Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Asyikin melangkah masuk ke Restoran Minang dengan dilihat oleh semua orang di situ. Ni mesti Haikal dah sampai dah ni. Asyikin segera melihat sekeliling mencari Haikal. Haikal yang sudah nampak Asyikin dari jauh tersenyum melihatkan gelagat gadis itu berpura-pura selamba apabila dilihat oleh ramai orang. " Sayang, sini," Haikal memecahkan suasana restoran yang agak sepi dengan suaranya. Muka Asyikin menjadi merah dan dia segera menghayunkan kakinya ke meja Haikal. " Eh, kalau tak panggil sayang boley tak? Dah la kuat awak panggil tu, tak malu ke?," Asyikin membebel kepada Haikal sejurus dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Haikal hanya tersenyum melihatkan buah hatinya. " Cantiknya awak hari ni, manis bertudung. Bertuahnya bakal anak-anak saya nanti, dapat ibu macam awak," luncur saja kata-kata itu keluar dari bibir Haikal. Asyikin tersenyum malu. Pipinya sudah merah membara. Bahagia mendengar kata-kata itu.
" Nah, ni semua information pasal saya. Kan encik nak semalam kan," Asyikin berkata sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Haikal. " La, cuma nama and birthday sayang je ke? Habis tu nama mak ngan ayah sayang?," Haikal merungut tanda tidak puas hati. " Cukuplah tu, nak lebih-lebih mana boley. Lagipun kita baru kenal kan. Bahaya la kalau saya bagi tau banyak hal pasal saya. Tak nak lah," jawab Asyikin sambil senyum menyindir kepada Haikal. Haikal ketawa kecil melihatkan tingkah laku Asyikin yang begitu selamba dengannya. Selama ini banyak gadis yang cuba menarik perhatiannya dan berkelakuan ayu demi memikatnya. Namun, bagi Asyikin, Haikal melihat seorang gadis yang pandai memelihara maruah dirinya dan yang penting tidak hipokrit.
Hampir 30 minit berlalu, Haikal dan Asyikin sambil menikmati hidangan berbual tentang rancangan drama lakonan Haikal yang sedang disiarkan di televisyen. " Best kan ceta abang berlakon tu kan. Tapi mana boley abang bagitau ending dia sayang, kena paham la. Tak adil la bagi orang lain. Tunggu je la," Haikal bersuara sambil menghirup minumannya. Asyikin mencebik melihatkan Haikal yang enggan memberitahu kesudahan drama Menggapai Cinta lakonan Haikal. " Tapi saya kena pergi Kedah waktu episode last ceta tu. Bagitau la,please," Asyikin menunjukkan muka kasihan kepada Haikal. " Lagipun kata sayang saya, takkan tak boley bagitau kot. Pakwe apa kalau layan aweknya macam ni". " Abang, bagitau la yang,please," kata-kata Asyikin terhenti apabila dia tersedar kelanjurannya memanggil Haikal dengan gelaran abang. Alamak, malunya aku. Control cun Syikin. Wat muka selamba, ngomel Asyikin dalam hatinya. Pantas Asyikin melihat Haikal dengan muka selamba.
Bahagianya aku. Panggillah aku abang banyak-banyak lagi Cik Asyikinku. Hmmm.. hati Haikal berdegup pantas mendengar suara Asyikin memanggilnya abang. Biarpun dia tahu Asyikin hanya tersasul. " Eh, sayang pergi Kedah ngan sapa eh? Berapa hari?," Haikal tidak menjawab pertanyaan Asyikin sebaliknya bertanya pula. " Dengan bos saya la Encik Haikal, kenapa plak?," Asyikin mengerutkan dahinya tanda keliru kenapa Haikal menanyakan hal itu. " Bos sayang tu bujang ke?," pertanyaan Haikal disusuli dengan anggukan dari Asyikin. "Actually, bos saya tu ada feeling kat saya, tapi saya reject," luncur saja kata-kata itu keluar dari mulut Asyikin. Hehe aku nak tengok kau ni jeles ke tak, hati kecil Asyikin memikirkan idea jahat.
