Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku membelek helaian nota yang baru dikemaskini. Rasa puas hati menjengah, melihat tulisan yang tertera di helaian kertas. Kemas dan teratur. Ini pasti memudahkan pembacaanku nanti. Memang sudah menjadi tabiatku menyalin semula nota-nota yang diberikan oleh guru-guru. Almaklumlah...sewaktu terkejar-kejar menyalin bait-bait ilmu yang dilontarkan guru-guru, tentunya tulisanku sudah jadi lintang-pukang. Aku lebih senang menatap tulisanku yang lebih kemas dan teratur. Senang difahami. Nota-nota itu pasti bertukar tangan juga nanti. Atirah akan membodekku, seperti kebiasaannya, supaya meminjamkan nota-nota itu dengan kata-kata pujiannya yang sering singgah di telingaku. "Cantiklah nota kau Nun. Kemas pulak tu, senang nak faham." Dan aku pula, selalu tidak sampai hati untuk menghampakan permintaannya. Dengan raut wajah persis merayu, dia mampu membuatkan aku jatuh kasihan. Apa lagi jika wajah merayu itu diseiringkan dengan kata-kata yang bernada pujukan. Lagipun Atirah satu-satunya kawan yang aku ada di sekolah ini, malahan di dunia ini! Semua orang kata, aku pelik! Dengan kata-kata itu, mereka mula beransur-ansur meminggirkan diri daripadaku malah memandang wajahku pun seolah menjadi satu kesalahan yang paling besar, yang membawa hukuman gantung mandatori! Arghh...jauh pula lamunanku menyasar! Jam di dinding kukerling dengan ekor mata, waktu sudah berganjak ke pukul sebelas malam. Aroma kopi yang kubuat masih meresapi ruang kamar. Asap yang menipis dari cangkir itu tiba-tiba menggamit seleraku yang tadinya mati. Perlahan, kusisisip kopi buatan sendiri yang tadinya terbiar. Hmm...leganya. Sedap tapi tetap tak dapat menandingi kopi buatan mama yang paling sedap seantero dunia.... Tiba-tiba, mataku tertancap pada diari yang tersisip kemas di antara timbunan buku-buku yang lain. Paling tidak, aku akan mencatatkan sebaris dua ayat di dalam diari itu. Apa yang aku lakukan hari ini. Apa yang aku rasakan. Itu sudah melekat menjadi satu rutin sekali gus kemestian. Fikiranku mengarah supaya aku mencatit luahan perasaan yang kutinggalkan beberapa hari lalu kerana kerja sekolah yang semakin bertimbun namun hatiku pula sebaliknya. Rasa mengantuk menguasai diri. Ternyata, fikiranku tidak bersatu dengan hati. Argh....rasa kantuk semakin menghimpit. Aku perlu tidur tanpa fikiran yang sarat dengan bebanan... Pantas, aku memanjangkan langkah ke arah katil yang tidak jauh dari meja tulis. Sekurang-kurangnya aku perlukan tidur yang cukup untuk tugasan yang menati esok pagi. Beberapa hari ini, aku terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan yang tarikhnya semakin suntuk. Tugas untuk sidang redaksi sekolah dan aku sebagai ketua editornya. Aku yang entah bagaimana boleh dinobatkan sebagai ketua editor, mengundang cemburu pada Norma dan Sarah yang beria-ria mahukan jawatan itu sehingga sanggup membodek Cikgu Haikal yang ditugaskan memilih bakat-bakat baru, kononnya. Sudahnya, namaku tersenarai dalam barisan nama orang-orang penting untuk sidang redaksi. Aku yang tidak pantas berbuat apa ini mula menjadi orang kepercayaan Cikgu Haikal pula. Aku yang bernama Nun Amirah binti Adnan. Aku yang digelar budak maha pelik Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku! Aduhai, budak pelik ini juga yang terpilih daripada sekalian orang yang mendakwa diri mereka normal.... Mataku tertancap ke arah syiling, kipas berputar ligat. Pantas, aku bingkas bangun memperlahankan kelajuan kipas ke angka dua. Terasa lega. Kedinginan tidak lagi terasa menggigit-gigit tulang. "Apasal tak boleh tidur pulak ni, tadi mengantuk sangat." Aku bingkas bangun. Tanganku laju mencapai tasbih hadiah daripada mama yang kuletakkan di kepala katil. Ketenangan meresapi diri. Sebaik