Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tiga minggu sudah berlalu. Fatin Erlina kini berasa agak selesa dengan kehidupannya. Biarpun belum melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan sepenuhnya, Fatin Erlina tetap bersyukur kerana tiada masalah dalam tempoh itu. Fadil pula memahaminya dan memberi waktu bagi mereka menyesuaikan diri.
Fatin Erlina dan Fadil menetap di Bangsar. Kediaman teres dua tingkat yang dibeli Fadil sebagai hadiah perkahwinan mereka dihias mengikut citarasa Fatin Erlina. Fatin Erlina bebas mengubah kediaman itu mengikut kehendak hatinya.
Fadil pula kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya Kuala Lumpur setelah bertukar dari universiti dahulu tempat Fatin Erlina belajar. Fadil menukar universiti untuk memudahkan Fatin Erlina berulang alik dari rumah ke tempat kerjanya.
Fatin Erlina melihat jam di dashboard keretanya. Angka 7.44 malam ditatapnya. Hari ini dia agak lewat untuk pulang ke rumahnya. Tiba-tiba sahaja ada meeting tergempar di syarikat tempatnya bekerja. Majikannya, Zafrul Aidil akan ditukarkan ke cawangan lain. Katanya ada problem yang perlu diselesaikan di sana dan mungkin akan menetap di sana. Zafrul Aidil akan bekerja di Kulim, Kedah!
Semasa meeting berakhir, Zafrul Aidil dan Fatin Erlina adalah orang terakhir yang keluar dari ofis. Saat Fatin Erlina mula menapak kakinya keluar dari pintu utama ofis,
"Fatin, tunggu kejap!" panggil Zafrul Aidil. Fatin Erlina berhenti melangkah dan badannya berpusing ke belakang. Zafrul Aidil melangkah ke arahnya.
"Sudi dinner dengan saya malam ni?" tanya Zafrul Aidil. Ish..Kenapa nak ajak keluar makan ni?? Tak tahu ke aku ni kahwin?? Ke buat tak tahu??
"I’m sorry, Encik Zafrul! Husband saya menunggu di rumah.. Saya pun dah terlewat ni.." balas Fatin Erlina menekan perkataan ‘Encik’ di permulaan nama Zafrul sambil merenung jam tangannya. Biar Zafrul Aidil tahu yang Fatin Erlina ni masih marah.. Marah dengan apa yang pernah dia buat dulu…
"Kalau begitu, saya call husband awak dan minta izinnya?" minta Zafrul Aidil lagi.
"Tak perlu Encik Zafrul. Saya tak nak masalah timbul nanti.." Fatin Erlina segera mengelak…
"Tapi saya tak nak awak dapat gastric pulak nanti macam dulu tu… Saya tau awak belum makan lagi.. Saya call dia.." balas Zafrul Aidil masih berkeras lantas mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya. Nombor ditekan dan kedengaran Zafrul Aidil berbual dengan seseorang. Fatin Erlina memandang sekeliling.. Pak guard Bangla tu dok tersengih-sengih pula. Menyampah betul Fatin Erlina melihatnya. Tak reti-reti nak buat kerja. Tersengih-sengih aje menampakkan giginya yang rongak di depan. "Ok.. Husband awak dah bagi kebenaran cuma katanya pulang sebelum jam 10 nanti."
Bulat mata Fatin Erlina seakan tidak percaya. Tajam pandangannya. Mana boleh percaya Zafrul Aidil ni. Entah bercakap dengan siapa tadi. Macam mana Zafrul Aidil tahu nombor suaminya? Fatin Erlina mengeleng tidak mahu..
"Kalau awak tak percaya, awak call la husband awak tu!"
Huh, lelaki zaman sekarang mudah menipu perempuan. Yang deritanya perempuan jugak! Entah-entah Zafrul Aidil pun sama. Lantas Fatin Erlina mengeluarkan handphone nya dan nombor Fadil ditekan. Kedengaran suara Fadil di hujung talian.
"Fatin, abang izinkan! Pergilah…. Mungkin ada hal yang sangat penting untuk dibincangkan. Abang harap Fatin tahu batas Fatin macam mana. Fatin isteri abang dan abang berikan sepenuh kepercayaan Fatin untuk menjaga rumahtangga kita. Jagalah pergaulan Fatin agar tidak menimbulkan buah mulut orang. Balik sebelum jam 10 ye… !" izin Fadil.