Dengan serta merta wajah Haikal berubah. Jelas riak cemburu kelihatan di mukanya. Dia diam tanpa kata-kata. Alamak, aku dah silap kata ker. Takutnya tengok muka dia ni, hilang abis handsome mukanya. Tapi, dia jeles, maknanya dia syok kat aku betul-betul la..hahaha. Melihatkan Asyikin yang tersenyum sendirian dan asyik mengelamun, hati Haikal lagi bertambah marah. Dia segera bangkit menuju ke kaunter untuk membayar bil. Asyikin yang tersentak dengan kelakuan Haikal segera menuruti dari belakang.
"Kenapa ni awak? Saya ada buat silap ke?," Asyikin segera bertanya kepada Haikal sebaik mereka sampai di keretanya. "Sayang tu la, saje nak buat abang jeles. Abang nak ikut jugaklah pegi Kedah. Takut sayang curang plak nanti," Haikal bersuara sambil memek mukanya jelas nampak begitu manja dan keanak-anakan. Asyikin memegang side mirror keretanya. Dia sudah mula pening melihatkan muka Haikal yang begitu comel pada pandangan matanya.
Mak oii. Cutenyer. Macam hero pujaan aku lak, Wu Chun.. Ya Allah, kuatkan imanku. Asyikin tersengih bagaikan kerang busuk melihatkan wajah kekasihnya popularnya itu. Kalau ikutkan hatinya, mau saja dia memicit-micit pipi tembam Haikal, namun dia masih sedar hukum halal dan haram antara lelaki dan perempuan. " Dahla tu, yang pergi balik dulu kat office. Nanti marah pulak bos kesayangan awak tu," Haikal sengaja memancing perhatian gadis di hadapannya itu. Asyikin mencebik dan segera membuka pintu keretanya sambil melemparkan senyuman kepada Haikal. Hati Haikal kembali menjadi sejuk.
Tiba-tiba bagaikan berulang seperti kejadian kelmarin, sekumpulan wartawan mengelilingi Haikal dan Asyikin. Ish, wartawan lagi. Tak de keja ke diorang ni. Asyikin membebel dalam hatinya sambil memandang ke arah Haikal. Haikal segera menunjukkan isyarat bertenang kepada Asyikin " Ada apa-apa yang saya boleh tolong," Haikal cuba bersopan dengan wartawan yang berada di hadapannya sambil dia menarik lengan baju Asyikin agar gadis itu berada di tepinya. " Begini Haikal, actually baru tadi saje, Aisya telah mengeluarkan statement bahawa you break up dengan dia kerana you sebenarnya telah ditipu oleh Asyikin dengan pujuk rayunya. Kata Aisya lagi, banyak duit you dikebas oleh Asyikin dan you ikut saja cakap gf you sekarang sampai you tergamak tinggalkan Aisya yang sepatutnya you kahwin dengannya penghujung tahun ini. So, apa komen you?," soalan bertubi-tubi ditanya oleh wartawan kepada Haikal.
" Saya rasa saya dah bagitau dulu, siapa yang curang dalam perhubungan kami. Dia boleh cakap apa saja tapi yang tahu kisah sebenar rasanya saya dan dia lah kan. Saya tak kisah dia nak cakap apa, yang penting sekarang saya bahagia dengan Asyikin. Is that clear?," selamba sahaja Haikal menjawab pertanyaan para media. Asyikin hanya mampu tersenyum. Kemudian mata para wartawan tertumpu pula kepada Asyikin. Dia tahu bahawa dia harus menjawab pertanyaan itu pula. Jaga kau, Aisya. Tergamak kau bohong sampai macam ni. Inikah sikap artis pujaan aku dulu. Siap kau Aisya. Hohoho. Otak Asyikin ligat memikirkan kata-kata yang perlu diucapkan bagi menjawab segala tomahan terhadapnya.