sahaja jari-jemariku mencecah butiran tasbih, serentak bibirku mengalunkan zikir. Zikir yang selalu mama ajarkan supaya hatiku selalu tenang. Zikir yang selalu mama alunkan dengan senyuman paling manis, paling aku dambakan. Rindu pada mama mula bertandang, rindu pada segalanya tentang mama. Bau tubuh mama terasa masih melekat di segenap ruang kamar ini. Kalaulah mamaku masih bernafas lagi di muka bumi Allah ini... "Kenapa semua orang kata Nun pelik, ma? Papa pun kata macam tu. Diba dengan Lili pun sama..."Persoalan yang menghuni hati pernah kulontarkan pada mama. Riak ketenangan di wajah mama tidak berkocak. Senyuman menghiasi ulas bibir mama. "Nun..manusia kata kita pelik sebab kita tak sama dengan mereka, kita buat perkara yang mereka tak buat. Allah sama tak dengan manusia, sayang?" Soalanku berbalas soalan. Bicara lembut mama mencecah gegendang telinga. Hatiku terusik. Laju, aku menggeleng. Mama mengucup ubunku, terasa kasihnya mengalir sampai ke jiwa. "Jadi Allah pelik?" Mama memandang tepat ke mataku. Redup sekali pandangan matanya. Sekali lagi aku menggeleng. Kali ini, lebih laju gelenganku. Mama tersenyum lagi. Dan aku mula mengerti bicara mama. Hati gusarku terubat, rawanku terasa menjauh. Mereka kata aku pelik kerana aku tak sama dengan mereka dan mereka pun tak sama dengan aku. Kami tak sama. Aku membuat kesimpulan sendiri.Hebat juga penaakulan aku! Dan mulai detik dan saat itu, aku tidak pernah peduli kata-kata mereka. Malah aku jadi senang dengan gelaran itu. Memang aku tak sama dengan mereka. Dan aku bangga kerana kami tidak sama. Aku tidak pernah diajar untuk memalukan orang lain, apa lagi menjatuhkan maruah orang yang juga punya perasaan sama seperti aku...
** "Alamak, lambat dah ni." Buru-buru aku mencapai tuala di hujung katil, terus meluru ke bilik air. Air shower yang menderu laju, pantas menyegarkan tubuhku. Fuh...leganya. Mataku jadi segar, semanngat bangkit semula. Rasa mengantuk yang tersisa gugur bersama air yang mengalir. "Habislah...aku lupa nak kejut diorang!" Tiba-tiba aku tersedar sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar. Panjanglah bebelan diorang nanti, berjela-jela macam baca skrip... Siap siagalah menadah telinga terutama berdepan dengan Diba yang memang becok. " Diba, Lili...bukak pintu ni!" Ketukanku bertubi-tubi. Rasa cuak menguasai diri. Pasti aku dimarahi papa nanti. Nun, kenapalah kau ni cuai sangat! Memang tugasku mengejutkan Diba dan Lili, tak lupa juga Abang Ad setiap pagi. Tak bolehkah Mak cik Zai tolong kejutkan mereka bertiga yang tidur mati ni? Aku masih tidak putus asa. Naik kering tekakku memanggil mereka. tetap tiada respons. Itulah yang susahnya diorang ni, siapa suruh kunci pintu? Kalau tak tidur mati, tak apalah jugak. " Ko cari sapa nih? Memekak pagi-pagi ni hah!" Aku tersentak, pantas berpaling. Memang sah..Farah Adiba dan Farah Norlaili merangkap adik-adik kembarku, sudah siap beruniform. Abang Ad pula berdiri tercegat di sebelah mereka dengan mata yang mencerun ke arahku. Siap bercekak pinggang lagi... " Amboi, macam tuan puteri pulak ye. Kau dah tak ingat tugas kau ke?" Diba mula menghampiriku. Setapak...dua tapak dan dia sudah berdiri betul-betul di hadapanku. Matanya membulat, tepat memandangku. Aku membisu, malas meladeni omelan mereka. Nanti makin meleret bebelan Diba yang mengalahkan mak nenek itu. "Ko tak payah buang masa Diba. Budak tu memang takde perasaan."Nada suara Abang Ad sinis. Bibirku menguntum senyum. Aku dapat menduga kata-kata seterusnya yang bakal menyusul. Telahanku tak mungkin silap. "Dia tukan pelik.."Tawa mereka terhambur. Ha....kan aku dah agak. Memang gelaran itu tersangatlah sinonim denganku. Abang Ad yang baru masuk dalam keluarga juga melabelkan aku begitu. Tentunya hasil tunjuk-ajar