"Tapi bang….?" Kata-kata Fatin Erlina tersekat di situ…
‘Kenapa Fadil begitu baik hingga memberi aku kebenaran untuk keluar dengan lelaki yang bukan muhrimku ini. Dan macam mana Zafrul Aidil boleh tahu nombor telefon Fadil?’
Di dalam kereta Zafrul Aidil, hanya suara deejay radio saja yang kedengaran. Baik Zafrul Aidil mahupun Fatin Erlina, masing-masing diam seribu bahasa. Tiada kata-kata yang keluar sejak mereka berlepas dari ofis tadi. Kereta Fatin Erlina ditinggalkan di tempat parking. Fatin Erlina sekadar merenung di cermin kereta manakala Zafrul Aidil menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
Sesampainya di suatu simpang, Zafrul Aidil membelok ke kanan. Kereta diberhentikan. Zafrul Aidil keluar dan membuka pintu untuk Fatin Erlina. Terkesima sejenak Fatin Erlina dengan keadaan itu. Zafrul Aidil berlagak seolah romantik terhadap kekasihnya.. Ahh..! Tidak!! Aku bukan kekasihnya, jerit hati kecil Fatin Erlina.
Zafrul Aidil berjalan di hadapan dan Fatin Erlina mengikut dari belakang. Fatin Erlina tidak mahu seiringan dengan Zafrul Aidil, takut orang lain akan menganggap yang bukan-bukan.
Restoran Terapung itu agak lengang suasananya. Cahaya yang suram menghiasi restoran itu dan menimbulkan rasa romantik pada setiap pengunjungnya. Bilangan pengunjung yang datang pula boleh dikira dengan jari.. Mereka mengambil tempat yang agak jauh dari orang lain. Seorang pelayan datang dan mengambil order mereka.
"Kenapa senyap je ni…?" tanya Zafrul Aidil setelah pelayan itu mengambil pesanna.
"Tiada apa yang nak dibualkan. Lagipun bukan saya yang ajak Encik ke sini.." balas Fatin Erlina pula tanpa memandang sekelip pun pada Zafrul Aidil..
"Fatin bahagia sekarang?" soal Zafrul Aidil lagi. Tangannya memegang sudu yang ada di atas napkin.. Sudu itu dimain-mainkan. Sedikit gusar di hatinya..
Fatin Erlina tidak menjawab sebaliknya wajah berpaling ke tempat lain. Matanya menangkap sepasang romeo dan julie yang berbual mesra sambil bergelak ketawa. Fatin Erlina mengeluh perlahan.
"Fatin bahagia??" ulang Zafrul Aidil sedikit kuat. Dia sedar wanita di hadapannya sedang mengelamun… Mungkin teringatkan suaminya..!
"Mmm…" balas Fatin Erlina sedikit terkejut..
"Fatin macam tak selesa aje bersama saya? Macam takut je…? Dulu pun kita selalu keluar macam ni jugak kann? Fatin risaukan apa? Husband Fatin pun dah izinkan Fatin keluar dengan saya…"
"Encik nak apa sebenarnya? Terus terang aje.. Jangan bazirkan masa saya di sini…!" desak Fatin Erlina kurang senang dengan kelakuan Zafrul Aidil itu..
"Fatin, saya akan ditukarkan ke cawangan baru. Mungkin mengambil masa yang lama dan saya akan duduk di Kulim sana. Teringin rasanya saya membawa awak ke sana untuk bersama."
Fatin Erlina terkesima sekejap. Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Zafrul Aidil? Tahukan dia siapa aku?? Serabut kepala Fatin Erlina memikirkannya.
"Saya sebenarnya sakit… Sakit sangat..!" adu Zafrul Aidil
"Encik sakit ape? Tak pernah pula saya dengar Encik ni sakit sebelum ni…" tanya Fatin Erlina, agak hairan.
"Kat sini saya sakit…!" Zafrul Aidil menunjukkan dadanya. Fatin Erlina melihat sepintas lalu..
"Jadi apa masalahnya dengan saya??" soal Fatin Erlina. Makanan yang dipesan sampai. Terhenti sekejap perbualan mereka. Hidangan diletakkan di hadapan mereka. Setelah pelayan restoran itu berlalu, Fatin Erlina menghirup jus orennya. Tekaknya terasa amat dahaga.
