sudah berubah rupa. Kemas kembali. Syamir tersenyum puas. Kemudian Syamir berpaling pula ke arah pintu tempat Farah Aqilah terkaku tadi, secara tidak sengaja matanya tertancap pada Pooh dan bantal yang berada di situ. Syamir tersenyum lagi.

"Entah bantal busuk siapalah ni?", kata Syamir sendiri.

"Jangan pegang bantal tu!", jerit Farah Aqilah sebelum sempat Syamir menyentuh bantal busuknya. Tangan Syamir terhenti. Terkejut dengan jeritan yang tidak disangkanya itu. Tidak jadi untuk memungut bantal dan Pooh yang terdampar di tepi pintu.

Farah Aqilah berlari mendapatkan bantal busuknya. Bantal tersebut diciumnya sekali sebelum disorokkannya ke belakang badan.

"Oloh comelnya", kata Syamir sambil ketawa lucu.

"Datang sini nak apa?", tanya Farah Aqilah sambil menarik muka. Tidak suka dengan kata-kata Syamir tadi. Malunya jadi berganda. Serta merta matanya dilarikan daripada wajah Syamir. Dia sedikit kagum melihat keadaan ruang tamu yang kembali kemas. Pandai juga mengemas rupanya dia ni, puji Farah Aqilah di dalam hati.

"Amir ada benda nak cakap dengan Farah"

"Nak cakap apa? Kalau Amir nak mintak maaf, Qila dah tak nak dengar. Qila dah muak", balas Farah Aqilah acuh tak acuh.

"Bukan. Amir"

"Qila", jeritan Hanim dari arah tangga telah mematikan ayat Syamir. Farah Aqilah menoleh ke tangga. Hanim turun dengan wajah yang cemas sambil menjinjit sebuah beg pakaian.

"Kau nak ke mana?", tanya Farah Aqilah kehairanan.

"Iqram call. Dia cakap mak dia kemalangan. Kejap lagi dia sampai", cemas suara Hanim.

"Innalillah Dah tu kira kau tak datang kerjalah Isnin ni?", Farah Aqilah meminta kepastian. Hanim dilihatnya muram.

"Aku tak sure. Tengok keadaan macam mana. Kalau tak teruk sangat, Ahad aku baliklah tapi kalau teruk mungkin aku stay sana dalam seminggu. Tak sampai hati nak tinggalkan Iqram sorang-sorang macam tu", jawab Hanim. Farah Aqilah mengangguk tanda faham. Syamir yang berada disebelah Farah Aqilah langsung tidak dihiraukan. Fikirannya melayang memikirkan keadaan bakal emak mentuanya.

Hanim berlari menjenguk ke luar sebaik sahaja terdengar bunyi kereta. Iqram dah sampai. Pantas dia berlari mengambil beg pakaiannya dan memeluk Farah Aqilah seketika. Farah Aqilah menepuk bahu Hanim perlahan.

"Aku pergi dulu", kata Hanim sebelum terus berlalu.

"Take care", jerit Farah Aqilah. Tidak lama kemudian kereta Iqram hilang dari pandangan.

"So, macam mana sekarang?", Syamir meminta kepastian.

"Kita keluarlah. Takkan nak bercakap kat sini pulak"

Syamir tersenyum. Dia faham apa yang bersarang dihati Farah Aqilah ketika ini. Sudah pasti Farah Aqilah takut kejadian tujuh tahun lalu berulang kembali. Takut mereka diserbu lagi.

"Kenapa Farah takut ke?", usik Syamir. Farah Aqilah membalas usikan itu dengan sebuah jelingan yang tajam.

"Alah jangan la marah Farah. Amir main-main je. Tapi kalau betul-betul kena cekup pun Amir suka. Senang sikit kerja Amir. Tak payah susah-susah nak tackle Farah lagi. Confirm Farah jadi milik Amir", kata Syamir sambil tersengih. Benar. Itulah yang berada dihatinya kini. Kedegilan Farah Aqilah yang enggan menerima kata maaf darinya telah menyebabkannya kadang-kadang terfikir untuk mendapatkan Farah Aqilah dengan cara kotor.

