Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Buntu Ezani memikirkan syarat-syarat yang diberikan oleh Fakrul semalam. Suatu perjanjian yang tidak terjangkau oleh akalnya. Bolehkah macam tu? Siapa yang rugi dan siapa yang untung dengan perjanjian itu? Ezani terkenang kembali detik-detik Fakrul memberikan kata duanya.
"Abang hanya ada satu syarat sahaja sebelum abang lepaskan Hanna. Sebaik sahaja Hanna tunaikan syarat yang abang nak itu, barulah abang akan lepaskan Hanna. Itu pun jika Hanna nak abang lepaskan Hanna pada waktu tu", terang Fakrul kepada Ezani. Ezani hanya membatu mendengarkan kata-kata itu.
"Tapi sebelum itu abang nak tanya, Hanna betul-betul tak nak hidup dengan abang?", tanya Fakrul. Sungguh hatinya ingin mendengarkan bahawa Ezani memerlukannya untuk hidup. Ingin benar hatinya mendengarkan bait-bait sayang dari ulas-ulas bibir di hadapannya. Mungkinkah akan tercapai hasratnya itu?
Tiada sepatah kata yang hadir dari mulut Ezani. Yang kelihatan hanyalah anggukan kepala yang lemah sahaja rentaknya. Bagi Ezani cukuplah gerakan itu sebagai jawapan pada persoalan yang ditimbulkan. Selebihnya hatinya tidak rela.
"Baiklah jika itu yang sayang inginkan", hati Ezani kembali bergetar.
"Abang akan lepaskan sayang…", Ezani menarik nafas dalam.
" tapi dengan syarat sayang perlu lahirkan seorang anak untuk abang. Lepas itu abang takkan kacau sayang lagi kalau itu yang sayang mahu..", tenang dan lancar sahaja Fakrul meluncurkan kata-kata tersebut. Berbeza pula dengan reaksi dari Ezani. Tertegak badannya mendengarkan syarat dari Fakrul.
"Anak?!! Gila ke?", spontan terkeluar ayat itu dari bibir Ezani. Fakrul tidak ambil peduli dengan reaksi Ezani itu malah telah pun dijangka olehnya. Senyuman sinis pula tidak lekang dari bibirnya. Abang tidak akan kalah sayangku.. Getus hati Fakrul. "Ayul ingat nak lahirkan anak tu macam buat cucur kodok ke? Campur air dengan tepung dah jadi?!!", tengking Ezani. Sungguh tidak disangka itu syarat yang ditetapkan oleh Fakrul untuk lepaskannya. Sekali lagi Fakrul hanya mengangkat bahu tanda tidak peduli. Ezani merengus geram.
"So, sayang masih nak abang lepaskan sayang atau tidak?", tanya Fakrul lagi setelah Ezani kelihatan seolah-olah kehilangan modal untuk bersuara. Ezani mengaru-garu kepala dan lengannya yang tidak gatal. Sungguh putus asa apabila mendengar permintaan aneh Fakrul. "Ayul.. nape Ayul buat Zani macam ni?", Ezani masih kebingungan. Tidak faham dengan permintaan itu.
"Buat sayang ape pulak? Sayang mintak abang lepaskan sayang dan abang janji akan tunaikan. Tapi sebelum tu sayang tunaikanlah dulu permintaan abang. Barulah adilkan?", jawab Fakrul.
"Tapi kenapa anak?"
"Eh, ikut suka hati abanglah abang nak mintak ape pun. Macam sayang jugak suka-suka nak mintak talak dari abang"
"Zani tak faham kenapa Ayul sengaja nak menyusahkan apa yang mudah. Permintaan Ayul ini tidak adil buat Zani"
"Erm.. terpulang. Segalanya di tangan sayang. Abang tak kisah kedua-duanya. Fikirkan baik-baik ye sayang", kata Fakrul sebelum terus berlalu meninggalkan Ezani termangu seorang diri. Tetapi sebelum itu sempat juga Fakrul menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Ezani. Sekali lagi Ezani terpana.