"Benarkah selama ini Fatin tiada perasaan pada saya walau sekelumit pun? Apa maknanya hubungan kita ni? Hanya sekadar kawan sahaja? Betul ke, Fatin?" Zafrul Aidil melemparkan soalan bertubi-tubi kepada Fatin Erlina.
"Bertahun lamanya saya pendamkan perasaan saya ni.. Saya tahu, Fatin mungkin sukar untuk awak menerima saya sekarang tetapi saya sanggup tunggu awak sampai akhir hayat awak!! Saya nak lamar awak sebagai isteri saya suatu hari nanti.."
Ahh! Mana mungkin ini akan terjadi, Zafrul.. Kenapa baru sekarang kau nak meluahkan isi hati kau! Kenapa tidak dari dulu? Saat aku terkapai-kapai mencari haluan hidup, kau tinggalkan aku tanpa sebab! Penjelasan aku pun kau tolak ke tepi! Sekarang baru nak terhegeh-hegeh mencari kasih sayang wanita seperti aku….
Fatin Erlina diam. Hanya hatinya yang berbisik geram. Tiada jawapan untuk soalan itu.. Kerana hatinya sudah tertutup untuk membuka cerita lama dulu. Seingatnya dia sekadar bertepuk sebelah tangan. Biarpun Zafrul Aidil telah memberi hint padanya dulu namun ia bagaikan berlalu pergi bila ditiup angin badai..
Fatin teringat surat yang pernah diberikan Zafrul Aidil sewaktu mereka sama-sama menuntut di university dahulu. Surat yang sekadar untuk mempermainkan perasaan perempuan sepertinya. Surat yang telah dibakar saat hatinya sakit diperlakukan Zafrul Aidil. Zafrul Aidil mempermainkan perasaannya.
Memang Fatin jual mahal tapi kenapa Zafrul Aidil tidak bersungguh untuk dapatkan Fatin Erlina andai benar ada cinta dihatinya? Zafrul Aidil membiarkan dia hanyut dalam alunan perasaan saat dia terumbang-ambing lantaran kisah lama terungkap kembali..
Kau memberi harapan namun kau juga yang merobeknya, Zafrul Aidil!!!
"Fatin!" tegur Zafrul Aidil setelah melihat Fatin Erlina membisu. Wajah perempuan itu tertunduk sahaja. Bila diangkat muka, matanya sudah kemerahan menahan sebak barangkali.
‘Ahh…aku sudah membuat dia sedih!!’ bisik Zafrul Aidil sendiri.
"Maafkan saya Fatin! Sebab membuatkan awak sedih…"
"Saya nak balik…" Fatin Erlina mengangkat punggung dan ingin pergi dari situ tapi…
"Jangan pergi dari hidup saya, Fatin! Saya perlukan awak..!" tahan Zafrul Aidil sambil menarik tangan Fatin Erlina. Terhenti langkah Fatin Erlina mendengar ungkapan itu. Ahh… Benda tu mustahil untuk dilakukan..
"Lepaskan tangan saya, awak takde hak untuk sentuh saya walau seinci pun…!" jerit Fatin Erlina cuba melepaskan tangannya. Kerana geram, gugur kata nama ‘Encik’ yang digunakan Fatin Errlina sebentar tadi. Semua mata memandang ke arah mereka. Zafrul Aidil menelan air liur. Sedikit malu.
"Please, Fatin! Jangan jerit kat sini. Kita berbincang cara baik. Jangan buat saya begini. Saya tau salah saya sebab tak menyatakan perkara yang sebenarnya. Waktu tu, saya keliru dan cuma perlukan masa untuk tenangkan hati saya. Perkara yang awak ceritakan tu, saya tau ia bukan salah awak.. Saya cintakan awak, Fatin! Saya sayangkan awak! Cuma keadaan tidak mengizinkan saya untuk menyatakan isi hati seikhlasnya."
"Apa gunanya awak beritahu sekarang ni? Tiada makna kata-kata awak tu… Saya isteri orang, Zafrul! Awak kena ingat tu.. Tak mungkin saya akan jadi milik dengan status saya sekarang ni.. Balik lah, Zafrul.. Tak guna awak merayu saya lagi… Kita sekadar kawan kini.. Awak carilah perempuan lain, yang lebih baik dari saya, lebih cantik dari saya!!"
