Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Cantiknya tudung! Pandai budak cina tu pilih, tudung bidang 60. Bagusnya, dengki betul Kak Ifa" ngomelan kakakku, Kak Ifa membuatkanku tersenyum. Aku juga tidak menyangka Chiang Yen begitu menghormati aku sebagai seorang muslimah.
"Kenalkanlah Kak Ifa dengan dia, Qin. Mesti orangnya cantik kan?"
Aku hanya ketawa melihat Kak Ifa bersungguh-sungguh memuji perawan cina bermata sepet itu. Telefon rumah berdering. Belum sempat aku bangun untuk pergi mengangkatnya di ruang tamu, adikku, Ishaq telah mendahului. Suaranya kedengaran sayup-sayup dari kamarku.
"Assalamualaikum. Ingin bercakap dengan siapa?" Ishaq berbicara ramah. Kemudian dia berteriak lantang;
"Ainul Syifa\', ada orang menelefon mencari kamu!"
Kak Ifa mendengus geram; mungkin tidak menggemari cara Ishaq memanggilnya dengan nama penuh. Itulah Ishaq, jejaka malaya tersohor katanya. Badannya berisi, tinggi lampai; matanya sedikit sepet berbeza denganku dan Kak Ifa, bermata besar dan bulat. Moyang di sebelah ibu orang cina, manakala datuk kami di sebelah ibu juga merupakan orang arab; atau lebih dikenali dengan panggilan Syeikh. Hidungnya tajam, salah satu sebab untuk dia sering bermegah diri.
Kulitnya sawo matang, dia begitu aktif dengan aktiviti sukan di sekolahnya. Jika dia marah atau mahu menyindir; atau ingin berseloroh, dia akan memanggil seseorang itu dengan nama penuh atau nama gelaran yang diciptanya sendiri. Sering sahaja berlagak seperti orang dewasa, padahal umurnya hanya dua belas tahun. Tidak dapat dinafikan, ciri-ciri fizikalnya tidak seiring dengan umurnya. Tampak lebih matang daripada usia.
Kak Ifa bergegas ke ruang tamu, meninggalkanku sendirian di kamar kecil di atas katil bujang ini. Bilikku ini hanya mempunyai sebuah katil bujang, sebuah almari baju dan sebuah meja belajar yang sederhana besar, berpadanan denganku yang akan mengambil ujian penting tahun ini. Dinding bilik diwarnakan dengan warna putih kekuningan, warna yang mendamaikan. Kamar Kak Ifa hanya bersebelahan dengan kamarku manakala kamar ibu dan Ishaq berhadapan dengan kamar-kamar kami. Aku menghempaskan diri di atas katil. Mataku menyoroti hadiah yang diberikan oleh Chiang Yen sewaktu pulang dari sekolah tadi. Selendang berwarna putih yang dihiasi dengan sulaman bunga berwarna merah jambu dan dihiasi dengan manik-manik kecil di sekitar hujung selendang. Cantik sekali.
Suara Kak Ifa sedang ketawa kecil di ruang tamu kedengaran hingga ke sini. Aku menarik nafas perlahan. Kak Ifa, gadis tinggi lampai yang ramping. Wajahnya separuh bujur, dengan mata bulat dan besar dan hidung separa mancung. Kulitnya putih bersih. Tidak dapat dinafikan, Kak Ifa memang seorang gadis yang cantik. Sebagai anak yang pertama, Kak Ifa memang seorang yang rajin, tetapi kadang-kadang anginnya tidak tentu. Dia boleh menjadi seorang puteri yang lemah-lembut dan juga boleh menjadi seorang gadis panas baran yang gunung berapinya bisa meletup secara tiba-tiba.
Mataku memberat. Perlahan-lahan kelopak mataku ingin menutup kornea mata yang letih. Imbasan demi imbasan yang berlaku di sekolah tadi kembali menerjah ke fikiran.
