Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Asyikin mengusap-mengusap rambutnya yang basah dengan tualanya. Dalam hatinya masih terpapar adegan pagi tadi yang cukup untuk membuat hatinya berasa pedih. "Dah la tu Acu, kan bagus dapat jadi awek pelakon popular, kah kah kah," Adam tiba-tiba muncul di hadapannya dengan kata-kata yang membuatkan hatinya lebih pedih. "Diamlah, orang tengah pening camna nak gitau mak ni tau tak! Siot punya mamat, tak pasal-pasal esok aku ni popular tau tak Along. Tensen aku,"Asyikin berkata sambil memikirkan nasibnya esok. "Rileklah, satgi Acu pergilah cakap dengan Haikal tu baik-baik. Tanya macam mana nak selesaikan masalah ni, ok. Along pun nak balik satgi. Kesian la kat Kak Ayu sorang-sorang kat rumah," Adam memberi nasihat kepada adiknya lantas beredar untuk mengemaskan barangnya untuk pulang ke rumah.
Fikiran Asyikin segera mengimbas pada kejadian pagi tadi. Klik! Klik! Klik! Pancaran flash kamera menerjah ke muka Asyikin dan Haikal. " Apa komen you Haikal, betulkah kata ex you yang you ada hubungan dengan perempuan lain dan tinggal berdekatan dengannya sekarang? Is this your girl?," paparazzi Malaysia yang cukup terkenal itu bertanya bertubi-tubi kepada Haikal. Haikal yang kehilangan kata-kata melemparkan pandangan kepada Asyikin yang kelihatan terpinga-pinga. "Miss, apa komen you dengan hubungan you dengan Haikal? Apa betul you ada hubungan dengan dia hingga Haikal sanggup putus dengan Aisya?," wartawan di sebelah Asyikin pula bertanya. "Haikal, beri komen sikit," para wartawan mula menggesa mereka. Haikal mengesat peluhnya yang mula laju menitik. Masak aku! Macam mana lak ley kantoi nie. Haikal mula giat memikirkan jawapan yang patut diberi kepada wartawan-wartawan ini.
Asyikin mula rimas dengan keadaan itu. Sekumpulan wartawan yang mengelilingi mereka tertanya belum puas sebelum mendapat jawapan yang mereka kehendaki. "Cukup!! Jangan desak kekasih saya dengan pelbagai soalan lagi. Biar saya terus terang," Haikal mula berkata-kata. Glup! Kekasih! . Apa kes mamat handsome tapi otak tak betul ni. Baru sekejap je kenal, aku dah jadi awek dia. "Excuse me, bila masa plak saya jadi awek awak?," Asyikin berbisik perlahan kepada Haikal yang berada di sebelahnya. "Please. Satgi saya jelaskan.Sekarang awak tutup je mulut awak tu ye sayang," Haikal berkata sambil tersengih-tersengih kepada para wartawan.
" Baiklah, biar saya berterus terang. Saya putus dengan Aisya bukan kerana Asyikin, kekasih saya sekarang. Saya putus kerana Aisya yang curang terhadap saya. Saat saya tengah sedih, saya berjumpa dengan Asyikin semasa saya tengah ubah suai rumah baru saya yang kebetulan depan rumahnya. And then, we getting close and we become couple. Saya harap dengan penjelasan ini, tidak ada lagi yang musykil. Ok," Haikal segera berlalu sambil menarik tangan Asyikin menuju ke kondominium mereka. "Wait Haikal, you kata Aisya curang. Dengan siapa? Tolong jelaskan," para wartawan yang masih tidak puas hati segera mengejar mereka.
Haikal yang melihat wartawan mengejar mereka terus berlari perlahan sambil tangannya kuat memegang tangan Asyikin. Hujan reyai-reyai membasahi baju mereka. Dari jauh, aksi mereka kelihatan begitu romantik, bak sepasang kekasih yang bermain hujan dalam kegembiraan. "Lepaslah tangan saya!," jerit Asyikin selepas mereka berjaya meloloskan diri dalam lift. "Sorry. Saya tak maksud pun nak pegang tangan awak. Rilek ok," Haikal Cuba menenangkan situasi tegang. "Saya tak kira, Encik Haikal tolonglah ubah balik statement yang encik bagi tadi ok. Saya ni dah kahwin. Macam mana saya nak berdepan dengan suami saya ni," Asyikin menipu Haikal lantaran ingin keluar dari masalah ini. Dia rimas dengan tumpuan keterlaluan yang diberikan oleh wartawan hiburan sebentar tadi. "Ha? Dah kahwin ka? Betul ka? Bila? Muka tak nampak macam dah kahwin pun. Anak berapa? Suami nama apa?," soal Haikal bertubi-tubi kepada Asyikin sambil tersenyum mengejek seperti tidak percaya.
