Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Bosannya!" Hani menghentak mouse komputer di tangannya. Dari tadi asyik kalah aja. Apa punya gamelah! Hani menopang dagu.
Nak buat apa ni? Hari ni hari Isnin. TV pun tak ada rancangan best. Nak pergi shopping tak ada benda yang nak dibeli. Tengok wayang?
Tiba-tiba Hani teringat pelawaan Dimas semalam.
Nak pergi ke? Kalau duduk bilik pun bukan ada apa-apa yang aku boleh buat. Lama-lama aku mengadap komputer ni boleh mati kebosanan aku dibuatnya. Pergi ajalah. Sekurang-kurangnya bolehlah isi masa cuti dua minggu ni.
"Kamu dah tengok ceritanya. Menurut kamu macam mana?" soal Dimas kepada Hani apabila dia dan Hani makan di sebuah warung selepas menonton wayang.
"Macam yang digembar-gemburkan, best sangat," jawab Hani.
Selain jalan ceritanya yang menarik, lakonan para pelakonnya juga mantap dan berkesan. Walaupun masih baru, namun itu bukan halangan kepada mereka bagi memberikan yang terbaik buat penonton.
"Kamu maksudkan ceritanya ataupun heronya?" Dimas sengaja mengusik.
"Kesemuanya! Baik pelakon, jalan cerita, lagu-lagunya semua pun best. Dian Sastro tu cantik kan?" ujar Hani gembira. Akhirnya keinginannya untuk menonton sendiri filem yang dikatakan hebat oleh ramai orang itu tercapai juga.
Memang patut pun box office!
"Tapi tadi kamu menangis tak?"
"Aku sedih masa dia mimpi kawan dia mati tu. Aku ingatkan betul-betul. Kalau aku jadi Cinta, mesti aku menyesal sebab tak hiraukan kawan masa dia betul-betul perlukan kita dan dia mati tanpa sempat kita memohon maaf. Sedihnya," Hani cuba mengawal air matanya supaya tidak jatuh. Sensitif pula aku ni.
"Memang sedih," Dimas setuju dengan pendapat Hani. Dia juga hampir menitiskan air mata menonton filem itu. Filem itu benar-benar mengajarnya untuk lebih menghargai sahabat.
"Aku rasa nak tengok lagilah," ujar Hani.
"Yang benar?"
"Tapi aku nak tunggu VCD dia keluarlah."
"Original ke cetak rompak?"
"Yang originallah. Asalkan kualitinya bagus, aku takkan teragak-agak untuk beli yang ori," balas Hani.
Dimas cuma tersenyum mendengar kata-kata Hani.
"Eh, lepas ni kamu mahu ke mana?" tanya Dimas.
Hani melihat jam di tangannya. Baru pukul lima. Awal lagi. Balik bilik pun tak ada apa nak buat. Dia menjungkit bahu.
"Kita ke kedai CD mahu? Aku mahu beli CD," cadang Dimas.
"Boleh juga," Hani setuju.
Hani melihat Dimas. Lelaki itu leka membelek cakera padat di suatu rak. Hani kemudian mengalihkan pandangannya ke suatu rak yang menempatkan cakera padat drama bersiri Mandarin. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu set cakera padat drama bersiri yang paling diminatinya ketika di bangku sekolah menengah. Hani melihat harga yang tertera di cakera padat tersebut. Enam puluh sembilan ringgit sembilan puluh sen.
"Kamu pun minat drama ini?"
Hani berpaling. Entah bila lelaki itu ada di belakangnya. Hani tersenyum lalu meletakkan kembali set cakera padat drama bersiri Meteor Garden itu di tempatnya.
"Minatlah juga. Dulu petang-petang aku selalu tengok cerita ni. Cerita dia menarik. Hero dan heroin dia pun sama cantik dan sama padan. Pendek kata, enjoylah tengok cerita ni," cerita Hani.
"Aku pun minat juga."
"Ya ke? Eh, tadi kau kata nak cari CD. Ada tak CDnya?"