" Untuk pengetahuan semua, bukan saya yang sibuk merayu Haikal ni supaya terima saya, tetapi dia yang tergila-gilakan saya. Habis tu saya nak buat macam mana kan. Dah jejaka pujaan Malaya asyik pujuk saya je, jadi saya terima la. Lagipun kami berkawan setelah dia putus dengan Aisya, jadi tak timbul kes saya rampas Haikal. Jadi, saya harap tak timbul lagi la kes macam ni ye," Asyikin berkata sambil diikuti oleh gelak besar oleh kebanyakan wartawan. Mungkin lucu dengan kata-katanya yang begitu berterus terang. Keadaan menjadi reda dan mereka mula berbual mesra dengan wartawan yang ada.
Asyikin memandang jam tangannya. Masih ada setengah jam sebelum waktu lunchnya berakhir. Baik aku pergi sembahyang dulu la. Malas la nak pegi surau. Nanti jumpa dengan Encik Zahir pulak kat surau. Tak naklah aku. Segera tangannya memulas stereng keretanya membelok ke masjid berdekatan pejabatnya. Sedang leka Asyikin memakai telekung, seorang lelaki menghampirinya. Asyikin segera mendongakkan kepalanya dan melihat Haikal di sebelahnya. Bagaikan tanpa disuruh Asyikin segera berdiri di belakangnya dan bersembahyang diimamkan oleh Haikal. Terasa sejuk dan syahdu sekali keadaan yang dirasakan oleh Asyikin. Selesai bersembahyang, Haikal dan Asyikin segera beredar ke destinasi masing-masing. Sambil memandu, Haikal tergelak seorang diri mengenangkan kebetulan dirinya bertemu dengan Asyikin di masjid bahkan dia sempat mengimamkan sembahyang bersama kekasihnya itu.
" Woii, berangan je lebih mak cik ni. Laporan syarikat dah hantar ke?, sergah Elly. Asyikin yang terperanjat bingkas bangun serta merta dan tangannya menangkat tabik hormat. Elly menghamburkan ketawa yang kuat melihatkan kelakuan kawannya itu. " Hahaha, tau lah keluarga kau tu askar semuanya, tapi tak payahlah kau pun sama," Elly berkata setelah tawanya reda. " Kau masuk tak reti ketuk pintu ke, ni tak mai redah je. Aku dah hantar tadi. Kau bukan tak tau ayah aku macam mana. Dari kecil, aku ngan abang-abang aku kena didik dengan latihan ala askar. Mau tak nye aku jadi macam ni," cebik Asyikin kepada temannya itu. " Malam ni aku pegi umah kau ye, boleh kan sayang,". " Aku tau la pasal apa Cik Elly oii, Haikal kena pegi shooting la kat Thailand, seminggu. Hoho. Melepas la kau," Asyikin tertawa melihat muka cemberut temannya itu. " Ala, melepas la aku. Ingatkan malam ni, nak kenal-kenal dengan balak kau tu. Takpa la, aku pegi jugak la umah kau. Boleh kita melayan ceta korea ek," kata Elly sambil menghayunkan kakinya ke pintu tanda mahu beredar. Asyikin hanya tersenyum melihatkan gelagat kawannya itu.
Deringan lagu Wish dendangan kumpulan Jepun yang terkenal, Arashi mematikan lamunan Asyikin yang asyik memikirkan Haikal. Muka Asyikin segera berubah apabila dia menatap nama pemanggilnya itu. " Assalamualaikum, ayah,". " Waalaikummussalam. Ayah telefon ni nak bagitau, bila ada masa lapang, balik rumah. Bawa sekali Haikal. Ayah nak kenal. Assalamualaikum," tegas suara ayah Asyikin. " Baik ayah, Waalaikummussalam," lemah suara Asyikin mendengarkan arahan ayahnya itu. Selama ini, semua teman lelakinya yang pernah diperkenalkan kepada ayahnya ditolak habis-habisan. Mungkin kerana itu, hubungan dia dengan kekasihnya tidak tahan lama. Yang hairannya, hubungan abangnya tidak pula begitu dikawal oleh ayahnya. Asyikin meletakkan kepalanya ke atas meja sambil mengeluh. Adoii, macam mana ni. Maunya hancus jugak hubungan aku dengan Haikal ni..alamak..tak mauuuu………
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yihaaaaaaaa~
i minat wu chun gak~
tomei2
best la cte nih!