"Itu hal peribadi saya. Jangan ambik tahu la. Saya tak kira. Betulkan balik statement encik tadi. Mentang-mentang handsome, encik ingat semua orang teringin sangat ke nak jadi awek encik hah. Suami saya tu lagi kacak dari encik," Asyikin melepaskan geramnya kepada Haikal sambil keluar dari lift dan segera memasuki pintu rumahnya. Damp ! bunyi pintu ditutup kuat mengejutkan Haikal. Minah nie. Memang nak bagi aku mati awal kot. Eleh, nak tipu aku kata dah kahwin konon. Aku ni dah berkenalan dengan abang kau awal pagi tadi la. Nak tipu pun agak-agak la. Kalau kata ada pakwe ke ok gak, ni bantai terus kata dah kahwin. Adoii pompuan nie. Haha. Haikal berbicara dalam hatinya.
Asyikin menjerit kuat mengingatkan peristiwa pagi tadi . Dia mula berasa lemah menghadapi dugaan ini setelah abangnya pulang ke rumahnya sendiri. Dia seakan-akan tahu esok dirinya pasti menjadi tumpuan ramai apabila gambarnya keluar di muka depan para akhbar. Hancus aku. Tak ley jadi ni. Kena jumpa gak mamat sewel ni. Asyikin chayok chayok. Dia pantas menuju ke biliknya mencapai tudungnya.
Deringan lagu di telefon bimbit Haikal mematikan lamunannya. Tangannya segera mencapai telefon dan terus menjawab tanpa melihat nama pemanggilnya. "Dah puas ke you kenakan I ha? Apa masalah you? Saja ke nak malukan I depan wartawan, puas hati you tengok orang cop I curang, puas puas puas!" Haikal segera menutup telinganya lantaran bingit mendengar suara bekas kekasihnya itu. "Assalamulaikum Cik Aisya, kalau nak marah pun beri la salam dulu. Untuk pengetahuan you, memang I sengaja nak malukan you. Dah betul kan you curang dengan I, lepas tu tuduh I dengan Lidya yang tak ada apa-apa dengan I, so, terima la padahnya," Haikal membalas kata-kata Aisya dengan nada yang mengejek. "Peduli apa I, you baik-baik sikit eh. I tak penah curang tapi you tu yang tak pandai jaga hati I. Lagipun I couple dengan Daniel lepas kita break ok. I nak you tarik balik apa yang you kata pasal I. Nyampah I received call and message dari wartawan nie. Tertekan I tau. Kita dah tak de pa pa jadi jangan libatkan I lagi," Aisya bercakap panjang lebar kepada Haikal. Mendengar bunyi ketukan di pintu,Haikal segera menghabiskan ucapannya dengan Aisya. "You tipu kanak-kanak ribena boley la dengan cakap you tak curang pada I,blah la Aisya. Pandai-pandai you la cakap dengan wartawan tu ok, bye bye awek baru I dah datang.I nak pegi diner," Haikal segera mematikan telefonnya sambil melangkah malas ke pintu.
"Saya nak selesaikan masalah kita!," Asyikin bercakap dengan nada tegas kepada Haikal yang jelas terkejut dengan kehadirannya. Baru je aku tipu kat Aisya, panjang umur betul minah ni. Hehe. "Adoii, sakitlah," Haikal tersentak dari lamunannya setelah berasa pedih di belakangnya. Asyikin mengosok-gosok tangannya yang berasa pedih selepas menampar Haikal. "Saya cakap, Encik Haikal boley lak tersengih-sengih macam laki miang," Asyikin meluah kata-kata. "Ok ok, apa yang awak nak cakap, tapi masuklah dulu, takkan nak sembang kat depan pintu ni kot," Haikal mempelawa Asyikin masuk ke rumahnya.
Asyikin memeluk tubuhnya dan segera berkata, " tak naklah saya, kena tangkap basah nanti tak kuasa saya dapat suami sewel macam encik ni. Asyikin mula berasa hilang segala rasa kagumnya terhadap pelakon pujaannya selama ini akibat kejadian pagi tadi. Haikal ketawa melihatkan kata-kata gadis di depannya. Melihatkan wajah Asyikin yang suci dari segala solekan membuat hati Haikal melayang-layang. Dia memegang dadanya dan hatinya bagaikan berbisik, ini kot yang dikatakan love at first sight. " Kita couple nak? Walaupun baru je kita kenal, tapi kita couple nak. Bukan rugi apa-apa pun. Selesai masalah pagi tadi. Nanti kalau orang Tanya you cakapalah ‘ha ah, I memang awek Haikal pun. We are loving couple’. Nak tak? Lagipun awak kan bujang lagi," Haikal bersungguh-sungguh meluahkan perkataan itu kepada Asyikin.