# # #
Seorang guru lelaki separuh usia masuk ke dalam kelas kami. Aku yang sedang membaca zikrullah bersama dengan Nadiah terhenti sejenak. Kami semua bangun. Mungkin ini guru kelasku tahun ini. Guru lelaki itu rendah dan sedikit dempak. Berpakaian kemas dengan kemeja coklat cerah dan berseluar slack hitam. Tali leher disimpul kemas bercorak bulat-bulat kecil di tengahnya. Kepalanya separuh botak, separuh beruban. Wajahnya berkedut seribu. Kening tebal guru itu bagaikan hendak tercantum.
Usai menjawab salam dan membaca doa, kami dibenarkan duduk. Guru lelaki tersebut duduk di atas kerusi guru yang tersedia di hujung pintu masuk di hadapan kelas. Beliau meletakkan beg sandang berwarna hitam yang dibawanya tadi di atas meja lalu bangun. Sepanjang dua tahun aku belajar di sekolah ini, tidak pernah aku melihat kelibat guru ini di sekolah. Guru barukah?
"Selamat pagi semua. Saya guru kelas anda. Nama saya Jusoh bin Abu Bakar," guru itu memperkenalkan dirinya.
Wajahnya menggerunkan bagiku kerana dari tadi beliau masuk ke kelas hinggalah sekarang, langsung tiada seulas senyuman di bibirnya. Dahinya asyik berkerut, seperti kami di sini membuat kesalahan serius yang sedang menanti hukuman. Beliau kemudiannya membelakangi kami langsung mencapai marker. Beliau menulis namanya di papan putih.
"Saya guru baru yang berpindah ke sini dari SMK Merantau," ujarnya tanpa dipinta.
"Baiklah, kita lakukan pelantikan ketua dan penolong tingkatan di kelas ini. Sesiapa ingin mencalonkan kawannya?" sambungnya sambil menyoal pantas.
Kami saling memandang di antara satu sama lain. Aku hanya bertongkatkan dagu, menantikan aksi yang akan berlaku sebentar nanti. Dalam hati terasa bungkam, siapakah yang layak memegang amanah itu? Aku memerhatikan seorang demi seorang di dalam kelas.
"Pertama sekali, ciri-ciri penting yang harus ada pada ketua dan penolong tingkatan ialah rajin, tegas dan bertanggungjawab. Saya tidak mahu anda melantik kawan anda yang sudah mempunyai jawatan," tegasnya dengan suara keras.
Selang beberapa saat, salah seorang pelajar lelaki mengangkat tangan. Cikgu Jusoh mengangguk, tanda membenarkan dia menyatakan apa yang ingin dia nyatakan. Aku merasakan dia ingin mencalonkan nama seseorang. Pelajar lelaki beruniform biru itu kuperhati. Kukira aku mengenalinya. Rambut tipis di atas kepalanya, dia ialah Muhaimin. Muhaimin, jejaka yang digilai pelajar perempuan di sekolah ini. Pengawas sekolah, ada rupa, kaya? Entah. Aku tidak pasti. Aku melarikan pandangan, hanya telingaku meneliti setiap perkataan yang bakal keluar daripada mulutnya setelah dia bangun.
"Saya mencalonkan Ahmad Faiz sebagai ketua kelas, cikgu," terang dan jelas.
Chiang Yen di sebelahku ketawa berdecit perlahan. Bibirku menguntum senyum, turut merasakan apa yang dirasakan olehnya. Sheng yang berada di hadapanku seraya berpaling sambil tersengih ke arahku lalu memandang ke hadapan semula. Dia membisik perlahan kepada Cher Wei, cukup jelas sehingga kedengaran di tempatku dan Chiang Yen di belakang mereka.
"Let me choose Ainil Yaqin for the assistant monitor,"
Mataku membulat. Gila! Tawa Chiang Yen semakin menjadi-jadi sehingga dia menutup mulut dengan kedua belah tapak tangannya. Aku menggigit bibir. Lantas aku terfikirkan idea nakal untuk menyakat Sheng. Aku mengangkat tangan.