"Amir jangan main-main ya", Farah Aqilah memberikan amaran. Tangannya pantas mencapai kunci rumah yang tersangkut disebelah pintu sebelum melangkah keluar. Dengan langkah yang berat Syamir juga terpaksa melangkah keluar.

"Naik kereta Amir", kata Syamir sebaik sahaja Farah Aqilah selesai mengunci pintu rumahnya. Farah Aqilah berfikir seketika.

"Jangan risau. Amir takkan culik Farahlah", sambung Syamir lagi apabila melihat Farah Aqilah yang agak keberatan untuk menerima pelawaannya. Pintu kereta dibukanya sementara menantikan kedatangan Farah Aqilah. Syamir menutup pintu itu kembali sebaik sahaja Farah Aqilah masuk dan berlalu ke bahagian pemandu.

"Ok jom!", kata Syamir sebaik sahaja menghidupkan enjin keretanya.

* * *

Sudah dua puluh minit mereka berada di atas jalan raya. Namun masing-masing masih lagi membisu. Enggan memulakan sebarang bicara. Mata Syamir sekejap-sekejap melirik pada Farah Aqilah yang berada disebelahnya.

Farah Aqilah semakin tidak tahan dengan suasana itu. Cakera padat yang separuh terkeluar itu pantas ditolaknya masuk. Serta merta ruang kereta tersebut dipenuhi dengan suara hasil nyanyian kumpulan nasyid UNIC. Spontan mata Farah Aqilah melirik pada Syamir disebelah. Amir masih minat nasyid?

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apa pun rahsia dan kelemahanmu
Tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Akhirnya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun diakhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan
Dua benua saling mengejar cita
Tak pernah ku lupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

oh oh
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apa pun rahsia dan kelemahanmu
Tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Akhirnya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun diakhirnya kita tetap bersama
Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
Tetapkan bersama Bersama

"Macam kisah kita kan Farah. Bertemu, bersahabat, bergaduh, berpisah dan akhirnya bertemu kembali.", kata Syamir sebaik sahaja lagu itu tamat.

Farah Aqilah tidak memberikan sebarang tindak balas. Dia hanya diam menantikan lagu selanjutnya berkumandang. Beberapa detik kemudian lagu kedua berkumandang. Tetapi dahi Farah Aqilah berkerut sedikit apabila dia perasan bahawa lagu yang sama kembali berkumandang. Amir disebelahnya dipandang hairan. Tanda meminta jawapan.

"Amir suka sangat lagu ni. Setiap kali Amir dengar lagu ni, mesti Amir teringatkan Farah. Lagu inilah yang menjadi pendorong kepada Amir untuk terus mencari Farah selama ini.

Amir paling suka rangkap ’ku pasti suatu masa, engkau dan aku kan bertemu semula’ Rangkap tersebut seolah-olah menjanjikan pada Amir yang Amir pasti akan dapat menemui Farah semula. Rangkap yang sering meniupkan kembali semangat pada diri Amir tiap kali Amir dah mula putus asa sebab tak jumpa jalan nak cari Farah.

Sebab tu Amir copy lagu ni banyak-banyak. Dalam CD ni semuanya lagu tadi. Lagu yang sama. Amir sengaja buat macam tu sebab Amir nak dengar hari-hari. Nak dengar berulang-ulang kali. Lagu ni sentiasa Amir dengar setiap kali Amir driving sepanjang tujuh tahun ni. Semuanya ibarat peringatan buat Amir agar Amir tak lupa yang Amir mesti kena cari Farah semula sampai jumpa", jawab Amir panjang lebar. Setiap bait yang diucapkannya sarat dengan emosi dan perasaan.

Farah Aqilah sayu dan terkejut akan jawapan yang diberikan Syamir tadi. Sungguh tidak disangkanya sampai begitu sekali tekad Syamir untuk bertemu dengannya kembali. Mungkin sebab itu Allah tidak mengkabulkan doanya supaya dijauhkan dirinya dari Syamir. Usaha Syamir ternyata lebih berganda darinya.

Farah Aqilah tunduk mengeluh kemudian membuang pandangnya ke luar tingkap. Baru Farah Aqilah perasan yang perjalanan mereka bukannya menuju ke arah pusat bandar Georgetown.

"Amir kita nak ke mana ni?"

"Adalah", jawab Syamir ringkas.
posted by Penulisan2u @ 6:05 PM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group