Asyikin segera memegang dinding di tepi pintu rumah Haikal. Mukanya sudah pucat mendengar kata-kata Haikal. Wait a minute. Dia ni kan pelakon. Senang je la dia nak berlakon kan. Aku takkan tertipu. Bagaikan mendapat kekuatan dia menatap wajah Haikal dengan serius. "Saya bujang pun hak saya le. Apa encik ingat saya ni ha? Senang-senang nak percaya cakap encik ke? Encik nak lepas dari masalah, terus nak ajak saya couple. Hampeh. Kalau encik dah bosan dengan saya, senang-senang ley dump saya kan. Jawapan saya tidak!," Asyikin membalas ajakan dari Haikal dengan muka yang serius.
" Baik awak fikir betul-betul. Bukan pun rugi kawan dengan saya. Kalau rasa tak serasi, kita break la. Lagipun takkan awak tak minat kat saya kot. Hahaha," ketawa Haikal sambil memandang wajah tegas Asyikin. "Takdak lagi ke pompuan kat dunia ni yang encik nak couple ngan saya ni? Ramai lagi pompuan cantik," Asyikin segera membalas dengan berusaha menahan perasaan marah dalam hatinya. "Habis tu saya kena membujang sampai mati la kalau asyik nak cari pompuan cantik. Cari yang ni, lepas tu jumpa yang lagi cantik. Lepas tu datang lagi yang lagi cantik. Ok. Biar saya terus terang. Saya rasa dah jatuh hati kat awak. Peduli la awak nak kata saya ni gila ke, sewel ke, tiga suku, maybe ini kot cinta pandang pertama. Kita couple eh," Haikal tersengih-sengih di hadapan Asyikin.
Asyikin sudah kehilangan kata-kata. Betul ke Haikal ni. Nampak macam tak main-main. Macam mana ni? Tak terima melepas pulak aku. Jejaka pujaan semalaya mintak couple ngan aku ni. Apa nak buat ni. "Kita buat macam ni lah ye. Selalunya nanti ada budak-budak anak penghuni rumah depan sana akan lalu sini untuk balik rumah mereka dari kelas piano depan kondo kita ni. Kalau ada salah sorang beli aiskrim jagung, kita couple, ok," Asyikin mengujarkan cadangan kepada Haikal. "Ok, set," Haikal bersetuju dan dalam hati segera berdoa agar kanak-kanak itu membeli aiskrim jagung. Tolonglah aku Ya Allah. Asyikin juga berdebar-debar menanti kepulangan kanak-kanak. Asyikin tahu kanak-kanak itu suka membeli aiskrim tapi bukanlah aiskrim jagung kerana mereka lebih gemarkan aiskrim coklat dan strawberry. Dalam hatinya, dia agak menyesali keputusannya memilih aiskrim jagung kerana dia sememangnya menyukai Haikal namun ego melampaui segalanya.
Bunyi jeritan riang kanak-kanak menyedarkan mereka dari lamunan masing-masing setelah hampir sepuluh minit menunggu. Debaran hati mereka kian kencang apabila derapan bunyi tapak kasut kian menghampiri mereka. Pandangan mereka tiba-tiba tertaut dan masing-masing diam terpegun memerhatikan wajah masing-masing. Asyikin tersedar dan memalingkan mukanya. Dia memegang wajahnya yang sudah berasa panas. Sekumpulan kanak-kanak lalu di hadapan mereka sambil menikamati aiskrim masing-masing. Asyikin dan Haikal tersentak melihatkan aiskrim yang dinikmati oleh kanak-kanak itu. Mereka berdua sudah kehilangan kata-kata… Asyikin diam tanpa kata, Haikal termenung tanpa punca………
citer ni best...cam kelakar jer...sempoi pun ada...n btul komen y kat ats tu...kdg2 mood nk bc novel ni down trus kl bab2 couple2 pgg tgn ni....x suka laaaa....nti smbg lg yer writer...cpt ckit...
best!!!! hrp2 writer terus buat n3 yg derang kwen n bercinta bagai nak rak lps derang kwen.. best tu... sweet jekk...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bes gak cter ni..but then hope sgt writer x wat watak dorg ni couple yg pegang2 b4 kawen..