Ezani duduk termenung memikirkan kata dua yang telah diberikan oleh suaminya semalam. Ezani buntu memikirkan apakah tindakan yang sewajarnya untuk perkahwinan mereka yang baru sahaja bermula kurang seminggu yang lalu. Kata dua yang diberikan itu betul-betul merunsingkannya. Kata dua tersebut juga telah menyebabkan Ezani menjadi keliru akan pendirian suaminya. Syarat untuk dilepaskan adalah perlu melahirkan seorang anak untuknya. Sanggupkah aku, desis hati Ezani. Bagaimana pula dengan anak itu nanti? Sudah tentu akan dirampas oleh suaminya dan dirinya akan kehilangan hak sebagai ibu ke atas bayi tersebut. Arghh! Ezani menjadi semakin tertekan.
Fakrul hanya memerhatikan isterinya yang termenung di laman rumah mereka. Fakrul tahu apa yang sedang memberat di benak wanita itu. Fakrul tahu bahawa kata dua yang diberikannya kepada wanita itu semalam adalah tidak mampu diterima akal sebenarnya. Ingin dilepaskan atau tidak pilihan yang tingal adalah menyerah padanya. Namun Fakrul kesal kerana isterinya itu masih tidak memahami maksud tersirat disebalik kata dua itu. Fakrul tidak mahu kehilangan isterinya itu. Tapi mengapa wanita itu seolah-olah sengaja tidak mahu memahaminya dan masih ingin dirinya dilepaskan. Sungguh dirinya tidak mengerti, sebaik sahaja lafaz akad disahkan oleh kadi rasa cinta terhadap isterinya itu seolah-olah tumbuh dengan mekar. Walaupun mulut lancangnya pernah dengan yakin bahawa tiada pernah akan ada cinta dihatinya buat Ezani. Nina adalah cinta teragungnya. Semua ini suratan yang Esa. Kenapa isterinya itu masih tidak mahu memahaminya? Fakrul kecewa tetapi untuk berputus asa dan menyerah begitu sahaja adalah tidak mungkin dilakukannya. Masjid yang baru dibina ini perlu dipelihara. Hanna.. abang cintakan sayang, jerit hati kecil Fakrul lagi.
Perlahan-lahan Fakrul mendekati isterinya itu. Selamba sahaja tangannya mendarat di bahu isterinya itu. Ezani menoleh. Sekelip mata satu kucupan sayang melekap di pipi dan di dahi wanita itu. Ezani terpana. Mukanya berubah. Keliru. Fakrul buat-buat tak tahu akan perubahan wajah isterinya itu. Hatinya ketawa kecil. Lantaklah kalau dia nak marah. Janji hati aku puas. Lagi pun dia memang berhak berbuat begitu. Lantas Fakrul melangkah dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan isterinya. Sengaja dia memilih untuk duduk berhadapan isterinya itu.
Muka Ezani dipandang. Riak menggoda sengaja ditayangkannya. Dia tahu Ezani rimas. Dirinya memang sengaja. Sebenarnya Fakrul rindu terhadap isterinya itu. Hampir satu hari isterinya itu tidak mengendahkan dirinya dan hanya duduk termenung.
"Ayul, jangan tengok macam tulah", marah Ezani. Malu, segan, seram dengan renungan suaminya itu. Mukanya yang seolah-olah ingin menggoda dirinya itu buat dirinya terasa ingin berlari jauh dari pandangan mata itu.
"Eh, suka hati abanglah nak tenung ke nak ape ke? Mata abang. Bukan mata sayang", balas Fakrul selamba. Hatinya bagai digeletek melihatkan reaksi wanita dihadapannya itu. Eleh, seganlah tu..