"Ya, silakan" Cikgu Jusoh memberikan kebenaran.
"Saya mencalonkan nama Kim Boon Sheng, jejaka di hadapan saya sebagai ketua kelas,"
Aku dapat merasakan mata-mata yang tertumpu padaku. Aku mengerling sekilas kepada Sheng. Wajahnya kelihatan melopong. Aku tersenyum puas setelah Cikgu Jusoh menulis namanya di papan putih.
Setengah jam telah berlalu. Atas pakatan semua, Faiz dipilih sebagai ketua kelas manakala Afifah Insyirah menjadi penolong ketua kelas. Aku dapat melihat Sheng menarik nafas lega. Bibirku mengulumkan senyum, akhirnya dapat juga mengenakan dia. Membalas semula apa yang mereka lakukan sewaktu di sekolah rendah. Aku menggeleng kepala sambil beristighfar.
Yang anehnya, dia langsung tidak mencalonkan namaku sebagai pembalasan. Cher Wei pula seolah-olah turut seiring denganku mengenakan Sheng. Cher Wei mengerlingku sambil menggenggam buku limanya kecuali ibu jari yang sengaja dikeluarkan yang dimaknakan \'GOOD\'. Aku cuma tesengih namun sedikit gugup. Gugup kerana dia seorang lelaki? Mungkin ya.
Cikgu Jusoh mengajar kami subjek Sejarah. Sejarah, salah satu subjek yang paling kugemari. Bagiku, sejarah itu amat menarik dari segi jalan cerita dan turu-temurun, juga kepercayaan mereka dan mitos yang melanda. Paling penting, ia \'sejarah\', iaitu perkara yang benar-benar berlaku atau non-fiksyen. Aku pernah membaca novel 1515 dan 1511 [H] Kombat hasil nukilan Faisal Tehrani. Berkisar tentang sejarah jatuh bangunnya kota Melaka.
"Pandainya kau, Qin! Kami di belakang ni pelik sebab ingin tahu kenapa awak calonkan nama Sheng. Bila Yen ceritakan kepada kami, terasa nak terburai segala isi dalam perut!" cerita Nasyitah bersungguh-sungguh. Aku hanya tersengih sumbing.
"Sejak bila Qin sudah pandai mengenakan orang? Ini kali pertama saya dengar. Terasa tak percaya apa yang Yen ceritakan tadi," Nadiah pula memberi komen. Aku hanya menjungkit bahu.
"Idea itu datang sendiri dalam fikiran. Aku cuma jadikannya realiti," jawabku sambil tersenyum.
"Aku yakin, dia dah berjangkit dengan Syitah!" Yen mula membuat andaian sendiri. Nasyitah mencebik bibir. Para pelajar mulai penuh menghuni kelas ini. Sesi rehat kedua hampir tamat. Hatiku terasa tenang setelah usai menunaikan solat zuhur berjemaah di musolla sekolah.
"Apa-apa pun, perkembangan yang bagus. Tidaklah macam sekolah rendah dulu, asyik kena buli saja. Asyik aku yang kena pertahankan diri dia," Nasyitah memujiku. Aku tergelak kecil. Nadiah mula menunjukkan riak tidak puas hati.
"Kalau asyik kenakan orang, kelak kita sendiri yang terkena!"
"Nadiah, kau janganlah skema sangat. Kadang-kadang kita perlu jadi seorang yang tidak berhati perut untuk seketika," Nasyitah membidas.
Berderai ketawa dari meja kami. Nasib baik tiada pelajar lelaki di dalam kelas. Nadiah mendengus geram.
"Malas nak layan," rajuknya.
"Ini Syitah, jangan cuba nak berperang mulut dengan Nurnasyitah binti Rusli!"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad...want more..