Diba dan Lili, anak-anak kesayangan papa. Abang Ad, satu-satunya anak lelaki Mak cik Zai merangkap ibu tiriku yang baru dikahwini papa. Kubur mama masih lagi merah saat papa menjabat tangan tok kadi. Wangian dari pusara mama masih menusuk-nusuk hidungku... "Nun..hari ni kita tak payah singgah. Dah lambat ni." Papa mengerlingku sekilas. Aku tunduk, mata dipakukan betul-betul menghadap sarapan yang sedia terhidang. Jemariku memainkan bibir cawan. Semalam pun tak singgah. Rasa kecewa menggigit tangkai hati. "Tak apalah papa. Hari ni saya naik basikal."Buru-buru aku bingkas bangun dari meja makan. Beg kugalas. Sarapan roti bakar langsung tidak membuka seleraku. Aku sekadar menyisip milo panas buatan Mak cik Zai, mungkin lebih kepada menjaga hatinya.. "Nun Amirah...naik kereta dengan papa." Kata-kata papa berbaur ketegasan. "Saya pergi dulu pa..sempat lagi ni. Saya dah janji dengan dia." Pantas aku menghulur tangan pada papa. Kukucup tangan papa, seikhlas hati. Mak cik Zai kusalami dengan separuh hati. Kukira dia juga begitu. Aku perasan ekor matanya mengekori langkahku. Abang Ad menekup mulut, menahan tawa yang sengaja disimpan di depan papa. Aku buat-buat tidak mengerti. Yang penting aku sempat sampai ke sana.
"Ma... Nun mintak maaf tak singgah semalam. Tentu mama tunggu, kan." Aku menaburkan bunga-bunga kemboja di pusara mama. Biar cantik. Biar bersih. Pantas, tanganku ligat mencabut rumput-rumput liar. Aku tidak mahu rumput-rumput itu memenuhi kuburan mama. Mama tentu tidak suka. Mama pembersih orangnya. Aku sedekahkan al-Fatihah buat mama. Perlahan, aku bangkit. Terasa berat meninggalkan pusara mama, cuba kuusir perasaan itu jauh-jauh. Ada tanggung jawab besar yang harus kusempurnakan... Aku lewat sepuluh minit, tentu perhimpunan pagi sudah bermula. "Nun..kau masuklah, aku tak tulis nama." Atirah sedia menunggu di pintu pagar sekolah. Tentu hari ini gilirannya bertugas mengambil nama pelajar yang datang lewat untuk diberikan pada guru disiplin. "Bagi saya pen ngan buku tu." Aku menyimpul senyum. Aku mencatit namaku sendiri di ruang yang disediakan. Kuhulurkan kertas itu semula pada Atirah yang masih terpinga-pinga. "Ni amanah awak, Tirah. Apa awak nak jawab di Padang Masyar nanti?" Aku berlalu meninggalkannya. Aku perasan, dua pengawas lain yang bertugas dengan Atirah berbisik sesama sendiri. Bagi aku, kawan tetap kawan tetapi amanah tetap dikelek ke mana-mana walau atas dasar hubungan apa pun...
sebab bagi diorang, dier tak samer. Dier pelik dan berbeza dengan perwatakan yang dia bawa. Hero dier tnggu sayer post next bab. Thanks sudi baca dan komen.
terime kasih atas komen yang membina tu. Perkataan 'maha' dalam citer sayer ni bermaksud sangat atau terlalu. Walau apapun saya terima komen anda.Mungkin kekhilafan di pihak sayer.
mukaddimah yang baik untuk sebuah cerita yang baik. Tahniah! kte kalau boleh nak baca sampai ke penghujung cerita tapi masa tak mengizinkan. Apa-apa pun awalan cerita yang menimbulkan tanda tanya (kenapa Nun dipanggil budak pelik) memang mengundang keinginan untuk pembaca teruskan pembacaannya. Dengan gaya bahasa yang ringkas dan bersahaja tapi dalam dari segi maksudnya mengundang senang bagi orang yang membaca kte kira. syabas juga kerana menitik beratkkan soal tatabahasa yang betul. Ah, siapalah kte ni nak komen sebenarnya.hehe..good luck Lynn!!:)-aniruz-
Terima kasih zu yang manis. Lynn menerima seadanya. Segala puji-pujian kembali pada Allah. Doakan karya lynn sampai ke penyudahnya ya. Salam sayang buat aniruz...
salam...saya writer citer ni. Nak kasitau yang saya dah ada blog. Sila masuk blog saya, www.penadalamlagu.blogspot.com. tq
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
baik gak nun ni... tp mlang nye..
mak dia dh mninggal...
nie yg sdeh ni...