"Suka hati awaklah", lantas Ezani bangun meninggalkan lelaki itu di situ. Fakrul hanya memerhatikan Ezani berlalu. Sedang asyik Ezani melayan menungannya di bilik tidur mereka. Sekali lagi dirinya diganggu. Kali ini Ezani dapat merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Ada rasa bahang yang melekap dibelakangnya. Fakrul datang memeluknya dari belakang. Ezani cuba meronta tetapi pelukan itu semakin kejap dan tangannya pula terperangkap. Akhirnya Ezani membatukan diri. Keadaan mereka sunyi buat beberapa ketika sebelum Fakrul bersuara.
"Sampai bila nak termenung macam ni?", tanya Fakrul lembut di telinga Ezani. Ezani masih membisu dan enggan bersuara. "Sampai bila sayang nak diam macam ni, hmmm?", tanya Fakrul lagi.
"Ezani dengar sini. Apa lagi pilihan yang ada? Sama ada Ezani nak dilepaskan atau sebaliknya, pilihan yang Ezani ada hanyalah untuk hidup bersama abang. Walaupun hanya untuk seketika"
Ezani menjadi semakin tertekan mendengar kata-kata itu. Spontan dia cuba untuk meloloskan diri dari pelukan tesebut namun dirinya gagal. Tangan kekar itu sentiasa bersedia akan tindakannya itu. Ezani semakin tertekan. Akhirnya air matanya gugur jua. Laju dan semakin laju.
"Kenapa buat Zani macam ni Ayul? Apa salah Zani?"
Mendengarkan esakan isterinya itu, lantas Fakrul merenggangkan pelukannya. Di pusingkan badan isterinya supaya menghadap dirinya. Perlahan-lahan jari-jemari kasarnya menyapu air mata yang tumpah di pipi gebu milik isterinya.
"Hiduplah dengan abang sayang", rayu Fakrul pula.
"Kita cuba bina keluarga kita ya.. Lupakan Nina dan lupakan Fakrul yang lalu.. Sekarang hanya sayang yang abang cinta. Terimalah abang sayang", rayu Fakrul lagi. Rayuan itu menambahkan lagi tekanan pada Ezani. Tiba-tiba Ezani menarik kasar leher bajunya sehingga butang-butang bajunya terkoyak semua. Menampakkan tubuhnya yang gebu. Tergamam Fakrul dengan tindakan isterinya itu. Dadanya mula bergelora. Sedaya upaya disabarkan dirinya.
"Hah, ini yang kau nakkan? Ambillah. Ini yang kau cari?? Lakukanlah. Lakukanlah sepuas hati kau. Lepas itu kau lepaskan aku!!", jerit Ezani. Seolah-olah orang hilang akal dan hilang pedoman. Bahasanya juga berubah kasar. Namun air matanya masih tetap mengalir di pipi.
"Ezani, sedar tak apa yang sayang lakukan ini? Apa semua ini?", jerkah Fakrul pula untuk mengimbangi nada isterinya tadi.
"Abang adalah suami Ezani", sambung Fakrul lagi tetapi dalam nada yang lebih rendah.
"Huh! suami. Kau nak hak kau kan?! Ambillah. Lapas kau puas kau lepaskan aku"
Tak semena-mena satu tamparan melekap di pipi Ezani. Kecewa sungguh hati Fakrul mendengar akan kata-kata isterinya itu. Serendah itukah nilai hubungan suami isteri di mata wanita itu. Bukan tubuhnya yang aku damba tetapi cintanya. Sehina itukah aku di matanya. Tanpa amaran, air mata mengalir lesu dari tubir matanya. Mengaburi bola matanya yang sedia merah menahan sebak dihati sedari tadi.
"Abang kecewa", hanya dua perkataan itu dilafazkannya dan terus berlalu pergi.
Ezani hanya memandang susuk tubuh Fakrul yang berlalu meninggalkannya. Juraian air mata yang galak turun dari tubir matanya dibiar sahaja mengalir. Moga dengan deraian air mata itu mampu mengubat lara hatinya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpat la sambung mcm best jew??
ade blog penulis x??