"Fatin, awak lah yang baik dan cantik di mata saya. Saya terpesona dengan kebaikan dan kesopanan awak. Saya terima awak seadanya! Kisah masa lalu awak biarkan ianya berlalu. Saya takkan ungkit hal lama. Ia terjadi bukan awak yang pinta.. Saya cintakan diri awak yang sekarang ni. Saya sukakan diri awak yang sebenar.. Saya mahu hati awak jadi milik saya. Saya mahu nama saya yang tertulis di hati awak tu…Sama macam hati saya. Hanya Fatin Erlina yang tersemat di ingatan dan hati saya selamanya.."
Fatin Erlina terduduk di kerusinya. Rasa ringan tubuhnya melayang di udara. Benarkah apa yang didengarnya itu? Ahh… Tapi semua tu sudah terlambat…..!
"Tiada gunanya awak ceritakan semua tu.. Benda dah berlalu pun.. Saya pun sekarang dah jadi milik orang…! Tiada nama Zafrul Aidil dalam hidup saya. Yang ada cumalah Fadil..suami saya!" sindir Fatin Erlina perlahan.
"Tidak, Fatin! Awak tetap akan jadi milik saya. Bukan sekarang tapi suatu masa nanti.. Dan saya tetap akan menunggu awak sampai bila-bila…"
Fatin Erlina sekadar menggelengkan kepala. Merepek sahaja apa yang dikatakan Zafrul Aidil itu… Apa maksudnya akan menunggu sampai bila-bila sedangkan dirku kini telah terikat dengan lafaz nikah oleh Fadil dulu…?
"Kalau tujuan awak ajak saya makan kat sini untuk dengar madah awak tu, lupakan saja! Saya dah cukup kenyang mendengar luahan lelaki seperti awak ni. Dah naik muak saya mendengar lelaki merayu sebegini. Kenapa awak masih nak mengejar saya sedangkan ramai lagi perempuan lain yang masih sendiri di luar sana? Perempuan bujang kat luar tu ramai, awak pilih saja yang mana berkenan…."
"Saya cuma berkenan pada awak, Fatin!"
"Berkenan pada isteri orang? Awak tahu yang awak tu dah silap orang? Atau awak memang sengaja nak menempah maut…? Sudah la, Zafrul! Daripada saya melayan awak kat sini, yang takde faedahnya, baik saya balik! Suami saya menunggu di rumah dan lagi elok kalau saya menghadap muka dia dari muka awak tu…. Ada juga pahalanya. Apa katanya nanti kalau saya balik lambat?" Fatin Erlina mencapai beg tangannya.
"Fadil bagi izin untuk saya bercakap dengan awak, Fatin!" Zafrul Aidil tidak mahu mengalah. Hati perempuan itu terlalu keras…
"Ya..!! Memang Fadil izinkan awak untuk bercakap dengan saya tapi bukannya soal peribadi.. Bukannya tentang kisah lama dulu.. Kita tutup buku lama,okey? Saya dah ada kehidupan saya sendiri. Tugas saya selepas habis kerja adalah bersama Fadil, suami saya. Bukannya awak!! Awak tiada lagi dalam hati saya..!!"
Fatin Erlina menepis tangan Zafrul Aidil yang cuba menggenggam tangannya tadi. Hilang sudah sabarnya kini.. Kurang ajar!! Berani dia pegang tangan aku? Ingat aku ni siapa? Kekasih dia? Lafaz cinta pun tak terucap, mana mungkin dia kekasihku.. Isteri?? Huh, jauh sekali angannya!! Bukan dia mengucapkan lafaz akad nikah itu!! Kenapa Zafrul Aidil seakan gila bayang padaku??
Fatin Erlina beredar dari Restoran Terapung itu. Semakin lama dia berada di situ, semakin sesak nafasnya menahan asakan persoalan lelaki itu. Semakin keliru fikirannya memikirkan perasaan lelaki itu.. Ahh.. baru sekarang dia terhegeh-hegeh hendakkan aku..!!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
br bcew cterw ni...best..ringan x brat sgt..
keep it up...kalu blh abeskan cecepat..ahax...pnat dok tgg sume cter x bsmbg-smbg...ngee~