"CDnya tak ada. Belum ada di Malaysia agaknya," jawab Dimas.
"CD apa?"
"Sheila on 7."
"Sheila on 7? Yang nyanyi lagu ‘Sephia’ tu?"
"Kamu tahu?"
"Tahulah juga," ujar Hani.
Kalau dah selalu dengar kat radio, haruslah tahu. Aku kan pendengar setia K.C. Ismail. Tak pasal-pasal aku kena dengar rancangan Carta Baik Banget tu.
Carta Baik Banget adalah rancangan carta lagu-lagu popular Indonesia yang dikendalikan oleh juruhebah K.C. Ismail di stesen radio Red 104.9 sejak tahun 1999.
"Bukan ke ada albumnya tadi?’
"Itu yang lama."
"Dia orang dah keluar album baru ke?"
"Menurut ceritanya, begitulah."
Mereka beriringan keluar dari kedai itu.
"Kau orang memang minat main muzik ke?" soal Hani ingin tahu. Setelah menyaksikan persembahan Dimas dan kawan-kawannya kelmarin, Hani yakin mereka mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. Jika diketengahkan pasti mencuri perhatian ramai.
"Minat sangat," jawab Dimas. "Kami juga punya impian untuk merakamkan album dan didengari oleh semua orang. Kami sangat mengagumi Sheila on 7. Kami ingin mencontohi mereka. Dari anak kampung yang tidak punya apa-apa, sekarang mereka adalah band nombor satu di Indonesia."
"Siapa sangka ya?"
"Ya. Kamu tahu Sheila on 7 itu dan aku dengan yang lain-lain berasal dari wilayah yang sama?"
"Ya ke? Yogyakarta?"
Dimas mengangguk.
"Sheila on 7 merupakan kebanggaan penduduk Yogyakarta. Mereka telah menaikkan nama Yogyakarta."
"Hari tu Sheila on 7 buat konsert kat Malaysia, kau pergi?"
"Haruslah. Tapi yang di sekitar Kuala Lumpur aja. Nanti kalau Sheila on 7 buat konsert di sini lagi, kita pergi sama-sama ya?"
"Tengoklah macam mana," balas Hani acuh tak acuh.
Aku? Tengok konsert Sheila on 7? Lagu dia orang pun aku tak layan. Inikan pula konsert dia orang. Pelik betul. Senangnyalah artis luar nak buat konsert kat Malaysia ni. Kalau artis Malaysia, tak ada penajalah, tak adalah bajetlah. Itulah, inilah.
"Eh, Dim, cakap pasal band kau orang ni kan, kau orang pernah tak buat lagu sendiri?" soal Hani lagi.
"Ada juga tapi belum pernah dimainkan di khalayak."
"Kenapa?"
"Belum yakin."
"Kalau tak cuba, mana nak tahu orang suka ke tak kan?"
"Ya, betul tapi kemudian aja," Dimas diam kemudian berpaling kepada Hani. "Macam mana dengan kamu?"
"Macam mana apa?"
"Setiap orang itu pasti punya impian kan? Kamu sendiri macam mana? Impian kamu apa?"
"Impian? Impian yang macam mana?"
"Impian… Apa yang kamu inginkan dalam hidup kamu. Apakah kamu mengimpikan keluarga yang bahagia? Ataupun apakah kamu mengimpikan kerjaya yang mantap pada suatu hari nanti? Ataupun apa ajalah," terang Dimas. Hani terdiam. Berfikir.
Impian? Apa yang aku inginkan dalam hidup? Apa ya?
"Entah. Aku pun tak pasti apa yang aku nak."
"Kamu bohong lagi. Setiap orang itu kan pasti punya hasrat yang ingin dicapai. Masakan kamu tidak punya hasrat yang belum terlaksana?"
Aku pernah memasang angan-angan untuk membina hidup bahagia bersama Arri. Namun semuanya hancur lebur. Untuk apa punya impian kalau semuanya hanya harapan yang tidak diketahui kesudahannya.
"Terus-terang aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Aku pernah menyimpan satu impian. Tapi semuanya hanya tinggal impian. Lagipun aku takut untuk bermimpi. Takut tak tercapai," luah Hani.
"Kamu tahu tak? Seorang teman aku pernah berpesan. Jangan pernah takut untuk bermimpi kerana ada kalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita," ujar Dimas.
"Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan aja hidup ini berlalu apa adanya?" soal Hani.
"Dengan impian itu kita akan lebih berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan. Berkat usaha kita itu pasti impian itu bisa jadi kenyataan," balas Dimas.
"Tapi kalau kita tahu impian itu tidak akan jadi kenyataan, buat apa kita berusaha untuk menjadikannya suatu kenyataan? Tidakkah ianya suatu perbuatan yang sia-sia?" Hani masih tidak mahu mengalah.
"Macam mana kita bisa tahu impian itu tidak akan jadi kenyataan kalau kita tidak pernah mencuba untuk mencapainya?"
"Sebab kita sudah tahu kesudahannyalah maka kita tidak perlu bersusah-payah untuk mencapainya."
"Kamu tahu tak kamu terlalu banyak bercakap hari ini?"
Hani terdiam.
Aku pun rasa macam tu. Tapi siapa suruh dia yang mulakan? Aku cuma menyuarakan pendapat aku aja. Salah ke?
Tak salah. Bahkan aku lebih suka kamu begini. Kalau tak, asyik aku aja yang bercakap. Boring!
"Han, kita mahu ke mana lagi ni?"
"Entah."
"Kita pergi Genting Highlands nak?"
"Sekarang?
"Yalah."
"Tipulah."
"Aku serius ni."
"Tak naklah."
"Kenapa?"
"Aku penatlah. Aku nak balik," bohong Hani.
Takkan aku nak pergi Genting Highlands berdua dengan dia? Buatnya dia ada niat tak elok kat aku. Tak ke naya? Masih terlalu awal untuk aku menilai hati budi dia.
"Tak apalah. Mungkin lain kali," ujar Dimas.
Mungkin dia masih belum mempercayai aku sepenuhnya. Lagipun kita orang kan baru aja kenal. Tak mustahil kalau dia punya rasa syak wasangka pada aku. Aku mengerti.
"Dim, terima kasih sebab temankan aku hari ni. Dah lama aku tak rasa seronok macam ni," ujar Hani tatkala Dimas menghantarnya pulang ke asrama.
"Tak ada apalah. Aku yang mengajak kamu," ujar Dimas.
"Aku masuk dulu."
"Hani, kamu bisa tidur sendiri?"
"Insya-Allah."
"Kamu mahu aku temankan?" soal Dimas sekadar berseloroh.
"Nak kena tangkap khalwat ke?"
"Tak adalah. Aku cuma bimbang. Ataupun kamu mahu teman? Aku ada teman perempuan. Rumahnya tidak jauh dari sini. Kalau kamu mahu, kamu bisa tinggal dengannya selama cuti ini."
"Tak apalah. Aku akan tidur awal."
Buat apa tumpang rumah orang sedangkan aku selesa dengan bilik aku sendiri? Walaupun tak semewah bilik kat rumah tapi sekurang-kurang aku tak perlu berkongsi dengan orang yang aku tak kenal. Mesti tak selesa nak bergerak di rumah orang. Lagipun nanti mesti aku tak tahu nak sembang apa dengan kawan Dimas tu. Entah macam mana orangnya. Aku ni kan tak pandai bercampur dengan orang.
"Kamu pasti?"
"Ya."
Aku lebih rela tinggal seorang diri di sini daripada tinggal dengan orang yang aku tak kenal dan terpaksa pura-pura mesra.
"Okey, kalau kamu perlukan apa-apa bagi tahu aja sama aku. Kamu masih simpan nombor telefon aku kan?"
"Ya, ada."
Tak ada sebab aku nak buang nombor telefon dia. Selagi dia tak buat dajal dengan akulah. Esok-esok siapa tahu kan?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nk blog...de x?